Anda di halaman 1dari 8

Esei

Sistem perhubungan dan telekomunikasi meningkatkan pasaran produk.Hal ini kerana produk dapat
dipasarkan atas talian dan diperkenalkan kepada penduduk tempatan dan penduduk luar
negara.Maklumat dan iklan produk dapat disebarkan secara meluas di mana-mana negara melalui
perniagaan atas talian.Produk temptan seperti baju batik dapat dipromosi dan dijual melalui aplikasi
seperti Shopee,Lazada, dan Instagram secara tidak langsung meluaskan pasaran produk.Jadi,jualan
produk akan meningkat.

Mempercepat urusan

Urusan pembayaran dan transaksi dapat dilakukan secara dalam talian kerana cepat dan
mudah.mereka tidak perlu pergi ke pejabat dan menghadap karenah birokrasi di kaunter
pembayaran.contohnya pekerja kerajaan yang sibuk hanya perlu membayar cukai lembaga hasil
dalam negeri secara dalam talian di byrcukai.com tanpa perlu pergi ke pejabat.oleh itu ,urusan
pembayaran dapat dijalankan dengan lancar.

Menjimatkan masa.

Sistem telekomunikasi yang wujud seperti komputer dan telefon bimbit telah menjimatkan masa
pengguna. Contohnya, dengan adanya jaringan internet, pengguna dapat mencari pelbagai
maklumat di Google. Ini menyebabkan pelbagai maklumat dan berita dapat diperoleh dan
disampaikan kepada penduduk dalam masa yang singkat. Pengguna juga tidak perlu lagi
menggunakan kaedah pos untuk menyampaikan maklumat. Maka, pelbagai urusan dapat
diselesaikan.

meningkatkan pengetahuan

pelajar dpt melalui internet utk berlakukan e- learning sebagai cth pelbagai maklumat dan
pengetahuan blh dicari dalam google .bukan itu shj maklumat drpd sesetengah blogger juga dpt
membantu pelajar meningkatkan pengetahuan krn maklumatnya lebih mudah difaham.media sosial
spt telegram、whatsapp dan instagram akan memudahkan pelajar berbincang soalan dgn pelajar
dari luar negara supaya mereka dpt menerima ilmu pengetahuan yg luas

Membuka peluang pekerjaan

Kewujudan sistem perhubungan dan telekomunikasi telah membuka peluang pekerjaan kepada
penduduk setempat. Sebagai contoh, syarikat telekomunikasi CELCOM yang menyediakan
kekosongan jawatan pekerja pemasangan pencawang jalur lebar dan pegawai penyelenggara.Hal ini
dapat membantu meningkatkan taraf hidup dan kuasa beli penduduk.

menjimatkan kos

peniaga dapat menjimatkan kos dengan menjalankan perniagaannya melalui sistem


telekomunikasi.contohnya,Peniaga menjual pakaian tidak perlu menyewa kedai, membayar gaji
pekerja dan tidak perlu membayar kos elektrik,mereka hanya perlu menjual pakaiannya melalui
aplikasi seperti Shoopee dan Lazada .Mereka hanya memerlukan kos penghantaran untuk
menhantar produknya kepada pelanggan.Kesannya kos perniagaan dapat dikurangkan
kesan negative

Hubungan kemasyarakatan semakin renggang.Peningkatan penggunaan teknologi terkini


mengurangkan proses sosialisasi masyarakat kerana pengguna lebih bergantung kepada
kecanggihan teknologi untuk mendapatkan maklumat terkini.Ketagihan masyarakat terhadap gajet
telekomunikasi mengurangkan masa masyarakat berkomunikasi antara satu sama lain.Masyarakat
lebih cenderung menghantar mesej dan enggan berinteraksi dengan satu sama lain.

Kerugian kepada perniagaan komersial

Perniagaan atas talian yang luas telah menjejaskan hasil penjualan produk bagi mereka yang
berniaga secara konvensional . Hasil jualan mereka sedikit kerana masyarakat lebih memilih untuk
membeli makanan secara atas talian. Mereka juga tidak mahu bersesak sesak ke kedai untuk
membeli barangan . Buktinya ,perniagaaan makanan tepi jalan akan kurang mendapat sambutan
disebabkan kewujudan food panda yang lebih mudah .

Antara kesan perkembangan sistem perhubungan dan telekomunikasi kepada negara ialah
menyebabkan pencemaran bahasa. Pencemaran bahasa berlaku daripada perkembangan sistem
telekomunikasi seperti telefon bimbit, tablet , dan komputer. Contohnya, penghantaran pesanan
ringkas, bahasa pasar dan percampuran bahasa sering digunakan oleh rakyat di Malaysia di media
sosial seperti Facebook. Maka, kualiti Bahasa Melayu semakin terjejas dan berlaku kekeliruan
bahasa.

