Anda di halaman 1dari 6

PERTUMBUHAN EKONOMI

 Pertumbuhan ekonomi bermaksud peningkatan kegiatan ekonomi yang


menyebabkan keluaran negara benar semakin meningkat berbanding tahun
sebelumnya.
 Berlaku pertambahan pengeluaran barang & perkhidmatan dalam ekonomi.

 Rumus:
Kadar Pertumbuhan ekonomi = KDNK benar t – KDNK benar t-1 x 100
KDNK benar t-1

Sebab PERTUMBUHAN EKONOMI perlu diberi tumpuan:


1. Menggalakkan pelaburan
 Setiap negara berusaha untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi kerana
semakin tinggi kadar pertumbuhan ekonomi, semakin tinggi tingkat
kegiatan ekonomi, semakin tinggi pendapatan negara.
 Kesan, pelaburan meningkat, AE meningkat, AD meningkat, mewujudkan
peluang pekerjaan dan mengurangkan penggangguran.
 Kuasa beli masyarakat meningkat, taraf hidup dan kebajikan masyarakat
meningkat.

2. Meningkatkan taraf hidup masyarakat


 Pertumbuhan ekonomi yang tinggi menyebabkan pendapatan negara
meningkat dan pendapatan per kapita juga meningkat.
 Apabila pendapatan per kapita meningkat, taraf hidup dan kebajikan
masayarakat meningkat kerana semakin banyak barang dan
perkhidmatan dapat diperolehi.

 
3. Mengurangkan masalah kemiskinan
 Pertumbuhan ekonomi yang tinggi, mewujudkan banyak peluang
pekerjaan.
 Semakin ramai penduduk mendapat pekerjaan, pendapatan
masyarakat meningkat, masalah kemiskinan dapat dikurangkan.

4. Meningkatkan hasil kerajaan


 Pertumbuhan ekonomi yang tinggi akan menarik lebih banyak
pelaburan di negara kita.
 Semakin banyak syarikat mendapat untung dan semakin ramai pekerja
dapat membayar cukai pendapatan.
 Maka hasil kerajaan meningkat melalui kutipan cukai keuntungan
syarikat dan cukai pendapatan individu.
 
5. Mengurangkan hutang kerajaan
 Pertumbuhan ekonomi yang tinggi akan menyebabkan hutang
kerajaan berkurang kerana hasil kerajaan semakin meningkat dapat
menampung perbelanjaan kerajaan dan mampu bayar balik hutang
kerajaan.

Langkah untuk meningkatkan PERTUMBUHAN EKONOMI

1. Membangunkan kemudahan infrastruktur


 Kerajaan perlu menyedia dan memajukan pelbagai kemudahan
infrastruktur seperti bekalan eletrik dan air, jaringan pengangkutan
darat, udara dan laut yang menyeluruh.
 Kemudahan teknologi maklumat perlu diperluaskan.
 Lapangan terbang dan pelabuhan memudahkan urusniaga eksport dan
import. Infrastruktur yang cukup merupakan prasyarat penting ke arah
pertumbuhan ekonomi.
 
 
2. Meningkatkan kemahiran tenaga buruh
 Kerajaan perlu menyediakan peluang pendidikan dalam pelbagai bidang
terutama sains dan teknologi.
 Kolej kemahiran dan latihan industri serta universiti perlu diperbanyakkan
untuk menyediakan lebih ramai tenaga buruh yang mahir dan profesional.

 Apabila kemahiran tenaga buruh bertambah, daya pengeluaran bertambah.


 
. Menggalakkan pelaburan langsung asing
 Pelaburan langsung asing penting untuk membangunkan sektor
penting seperti perkilangan, industri minyak dan gas.
 Ini menyumbang kepada penubuhan industri dan produk baru serta
perkembangan teknologi baru.
 Contoh, taraf perintis, elaun pelaburan.

