Anda di halaman 1dari 25

1

3.1 FIRMA DAN INDUSTRI


 menjelaskan maksud firma dan industri

STPM 2023
1. Yang manakah pernyataan yang tidak berkaitan dengan konsep firma dan industri?

A. Firma mempunyai saiz yang berbeza dalam sesebuah industri


B. Industri mempunyai kuasa menentukan harga output di pasaran
C. Firma merupakan unit ekonomi yang menggunakan input untuk menghasilkan output.
D. Industri merupakan sekumpulan firma yang mengeluarkan output yang sama di pasaran.

SOALAN TAMBAHAN
2. Pernyataan manakah yang benar tentang firma?

A. Sekumpulan firma yang mengeluarkan barang yang hampir sama


B. Gabungan firma yang mengeluarkan kereta dan komponen kereta
C. Unit ekonomi yang menukarkan input kepada output
D. Gabungan semua firma pengeluar di pasaran

3. Semua pernyataan adalah benar berkaitan dengan konsep industri kecuali?

A. Agen yang menggunakan faktor pengeluaran bagi menghasilkan perkhidmatan


B. Gabungan semua firma tanpa mengambil kira lokasi firma di pasaran
C. Mengeluarkan barang yang sama
D. Contoh industri ialah KFC dan McDonald’s

2
3.2 FUNGSI PENGELUARAN
 menjelaskan konsep fungsi pengeluaran
 membezakan input tetap dengan input berubah
 membezakan konsep jangka pendek dengan jangka panjang dalam pengeluaran

STPM 2019
4. Yang manakah input tetap dalam jangka pendek dari firma pakaian.

A. Kain
B. Buruh
C. Bekalan air
D. Bangunan kilang

SOALAN TAMBAHAN

5. Pernyataan manakah benar tentang konsep fungsi pengeluaran?

A. Jumlah perbelanjaan yang dibayar oleh firma untuk menggunakan input


B. Fungsi pengeluaran menunjukkan kuantiti yang dihasilkan pada tahap maksimum
C. Perbelanjaan sebenar yang dibayar untuk membeli input pengeluaran
D. Tanggungan firma ke atas faktor pengeluaran yang dimiliki sendiri

6. Pernyataan berikut adalah benar mengenai input berubah kecuali

A. Penggunaan input berubah bergantung kepada jumlah keluaran


B. Semua input adalah input berubah dalam jangka masa panjang
C. Tiada input berubah pada keluaran sifar
D. Input tidak berubah walaupun tingkat pengeluaran adalah banyak atau sedikit

7. Yang manakah input berubah dalam jangka pendek dari firma keropok amplang?

A. Mesin pengadun
B. Insurans kilang
C. Bekalan elektrik
D. Lot kedai

8. Yang manakah benar mengenai output?

A. Terbahagi kepada dua jenis barang iaitu barang akhir dan baarang perantaraan
B. Jangka masa yang diambil untuk menghasilkan sesuatu barang
C. Sumber ekonomi yang digunakan dalam proses pengeluaran
D. Tidak dipengaruhi oleh tingkat keluaran

3
3.2 FUNGSI PENGELUARAN
3.2.1 FUNGSI PENGELUARAN SATU INPUT BERUBAH
 menjelaskan konsep jumlah keluaran (TP), keluaran purata (AP), dan keluaran sut
(MP)
 menghitung dan melukis keluk jumlah keluaran (TP), keluk keluaran sut (MP), dan
keluk keluaran purata (AP)
 menjelaskan hubungan antara jumlah keluaran (TP), keluaran sut (MP), dan
keluaran purata (AP)
 menerangkan hukum pulangan berkurangan

HUKUM PULANGAN BERKURANGAN


STPM 2013
9. Pulangan sut berkurangan menunjukkan

A. Output berkurangan tetapi masih bermilai positif


B. Output berkurangan seterusnya mencapai negatif
C. Output meningkat dengan kadar semakin berkurang
D. Output meningkat dengan kadar semakin bertambah
STPM 2019
10. Hukum pulangan berkurangan berlaku

