Anda di halaman 1dari 19

Kepentingan Teknologi Maklumat (ICT)

KEPENTINGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI [ICT]

Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT
amat penting. Teknologi ini sudah menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir
setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah
menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung
jari sahaja. Negara yang tidak mengutamakan ICT akan ketinggalan dalam arus
pembangunan atau umpama katak di bawah tempurung. Kemajuan ICT ini telah
mendatangkan banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara.

Sesuatu perkara yang dicipta atau diwujudkan tentu sekali mendatangkan kebaikan
serta keburukan. Perkara yang baik tentu sekali lebih mendatangkan faedah atau
kepentingan kepada pengguna. Begitu jugalah dengan ICT. Kemajuan ICT telah
menyumbang dalammeningkatkan pengurusan dan pentadbiran negara ke
arah lebih sistematik dan teratur. Segala urusan baik kerajaan mahupun swasta
dapat dipercepat melalui kemajuan ICT. Keadaan ini bukan sahaja menjimatkan
masa, bahkan tenaga, dan wang kerajaan serta rakyat sendiri. Kegunaan ICT
sememangnya cukup mendewasakan Malaysia. Pentadbiran negara dan swasta
menjadi lebih cepat dan cekap. Dengan itu, Malaysia akan lebih cepat mencapai
wawasannya dan mencipta nama di persada dunia ini. Sebagai analoginya, kerja
pengurusan dokumen, permohonan dan sebagainya menjadi tepat dan
cekap. Dengan adanya ICT, data dapat diproses dan disimpan dengan segera tanpa
membuang masa. Urusan kewangan melalui mesin teler automatik (ATM) dan
Internet membolehkan kita menguruskan wang kita di seluruh dunia dengan mudah
dan lancar.
Jika ditinjau secara lebih mendalam lagi, ICT bukan sahaja membantu dalam
pentadbiran dan pengurusan negara, malah ICT penting dalam ramalan cuaca dan
panduan pelayaran. Jika dahulu, pelayar merujuk kepada kedudukan bintang di
langit untuk dijadikan sebagai kompas semasa belayar. Jika dahulu ada yang
merujuk keadaan langit dan awan untuk meramal cuaca ataupun mempercayai
ramalan ahli nujum. Sekarang, dengan adanya satelit cuaca, fenomena alam dapat
diramal dengan lebih tepat serta terperinci. Melalui satelit cuaca ini, siri gambar
awan dapat diambil dan seterusnya kita dapat meramalkan keadaan cuaca dunia.
Persediaan awal dapat kita buat untuk mengelakkan berlakunya kerugian harta
benda dan pengorbanan nyawa. Banjir, ribut taufan, tsunami, dan gempa bumi
adalah antara contoh fenomena alam yang tidak dapat tidak kita sebagai manusia
perlu untuk mengawalnya dengan membuat persediaan rapi kerana kita perlu
sediakan payung sebelum hujan. Dengan ramalan fenomena El Nino dan La Nina
yang tepat itu, kita dapat membuat persediaan awal. Sebagai contohnya, sistem
satelit aeronautik (USA) dapat menghubungi kapal terbang yang melintasi Lautan
Atlantik dan Pasifik. Teknologi komunikasi pelayaran juga penting dalam sistem
pengangkutan udara dan laut. Teknologi ini berfungsi sebagai panduan pelayaran.
Sistem Satelit Laut (IMMARISAT) dapat mengesan kapal-kapal yang menghadapi
masalah di samping berfungsi sebagai panduan.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa ICT memainkan peranan yang penting kepada
dunia. Hal ini dapat dibuktikan apabila ICTmempercepat hubungan
antarabangsa.Dunia seakan-akan menjadi semakin kecil dengan wujudnya ICT.
Kita dapat menghubungi sesiapa sahaja di seluruh dunia. Perkara ini ternyata sekali
mengukuhkan ungkapan Dunia Tanpa Sempadan. Kita dapat berhubung dengan
sesiapa sahaja sama ada di laman sembang, e-mail, sistem pesanan ringkas (SMS),
Skype dan sebagainya. Kita juga dapat menghubungi sesiapa sahaja di seluruh
dunia dengan menggunakan telefon bimbit.
Bukan itu sahaja, perkembangan semasa yang berlaku di seluruh dunia juga dapat
diikuti dengan serta-merta seperti siaran langsung konsert artis popular,
perlawanan bola sepak dunia dan siaran berita mutakhir. Acara sukan, persidangan
dan sebagainya yang berlangsung di sesebuah negara seperti di Korea di Jepun
mahupun di Amerika Syarikat dapat dipancarkan ke seluruh dunia secara
langsung. Siaran ini dapat ditonton melalui Internet dan Astro, telefon, faksimili,
televisyen, dan persidangan video bergantung pada ICT untuk membolehkan kita
merasai nikmat ini. Internet dan komputer riba turut berfungsi melalui teknologi
serba canggih ini. Sememangnya ICT merupakan pembuka laluan yang luas
kepada masa depan yang gemilang.
Kewujudan ICT turut membantu dalamsistem pengajaran dan pembelajaran
(P&P). Sistem pendidikan di sekolah dimajukan oleh ICT sekali gus mewujudkan
sekolah bestari. Pelajar mendapatkan maklumat dari seluruh dunia melalui Internet
untuk melakukan kerja atau projek-projek di sekolah. Pelajar akan belajar
mengikut kemampuan mereka serta melahirkan generasi yang celik komputer.
Pendidikan di sekolah atau di institusi lebih bercirikan pendidikan jarak jauh.
Peluang pendidikan menjadi lebih luas, selain menjimatkan kos. Pelajar pintar dan
celik IT tidak disekat oleh faktor kelas dan usia. Hal ini melahirkan lebih ramai
cendekiawan. Fakta ini nyata terbukti apabila ada kanak-kanak yang baru berusia
setahun jagung sudah boleh menguasai mata pelajaran Matematik jauh lebih baik
daripada pelajar yang sudah menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT). Pelajaran
di sekolah rendah ataupun pelajaran sekolah menengah dapat dipelajari melalui
modul pemelajaran yang disediakan dalam cakera padat-ingatan baca sahaja (CD-
ROM) yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sehubungan dengan itu, selain membantu dalam sistem pendidikan, ICT juga
menjadi penyumbang penting dalam menjaga keamanan dan keselamatan
negara. Kes jenayah yang semakin berleluasa di negara Malaysia dapat diatasi
dengan bantuan ICT. Televisyen litar tertutup (CCTV) banyak digunakan dan
ditempatkan di kawasan-kawasan seperti bank, kasino, lapangan terbang,
pangkalan terbang, dan pasar-pasar raya. Sistem CCTV ini ialah penggunaan
kamera video untuk menghantar isyarat ke tempat-tempat tertentu. Isyarat yang
dihantarnya tidak dihantar secara terbuka, hal ini berbeza sekali dengan televisyen.
CCTV ini digunakan untuk mengawas keselamatan sesuatu tempat yang tertentu
sahaja. Di samping itu, kegiatan jenayah yang berlaku dapat dikesan dan
seterusnya memberkas penjenayah yang terbabit. Dengan bantuan CCTV, akhirnya
kanak-kanak yang bernama Nurin ditemui. Kes penculikan kanak-kanak tersebut
pernah menggegarkan seluruh Malaysia. Kejadian ini tentu sekali kes jenayah
yang sangat kejam. Walaupun mayat kanak-kanak tersebut ditemui dalam keadaan
yang menyayatkan hati, tetapi dengan adanya kamera video dapat merakamkan
lokasi beg yang terkandung mayat kanak-kanak tersebut. Dengan CCTV juga, kes
disiplin yang berlaku di sekolah dapat dikawal oleh pihak sekolah.

