Anda di halaman 1dari 25

Zulariff Hassan

Zulariff Hassan
Ekstrak Soalan Ekonomi Penggal 1
Tahun 2015

Bahagian A (Soalan Aneka Pilihan)

1. Jawapan : B
Konsep : Sumber ekonomi
Ulasan : Salah satu perbezaan antara buruh dengan usahawan ialah buruh tidak
menanggung risiko. Manakala usahawan menanggung risiko.

2. Jawapan : A
Konsep : Konsep kekurangan, pilihan dan kos lepas
Ulasan : Kehendak manusia tidak terhad, sementara sumber ekonomi adalah terhad. Oleh
itu, unit ekonomi terpaksa membuat pilihan apakah dan berapa barang yang
hendak dikeluarkan.

3. Jawapan : B
Konsep : Peralihan keluk kemungkinan pengeluaran
Ulasan : Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan peralihan keluk kemungkinan
pengeluaran, iaitu peningkatan teknologi dan peningkatan faktor pengeluaran.
Peningkatan daya pengeluaran merupakan faktor yang berkait dengan peningkatan
teknologi yang menyebabkan keluk kemungkinan pengeluaran sebelah barang Y
bergerak ke kanan.

4. Jawapan : C
Konsep : Faktor yang mempengaruhi permintaan (perubahan harga barang lain)
Ulasan : Apabila harga barang X naik, permintaan barang X jatuh dan permintaan barang Y
juga jatuh. Ini menunjukkan X dan Y merupakan barang penggenap.

5. Jawapan : B
Konsep : Persamaan penawaran
Ulasan : Qs = a + bP
12 = a + b(1)
18 = a + b(4)
– 6 = – 3b
2=b

12 = a + 2 (1)
12 = a + 2
10 = a

Maka, Qs = 10 + 2P

6. Jawapan : C
Konsep : Faktor yang mempengaruhi penawaran
Ulasan : Keluk penawaran beralih ke kanan jika disebabkan faktor bukan harga barang itu
sendiri. Oleh itu, peningkatan teknologi torehan menyebabkan pengeluaran susu
getah bertambah, penawaran getah bertambah dan keluk penawaran beralih ke
kanan.

1
7. Jawapan : D
Konsep : Keanjalan penawaran
Ulasan : Es = Q1 – Q0 x P0
P1 – P0 Q0

Es = 68 – 43 x 15
20 – 15 43

Es = 25 x 15
5 43

Es = 1.74

8. Jawapan : B
Konsep : Keanjalan permintaan harga
Ulasan : Ed = Q1 – Q0 x P0
P1 – P0 Q0

– 0.8 = Q1 – 20 x 20
30 – 20 20

– 0.8 = Q1 – 20
10

–8 = Q1 – 20

Q1 = 12 unit

9. Jawapan : D
Konsep : Keanjalan permintaan silang
Ulasan : P0k = RM8, Q0t = 20
P1k = RM10, Q1t = 35

Ed kt = 35 – 20 x 8
10 – 8 20

Ed kt = 15 x 8
2 20

Ed kt = 3

10. Jawapan : C
Konsep : Campur tangan kerajaan (subsidi)
Ulasan : Pemberian subsidi oleh kerajaan menyebabkan kos yang ditanggung pengeluar
berkurang. Ini menyebabkan pengeluaran padi meningkat dan kuantiti penawaran
padi meningkat. Keluk penawaran beralih ke kanan, lebihan pengguna bertambah
dan harga padi turun.

2
11. Jawapan : A
Konsep : Hubungan antara jumlah keluaran, keluaran purata dan keluaran sut
Ulasan :

Keluaran

TP

0 L0 Buruh
MP

Terdapat tiga peringkat hubungan antara jumlah keluaran dan keluaran sut.
 Semasa jumlah keluaran (TP) meningkat, keluaran sut berada dalam
keadaan positif iaitu pada penggunaan buruh 0 hingga L0.
 Semasa jumlah keluaran maksimum, keluaran sut adalah sifar, iaitu pada
penggunaan buruh L0.
 Semasa jumlah keluaran menurun, keluaran sut berada dalam keadaan
negaif iaitu pada penggunaan buruh selepas L0.

12. Jawapan : C
Konsep : Ekonomi bidangan dalaman dan tak ekonomi bidangan dalaman
Ulasan : Pergerakan titik T ke U disebabkan berlaku ekonomi bidangan dalaman. Antara
faktor ekonomi bidangan dalaman ialah pengurusan yang cekap, pengkhususan
kerja serta penyelidikan dan pembangunan. Faktor kedudukan firma dalam
kawasan industri merupakan ekonomi bidangan luaran.

