Anda di halaman 1dari 11

STPM 2019 Ekonomi 1

21.
(a) Terangkan peranan teknologi dalam proses pengeluaran.
[2]
(b) Huraikan empat sumber ekonomi yang boleh ditawarkan oleh isi rumah kepada
firma dalam proses pengeluaran berserta setiap ganjaran yang diperolehnya.
[8]

Skema Pemarkahan

(a) Teknologi sebagai pemangkin kepada proses pengeluaran @ meningkatkan daya


pengeluaran / meningkatkan kecekapan pengeluaran sumber supaya firma dapat
mengeluarkan jumlah keluaran yang lebih banyak dengan sumber yang sedia ada.

(b)
1. Menawarkan tanah
 Merangkumi semua sumber alam semula jadi di permukaan bumi / dalam perut bumi.
 Ganjaran kepada tanah adalah sewa.

2. Menawarkan buruh
 Orang yang terlibat dalam proses pengeluaran sama ada dari segi fizikal atau mental.
 Ganjaran kepada buruh adalah upah.

3. Menawarkan modal
 Semua peralatan fizikal yang digunakan dalam proses pengeluaran untuk menghasilkan
barang akhir seperti wang, alatan dan mesin.
(Nota : Jika hanya berikan contoh saja, huraian adalah tidak diterima.)
 Ganjaran kepada modal adalah kadar bunga / bunga.

4. Menjadi usahawan
 Orang yang mempunyai kepakaran untuk menggabungkan semua faktor pengeluaran
untuk menghasilkan barang akhir dan perkhidmatan.
(Nota : Huraian tentang “orang yang menanggung risiko” adalah tidak diterima.)
 Ganjaran kepada usahawan ialah untung.

1
STPM 2019 Ekonomi 1

22. Penyelidikan kesihatan telah meyakinkan pengguna bahawa pengambilan susu kambing
adalah lebih sihat daripada pengambilan susu lembu. Dengan berbantukan dua gambar
rajah yang berasingan, terangkan perubahan tingkat keseimbangan bagi pasaran susu
lembu dan perubahan tingkat keseimbangan bagi pasaran susu kambing jika cita rasa
pengguna berubah ekoran daripada penyelidikan tersebut.
[10]

Skema Pemarkahan

Bagi pasaran susu lembu:

Harga
D0
S
D1
E0
P0
E1
P1

D0
S
D1
0 Kuantiti
Q1 Q0
 Keseimbangan asal dicapai apabila D0D0 = SS pada titik E0 dengan harga P0 dan kuantiti Q0.
 Apabila cita rasa pengguna ke atas susu lembu berkurangan, permintaan ke atas susu lembu
berkurang dan keluk permintaan beralih ke kiri dari keluk D0D0 ke keluk D1D1.
 Keseimbangan baru dicapai pada titik E1. Harga menurun ke P1 dan kuantiti menurun ke Q1.

Bagi pasaran susu kambing:

Harga
D1
S
D0
E1
P1
E0
P0

D1
S
D0
0 Kuantiti
Q0 Q1
 Keseimbangan asal dicapai apabila D0D0 = SS pada titik E0 dengan harga P0 dan kuantiti Q0.
 Apabila cita rasa pengguna ke atas susu kambing bertambah, permintaan ke atas susu kambing
meningkat dan keluk permintaan beralih ke kanan dari keluk D0D0 ke keluk D1D1.
Keseimbangan baru dicapai pada titik E1. Harga meningkat ke P1 dan kuantiti meningkat ke Q1.

2
STPM 2019 Ekonomi 1

23.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan permintaan pendapatan?
[2]
(b) Dengan memberikan contoh barang, terangkan perkaitan antara nilai keanjalan
permintaan pendapatan dengan jenis barang.
[8]

Skema Pemarkahan

(a) Keanjalan permintaan pendapatan mengukur darjah tindak balas perubahan kuantiti
diminta terhadap sesuatu barang kesan daripada perubahan pendapatan pengguna.

