Anda di halaman 1dari 8

BAB 4 - FIRMA SEBAGAI PENGELUAR

1 Apakah yang dimaksudkan dengan firma?

A Sebuah organisasi yang menjamin pengeluaran barangan yang mencukupi


B Sebuah organisasi yang bertanggungjawab memaksimumkan kepuasan manusia
C Sebuah organisasi yang bertujuan meningkatkan taraf hidup masyarakat
D Sebuah organisasi yang mengeksploitasi sumber ekonomi untuk menghasilkan
barangan

Kaedah Jumlah Kos Jumlah Kos Jumlah Output


Pengeluaran Tetap Berubah (RM)
(RM) (RM)

I 2 000 2 000 1 000


II 2 000 3 000 1 000
III 2 000 4 000 1 000
IV 2 000 5 000 1 000

2 Jadual di atas menunjukkan empat pilihan kaedah pengeluaran dan kos


pengeluaran firma X.

Kaedah pengeluaran yang manakah yang perlu dipilih oleh firma X?

A I
B II
C III
D IV

3 Pilih pernyataan yang menerangkan konsep keanjalan penawaran harga.

A Peratus perubahan kuantiti dibahagi dengan perubahan harga


B Peratus perubahan harga dibahagi dengan peratus perubahan kuantiti
C Peratus perubahan harga dibahagi dengan perubahan kuantiti
D Peratus perubahan kuantiti dibahagi dengan peratus perubahan harga
Harga
S

0 Kuaniti

4 Rajah menunjukkan keluk penawaran firma X. Keluk tersebut menunjukkan

A kuantiti mempunyai hubungan langsung dengan harga


B kuantiti mempunyai hubungan songsang dengan harga
C harga dipengaruhi oleh perubahan kuantiti
D kuantiti tidak dipengaruhi oleh harga

5 Antara langkah-langkah berikut, yang manakah tidak boleh dilakukan oleh firma
untuk menambahkan output dalam jangka pendek?

I Menambahkan bilangan pekerja


II Menambahkan saiz kilang
III Menambahkan bahan-bahan mentah
IV Menggunakan teknologi baru

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

 Keluaran adalah sifar tetapi kos ini masih perlu ditanggung


 Perubahan dalam keluaran tidak mempengaruhi kos ini

6 Antara berikut yang manakah menepati ciri-ciri kos di atas?

I Kos bahan mentah


II Pembayaran gaji pekerja
III Pembelian jentera
IV Kos mendirikan kilang

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
Soalan 7 dan 8 berdasarkan jadual di bawah

Keluaran (unit) Jumlah Kos (RM)


0 14
2 20
4 38
6 96

7. Hitungkan jumlah kos tetap bagi keluaran ke-4

A RM 9.50
B RM 14.00
C RM 18.00
D RM 38.00

8 Hitungkan kos purata bagi output ke-8, jika kos berubah ialah RM 132.00

A RM 16.50
B RM 18.00
C RM 18.25
D RM 25.00

9 Jadual di bawah menunjukkan keluaran, kos tetap dan jumlah kos bagi sebuah firma.

Keluaran (unit) Kos Tetap (RM) Jumlah Kos (RM)

0 80 80
1 80 120
2 80 180

Antara berikut , pernyataan yang manakah benar berkaitan dengan firma itu?

I Firma beroperasi dalam jangka pendek


II Firma tidak menggunakan input berubah apabila tiada keluaran
III Firma hanya menggunakan input tetap dalam operasinya
IV Firma menanggung kos tetap yang sama walaupun jumlah keluaran meningkat

A I,II dan III


B I,II dan IV
C I,III dan IV
D II, III dan IV
10 Apakah yang dimaksudkan dengan keluaran sut?

A Jumlah keluaran bagi setiap unit input berubah


B Jumlah keluaran dikeluarkan apabila input berubah ditambah kepada input tetap
C Perubahan dalam jumlah keluaran apabila berlaku perubahan dalam penggunaan
satu unit input tetap
D Perubahan dalam jumlah keluaran kesan daripada perubahan dalam penggunaan
satu unit input berubah

11 Antara berikut, factor yang manakah mempengaruhi peningkatan penawaran barang?

I Penggunaan teknologi tinggi


II Jangkaan harga pada masa depan meningkat
III Citarasa pengguna bertambah
IV Penambahan subsidi kepada pengeluar