Bertitik tolak dari itu, kita dapat melihat bahawa pembangunan negara bergantung
pada kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Langkah kerajaan
melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC) sememangnya tepat pada masanya.
Sudah tiba masanya untuk negara Malaysia berjaya di peringkat kebangsaan
mahupun serantau. MSC memainkan peranan penting untuk menjadi pemangkin
kemajuan ICT di Malaysia. Untuk menjayakan harapan ini, semua pihak tidak kira
pihak kerajaan ataupun pihak swasta, perlulah berganding bahu bersama-sama
rakyat bagai aur dengan tebing, sehati seia untuk melonjakkan nama negara
Malaysia ke pentas dunia.
Sains dan teknologi dalam kehidupan
Sumbangan Sains dan Teknologi Dalam Kehidupan Manusia. Bincangkan
Kehidupan manusia memang banyak dipengaruhi oleh sains dan teknologi. Lihat
sahaja ciptaan seperti kereta, rumah dan komputer yang begitu lumrah dalam
kehidupan manusia kini. Jadi, memang banyak sumbangan yang wujud.

Kewujudan teknologi dan sains telah menyebabkan banyak kerja manusia menjadi
lebih mudah untuk dilaksanakan. Bayangkan kerja mengemas rumah tanpa alat
pembersih habuk atau mesin pembasuh pakaian yang menyenangkan kerja
membasuh baju kita. Kerja mengemas yang mudah ini menjadikan kehidupan
manusia lebih produktif.

Selain itu, teknologi dan sains juga mampu menjimatkan masa perjalanan
seseorang dengan terciptalah system pengangkutan moden. Manusia boleh
bergerak ke satu tempat yang lain dengan mudah melalui kereta, kapal terbang dan
kapal laut serta kereta api. Kalau dahulu perjalanan memakan masa sebulan atau
setahun kini perjalanan itu hanya memerlukan beberapa jam atau minit sahaja.

Malahan, manusia juga memperoleh banyak ilmu pengetahuan menerusi teknologi


dan sains ini. Kini sudah wujud buku secara elektronik dan internet pula
memudahkan manusia untuk memperoleh pelbagai informasi dengan hanya
menekan papan kekunci komputer mereka sahaja. Manusia menjadi semakin
mengetahui keadaan sekeliling mereka dengan kemunculan teknologi dan sains ini.

Sebenarnya, semua hasil ciptaan sains dan teknologi menjadikan kehidupan


manusia lebih selesa. Kalau dahulu manusia terpaksa bekerja keras untuk
melakukan sesuatu kini sudah berubah. Hasil teknologi dan sains menjadikan
wujudnya pelbagai peralatan yang menjadikan manusia lebih baik kehidupannya.

Kesimpulannya, teknologi dan sains memang memberi sumbangan yang ketara


terhadap kehidupan kita semua. Mungkin ada hasil ciptaan itu membawa
keburukan tetapi semua kesan buruk itu ditimbulkan oleh sikap manusia sendiri.
Oleh itu, kita harus menghargai semua ciptaan sains dan teknologi ini.

ciri ciri sahabat yang baik


Setiap individu di dunia ini pastinya memiliki sahabat ataupun rakan dalam
kehidupan mereka. Rakan-rakan amat diperlukan dalam menghilangkan kebosanan
yang melanda diri. Namun demikian, beberapa perkara perlu dipertimbangkan
dalam memilih rakan. Hal ini demikian kerana jika tersalah pilih rakan akan
rosaklah masa hadapan kita. Jika diperhalusi, ada beberapa ciri dalam memilih
sahabat yang perlu kita ketahui.

Ciri yang paling utama sudah pastinya sahabat yang sentiasa membantu kita
ketika susah dan senang. Peribahasa ada mengatakan rakan ketawa senang dicari
tetapi rakan tangis sukar ditemui. Oleh itu, dalam memilih sahabat ciri ini perlu ada
supaya mereka sentiasa membantu kita tanpa mengira waktu dan ketika. Jelaslah,
rakan atau sahabat yang sebegini mampu mengisi kekosongan dan sentiasa ada saat
diperlukan.
Sahabat yang baik juga pastinya mampu menunjukkan teladan yang baik kepada
kita. Sudah pasti kita tidak mahu menjadi seperti disebabkan nila setitik habis
rosak susu sebelanga. Disebabkan sikap rakan kita yang tidak elok, habis rakan-
rakan yang lain dituduh bersekongkol mahupun dilabel sebagai membawa
pengaruh yang negatif. Huraian ini sangat bertepatan dengan peribahasa berteman
dengan tukang minyak wangi kita akan ikut wangi, berteman dengan tukang
minyak kita akan ikut bau minyak.