A. Tambahan satu unit input ke atas tetap menyebabkan output bertambah pada kadar sama
B. Tambahan satu unit input tetap menyebabkan output bertambah pada kadar bertambah
C. Tambahan satu unit input tetap menyebabkan output bertambah pada kadar sama
D. Tambahan satu unit input ke atas input tetap menyebabkan output berkurangan
STPM 2022
11. Andaian yang tidak diambil kira dalam hukum pulangan berkurangan ialah

A. Input berubah bersifat homogen


B. Tingkat teknologi yang digunakan boleh berubah
C. Proses pengeluaran berlaku dalam jangka pendek
D. Input berubah dan input tetap ada dalam pengeluaran

SOALAN TAMBAHAN
12. Rajah di bawah menunjukkan keluk jumlah keluaran, keluaran purata dan keluaran sut.

4
Hukum pulangan berkurangan ditunjukkan oleh bahagian keluk berlabel
A. OT
B. BM
C. CK
D. CM

13. Output sebuah syarikat radio bertambah daripada 150 unit kepada 170 unit apabila pekerja ke -
3 digunakan. Output syarikat tersebut terus bertambah kepada 200 unit, 220 unit dan 236 unit
masing-masing apabila pekerja ke-4, ke-5 dan ke-6 digunakan. Berdasarkan maklumat
ini ,didapati bahawa

A. Pulangan bertambah berlaku secara berterussan dalam pengeluaran syarikat itu


B. Pulangan bertambah mula berlaku apabila pekerja ke-6 digunakan
C. Pulangan berkurangan tidak berlaku dalam pengeluaran syarikat itu
D. Pulangan berkurangan mula berlaku apabila pekerja ke-4 digunakan

KONSEP PENGELUARAN
STPM 2014
14. Yang manakah pernyataan yang benar tentang hubungan antara jumlah keluaran (TP) dengan
keluaran sut (MP)

5
A. Semasa keluaran sut meningkat, jumlah keluaran meningkat dengan kadar bertambahan
B. Semasa keluaran sut meningkat, jumlah keluaran meningkat dengan kadar berkurangan
C. Semasa keluaran sut menurun, jumlah keluaran meningkat dengan kadar bertambah
D. Semasa keluaran sut menurun, jumlah keluaran menurun dengan kadar berkurangan

STPM 2015
15. Jumlah keluaran mencapai maksimum apabila

A. Keluaran sut bernilai sifar


B. Keluaran sut mencapai maksimum
C. Keluaran purata mencapai maksimum
D. Keluaran sut lebih besar daripada keluaran purata
SOALAN TAMBAHAN
16. Keluaran purata mencapai maksimum apabila

A. Keluaran sut bernilai sifar


B. Keluaran sut mencapai maksimum
C. Keluaran sut menyamai keluaran purata
D. Keluaran sut lebih besar daripada keluaran purata

17. Pernyataan yang berikut adalah benar tentang hubungan antara jumlah keluaran (TP)
dengan keluaran sut (MP) kecuali

A. Semasa keluaran sut meningkat, jumlah keluaran meningkat dengan kadar bertambahan
B. Semasa keluaran sut maksimum, jumlah keluaran meningkat dengan kadar berrtambahan
C. Semasa keluaran sut menurun, jumlah keluaran meningkat dengan kadar berkurangan
D. Semasa keluaran sut sifar, jumlah keluaran mencapai maksimum

BERDASARKAN JADUAL
STPM 2017
18. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara kuantiti buruh dengan jumlah keluaran bagi
sebuah firma.

Kuantiti buruh (unit) Jumlah keluaran (unit)


5 10
10 40
15 90
20 120

6
Keluaran purata sama dengan keluaran sut pada kuantiti buruh ke –
A. 20 unit
B. 15 unit
C. 10 unit
D. 5 unit
SOALAN TAMBAHAN
19. Jadual di bawah ialah jumlah keluaran pada tingkat buruh tertentu.

Buruh, unit 2 4 6 8 10 12 16
Jumlah keluaran, unit 10 14 20 28 32 32 30

Keluaran sut bernilai 4 (MP = 4) pada bilangan buruh yang ke-

A. 4 unit
B. 8 unit
C. 10 unit
D. 12 unit

20. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara kuantiti buruh dengan jumlah keluaran bagi
firma XYZ.