A I,II dan III


B I,II dan IV
C I, III dan IV
D II,III dan IV

Jadual di bawah menunjukkan pekali keanjalan harga penawaran bagi barang P dan
barang Q

Barang Pekali keanjalan


harga penawaran
P 4
Q 0.5

12 Apakah jenis pekali keanjalan bagi barang P dan barang Q

Barang P Barang Q
A Anjal Anjal satu
B Tidak anjal Anjal
C Anjal Tidal anjal
D Anjal satu Anjal

13 Harga penawaran satu barang berubah daripada RM5.00 kepada RM6.00


menyebabkan kuantiti penawaran barang tersebut bertambah daripada 1000 unit
kepada 1500 unit. Berapakah pekali keanjalan harga penawaran barang tersebut?

A 0.4
B 1.5
C 2.1
D 2.5
14. Firma ialah organisasi yang
A merancang untuk meminimumkan kos pengeluaran
B merancang untuk mendapat keuntungan yang maksimum
C menawarkan faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan
perkhidmatan
D menguruskan faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan
perkhidmatan

15. Antara berikut , yang manakah merupakan faktor penentu penawaran ?


I Harga faktor pengeluaran
II Harga barang lain
III Matlamat pengeluar
IV Promosi
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

16. Antara berikut, yang manakah kos tetap firma ?


A Bil telefon
B Sewa kilang
C Upah pekerja
D Kos bahan mentah

17. Antara berikut, faktor yang manakah menyebabkan peningkatan terhadap penawaran
Cakera padat ?
I Penurunan cukai jualan
II Kemajuan tingkat teknologi
III Matlamat firma untuk menguasai pasaran
IV Penurunan harga cakera padat tersebut
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

18. Keanjalan harga penawaran adalah anjal jika peratus perubahan


A dalam kuantiti ditawar melebihi peratus perubahan pendapatan
B dalam kuantiti ditawar melebihi peratus perubahan harga
C harga melebihi peratus perubahan dalam kuantiti ditawar
D pendapatan melebihi peratus perubahan kuantiti ditawar
19. Antara yang berikut, yang manakah perbezaan antara pengeluaran jangka pendek
Dengan pengeluaran jangka panjang ?

Pengeluaran Jangka Pendek Pengeluaran Jangka Panjang


A Terdapat input tetap dan input Terdapat input berubah sahaja
berubah
B Terdapat input berubah sahaja Terdapat input tetap dan input
berubah
C Terdapat input tetap sahaja Terdapat input berubah sahaja
D Terdapat input berubah sahaja Terdapat input tetap sahaja

20. Kilang M telah mengeluarkan 180 pasang kasut sehari dengan 20 orang pekerja.
Tambahan 2 orang pekerja menyebabkan pengeluaran kasut juga bertambah menjadi
210 pasang sehari.

Berapakah keluaran sut bagi pekerja ke-22 ?


A 9
B 10
C 15
D 30

21. Berikut ialah kos yang ditanggung oleh seorang pengusaha dalam pengeluaran
Jangka pendek

 Sewa kilang
 Pembelian mesin

Tentukan jenis kos tersebut.


A Kos sut
B Kos tetap
C Kos purata
D Kos berubah
22. Jadual 1 menunjukkan peratus perubahan kuantiti yang ditawarkan dan peratus
Perubahan harga bagi barang X dan barang Y.

Barang Peratus perubahan kuantiti Peratus perubahan harga


X 20 10
Y 15 15
JADUAL 1

Apakah jenis keanjalan harga penawaran bagi barang X dan barang Y ?

Barang X Barang Y
A Anjal Tidak Anjal
B Tidak Anjal Anjal 1
C Anjal Anjal 1
D Tidak Anjal Anjal

23. Rajah 3 menunjukkan keluk penawaran suatu barang.

Harga (RM)

P1 S
b
P2 a
S

Kuantiti (Unit)
Q0 Q1
RAJAH 3
Faktor yang menyebabkan pergerakan tersebut ialah peningkatan

A harga barang itu


B kos pengeluaran
C tingkat teknologi
D jangkaan harga masa depan
Soalan 24 berdasarkan jadual berikut .

Pilihan Pernyataan I Pernyataan II

A Betul Salah

B Salah Betul

C Salah Salah

D Betul Betul

24. I Keanjalan harga penawaran tidak anjal apabila pekali keanjalan lebih daripada
Satu.
II Penawaran komoditi kelapa sawit adalah tidak anjal.

Anda mungkin juga menyukai