Anda di halaman 1dari 15

Tajuk 1 : Pengenalan

STPM 2022
21. (a) Berikan satu contoh barang percuma dan satu contoh barang ekonomi. [2]
(b) Huraikan empat perbezaan antara barang percuma dengan barang ekonomi. [ 8]

STPM 2021
21. Sebuah negara mengeluarkan dua jenis barang, iaitu barang modal dan barang pengguna., dengan menggunakan
gambar rajah
(a) Jelaskan keluk kemungkinan pengeluaran (KKP)bagi kos lepas meningkat [4]
(b) Huraikan kesan terhadap KKP masa hadapan apabila negara tersebut mementingkan pengeluaran masa kini ke
atas barang modal berbanding dengan barang pengguna.[6]

STPM 2020
21. (a) Mengapakah masalah asas ekonomi wujud ? [2]
(b) Terangkan masalah asas ekonomi yang dihadapi oleh pengeluar kerepek pisang. [8]

STPM 2019
21. (a) Terangkan peranan teknologi dalam proses pengeluaran. [2]
(b) Huraikan empat sumber ekonomi yang boleh ditawarkan oleh isi rumah kepada firma dalam proses pengeluaran
berserta setiap ganjaran yang diperolehnya. [8]

STPM 2018
21 (a) Nyatakan kaitan antara kos lepas dengan bentuk-bentuk keluk kemungkinan pengeluaran.[2]
(b) Dengan menggunakan gambar rajah keluk kemungkinan pengeluaran, terangkan dua keadaan sebuah
ekonomi tidak berada pada tingkat guna tenaga penuh. [8]
STPM 2017
21. Dengan memberikan contoh, terangkan perkaitan konsep kekurangan, konsep pilihan, dan konsep kos lepas bagi
(a) pengguna (5m)
(b) pengeluar (5m)

STPM 2015
21. (a) Huraikan tiga masalah asas ekonomi. (6m)
(b) Dengan memberikan contoh, terangkan perbezaan antara barang modal dengan barang pengguna. (4m)

STPM 2014
21. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan usahawan ? (2m)
(b) Huraikan 4 perbezaan di antara usahawan dengan buruh. (8m)

STPM 2013
21.(a) Nyatakan maksud keluk KKP ? (2m)
(b) Dengan menggunakan gambar rajah dan contoh berangka, terangkan bagaimana keluk KKP yang mempunyai kos
lepas meningkat dibentuk. (8m)

STPM 2012
1. Tanah dan cahaya matahari merupakan dua jenis barang. Huraikan 3 perbezaan antara dua barang tersebut. (6m)
2. Jadual di bawah menunjukkan titik kombinasi barang X dan barang Y yang dikeluarkan dalam sebuah ekonomi.(10m)

Kombinasi pengeluaran Barang X Barang Y


A 0 120
B 4 110
C 8 90
D 12 50
E 16 0
Berdasarkan jadual di atas, terangkan konsep yang
berikut :
(a) kecekapan pengeluaran
(b) kekurangan sumber
(c ) kos lepas

STPM 2011
1. “kehendak manusia tidak terhad, tetapi sumber ekonomi adalah terhad”. Huraikan secara ringkas masalah yang
timbul daripada keadaan ini. (6m)

STPM 2010
1. Dengan menggunakan gambar rajah keluk KKP, jelaskan konsep kekurangan dan kos lepas. (6m)
9. (a) Terangkan dua kelebihan ekonomi perancangan pusat berbanding dengan ekonomi pasaran bebas. (4m)
(b ) Huraikan bagaiana kerjaan boleh campur tangan untuk mengatasi kelemahan ekonomi pasaran bebas. (6m)

STPM 2009
1. (a) Mengapakah masalah asas ekonomi wujud ? (2m)
b) Terangkan dua masalah asas ekonomi. (4m)
STPM 2008
1. Sebuah negara mengeluarkan dua barang, iaitu barang X dan barang Y. Dengan menggunakan gambar rajah,
terangkan kesan terhadap keluk kkP jika
(a) terdapat pertambahan yang sama dalam pelaburan terhadap pengeluaran barang X dan barang Y. (3m)
(b) terdapat peningkatan dalam teknologi pengeluaaran barang X. (3m)
STPM 2007
9. Jelaskan bagaimana sistem ekonomi pasaran bebas menyelesaikan masalah
(a) Penggunaan sumber (3m)
(b) Pengeluaran barang (4m)
(c ) Pengagihan barang kepada masyarakat (3m)

STPM 2006
1. Terangkan secara ringkas perbezaan antara barang percuma dengan barang ekonomi. (6m)
STPM 2005
1. Terangkan masalah asas ekonomi dalam pengeluaran teh. (6m)
2. Huraikan dengan ringkas tiga ciri sistem ekonomi Islam. (6m)
STPM 2004
3. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi negara Z yang mengeluarkan
barang pengguna dan barang modal.

(a) Nyatakan dua faktor yang membolehkan titik E dicapai.


