Anda di halaman 1dari 5

4

BAB 1. PENGENALAN
1.2 Isu Makroekonomi

Apakah? Meliputi inflasi, pengangguran, pertumbuhan ekonomi dan imbangan


pembayaran.
A. Inflasi -kenaikan tingkat harga umum secara berterusan dan tidak terbatas.
-berlaku kerana terlalu banyak wang mengejar barang yang sedikit.
Keadaan ini mewujudkan lebihan DD dan tingkat harga umum meningkat.
-juga disebabkan kenaikan kos pengeluaran spt kadar upah dan bahan
mentah. Keadaan ini menyebabkan keuntungan firma berkurang dan
memaksa firma menaikkan harga barang dan perkhidmatan.

Sebab isu inflasi perlu 1. inflasi menurunkan kuasa beli wang


ditangani -kenaikan tingkat harga umum mengurangkan kemampuan wang untuk
membeli barang & perkhidmatan.
-taraf hidup rakyat merosot atau kos hidup rakyat meningkat.

2. inflasi menyebabkan agihan pendapatan menjadi tidak setara.


-golongan berpendapatan tetap (seperti pesara & pegawai kerajaan) dan
pemiutang mengalami kerugian kerana pendapatan benar mereka telah
menurun.
-sebaliknya golongan berpendapatan tidak tetap spt pemilik harta tetap dan
peniaga serta penghutang menikmati keuntungan kerana pendapatan
benar mereka telah meningkat.

3. Inflasi menjejaskan tingkat tabungan negara


-rakyat kurang menabung kerana kuasa beli wang (nilai wang) dijangka
terus merosot pada masa akan datang.
-sebaliknya, lebihan pendapatan yang ada digunakan untuk membeli harta
tetap spt rumah kerana lebih menguntungkan.

4. Inflasi menjejaskan produktiviti negara


-sumber eko cenderung dipindahkan daripada kegiatan eko produktif spt
penciptaan produk baru kepada kegiatan spekulasi spt pembelian saham.
-kesannya, produktiviti negara terjejas.

5. Inflasi memburukkan imbangan pembayaran.


-semasa inflasi, harga barang eksport relatif lebih mahal berbanding dengan
harga barang import.
-kesannya, nilai eksport kurang daripada nilai import dan imbangan
pembayaran negatif berlaku.

6. Inflasi menjejaskan nilai mata wang sesebuah negara.


-harga barang import yang relatif lebih murah menyebabkan DD terhadap
barang negara lain bertambah. Maka, lebih banyak RM perlu ditawarkan
untuk membeli barang import itu (SS RM meningkat)

Ketua Panitia Ekonomi 2024


5

-sebalikya, harga barang eksport yang relative lebih mahal menyebabkan


DD terhadap barang eksport Malaysia berkurang dan DD RM juga menurun.
-peningkatan SS RM dan kemerosotan DD RM menyebabkan pasaran
mengalami lebihan SS RM dan nilai RM jatuh.

Langkah mengatasi 1. Dasar kewangan menguncup


inflasi -kerajaan melalui bank pusat mengurangkan SS wang dalam ekonomi.
-kenaikan kadar bunga meningkatkan tabungan masyarakat dan
mengurangkan perbelanjaan isi rumah.

2. Dasar fiscal menguncup/dasar belanjawan lebihan


-kerajaan mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan menaikkan cukai.
-kenaikan cukai mengehadkan perbelanjaan firma dan isi rumah.

3. Dasar harga maksimum


-kerajaan menetapkan harga barang keperluan pada tingkat harga yang
lebih rendah daripada harga keseimbangan di pasaran.
-kesannya, inflasi yang berpunca daripada kenaikan harga barang keperluan
spt beras dan minyak masak dapat dikawal.