Penyebaran berita palsu

Kemudahan sistem perhubungan dan telekomunikasi membolehkan penyebaran berita palsu dapat
dilakukan dengan lebih mudah oleh pihak yang tak bertanggungjawab.Rakyat Malaysia akan lebih
mudah terpengaruh dan percaya dengan berita palsu yang disebarkan melalui Internet.Sebagai
contoh, sewaktu musim Covid-19 telah berlaku pelbagai penyebaran berita palsu seperti vaksin
memiliki dna babi.Kesannya, masyarakat akan mudah panik terhadap sesuatu benda yang tak pasti

Penyebaran budaya kuning

Golongan muda yang tidak dipantau oleh ahli keluarga ketika menggunakan telefon pintar akan
terdedah kepada pengaruh budaya kuning. Kanak² yang mengalami ketagihan menonton video lucah
di laman web lucah dapat menjejaskan sahsiah kanak² tersebut.Hal ini dapat mendorong golongan
muda untuk melakukan perkara yang lebih ekstrem seperti jenayah rogol dan mencabul.

Jenayah siber

Terdapt sebahagian pengguna mengambil kesempatan utk menggunakan kemudahan ini untuk
menjalankan jenayah siber. Mereka akan menyamar kawan-kawan pengguna dan menggunakan
identiti ini untuk meminta duit dgn pengguna. Contohnya, mereka akan m enyamar kawan-kawan
pengguna dan menggunakan alasan seperti mengalami kesusahan dan ingin meminjam duit yang
banyak. Kesannya, pengguna yg prihatin akan mempercayainya dan meminjamkan duit kepadanya.
Akhirnya, duit itu tidak dapat dipulangkan.
Petroleum

Membuka peluang pekerjaan

Memberi pekerjaan kepada penduduk untuk menambah pendapatan.Hal ini dapat mengurangkan
kadar pengangguran dalam masyarakat.Sebagai contoh, pekerjaan di dalam pengurusan penapisan
minyak di Penggeram,Johor.

Mewujudkan bandar2 baharu.Aktiviti perlombongan petroleum akan mewujudkan bandar baharu


dan moden yang lengkap dengan kemudahan pembandaran ,pusat 2 perkhidmatan penduduk dan
kawasan perumahan terancang.Contohnya ,bandar Karteh di Terengganu yang berkembang maju
hasil perlombongan petroleum

Meningkatkan pendapatan negara. Terdapt petroleum merupakan salah satu bahan mentah yang
sangat terhad dan sgt diperlukan oleh negara seluruh dunia. Oleh itu, negara kami dapat
mengeksportkan petroleum kpd luar negara seperti america, china dan indonesia. Ini akan
meningkatkan aliran mata wang di negara kami dan nilai mata wang Malaysia dapat ditingkatkan

pemindahan teknologi dan kepakaran.usaha penyelidikan dan pembangunan oleh petronas untuk
hasilkn teknik terbaharu untuk mengesan dan mengeluarkn sumber produk berkualiti.contohnya
minyak seismik dan satelit untuk kesan lokasi medan petroleum

Buruh Dan kepakaran

Keperluan buruh dalam bidang perlombongan juga adalah ramai. Sektor cari Gali, pemprosesan Dan
Penghantaran memerlukan tenaga buruh. Oleh itu tenaga buruh tempatan banyak diserapkan dalam
sektor perlombongan. Selain buruh, tenaga pakar juga dapat dihasilkan melalui kemajuan sektor
perlombonga. Sebagai contoh, di Malaysia, terdapat Dua buah universiti yang melatih Dan
mengeluarkan tenaga mahir dalam kejuruteraan petroleum,iaitu Universiti Teknologi PETRONAS
(UTP) Dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Mempercepat pembangunan infrastruktur asas dan perkhidmatan sosial.Pembangunan infrastruktur


asas spt jalan raya,elektrik,air dan telekomunikasi.Sementara perkhidmatan sosial seperti
kemudahan klinik,sekolah,balai polis dan balai raya untuk kemudahan penduduk.Kemudahan yang
disediakan akan meningkatkan taraf hidup penduduk dan menjamin keselesaan hidup penduduk.

