Anda di halaman 1dari 53

1.

2 ISU MAKROEKONOMI
A.Inflasi,
B.Pengangguran,
C. Pertumbuhan ekonomi dan
D.Imbangan pembayaran.
INFLASI
1. Inflasi didefinisikan sebagai kenaikan tingkat harga
umum secara berterusan dan tidak terbatas
2. Inflasi berlaku kerana terlalu banyak wang mengejar
barang yang sedikit. Keadaan ini mewujudkan lebihan
permintaan dan tingkat harga umum naik
3. Inflasi juga disebabkan kenaikan kos pengeluaran
seperti kadar upah dan harga bahan mentah. Keadaan
ini menyebabkan keuntungan firma berkurang dan
memaksa firma menaikkan harga barang dan
perkhidmatan.
Sebab Isu Inflasi perlu Ditangani
A. INFLASI MENURUNKAN KUASA BELI
WANG
1. Kenaikan tingkat harga umum
mengurangkan kemampuan wang untuk
membeli barang dan perkhidmatan
2. Kesannya, taraf hidup rakyat merosot atau
kos sara hidup rakyat meningkat.
Sebab Isu Inflasi perlu Ditangani
B. INFLASI MENYEBABKAN AGIHAN PENDAPATAN
MENJADI TIDAK SETARA
1. Golongan berpendapatan tetap (seperti pesara dan
pegawai kerajaan) dan pemiutang mengalami
kerugian kerana pendapatan benar mereka telah
menurun
2. Sebaliknya, golongan berpendapatan tidak tetap
seperti pemilik harta tetap dan peniaga serta
penghutang menikmati keuntungan kerana
pendapatan benar mereka telah meningkat.
Sebab Isu Inflasi perlu Ditangani
C. INFLASI MENLEJASKAN TINGKAT TABUNGAN
NEGARA
1. Rakyat kurang menabung kerana kuasa beli
wang (nilai wang) dijangka terus merosot pada
masa akan datang
2. Sebaliknya, lebihan pendapatan yang ada
digunakan untuk membeli harta tetap seperti
rumah kerana lebih menguntungkan.
Sebab Isu Inflasi perlu Ditangani
D. INFLASI MENJEJASKAN PRODUKTIVITI
NEGARA
1. Sumber ekonomi cenderung dipindahkan
daripada kegiatan ekonomi produktif seperti
penciptaan produk baharu kepada kegiatan
spekulasi seperti pembelian saham
2. Kesannya, produktiviti negara terjejas.
Sebab Isu Inflasi perlu Ditangani
E. INFLASI MEMBURUKKAN IMBANGAN
PEMBAYARAN
1. Semasa inflasi, harga barang eksport relatif lebih
mahal berbanding dengan harga barang import
2. Kesannya, nilai eksport kurang daripada nilai
import dan imbangan pembayaran negatif
berlaku.
Sebab Isu Inflasi perlu Ditangani
F. INFLASI MENJEJASKAN NILAI MATA WANG SESEBUAH NEGARA
1. Harga barang import yang relatif lebih murah menyebabkan
permintaan terhadap barang negara lain bertambah. Maka,
lebih banyak Ringgit Malaysia (RM) perlu ditawarkan untuk
membeli barang itu (penawaran RM meningkat).
2. Sebaliknya, harga barang eksport yang relatif lebih mahal
menyebabkan permintaan terhadap barang eksport Malaysia
berkurang dan permintaan RM juga menurun
3. Peningkatan penawaran RM dan kemerosotan permintaan RM
menyebabkan pasaran wang mengalami lebihan penawaran
RM dan nilai RM jatuh.
Langkah Mengatasi Inflasi
1. Dasar Kewangan Menguncup
• Kerajaan melalui bank pusat mengurangkan penawaran wang
dalam ekonomi dan menyebabkan kadar bunga naik.
• Kenaikan kadar bunga meningkatkan tabungan m
mengurangkan perbelanjaan isi rumah.
2. Dasar Fiskal Menguncup @ Dasar Belanjawan Lebihan
• Kerajaan mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan menaikkan
cukai.
• Kenaikan cukai mengehadkan perbelanjaan firma dan isi
rumah.
Langkah Mengatasi Inflasi
3. Dasar Kawalan Langsung
a. Dasar Harga Maksimum
• Kerajaan menetapkan harga barang keperluan
pada tingkat harga yang lebih rendah daripada
harga keseimbangan di pasaran.
• Kesannya, inflasi yang berpunca daripada kenaikan
harga barang keperluan seperti beras dan minyak
masak dapat dikawal.
Langkah Mengatasi Inflasi