13. Jawapan : D
Konsep : Ciri-ciri pasaran
Ulasan : Antara faktor yang membezakan pasaran ialah bilanganfirma, jenis barang dan
penentuan harga barang. Manakala tujuan firma tidak boleh membezakan antara
pasaran.

14. Jawapan : A
Konsep : Pasaran persaingan sempurna
Ulasan : Firma dalam pasaran persaingan sempurna tidak menjalankan persaingan bukan
harga seperti iklan kerana barang yang dihasilkan adalah homogen. Oleh itu, tiada
kos iklan yang ditanggung firma.

3
15. Jawapan : A
Konsep : Keseimbangan firma dalam pasaran persaingan sempurna(PPS) dalam jangka
pendek (penutupan firma)
Ulasan : Firma PPS yang mengalami kerugian dan tidak mampu menampung jumlah kos
berubah (TVC), perlu menutup operasi. Semasa tingkat harga P1, P2 dan P3, firma
masih mampu menampung TVC. Sementara itu, semasa harga P0, firma tidak
mampu menampung TVC dan perlu menutup operasi.

16. Jawapan : A
Konsep : Keseimbangan firma monopoli
Ulasan :Jumlah hasil = RM9 x 300 = RM2700
Jumlah kos = RM10 x 300 = RM3000
Untung = – RM300

17. Jawapan : A
Konsep : Perbandingan fima pasaran persaingan sempurna dengan pasaran monopoli
(konsep kecekapan peruntukan sumber)
Ulasan : Pada masa yang sama kecekapan peruntukan sumber berlaku apabila harga
menyamai kos sut (P = MC). Kedudukan
pasaran monopoli ialah harga (P0) lebih tinggi daripada kos sut (P1).

Kos / hasil

MC

AC
P0

P1

MR AR

0 Q0 Output

4
18. Jawapan : B
Konsep : Keseimbangan jangka panjang pasaran bermonopoli
Ulasan :
Kos / hasil

MC
AC

P0

MR AR

0 Q0 Output

Keseimbangan pasaran bermonopoli berlaku semasa kos sut = hasil sut (MC =
MR). Dalam jangka panjang, firma mengalami untung normal. Pada ketika itu,
output yang dikeluarkan (Q0) berada semasa kos purata sedang menurun.

19. Jawapan : D
Konsep : Penentuan tingkat upah dan penggunaan buruh dalam firma di pasaran persaingan
sempurna
Ulasan :

L TP P TRP MRP
(unit) (unit) (RM) (RM) (RM)
3 34 8 272 -
4 44 8 352 80

MRP = 352 – 272 = 80


4–3

20. Jawapan : A
Konsep : Maksud sewa kuasi
Ulasan : Sewa kuasi merupakan perbezaan antara jumlah hasil dengan jumlah kos berubah.

5
Ekstrak Soalan Ekonomi Penggal 1
Tahun 2015
BAHAGIAN B

21. (a) Huraikan tiga masalah asas ekonomi [6]


(b) Dengan memberikan contoh, terangkan perbezaan antara barang modal dengan barang pengguna.
[4]

Ulasan :

Soalan ini berdasarkan bab 1.

(a) Soalan ini menghendaki calon menghurai tiga masalah asas ekonomi.
(b) Soalan menghendaki calon menerangkan perbezaan barang modal dengan barang pengguna
berdasarkan contoh yang dikemukakan.

Jawapan :

(a) (i) Apa dan berapa barang yang hendak dikeluarkan.

Masalah apa barang yang hendak dikeluarkan merujuk kepada apa jenis barang dan perkhidmatan
yang perlu dikeluarkan untuk memenuhi permintaan masyarakat. Barang dan perkhidmatan
mestilah berdasarkan apa yang diminta oleh masyarakat. Manakala berapa barang yang hendak
dikeluarkan pula merujuk kepada jumlah atau kuantiti barang dan perkhidmatan yang perlu
dikeluarkan. Kedua-dua masalah asas tersebut harus berdasarkanberdasarkan sumber-sumber
pengeluaran yang terdapat dalam ekonomi.

(ii) Bagaimana barang hendak dikeluarkan.

Masalah bagaimana barang hendak dikeluarkan merujuk kepada teknik yang perlu digunakan untuk
mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Teknik yang boleh digunakan ialah sama ada intensif
modal atau intensif buruh. Firma akan memilih teknik yang boleh memaksimumkan untung dan
meminimumkan kos pengeluaran. Jika teknik berintensifkan buruh lebih mendatangkan untung
yang tinggi dan kos yang minimum, maka firma akan menggunakan teknik berintensifkan buruh.
Sebaliknya jika teknik berintensifkan modal lebih mendatangkan untung yang tinggi dan kos yang
minimum, maka firma akan menggunakan teknik berintensifkan modal.

