Anda di halaman 1dari 11

BAB 1

Inflasi
Sebab Isu Inflasi perlu Ditangani
1. Menurunkan Kuasa Beli Wang
 Kenaikan tingkat harga umum mengurangkan kemampuan wang untuk membeli barang dan
perkhidmatan
 Kesannya, taraf hidup rakyat merosot / kos sara hidup rakyat meningkat

2. Menjejaskan Tingkat Tabungan Negara


 Rakyat kurang menabung kerana kuasa beli wang dijangka terus merosot pada masa akan
datang
 Sebaliknya, lebihan pendapatan yang ada digunakan untuk membeli pendapatan harta tetap
seperti rumah kerana lebih menguntungkan.

3. Menjejaskan Produktiviti Negara


 Sumber ekonomi cenderung dipindahkan daripada kegiatan ekonomi produktif seperti
penciptaan produk baharu kepada kegiatan spekulasi seperti pembelian saham
 Kesannya, produktiviti negara terjejas

4. Memburukkan Imbangan Pembayaran


 Semasa inflasi, harga barang eksport relatif lebih mahal berbanding dengan harga barang
import
 Kesannya, nilai eksport kurang daripada nilai import dan imbangan pembayaran negatif

5. Menjejaskan Nilai Mata Wang Sesebuah Negara


 Harga barang import yang relatif lebih murah menyebabkan permintaan terhadap barang
negara lain bertambah.
 Maka, lebih banyak Ringgit Malaysia perlu ditawarkan untuk membeli barang tersebut
(penawaran RM meningkat)

Langkah Mengatasi Inflasi


1. Dasar kewangan menguncup
 Kerajaan melalui bank pusat mengurangkan penawaran wang dalam ekonomi dan
menyebabkan kadar bunga naik
 Kenaikan kadar bunga meningkatkan tabungan masyarakat dan mengurangkan perbelanjaan
isi rumah.

2. Dasar fiskal menguncup


 Kerajaan mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan menaikkan cukai.
 Kenaikan cukai mengehadkan perbelanjaan firma dan isi rumah

3. Dasar harga maksimum


 Kerajaan menetapkan harga barang keperluan pada tingkat harga yang lebih rendah
daripada harga keseimbangan di pasaran

4. Menguatkuasakan peraturan dan undang-undang


 Kerajaan mengenakan hukuman ke atas peniaga yang menjalankan kegiatan menyorok barang

5. Menggalakkan firma tempatan untuk meningkatkan pengeluaran


 Kerajaan menggalakkan firma tempatan mengimport faktor pengeluaran yang mengalami
kekurangan dengan menurunkan cukai import faktor tersebut.

Pengangguran
Sebab Isu Pengangguran perlu Ditangani
1. Pengurangan Keluaran Negara
 Semasa pengangguran, tingkat keluaran negara sebenar adalah lebih rendah daripada
tingkat keluaran potensi
 Kegagalan menggunakan sumber yang ada menyebabkan firma tidak dapat mencapai tahap
keluaran optimum

2. Membazirkan Sumber Ekonomi


 Semasa pengangguran, ada tenaga buruh yang tidak digunakan walaupun mereka
berkemahiran tinggi.
 Kesannya, produktiviti negara adalah rendah

3. Menjejaskan Taraf Hidup Rakyat


 Tingkat pengangguran yang tinggi menyebabkan jumlah pendapatan atau pendapatan per
kapita penduduk adalah rendah
 Keadaan ini menjejaskan taraf hidup atau tingkat kebajikan masyarakat

4. Mengurangkan Hasil Kerajaan


 Pengangguran menyebabkan pendapatan isi rumah dan keuntungan firma menurun akibat
kemerosotan produktiviti dan pengurangan keluaran negara
 Maka, pungutan cukai oleh kerajaan daripada cukai pendapatan perseorangan dan cukai
pendapatan syarikat berkurang