(b) Terangkan apa yang akan terjadi kepada kos lepas jika ekonomi beralih dari
( i) titik A ke titik B, dan ke titik C,
(ii) titik D ke titik A.
4. Terangkan kelemahan sistem ekonomi pasaran bebas. (6m)
STPM 2003
5. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan usahawan ? (2m)
(b) Huraikan dengan ringkas dua tugas usahawan. (4m)
6. Dengan memberikan contoh yang sesuai, terangkan maksud barang percuma, barang ekonomi, dan barang
awam. (6m)
STPM 2002
39. Dengan memberikan contoh berangka dan gambar rajah , terangkan bagaimana keluk KKP yang menunjukkan
kos lepas meningkat dibentuk. (10m)
41. “ walaupun ahli ekonomi berpendapat bahawa system ekonomi pasaran bebas adalah yang terbaik, tetapi tidak ada
sebuah negara pun yang mengamalkan system ini secara total.” Bincangkan pernyataan ini. (10m)
STPM 2001
1. (a) Takrifkan sistem ekonomi pasaran bebas, sistem ekonomi perancangan, dan sistem ekonomi campuran. (6m)
(b) Terangkan ciri-ciri utama pelaku dalam sistem ekonomi campuran. (9m)
(c ) Bincangkan bagaimana pelaku dalam sistem ekonomi pasaran bebas berinteraksi untuk menyelesaikan masalah
asas ekonomi. (15m)
STPM 1999
1.(a) Apakah yang dimaksudkan dengan sumber ekonomi, dan jelaskan maksud “ sumber ekonomi adalah terhad”. (4m)
(b) Huraikan bagaimana sistem ekonomi pasaran memperuntukkan sumber dari segi (10m)
(i) Penggunaan sumber,
(ii) Pengeluaran barang dengan menggunakan sumber yang ada dan
(iii) Pengagihan barang tersebut kepada pemilik sumber
(c ) “ Sistem ekonomi pasaran memperuntukkan sumber secara cekap.” Jelaskan. (4m)
(d) Jelaskan mengapa kerajaan masih perlu campur tangan bagi memperuntukkan sumber dalam sistem ekonomi
pasaran. (9m)

Tajuk 2 : Pasaran barang dan harga


STPM 2022
22. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan kepada harga dan kuantiti keseimbangan kereta jika
peningkatan penawaran lebih kecil daaripada peningkatan permintaan sekiranya keanjalan permintaan dan keanjalan
penawaran adalah anjal. [10]

STPM 2022
23.(a) (i) Takrifkan keanjalan permintaan silang. [1]
(ii) Terangkan bagaimana keanjalan permintaan silang boleh digunakan untuk menentukan hubungan antara dua
barang [3]
(b) Terangkan faktor yang menyebabkan permintaan sesuatu barang lebih anjal. [6]

STPM 2021
22. (a) Apakah hukum permintaan ? [2]
(b) Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan hukum permintaan. [8]
STPM 2021
23. (a) Jelaskan dasar harga maksimum. [2]
(b) Dengan menggunakan gambar rajah,huraikan kesan ke atas keseimbangan pasaran apabila kerajaan mengenakan
dasar harga maksimum ke atas pengeluaran sesuatu barang.[8]
STPM 2020
22. “ Pertambahan bilangan pelajar dan peningkatan harga kertas telah memberikan kesan kepada keseimbangan
pasaran bagi buku teks Ekonomi.”
Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan kepada keseimbangan pasaran buku teks Ekonomi
sekiranya perubahan permintaan adalah lebih besar daripada perubahan penawaran [10]
STPM 2020
23. Huraikan lima faktor yang menyebabkan keanjalan penawaran bersifat anjal. [ 10]

STPM 2019
22. Penyelidikan kesihatan telah menyakinkan pengguna bahawa pengambilan susu kambing adalah lebih sihat
daripada pengambilan susu lembu. Dengan berbantukan dua gambar rajah yang berasingan, terangkan
perubahan tingkat keseimbangan bagi pasaran susu lembu dan perubahan tingkat keseimbangan bagi
pasaran susu kambing jika cita rasa pengguna berubah ekoran daripada penyelidikan tersebut. [10]

STPM2019
23. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan permintaan pendapatan ? [2]
(b) Dengan memberikan contoh barang, terangkan perkaitan antara nilai keanjalan permintaan pendapatan
dengan jenis barang.[8]

STPM 2018
22. (a) Bezakan perubahan kuantiti ditawar dengan perubahan penawaran. [2m]
(b) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan ke atas penawaran getah sekiranya,
(i ) upah buruh di ladang getah meningkat [4m]
(ii) kerajaan memberikan subsidi baja kepada pekebun kecil getah [4m]
STPM 2018
23.(a) Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan penawaran ?[2]
(b) Dengan menggunakan gambarajah, terangkan perbezaan antara penawaran anjal dengan penawaran tak
anjal.[8m]

STPM 2017
22. Huraikan lima faktor penurunan permintaan motosikal tempatan. (10m)

STPM 2017
23.
Kenaikan harga besi dan kenaikan pendapatan pengguna menyebabkan peralihan keluk
penawaran lebih kecil berbanding dengan peralihan keluk permintaan dalam pasaran kereta.
Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan peralihan kedua-dua keluk tersebut terhadap harga
dan kuantiti keseimbangan dalam pasaran kereta tempatan. (10m)

STPM 2016
21. Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan ke atas harga dan kuantiti keseimbangan suatu
barang di pasaran sekiranya kerajaan mengenakan cukai ke atas input pengeluaran barang itu. [10]

STPM 2016
22. (a) Takrifkan harga maksimum dan harga minimum. [2]
(b) (i) Dalam keadaan bagaimanakah kerajaan boleh melaksanakan dasar harga maksimum ? [2]
(ii) Huraikan tiga tujuan dasar harga maksimum dilaksanakan oleh kerajaan. [6]

STPM 2015
22. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan lebihan permintaan dan lebihan penawaran. (2m)
(b) Dengan menggunakan rajah, terangkan proses keseimbangan pasaran tercapai apabila berlaku lebihan
permintaan dan lebihan penawaran. (8m)