(b)
 Nilai keanjalan pendapatan bersamaan sifar @ Ey = 0 bagi barang mesti.
Contoh: garam
 Nilai keanjalan pendapatan positif @ Ey = 1 / 0 < Ey < 1 bagi barang normal.
Contoh: pakaian
 Nilai keanjalan pendapatan lebih besar daripada satu @ Ey > 1 bagi barang mewah.
Contoh: kereta Ferarri
 Nilai keanjalan pendapatan kurang daripada sifar @ Ey < 0 bagi barang bawahan.
Contoh: beras hancur

3
STPM 2019 Ekonomi 1

24. Dengan berbantukan gambar rajah, terangkan hubungan antara


(a) jumlah keluaran dengan keluaran sut
[5]
(b) keluaran purata dengan keluaran sut
[5]

Skema Pemarkahan

TP / AP / MP

TP

AP
0 Kuantiti buruh
MP
(a)
 Apabila penggunaan input berubah bertambah pada mulanya, TP bertambah pada kadar
yang meningkat dan MP meningkat.
 Apabila penggunaan input berubah bertambah lagi, TP bertambah pada kadar menurun
dan MP menurun.
(Nota: wajib tulis perkataan kadar.)
 Apabila penggunaan input berubah bertambah lagi, TP mencapai maksimum dan MP
adalah sifar.
 Apabila penggunaan input berubah bertambah lagi, TP berkurangan dan MP negatif.
(Nota : Pilih mana-mana 3 huraian dengan syarat huraian 1 dan huraian 2 mesti lengkap.)

(b)
 Apabila AP meningkat, MP lebih besar daripada AP.
 Apabila AP maksimum, AP sama dengan MP.
 Apabila AP menurun, MP lebih kecil daripada AP.

4
STPM 2019 Ekonomi 1

25. Huraikan lima ciri firma pasaran persaingan sempurna.


[10]

Skema Pemarkahan

1. Bilangan firma yang banyak


 Firma adalah sebahagian kecil daripada pasaran.

2. Jenis barang yang homogen


 Jenis barang yang dikeluarkan adalah sama dan merupakan pengganti sempurna.

3. Tiada sekatan keluar masuk pasaran


 Firma bebas masuk pasaran jika firma sedia ada memperoleh keuntungan @ firma bebas
keluar pasaran jika firma sedia ada memperoleh kerugian.
 Ini menyebabkan firma hanya mendapat untung normal dalam jangka panjang.

4. Firma hanya penerima harga


 Firma tiada kuasa mempengaruhi harga.
 Harga hanya ditentukan oleh permintaan dan penawaran pasaran.

5. Tiada amalan persaingan bukan harga


 Firma tidak boleh mengamalkan aktiviti persaingan bukan harga kerana sifat barang
adalah homogen @ saiz firma yang sangat kecil di pasaran.

5
STPM 2019 Ekonomi 1

26.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan lebihan permintaan buruh dan lebihan
penawaran buruh?
[2]
(b) Dengan berbantukan gambar rajah, jelaskan bagaimana tingkat upah dan kuantiti
buruh keseimbangan dicapai dalam pasaran persaingan sempurna apabila berlaku
lebihan permintaan buruh dan lebihan penawaran buruh.
[8]

Skema Pemarkahan

(a) Lebihan permintaan buruh merujuk kepada kuantiti diminta buruh melebihi kuantiti
ditawar buruh pada satu tingkat upah tertentu.

Lebihan penawaran buruh merujuk kepada kuantiti ditawar buruh melebihi kuantiti
diminta buruh pada satu tingkat upah tertentu.

(b)
Upah
DL SL
W1
E0
W0

W2
SL DL
DL
0 Kuantiti buruh
L1 L0 L2
 Pada tingkat upah W2, berlaku lebihan permintaan buruh sebanyak L1L2.
 Ini menyebabkan tingkat upah meningkat sehingga W0.
 Pada tingkat upah W1, berlaku lebihan penawaran buruh sebanyak L1L2.
 Ini menyebabkan tingkat upah menurun sehingga W0.
 Oleh itu, tingkat upah buruh dicapai pada tingkat upah W0 dan kuantiti keseimbangan
buruh pada L0.
 Keseimbangan pasaran buruh dicapai apabila keluk permintaan buruh bersilang dengan
keluk penawaran buruh @ kuantiti diminta buruh = kuantiti ditawar buruh.

6
STPM 2019 Ekonomi 1

27. Jadual di bawah menunjukkan kuantiti diminta bagi suatu barang pada pelbagai
tingkat harga.

Harga Kuantiti diminta


(RM) (unit)
10 180
15 160
20 140
25 120
30 100

(a) Terbitkan persamaan permintaan terhadap barang tersebut.


[2]
(b) Jika persamaan penawaran barang tersebut ialah
Qs = 60 + 6P
dengan
Qs = kuantiti ditawar (unit)
P = harga (RM)

(i) hitung harga dan kuantiti keseimbangan pasaran barang tersebut.