5. Mewujudkan Masalah Sosial


 Kekurangan pendapatan untuk menyara kehidupan keluarga menyebabkan kes jenayah
meningkat seperti merompak dan menyeludup barang
 Gejala sosial seperti pembuangan bayi dan penyalahgunaan dadah turut meningkat

Langkah Mengatasi Pengangguran


1. Dasar kewangan mengembang
 Kerajaan melalui bank pusat menambahkan penawaran wang dalam ekonomi dan
menyebabkan kadar bunga jatuh
 Kejatuhan kadar bunga menggalakkan kegiatan pelaburan dan mewujudkan peluang
pekerjaan baharu

2. Dasar fiskal mengembang


 Kerajaan mengurangkan cukai dan menambahkan perbelanjaan kerajaan
 Pertambahan perbelanjaan kerajaan mewujudkan peluang pekerjaan baharu

3. Menggalakkan mobiliti buruh


 Kerajaan menggalakkan mobiliti buruh daripada sektor ekonomi kurang maju seperti sektor
pertanian kepada sektor ekonomi yang lebih maju seperti sektor perindustrian dan
perkhidmatan

4. Membangunkan tanah baharu


 Melalui kerjasama dengan pihak swasta, kerajaan menjalankan projek pembangunan untuk
memajukan industri desa, dan membangunkan tanah terbiar untuk memajukan tanaman
komersial

5. Menyediakan kursus dan latihan kemahiran


 Kerajaan menyediakan pusat latihan dan kemahiran seperti institusi latihan teknikal yang
menawarkan pelbagai kursus bagi memenuhi keperluan semasa pasaran buruh

Imbangan Pembayaran

1. Mengurangkan import
 Kerajaan menaikkan tarif, mengenakan kuota dan melaksanakan kawalan pertukaran asing
 Apabila import dapat dikurangkan, aliran keluar wang ke negara lain juga dapat dikurangkan

2. Menggalakkan eksport
 Kerajaan membeli subsidi eksport kepada pengeluar tempatan untuk mengurangkan kos
pengeluaran dan menurunkan harga barang eksport
 Apabila eksport bertambah, aliran masuk wang ke dalam negara meningkat

3. Menguatkuasakan peraturan dan undang-undang


 Bertujuan menyekat aliran keluar modal dan menggalakkan kemasukan modal asing
 Pelepasan cukai diberikan kepada firma asing yang melaburkan semula keuntungan mereka
di dalam negara
4. Devaluasi
 Kerajaan menurunkan nilai mata wang negara
 Harga barang eksport menjadi relatif lebih murah, manakala harga barang import menjadi
relatif lebih mahal
BAB 2
Masalah Penghitungan Pendapatan Negara
1. Penghitungan Dua Kali
 Berlaku apabila nilai sesuatu barang dihitung lebih daripada sekali
 Masalah ini wujud akibat kesukaran untuk membezakan sama ada sesuatu barang merupakan
barang perantaraan atau barang akhir

2. Penentuan Harga
 Jumlah barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam setahun dinilai berdasarkan harga
pasaran atau kos faktor
 Pada hakikatnya, harga barang dan perkhidmatan berubah sepanjang tahun dan berbeza
antara tempat

3. Kegiatan haram
 Pembayaran pendapatan untuk aktiviti ekonomi yang dijalankan secara haram seperti
perjudian dan pengedaran dadah tidak dihitung dalam pendapatan negara
 Hal ini demikian kerana data atau maklumat tentang aktiviti ekonomi sedemikian sukar
diperoleh

4. Pengumpulan Data
 Sesetengah individu atau firma enggan memberikan data atau maklumat yang lengkap dan
tepat tentang nilai pendapatan yang diperoleh kepada pihak berkuasa kerana ingin mengelak
daripada dikenakan cukai

5. Menganggar Susut Nilai


 Setiap pengusaha mengamalkan kaedah yang berbeza untuk menganggarkan susut nilai atas
aset yang digunakan dalam proses pengeluaran
 Akibatnya, nilai pendapatan negara setelah ditolak susut nilai menjadi kurang tepat