Kuantiti buruh (unit) Jumlah keluaran (unit)


20 100
40 400
60 900
80 1250
100 1550

Keluaran sut adalah sama dengan keluaran purata pada buruh ke-

A. 20 unit
B. 40 unit
C. 60 unit

7
D. 100 unit

21. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara kuantiti buruh dengan keluaran purata bagi
sesuatu firma.

Kuantiti buruh (unit) Keluaran purata (unit)


1 6
2 7
3 9
4 9
5 7

Berapakah nilai jumlah keluaran pada kuantiti buruh ke-4?


A. 36 unit
B. Sifar
C. 2.25 unit
D. 13 unit

22. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara kuantiti buruh dengan keluaran purata bagi
firma makanan.

Buruh (unit) 2 4 6 8 10
keluaran purata (unit) 5 10 15 15 13
Keluaran sut (unit) - 15 25 15 5

Berapakah jumlah keluaran yang sepatutnya apabila firma menggunakan buruh secara
maksimum?

A. 120 unit C. 225 unit


B. 90 unit D. 130 unit
23. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara kuantiti buruh dengan jumlah keluaran bagi
firma X.

Kuantiti buruh (unit) Jumlah Keluaran (unit)


0 0
1 6
2 14
3 27
4 39
5 50

Keluaran purata paling tinggi apabila firma menggunakan buruh ke –

A. 5 unit
B. 4 unit
C. 3 unit
D. 2 unit

8
BERDASARKAN RAJAH
STPM 2020
24. Gambar rajah di bawah menunjukkan jumlah keluaran (TP) bagi barang Z yang dikeluarkan
pada pelbagai tingkat buruh.

Pernyataan yang berikut adalah benar tentang keluk TP yang ditunjukkan, kecuali
A. Keluaran maksimum ialah 23 unit
B. Keluaran sut bagi penggunaan buruh kedua ialah 5 unit
C. Keluaran purata bagi penggunaan buruh kedua ialah 4 unit
D. Keluaran sut pada penggunaan buruh yang kelima ialah 15 unit

SOALAN TAMBAHAN
25. Gambar rajah di bawah menunjukkan jumlah keluaran (TP) sesuatu barang yang dikeluarkan
pada pelbagai tingkat buruh.

9
Pada tingkat penggunaan buruh ke berapakah keluaran purata pada tahap minimum?

A. 5 unit
B. 10 unit
C. 12 unit
D. 15 unit

26. Gambar rajah di bawah menunjukkan jumlah keluaran (TP) sesuatu barang yang dikeluarkan
pada pelbagai tingkat buruh.

Pernyataan yang berikut adalah benar tentang keluk TP yang ditunjukkan, kecuali
A. Keluaran maksimum ialah 120 unit
B. Keluaran sut bagi penggunaan buruh ke-10 ialah 4 unit
C. Keluaran purata bagi penggunaan buruh ke-15 ialah 8 unit
D. Jumlah keluaran minimum ialah pada penggunaan buruh ke–10

27. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluaran purata (AP) dan keluaran sut (MP) sesuatu
barang yang dikeluarkan pada pelbagai tingkat buruh.

Berapakah jumlah keluaran pada tingkat penggunaan buruh maksimum?

A. 15 unit
B. 156 unit
C. 210 unit

10
D. 5 unit

28. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluaran purata (AP) dan keluaran sut (MP) barang Z
yang dikeluarkan pada pelbagai tingkat buruh.

Pernyataan manakah yang berikut adalah benar tentang keluk keluaran sut?
A. Pada unit buruh ke-21, nilai keluaran sut adalah sifar
B. Keluaran sut mencapai pada tahap maksimum pada buruh ke-12
C. Selepas penggunaan unit ke-18 buruh, nilai keluaran sut mencapai negatif
D. Apabila keluk keluaran sut mencapai titik maksimum, keluk keluaran purata akan
memotong keluk keluaran sut.

29. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluaran purata (AP) dan keluaran sut (MP) sesuatu
barang pada pelbagai tingkat buruh.

