Anda di halaman 1dari 10

Soalan 1 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) penting dalam

kehidupan pada masa ini.

Huraikan faedah-faedah ang anda peroleh dengan menguasai kemahiran


ICT.

1.

Pakar IT,pakar ekonomi,


Jaguh sukan dan juga jutawan;
Berkereta jenama negara,
Megah menyusur di jalan raya.

Rangkap lagu di atas merupakan cebisan link yang terdapat dalam lagu
`Keranamu Malaysia`.Belakangan ini,manusia semakin bijak dan semakin mahir
menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) seperti
internet,telefon bimbit dan satelit.Rangkap lagu tersebut menunjukkan seseorang
yang pakar dalam internet dapat meningkatkan ekonomi keluarga malah
ekonomi negara.Mereka dapat mencipta barangan yang berjenama negara dan
boleh boleh digunakan dalam kehidupan pada masa ini.
Banyak faedah yang dapat kita peroleh dengan menguasai kemahiran
ICT.Antaranya kita dapat meningkatkan ilmu pengetahuan tentang
teknologi.Dengan itu,kita dapat mencipta barangan berjenama seperti
kereta.Oleh itu,kadar pengeluaran wang ke luar negara dapat dikurangkan dan
kita tidak perlu mengimport barangan dari luar negara.Di samping itu,kita dapat
memajukan diri sendiri dan membuktikan kepada rakyat luar negara bahawa
rakyat Malaysia adalah intelek.Kita tidak bergantung harap kepada orang lain
untuk memajukan diri dan negara sendiri seperti parasit tetepi kita hidup
bedikari.
Apabila rakyat maju dan bersatu-padu,negara juga turut maju.Jika kita
menguasai kemahiran ICT,kita dapat meningkatkan kemajuan negara sekaligus
bersaing dengan negara luar.Kita juga dapat berkongsi berita dengan negara
luar.Contohnya,kita boleh melihat negara lain dan mengetahui perkembangannya
dengan melayari internet.Bak kata pepatah,`Dunia di hujung jari`.Jangan pula
kita menjadi seperti katak di bawah tempurung,hanya mengetahui keadaan
sekeliling sahaja dan cetek ilmu pengetahuan.Di samping itu,kita dapat
meningkatkan taraf hidup setempat.Kita mudah mendapat peluang pekerjaan
yang bergaji besar dan lumayan.
Selain itu,penguasaan kemahiran ICT juga dapat mempermudah kita
berhubung dengan orang lain.Telefon bimbit,internet dan televisyen merupakan
alat perhubungan yang canggih dan berguna.Telefon bimbit misalnya,mudah
dibawa ke mana-mana.Perkara ini memberi kesenangan kepeda kita untuk
berkomunakasi dari jarak jauh.Internet pula membolehkan kita melayari laman
web untuk mengetahui atau mencari sesuatu pengetahuan.Kita boleh berbalas
emel dengan sesiapa sahaja yang dikehendaki walaupun berada di tempat yang
jauh dan berasingan.Penciptaan komputer riba pula memudahkan pergerakan
kita.Komputer riba mudah dibawa ke mana-mana.Melalui televisyen pula,kita
boleh menonton rancangan-rancangan yang menarik.Kesemua alat komunikasi
tersebut telah dicipta oleh manusia yang menguasai kemehiran ICT.
Tambahan pula,penggunaan satelit membolehkan kita memberi isyarat
kecemasan kepada negala luar.Begitu juga dengan negara luar.Mereka boleh
memberi isyarat kecemasan kepada negara kita.Contohnya,tanggal 26 Disember
2004,berlaku satu bencana alam yang sangat dahsyat yang telah mengorbankan
beribu-ribu orang.Bencana tersebut dikeneli sebagai Tsunami.walaupun jumlah
kematian di negara kita adalah tinggi,masih tidak dapat menandingi jumlah
kematian di Indonesia yang memcatatkan jumlah kematian yang
tertinggi.Peristiwa tersebut akan diingati sampai bila-bila.Jika negara lain dapat
memberi isyarat kecemasan kepada kerajaan Indonesia,pasti jumlah kematian
dapat dikurangkan.
Kita juga senang bergaul dan diterima oleh bangsa lain jika kita dapat
menguasai kemahiran ICT.Bayangkan jika kita mendapat tawaran belajar di luar
negara seperti Jepun dan Amerika Syarikat.Kedua-dua negara tersebut
mempunyai alat komunikasi yang lebih canggih.Jika kita tidak mengetahui
tentang ICT,kita akan ketinggalan dalam pelajaran dan terkial-kial seorang diri
seperti rusa masuk kampung.Penguasaan kemehiran ICT juga dapat
mengelakkan kita daripada ditipu oleh pihak yang tidak bertanggung,jawab.
Berdasarkan penerangan di atas,terbuktilah bahawa penguasaan
kemahiran ICT adalah penting dan memberi banyak faedah kepada kita lebih-
lebih lagi dalam kehidupan pada masa ini.Zaman sekarang zaman
moden.Teknologi pula semakin canggih.Setiap manusia berusaha untuk
memperbaiki diri mereka.Begitu juga dengan kerajaan.Mereka berusaha untuk
meningkatkan imej negara di mata dunia.Oleh itu,semua rakyat haruslah
bekerjasama,bagai aur dengan tebing bagi membantu merealisasikan impian
kerajaan untuk mencapai wawasan 2020.Bukannya hanya mementingkan diri
sendiri.Bak kata pepatah,bagai enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-
masing.
2.