Di samping itu, dalam memilih sahabat juga pilihlah sahabat yang sentiasa
mengajak kita ke arah kebaikan. Sebagai contohnya, pilihlah sahabat yang tidak
meninggalkan solat dan tahu menghormati orang yang lebih tua. Perkara ini
penting kerana ciri-ciri sahabat yang baik itu akan menjadi ikutan kita sepanjang
masa. Secara tidak langsung, masyarakat akan memandang tinggi individu-
individu yang memiliki ciri-ciri yang baik dalam diri mereka.

Seterusnya, sahabat yang baik juga pastinya bersedia untuk berkongsi


ataupun sekurang-kurangnya mendengar masalah kita pada bila-bila masa yang
diperlukan. Sahabat yang baik mampu berfungsi sebagai pembimbing di saat kita
menghadapi masalah. Namun demikian, nasihat dan bimbingan yang diberikan
mestilah mampu membawa kita ke arah kebaikan. Tidak dapat dinafikan lagi, kita
perlu bersedia mendengar masalah rakan jika ingin menjadi sahabat yang baik.
Izharnya, ada berbagai-bagai ciri yang perlu diperhalusi dalam menilai erti
persabahatan. Oleh sebab itu, kita wajar dan harus berhati-hati untuk menjadikan
seseorang itu sebagai kawan, teman ataupun jua sahabat kita. Seorang sahabat
semestinya memiliki sifat-sifat yang terpuji untuk diikuti dan dicontohi. Sahabat
boleh membahagiakan kita untuk menempuh kehidupan di dunia ini dan juga
membantu kita di akhirat kelak.

Langkah langkah berhemah dalam berbelanja

Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan
sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dengan keadaan harga barangan
yang semakin meningkat kesan daripada kenaikan harga bahan bakar di pasaran
dunia. Sikap boros ketika berbelanja haruslah ditangani agar tidak menyusahkan
diri dan keluarga. Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk
menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat.

............Antara langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengalakkan
rakyat Malaysia mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan menanmkan sikap
rajin menabung. Kerajaan telah mengambil inisiatif bagi memupuk semangat
menabung dalam kalangan pengguna. Pengenalan Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) ialah contoh kesungguhan kerajaan untuk menyedarkan
masyarakat akan pentingnya perancangan masa depan kerana kita
perlu menyediakan payung sebelum hujan.

............Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak-
anak sejak dari kecil lagi. Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di
rumah iaitu menabung wang lebihan perbelanjaan sekolah mereka dan
menggunakan simpanan mereka apabila ingin membeli barangan keperluan sendiri.
Ibu bapa juga boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan
seperti Bank Simpanan Nasional , bank Rakyat dan sebagainya kerana melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai
tempat menyimpan wang yang selamat dan hasil daripada tabungan ini dapat
digunakan untuk keperluan masa depan yang lebih gemilang.

............Masyarakat juga hendaklah prihatin akan peranan skim-skim saham


amanah. Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan
Minggu Saham Amanah bagi memupuk kesedaran melabur dalam kalangan
pengguna. Oleh itu, masyarakat hendaklah sedar akan peluang yang terbuka luas
untuk melabur dan seterusnya mendapat dividen yang diagihkan pada setiap tahun.
Hal ini pasti akan mendatangkan kebahagiaan kepada masyarakat kerana
masyarakat yang bahagia mempunyai masa depan yang terjamin.

...........Sebelum membeli barangan, perancangan yang teliti hendaklah dilakukan


terlebih dahulu. Barang-barang yang mahu dibeli perlu disenaraikan. Perbelanjaan
berhemat ini wajar dipraktikkan bagi mengelakkan sebarang pembaziran dan
masyarakat hendaklah membeli barangan mengikut keperluan, bukan mengikut
nafsu. Ketika berbelanja, penggunaan kad kredit juga patut dielakkan kerana akan
menambah beban tanggungan hutang dan lama kelamaan pengguna akan
mengalami masalah kewangan. Justeru, mayarakat wajar berpegang pada
peribahasaberjimat sebelum terlambat, beringat sebelum terkena.

............Kesimpulannya, amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan


masyarakat yang bijak dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang
mencukupi dan sudah tentu untuk jaminan masa hadapan yang lebih cerah, seperti
kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah untuk hari esok, namun bertindaklah hari
ini. Oleh yang demikian, pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar amalan
berjimat cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira
peringkat umur.

Usaha usaha melahirkan remaja berwawasan


Remaja pada masa ini merupakan angkatan muda yang akan menjadi tonggak
pemerintahan pada masa hadapan. Bijak pandai ada berkata, sekiranya kita hendak
melihat kepimpinan masa hadapan, lihatlah remaja yang ada pada masa ini.
Lantaran itu, dalam menempuh milenium yang sarat dengan cabaran reformasi
ini, ciri-ciri remaja yang kamil dan mempunyai nilai keinsanan yang syumul
penting untuk membangunkan negara. Dalam hal ini, semua pihak berperanan bagi
melahirkan remaja yang mempunyai ciri-ciri remaja yang berwawasan.

Berakhlak mulia merupakan salah satu ciri remaja berwawasan. Hal ini demikian
kerana akhlak yang luhur, datang dari hati yang bersih. Remaja yang berakhlak
mulia akan suka didampingi malah akan meraih rasa hormat daripada orang
sekeliling. Remaja yang berakhlak mulia pasti tidak akan terjebak dengan kemelut
sosial yang mementingkan dunia hedonistik semata-mata serta berusaha untuk
menghindarkan diri daripada bergaul dengan remaja-remaja yang bermasalah. Taat
pada agama sudah pasti dapat melahirkan individu yang berakhlak mulia kerana
semua agama di dunia menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada
kemungkaran. Secara tidak langsung, remaja yang mempunyai sikap mahmudah
dapat dilahirkan seterusnya dapat menjadi seorang insane yang kamil. Remaja
yang berakhlak mulia juga sudah pasti dapat membezakan antara yang baik dan
yang buruk, yang mana kaca, yang mana permata, bak kata peribahasa yang baik
dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Jelaslah bahawa berakhlak
mulia merupakan salah satu ciri remaja berwawasan.

