Anda di halaman 1dari 3

Karangan BM

Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan teknologi yang


mengendalikan telekomunikasi melalui rangkaian secara maya.
Teknologi maklumat dan komunikasi amat penting kepada
masyarakat dan negara kini. Terdapat pelbagai kepentingan
teknologi maklumat dan komunikasi kepada masyarakat dan negara.

Antaranya, teknologi maklumat dan komunikasi ini


memaparkan pelbagai teknologi yang moden dan canggih melalui
perkembangan teknologi yang sentiasa berevolusi mengikut
peredaran zaman. Hal ini menyebabkan berlakunya penciptaan
sesuatu teknologi yang baharu melalui produk atau barangan yang
dihasilkan. Sebagai contoh, alat telekomunikasi seperti telefon mini
yang mempunyai ciri biasa berubah menjadi sebuah telefon pintar
yang mempunyai pelbagai ciri menarik pada masa kini. Oleh itu,
nyatalah bahawa teknologi maklumat dan komunikasi ini
memaparkan pelbagai teknologi yang moden dan canggih agar dapat
memudahkan urusan harian seseorang pengguna tersebut.

Selain itu, kita dapat memupuk minat dalam teknologi yang


sentiasa berkembang pesat kerana teknologi yang canggih dan
menarik ini membolehkan kita menguasai teknologi ini untuk
berkomunikasi, melayari Internet, mengambil gambar dan
sebagainya. Hal ini dapat meningkatkan literasi teknologi kita untuk
mengurangkan kos sara hidup melalui perniagaan dalam talian.
Sebagai contoh, seorang graduan universiti berminat untuk
meneroka teknologi maklumat dan komunikasi secara lebih
mendalam untuk memulakan perniagaan secara atas talian. Oleh itu,
tegaslah bahawa kita dapat memupuk minat dalam teknologi yang
sentiasa berkembang pesat kerana teknologi yang canggih supaya
dapat memahirkan diri untuk mengikuti perkembangan Internet dari
semasa ke semasa.

Di samping itu, teknologi maklumat dan komunikasi


mempercepat dan mempermudah hubungan antara individu apabila
kita dapat menghantar dan membalas mesej kepada sesiapa sahaja
melalui media sosial dan aplikasi yang berkaitan. Hal ini dapat
memudahkan komunikasi kepada keluarga dan rakan-rakan di mana-
mana kawasan dan pada setiap masa. Sebagai contoh, seorang anak
menghubungi dan menghantar mesej kepada keluarganya untuk
menghantar maklumat penting. Oleh itu, nyatalah bahawa teknologi
maklumat dan komunikasi mempercepat dan mempermudah
hubungan antara individu supaya kita dapat berhubung dengan
orang yang tersayang dengan cepat dan mudah.

Seterusnya, pengurusan dan pentadbiran negara lebih


sistematik dan teratur apabila setiap agensi dan jabatan kerajaan
menggunakan sistem komunikasi dalam rangkaianInternet. Pihak
kerajaan dapat menyimpan maklumat penting dalam sistem yang
dibina dalam rangkaian Internet dan juga dapat menyampai
maklumat kepada masyarakat dengan cepat dan mudah. Hal ini
dapat memudahkan pihak kerajaan mengawal atur setiap rangkaian
dalam media sosial dan aplikasi yang berkaitan agar tidak berlaku
penyalahgunaan aktivti dalam rangkaian Internet yang menyebabkan
berlaku pelbagai masalah yang serius kepada negara. Oleh itu,
tegaslah bahawa pengurusan dan pentadbiran negara lebih
sistematik dan teratur agar rangkaian Internet dapat digunakan
dengan lebih selamat dan teliti.
Kesimpulannya, teknologi maklumat dan komunikasi ini
memudahkan setiap urusan harian masyarakat untuk melakukan
pelbagai perkara dalam Internet ini. Oleh itu, teknologi maklumat
dan komunikasi ini perlulah berevolusi dan berkembang mengikut
peredaran zaman agar perhubungan antara individu dapatlah
dimantapkan.

Anda mungkin juga menyukai