4. Menguatkuasakan peraturan dan undang-undang


-kerajaan mengenakan hukuman ke atas peniaga yang menjalankan
kegiatan menyorok barang.
-kerajaan berusaha mengawal kenaikan kadar upah untuk membendung
inflasi yang disebabkan peningkatan kos pengeluaran.

5. Menggalakkan firma tempatan untuk meningkatkan pengeluaran


-kerajaan menggalakkan firma tempatan mengimport faktor pengeluaran
yang mengalami kekurangan dengan menurunkan cukai import faktor
tersebut.
-kerajaan juga memberi subsidi kepada firma tempatan untuk
meningkatkan pengeluaran dan mengurangkan kos pengeluaran.

B. Pengangguran Didefinisikan sebagai jumlah tenaga buruh berusia antara 15-64 tahun yang
aktif mencari pekerjaan tetapi belum mendapat sebarang pekerjaan.

Sebab isu 1. pengangguran menyebabkan pengurangan keluaran negara.


pengangguran perlu -semasa pengangguran, tingkat keluaran negara sebenar adalah lebih
ditangani rendah daripada tingkat keluaran potensi.
-kegagalan menggunakan sumber yang ada menyebabkan firma tidak dapat
mencapai tahap keluaran optimum. Kesannya, tingkat keluaran negara
adalah rendah.

2. Penggangguran membazirkan sumber ekonomi.


-ada tenaga buruh yang tidak digunakan walaupun mereka berkemahiran
tinggi.

Ketua Panitia Ekonomi 2024


6

3. Pengangguran menjejaskan taraf hidup rakyat


-menyebabkan jumlah pendapatan atau pendapatan per kapita penduduk
adalah rendah.

4. Pengangguran mengurangkan hasil kerajaan


-pendapatan isi rumah dan keuntungan firma menurun.

5. Pengangguran mewujudkan masalah sosial


-kes jenayah meningkat spt merompak dan menyeludup barang.
-gejala sosial spt pembuangan bayi dan penyalahgunaan dadah turut
meningkat.

Langkah mengatasi 1. Dasar kewangan mengembang


pengangguran -kerajaan melalui bank pusat menambahkan SS wang dalam ekonomi dan
menyebabkan kadar bunga jatuh.
-kejatuhan kadar bunga menggalakkan kegiatan pelaburan dan
mewujudkan peluang pekerjaan baru.

2. Dasar fiscal mengembang/dasar belanjawan kurangan


-kerajaan mengurangkan cukai dan menambahkan perbelanjaan kerajaan.
-pertambahan perbelanjaan kerajaan mewujudkan peluang pekerjaan baru.

3. Menggalakkan mobiliti buruh


-kerajaan menggalakkan mobiliti (perpindahan) buruh daripada sektor
ekonomi kurang maju spt sektor pertanian kepada sektor ekonomi yang
lebih maju spt sektor perindustrian dan perkhidmatan.

4. Membuka tanah baru


-melalui kerjasama dengan pihak swasta, kerajaan menjalankan projek
pembangunan untuk memajukan industri desa, dan membangunkan tanah
terbiar untuk memajukan tananam komersial.

5. Memajukan sektor ekonomi berpotensi/berdaya saing


-kerajaan berusaha memajukan sekor pelancongan, perhotelan,
perhubungan, perdagangan dan kewangan.

6. Menyediakan kursus dan latihan kemahiran


-spt institut latihan teknikal

7. Menggalakkan kemasukan pelaburan asing


-kerajaan memberi pengecualian cukai kepada firma dalam industria
berpotensi dan berdaya saing.
-kerajaan turut memberi insentif lain spt insentif cukai pelaburan dan
insentif penyelidikan dan pembangunan.

C. Pertumbuhan Merujuk kepada perubahan tingkat keupayaan dalam kegiatan ekonomi


ekonomi sesebuah negara atau perubahan tingkat keluaran negara dari satu tahun
ke satu tahun.