STPM 2015
23(a) Jelaskan maksud keanjalan permintaan harga. (2m)
(b) Huraikan empat faktor yang menentukan keanjalan permintaan harga. (8m)

STPM 2014
23. (a) Takrifkan lebihan pengguna dan lebihan pengeluar. (2)
(b) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan ke atas lebihan pengguna apabila kerajaan mengenakan
cukai ke atas pengeluar. (8)

Tahun 2014
22 (a) Bezakan antara perubahan kuantiti diminta dengan perubahan permintaan. (2m)
(b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan ke atas keluk permintaan (ceteris paribus) sekiranya,
(i ) kerajaan memberikan bonus kepada kakitangan awam, (4m)
(ii) harga barang pengganti turun, (4m)

STPM 2013
22.(a) Jelaskan maksud keanjalan permintaan pendapatan. (2)
(b) Terangkan kaitan antara nilai keanjalan pendapatan dengan jenis barang. (8)

STPM 2012
2. Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan perubahan harga dan kuantiti keseimbangan apabila peningkatan
penawaran melebihi peningkatan permintaan. (6m)
3. Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan harga. (6)
8. Terangkan tiga faktor yang menyebabkan kerajaan campur tangan dalam ekonomi. (6)
10. (a) Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan perbezaan antara perubahan kuantiti diminta dengan perubahan
permintaan. (4)
(b) Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi perubahan permintaan. (6)
11.(a) Terangkan perbezaan antara keanjalan penawaran yang tak anjal sempurna dengan penawaran yang anjal
sempurna. (4)
(b) Huraikan bagaimana faktor masa boleh mempengaruhi keanjalan penawaran. (6)

STPM 2011
9. Apabila penawaran dapur gas meningkat, jelaskan dengan menggunakan gambar rajah, perubahan keseimbangan
pasaran bagi [10]
(a) dapur gas
(b) gas
2. Jelaskan tiga faktor yang dapat meningkatkan penawaran kereta buatan Malaysia. (6)
3. Jelaskan bagaimana faktor yang berikut dapat mempengaruhi keanjalan penawaran.
(a) Jangka masa pengeluaran (2)
(b) Perubahan kos pengeluaran (2)
(c) Faktor pengeluaran tertentu (2)
8. Dengan memberikan contoh yang sesuai, jelskan mengapa kerajaan
(a) menetapkan harga minimum (2)
(b) memberikan subsidi (2)

STPM 2010
2. Jelaskan dua sebab harga dan kuantiti diminta berhubungan secara negatif. (6)
3. Terangkan kesan terhadap penawaran minyak kelapa sawit apabila [6]
(a) Upah pekerja di ladang kelapa sawit meningkat
(b) Keluasan penanaman kelapa sawit meningkat, dan
(c ) Kemajuan teknologi pengeluaran minyak kelapa sawit meningkat
4. Terangkan tiga faktor yang menyebabkan keluk permintaan sesuatu barang anjal. (6)
8. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan harga maksimum dan harga minimum ? (2)
(b) Huraikan dasar harga maksimum dengan dasar harga minimum. (4)
10. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan penawaran tak anjal ? (2)
(b) Terangkan empat faktor yang dapat meyebabkan penawaran menjadi tak anjal. (8)

STPM 2009
2. Terangkan kesan terhadap keluk penawaran ikan apabila berlaku perkara yang berikut :
(a) Peningkatan subsidi diesel oleh kerajaan (3m)
(b) Peningkatan kegiatan pelancongan pantai di kawasan nelayan ( 3m)
9. (a) Apakah maksud permintaan dan penawaran ? (2m)
(b) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan proses keseimbangan di pasaran barang. (8m)
3. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap jumlah hasil apabila harga meningkat sekiranya
(a) keanjalan permintaan harga anjal (3)
(b) Keanjalan permintaan harga tak anjal (3)
8. (a) Dengan memberikan contoh, terangkan maksud eksternaliti negatif. (2)
(b) Terangkan dua langkah yang boleh diambil oleh kerajaan untuk mengatasi eksternaliti negatif. (4)
12. Jelaskan lima kebaikan campur tangan kerajaan dalam aktiviti ekonomi. (10)
STPM 2008
3. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap penawaran minyak kelapa sawit
akibat kenaikan harga minyak kacang soya. [6]
9. (a) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan bagaimana keseimbangan pasaran tercapai jika
berlaku lebihan penawaran di pasaran. (3m)
(b) Barang X dan barang Y adalah barang penggenap. Dengan menggunakan gambar rajah,
jelaskan apa yang berlaku pada harga dan kuantiti keseimbangan barang Y jika penawaran
barang X meningkat. (7m)
3. Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan terhadap lebihan pengguna telefon bimbit jika berlaku
(a) perkembangan teknologi pengeluaran telefon bimbit, (3)
(b) kenaikan kos pengeluaran telefon bimbit (3)
8. Andaikan bahawa keluk permintaan tak anjal sempurna. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan
beban cukai yg ditanggung oleh pengeluar dan pengguna akibat kenaikan cukai jualan. (6m)
10. (a) Apakah maksud keanjalan penawaaran ? (2m)
(b) Huraikan 4 sebab mengapa keanjalan penawaran bijih timah kurang anjal berbanding dengan keanjalan
penawaran roti. (8m)
12. Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan bahagian subsidi yg diterima oleh penjual dan pembeli jika
(a) Keanjalan permintaan anjal, (5m)
(b) Keanjalan permintaan tak anjal (5m)