4. IMBANGAN PEMBAYARAN
Imbangan pembayaran ialah satu penyata kewangan yang merekodkan aliran
masuk dan aliran keluar wang serta modal sesebuah negara dengan negara
lain dalam tempoh tertentu

Sebab IMBANGAN PEMBAYARAN perlu diberi tumpuan

1. Imbangan pembayaran kurangan merugikan negara


 Apabila imbangan pembayaran kurangan berlaku (aliran masuk wang ke
dalam negara < aliran keluar wang ke luar negara), rizab mata wang asing
merosot, nilai mata wang tempatan di pasaran pertukaran asing juga
merosot.
 Kesan, kejatuhan nilai mata wang negara akan menyebabkan pelaburan
asing berkurang.
 Industri berorientasikan eksport juga akan berkurang, guna tenaga dalam
negara berkurang, pengangguran meningkat.

2. Imbangan pembayaran lebihan menguntungkan negara


• Apabila imbangan pembayaran lebihan berlaku (aliran masuk wang ke
dalam negara > aliran keluar wang ke luar negara), rizab mata wang asing
meningkat, nilai mata wang tempatan di pasaran pertukaran asing
juga meningkat/ kukuh.
• Kesan, kemampuan negara untuk membayar import tertangguh semakin
meningkat.
• Situasi ini menggalakkan kemasukan pelaburan asing ke dalam negara dan
meningkatkan eksport.
• Permintaan RM meningkat, kadar pertukaran mata wang RM juga
meningkat di pasaran pertukaran asing.

3. Meningkatkan kegiatan ekonomi negara


 Kegiatan ekonomi negara akan meningkat apabila nilai mata wang RM
mengukuh, rizab mata wang asing juga meningkat.
 Industri berorientasikan eksport dan industri penggantian import akan
berkembang
 Kesan, guna tenaga meningkat, pendapatan negara dan pertumbuhan
ekonomi meningkat.

Langkah mengatasi IMBANGAN PEMBAYARAN DEFISIT

1. Menggalakkan eksport
 pemberian subsidi eksport, taraf perintis dan insentif kepada pengeluaran
berorientasi eksport akan mengurangkan kos pengeluaran, P barang eksport
lebih murah & berdaya saing, kualiti meningkat.
 DD barang eksport meningkat, imbangan dagangan bertambah baik,
imbangan pembayaran dibaiki

2. Mengawal import
 Import boleh dikurangkan dengan mengenakan tarif dan kuota.
 
(i) Tarif
 Tarif ialah cukai yang dikenakan terhadap barang import oleh kerajaan.
 Pengenaan tarif menyebabkan P barang import ↑, DD barang import ↓.
 Pengurangan DD barang import menyebabkan jumlah import lebih
rendah berbanding eksport.
Eksport bersih ↑, defisit akaun semasa berkurang; imbangan dagangan bertambah
baik, imbangan pembayaran dibaiki

(ii) Kuota
 Melalui kuota, kerajaan mengehadkan jumlah barang yang boleh
diimport.
 Pengenaan kuota menyebabkan jumlah barang yang boleh diimport ↓,
nilai import juga ↓.
Kesan, eksport bersih ↑, imbangan dagangan bertambah baik, imbangan
pembayaran dibaiki
3. Kawalan pertukaran asing
 Bank pusat mengawal kuantiti mata wang asing yang dapat dibeli oleh
pengimport tempatan.
 Cth, apabila Bank Pusat mengurangkan kuantiti mata wang Negara A
yang dapat dibeli oleh pengimport tempatan, maka jumlah barang
import dari Negara A ↓.
Kesan, import ↓, eksport bersih ↑, imbangan dagangan bertambah baik, imbangan
pembayaran dibaiki

KADAR BUNGA
 Kos pinjaman, iaitu peratusan kos yang perlu dibayar untuk
sejumlah pinjaman yang diberikan kepada firma bagi tujuan
pelaburan.
 Semakin tinggi kadar bunga, semakin tinggi kos pinjaman dan
jumlah pinjaman akan berkurangan.
 Maka, jumlah pelaburan turut berkurangan.
 Sebaliknya, semakin rendah kadar bunga, semakin rendah kos
pinjaman dan jumlah pinjaman akan bertambah.
 Maka, jumlah pelaburan turut bertambah.

KITARAN PERNIAGAAN
Keadaan ekonomi yang melambung dan meleset dalam jangka masa
tertentu.
Mewujudkan perbezaan antara KNK potensi dengan KNK sebenar
yang dinamakan jurang KNK

Anda mungkin juga menyukai