Anda di halaman 1dari 6

ISU MAKROEKONOMI

1. INFLASI 2. PENGANGGURAN
-kenaikan tingkat harga umum secara berterusan dalam -jumlah tenaga buruh yang tidak melakukan sebarang
tempoh masa tertentu. kegiatan ekonomi & aktif mencari pekerjaan.
-berpunca drpd: - pengangguran perlu ditangani untuk mencapai GTP.
1.pertambahan DD agregat – Inflasi tarikan permintaan -kadar pengangguran < 5% dianggap ekonomi mencapai
2.kenaikan kos pengeluaran – Inflasi tolakan kos guna tenaga penuh.
3.kenaikan harga barang import – Inflasi diimport -GTP menyebabkan keluaran negara benar ↑:
-inflasi perlu ditangani untuk mencapai kestabilan tingkat kegiatan ekonomi ↑: pertumbuhan ekonomi ↑.
harga umum, ke↑@ pe↓ harga < 4%. -semasa GTP, KNK sebenar = KNK potensi,
-tingkat harga umum stabil : kuasa beli pengguna stabil : kestabilan ekonomi tercapai.
taraf hidup & kebajikan masyarakat me↑.
Kegiatan ekonomi me↑krn inflasi terkawal di pasaran.

3. PERTUMBUHAN EKONOMI 4. IMBANGAN PEMBAYARAN


-peningkatan kegiatan ekonomi yang menyebabkan
keluaran negara benar semakin me↑ berbanding tahun
sebelumnya.
Berlaku pertambahan pengeluaran B&P dalam ekonomi.

Aliran Pusingan Pendapatan Negara


Aliran Pusingan Pendapatan menunjukkan aliran pendapatan,barang dan perkhidmatan yang berlaku antara pelaku
ekonomi.
Ekonomi 4 sektor/ekonomi terbuka terdiri drp empat pelaku ekonomi iaitu isi rumah, firma, kerajaan dan luar negara.
Isi rumah
i) individu/sekumpulan individu yang tinggal bersama dan membuat keputusan ekonomi.
Peranan isi rumah dalam ekonomi 4 sektor
i. Sebagai pembekal factor pengeluaran – isi rumah membekal factor kepada firma dan kerajaan. Ganjarannya isi rumah
mendapat pendapatan factor.
ii. Sebagai pengguna – isirumah membeli barang-barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh firma.
iii. Sebahagian daripada pendapatan ditabungkan.
iv. Isi rumah membuat bayaran cukai kepada kerajaan.
v. Isi rumah juga mengimport barang dan perkhidmatan dari luar negara.
Firma
Sebuah organisasi/unit ekonomi yang menggunakan faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.
Peranan firma dalam ekonomi 4 sektor
i. Sebagai pembeli factor pengeluaran – melakukan perbelanjaan terhadap factor pengeluara n
ii. Sebagai pembekal barang dan perkhidmatan – membekalkan barangan kpd isirumah dan kerajaan.
iii. Melakukan perbelanjaan pelaburan- iaitu membeli barang modal untuk mengeluarkan barangan
iv.Firma juga membuat bayaran cukai kepada kerajaan.
v. firma juga mengeksport dan mengimport barang dan perkhidmatan dari luar negara.
Kerajaan
Merupakan pemerintah dalam sebuah Negara. Melaksanakan dasar-dasar makro untuk merangsang pertumbuhan
ekonomi dan meningkatkan pendapatan Negara.
Peranan kerajaan dalam ekonomi 4 sektor
i. mengutip cukai dari sector isi rumah dan firma. Kutipan cukai ini merupakan hasil kerajaan.
ii. kerajaan melakukan perbelanjaan dengan membeli barangan yang dikeluarkan oleh firma, membeli factor pengeluaran
dari isi rumah dan membiayai perbvelanjaan lain seperti pemberian subsidi dan perbelanjaan pembangunan.

Luar Negara
Merujuk kepada Negara asing dan melibatkan aktiviti eksport dan import

Aliran Fizikal
Melibatkan pergerakan factor pengeluaran,barang dan perkhidmatan yang terdiri daripada:-
a) Isi rumah akan membekal factor pengeluaran kepada firma dan kerajaan.
b) Firma dan dan kerajaan menggunakan factor pengeluaran untuk menghasilkan barang-barang dan perkhidmatan
c) Firma mengesport barang dan perkhidmatan ke luar Negara.
d) Isi rumah dan firma mengimport barang dan perkhidmatan dari luar Negara.