Pernyataan yang berikut adalah benar tentang keluk keluaran (AP) dan keluk keluaran sut (MP)
yang ditunjukkan, kecuali
A. Pada titik A keluk keluran sut meningkat apabila keluk keluaran purata meningkat
B. Pada titik B keluk keluaran purata berada di atas keluk keluaran sut pada kadar menurun
C. Pada titik C keluk keluaran sut menurun sehingga mencapai sifar
D. Pada titik C keluk keluaran sut menjadi negatif

11
3.3 PENGELUARAN
3.3.1 KOS PENGELUARAN JANGKA PENDEK
 mentakrifkan kos pengeluaran
 membezakan kos eksplisit dengan kos implisit
 mentakrifkan kos pengeluaran jangka pendek
 membezakan kos tetap dengan kos berubah
 membezakan kos purata dengan kos sut
 menghitung kos dan melukis gambar rajah keluk kos

KONSEP KOS PENGELUARAN


STPM 2017
30. Yang manakah yang merupakan kos implisit?

A. Gaji pekerja
B. Kos bahan mentah
C. Bil elektrik dan air
D. Penggunaan premis milik sendiri

SOALAN TAMBAHAN
31. Yang manakah benar tentang kos implisit?

A. Perberlanjaan sebenar yang dibayar oleh firma untuk membeli input pengeluaran
B. Pembayaran wang kepada faktor pengeluaran yang tidak dimiliki oleh firma
C. Kos tersembunyi yang dibayar oleh firma ke atas hak milik firma sendiri
D. Juga dikenali sebagai kos perakaunan

32. Semua berikut merupakan kos eksplisit firma menjual ikan masin kecuali

12
A. Bil air yang digunakan
B. Pengeluaran dibuat di rumah sendiri
C. Bayaran gaji pekerja mengikut hari
D. Pembelian ikan mentah

33. Semua pernyataan berikut adalah benar tentang kos eksplisit kecuali

A. Dikenali sebagai kos nyata


B. Kos yang dibayar terhadap pembelian input pengeluaran
C. Kos yang tidak dibayar kerana input adalah milik sendiri
D. Kos yang dapat dikira berdasarkan perbelanjaan oleh firma

PENGIRAAN KOS PENGELUARAN BERDASARKAN RUMUS


STPM 2014
34. Diberi fungsi jumlah kos, TC = 100 + 20Q, dengan Q ialah keluaran. Berapakah kos purata
pada tingkat pengeluaran 10 unit?

A. RM 10
B. RM 12
C. RM 20
D. RM 30
STPM 2018
35. Persamaan jumlah kos (JK) dalam unit RM bagi sebuah firma adalah seperti yang berikut :

JK = 210 + 30Q
Q ialah kuantiti (unit)
Hitung kos purata bagi 3 unit keluaran.
A. RM 30
B. RM 100
C. RM 210
D. RM 300
SOALAN TAMBAHAN
36. Diberi fungsi jumlah kos, TC = 20 + 5Q, dengan Q ialah keluaran. Berapakah kos purata pada
tingkat pengeluaran 10 unit?

A RM 12
B RM 9
C RM 7
D RM 5

37. Diberi fungsi jumlah kos, TC = 40 + 20Q, dengan Q ialah keluaran. Berapakah tingkat keluaran
jika jumlah kos ialah RM 100 dan kos puratanya RM 33.33?

13
A. 5 unit
B. 4 unit
C. 3 unit
D. 2 unit

38. D Persamaan jumlah kos (JK) dalam unit RM bagi sebuah firma adalah seperti yang berikut :

JK = 420 + 30Q
Q ialah kuantiti (unit)
Hitung jumlah keluaran jika nilai kos purata ialah RM 170 dengan jumlah kos RM 510.
A. 5 unit
B. 4 unit
C. 3 unit
D. 2 unit

39. Berapakah jumlah kos jika kos purata bagi mengeluarkan 100 kg beras ialah RM 15.00?

A. RM 150.00
B. RM 6.67
C. RM 15.00
D. RM 165.00

40. Diberi kos purata bagi seunit kasut ialah RM 7.00. Berapakah jumlah kos bagi mengeluarkan
1000 kasut?

A. RM 142.86
B. RM 7.00
C. RM 1000
D. RM 7000

STPM 2021
41. Andaikan pengeluaran maksimum sebuah kilang di kawasan perindustrian ialah 1000 unit
barang, sewa kilang ialah RM 2000, dan kos bahan mentah ialah RM 1.50 seunit. Berapakah
jumlah kos pengeluaran sekiranya firma menerima permintaan sebanyak 500 unit barang dalam
jangka pendek?