Pada masa kini,penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam


kehidupan kita kian meluas,justeru itu,kita mestilah peka terhadap
perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi ini.Kemahiran dalam
menguasai teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT ini adalah amat penting
pada masa sekarang,kerana banyak perkara yang telah menggunakan teknologi
maklumat.Contohnya penggunaan komputer,internet dan sebagainya.

Terdapat banyak faedah yang kita perolehi dengan menguasai kemahiran


ICT ini.Tidak rugi jikalau kita belajar ilmu ini,malah ia akan membawa
kebaikan terdapat diri kita.Antara faedah-faedahnya ialah kita dapat
menambahkan lagi kemahiran diri kita.Kita dapat menambah satu lagi kelebihan
diri kita dengan menguasai kemahiran diri kita.Masyarakat akan menghormati
kita kerana kita boleh menggunakan ICT dengan cekap.Kita juga boleh menjadi
guru kepada rakan-rakan kita tentang teknologi maklumat dan komonikasi ini.

Menguasai kemahiran ini juga membolehkan kita mendapatkan pekerjaan


dengan mudah,kerana di zaman sekarang banyak pekerjaan yang menggunakan
teknologi maklumat dan komunikasi ini.Penggunaan komputer,internet,adalah
satu kemestian dalam industri pekerjaan di negara ini.Kita juga akan menjadi
orang yang berguna kepada bangsa dan negara.Kita tidak akan terjebak dalam
aktivi-aktivi yang tidak sihat seperti menagih dadah,merompak,menculik dan
sebagainya kerana kita asyik dengan komputer di rumah atau di cyber-
cafe,menambahkan ilmu tentang kemahiran ICT atau belajar menguasai
kemahiran ini.

Antara faedah lain yang kita perolehi dengan menguasai kemahiran ICT
ini ialah kita dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu yang berlaku
di dunia ini.Kita dapat mengetahuinya dengan melayari internet,laman
web.Apabila kita melayari sesuatu laman web,kita akan mengetahui tentang
perkara yang kita tidak tahu selama ini,kita dapat mengetahui tentang perkara-
perkara luar,apa yang berlaku dalam negara tersebut.Jikalau dahulu,kita hanya
mendengar berita di t.v dan radio untuk mengetahui hal semasa,tetapi sekarang
tidak lagi.Kita boleh mengetahui sesuatu perkara lebih awal dan bila-bila masa
dengan teknologi maklumat.