Selain itu, remaja berwawasan sudah pasti mempunyai ilmu pengetahuan yang luas
dan tinggi. Remaja yang berwawasan pasti akan berusaha untuk mencari ilmu dan
sentiasa dahagakan ilmu. Pepatah ada juga mengatakan carilah ilmu sehingga ke
negeri China kerana ilmu yang ada hanya setitik daripada selautan. Malahan,
Albert Einstein juga pernah berkata semakin banyak yang dipelajari, semakin
banyak yang tidak diketahui. Dengan melahirkan remaja yang berilmu
pengetahuan, anak muda ini tidak akan mudah ditipu oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab serta akan sentiasa dihormati dan disanjung oleh masyarakat
sekeliling. Jelaslah bahawa, remaja yang berilmu pengetahuan juga merupakan ciri
yang vital dalam melahirkan remaja yang berwawasan.

Di samping itu, remaja yang berwawasan juga akan sentiasa gigih untuk
menggapai gamitan menara impian. Sudah tentulah budaya pesimistik dan culas
dikikis serta dibuang jauh untuk mencapai kejayaan walau seruwet manapun yang
diamalkan oleh remaja berwawasan ini. Secara langsung, remaja berwawasan akan
gigih berusaha menggunakan setiap detik dan waktu agar diisi dengan perkara
yang bermanfaat dan berfaedah kerana masa itu emas. Selain itu, masa yang pergi
tidak mungkin akan kembali. Oleh itu, remaja yang berwawasan akan memastikan
setiap masa yang terluang diisi dengan perkara yang mendatangkan maslahat
seperti menelaah buku, beriadah atau melakukan ibadah kerana cendekiawan ada
mengatakan masa ibarat pedang,sekiranya kita leka mata pedang itu
akan memenggal kita. Jelaslah bahawa, gigih berusaha merupakan ciri yang
signifikan dalam melahirkan remaja yang berwawasan.
Sementelahan itu, bersemangat patriotik juga merupakan ciri remaja berwawasan.
Remaja yang berwawasan akan berusaha menjaga nama baik negara serta memerah
keringat untuk menaikkan nama negara. Remaja yang berwawasan juga akan
mengekalkan perpaduan negara yang sudah sedia terjalin ukhuwah sesama
manusia mahupun berlainan bangsa dan agama demi menyahut seruan Satu
Malaysia yang diuar-uarkan oleh Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak.
Terbuktilah bahawa, remaja yang berwawasan akan mempunyai semangat patriotik
yang tinggi.

Tuntasnya, semua pihak haruslah bergabung tenaga melahirkan remaja yang


berwawasan agar Malaysia akan terus maju dan terkenal di seluruh pojok dunia
pada masa hadapan.
Langkah langkah menagani tekanan perasaan

Stress berlaku apabila seseorang menghadapi masalah besar dan berfikiran


negative terhdap sesuatu perkara. Terlalu banyak faktor yang
menyebabkan stressberlaku dalam seseorang individu.Antara punca stress adalah
mengalami masalah hidup seperti masalah kewangan, rumahtangga,
persahabatandan stressjuga disebabkan oleh faktor sekeliling.
Tanpa disedari, stress akan memberikan kesan buruk kepada kesihatan manusia
jika mengalami tekanan yang berterusan. Oleh yang demikian, individu haruslah
bijak untuk menangani masalah stress yang selalu berlaku dalam diri manusia.
Antara cara untuk mengatasi masalah stress adalah mengatur pemakanan yang
betul. Makanan adalah penting untuk individu mempunyai tenaga bagi
menjalankan aktiviti harian.
Pemilihan makanan akan mempengaruhi tenaga kita sekaligus mengurangkan
perasaan stress tersebut timbul. Tambahan lagi, pengambilan makanan secara diet
yang seimbang juga akan dapat menambah zat makanan yang diperlukan dalam
tubuh badan manusia. Dengan itu, adalah amat penting untuk mengambil makanan
yang menjamin kesihatan tubuh badan.
Langkah seterusnya berfikiran positif. Hal ini amat penting untuk kita berfikir
secara bernas dan bijak ketika berada dalam sesuatu situasi yang tegang. Semua
masalah boleh diselesaikan jika kita berfikir secara positif dan rasional dan stress
hanya akan membebanka nmasalah yang timbul dalamdiri seseorang.
Oleh itu, seseorang akan lebih mudah mengawal emosi jika berfikiran positif dan
bersedia untuk mencari altenatif penyelesaian yang terbaik dalam usaha
menyelesaikan masalah tanpa perlu mempengaruhi kesihatan diri sendiri. Selain
itu, individu juga tidak perlu membeban kandiri masing-masing. Hal ini berlaku
apabila seseorang itu menaruh harapan yang tinggi dalam sesuatu perkara hingga
terlupa akan kemampuan diri yang dimiliki beliau. Oleh itu, individu harus
sedarakan kemampuan kita kerana stess akan berlaku jika kita tidak mendapat apa
yang diinginkan atau mengalami kegagalan. Lalu, jalan penyelesaian adalah
melakukan tugasan secara sistematik agar perasaan stress dapat dielakkan dari
semasa ke semasa.
Berehat juga boleh mengatasi masalah stress. Kebiasaannya, individu yang
mengalami stress akan sibuk dan kekurangan masa untuk tidur. Hal ini bermaksud,
tubuh badan tidak memperolehi rehat yang secukupnya lalu ia akan memudaratkan
kesihatan seseorang. oleh yang demikian, seseorang individu hendaklah mengatur
masa tidur dan rehat secara sistematik agar tubuh badan tidak menjadi lemah.
Tambahan lagi, beriadah dan mendengar music secaraber sendiri juga boleh
merehatkan minda daripada masalah stress.
Alternatif yang seterusnya ialah berkomunikasi dengan keluarga dan rakan-rakan.
Sebagai seorang manusia, kita hendaklah berinteraksi dengan orang lain agar hidup
tidak berseorangan. Hal ini kerana berseorangan juga boleh menimbulkan perasaan
stress. Kita perlukan seseorang untuk menyokong dan mendorong supaya hidup
lebih bermotivasi dan ia jugaa kan menghilangkan rasa rungsing yang berada
dalam fikiran. Olehitu, individu haruslah meluangkan masa bersama keluarga dan
rakan-rakan pada masa kelapangan.