Nilai ditambah
Kelemahan Data Pendapatan Negara (Bandingan Taraf Hidup
Antara Masa)
1. Perubahan Saiz Penduduk
 Peningkatan KDNK benar per kapita tidak semestinya menggambarkan peningkatan taraf
hidup
 Taraf hidup penduduk sesebuah negara hanya akan meningkat apabila kadar pertumbuhan
pendapatan negara benar melebihi kadar pertumbuhan penduduk dalam tempoh yang sama

2. Perubahan Komposisi Pendapatan Negara


 Peningkatan KDNK benar per kapita tidak semestinya menunjukkan peningkatan taraf hidup
rakyat sekiranya peningkatan tersebut disebabkan pertambahan pengeluaran barang yang
tidak memberi faedah kepada rakyat seperti peralatan ketenteraan
 Sebaliknya, taraf hidup rakyat hanya akan meningkat sekiranya peningkatan KDNK benar
per kapita disebabkan pertambahan pengeluaran barang pengguna yang memanfaatkan
rakyat

3. Perubahan Tempoh Masa Bekerja


 Tempoh masa bekerja yang panjang bermakna jangka masa rehat yang pendek. Masa rehat
menyumbang kepada kenaikan taraf hidup rakyat.
 Jika peningkatan KDNK benar per kapita disebabkan pertambahan masa bekerja dan
pengurangan masa rehat, taraf hidup rakyat akan merosot.
4. Kesan Luaran Negatif
 Peningkatan KDNK benar per kapita sesebuah negara yang disumbangkan oleh projek
pembangunan besar-besaran tidak semestinya meningkatkan taraf hidup rakyat negara
tersebut.
 Hal ini demikian kerana pelaksanaan projek pembangunan turut mewujudkan kesan luaran
negatif seperti pencemaran udara dan air. Kualiti alam sekitar yang merosot akan
menjejaskan taraf hidup rakyat.

5. Perubahan Kualiti Barang dan Perkhidmatan


 Perbandingan KDNK benar per kapita antara masa tidak mengambil kira perubahan kualiti
barang dan perkhidmatan.
 Kenaikan kualiti barang dan perkhidmatan lazimnya diikuti oleh kenaikan tingkat harga
umum.

Kegunaan Data Pendapatan Negara

1. Pengukur Taraf Hidup


 Diukur berdasarkan nilai barang dan perkhidmatan yang dapat dinikmati oleh rakyat
sesebuah negara
 Data KDNK benar per kapita digunakan untuk mengukur taraf hidup dan membandingkan
taraf hidup antara masa

2. Pengukur Pertumbuhan Ekonomi


 Pertumbuhan Ekonomi ialah perubahan tingkat keluaran negara benar dari tahun ke tahun
 Data KDNK benar digunakan untuk menghitung kadar pertumbuhan ekonomi

3. Pengukur Sumbangan Sektor Ekonomi


 Dalam penghitungan pendapatan negara mengikut kaedah keluaran, nilai keluaran yang
dihasilkan oleh semua sektor dalam ekonomi, iaitu sektor utama, sektor kedua dan sektor
ketiga akan dihitung.
 Berdasarkan nilai sumbangan keluaran oleh setiap sektor ekonomi, prestasi dan kepentingan
setiap sektor terhadap pembangunan negara dapat ditentukan.

4. Petunjuk Perubahan Struktur Ekonomi


 Perubahan struktur ekonomi dapat ditentukan berdasarkan kajian tentang kedudukan
relatif pelbagai sektor ekonomi antara tahun.
 Data pertumbuhan pelbagai sektor ekonomi dan trend perubahan sumbangan setiap sektor
ekonomi terhadap pendapatan negara dapat diperoleh melalui penghitungan pendapatan
negara mengikut kaedah keluaran.

5. Asas Membuat Perancangan Ekonomi


 Data pendapatan negara mengikut komponen perbelanjaan seperti perbelanjaan penggunaan
swasta, perbelanjaan penggunaan awam, pembentukan modal tetap kasar serta eksport dan
import barangan dapat membantu kerajaan membuat ramalan dan perancangan ekonomi
untuk masa depan.

