Anda di halaman 1dari 3

BAHAGIAN C : RUMUSAN

[30 markah]

Bahan 1 - PETIKAN
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah. Kemudian buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Telefon pintar wujud hasil perkembangan industri telekomunikasi yang bergerak pantas. Di
Malaysia, bilangan murid yang menggunakan telefon pintar semakin meningkat, iaitu kira-
kira 20 peratus daripada keseluruhan pengguna. Ramai murid berhasrat untuk memiliki
telefon pintar kerana mereka terpengaruh dengan perubahan yang berlaku di sekeliling
mereka. Mereka juga turut dipengaruhi oleh rakan sebaya terutamanya yang telah
memiliki telefon pintar. Kewujudan telefon pintar yang lengkap dengan kemudahan
multimedia pelbagai guna menyebabkan murid sangat teruja untuk memiliki alat komunikasi
mudah alih yang canggih ini. Setelah memiliki peralatan tersebut, mereka menjadi mudah
leka dengan peranti masingmasing dan seterusnya membawa perubahan ketara terhadap
tingkah laku mereka. Akibat penggunaan telefon pintar ini juga menyebabkan murid sering
berkomunikasi dengan mencemarkan bahasa seperti penggunaan singkatan dan bahasa slanga
dalam khidmat pesanan ringkas (SMS), WhatsApp dan Instagram. Keasyikan menggunakan
telefon pintar menyebabkan murid mengabaikan tanggungjawab terhadap pelajaran seperti
tidak menyiapkan kerja sekolah dan tidak mengulang kaji pelajaran. Selain itu, keasyikan
bermain telefon pintar sehingga larut malam menyebabkan murid hilang fokus semasa di
dalam kelas kerana mengantuk akibat tidak cukup tidur. Lebih buruk lagi, terdapat murid
yang bermain telefon ketika di dalam kelas hingga mengganggu sesi pembelajaran. Impak
lain telefon pintar ini ialah murid mudah menerima dan mempercayai maklumat tersebut
tanpa mengetahui kesahihannya. Oleh itu, larangan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) terhadap murid yang membawa telefon bimbit atau telefon pintar di sekolah ada
asasnya dan peraturan ini mesti difahami dan dipatuhi untuk manfaat semua pihak. Dalam hal
ini ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah ini.
Tanggungjawab ibu bapa adalah dapat menerangkan keburukan penggunaan telefon pintar
kepada anak-anak dan mengehadkan penggunaan telefon pintar. Di samping itu, ibu bapa
menasihati anak-anak supaya tidak membawa telefon pintar ke sekolah dan tidak
memberikan wang untuk membeli telefon pintar.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Larangan Telefon Pintar untuk Pelajar Sekolah’
Oleh Sa’adiah Shuib,
Dewan Masyarakat, April 2015.
Bahan 2 – GRAFIK
LATIHAN SET 1
Soalan 3 : Penyuntingan

Dalam petikan 1, terdapat sepuluh kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat sembilan
kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan
soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1

Langkah untuk membanteras krisis kegawatan ekonomi adalah pihak kerajaan mengawal
pengaliran keluar wang negara ke negara lain. Jika sekiranya sebelum ini, masyarakat
Malaysia gemar melancong ke negara asing, maka sekarang mereka seharusnya melancong di
dalam negara sendiri dan membatalkan rancangan untuk melancong di luar negara. Dengan
membuat demikian, kita dapat mengelakkan pengaliran mata wang ke negara yang dilawati
oleh kita kerana salah satu penyebab dan punca kegawatan ekonomi ialah pengaliran wang
yang banyak ke negara lain. Pengaliran mata wang Malaysia juga dapat dikurangkan dengan
mengurangkan import dan menambahkan eksport. Ini perlu diberi penekanan yang
sewajarnya kepada sektor tertentu. Unit pelancongan negara juga memainkan peranan
penting, terutamanya dalam kawasan pendalaman yang belum diusahakan sepenuhnya.
Pengusaha tempat pelancongan harus meningkatkan atau meluaskan promosi ke seluruh
dunia untuk mengalakkan pelancong asing datang ke negara ini.

Sumber : https://stpm-study.blogspot.com/2013/10/langkah-langkah-untuk-menangani.html
[10 markah]

Petikan 2

Kepenggunaan pengangkutan awam memang banyak kelebihannya jika hendak dibandingkan


dengan penggunaan kenderaan persendirian. Oleh itu, anggota masyarakat digalakkan untuk
mengunakan pengangkutan awam jika hendak pergi ke sesuatu destinasi. Sekiranya suruhan
ini tidak masyarakat ikuti sudah tentu banyak masalah-masalah yang terpaksa akibat
pencemaran alam yang berpunca dari asap kereta dan motosikal. Jadi, kita perlulah
menyokong langkah kerajaan yang menggalakkan penggunaan pengangkutan awam melalui
kempen perngongsian kereta atau "car pool" untuk ke tempat kerja. Hal ini menyebabkan
pencemaran udara dikurangkan dan anggota masyarakat dapat menghirup udara yang segar
dan hidup di dalam keadaan yang sihat dan sejahtera.

Sumber :http://khirkassim.blogspot.com/2010/01/karangan-spm-berdasarkan-buku-teks.html
[9 markah]

Anda mungkin juga menyukai