(iii) Untuk siapa barang hendak dikeluarkan.

Masalah untuk siapa barang hendak dikeluarkan merujuk kepada siapa barang dan perkhidmatan
yang dikeluarkan hendak dipasarkan. Ini bergantung kepada corak agihan pendapatan masyarakat.
Umumnya golongan yang berpendapatan tinggi lebih banyak peluang menikmati barangan dan
perkhidmatan berbanding dengan golongan yang berpendapatan rendah.

(b) Barang modal ialah barang siap yang dikeluarkan dan digunakan untuk mengeluar barang lain
seperti mesin dan jentera. Barang pengguna ialah barang akhir yang boleh diguna oleh pengguna
seperti kasut dan seluar.

1
22. (a) Apakah yang dimaksudkan lebihan permintaan dan lebihan penawaran [2]
(b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan proses keseimbangan pasaran tercapai apabila
berlaku lebihan permintaan dan lebihan penawaran [8]

Ulasan :

Soalan ini berdasarkan bab 2.

(a) Calon dimintamemberikan maksud lebihan permintaan dan lebihan penawaran.


(b) Soalan meminta calon menggunakan gambar rajah lebihan permintaan dan lebihan penawaran serta
menerangkan proses keseimbangan pasaran yang berlaku.

Jawapan :

(a) Lebihan permintaan ialah suatu keadaan apabila kuantiti diminta melebihi kuantiti ditawar pada
tingkat harga tertentu. Lebihan penawaran ialah suatu keadaan apabila kuantiti ditawar melebihi
kuantiti diminta pada tingkat harga tertentu.

(b) Proses keseimbangan pasaran.

Harga

P2 A B

P0 E

P1 C D

S D

0 Q0 Kuantiti

Keseimbangan pasaran tercapai apabila kuantiti diminta menyamai kuantiti ditawar yang
ditunjukkan oleh titik E. Pada tingkat harga P1, berlaku lebihan permintaan sebanyak CD. Ini
menyebabkan harga cenderung meningkat menuju harga keseimbangan P0. Manakala pada tingkat
harga P2, berlaku lebihan penawaran sebanyak AB. Ini menyebabkan harga cenderung jatuh
menuju harga keseimbangan P0. Akhirnya, berlaku keseimbangan pasaran pada harga P0 dan
kuantiti Q0.

23. (a) Jelaskan maksud keanjalan permintaan harga. [2]


(b) Huraikan empat faktor yang menentukan keanjalan permintaan harga. [8]

Ulasan :

Soalan ini berdasarkan bab 2.

(a) Calon dikehendakimenjelaskan maksud keanjalan permintaan harga.


(b) Soalan menghendaki calon menghurai empat faktor yang menentukan keanjalan permintaan harga.

2
Jawapan :

(a) Keanjalan permintaan harga ialahmengukur peratus perubahan kuantiti diminta akibat peratus
perubahan harga barang itu sendiri.

(b) Empat faktor yang menentukan keanjalan permintaan harga.

(i) Terdapat barang pengganti hampir. Jika sesuatu barang mempunyai barang pengganti
hampir, maka keanjalan permintaan harganya adalah anjal. Ini kerana pengguna lebih
senang mendapatkan barang lain (barang pengganti yang hampir) jika barang yang
digunakan mengalami kenaikan harga.
(ii) Bilangan kegunaan barang tersebut. Jika sesuatu barang mempunyai banyak kegunaan,
maka keanjalan permintaannya adalah anjal. Ini kerana apabila sesutau barang mempunyai
banyak kegunaan, misalnya tepung gandum yang digunakan untuk membuat bermacam-
macam kuih dan masakan, jika sedikit kenaikan harga, maka kuantiti diminta terhadapnya
akan berkurangan dengan banyak.
(iii) Bahagian pendapatan yang dibelanjakan. Semakin besar bahagian pendapatan yang
dibelanja terhadap sesuatu barang, maka keanjalan permintaan harganya adalah anjal.
Misalnya sedikit kenaikan harga kereta menyebabkan masyarakat menangguh pembelian
kereta. Manakala sedikit kenaikan harga pensel, masyarakat tetap membelinya kerana
bahagian pendapatan untuk pembelianpensel adalah kecil berbanding pembelian kereta.
(iv) Kepentingan barang. Jika suatu barang adalah penting kepada masyarakat, keanjalan
permintaan harganya adalah tidak anjal. Ini kerana walaupun harga barang tersebut sedikit
meningkat, tetapi masyarakat tetap membelinya dan permintaan terhadapnya tidak
berkurang.