STPM 2007
10. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap harga dan kuantiti keseimbangan apabila
(a) Pertambahan permintaan dan pertambahan penawaran adalah sama besar (5m)
(b) Pertambahan penawaran lebih besar daripada pertambahan permintaan (5m)

2. Jelaskan 3 faktor yg mempengaruhi keanjalan permintaan harga. (6m)


3. Jelaskan mengapa sebuah firma tidak dapat meningkatkan pengeluaran dengan banyak dalam jangka masa pendek
berbanding dalam jangka masa panjang. (6)
8. Jelaskan tiga sebab mengapa kerajaan perlu campur tangan dalam kegiatan ekonomi. (6)

1. Gambar rajah di bawah masing-masing menunjukkan keluk permintaan milo dan keluk permintaan horlicks.
(6m)

Berdasarkan gambar rajah di atas, jelaskan hubungan antara milo dgn Horlicks jika harga asal adalah di Po.
STPM 2006
9. Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan perubahan yang berlaku pada keluk permintaan
bagi kek apabila
(a) harga kek meningkat (3m)
(b) tiba musim perayaan (3m)
(c ) cita rasa pengguna beralih kepada kuih tradisional (4m)
2. Huraikan 3 faktor yg boleh menghalang peningkatan penawaran sesuatu barang. (6m)
3. Jelaskan mengapa garam mempunyai nilai keanjalan sifar berbanding dengan minuman teh yg
dianggap mempunyai keanjalan lebih daripada satu. (6m)
11. “Apabila tingkat harga meningkat, jumlah hasil turut meningkat.” Dengan menggunakan gambar rajah, bincangkan
pernyataan ini. (10m)

STPM 2005
4.(a) Terangkan bagaimana peperangan yg berlaku di negara pengeluar minyak boleh
mempengaruhi penawaran minyak di sesebuah negara pengimport minyak. [3]
(b) Dgn menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana perubahan teknologi mempengaruhi
keluk penawaran.[3]
10. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap permintaan sesuatu barang sekiranya
(a) berlaku kemelesetan ekonomi dalam negara, (5m)
(b) cukai import dikurangkan terhadap barang tersebut (5m)
3. Terangkan dua sebab mengapa keluk permintaan individu bercerun negatif
STPM 2004
3. Huraikan kesan terhadap penawaran sos cili P di pasaran jika
(a) harga cili merah meningkat, (3m)
(b) harga sos cili Q menurun (3m)
4. (a) Bezakan antara perubahan kuantiti ditawar dengan perubahan penawaran. (2m)
(b) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan dengan ringkas kesan yang berlaku terhadap
penawaran kereta nasional sekiranya kos input pengeluaran kereta nasional turun. (4m)
5. (a) Terangkan maksud lebihan pengguna. (2m)
(b) Dengan memberikan contoh berangka, terangkan bagaimana lebihan pengguna dihitung. (4m)
8. Jelaskan maksud eksternaliti negatif, dan huraikan bagaimana kerajaan boleh mengurangkannya. (6m)
9. (a) Dengan menggunakan gambarajah, bezakan antara perubahan kuantiti diminta dengan perubahan
permintaan. (4m)
(b) Huraikan tiga faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan permintaan. (6m)
10. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan silang ?
(b) Dengan memberikan contoh berangka, jelaskan bagaimana sesuatu barang itu dikelaskan sebagai barang
pengganti atau barang penggenap.

STPM 2003
3. Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan terhadap permintaan barang keperluan
sekiranya pihak kerajaan mengagihkan semula pendapatan negara daripada golongan kaya
kepada golongan miskin. (6m)
4. Dgn menggunakan gambar rajah, huraikan secara ringkas kesan drpd penggunaan teknologi baru
dlm pengeluaran tekstil terhadap keseimbangan pasaran.[6]
9. (a) Dengan memberikan contoh, jelaskan maksud keanjalan pendapatan. (4m)
(b) Terangkan hubungan antara keanjalan permintaan pendapatan dengan jenis barang. (6m)
11. Huraikan faktor yang mempengaruhi keanjalan penawaran. (10m)
STPM 2002
34. Huraikan tiga sebab kerajaan perlu campur tangan dalam kegiatan ekonomi. (6m)
35. (a) Bezakan antara permintaan individu dengan permintaan pasaran. (2m)
(b) Terangkan bagaimana keluk permintaan pasaran diterbitkan. (4m)
42. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap jumlah hasil apabila
(a) cukai ke atas jualan rokok dikenakan, dan (5m)
(b) cukai import daging dimansuhkan (5m)

STPM 2001
2. (a) Dengan memberikan contoh, terangkan maksud keanjalan permintaan harga dan keanjalan permintaan
silang. (6)
(b) Dengan memberikan gambar rajah yang sesuai, jelaskan bagaimana darjah keanjalan permintaan harga
dihubungkaitkan dengan jumlah perbelanjaan seseorang pengguna. (12m)
(c ) (i) Terangkan mengapa keanjalan permintaan berbeza antara barang. (6m)
(ii) Jelaskan bagaimana dua barang itu dianggap sebagai barang penggenap dan bagaimana pula dua
barang itu dianggap sebagai barang pengganti. (6m)

4. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan beban cukai ? (4)