[2]
(ii) hitung lebihan pengguna.
[2]

(c) Jika permintaan bertambah sebanyak 20 unit pada setiap tingkat harga,
(i) terbitkan persamaan permintaan yang baharu
[1]
(ii) hitung harga dan kuantiti keseimbangan pasaran yang baharu.
[2]
(iii) jelaskan kesan ke atas harga dan kuantiti keseimbangan pasaran barang
tersebut.
[1]

Skema Pemarkahan

(a) Qd = a – bP

180 = a – b (10) ----------------


-160 = a – b (15) -----------------

7
STPM 2019 Ekonomi 1

20 = 5b
b=4

Gantikan b = 4,
180 = a – b (10)
180 = a – 4 (10)
180 = a – 40
a = 220

⸫ Qd = 220 – 4P

(b)
(i) Qd = Qs
220 – 4P = 60 + 6P
P = RM16

Gantikan P = RM16,
Qs = 60 + 6P
= 60 + 6(16)
= 156 unit

(ii)
Harga (RM)

55 D S

E
16

S D
0 Kuantiti (Unit)
156
(Nota : Rajah tak perlu)

Lebihan pengguna = ½ x (55 – 16) x 156


= RM3042

(c)
(i) Qd1 = 220 – 4P + 20
Qd1 = 240 – 4P

(ii) Qd1 = Qs

8
STPM 2019 Ekonomi 1

240 – 4P = 60 + 6P
P = RM18

Gantikan P = RM18,
Qd1 = 240 – 4P
= 240 – 4(18)
= 168 unit

(iii) Harga dan kuantiti keseimbangan meningkat.

28. Setelah tamat belajar, Nabila ditawarkan untuk bekerja di sebuah syarikat swasta
dengan pendapatan tahunan sebanyak RM24 000 setahun. Namun begitu, dia
menolak tawaran tersebut dan membuka perniagaan sendiri dengan berbekalkan
modal sebanyak RM200 000 daripada simpanan bank yang dibayar faedah pada
kadar bunga 5% setahun. Dia tidak perlu menyewa premis perniagaan kerana
mempunyai premis sendiri yang sebelum ini disewakan dengan nilai RM18 000
setahun. Berikut ialah jumlah hasil dan kos-kos lain yang ditanggung dalam tempoh
setahun:
Jumlah hasil = RM150 000
Upah buruh = RM36 000
Kos bahan mentah = RM50 000

Berdasarkan kenyataan ini, hitung


(a) kos lepas menukar kerjaya sebagai pengusaha
[2]
(b) jumlah kos implisit
[2]
(c) jumlah kos eksplisit
[2]
(d) untung perakaunan
[2]
(e) untung ekonomi
[2]

Skema Pemarkahan

(a) Kos lepas menukar kerjaya sebagai pengusaha = alternatif yang terpaksa dilepaskan
sebagai pekerja = RM24 000

(b) Jumlah kos implisit


= 24 000 + (200 000 X 5%) + 18 000
= RM52 000

9
STPM 2019 Ekonomi 1

(c) Jumlah kos eksplisit


= 36 000 + 50 000
= RM86 000

(d) Untung perakaunan


= 150 000 – 86 000
= RM64 000

(e) Untung ekonomi


= 150 000 – 86 000 – 52 000
= RM12 000

29. Persamaan permintaan dan persamaan penawaran buruh dalam pasaran


persaingan sempurna adalah seperti yang berikut:
Qs = 90 – 2w
Qd = 10 + 2w
Dengan Qd = kuantiti buruh diminta (unit)
Qs = kuantiti buruh ditawar (unit)
w = upah (RM)

(a) Hitung tingkat upah dan kuantiti buruh pada titik keseimbangan.
[4]
(b) Apabila kerajaan menetapkan upah minimum sebanyak RM30 seunit,
(i) hitung kuantiti buruh diminta dan kuantiti buruh ditawar di pasaran.
[2]
(ii) Berdasarkan jawapan anda di (b)(i), apakah yang berlaku di pasaran ini?
[2]
(c) Hitung tingkat upah dan kuantiti keseimbangan buruh yang baharu jika keluk
penawaran telah berubah kepada Qs = 50 + 2w.
[2]

Skema Pemarkahan

(a) Qd = Qs
90 – 2w = 10 + 2w
w = RM20

Gantikan w = RM20,
Qd = 90 – 2w

10
STPM 2019 Ekonomi 1

= 90 – 2(20)
= 50 unit

(b)
(i) Qd = 90 – 2w
= 90 – 2(30)
= 30 unit

Qs = 10 + 2w
= 10 + 2(30)
= 70 unit

(ii) Wujud lebihan penawaran buruh sebanyak 40 unit.

(c) Qd = Qs
90 – 2w = 50 + 2w
w = RM10

Gantikan w = RM10,
Qd = 90 – 2w
= 90 – 2(10)
= 70 unit

11

Anda mungkin juga menyukai