BAB 3

Pengganda

Maksud
Jurang KNK - Perbezaan antara keseimbangan pendapatan negara sebenar dengan
keseimbangan pendapatan negara potensi atau pendapatan negara pada tingkat
guna tenaga penuh.

Lompang Deflasi - Kurangan perbelanjaan agregat (AE) pada tingkat pendapatan negara
potensi

Lompang Inflasi - Lebihan perbelanjaan agregat (AE) pada tingkat pendapatan negara potensi

Graf / Rajah

BAB 4

Fungsi Wang
1. Alat Perantaraan Pertukaran
 Fungsi wang sebagai alat perantaraan pertukaran membolehkan wang digunakan untuk
membeli barang dan perkhidmatan.
 Melalui penggunaan wang, sebarang urus niaga antara pengguna dengan penjual dapat
dijalankan secara langsung tanpa perlu memenuhi kehendak serentak. kemahuan serentak

2. Alat Pengukur Nilai dan Unit Akaun


 Melalui penggunaan wang, nilai semua barangan dapat dinyatakan dalam unit harga.
 Nilai barangan dapat dihitung dan dicampurkan dan seterusnya direkodkan dalam unit
akaun.

3. Alat Penyimpan Nilai


 Wang merupakan harta kekayaan yang dapat disimpan di institusi kewangan untuk kegunaan
masa depan.
 Hal ini demikian kerana wang mempunyai nilai yang stabil dan tahan lama.

4. Alat Bayaran Tertunda


 Wang membolehkan urus niaga secara kredit dan kontrak dijalankan.
 Nilai wang yang stabil dan sifatnya yang tahan lama membolehkan pengguna memperoleh
barang dan perkhidmatan melalui kaedah pembayaran secara ansuran.

Fungsi Bank Pusat


1. Mengeluarkan Mata Wang
 Bank pusat mempunyai kuasa mutlak untuk mencetak mata wang sebuah negara bagi
memenuhi keperluan dalam ekonomi
 Bank pusat akan menentukan jumlah wang yang perlu diedarkan dalam suatu tempoh
tertentu bagi memastikan kegiatan ekonomi berjalan lancar

2. Menguruskan Akaun Kerajaan


 Bank pusat menerima hasil cukai dan hasil bukan cukai yang dibayar oleh firma dan isi
rumah kepada kerajaan. Kutipan hasil akan dimasukkan dalam akaun kerajaan
 Bank pusat akan mengeluarkan wang daripada akaun kerajaan untuk membiayai perbelanjaan
kerajaan

3. Menguruskan Hutang Negara


 Bank pusat bertanggungjawab mendapatkan pinjaman dalam negara dan pinjaman luar
negara bagi pihak kerajaan.
 Bank pusat menguruskan pinjaman dalam negara dengan menjual sijil pelaburan dan sekuriti
kerajaan di pasaran kewangan tempatan.
4. Menyediakan Akaun Rizab Berkanun
 Bank pusat menyediakan akaun rizab berkanun bagi bank perdagangan untuk mengawal
jumlah pinjaman yang diberikan oleh bank perdagangan.
 Melalui akaun rizab berkanun, bank perdagangan diwajibkan untuk menyimpan sejumlah
wang tunai daripada jumlah deposit bank perdagangan di bank pusat

5. Sumber Pinjaman Terakhir


 Bank pusat memberi pinjaman terakhir kepada bank perdagangan yang menghadapi masalah
aliran tunai.
 Apabila bank perdagangan gagal mendapatkan pinjaman daripada sumber lain, bank pusat
akan memberi pinjaman secara langsung atau mendiskaunkan bil jangka pendek bank
perdagangan sebagai langkah terakhir

Proses Penciptaan Kredit

Sekurangnya 3 andaian dinyatakan

Graf / Rajah

Anda mungkin juga menyukai