(b) Apabila kerajaan mengenakan cukai jualan, bebannya ditanggung oleh penjual dan pembeli. Dalam
keadaan yang bagaimanakah beban cukai ini lebih banyak ditanggung oleh
(i ) penjual ? (6)
(ii) pembeli ? (6)
(c ) (i ) Cukai jualan boleh digunakan oleh kerajaan untuk tujuan mengurangkan penggunaan sesuatu
barang. Dalam keadaan yang bagaimanakah cukai jualan ini merupakan alat yang berkesan untuk
tujuan tersebut ? (8)
(ii ) Mengapakah kerajaan mengenakan cukai yang tinggi terhadap rokok ? (6m)
STPM 2000
1. (c ) “ Sekiranya kerajaan membenarkan semua tenaga kerja menikmati kenaikan gaji dan pada
masa yang sama kerajaan juga memberi subsidi kepada pengeluar motosikal nasional, harga
keseimbangan pasaran motosikal nasional akan turun,” Bincangkan. (10m)
1.(a) Terangkan perbezaan antara keluk penawaran firma dengan keluk penawaran pasaran dalam jangka
pendek. (8)
(b) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan keluk penawaran jangka pendek bagi sebuah
firma. (9)

STPM 1999
3. (a) Takrifkan keanjalan permintaan harga. Dengan memberikan contoh yang sesuai, jelaskan bagaimana
keanjalan tersebut diukur. (5)
(b) “ Faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan harga bagi suatu barang ialah barang pengganti dan
keanjalan pendapatan.” Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan bagaimana setiap faktor
tersebut mempengaruhi keanjalan permintaan harga. (10)
(c ) Huraikan bagaimana keanjalan permintaan harga boleh mempengaruhi setiap perkara yang berikut
apabila cukai terhadap per unit output dikenakan. (15)
( i) Beban cukai yang ditanggung oleh pengguna dan pengeluar
(ii) Hasil kerajaan
(iii) Lebihan pengguna

Tajuk 3 : Teori pengeluaran dan kos pengeluaran

STPM 2022
24 (a) Takrifkan fungsi pengeluaran.[2]
(b) Berikan satu contoh input tetap dan satu contoh input berubah. [2]
( c) Huraikan tiga perbezaan antara input tetap dengan input berubah.[6]

STPM 2021
24. (a) Takrifkan kos tetap dan kos berubah. [2]
(b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan hubungan antara keluk kos purata dengan kos sut. [8]
STPM 2020
24. Huraikan 5 faktor yang menyebabkan kos purata jangka panjang sesebuah firma menurun apabila berlaku
perkembangan industri secara keseluruhan.[10]

STPM 2019
24. Dengan berbantukan gambar rajah, terangkan hubungan antara
(a) jumlah keluaran dengan keluaran sut [5]
(b) keluaran purata dengan keluaran sut [5]

STPM 2018
24.(a) Dengan memberikan contoh, bezakan kos eksplist dengan kos implist.[4]
(b) Dengan memberikan contoh berangka, jelaskan sebab firma yang mengalami keuntungan
perakaunan yang positif boleh mengalami keuntungan ekonomi yang negatif. [6]

STPM 2017
24. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan ekonomi bidangan dalaman dan kesan ekonomi bidangan
luaran ke atas keluk kos purata jangka panjang. (10m)

STPM 2016
23. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata jangka panjang (LAC) bagi sebuah firma.

Huraikan lima faktor keluk kos purata jangka panjang ( LAC) firma tersebut beralih dari LAC ke LAC1. [10]

STPM 2015
24. Dengan menggunakan gambar rajah,
(a) Terangkan hukum pulangan sut berkurangan (3m)
(b) Jelskan hubungan antara jumlah keluaran, keluaran sut dengan keluaran purata (7m)

STPM 2013
23. Huraikan lima faktor ekonomi bidangan dalaman yang menyebabkan kos purata jangka panjang firma
semakin menurun. (10)

STPM 2012
4. Terangkan dua faktor yang mempengaruhi
(a) ekonomi bidangan dalaman, (3)
(b) tak ekonomi bidangan dalaman,(3)

STPM 2011
5. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan keluaran sut ? (1m)
(b) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan dengan ringkas hubungan antara keluaran sut dengan keluaran
purata. (5)
10. (a) Dengan memberikan contoh, jelaskan maksud industri. (2)
(b) Nyatakan dua perbezaan antara konsep jangka pendek dengan konsep jangka panjang. (4)
(c ) Adakah firma akan memaksimumkan keuntungan apabila keluaran sut menjadi sifar dalam pasaran persaingan
sempurna ? Jelaskan jawapan anda. (4)

STPM 2010
5. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan kos sut dan kos purata ? (2m)
(b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan hubungan antara keluk kos sut dengan keluk kos purata dalam
jangka pendek. (4)

STPM 2009
4. Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan mengapa firma tetap beroperasi dalam jangka pendek walaupun
mengalami kerugian. (6)
10. (a) Nyatakan perbezaan antara ekonomi bidangan dalaman dengan ekonomi bidangan luaran. (2)
(b) Huraikan dua faktor yang mewujudkan ekonomi bidangan dalaman dan dua faktor yang mewujudkan ekonomi
bidangan luaran. (8)

STPM 2007
3. Jelaskan mengapa sebuah firma tidak dapat meningkatkan pengeluaran dengan banyak dalam jangka masa pendek
berbanding dalam jangka masa panjang. (6m)

STPM 2006
10. Bincangkan faedah yg diperoleh oleh sebuah kilang yg mengeluarkan barang elektronik apabila
kilang tersebut ditempatkan di sebuah kawasan perindustrian. (10m)