Menarik minat pelabur asing. Hal ini krn perlombongan petroleum dpt mengembangkan Ekonomi
negara. Pelabur asing dapat untung sekiranya melabur di malaysia krn Malaysia mempumyai sumber
petroleum yang lumayan. Pendapatan negara dpt meningkat dan persaingan Malaysia trhdp negr
lain dpt ditingkatkan

Sumber tenaga

Petroleum Dan gas menjadi sumber tenaga utama di Malaysia sama ada untuk perindustrian, isi
rumah Dan kenderaan. Sebagai contoh, sebahagian besar gas asli yang dihasilkan di Malaysia
dijadikan bahan api bagi menjana tenaga electric terma seperti Loji Jana Kuasa Elektrik Pakai
(Terengganu) yang beroperasi menggunakan sumber gas asli dari kertih.
Perindustrian

Industri pemprosesan merupakan industri peringkat asas yang bergantung kepada bahan
mentah.Contohnya,industri memproses hasil pertanian seperti industri memproses kelapa
sawit,getah dan koko.Industri pembuatan merupakan industri peringkat kedua yang menggunakan
bahan daripada industri memproses dan akan dijadikan barangab separuh siap atau barangan siap
yang boleh terus digunakan oleh pengguna.Contohnya,industri membuat tapak kasut.

Lokasi

Industri pemprosesan terletak di kawasan luar bandar yang berhampiran dengan kawasan ladang-
ladang yang mempunyai bahan mentah untuk diproses.Contohnya, kilang memproses kelapa sawit
terletak di kawasan luar bandar agar memudahkan pengangkutan buah kelapa sawit supaya buah
tidak cepat rosak.

Industri pemprosesan memerlukan buruh yang ramai .hal ini bertujuan bagi menampung
pemprosesan bahan mentah secara besar-besaran.buruh yang ramai akan mempercepat dan
memperbanyak proses bahan mentah . Contohnya kilang memproses minyak di pengarang
memerlukan jumlah buruh yang ramai bagi memenuhi keperluan bahn

PEMILIKAN

aktiviti pemprosesan sering di jalankan oleh pihak swasta atau kerajaan seperti PETRONAS DAN
FELDA. aktiviti pembuatan pula dimiliki oleh syarikat pelabur asing seperti SAMSUNG DAN NOKIA!!!

skala operasi.

industri pemprosesan biasanya bergantung kepada sumber alam yang diproses. contohnya kilang
memproses kelapa sawit biasanya berskala besar. hal ini kerana perlu menggunakan teknologi dan
jentera moden dalam proses menghasilkan minyak mentah kelapa sawit.

Industri pemprosesan memerlukan buruh yang ramai .hal ini bertujuan bagi menampung
pemprosesan bahan mentah secara besar-besaran.buruh yang ramai akan mempercepat dan
memperbanyak proses bahan mentah . Contohnya kilang memproses minyak di pengarang
memerlukan jumlah buruh yang ramai bagi memenuhi keperluan bahn

Teknologi

Industri pemprosesan memerlukan teknologi yang tinggi. Hal ini untuk mempercepatkan
pemprosesan bahan mentah. Contohnya kilang kelapa sawit memerlukan teknologi yang tinggi dan
moden.
Pelancongan

Tarikan muka bumi

Tarikan muka bumi dia Malaysia yang unik menyebabkan kedatangan pelancong.Sebagai contoh
tarikan muka bumi seperti air terjun. Bentuk muka bumi semula jadi ini boleh melakukan pelbagai
aktiviti seperti mandi manda di air terjun.

Kos

Kos pelancongan yang rendah di malaysia dari segi penginapan dan makanan .hal ini disebabkan
mata wang negara maju lebih tinggi berbanding mata wang Malaysia .oleh itu, ia akan menarik minat
pelancong asing yang datang.pelancong dari Jepun akan melancong ke kuala Terengganu kerana kos
penginapan yang rendah dan berbaloi

Tarikan pulau. Pulau-pulau di Malaysia terdiri daripada pulau-pulau yang mempunyai keindahan dan
keunikan yang tersendiri. Pulau-pulau di Malaysia mempunyai keindahan biodiversiti yang menarik
seperti terumbu karang. Sebagai contoh, Pulau Rawa dan Pulau Mabul di Sabah mempunyai
pemandangan yang indah selain juga aktiviti seperti skuba juga disediakan di pulau tersebut. Hal ini
akan menarik kedatangan lebih ramai pelancong disebabkan keindahan yang dimiliki oleh pulau
tersebut.