3. Dasar Kawalan Langsung
b. Menguatkuasakan peraturan dan undang-undang
• Kerajaan mengenakan hukuman ke atas peniaga
yang menjalankan kegiatan menyorok barang.
• Kerajaan berusaha mengawal kenaikan kadar upah
untuk membendung inflasi yang disebabkan
peningkatan kos pengeluaran.
Langkah Mengatasi Inflasi
3. Dasar Kawalan Langsung
c.Menggalakkan firma tempatan untuk
meningkatkan pengeluaran
• Kerajaan menggalakkan firma tempatan mengimport
faktor pengeluaran yang mengalami kekurangan
dengan menurunkan cukai import faktor tersebut.
• Kerajaan juga memberi subsidi kepada firma
tempatan untuk meningkatkan pengeluaran dan
mengurangkan kos pengeluaran
PENGANGGURAN
1. Pengangguran didefinisikan sebagai jumlah
tenaga buruh yang aktif mencari pekerjaan
tetapi belum mendapat sebarang pekerjaan.
Pengangguran = jumlah tenaga buruh - jumlah
guna tenaga
2. Pengangguran menunjukkan kegagalan sebuah
ekonomi menggunakan semua faktor
pengeluaran yang ada untuk mengeluarkan
barang dan perkhidmatan yang dikehendaki
oleh masyarakat.
Sebab Isu Pengangguran perlu Ditangani
A. PENGANGGURAN MENYEBABKAN
PENGURANGAN KELUARAN NEGARA
1. Semasa pengangguran, tingkat keluaran negara
sebenar adalah lebih rendah daripada tingkat
keluaran potensi
2. Kegagalan menggunakan sumber yang ada
menyebabkan firma tidak dapat mencapai
tahap keluaran optimum. Kesannya, tingkat
keluaran negara adalah rendah.
Sebab Isu Pengangguran perlu Ditangani
B. PENGANGGURAN MEMBAZIRKAN SUMBER
EKONOMI
1. Semasa pengangguran, ada tenaga buruh
yang tidak digunakan walaupun mereka
berkemahiran tinggi
2. Kesannya, produktiviti negara adalah rendah.
Sebab Isu Pengangguran perlu Ditangani
C. PENGANGGURAN MENJEJASKAN TARAF
HIDUP RAKYAT
1. Tingkat pengangguran yang tinggi
menyebabkan jumlah pendapatan atau
pendapatan per kapita penduduk adalah
rendah
2. Keadaan ini menjejaskan taraf hidup atau
tingkat kebajikan masyarakat.
Sebab Isu Pengangguran perlu Ditangani
D. PENGANGGURAN MENGURANGKAN HASIL KERAJAAN
1. Pengangguran menyebabkan pendapatan isi rumah dan
keuntungan firma menurun akibat kemerosotan
produktiviti dan pengurangan keluaran negara
2. Maka, pungutan cukai oleh kerajaan daripada cukai
pendapatan perseorangan (isi rumah) dan cukai
pendapatan syarikat (firma) juga berkurang
3. Pengurangan keluaran negara turut menjejaskan
pendapatan kerajaan.
Sebab Isu Pengangguran perlu Ditangani
E. PENGANGGURAN MEWUJUDKAN MASALAH
SOSIAL
1. Kekurangan pendapatan untuk menyara
kehidupan keluarga menyebabkan kes
jenayah meningkat seperti merompak dan
menyeludup barang
2. Gejala sosial seperti pembuangan bayi dan
penyalahgunaan dadah turut meningkat.
Langkah Mengatasi Pengangguran
1. Dasar Kewangan Mengembang
•Kerajaan melalui bank pusat menambahkan
penawaran wang dalam ekonomi dan
menyebabkan kadar bunga jatuh.
•Kejatuhan kadar bunga menggalakkan
kegiatan pelaburan dan mewujudkan
peluang pekerjaan baharu.
Langkah Mengatasi Pengangguran
2. Dasar Fiskal Mengembang @ Dasar
Belanjawan Kurangan
•Kerajaan mengurangkan cukai dan
menambahkan perbelanjaan kerajaan.
•Pertambahan perbelanjaan kerajaan
mewujudkan peluang pekerjaan
baharu.
Langkah Mengatasi Pengangguran
3. Menggalakkan Mobiliti Buruh
•Kerajaan menggalakkan mobiliti
(perpindahan) buruh daripada sektor
ekonomi kurang maju seperti sektor
pertanian kepada sektor ekonomi
yang lebih maju seperti sektor
perindustrian dan perkhidmatan.
Langkah Mengatasi Pengangguran
4. Membuka tanah baru
•Melalui kerjasama dengan pihak
swasta, kerajaan menjalankan projek
pembangunan untuk memajukan