STPM 2005
5. Dengan memberikan contoh, huraikan secara ringkas apa yang dimaksudkan dengan jangka masa pendek
dan jangka masa panjang dalam suatu proses pengeluaran. (6)
6. Huraikan maksud kos purata dan kos sut serta jelaskan hubungan antara kedua-duanya. (6)
11.(a) Apakah yang dimaksudkan dengan
(i ) Ekonomi bidangan ?
(ii) Tak ekonomi bidangan ?
(b) Terangkan bagaimana ekonomi bidangan luaran dan ekonomi bidangan dalaman mempengaruhi
kedudukan keluk kos purata jangka panjang.
STPM 2003
12.(a) Bezakan antara ekonomi bidangan dalaman dengan ekonomi bidangan luaran.(3)
(b) Huraikan faktor yang menggalakkan ekonomi bidangan luaran. (7)

STPM 2001
3.(a) Dengan memberikan contoh, takrifkan hukum pulangan berkurangan. (6)
(b) Terangkan bagaimana hukum pulangan sut bertambah kurang berkait dengan tahap-tahap pengeluaran. (9)
( c) (i) Berdasarkan tahap-tahap pengeluaran, huraikan bagaimana firma dapat menentukan penggunaan
input yang optimum dalam pasaran persaingan sempurna. (8)
(ii) Bagaimanakah hukum pulangan mempengaruhi keluk kos ? (7)

STPM 2000
4. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan keluk kandung ? Dengan memberikan gambar rajah yang sesuai,
jelaskan perkaitan antara keluk tersebut dengan keluk kos purata jangka pendek. (7)
(b) Terangkan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi
(i ) bentuk keluk kos purata jangka pendek, dan
(ii) perubahan keluk kos purata jangka panjang
(c ) “ Pengeluaran pertanian amat bergantung kepada tanah. Oleh itu, pertumbuhan penduduk yang pesat di
sesebuah negara pertanian akan mengurangkan keluaran pertanian per hektar.” Berdasarkan teori
pengeluaran, bincangkan pernyataan ini.

STPM 1999
2. (a) Dengan memberikan contoh yang sesuai, jelaskan maksud kos eksplisit dan kos implist dalam satu
proses pengeluaran. Apakah kaitan kos tersebut dengan jumlah kos pengeluaran ? (8)
(b) Lukiskan keluk kos purata jangka panjang bagi sebuah firma. Mengapakah ia berbentuk demikian ?(10)
(c ) Huraikan kesan terhadap keluk kos purata sebuah firma padi apabila setiap satu perkara yang berikut
berlaku.
(i ) Penggunaan mesin bertambah cekap menyebabkan keluaran firma
bertambah
(ii) Peningkatan sewa tanah
(iii) Pembinaan sistem saliran untuk menampung pengeluaran padi yang
semakin meningkat
(iv) Penggunaan padi klon baru yang lebih tahan penyakit. (12)
Tajuk 4 : Struktur Pasaran dan Penentuan Harga dan Output

STPM 2022

25. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan tiga jenis keuntungan yang diterima oleh firma pasaran
persaingan sempurna dalam jangka pendek. [10]

STPM 2021
25. (a) Jelaskan maksud pasaran monopoli.[2]
(b) Huraikan empat faktor yang mewujudkan monopoli.[8]

STPM 2020
25. (a) Berikan dua contoh persaingan bukan harga dalam pasaran persaingan bermonopoli [2]
(b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan keadaan firma pasaran persaingan bermonopoli
memperoleh untung normal pada tingkat kseimbangan. [8]

STPM 2019
25. Huraikan lima ciri firma pasaran persaingan sempurna.[10]

STPM 2018
25. Terangkan lima ciri yang membezakan firma yang beroperasi di pasaran persaingan sempurna dengan firma yang
beroperasi di pasaran monopoli. [10]

STPM 2017
25. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana firma pasaran persaingan sempurna mencapai
keseimbangan dalam jangka panjang. (10m)
STPM 2017
26. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan pasaran persaingan bermonopoli ? (2m)
(b) Huraikan empat bentuk persaingan bukan harga yang terdapat dalam pasaran persaingan bermonopoli. (8m)

STPM 2016
24. (a) Jelaskan dua dasar kerajaan yang digunakan untuk mengawal kuasa monopoli di pasaran. [4]
(b) Huraikan tiga faktor yang menghalang kemasukan firma lain ke dalam pasaran monopoli. [6]

STPM 2016
25. Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan bagaimana pemonopoli dalam jangka pendek memperoleh
(a) untung normal [5]
(b) untung lebih normal [5]

STPM 2015
25. Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan keadaan firma pasaran persaingan sempurna memberhentikan
operasi dalam jangka pendek. (10m)

STPM 2015
26. (a) Terangkan tiga cara bagaimana firma pasaran persaingan bermonopoli membezakan keluaran di pasaran. (6m)
(b) Huraikan dua keburukan persaingan bukan harga. (4m)

STPM 2014
25. Huraikan lima perbezaan antara pasarn persaingan sempurn dengan pasaran persaingan tak sempurna.
(10m)

STPM 2013
24. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan empat kelemahan pasaran monopoli berbanding dengan
pasaran persaingan sempurna. (10m)
25. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan mengapa firma pasaran persaingan bermonopoli dapat
meneruskan operasinya walapun firma tersebut mengalami kerugian. (10m)

STPM 2012
12. Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan bagaimana firma monopoli menentukan tingkat ouput dan
harga keseimbangan berdasarkan pendekatan kos sut dan hasil sut. (10m)

STPM 2011
7. Huraikan dua kelebihan dan dua kelemahan pasaran persaingan sempurna. (6m)
11.(c ) Nyatakan dua kebaikan yang diperoleh oleh pengguna dalam pasaran bermonopoli. (4m)