Kesan pengambilan makanan segera


Makanan segera sudah tidak asing lagi kepada masyarakat tempatan khususnya
golongan remaja dan kanak-kanak. Saban hari media massa mengiklankan
pelbagai jenis makanan segera seperti ayam goreng, kentang goreng, burger, hot
dog, mi segera dan pizza. Makanan-makanan ini sangat mudah didapati, enak
rasanya dan berpatutan harganya. Oleh itu, makanan segera amat popular dan
berjaya mengubah selera masyarakat kita. Ini juga dikaitkan dengan pemodenan
yang merangkumi keseluruhan cara hidup termasuk pemakanan dan cita rasa, serta
dikatakan menepati era moden yang mementingkan masa

Namun dari segi kesihatan, makanan segera sebenarnya banyak mendatangkan


kesan negatif yang harus diberi perhatian oleh masyarakat umum. Kesibukan
dalam tugas seharian dalam kehidupan telah mendorong masyarakat pada hari ini
untuk mencari jalan pintas dengan mengambil makanan segera sebagai alternatif
daripada makanan berat. Jika pada masa dahulu, mi segera menjadi pilihan utama
makanan segera, kini terdapat ribuan jenama makanan segera dikeluarkan atas
keperluan pasaran. Selain kurang berkualiti dan kandungan zat makanan yang tidak
seimbang, makanan segera
banyak membawa mudarat kerana kandungan garam dan bahan kimia di dalam
serbuk perisa `monosodium glutimate yang membahayakan kesihatan. Bahan
kimia ini menyebabkan seseorang itu mudah diserang penyakit darah tinggi dan
buah pinggang.

Pada hari ini, masalah komplikasi kegemukan atau obesiti telah menjadi satu
sindrom baru masyarakat kita yang dikatakan berpunca daripada pengambilan
berlebihan makanan segera yang mengandung lemak dan gula yang tinggi.
Makanan tersebut seperti aiskrim, minuman berkarbonat dan sebagainya adalah
antara makanan segera kegemaran kanak-kanak dan remaja kini. Kegemukan ialah
risiko peningkatan kolesterol dalam darah yang jika tidak diberi perhatian akan
menyebabkan penyakit jantung. Kajian oleh pakar pemakanan menunjukkan
bahawa makanan segera boleh merosakkan fungsi otak. Ini disebabkan otak
manusia memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik, namun kandungan
lemak yang terlalu banyak boleh mengganggu peranan glukosa yang seterusnya
boleh merosakkan daya konsentrasi dan tahap ingatan.

Selain itu, pengambilan makanan segera yang berlebihan juga akan mengancam
radang paru-paru yang boleh membawa kepada penyakit asma yang kronik.
Berdasarkan satu kajian sains pemakanan mendapati bahawa daripada 100 orang
kanak-kanak yang mengambil makanan segera menunjukkan bahawa mereka yang
kurang mengambil makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, vitamin E, zat-zat
besi dan susu amat mudah menghadapi risiko diserang penyakit asma yang
berlarutan.

Makanan segera tidak mengandungi vitamin A yang amat diperlukan oleh tubuh
kita. Vitamin ini penting untuk membina sel-sel baru, di samping berfungsi untuk
penjagaan kulit dan mata. Gentian yang dapat membantu penghadaman dan
mengelakkan sembelit tidak terdapat dalam makanan segera.

Makanan sebenarnya menjadi sumber untuk kesihatan dan kesejahteraan, malang


sekali pada masa kini makanan turut membawa kesengsaraan kepada manusia.
Oleh sebab itu, untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti pelbagai penyakit
akibat pengambilan makanan segera yang berlebihan, kita harus membentuk tabiat
pemakanan yang seimbang dan sihat. Jangan terlalu memilih jalan mudah dalam
soal makan minum. Ambillah makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk
menjamin kesihatan tubuh badan yang berterusan.