industri desa, dan membangunkan
tanah terbiar untuk memajukan
tanaman komersial.
Langkah Mengatasi Pengangguran
5. Memajukan sektor ekonomi
berpotensi / berdaya saing
•Kerajaan berusaha memajukan sektor
pelancongan, perhotelan,
perhubungan, perdagangan dan
kewangan.
Langkah Mengatasi Pengangguran
6. Menyediakan kursus dan latihan
kemahiran
•Kerajaan menyediakan pusat latihan
dan kemahiran seperti institut latihan
teknikal yang menawarkan pelbagai
kursus bagi memenuhi keperluan
semasa pasaran buruh.
Langkah Mengatasi Pengangguran
7. Menggalakkan kemasukan pelaburan
asing
•Kerajaan memberi pengecualian cukai
kepada firma dalam industri berpotensi
dan berdaya saing.
•Kerajaan turut memberi insentif lain
seperti insentif cukai pelaburan dan
insentíf penyelidikan dan pembangunan.
PERTUMBUHAN EKONOMI
1. Pertumbuhan ekonomi merujuk kepada
perubahan tingkat keupayaan dalam kegiatan
ekonomi sesebuah negara atau perubahan
tingkat keluaran negara dari satu tahun ke satu
tahun.
2. Pertumbuhan ekonomi yang positif berlaku
apabila wujud pertambahan sumber ekonomi
(faktor pengeluaran), peningkatan kualiti
sumber ekonomi dan kemajuan teknologi.
Sebab Isu Pertumbuhan Ekonomi perlu Ditangani
A. MENJEJASKAN PENDAPATAN PER KAPITA NEGARA
1. Pendapatan per kapita menurun apabila kadar
pertumbuhan penduduk melebihi kadar
pertumbuhan keluaran negara pada sesuatu tahun.
2. Sumber ekonomi yang ada tidak mencukupi untuk
menambahkan keluaran bagi memenuhi kcperluan
penduduk yang telah meningkat.
3. Apabila tingkat keluaran negara rendah, pendapatan
per kapita juga merosot disebabkan jumlah
penduduk yang semakin meningkat.
Sebab Isu Pertumbuhan Ekonomi perlu Ditangani
B. FAKTOR SOSIAL YANG NEGATIF
1. Sikap masyarakat yang enggan menerima
perubahan atau inovasi menyebabkan
ekonomi sukar berkembang.
2. Kegiatan inovasi yang terhad tidak
menggalakkan kemasukan pelaburan
langsung asing dan menyebabkan keluaran
negara menjadi rendah.
Sebab Isu Pertumbuhan Ekonomi perlu Ditangani
C. KEKURANGAN MODAL DAN TABUNGAN
1. Kadar pertumbuhan ekonomi yang rendah
mengurangkan tingkat tabungan.
2. Sistem perbankan yang belum
berkembang maju mengehadkan
pembentukan modal tetap yang penting
untuk kegiatan pelaburan.
Sebab Isu Pertumbuhan Ekonomi perlu Ditangani
D. KEKURANGAN TENAGA BURUH MAHIR
1. Kekurangan tenaga buruh mahir menghalang
pengolahan kekayaan sumber ekonomi,
peningkatan produktiviti buruh dan aplikasi
teknologi moden dalam proses pengeluaran.
2. Keadaan ini menyukarkan proses peralihan
daripada sektor ekonomi berasaskan
pertanian kepada sektor ekonomi berasaskan
perindustrian dan perkhidmatan (termasuk
sains dan teknologi).
Sebab Isu Pertumbuhan Ekonomi perlu Ditangani
D. KEKURANGAN USAHAWAN
1. Kekurangan usahawan yang berdaya saing,
inovatif dan sanggup menanggung risiko
akan menghalang pertumbuhan ekonomi
sesebuah negara.
2. Hal ini demikian kerana kegiatan
penciptaan produk dan teknik pengeluaran
baharu serta inovasi amat terhad.
Sebab Isu Pertumbuhan Ekonomi perlu Ditangani
D. EKONOMI TRADISIONAL
1. Penggunaan teknik pengeluaran yang kurang
cekap menyebabkan tahap produktiviti
menjadi rendah.
2. Kegiatan ekonomi tradisional juga lebih
mengutamakan pengeluaran barang makanan
daripada pengeluaran barang modal dan
seterusnya mengehadkan pertumbuhan
ekonomi.
Sebab Isu Pertumbuhan Ekonomi perlu Ditangani
E. KEKURANGAN BARANG PENGGUNA
1. Kos lepas untuk menjana pertumbuhan ekonomi
yang pesat pada masa depan ialah pengurangan
pengeluaran barang pengguna pada masa kini.