STPM 2010
11. Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan bagaimana penentuan output firma pasaran sempurna berlaku
dalam jangka panjang. (10m)
12. (a) Huraikan tiga kelemahan pasaran persaingan bermonopoli. (6m)
(b) Terangkan mengapa pasaran persaingan bermonopoli lebih baik daripada pasaran monopoli. (4m)

STPM 2009
4. Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan mengapa firma tetap beroperasi dalam jangka pendek
walaupun mengalami kerugian. (6m)
5. Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan bagaimana keluk penawaran jangka pendek firma persaingan
sempurna diterbitkan. (6m)
6. Terangkan tiga bentuk persaingan bukan harga yang dilakukan oleh firma persaingan bermonopoli. (6m)
11. Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan kelemahan firma monopoli dalam hal yang berikut :
(a) Kecekapan pengeluaran
(b) Kecekapan peruntukkan sumber
(c) Lebihan pengguna

STPM 2008
4. Huraikan tiga kelemahan pasaran persaingan sempurna. (6m)
5. Jelaskan tiga sebab mengapa kerajaan perlu memonopolikan sesuatu industri. (6m)
11. (a) Huraikan mengapa firma dalam pasaran persaingan sempurna merupakan penerima harga. (4m)
(b) Dengan menggunakan gmbar rajah dan pendekatan jumlah hasil tolak jumlah kos, jelaskan bagaimana
firma pasaran persaingan sempurna mencapai untung maksimum dalam jangka pendek. (6m)

STPM 2007
4. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan jumlah hasil dan hasil sut ? (2m)
(b) Jelaskan bentuk keluk kumlah hasil dan keluk hasil sut antara firma pasaran persaingan sempurna
dengan firma monopoli. (4m)
11. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan kecekapan pengeluaran dan kecekapan peruntukan ? (2m)
(b) Jelaskan mengapa firma pasaran persaingan sempurna dapat memperoleh kecekapan pengeluaran dan
kecekapan peruntukkan sumber berbanding dengan firma monopoli ? (8m)

12. Jelaskan mengapa harga di pasaran persaingan bermonopoli lebih tinggi berbanding dengan harga di
pasaran persaingan sempurna ? (10m)

STPM 2006
5. Huraikan mengapa dalam pasaran persaingan sempurna, keseimbangan firma dalam jangka panjang berada
pada tingkat harga yang sama dengan titik minimum kos purata. (6m)
6. (a) Terangkan mengapa firma dalam pasaran persaingan bermonopoli tidak melakukan persaingan harga
sebaliknya melakukan persaingan bukan harga. (2m)
(b) Huraikan bentuk persaingan bukan harga yang dilakukan dalam pasaran persaingan bermonopoli. (4m)
STPM 2004
6. Mengapakah firma dalam pasaran persaingan sempurna mengeluarkan keluaran yang memaksimumkan
untung pada titik P=MC ? (6m)
11. (a) Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai, jelaskan bagaimana keluk penawaran firma jangka
pendek dalam pasaran persaingan sempurna diterbitkan. (6m)
(b) Jika terdapat banyak firma yang serupa dalam satu industri, jelaskan bagaimana keluk penawaran
industri dibentuk. (4m)
12. Bincangkan masalah yang dihadapi oleh masyarakat hasil daripada kewujudan pasaran monopoli.
Bagaimanakah kerajaan dapat membantu mengatasi masalah ini ? (10m)

STPM 2003
6. Huraikan secara ringkas dua kebaikan dan dua kelemahan pasaran persaingan sempurna. (6m)
10. Huraikan perbezaan antara pasaran persaingan sempurna dengan pasaran monopoli pada tingkat
keseimbangan. (10m)

STPM 2002
31. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan monopoli ? (2m)
(b) Terangkan dua sebab monopoli kerajaan diperlukan dalam sesebuah negara . (4m)
36. Berdasarkan maklumat yang diberikan, terangkan tindakan yang akan diambil oleh firma jika (6m)
Kos tetap : RM60 000
Kos berubah : RM 40 000
Jumlah hasil : RM 50 000
37. Terangkan tiga cara firma dalam pasaran persaingan bermonopoli membezakan barang keluarannya. (6m)

STPM 2000
2(a)(ii)Mengapakah firma persaingan sempurna hanya memperoleh untung normal dalam jangka panjang ?(9m)

STPM 1999
4. (a) Huraikan kebaikan dan kelemahan pasaran persaingan bermonopoli jika dibandingkan dengan pasaran
persaingan sempurna.
(b) Bagaimanakah sebuah firma dalam pasaran persaingan bermonopoli dapat meningkatkan jualan dan hasil
serta bahagian dalam pasaran ?
(c) Dalam jangka pendek, kerajaan mendapati sebuah firma yang berada dalam pasaran persaingan
bermonopoli memperoleh untung lebih normal. Untuk menjaga kepentingan pengguna, kerajaan
menggalakkan kemasukan firma baru ke dalam pasaran sehingga dalam jangka panjang pasaran berubah
menjadi pasaran persaingan sempurna. Bincangkan kesan tindakan kerajaan ini terhadap output dan
untung firma ini.