24. Dengan menggunakan gambar rajah,

(a) terangkan hukum pulangan sut berkurangan [3]


(b) jelaskan hubungan antara jumlah keluaran, keluaran sut dan keluaran purata. [7]

Ulasan :

Soalan ini berdasarkan bab 3.

(a) Calon dikehendaki menerangkan hukum pulangan sut berkurangan dengan menggunakan gambar
rajah.
(b) Soalan meminta calon menjelaskan hubungan antara jumlah keluaran dengan keluaran sut dan
keluaran sut dengan keluaran purata juga dengan menggunakan gambar rajah.

3
Jawapan :

Keluaran

TP

AP

0 L1 L2 Buruh
MP

(a) Hukum pulangan sut berkurangan ialah suatu keadaan apabila jumlah keluaran bertambah dengan
kadar yang berkurangan. Berdasarkan gambar rajah, hukum pulangan sut berkurangan berlaku
semasa MP menurun tetapi masih positif iaitu semasa penggunaan buruh L0 ke L2.

(b) Hubungan antara jumlah keluaran, keluaran sut dan keluaran purata

Hubungan antara jumlah keluaran dengan keluaran sut :

- Semasa jumlah keluaran meningkat, keluaran sut berada dalam keadaan positif iaitu pada
penggunaan buruh 0 hingga L2.
- Semasa jumlah keluaran maksimum, keluaran sut adalah sifar, iaitu pada penggunaan
buruh L2.
- Semasa jumlah keluaran menurun, keluaran sut berada dalam keadaan negatif iaitu pada
penggunaan buruh selepas L2.

Hubungan antara keluaran sut dengan keluaran purata

- Semasa keluaran purata meningkat, keluaran sut lebih tinggi daripada keluaran purata, iaitu
pada penggunaan buruh 0 hingga L1.
- Semasa keluaran purata maksimum, keluaran sut menyamai keluaran
purata, iaitu pada penggunaan buruh L1.
- Semasa keluaran purata menurun, keluaran purata lebih tinggi daripada keluaran sut, iaitu
selepas penggunaan buruh L1.

4
25. Berbantukan gambar rajah, huraikan keadaan firma pasaran persaingan sempurna memberhentikan
operasi dalam jangka pendek. [10]

Ulasan :

Soalan ini berdasarkan bab 4.

Soalan menghendaki calon mengemukakan gambar rajah firma pasaran persaingan sempurna(PPS)
dalam keadaan perlu memberhentikan operasi dalam jangka pendek dan membuat membuat huraian.

Jawapan :

Harga (RM) MC AC

AVC
9

6
E
4 MR = AR = P

0 10 Kuantiti (unit)

 Jika firma yang mengalami kerugian , tetapi jika jumlah hasil kurang daripada jumlah kos berubah
(TR < TVC), iaitu keluk AR berada di bawah daripada keluk AVC, maka firma tersebut tidak boleh
meneruskan operasi.
 Keseimbangan firma berlaku pada titik E, iaitu (MR = MC).
 Jumlah hasil = Harga x Kuantiti (RM4 x 10) = RM40
 Jumlah kos = kos purata x kuantiti = (RM9 x 10) = RM90.
 Jumlah kos berubah = Kos berubah purata x Kuantiti (RM6 x 10) = RM60
 Oleh itu, firma akan menutup operasi.
 Jika meneruskan operasi, kos yang ditanggung ialah (RM9 – RM4) x 10 = RM50, iaitu jumlah kos
tetap dan sebahagian kos berubah.
 Jika menutup operasi, kos yang ditanggung hanya kos tetap iaitu (RM9 – RM6) x 10 = RM30

26. (a) Terangkan tiga cara bagaimana firma pasaran persaingan bermonopoli membezakan keluaran di
pasaran. [6]
(b) Huraikan dua keburukan persaingan bukan harga. [4]

Ulasan :

Soalan ini berdasarkan bab 4.

(a) Soalan menghendaki calon menerangkan cara firma pasaran bermonopoli membezakan keluaran.
(b) Soalan meminta calon menghurai dua keburukan persaingan bukan harga.