Keracunan Makanan
Sejak kebelakangan ini, kes keracunan makanan kerap berlaku di sekolah-sekolah.
Isu ini bukanlah isi baharu kerana sebelum ini kes yang sama juga telah sering
dilaporkan. Oleh itu, sebagai manusia yang dijadikan sebagai khalifah oleh Allah
di dunia ini, kita perlu prihatin dengan kes keracunan makanan yang hangat
dibincangkan ini. Malangnya, masyarakat kita kurang faham akan masalah ini
sehinggakan pelbagai usaha untuk membendungnya masih kurang berhasil.
Persoalannya di sini, apakah punca-punca yang menyebabkan belakunya masalah
ini? Oleh itu, pelbagai pihak harus bekerjasama memikirkan punca-punca dan
usaha-usaha untuk menangani kes keracunan makanan ini. Kes keracunan
makanan yang sering berlaku di kebanyakan sekolah pada hari ini disebabkan oleh
pelbagai punca. Antaranya ialah kaedah penyediaan dan penyimpanan makanan
yang tidak bersih. Pihak pengusaha kantin tidak memastikan bahan-bahan mentah
yang hendak dimasak, dicuci sebersih-bersihnya terlebih dahulu. Akibatnya, sayur-
sayuran yang dimasak masih lagi mengandungi sisa-sisa racun perosak, manakala
bahan-bahan seperti ikan, daging dan ayam pula dicemari oleh bakteria yang
berbahaya. Tempat penyediaan makanan yang tidak bersih seperti tempat memasak
yang kotor dan udara yang tercemar oleh habuk juga boleh menyebabkan
keracunan makanan. Selain itu, minuman dalam tin atau kotak yang mudah basi
juga menjadi penyebab berlakunya permasalahan ini jika minuman ini dibiarkan
terdedah tanpa disimpan di tempat yang sewajarnya. Pendek kata, penyediaan
makanan secara tidak bersih akan menyebabkan kes keracunan makanan berlaku.
Di samping itu, keadaan persekitaran kantin yang kotor menjadi punca kepada
keracunan makanan. Lantai kantin tidak pernah dibasuh dan terlalu kotor,
terutamanya di bahagian tempat memasak. Meja makan tidak pernah dilap dan
masih terdapat tumpahan makanan yang melekat di atas meja. Makanan yang
disediakan pula jarang sekali ditutup atau disimpan di tempat yang lebih sesuai dan
bersih. Kawasan longkang dan persekitaran kantin yang kotor pula menjadi tempat
pembiakan serangga pembawa penyakit seperti lalat, lipas, dan tikus. Tanpa
diketahui oleh sesiapa, serangga dan haiwan pembawa penyakit ini kemudian akan
mensasarkan bahan mentah yang belum dimasak, malah makanan yang telah
disediakan sebagai makanan. Sikap pengusaha kantin yang lalai dan tidak
mementingkan kebersihan ini akan menyebabkan kes keracunan makanan dalam
kalangan pelajar sekolah semakin meningkat. Keracunan makanan di
sekolah amat berbahaya dan boleh membawa maut kepada murid-murid. Oleh itu,
pelbagai usaha perlu diambil untuk menangani masalah ini. Pengusaha-pengusaha
kantin perlu mematuhi syarat-syarat penyediaan makanan yang telah ditetapkan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kementerian Kesihatan Malaysia telah
memberikan arahan supaya semua penjual makanan memakai apron dan
menggunakan peralatan yang bersih untuk menyediakan makanan, tetapi arahan ini
sering diabaikan oleh pengusaha dan pekerja di kantin sekolah. Pengusaha-
pengusaha kantin harus memastikan makanan dan minuman disimpan dalam
keadaan yang bersih. Mereka harus menutup makanan agar tidak terdedah kepada
habuk dan lalat. Selain itu, pihak kantin harus memastikan dan menjaga kebersihan
kantin. Pihak kantin perlu sentiasa membersihkan kawasan kantin, terutamanya di
bahagian tempat memasak. Tindakan yang tegas tanpa kompromi harus dikenakan
kepada pengusaha-pengusaha kantin yang ingkar kepada arahan tersebut. Selain
itu, murid-murid juga disarankan agar mengutamakan kebersihan diri semasa
makan di kantin. Murid-murid sepatutnya mencuci tangan terlebih sebelum makan
supaya makanan yang dimakan tidak tercemar. Pihak sekolah juga boleh
mengalakkan pelajar menjaga kebersihan diri melalui kempen atau ceramah
tentang kepentingan kesihatan diri. Melalui kempen dan ceramah ini, pelajar boleh
dididik tentang cara pemakanan yang bersih. Mereka juga dapat dididik untuk
memilih makanan yang bersih serta berkhasiat demi kesihatan diri. Hal ini bukan
sahaja dapat mengelakkan kes keracunan makanan, malah dapat memupuk
generasi muda tentang kepentingan menjaga kebersihan pemakanan yang
berkhasiat. Selanjutnya, pihak sekolah hendaklah memastikan kawasan sekolah
terutamanya kantin sentiasa bersih dan bebas daripada pencemaran, di samping
memastikan pengusaha kantin mengutamakan mengikut pertauran pada setiap
masa. Pihak sekolah perlu mengarahkan pengusaha kantin membersihkan kawasan
persekitaran kantin sekiranya kotor. Meja, kerusi dan peralatan yang lain yang
digunakan oleh pelajar untuk makan juga mestilah bersih. Kualiti makanan yang
disediakan kepada murid juga perlulah dipantau selalu oleh pihak sekolah agar
tiada makanan yang basi atau tercemar dijual kepada murid. Pihak sekolah harus
memastikan pelajar-pelajar juga mempunyai tanggungjawab agar tidak membuang
sisa-sisa makanan di merata-rata kawasan sekolah terutamanya kantin.
Kesimpulannya, keracunan makanan yang berlaku di sekolah hendaklah dipandang
serius oleh pelbagai pihak. Hal ini demikian kerana kantin sekolah merupakan
tempat yang menjual makanan kepada murid sekolah dan murid pula tiada pilihan
lain untuk mendapatkan makanan. Kesihatan murid yang datang bersekolah untuk
menimba ilmu wajib dijaga. Maka, sewajarnya kantin sekolah dipersalah apabila
berlakunya kes keracunan makanan. Pihak sekolah pula perlu memantau kantin
sekolah dari semasa ke semasa agar kes keracunan makanan tidak berulang lagi.
Janganlah apabila sudah berlaku barulah hendak beringat peribahasa sudah
terantuk baru tengadah.