A. RM 750
B. RM 1500
C. RM 2750
D. RM 3500

14
SOALAN TAMBAHAN
42. Sebuah firma membayar insurans kebakaran sebanyak RM 750 bagi sebuah lot kedai di Tawau,
Sabah. Firma ini dapat mengeluarkan paling tinggi setiap bulan ialah 720 pasang kasut dengan
kos bahan kasut tersebut ialah RM 17.50 sepasang. Hitung jumlah kos pengeluaran apabila
firma memproses 450 pasang tempahan kasut.

A. RM 8625
B. RM 7875
C. RM 13, 350
D. RM 8325

43. Diberi fungsi jumlah kos, TC= 200 + 40Q, dengan Q ialah keluaran. Berapakah kos sut jika
keluaran meningkat daripada 20 unit kepada 30 unit?

A. RM 40.00
B. RM 400.00
C. RM 800.00
D. RM 1 200.00

44. Berapakah kos sut jika keluaran menurun daripada 170 unit kepada 115 unit? Diberi fungsi
jumlah kos, TC= 100 + 50Q, dengan Q ialah keluaran.

A. RM 40.00
B. RM 50.00
C. RM 8600.00
D. RM 5850.00

45. Sebuah firma XYZ meningkatkan pengeluaran baju sukannya daripada 100 unit kepada 120
unit. Diberi fungsi jumlah kos, TC= 150 + 10Q, dengan Q ialah keluaran. Berapakah kos sut
bagi firma tersebut?

A. RM 40.00
B. RM 30.00
C. RM 10.00
D. RM 20.00

15
PENGIRAAN KOS BERDASARKAN JADUAL
STPM 2016
46. Jadual di bawah menunjukkan jumlah keluaran dan kos purata bagi suatu barang.

Jumlah keluaran (unit) Kos purata (RM)


1 24
2 20
3 18
4 16

Nilai kos sut pada keluaran ke-3 ialah


A. RM10
B. RM14
C. RM16
D. RM18

SOALAN TAMBAHAN
47. Jadual di bawah menunjukkan jumlah keluaran jumlah kos bagi suatu barang Y.

Output (unit) 22 40 60 80 100 120 160


Jumlah kos (RM) 100 140 200 280 320 320 300

Berapakah kos sut barang Y pada output 120 unit?


A. Rm 10.00
B. RM 0.00
C. RM 20
D. RM 30

48. Jadual di bawah menunjukkan jumlah keluaran dan kos purata bagi suatu barang.

Jumlah keluaran (unit) Kos purata (RM)


7 18
12 15

16
30 10
44 4

Pada bilangan keluaran berapakah nilai kos sut paling tinggi?


A. 7 unit
B. 12 unit
C. 30 unit
D. 44 unit

PENGIRAAN KOS BERDASARKAN RAJAH


STPM 2017
49. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), kos sut (MC), dan kos berubah
purata (AVC) bagi sebuah firma.

Berapakah jumlah kos pada tingkat keluaran 80 unit?


A. RM 320
B. RM 480
C. RM 1280
D. RM 1760

17
SOALAN TAMBAHAN
50. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), kos sut (MC), dan kos berubah
purata (AVC) bagi sebuah firma.

Berapakah jumlah kos tetap firma tersebut apabila 50 unit keluaran dihasilkan?
A. RM 315
B. RM 450
C. RM 651
D. RM 1250

51. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), kos sut (MC), dan kos tetap
purata (AFC) bagi sebuah firma.