Aliran Wang
Melibatkan pergerakan pendapatan dan perbelanjaan yang terdiri daripada:-
a) Pendapatan factor yang diterima oleh isi rumah drp firma yang terdiri upah,sewa,bunga dan untung.
b) Perbelanjaan penggunaan yang dilakukan oleh isi rumah
c)Tabungan
d) Pelaburan yang dilakukan oleh firma.
e) cukai yang dibayar oleh isi rumah dan firma kepada kerajaan.
f) perbelanjaan yang dilakukan oleh kerajaan.
g) perbelanjaan import yang dilakukan oleh sector isi rumah dan firma.
h) Perbelanjaan eksport oleh sector luar Neg

Isu Makroekonomi
a) inflasi
b) pengangguran
c) pertumbuhan ekonomi
d) Imbangan Pembayaran
Inflasi
Sebab-sebab inflasi perlu ditangani:
1.Kos hidup tinggi dan taraf hidup masyarakat jatuh.
-semakin ↑ inflasi, semakin ↑ perbelanjaan yg perlu
dibelanjakan untuk oleh masyarakat mendapat B&P.
2.Nilai wang jatuh.
-inflasi menyebabkan untuk membeli kuantiti barang yang
sama, pengguna perlu membayar lebih banyak wang
berbanding sebelum inflasi.
3.Pertumbuhan ekonomi terjejas.
-pe↑an harga brg : harga FP ↑: kos pengeluaran ↑:
menjejaskan pengeluaran B&P.
-diukur menggunakan indeks harga pengguna.
Kadar Inflasi= IHPT – IHPT-1 x 100
IHPT-1

Langkah mengatasi Inflasi


Dasar Sebelah Permintaan
1. Dasar Kewangan
Inflasi dapat dikawal melalui dasar kewangan yang ketat.
Alat-alatnya:
Operasi pasaran terbuka: penjualan bil perbendaharaan dan bon kerajaan kepada institusi kewangan dan orang ramai.
Bank pusat menaikkan kadar bunga bank perdagangan terhadap pinjaman.
Meningkatkan rizab berkanun.
Menambahkan penjualan surat-surat jaminan kerajaan
Kawalan kredit terpilih.
Langkah-langkah ini mengurang penawaran wang di pasaran, kuasa beli jatuh dan harga di pasaran akan berkurangan
2. Dasar Fiskal
Kerajaan melaksanakan dasar belanjawan lebihan dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan meningkatkan cukai.
Ini mengurangkan perbelanjaan agregat dan mengurangkan tekanan terhadap harga barang.
3. Dasar Kawalan Langsung
Inflasi dapat juga dikawal melalui dasar kawalan harga, kawalan upah, meningkatkan keluaran, dasar catuan dan lawalan
eksport dan import.
Dasar Sebelah Penawaran
i) Meningkatkan cukai pendapatan syarikat
- keuntungan firma selepas cukai berkurangan. Keupayaan firma untuk menambahkan pengeluaran semakin berkurangan.
ii) meningkatkan cukai ke atas input.
-kos pengeluaran firma akan meningkat. Keupayaan firma untuk menambahkan pengeluaran semakin berkurangan.
menaikkan cukai k etas input yang diimport
-kos pengeluaran firma akan meningkat. Keupayaan firma untuk menambahkan pengeluaran semakin berkurangan.
PENGANGGURAN
Langkah mengatasi
1. Dasar Kewangan Mengembang
2. Dasar belanjawan kurangan
3. Menambahkan peluang pekerjaan
Membuka tanah baharu untuk sector pertanian dan menyediakan tapak-tapak perindustrian baru.
4. Kemahiran dan pendidikan yang bersesuaian.
Kerajaan boleh menambah bilangan institusi kemahiran teknik dan vokasional serta meningkatkan pengambilan pelajar
dalam bidang ini supaya bakal buruh mendapat latihan yang sesuai.
Pertumbuhan ekonomi
Bermaksud peningkatan kegiatan ekonomi dari segi fizikal. Bermaksud berlaku pertambahan barang dan perkhidmatan
yang dikeluarkan oleh sesebuah Negara berbanding tahun sebelumnya.
Rumus
Kadar Pertumbuhan ekonomi = KDNK benar t – KDNK Benar t-1 x 100
KDNK benar t-1

Sebab Pertumbuhan ekonomi perlu diberi tumpuan


1. Matlamat ekonomi yang utama
Pertumbuhan ekonomi merupakan objektif utama sesebuah negara.
2. Kestabilan Politik
Apabila ekonomi mencapai pertumbuhan, ini menunjukkan enokomi mencapai kestabilan dan membawa kestabilan
politik.

