Anda di halaman 1dari 2

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan

kemajuan ICT dan cara-cara meningkatkan penggunaannya dalam kehidupan seseorang.


Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Ketika ini kita berada dalam dunia tanpa sempadan. Maknanya, sistem perhubungan
dan saluran maklumat menjadi semakin mudah dan santai. Kita boleh membaca e-mel atau
melayari alam siber di atas katil dengan kemudahan tanpa wayar. Perkhidmatan khidmat
pesanan ringkas (SMS) membolehkan kita berkomunikasi dengan lebih berkesan, padat dan
murah. Dalam hal ini, inisiatif kerajaan Malaysia memang diakui pada peringkat antarabangsa
menerusi dasar ICT mendepani saingan dan proaktif. Pada pertengan 1990-an, Koridor Raya
Multimedia (MSC) dimulakan sebagai institusi seumpamanya terawal di dunia. Begitu juga
dengan undang-undang siber, e-kerajaan dan pelbagai inisiatif lain diterajui oleh Perbadanan
Multimedia (MDeC). Persidangan itu tidak seharusnya dinilai dari segi pengisian program dan
senarai tokoh termasuklah Bill Gates sahaja, bahkan turut berkesan dalam usaha mempromosi
Malaysia sebagai pengguna ICT dari segi pembangunan system, perisian dan perkakasan.
Memang ICT sudah menjadi satu kemudahan awam masyarakat alaf baharu. Ketika ini,
sesuatu kawasan perumahan atau kampus akan turut dinilai dari segi penyediaan prasarana
ICT seperti kelajuan dan keupayaan kemudahan tanpa wayar, system portal, e-perpustakaan,
e-perolehan, e-pembelajaran dan e-pengurusan. Lebih-lebih lagi, sudah ramai pengguna
memerlukan sistem bersepadu antara kemudahan konvesional dalam sistem computer
berpusat, portal dan kemudahan telefon bimbit. Dengan kata lain, sumber maklumat menjadi
semakin mudah, murah, bergaya dan pelbagai. Sebagai contoh, kita boleh membaca semua
akhbar harian tempatan, akhbar harian utama di Amerika Syarikat, Britain dan Indonesia
menerusi Internet setiap hari tanpa perlu membayar langganan dengan hanya melayari dunia
siber. Teknologi penyediaan maklumat dalam talian bukan lagi suatu kekangan. Dengan
kemudahan perisian Portable Document Format (PDF), maka saiz fail dapat dikecilkan hamper
80 peratus. Seiring dengan perkembangan itu, inisiatif menjadikan Malaysia lebih telus dan
demokratik semakin menyerlah apatah lagi selepas pilihan raya umum ke-12. Setiap lapisan
masyarakat berhajat kepada maklumat dan berita yang sahih dan lengkap.
Dalam hal ini, ICT memainkan peranan yang semakin penting. Instrumen itu bukan
sahaja menjadi media elektronik dan cetak, bahkan menjadi penggerak kepada budaya baharu
berasaskan siber. Budaya siber ialah gaya, cara dan kaedah hidup baharu menggunakan
pelbagai kemudahan ICT menggali sumber, mempromosi diri dan produk, memperkaya wacana
dan memperkenalkan idea secara terbuka dan telus. Perlu dijelaskan bahawa generasi muda
termasuklah mereka yang hampir seusia dengan saya menggunakan Internet lebih daripada
sekadar saluran maklumat dan komputer peribadi sebagai alat menaip. Hampir seluruh aktiviti
hidup diasaskan kepada kemudahan ICT.
Sehubungan itu, inisiatif e-kerajaan, e-kampus, e-alam, dan sebagainya perlu juga
bergerak seiring dengan keperluan semasa. Dalam konteks pengurusan alam sekitar misalnya,
peranan dan pembudayaan ICT masih banyak perlu dimajukan. Banyak akta dan peraturan
semasa tidak lagi relevan dan perlu dirombak selari dengan kemajuan ICT. Dalam hal ini,
prasarana ICT yang canggih seharusnya digunakan secara optimum ke arah pembentukan
masyarakat Malaysia yang lebih maju dan lestari, sekali gus membina budaya siber berasakan
maklumat yang tepat, padat dan bermanfaat.

(Dipetik dan diubah suai daripada Kemajuan ICT pupuk Budaya Siber
Oleh Dr. Kaizean Adnin, Wajah UPM, Januari 2008)
Rumusan

Pendahuluan
Petikan membincangkan kebaikan/manfaat kemajuan ICT dalam kalangan masyarakat.

Isi tersurat (Kepentingan)


S1 Sistem perhubungan dan saluran maklumat menjadi semakin mudah dan santai.
S2 Proses komunikasi dengan lebih berkesan, padat dan murah.
S3 MSC dan MDeC mempromosi Malaysia sebagai pengguna ICT.
S4 ICT menjadi kemudahan awam dalam masyarakat alaf baharu.
S5 Pengaksesan maklumat menjadi senakin mudah, murah, bergaya dan pelbagai.
S6 ICT menyediakan maklumat tanpa kekangan.
S7 ICT menyediakan maklumat yang lengkap dan terkini.
S8 ICT menjadi pengganti kepada sistem komunikasi konvensional.
S9 ICT menjadi penggerak kepada budaya baharu berasaskan siber.
S10 Generasi muda mula mengubah cara hidup dengan memilih kecanggihan siber.
S11 ICT bergerak seiring dengan keperluan semasa.

Isi tersirat (Cara-cara meningkatkan penggunaanya)


T1 Kerajaan perlu melancarkan kempen satu rumah satu komputer kepada rakyat.
T2 Bimbingan dan kemahiran ICT perlu diterapkan dari awal persekolahan.
T3 Bantuan kewangan dipermudah kepada rakyat yang tidak berkemampuan untuk memiliki
komputer.
T4 Kemudahan prasarana perlu menggunakan kemudahan ICT supaya rakyat dapat menikmati
budaya siber.

Kesimpulan
Semua pihak perlu bersedia memasuki alam siber ICT supaya mereka menjadi manusia yang
tidak ketinggalan.

Pemahaman Petikan Umum


Berdasarkan petikan tersebut, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
(i) Berikan maksud rankai kata telus dan demokratik.
Maksud rangkai kata telus dan demokratik ialah jujur dan bebas membuat pilihan.
(ii) Petikan telah mengemukakan beberapa peranan yang dimainkan oleh kerajaan berkaitan
dengan kemajuan ICT kepada manusia hari ini.
Nyatakan dua peranan tersebut.
- membangunkan Koridor Raya Multimedia (MSC)
- menubuhkan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC)
- menguatkuasakan undang-undang siber.
(iii) Pada pendapat anda, apakah kesan negative penggunaan ICCT?
Jelaskan dua kesan.
- berlakunya jenayah Internet seperti penipuan kad kredit secara online dan penyebaran
maklumat dan bahan yang salah melalui e-mel.
- penyebaran fitnah, khabar angin dan provokasi boleh menggugat keharmonian negara.
- pengaruh budaya asing dan perkara-perkara negatif meningkatkan masalah social jenayah.
- kemerosotan prestasi pelajaran dan pengabaian tanggungjawab akibat leka melayari Internet.

Anda mungkin juga menyukai