2. Hal ini berlaku kerana kebanyakan sumber ekonomi
diperuntukkan kepada pengeluaran barang modal
yang lebih menguntungkan.
3. Pengurangan pengeluaran barang pengguna akan
menjejaskan kebajikan rakyat.
Sebab Isu Pertumbuhan Ekonomi perlu Ditangani
F. MASALAH ALAM SEKITAR
1. Pertumbuhan ekonomi yang pesat turut
mengakibatkan pencemaran alam dan masalah
kesesakan (penduduk dan sistem pengangkutan).
2. Penerokaan sumber yang tidak boleh diperbaharui
secara keterlaluan menimbulkan masalah
kepupusan sumber.
3. Semua ini menjejaskan kebajikan rakyat.
Langkah Mengatasi Isu Pertumbuhan Ekonomi
1. Meningkatkan aplikasi teknologi
•Aplikasi teknologi dalam proses
pengeluaran seperti penggunaan teknik
pengeluaran yang moden dan inovatif
membolehkan sumber diperuntukkan
dengan lebih cekap untuk mengeluarkan
produk yang lebih berkualiti.
Langkah Mengatasi Isu Pertumbuhan Ekonomi
2. Menambahkan modal
•Modal dapat ditambah dengan menggalakkan
pelaburan tempatan dan pelaburan langsung
asing.
•Cara menggalakkan pelaburan termasuk
memberi subsidi kepada pelabur tempatan,
memberi insentif pelaburan dan menaikkan
kadar bunga.
Langkah Mengatasi Isu Pertumbuhan Ekonomi
3. Meningkatkan taraf pendidikan dan latihan
•Pelaburan modal insan melalui penyediaan
pendidikan formal dan latihan dalam
perkhidmatan dapat meningkatkan produktiviti
buruh serta melahirkan lebih banyak tenaga kerja
mahir.
•Institusi pengajian tinggi digalakkan untuk
menawarkan lebih banyak kursus pengajian yang
relevan dengan keperluan semasa pasaran buruh.
Langkah Mengatasi Isu Pertumbuhan Ekonomi
4. Mengalakkan Ekonomi Bidangan
• Ekonomi bidangan merujuk kepada
pengurangan kos seunit keluaran kesan
daripada peningkatan saiz pasaran dan firma.
•Apabila saiz firma berkembang, firma
cenderung menggunakan loji dan peralatan
yang lebih cekap lalu menyebabkan
produktiviti meningkat
Langkah Mengatasi Isu Pertumbuhan Ekonomi
5. Mengalakkan Peruntukan Sumber yang
Cekap
• Faktor pengeluaran dipindahkan daripada
sektor ekonomi yang kurang produktif kepada
sektor ekonomi yang produktif.
Langkah Mengatasi Isu Pertumbuhan Ekonomi
6. Mengalakkan Penyelidikan dan
Pembangunan
•Kerajaan memberi subsidi kepada firma
tempatan untuk menjalankan penyelidikan
dan pembangunan.
•Kerajaan juga memberi pengecualian cukai
kepada firma asing yang melabur dalam
kegiatan penyelidikan dan pembangunan.
IMBANGAN PEMBAYARAN
1. Imbangan pembayaran merupakan penyata
yang merekodkan urus niaga perdagangan
antarabangsa antara sebuah negara dengan
negara lain dalam tempoh setahun.
2. Urus niaga perdagangan antarabangsa
melibatkan aliran masuk dan keluar wang dan
modal serta urus niaga lain.
IMBANGAN PEMBAYARAN
3. Tiga konsep imbangan pembayaran yang penting adalah
seperti berikut:
(a) Imbangan pembayaran lebihan, iaitu penerimaan wang dan
modal dan luar negara melebihi pembayaran wang dan modal ke
luar negara. Keadaan mi memberi manfaat kepada kedudukan
kewangan negara.
(b) Imbangan pembayaran kurangan (defisit), iaitu penerimaan
wang dan modal dan luar negara kurang daripada pembayaran
wang dan modal ke luar negara. Keadaan mi menjejaskan
kedudukan kewangan negara.
(c) Imbangan pembayaran terimbang, iaitu penerimaan wang dan
modal dari luar negara sama dengan pembayaran wang dan modal
ke luar negara. Keadaan ini tidak memberi kesan kepada
kedudukan kewangan negara.
IMBANGAN PEMBAYARAN
4.Isu imbangan pembayaran merujuk
kepada masalah yang timbul daripada
imbangan pembayaran kurangan yang
dialami sesebuah negara.
SEBAB IMBANGAN PEMBAYARAN KURANGAN PERLU DITANGANI