Teknologi maklumat dan komunikasi ini juga dapat membantu


kita.Sekarang kita boleh membayar bil-bil bulanan kita di rumah sahaja,dengan
melayari internet.Semua itu merupakan faedah daripada menguasai teknologi
maklumat.Faedah yang lain ialah kita dapat mempercepatkan kerja kita dari
sebelumnya.Kita juga boleh membuka kedai untuk membaiki alat-alat teknologi
maklumat,jika kita mempunyai kemahiran.Kita juga boleh membuka pusat
komputer untuk kegunaan orang ramai dan juga menyediakan khidmat mengajar
cara-cara penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi kepada orang ramai.

Antara faedah menguasai ICT ini ialah,kita juga dapat meningkatkan


penggunaan bahasa inggeris dalam kehidupan harian kita.Hal ini kerana
teknologi maklumat dan komunikasi adalah dalam bahasa inggeris..Apabila kita
menguasai ICT,kita juga sebenarnya telah menguasai bahasa inggeris.Kita tllah
menguasai dua nenda dengan hanya belajar satu benda iaitu kemahiran teknologi
Maklumat dan Komunikasi.

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi adalah sangat meluas


pada masa ini.Kita mestilah pandai menggunakannya,kerana tidak rugi kita
belajar ilmu teknologi maklumat komunikasi ini.

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) penting dalam


kehidupan pada masa kini.Kerana kehidupan masa kini kebanyakan mesin-mesin
yang canggih dan untuk memastikan kemahiran perlu ada pada setiap orang bagi
berkomunikasi dengan sesiapa sahaja.Di negara-negara asia,kebanyakan mereka
membuat mesin canggih bagi berkomunikasi dengan negara jiran.Faedah
Teknologi Maklumat untuk memasti teknologi yang digunakan dapat
memastikan yang di cari seperti internet dan sebagainya.Faedah berkemahiran
adalah seseorang itu boleh mencipta alat atau objek yang canggih untuk negara
yang berkomunikasi bagi mempercepatkan lalulintas dan sebagainya,seperti (Lrt
komuter),kereta api.Dalam kemahiran ini juga dapat mengenal erti Teknologi –
teknologi terkini.Suasana komunikasi berfaedah untuk kemahiran seperti (ICT)
boleh membuatkan iaitu seperti telefon canggih,kereta canggih kemudahan bagi
mempercepatkan perjalanan dan mengurangkan masa.Menguasai kemahiran
(ICT) dapat mengenal kaedah-kaedah yang perlu dipelajari supaya dapat
menguasai kemahiran.Apabila menguasai kemahiran tersebut pelbagai-pelbagai
benda yang diceburi dapat mengeluarkan suatu benda yang dihasilkan oleh
kemahiran dan (ICT).Kehidupan pada masa kini lebih bergantung pada
kemahiran atau menguasai kemahiran.Dalam menguasai kemahiran mereka juga
dapat memberi pendapat masing-masing bagi mencipta objek yang lebih tinggi
untuk menjana benda pelbagai produktiviti supaya dapat mempromosi suatu
barang yang ternilai harga wang Mengeksport atau dieksport.Kelebihan (ICT)
mengeluarkan orang-orang yang berkaliber dan di perbagaikan lagi.Kemudahan
Struktur atau medialisasi bagi memudahkan mereka mengenal pasti mediamassa
pada yang canggih ini.Perjalanan media kini perlu menitik beratkan kemahiran
pada zaman serba canggih bagi memasti kemudahan yang realearet.Struktur
kemahiran perlu dibangkitkan lagi untuk mengenal dan mencipta barang yang
berkualiti.Barang yang berkualiti dapat mempuas hati pengguna.Faedah yang
ada pada kemahiran (ICT) adalah penting dalam zaman yang teknologi
bermaklumat lagi berkomunikasi yamg sedia ada dalam apa bidang sekalipun.Ini
bermakna kemahiran (ICT) tersebut amat diperlukan oleh kakitangan yang
memerlukan kemahiran beristematik kepada pengurus.Komunikasi seperti
kenderaan yang dapat mencanggihkan lagi suatu tempat atau di suatu label-
labelnya.

Soalan 2 Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam hidup setiap manusia.Jasa
mereka kepada kita tidak ternilai harganya.Sempena sambutan Hari
Keluarga,anda diminta untuk menyampaikan ceramah
bertajuk`Menghargai Jasa Ibu Bapa`.

Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada


Pengerusi Persatuan Taman Seri Nara Encik Shadon bin Basiron,ahli-ahli
jawatan kuasa Taman Seri Nara serta seantera warga dewan sekalian.Pada hari
yang berbahagia ini saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa
kerana dengan limpah kurnianya dapat kita sama-sama berkumpul di dewan
yang tersergam indah ini.Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih
kepada pihak penganjur sambutan Hari Keluarga Taman Seri Nara kerana telah
memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan sebuah ceramah yamg
bertajuk `Menghargai Jasa Ibu Bapa`.

Hadirin yang saya hormati,


Apabila kita berdiskusi mengenai peerihal kedua-dua ibu bapa kita pasti
akan terngiang-ngiang lagu nyanyian seniman agung negara kita iaitu
Allahyarham Tan Sri P.Ramlee di telinga saya.
`Berkorban apa saja,
Harta ataupun nyawa;
Itulah kasih mesra,
Sejati dan mulia.
Lagu di atas izhar menunjukkan betapa mulia dan sejatinya kasih ibu dan
bapa yang sanggup apa sahaja tidak mengira harta ataupun nyawa demi anak-
anak mereka.Sejak kita dalam kandungan lagi,ibu telah mengendong kita di
dalam perutnya selama 9 bulan 10 hari.Apabila tiba masanya kita dilahirkan,ibu
bersabung nyawa melahirkan kita.Dengan penuh susah payah,ibu menahan
kesakitan.``Aduh,sakitnya Ya Allah;rintih si ibu.Apabila kita selamat
dilahirkan,dengar sahaja tangisan si bayi hati ibu berasa lega dan segala
kesakitan hilang serta-merta.Pengorbanan seorang ibu tidak terhenti di situ
sahaja.Setelah itu,anak yang dilahirkan disusukan dan dibesarkan dengan penuh
kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh.Oleh sebab itulah syurga
terletak di bawah terlapak kaki ibu.Sebagai anak yang soleh,kita seharusnya
mendoakan kesejahteraan kedua-dua ibu bapa kita di dunia dan di akhirat
sebagai menghargai jasa mereka.Pohonlah kepada Yang Maha Esa agar ibu bapa
kita akan dikasihi seperti mana mereka mengasihi kita dan jasa mereka akan
dibalas seperti mana mereka mencurahkan kasih sayang mereka kepada kita.

Ibu bapa telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang.Sebelum


kita diwajibkan sekolah,ibu dan bapa telah mengajar kita tentang asas kehidupan
seperti berjalan,berlari dan sebagainya.Setelah kita pandai berfikir,ibu bapa mula
menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kita.Bak kata pepatah melentur buluh
biarlah dari rebungnya.Sejak dari kecil lagi kita telah diterapkan dengan nilai
kasih sayang,hormat-menghormati,keberanian dan kesabaran.Ibu bapa juga
sering kali menasihatkan kita agar pandai membezakan yang mana intan dan
yang mana kaca.Oleh itu,sebagai anak kita hendaklah membalas jasa ibu bapa
kita dengan menjaga mereka dengan baik apabila kita dewasa kelak.Iklan
petronas yang disiarkan sempena Hari Raya tahun ini hendaklah dijadikan
teladan.Nilai kasih sayang yang diterapkan oleh mereka ketika kita
kecil,hendaklah dicurahkan pula kepada mereka.Selain itu,mereka juga perlulah
dihormati.

Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam hidup setiap manusia.Jasa


mereka kepada kita tidak ternilai harganya.Mereka sanggup membanting tulang
dan bersengkang mata untuk mencari rezeki yang halal bagi membesarkan
kita.Hasil yang diperoleh kemudiannya digunakan untuk membayar yuran
sekolah,asrama dan kelas-kelas tuisyen.Oleh itu,untuk menghargai jasa ibu bapa
kita,kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam segala bidang.Tiada apa yang diharapkan oleh ibu dan bapa
melainkan segulung ijazah daripada anak mereka.Ibu bapa tidak pernah
mengharapkan harta berjuta ataupun sagu dan g emas untuk membalas jasa
mereka tetapi harapan mereka hanyalah agar anak-anak mereka menjadi insan
yang berguna,berjaya dan bahagia di dunia mahupun di akhirat.Titisan yang
mengalir tatkala si anak menerima segulung ijazah merupakan kegembiraan
sebenar mereka.