3. Pelaburan bertambah
Ekonomi yang mengalami pertumbuhan ekonomi akan menggalakkan peiaburan dari dalam negara dan luar negara.
Langkah meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
1. Mengekploitasi sumber kekayaan
Sesebuah Negara perlu meningkat teknologi untuk mengeksploitasi sumber kekayaan yang ada .
2. meningkatkan kemahiran tenaga buruh.
Kemahiran tenaga buruh bergantung taraf pendidikan, latihan dan pengalaman bekerja. Apabila kemahiran tenaga buruh
bertambah daya pengeluaran bertambah.
3.Menyediakan infrastruktur
Kerajaan perlu menyediakan infrastruktur seperti jalan raya,bekalan eletrikdan air, lapangan terbang yang
mencukupi.Infrastruktur yang cukup merupakan prasyarat penting kea rah pertumbuhan ekonomi.
Imbangan Pembayaran
Satu penyata kewangan yangmerekodkan penerimaan dan pembayaran kewangan sesebuah negara dengan negara lain
dalam tempoh setahun.
Sebab imbangan pembayaran perlu diberi tumpuan
1. Imbangan pembayaran lebihan menguntungkan Negara
Apabila imbangan pembayaran lebihan berlaku, rizab pertukaran asing akan masuk ke dalam Negara, ini menguntungkan.
2. imbangan pembayaran kurangan, merugikan
- rizab pertukaran asingakan mengalir keluar
- menjejaskan kestabilan nilai mata wang
Langkah-langkah mengatasi imbangan pembayaran defisit
1. Menggalakkan eksport
- pemberian subsidi eksport, taraf perintis dan insentif kepada industry eksport akan meningkatka jumlah eksport.
2. mengawal import
Import boleh dikurangkan dengan mengenakan tariff dan kuota.
3. kawalan pertukaran asing
Kerajaan perlu menghadkan penjualan mata wang asing untuk pengimport.
PETUNJUK MAKROEKONOMI
Data statistik tentang kegiatan ekonomi negara yang digunakan sebagai
alat pengukur dalam menilai pencapaian kegiatan ekonomi negara.

PETUNJUK MAKROEKONOMI RUMUS


1. Keluaran Negara Kasar
-nilai B&P yang dikeluarkan oleh semua FP milik negara tersebut, sama ada KNK = KDNK + PFbLN @
keluaran dilakukan dalam negara @ di luar negara.
- PendFLN > PembFLN  PFbLN tve  KNK ↑ KNK = KDNK + (PFLN - PFLN)
- PendFLN < PembFLN  PFbLN –ve KNK↓

2. Kadar Inflasi
-kadar kenaikan tingkat harga umum yang berlaku pada tahun tertentu Kadar Inflasi = IH1 – IH0 x 100
berbanding tahun sebelumnya. IH0
-dihitung dengan menggunakan IHP (indeks harga pengguna).
Kadar Inflasi Purata = KI0 + KI1
2
3. Kadar Pengangguran
-kadar tenaga buruh yang tidak melakukan sebarang kegiatan ekonomi Kadar Pengangguran =
pada tahun tertentu berbanding tahun sebelumnya. Jum. tenaga buruh – Jum. guna tenaga x 100
-Jumlah penganggur = Jum tenaga buruh – Jum guna tenaga Jum. tenaga buruh
-Tenaga buruh = penduduk yang berumur 15 – 65 thn kecuali suri rumah,
pesara & pelajar sekolah / universiti. Kadar Pengangguran =
-Guna tenaga = jumlah tenaga buruh yang digunakan dlm pelbagai kegiatan Jum. penganggur x 100
Jum. tenaga buruh
ekonomi sesebuah negara.

4. Kadar Pertumbuhan Ekonomi


-peratusan @ kadar kenaikan keluaran negara benar ( KDNKbenar @ Kadar Pertumbuhan Ekonomi =
KNKbenar)pada tahun tertentu berbanding tahun sebelumnya. KDNKbenar semasa – KDNKbenar sebelum x 100
-dihitung menggunakan data KDNK (keluaran dalam negeri kasar) @ KDNKbenar sebelum
KNK (keluaran negara kasar).
- KDNKbenar @ KNKbenar dihitung mengikut harga pada tahun asas, tidak Kadar Pertumbuhan Ekonomi =
dipengaruhi inflasi, maka KNKbenar semasa – KNKbenar sebelum x 100
KNKbenar sebelum
kadar pertumbuhan ekonomi dapat menunjukkan % ↑ @ ↓ kegiatan
ekonomi sebenar sesebuah negara.