Ketua Panitia Ekonomi 2024


7

Sebab isu 1. menjejaskan pendapatan per kapita negara


pertumbuhan ekonomi -apabila kadar pertambahan penduduk melebihi kadar pertambahan
perlu ditangani keluaran negara pada sesuatu tahun.

2. Faktor sosial yang negatif


-sikap masyarakat yang enggan menerima perubahan atau inovasi
menyebabkan ekonomi sukar berkembang.
-kegiatan inovasi yang terhad tidak menggalakkan kemasukan pelaburan
langsung asing dan menyebabkan keluaran negara menjadi rendah.

3. Kekurangan modal & tabungan


-kadar pertumbuhan ekonomi yang rendah mengurangkan tingkat
tabungan.

4. Kekurangan tenaga buruh mahir


-menghalang pengolahan kekayaan sumber ekonomi, peningkatan
produktiviti buruh dan aplikasi teknologi moden dalam proses pengeluaran.

5. Kekurangan usahawan

6. Ekonomi tradisional
-menyebabkan tahap produktiviti menjadi rendah.

7. Kekurangan barang pengguna


-kerana kebanyakan sumber ekonomi diperuntukkan kepada pengeluaran
barang modal yang lebih menguntungkan.

8. Masalah alam sekitar


-pencemaran alam dan masalah kesesakan (penduduk dan sistem
pengangkutan)

Langkah mengatasi 1. meningkatkan aplikasi teknologi


pertumbuhan ekonomi 2. menambahkan modal
3. meningkatkan taraf pendidikan dan latihan
4. menggalakkan ekonomi bidangan
5. menggalakkan peruntukan sumber dengan lebih cekap
6. menggalakkan penyelidikan dan pembangunan

D. Imbangan Merupakan penyata yang merekodkan urus niaga perdagangan


pembayaran antarabangsa antara sebuah negara dengan negara lain dalam tempoh
setahun.

Tiga konsep:
a) Imbangan pembayaran lebihan
b) Imbangan pembayaran kurangan
c) Imbangan pembayaran terimbang

Ketua Panitia Ekonomi 2024


8

Sebab imbangan 1. menurunkan kadar pertukaran asing


pembayaran kurangan -menyebabkan kadar pertukaran asing jatuh
ditangani -kesannya, DD terhadap barang import bertambah manakala DD terhadap
barang eksport menurun.

2. Aliran keluar modal ke luar negara


-kejatuhan kadar pertukaran asing menyebabkan kemasukan pelaburan
langsung asing berkurang (aliran masuk modal ke dalam negara berkurang).
-pengurangan pelaburan langsung asing menjejaskan ekonomi negara.

3. Mengurangkan bekalan wang di dalam negara


-menyebabkan kerajaan terpaksa menggunakan rizab pertukaran asing
untuk menampung kurangan tersebut.

4. Hutang negara bertambah


-kerajaan terpaksa membuat pinjaman daripada negara lain untuk
menampung kurangan dalam imbangan pembayaran.

Langkah mengatasi 1. mengurangkan import


imbangan pembayaran -kerajaan menaikkan tarif, mengenakan kuota dan melaksanakan kawalan
kurangan pertukaran asing; menjalankan kempen membeli barang tempatan.

2. Menggalakkan eksport
-memberi subsidi eksport kepada pengeluar tempatan untuk
mengurangkan kos pengeluaran dan menurunkan harga barang eksport.
-kerajaan memberi kredit terpilih kepada sektor eksport yang berdaya
saing.

3. Menguatkuasakan peraturan dan undang-undang


-bertujuan menyekat aliran keluar modal dan menggalakkan kemasukan
modal asing.
-pelepasan cukai diberikan; kadar bunga dinaikkan untuk menarik aliran
masuk modal asing.

4. Devaluasi
-kerajaan menurunkan nilai mata wang negara – menyebabkan harga
eksport menjadi murah dan harga barang import menjadi lebih mahal.

Ketua Panitia Ekonomi 2024

Anda mungkin juga menyukai