Nilai jumlah kos pada output ke 76 unit ialah


A. RM 4104
B. RM 2660

18
C. RM 4180
D. RM 2280

3.3 PENGELUARAN
3.3.1 KOS PENGELUARAN JANGKA PANJANG

SOALAN TAMBAHAN
52. Dalam jangka panjang, apabila output belum mencapai tingkat optimum, kos purata jangka
panjang

A. Lebih tinggi daripada kos purata jangka pendek


B. Sama dengan kos purata jangka pendek minimum
C. Lebih tinggi daripada kos purata jangka pendek minimum
D. Lebih rendah daripada kos purata jangka pendek minimum

53. Antara berikut yang manakah benar tentang kos pengeluaran jangka panjang?

A. Jumlah perbelanjaan yang ditanggung firma bagi menghasilkan keluaran jangka panjang
B. Penggunaan input berubah ditambah secara berterusan terhadap sejumlah input tetap
C. Jumlah output yang dihasilkan daripada kombinasi input yang digunakan dalam proses
pengeluaran
D. Jumlah keluaran yang dihasilkan oleh setiap unit input berubah dan input tetap

54. Keluk kos purata jangka panjang menunjukkan

A. Hubungan negatif antara harga dan kuantiti


B. Keluk kos sut berada di bawah keluk kos purata
C. Kenaikan kos berubah purata disebabkan oleh daya pengeluaran yang menurun
D. Kos purata terendah pada pelbagai tingkat keluaran

3.4 EKONOMI BIDANGAN & TAK EKONOMI BIDANGAN

19
EKONOMI BIDANGAN DALAMAN
FAKTOR :
 Ekonomi pengkhususan (input cekap, kemahiran naik, produktiviti pekerja naik, cth
penggunaan mesin (intensif modal)
 Ekonomi pengurusan dan pentadbiran (pengurus cekap, berpengalaman, kelancaran
operasi)
 Ekonomi pemasaran (beli bahan mentah secara pukal-murah, kegiatan promosi dan
iklan)
 Ekonomi teknikal (teknologi moden, pengeluaran cepat dan produktiviti naik)
 Ekonomi penyelidikan dan Pembangunan (R & D) (baiki kualiti barang, mereka cipta
kaedah pengeluaran baharu yang cekap)
 Ekonomi kewangan (mengumpulkan modal besar, kadar pinjaman lebih rendah,
mengurangkan kos pinjaman)

STPM 2013

55. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata jangka panjang (LAC) bagi sebuah
firma.

Peningkatan keluaran dari A ke B disebabkan


A. Jumlah subsidi semakin menurun
B. Bekalan tenaga buruh senang diperoleh
C. Daya pengeluaran buruh semakin meningkat
D. Pengurusan dan pentadbiran firma semakin rumit

STPM 2015
56. Gambar rajah di bawah
menunjukkan keluk kos
purata jangka panjang (LAC) bagi
sebuah firma.

20
Pergerakan dari titik T ke titik U disebabkan faktor yang berikut, kecuali
A. Pengurusan firma yang semakin cekap
B. Pengkhususan kerja telah meningkatkan produktiviti
C. Kedudukan firma di kawasan industri yang dilengkapi kemudahan infrastruktur
D. Penyelidikan dan Pembangunan yang dilakukan oleh firma telah meningkatkan kualiti
STPM 2022
57. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata jangka panjang (LAC) bagi sebuah
firma.

Pergerakan dari titik A ke


titik B disebabkan oleh
A. Ekonomi bidangan luaran
B. Ekonomi bidangan dalaman
C. Tak ekonomi bidangan luaran
D. Tak ekonomi bidangan dalaman

TAK EKONOMI BIDANGAN DALAMAN


FAKTOR :
 Tak ekonomi pengurusan (proses aktiviti sukar, melambatkan keputusan dibuat,
kelemahan pengawalan dan penyelarasan, pertindihan tugas)
 Tak ekonomi teknikal (kos kerosakan mesin tinggi, operasi pengeluaran terhenti dan
kerosakan kerap – kecekapan turun,kos purata naik).

21
STPM 2018
58. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata jangka panjang (LAC) bagi sebuah
firma.

Tingkat keluaran
firma selepas Q₀ dipengaruhi oleh faktor yang berikut, kecuali

A. Masalah birokrasi yang sukar dikoordinasi oleh seorang pengurus


B. Ketidakcekapan pengurusan dan pentadbiran yang dihadapi oleh firma
C. Persaingan antara firma untuk mendapatkan bahan mentah akibat pembangunan industri
D. Peningkatan kos pengeluaran disebabkan oleh kerosakan dan susut nilai mesin yang
digunakan

STPM 2021
59. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata jangka panjang (LAC) bagi sebuah
firma di pasaran.