5. Kadar Bunga
6. Kitaran Perniagaan
7. Akaun Dagangan
-akaun yang merekodkan urus niaga eksport & import barang, tidak Imbangan Dagangan =
termasuk nilai perkhidmatan . Nilai eksport barang – Nilai import barang
-3 keadaan imbangan dagangan:
a. Imbangan dagangan lebihan = Nilai eksport brg > Nilai import brg
b. Imbangan dagangan kurangan = Nilai eksport brg < Nilai import brg
c. Imbangan dagangan seimbang = Nilai eksport brg = Nilai import brg

8. Akaun Semasa
- akaun yang merekodkan urus niaga eksport & import barang & Akaun Semasa =
perkhidmatan, pendapatan dan pindahan semasa. Imbangan Dagangan + Imbangan Perkhidmatan +
Pendapatan + Pindahan semasa

5. Kadar Bunga
-peratusan yang perlu dibayar oleh firma kpd institutsi kewangan krn meminjam sejumlah modal untuk melakukan
pelaburan.
-semakin ↑ KB, semakin ↑ kos meminjam, kadar pulangan berkurangan, firma mengurangkan pelaburan.
semakin ↓ KB, semakin ↓ kos meminjam, kadar pulangan meningkat, firma meningkatkan pelaburan.
Maka, kadar bunga yang stabil di pasaran  me↑kan pelaburan  me↑kan perbelanjaan agregat, guna tenaga &
pendapatan negara.
6. Kitaran Perniagaan
-keadaan ekonomi sesebuah negara yang melambung & meleset dalam j/masa tertentu.
-menunjukkan 3 keadaan ekonomi:
a. KNK sebenar > KNK potensi = berlaku inflasi
a. KNK sebenar < KNK potensi = berlaku kemelesetan ekonomi & pengangguran
a. KNK sebenar = KNK potensi = ekonomi stabil

1.KELUARAN NEGARA KASAR


Jadual di bawah menunjukkan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) dan pendapatan faktor bersih luar negeri
(PFbLN) pada tahun 2011 & 2012 bagi sebuah negara.
Butiran 2011 (RM juta) 2011 (RM juta)
KDNK 361012 394017
Pendapatan faktor dari luar negeri 13200 15600
Pembayaran faktor ke luar negeri 14500 15200
a) Hitung KNK pada tahun 2011 dan 2012.
b) Nyatakan kesimpulan hubungan antara KNK dan KDNK pada tahun 2011 dan 2012.

2.KADAR INFLASI
Jadual di bawah menunjukkan indeks harga tahun 2010 – 2012, dengan tahun 2000 sebagai tahun asas bagi sebuah negara.
Tahun 2000 = 100
Tahun Indeks harga
2010 105.4
2011 108.9
2012 113.2
a) Hitung kadar inflasi pada tahun 2011 dan 2012.
b) Hitung purata kadar inflasi pada tahun 2010 hingga 2012.

3.KADAR PENGANGGURAN
Jadual di bawah menunjukkan jumlah tenaga buruh dan jumlah guna tenaga pada tahun 2011 & 2012 bagi sebuah negara.

Tahun Jum tenaga buruh Jum guna tenaga


( ‘000 org) ( ‘000 org)
2011 10 436.8 10 148.8
2012 11 477.0 10 764.9
a) Hitung kadar pengangguran pada tahun 2011 dan 2012. Nyatakan kesimpulan anda.
4.KADAR PERTUMBUHAN EKONOMI
Jadual di bawah menunjukkan KDNK (keluaran dalam negeri kasar) benar tahun 2010 hingga 2012 bagi sebuah negara.
Tahun KDNK benar
2010 RM230.23 juta
2011 RM245.45 juta
2012 RM259.76 juta
a) Hitung kadar pertumbuhan ekonomi pada tahun 2011 dan 2012. Nyatakan kesimpulan anda.
7.AKAUN DAGANGAN & AKAUN SEMASA
Jadual di bawah menunjukkan butiran akaun semasa pada tahun 2011 hingga 2012 bagi sebuah negara.
Butiran 2011 (RM juta) 2012 (RM juta)
Eksport barang 374 028 349 466
Import barang 294 884 281 276
Imbangan perkhidmatan -10 665 -8 690
Pendapatan -28 904 -27 775
Pindahan semasa -7 308 -8 478
a) Hitung jumlah imbangan dagangan pada tahun 2011 dan 2012. Nyatakan kesimpulan anda.
b) Hitung akaun semasa pada tahun 2011 dan 2012. Nyatakan kesimpulan anda.

Anda mungkin juga menyukai