Keunikan budayaan dan makanan

Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai kaum spt melayu, cina, india, dusun dan
iban. Oleh itu, terdapt pelbagai budaya, adat resam dan makanan tradisional wujud di malaysia.
Budaya yg unik di malaysia seperti bulan puasa dlam masyarakat melayu telah menarik pelancong
asing untuk memperoleh pengetahuan ttg kaum melayu. Selain itu, terdapt juga pelbagai makanan
wujud di malaysia seperti makanan tradisional melayu iaitu nasi lemak, makanan tradisional cina
seperti "dumpling" dan makanan tradisional india iaitu roti canai. Pelancong dapat menikmati
pelbagai makanan semasa melancong di msia

kebudayaan dan adat resam:

berbilang kaum yg berbeza dapat menarik pelancong asing kerana mereka berminat utk mengenali
kebudayaan kaum2 lain .Sebagai cth lebih ramai pelancong asing dari eropah dan amerika syarikat
suka melancong di negeri Sabah dan Sarawak utk mengetahui cara hidup kaum bumiputera yg
misteri

Penginapan. Kemudahan tempat penginapan akan memudahkan pelancong untuk menginap dan
beristirahat seperti hotel, resort dan rumah tumpangan. Sebagai contoh ,Star Sky Park KLCC dan
Sunway Resort Hotel di Kuala Lumpur.

Senibina bangunan

Keunikan dan kecantikan senibina bangunan di Malaysia mampu menarik kedatangan pelancong luar
negara dan tempatan seperti bangunan berkembar pencakar langit KLCC yang mempunyai tempat
membeli belah dan mempunyai sudut pemandangan yang cantik daripada puncak menara yang
dapat melihat seluruh bandar Kuala Lumpur
Peranan sector pelancongan

Melalui kewujudan peluang pekerjaan yang banyak dalam sektor pelancongan dan in akan
meningkatkan pendapatan per kapita penduduk. Peluang pekerjaan yang tersedia dalam sektor
perkhidmatan pelancongan seperti pemandu pelancong, pekerja di sektor perhotelan, sektor
pengangkutan dan sebagainya.

meningkatkan infrastruktur. melalui pelancongan pembangunan fizikal di kawasan yang berpotensi


sebagai produk pelancongan akan meningkatkan infrastruktur di kawasan tersebut. sebagai contoh,
pembinaan jalan raya, bekalan air, elektrik dan telekomunikasi yang lebih baik. hal ini bertujuan
untuk memberi kemudahan dan keselasaan kepada pelancong dari dalam atau luar negara.

menggalakkan perkembangan teknologi R&Ddan sumber manusia.sektor pelancongan akan


menggalakkan perkembangan teknologi dlm negara khususnya yg berkaitan dgn produk
pelancongan baharu spt teknologi pemeliharaan utk mengekalkannya sbg daya tarikan pelancong

Meningkatkan modal dan dana dalam negara.Kemasukan pelaburan luar atau pelabur asing dalam
menanam modal dalam sektor perkhidmatan bagi memajukan sektor pelancongan.Pelaburan seperti
pembinaan hotel2 mewah atau Taman tema yang besar seperti Legoland dan Splash mania telah
menarik tarikan pelancong tempatan dan pelancong asing.Ini dapat menambahkan modal negara
untuk membina kawasan pelancongan tersebut

Memajukan sektor lain.

Sektor pelancongan dapat memajukan kegiatan ekonomi yang berkaitan dengan sektor pelancongan
seperti perniagaan, perhotelan, dan pengangkutan. Peningkatan pelancong di negara Malaysia akan
menyebabkan permintaan terhadap kegiatan ekonomi yang berkait dengan sektor pelancongan
semakin bertambah. Pembinaan perhotelan dan perniagaan makanan akan semakin bertambah
untuk memenuhi permintaan para pelancong.
Pengangkutan

menjimatkan masa dan kos perjalanan

- LRT&MRT tidak terlibat dgn kesesakan lalu lintas krn menggunakan laluan yg tersendiri.

-menjimatkan kos tambang dan kos membaiki kenderaan

-kos perjalanan yg memilih pengangkutan awam lebih murah

Menyediakan peluang pekerjaan

Pengangkutan awam memerlukan pemandu bagi mengendalikan kenderaan awam


tersebut.Contohnya perkhidmatan teksi,bas dan rel bersepadu menawarkan pelbagai peluang
pekerjaan kepada penduduk tempatan.Peluang pekerjaan ini mengurangkan kadar pengangguran &
penduduk dapat mencari sumber pendapatan

Meningkatkan pendapatan negara

Sistem pengangkutan awam dapat meningkatkan pendapatan negara melalui pembayaran tambang
pengangkutan awam. Sebagai contoh, penduduk di Kuala Lumpur perlu membayar kos semasa
menaiki bas, MRT, LRT dan teksi. Kesannya, ekonomi negera dapat berkembang dengan pesat.