5
Jawapan :

(a) Tiga cara bagaimana firma pasaran persaingan bermonopoli membezakan keluaran.

i. Penjenamaan . Firma pasaran persaingan bermonopoli membezakan keluarannya melalui


penggunaan jenama yang berbeza-beza. Jenama yang digunakan boleh melambangkan
keunikan dan reputasi barangan tersebut di pasaran. Jenama yang dipilih merupakan
jenama yang baik dan elok.

ii. Pembungkusan. Firma pasaran persaingan bermonopoli juga membezakan keluarannya


melalui pembungkusan yang berbeza-beza baik dari segi warna, bentuk, saiz dan
sebagainya. Cara pembungkusan haruslah boleh menarik minat pengguna untuk
membelinya.

iii. Perkhidmatan selepas jualan. Firma pasaran persaingan bermonopoli juga membezakan
keluarannya melalui penawaran perkhidmatan selepas jualan. Antara perkhidmatan selepas
jualan ialah penghantaran percuma ke rumah.

(b) Keburukan persaingan bukan harga.

i. Kos pengiklanan yang tinggi. Apabila firma melaksanakan pengiklanan, maka pastinya
memerlukan kos yang tinggi. Ini akan meningkatkan kos operasi firma.

ii. Maklumat kurang tepat. Terdapat juga iklan-iklan yang memaparkan perkara yang tidak
tepat. Ini bermaksud apa yang diiklankan tidak seperti apa yang sebenarnya terdapat pada
barangan yang dijual. Maklumat-maklumat begini boleh mengelirukan masyarakat
pengguna.

BAHAGIAN C

27.

Ulasan : Soalan berkaitan dengan keluk kemungkinan pengeluaran (Bab 1)

Jawapan :

(a) Kos lepas bagi mengeluarkan (i) seunit barang X pada setiap kombinasi dan (ii) seunit
barang Y pada setiap kombinasi ialah :

Kombinasi Kos lepas barang X Kos lepas barang Y


(unit barang Y) (unit barang X)
A - 4/2 = 2
B 2/4 = 0.5 4/5 = 0.8
C 5/4 = 1.25 4/12 = 0.33
D 12/4 = 3 4/21 = 0.19
E 21/4 = 5.25 -

6
(b) (i) Bentuk keluk kemungkinan pengeluaran bagi negara ini ialah cembung.

(ii) Jenis faktor pengeluaran ialah faktor pengeluaran tidak homogen.

(c) Apabila negara tersebut mengeluarkan 8 unit barang X dan 29 unit barang Y,negara
tersebut mengalami pengangguran. Hal ini kerana terdapat faktor pengeluaran yang tidak
digunakan.

(d) Negara tersebut tidak boleh mengeluarkan 5 unit barang X dan 38 unit barang Y. Hal ini
kerana berlaku kekurangan sumber.

28.

Ulasan :

Soalan tersebut adalah berkaitan dengan keseimbangan pasaran, lebihan pengguna dan kesan terhadap
keseimbangan pasaran serta lebihan pengguna jika terdapat unsur cukai (Bab 2)

Jawapan :

(a) Harga dan kuantiti keseimbangan

Permintaan = penawaran

70 – 2Q = 10 + Q
3Q = 60
Q = 20

P = 70 – 2 (20)
P = 70 – 40
P = 30

Harga = RM30
Kuantiti = 20 kg

(b) Lebihan pengguna :

= ½ x 20 x (70 – 30)
= ½ x 20 x 40
= RM400

(c) (i) Permintaan = penawaran

70 – 2Q = 10 + Q + 3
3Q = 57
Q = 19

P = 70 – 2 (19)

7
P = 70 – 38
P = 32

Harga = RM32
Kuantiti = 19 kg

(ii) Lebihan pengguna baharu = ½ x 19 x (70 – 32)


= RM 361

Perubahan lebihan pengguna = RM361 – RM400


= – RM39

Oleh itu, lebihan pengguna berkurang.

(d) Keluk permintaan dan penawaran sebelum dan selepas cukai dikenakan.

Harga (RM)

70 D

S1

S0

32
30

13

10

0 19 20 35 Kuantiti (kg)

8
29.

Ulasan :

Soalan berkaitan dengan kos pengeluaran, untung dan rugi sebuah firma (Bab 4).

Jawapan :

(a) Jumlah kos tetap = RM100


Jumlah kos berubah = 80 x 3 = RM240
Jumlah kos = 100 + 200 = RM340

(b) Untung = Jumlah hasil – jumlah kos


= RM320 – RM340
Rugi = RM20

(c) Ya, firma boleh meneruskan operasi. Hal ini kerana firma boleh menutup semua kos
berubah dan sebahagian kos tetap.

(d) Untuk mendapat pulang modal, jumlah hasil = RM340.

Harga barang = 340 = RM4.25


80

Oleh itu, peratus kenaikan harga

= RM4.25 – RM4.00 x 100


RM4.00

= 6.25 %

Zulariff Hassan

Anda mungkin juga menyukai