Usaha usaha memupuk semangat patriotisme dalam


kalamgan remaja
Sejak kebelakangan ini, banyak diperkatakan tentang pemupukan semula semangat
kebangsaan atau nasionalisme dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.
Gesaan ini memang wajar memandangkan generasi muda khususnya pelajar tidak
lagi bersemangat kebangsaan seperti generasi sebelum merdeka. Lebih tepat kalau
dikatakan semangat cinta akan negara dalam kalangan generasi muda kini adalah
longgar, lemah, dan tidak bermaya seperti seseorang yang tidak makan 10 hari.
Pada marcapada yang pesat membangun dalam teknologi maklumat ini, semangat
patriotik adalah penting untuk membina jati yang kental dan kuat agar dapat
mewujudkan perpaduan nasional.
Pelbagai usaha boleh dilakukan untuk memupuk semangat cinta akan negara dalam
kalangan remaja kini. Pertamanya, mereka hendaklah digalakkan untuk mengenali
tokoh-tokoh yang memperjuang untuk kemerdekaan negara dan mereka juga
hendaklah didedahkan kepada jasa-jasa serta pengorbanaan pejuang tanah air kita
agar golongan remaja kita sedar dan insaf, bak kata pepatah Tak kenal maka tidak
cinta.Kalau generasi muda tahu akan pahit maung dan susah payahnya tokoh-
tokoh pada zaman silam memperjuangkan kemerdekaan negara , tentunya mereka
tidak tergamak menghancurkan keamanan dan kemakmuran yang dikecapi kini
dengan tindakan-tindakan negatif.
Pihak sekolah pula hendaklah menanam semangat cinta akan negara dalam diri
setiap pelajar dengan mrnyelitkan kecintaan kepada bangsa dan negara dalam
setiap subjek seperti , bekerjasama, tolong-menolong, bertoleransi serta berbudi
bahasa. Para pendidik hendaklah menggunakan beberapa minit daripada jadual
pengajaran sesuatu mata pelajaran untuk menanamkan semangat kecintaan kepada
bangsa dan negara. Pendidikan perlu menyuntik semangat juang dan keyakinan diri
dalam diri setiap pelajar. Mereka perlu didedahkan dengan semangat Malaysia
Boleh seperti yang dilakukan oleh Datuk Azhar Mansur dan para pendaki Gunung
Everest. Semangat cinta akan negara juga hendaklah dipupuk pada peringkat awal
persekolahan lagi.Ibu bapa hendaklah mengasuh anak-anak mereka supaya
menghormati keutuhan dan kedaulatan negara.
Selain itu,generasi muda hendaklah digalakkan melawat tempat-tempat bersejarah.
Pemerhatian mereka kepada kesan-kesan peninggalan sejarah akan melahirkan
semangat juang untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh.
Misalnya, kunjungan ke tempat-tempat yang bersejarah seperti Bandar Hilir,
Melaka akan mengingatkan mereka kepada sejarah hitam negara ketika dijajah
oleh Portugis,Belanda dan Inggeris.
Di samping itu,golongan muda juga perlu selalu didedahkan kepada Jalur
Gemilang yang berkibar megah pada sepanjang masa dan perayaan Hari
Kebangsaan setiap tahun itu sepatutnya dijadikan wadah untuk memperbaharui
azam mempertahan kemerdekaan pada masa depan. Mereka perlu diberi kesedaran
betapa pentingnya erti kemerdekaan terhadap sesebuah negara.
Seterusnya,mereka juga perlu didedahkan kepada lagu-lagu patriotik terutama lagu
Negara untuk menyemaikan rasa cinta dan taat kepada negara.Pihak -pihak yang
tertentu seperti Persatuan Sejarah Malaysia hendaklah menganjurkan pertandingan
menulis esei bertemakan semangat patriotik dalam kalangan pelajar dan generasi
muda. Peraduan seperti ini akan memberi kesempatan kepada golongan muda
untuk mengumpulkan bahan-bahan sejarah yang banyak dalam akhbar-akhbar.
Pengumpulan bahan-bahan sejarah ini secara tidak langsung akan mencelikkan
mereka kepada sejarah perjuangan generasi silam demi kemerdekaan negara
daripada belenggu penjajah.
Kesimpulannya, kerajaan hendaklah memupukkan semangat cinta akan negara
dalam setiap orang rakyat, khususnya dalam kalangan remaja supaya dapat
melahirkan seorang modal insan yang cinta akan negara dan pemimpin yang
berwibawa untuk masa yang akan datang.
Nikmat Kemerdekaan
Tanah air kita merupakan salah sebuah negara yang kian pesat membangun di
rantau Asia. Pembangunan dari aspek ekonomi, politik dan sosial telah mula
bercambah sejak sebelum mencapai kemerdekaan lagi.Segala-galanya bermula
daripada pengorbanan para pejuang negara yang sanggup bermati-matian demi
mencapai kemerdekaan untuk nusa tercinta. Pengorbanan mereka mestilah
dikenang dan dihargai oleh generasi masa ini. Saban tahun, pihak kerajaan
mengeluarkan sejumlah besar wang sebagai persiapan menyambut hari
kemerdekaan. Persoalannya, apakah kepentingan menyambut hari kemerdekaan di
negara kita?

Salah satu kepentingan menyambut hari kemerdekaan di negara kita ialah kita
dapat mengenang jasa tokoh yang telah berkorban demi mencapai kemerdekaan
untuk tanah air. Antara tokoh yang begitu berjasa kepada negara ialah Tunku
Abdul Rahman, Rosli Dhobi, Rentap, Kanang dan sebagainya. Mereka rela
berputih tulang daripada berputih mata melihat tanah air tempat tumpah darah
mereka dijajah oleh kuasa asing sepertti British dan Jepun. Mereka juga sanggup
menggadai nyawa demi membayar harga sebuah kemerdekaan. Jelaslah di sini
bahawa kepentingan menyambut hari kemerdekaan di negara kita adalah untuk
mengenang jasa tokoh.

Selain itu, menyambut hari kemerdekaan adalah penting agar kita dapat
mengukuhkan jati diri rakyat Malaysia. Sejak akhir-akhir ini, generasi muda masa
ini, terutamanya remaja semakin hilang jati diri. Mereka lebih gemar mengagung-
agungkan budaya Barat yang amat bertentangan sekali dengan norma masyarakat
Timur. Lebih menyedihkan, ada antara kita yang sanggup memburukkan nama
Malaysia di mata dunia. Jika diimbas kembali sejarah yang lepas, rakyat Indonesia
telah memburukkan nama Malaysia di negara Asia dan negara Dunia Ketiga
lantaran tidak berpuas hati apabila Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan
Malaysia pada tahun 1965. Kini, rakyat negara kita pula mencemarkan nama
negara di persada dunia. Ke manakah hilangnya jati diri sebagai rakyat Malaysia?
Tepuk dada tanya selera. Sudah terang lagi bersuluh, bahawa menyambut hari
kemerdekaan merupakan salah satu medium untuk mengukuhkan jati diri.