Sebagai seorang anak,kita juga boleh menghargai jasa kedua-duanya ibu


bapa kita dengan melayan rakan-rakan mereka dengan baik.Hal ini kerana budi
bahasa dan sopan santun yang kita pamerkan melambangkan kedua-dua ibu bapa
kita.Bak kata pepatah,bapak borek anak rintik.Segala ilmu dan tunjuk ajar yang
diterapkan oleh ibu bapa kepada kita dianggap seperti bagaimana
acuan,begituhlah kuihnya.Rakan-rakan ibu bapa kita akan berpandangan positif
kepada kedua-dua ibu bapa kita.

Selain itu,sabagai seorang anak kita hendaklah sentiasa menjauhkan diri


daripada sikap bagai kacang lupakan kulit.Kita janganlah sesekali menderhaka
atau melupai jasa kedua-dua ibu bapa kita.Cerita lagenda Melayu yang berjudul
`Si Tanggang’ seharusnya ditonton oleh semua lapisan masyarakat untuk
dijadikan iktibar.Kisah si Tanggang yang telah disumpah menjadi batu kerana
telah menderhaka kepada ibunya sepatutnya dijadikan pengajaran.Seharusnya
kita sentiasa ingat bahawa kasih ibu membawa ke syurga,kasih ayah hingga ke
hujung nyawa.Kasih sayang telah dicurahkan serta segala pengorbanan yang
telah dilakukan oleh ibu bapa kita tidak harus lenyap begitu sahaja di hati dan
minda kita.Kita hendaklah berfikir dahulu sebelum berkata-kata agar tidak
mengguris perasaan mereka.Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk
padahnya.Kita mestilah mengucapkan kata-kata yang manis serta boleh
menyejukkan hati ibu bapa kita apabila berbicara dengan mereka.
Hadirin yang saya kasihi,
Saya menyeru agar kita semua sentiasa menyayangi kedua-dua ibu bapa
kita.Hal ini kerana mereka telah banyak berjasa kepada kita sejak dari kita kecil
lagi.Segala jasa yang mereka curahkan tidak mampu kita balas walau dengan
harta yang berjuta sekalipun.Hargailah jasa mereka sementara mereka masih
hidup,selagi nyawa dikandung badan.Jangan nanti apabila malaikat maut telah
sampai untuk menjemput mereka,barulah kita sedar akan kesalahan kita selama
ini.Tatkala itu,sesal dan kesal sudah tidak berguna lagi.Apa yang boleh kita
lakukan ketika itu hanyalah mendoakan agar roh ibu bapa kita dicucuri
rahmat.Sebelum saya mengakhiri ceramah saya pada hari ini,izinkan saya
mendendangkan serangkap lagu yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham
Sudirman Haji Arshad.
`Ayah dan ibu,
Ayah dan ibu,itulah permulaan kami,
Dapat melihat bulan dan matahari,
Ayah dan ibu,
Ayah dan ibulah mesti dihormati.’
Sekian,terima kasih.

2.

``Si bapa pulang memandu kenari,


Si anak gembira melompat-lompat;
Jasa ibu bapa perlu dihargai,
Semoga bahagia dunia akhirat.”

Bismillahirrohmanirrohim.Terima kasih diucapkan kapada saudara


pengerusi majlis.Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada
Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Jeliang,Mohammad Affandie bin
Mohammad Idris,guru-guru kanan,guru-guru,para ibu bapa serta anak-anak didik
yang dikasihi sekalian.Pertama sekali marilah kita memanjatkan kesyukuran
kepada Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita sama-sama
berkumpul di dewan ini untuk sama-sama menyambut Hari Keluarga bagi sesi
2006.Saya berbangga kerana hari ini saya telah dijemput untuk menyampaikan
ceramah yang bertajuk `Menghargai Jasa Ibu Bapa’.