Tajuk 5 : Teori Agihan


STPM 2022
26. Dengan menggunakan gambar rajah yang berasingan, jelaskan kesan ke atas keseimbangan pasaran buruh
sekiranya,
(a) lebih ramai wanita memasuki pasaran buruh, [5]
(b) kos pendidikan dan latihan di pasaran meningkat [5]

STPM 2021
26. Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan kesan ke atas keseimbangan pasaran buruh sekiranya
(a) umur persaraan wajib dilanjutkan dari 60 tahun kepada 65 tahun [5]
(b) kos pendidikan dan latihan dibiayai oleh kerajaan dan swasta [5]
STPM 2020
26. Dengan menggunakan gambar rajah, bagaimanakah keluk permintaan faktor pengeluaran dalam pasaran
persaingan sempurna diterbitkan [ 10]

STPM 2019
26. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan lebihan permintaan buruh dan lebihan penawaran buruh ? [2]
(b) Dengan berbantukan gambar rajah, jelaskan bagaimana tingkat upah dan kuantiti buruh keseimbangan
dicapai dalam pasaran persaingan sempurna apabila berlaku lebihan permintaan buruh dan lebihan
penawaran buruh. [8]

STPM 2018
26. (a) Huraikan perbezaan antara :
(i) keluaran hasil purata (ARP) dengan keluaran fizikal purata (APP) [2m]
(ii) keluaran hasil sut (MRP) dengan keluaran fizikal sut (MPP) [2m]
(b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan keluk penawaran buruh di pasaran. [6]

STPM 2016
26.(a) Apakah yang dimaksudkan dengan
(i) sewa ekonomi? [2]
(ii) perolehan pindahan ? [2]
(b) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan perbezaan antara sewa ekonomi dengan perolehan
pindahan bagi keluk penawaran factor yang anjal. [6]

STPM 2014
24. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan untung ekonomi dan untung perakaunan ? (2m)
(b) Dengaan menggunakan contoh berangka, bezakan pengiraan untung ekonomi dengan untung
perakaunan. (10m)
26. Terangkan lima faktor yang mempengaruhi kejayaan kesatuan sekerja dalam menuntut kenaikan upah.
(10m)

STPM 2013
26. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana keluk permintaan buruh diterbitkan. (10m)

STPM 2012
7. (a) Apakah maksud kadar bunga ? (2m)
(b) Dengan menggunakan contoh, terangkan perbezaan antara kadar bunga nominal dengan kadar bunga
benar. (4m)

STPM 2011
7. Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan bagaimana tingkat upah buruh ditentukan dalam pasaran
persaingan sempurna. (6m)
12. (a) Jelaskan dua penentu darjah keanjalan permintaan input pengeluaran. (4m)
(b) Huraikan tiga faktor yang mengalihkan keluk permintaan terhadap input. (6m)

STPM 2009
7. Terangkan tiga peranan untung dalam sesebuah ekonomi. (6m)

STPM 2008
6. Jelaskan tiga faktor yang mengalih keluk permintaan buruh ke kanan. (6m)
7. Huraikan tiga tujuan kesatuan sekerja ditubuhkan. (6m)

STPM 2007
7. Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan hubungan antara keanjalan penawaran faktor pengeluaran
dengan sewa ekonomi. (6m)

STPM 2006
7. (a) Apakah maksud untung perakaunan dan untung ekonomi ? (2m)
(b) Terangkan perbezaan antara untung perakaunan dengan untung ekonomi. (4m)
8. Terangkan tiga cara bagaimana kesatuan sekerja boleh menuntut kenaikan upah yang tinggi untuk ahlinya.
(6m)
12.(a) Terangkan bagaimana sebuah firma pasaran persaingan sempurna mencapai keseimbangan
penggunaan buruh untuk memaksimumkan untung. (4m)
(b) Terangkan mengapa upah berbeza-beza antara pekerjaan. (6m)
STPM 2004
7. (a) Apakah maksud kadar bunga ? (1m)
(b) Dengan menggunakan contoh, terangkan perbezaan antara kadar bunga nominal dengan kadar bunga
benar. (5m)
STPM 2003
7. Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan bagaimana sesebuah firma menentukan kuantiti buruh yang
digunakan untuk memaksimumkan untung. (6m)
STPM 2002
32. Terangkan tiga faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan faktor pengeluaran. (6m)
33. Huraikan tiga sebab kesatuan sekerja kurang berkesan dalam usaha meningkatkan upah melalui rundingan
kolektif. (6m)
38. Dengan memberikan contoh, bezakan antara kadar bunga nominal dengan kadar bunga benar. (6m)
40. Huraikan mengapa upah buruh dalam sektor pertanian lazimnya lebih rendah daripada upah buruh dalam
sektor perindustrian. (10m)
STPM 2000
2 (a) (i ) Apakah yang dimaksudkan dengan untung ? Jelaskan perbezaan antara untung ekonomi dengan
untung perakaunan.
(b) Huraikan tiga faktor yang menyumbang kepada wujudnya untung. (9m)
(c ) Terangkan bagaimana untung dalam sistem ekonomi pasaran membantu (9m)
(i ) menyelesaikan masalah peruntukan sumber
(ii) menggalakkan pertumbuhan ekonomi, dan
(iii) menggalakkan penggunaan sumber secara optimum
3.(a) Dengan memberikan gambar rajah yang sesuai, huraikan bagaimana keluk permintaan terhadap buruh
diterbitkan. Mengapakah keluk permintaan tersebut bercerun sedemikian ? (12m)
(b) Huraikan bagaimana upah keseimbangan ditentukan dalam pasaran persaingan sempurna. (6m)
(c ) Dengan memberikan gambar rajah yang sesuai, bincangkan kesan setiap perkara yang berikut terhadap
keseimbangan pasaran buruh. (12m)
(i ) Lebih ramai wanita memasuki pasaran buruh
(ii) Penyediaan latihan kemahiran buruh
(iii) Kos pendidikan dan latihan meningkat dengan banyak
(iv) Umur bersara dilanjutkan daripada 55 tahun kepada 60 tahun

Anda mungkin juga menyukai