Seterusnya melalui sambutan hari kemerdekaan, kita dapat mengekalkan


perpaduan antara kaum di negara kita. Umum mengetahui bahawa Melayu, Cina
dan India merupakan kaum majoriti di negara kita selain kaum Dusun, Kadazan,
Bidayuh, Melanau yang menjadi kaum minoriti. Negara yang harmoni dan
sejahtera hanya akan dapat dibentuk jika semua kaum ini dapat bersatu padu,
bekerjasama dan bertoleransi. Melalui sambutan hari kemerdekaan, semua kaum
dapat berkumpul bagi meraikan hari kemerdekaan negara yang kita cintai ini.
Masyarakat berbilang kaum yang saling menyayangi, saling menghormati dan
saling bekerjasama merupakan pemandangan paling indah untuk dipertontonkan
kepada masyarakat di luar negara. Jelaslah di sini bahawa sambutan hari
kemerdekaan dapat mengekalkan perpaduan antara kaum.

Di samping itu, melalui sambutan hari kemerdekaan, imej negara kita akan turut
meningkat. Negara-negara asing akan mengenali Malaysia sebagai sebuah negara
yang aman, harmoni dan sejahtera, Secara tidak langsung, lebih ramai pelancong
asing ingin berkunjung ke negara kita serta lebih ramai pelabur asing ingin
melabur di negara kita. Hal ini dapat membantu meningkatkan sumber pendapatan
negara sekali gus menjana ekonomi negara.

Konklusinya, sebagai rakyat Malaysia yang amat sayang akan negara, kit perlulah
bersungguh-sungguh meraikan hari kemerdekaan di negara. Jadikanlah perang
saudara, pergolakan, dan peperangan yang berlaku di sesetengah negara sebagai
pengajaran. Tokoh sejarah terkenal, George Santayana pernah berkata, sesiapa
yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya semula, Oleh itu, kita sebagai
rakyat Malaysia perlulah menghargai nikmat kemerdekaan yang kita kecapi ini.
Kepentingan semangat patriotisme
Remaja kita perlu disemaikan semangat patriotisme untuk mengekalkan pembangunan negara
memandangkan merekalah yang bakal menerajui pucuk pimpinan negara pada masa hadapan.

Huraikan kepentingan semangat patriotisme kepada remaja dan usaha-usaha untuk memupuk
semangat patriotisme dalam kalangan remaja.

Remaja yang bersemangat patriotik merupakan satu aset yang tidak ternilai buat mana-mana
negara termasuklah Malaysia. Golongan ini yang masih muda dan penuh dengan impian boleh
memberikan sumbangan yang bermakna kepada negara jika diasuh dengan betul oleh generasi
lama. Kegagalan melakukan tindakan yang betul mampu menjadikan generasi remaja ini satu
bebanan pula kepada masyarakat di negara ini. Lantaran itu, banyak kepentingan yang boleh
wujud menerusi remaja yang bersemangat patriotik ini jika usaha-usaha memupuknya berjalan
lancar.

Mengapakah semangat patriotik ini penting wujud dalam jiwa remaja kita? Semangat ini berguna
dipupuk kerana mampu mengurangkan risiko berlakunya rusuhan kaum di negara ini. Masyarakat
kita yang berbilang bangsa menjadikan perkara ini satu risiko yang boleh berlaku dalam sekelip
mata sahaja. Jika rusuhan kaum tercetus di negara ini maka semua pembangunan yang dirancang
selama ini akan hilang begitu sahaja. Jelaslah, semangat patriotik harus dipupuk dalam jiwa anak
remaja kita.

Selain itu, pemupukan semangat patriotik ini berupaya menjamin keseinambungan pembangunan
negara pada masa hadapan tanpa sebarang kekangan. Remaja bakal meneraju pucuk pimpinan
negara pada masa hadapan dan tanpa sikap patriotik sudah pasti mereka menganggap
pembangunan negara itu sesuatu yang tidak bermakna untuk diteruskan usahanya. Negara
memang memerlukan jiwa remaja yang penuh kreativiti dan inovatif itu dalam memastikan
pembangunan negara berjalan lancar. Maka, kewujudan semangat patriotik memang penting
untuk memastikan arus pembangunan negara mampu diteruskan.

Salah satu cara yang mudah untuk menanam sikap patriotik ini ialah Program Latihan Khidmat
Negara. Program ini menyuntik pelbagai pengetahuan tentang negara ke dalam jiwa remaja
sepanjang mereka menyertai aktiviti positif ini. Semua aktiviti yang dijalankan dalam program ini
juga melibatkan konsep kekitaan yang mengutamakan hubungan sesame kaum untuk mencapai
kejayaan. Sesungguhnya, program yang mudah tetapi efektif ini harus diteruskan untuk menanam
sikap patriotik dalam jiwa remaja.

Malahan, mata pelajaran Sejarah boleh digunakan sebagai alat untuk menyemai sikap patriotik
dalam minda remaja kita. Subjek ini yang penuh dengan fakta dan kisah perjuangan pejuang
negara mampu dihayati oleh pelajar jika cara penyampaiannya lebih berkesan dan praktikal.
Pelajar yang memahami dan menghargai subjek Sejarah sudah pasti akan mempunyai satu
pandangan positif tentang negaranya kerana menyedari betapa besarnya pengorbanan yang
sudah dilakukan oleh generasi sebelum mereka untuk memastikan negara ini terus wujud di
persada dunia. Justeru, subjek Sejarah boleh dijadikan medium yang berkesan untuk memastikan
setiap remaja kita memiliki sikap patriotik yang mendalam.

Natijahnya, semangat patriotik ini harus ditanam dengan mendalam dalam jiwa remaja kita. Semua
pihak hendaklah bekerjasama untuk memastikan usaha murni ini berjaya dilaksanakan dengan
mudah. Kejayaan menanam sikap positif ini mampu menjadikan negara ini kebal daripada arus
perubahan politik dan sosial yang melanda seluruh dunia kini. Cuma, kita harus sedar lebih awal
kita melaksanakannya maka lebih baiklah buat remaja kita sendiri.

Anda mungkin juga menyukai