Tuan-tuan,puan-puan dan anak-anak sekalian,


Tanpa ibu bapa,siapalah kita?Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam
hidup setiap manusia.Jasa mereka kepada kita tidak dapat diganti atau dibalas
menggunakan wang ringgit.Mereka
mengandung,melahir,menyusu,mendidik,mengasuh serta membesarkan kita
dengan baik,bagai menatang minyak yang penuh.Pada asalnya kita adalah insan
kerdil yang tidak mengetahui apa-apa mengenai erti kehhidupan.Dengan asuhan
dan didikan ibu bapa,maka terlahirlah kita seperti mana hari ini.Bak kata
papatah,`anak kecil ibarat kain yang putih,ibu bapalah yang mencorakkannya’.

Anak-anak yang disayangi sekalian,


Saya pasti anak-anak semua amat menyayangi ibu-bapa masinng-
masing.Sebagai anak,kita harus mentaati segala arahan dan suruhan.Ibu
bapa,selagi tidak bertentangan dengan agama islam.Kita harus menyayangi ibu
bapa sepenuh hati dan cuba sedaya upaya memenuhi permintaan mereka.Mereka
mungkin akan terasa dengan tindakan tersebut namum tidak kedengaran
sebarang rintihan daripada bibir mereka.Ini kerana mereka amat menyayangi kita
namum begitu,di hati tiada siapa yang tahu.Oleh itu,pohonlah kemaafan dengan
segera sebelum terlewat.

Hadirin-hadirat warga dewan sekalian,


Sebagai anak,kita wajib menghargai jasa insan yang telah menaburkan
budi kepada kita.Bagi mereka,cukuplah kita menjaga akhlak dan menghadiahkan
kejayaan kepada mereka untuk membalas jasa ibu bapa,sebagai anak-anak yang
masih di bangku sekolah.Kita harus belajar bersungguh-sungguh dan
mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang.Dengan kejayaan yang
cemerlang,kita pasti akan mendapat kerja yang baik.Anak-anak sekalian
dinasihatkan tidak menjadi seperti `kacang lupakan kulit’ setelah mendapat
kejayaan dalam hidup,anak-anak tidak harus melupakan ibu bapa.Sebaliknya
peliharalah mereka yang mungkin sudah uzur.Jagalah kebajikan mereka selagi
mereka bernafas.Pelihara dan rawatlah mereka sekiranya mereka sakit.

Warga dewan yang dihormati sekalian,


Sekiranya anda masih mempunyai ibu dan bapa,hargailah mereka.Setiap
pagi,salamlah tangan mereka,kucuplah pipi mereka sebagai tanda anda
mengasihi dan menghargai mereka.Kerajaan Malaysia telah menetapkan
Tarikh,Hari Ibu,Hari Bapa dan Hari Keluarga untuk memupuk kasih sayang
antara keluarga.Kita haruslah melibatkan diri dalam program tersebut.Sebagai
anak berilah hadiah walau sekecil mana pun nilainya sebagai tanda anda
menghargai mereka.`Utamakan keluarga,semakin hari,semakin
sayang’.Begitulah cogan kata yang sering terpampang di dada akhbar,terjerit-
jerit dari corong radio dan diiklankan di televisyen.

Hadirin-Hadirat yang dirahmati Allah sekalian,


Tidak perlulah kita berusaha untuk menghitung jasa yang ditaburkan ibu
bapa kepada kita kerana perbuatan itu hanyalah bagai `mencurah garam ke
dalam laut’.Jasa ibu bapa terlalu banyak dan tidak mungkin dapat dihitung.Kita
hanya perlu sedaya upaya membalasnya.Ibu bapa telah bekerja dengan susah
payah untuk mencari `sesuap nasi’ demi menjaga kebajikan anak-anak
supayaanak-anaknya menjadi insan yang berguna.Bagi yang berpendapatan
rendah,ibu bapa bekorban seperti `kais

Anda mungkin juga menyukai