22
Apakah faktor yang menyebabkan titik G beralih ke titik H?
A. Mengamalkan pengkhususan dalam proses pengeluaran
B. Menggunakan mesin yang berteknologi tinggi dalam pengeluaran
C. Memperoleh pinjaman yang lebih besar pada kadar faedah lebih rendah
D. Mempunyai pengurus yang kurang cekap bagi mengendalikan operasi firma

SOALAN TAMBAHAN
60. Yang manakah pernyataan yang berkaitan dengan tak ekonomi bidangan dalaman

A. Kedudukan firma dalam lokasi yang strategik


B. Penggunaan mesin lama yang sering rosak
C. Pengurusan firma yang semakin cekap dan aktif
D. Kos membuang sisa bahan buangan meningkat

EKONOMI BIDANGAN LUARAN


FAKTOR:
 Ekonomi Pemusatan
(lokasi strategik, ekonomi infrastruktur -kemudahan lengkap,
ekonomi bahan mentah-senang dapat dan murah, jarak dekat-jimat kos)
eknomi bekalan buruh-menarik minat buruh mahir/separa mahir-mudah bekalan dan
jimat kos Latihan)
 Ekonomi integrasi (penggabungan firma sama/berlainan – kemahiran dan kecekapan
naik)
(integrasi mendatar – keluaran/barang yg sama-menambahkan saiz pasaran)
(integrasi menegak – barang yg berlainan-gabungan bentuk perniagaan yg baharu)

23
 Ekonomi Pembangunan Tenaga Buruh – buka pusat Latihan teknikal dan kemahiran –
kesan mudah dapat buruh mahir/separa mahir)
 Ekonomi Teknologi Maklumat (penyampaian maklumat lebih cekap dan cepat-kesan
daya pengeluaran naik)
 Ekonomi Penyelidikan dan Pembangunan (R & D)-perkongsian idea dan pemindahan
teknologi-teknik pengeluaran moden)
STPM 2016
61. Yang manakah berkaitan dengan ekonomi bidangan luaran?

A. Kedudukan firma dalam lokasi yang strategik


B. Pengurusan firma yang semakin cekap dan efektif
C. Firma menggunakan teknologi terkini dalam proses pengeluaran
D. Firma menjalankan penyelidikan dan Pembangunan untuk meningkatkan kualiti output.

62. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata jangka panjang (LAC) bagi sebuah
firma XYZ.

Yang manakah menyebabkan peralihan


keluk kos purata panjang dari LAC₂ ke LAC₁?
A. Kos pengeluaran yang tinggi
B. Kesesakan lalu lintas dan pencemaran
C. Pengkhususan dan pembahagian kerja
D. Peningkatan kos sara hidup

TAK EKONOMI BIDANGAN LUARAN


FAKTOR:
 Ekonomi kesesakan (pertambahan buruh mendadak – lalu lintas sesak, kesan masa
edar barang lebih lama dan kos pengangkutan naik)
 Ekonomi pencemaran (banyak bahan buangan, kesan – kos membersihkan alam sekitar
naik, kos sara hidup rakyat naik-rawat sakit akibat pencemaran udara)

STPM 2023
63. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata jangka panjang (LAC) bagi sebuah
firma.

24
Pergerakan keluk
dari LAC₁ ke LAC₂ disebabkan oleh

A. Pemindahan teknologi antara firma


B. Kesesakan lalu lintas dan pencemaran
C. Pengkhususan dan pembahagian kerja
D. Promosi dan pengiklanan yang berkesan
SOALAN TAMBAHAN
64. Firma akan mengalami tak ekonomi luaran apabila

A. pekerja tiada motivasi dan malas


B. berlaku kesesakan lalu lintas dan pencemaran
C. ahli pengurusan dan pentadbiran yang tidak amanah
D. pusat perindustrian dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur

65. Tak ekonomi bidangan luaran dapat dikurangkan dengan

A. Mengurangkan hubungan integrasi menegak dan integrasi mendatar


B. Menyediakan kemudahan asrama kepada pekerja yang tinggal jauh
C. Menambahbaik sistem pengkhususan kerja
D. Membaiki mesin dalam firma yang rosak

25

Anda mungkin juga menyukai