Mengurangkan pencemaran udara

Sistem pengangkutan dapat mengurangkan pencemaran udara apabila penduduk kurang


menggunakan kenderaan sendiri di atas jalan raya dan lebih memilih untuk menggunakan
pengangkutan awam. Sebagai contoh menggunakan pengangkutan awam LRT & MRT yang tidak
menggunakan bahan api fosil sebagai bahan bakar.

Risiko kemalangan yang rendah

Risiko kemalangan dapat diturunkan.Hal ini kerana pengangkutan awam seperti LRT mempunyai
laluan khas sendiri dan tidak akan bertembung dengan kenderaan lain.Kesannya, kadar kemalangan
adalah sangat rendah atau jarang sekali kerana pergerakannya dikawal dan mengikut kelajuan serta
masa yang telah ditetapkan.Sebagai contoh,pada tahun 2021 hanya berlalu satu kemalangan yang
disebabkan dua tren LRT bertembung.

Faktor menjimatkan kos dan masa

-Perkhidmatan awam akan menjimatkan kos apabila mengalami kesesakan lalu lintas untuk kos
petrol sementara tunggu yang dibazir akan dijimatkan kerana kos tiket tetap seperti tiket bus.Selain
itu,perkhidmatan awam seperti LRT juga akan menjimatkan masa untuk penduduk menjalankan
pergerakan kerana kelajuan LRT lebih cepat berbanding pengangkutan persendirian.

Meningkatkan darjah ketersampaian

Kewujudan rel di bandar dapat memudahkan pergerakan penduduk dari satu tempat ke tempat
yang lain.sebagai contoh ,pergerakan dari BANDAR kuala lumpur ke KLIA menjadi lebih pantas
dengan kehadiran ERL. Jarak diantara bandar juga menjadi dekat.Hal ini menyebabkan mobiliti
penduduk menjadi lebih baik dan penduduk mampu pergi ke tempat yang mereka ingini
Antara sumbangan lebuhraya terhadap sosioekonomi negara ialah menyediakan peluang pekerjaan.
Lebuhraya seperti lebuhraya Utara-Selatan dan lebuhraya Pantai Timur telah menyediakan pelbagai
peluang pekerjaan kepada penduduk .Contohnya, pekerjaan tersebut seperti pekerja pembersihan
RNR, pengawal trafik lebuhraya, dan pekerja perkhidmatan lebuh raya. Maka, taraf hidup penduduk
meningkat kerana menerima gaji yang lumayan.

Meningkatkan pelaburan asing.

Kemudahan lebuhraya yang cekap akan menggalakkan kemasukan pelabur asing untuk menanam
modal dalam pelbagai aktiviti ekonomi khususnya perindustrian dan perkhidmatan. Kesannya
pelabur asing lebih tertarik untuk membuat pelaburan di sesuatu kawasan yang mempunyai darjah
ketersampaian yang tinggi.

Antara sumbangannya ialah meningkatkan Darjah kertesampaian .mobiliti penduduk Akan lebih luas
dengan adanya lebuhraya mereka mampu bergerak ke sesuatu Kawasan dengan lebih pantas Dan
mudah .buktinya pembinaan lebuh raya utara selatan mampu memberikan JALAN Yang sing kat
untuk dari gemas ke Kuala Lumpur bagi Mereka yang ingin bee cuti

meningkatkan pemasaran barangan.Melalui pembinaan lebuh raya pengedaran dan pemasaran


barangan siap kepada penduduk dapat dipasarkan dengan cepat.Contohnya,hasil ekonomi seperti
hasil pertanian,ternakan, perikanan dan hasil hutan dpt diangakut dan dipasarkn ke kawasan bandar
dengn cepat.kesannya,peniaga di desa dan pendalaman dapat meningkatkan hasil pendapatan
mereka.

Meningkatkan pemasaran barangan. Kewujudan lebuh raya telah menjadikan pemasaran barangan
menjadi lebih cepat. Sistem lebuh raya membolehkan barangan dapat dipasarkan dengan lebih
mudah. Sebagai contoh, kewujudan lebuh raya membolehkan produk seperti minyak masak dapat
dihantar dengan lebih cepat ke negeri yang jauh seperti Perlis. Masa barangan dihantar dapat
dijimatkan.

Anda mungkin juga menyukai