A. MENURUNKAN KADAR PERTUKARAN ASING


1. Imbangan pembayaran kurangan menyebabkan
kadar pertukaran asing jatuh.
2. Kesannya, pemintaan terhadap barang import
bertambah, manakala permintaan terhadap
barang eksport menurun.
3. Kemerosotan permintaan eksport menjejaskan
perkeinbangan industri tempatan.
SEBAB IMBANGAN PEMBAYARAN KURANGAN PERLU DITANGANI

B. ALIRAN KELUAR MODAL KE LUAR NEGARA


1. Kejatuhan kadar pertukaran asing
menyebabkan kemasukan pelaburan
langsung asing berkurang (aliran masuk
modal ke dalam negara berkurang).
2. Pengurangan pelaburan langsung asing
menjejaskan ekonomi negara.
SEBAB IMBANGAN PEMBAYARAN KURANGAN PERLU DITANGANI

C. MENGURANGKAN BEKALAN WANG DI


DALAM NEGARA
1. Imbangan pembayaran kurangan
menyebabkan kerajaan terpaksa
menggunakan rizab pertukaran asing
untuk menampung kurangan tersebut.
2. Pengurangan rizab pertukaran asing
menjejaskan bekalan wang di dalam
negara.
SEBAB IMBANGAN PEMBAYARAN KURANGAN PERLU DITANGANI

C. MENGURANGKAN BEKALAN WANG DI


DALAM NEGARA
1. Imbangan pembayaran kurangan
menyebabkan kerajaan terpaksa
menggunakan rizab pertukaran asing
untuk menampung kurangan tersebut.
2. Pengurangan rizab pertukaran asing
menjejaskan bekalan wang di dalam
negara.
SEBAB IMBANGAN PEMBAYARAN KURANGAN PERLU DITANGANI
D. HUTANG NEGARA BERTAMBAH
1. Kerajaan terpaksa membuat pinjaman daripada
negara lain untuk menampung kurangan dalam
imbangan pembayaran.
2. Kesannya, beban hutang negara bertambah?
3. Projek pembangunan negara tidak dapat
dilaksanakan sepenuhnya kerana sebahagian
belanjawan kerajaan terpaksa digunakan untuk
menjelaskan hutang negara.
Langkah Mengatasi Imbangan Pembayaran Kurangan
1. Mengurangkan import
•Kerajaan menaikkan tarif, mengenakan kuota
dan melaksanakan kawalan pertukaran asing.
•Kerajaan juga menjalankan kempen membeli
barang tempatan dan menggalakkan
perkembangan industri pengganti import.
•Apabila import dapat dikurangkan, aliran
keluar wang ke negara lain juga dapat
dikurangkan
Langkah Mengatasi Imbangan Pembayaran Kurangan
2. Menggalakkan eksport
•Kerajaan memberi subsidi eksport kepada
pengeluar (empatan untuk mengurangkan kos
pengeluaran dan menurunkan harga barang
eksport.
•Kerajaan memberi kredit (pinjaman) terpilih
kepada sektor eksport yang berdaya saing.
•Apabila eksport bertambah, aliran masuk
wang ke dalam negara meningkat.
Langkah Mengatasi Imbangan Pembayaran Kurangan
3. Menguatkuasakan peraturan dan undang-
undang
•Bertujuan menyekat aliran keluar modal dan
menggalakkan kemasukan modal asing.
•Pelepasan cukai diberikan kepada firma asing
yang melaburkan semula keuntungan mereka
di dalam negara.
•Kadar bunga dinaikkan untuk menarik aliran
masuk modal asing.
Langkah Mengatasi Imbangan Pembayaran Kurangan
4. Devaluasi
• Kerajaan menurunkan nilai mata wang negara.
• Harga barang eksport menjadi relatif lebih murah,
manakala harga barang import menjadi relatif lebih
mahal.
• Harga barang eksport yang relatif lebih murah
menyebabkan permintaan terhadap eksport meningkat
dan aliran masuk wang ke dalam negara turut
meningkat.
• Harga barang import yang relatif lebih mahal
menyebabkan permintaan terhadap import berkurang
dan aliran keluar wang ke negara lain dapat dikawal.
SEKIAN
TAMAT TOPIK 1.2
Tc Ain, SMK Keningau II

Anda mungkin juga menyukai