Anda di halaman 1dari 4

SKRIP PIDATO: Manfaat Teknologi Maklumat & Komunikasi Kepada Murid

Indah berbalam si awan petang,


Berarak megah di Tanjung Bidara,
Pemanis kalam selamat datang,
Salam sembah pembuka bicara.

  Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel Hakim yang arif lagi
bijaksana yang sedang menjunjung mahkota keadilannya, penjaga masa
yang sentiasa peka dengan detak waktunya, para peserta yang saya
kagumi serta hadirin dan hadirat yang saya hormati. Pada hari ini, saya
akan menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk “Manfaat Teknologi
Maklumat & Komunikasi Kepada Murid”. Teknologi maklumat dan
komunikasi membawa maksud teknologi yang berkaitan dengan
pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat
melalui penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi. Tidak
dapat dinafikan bahawa Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
telah menjadi kayu ukur untuk menentukan kemajuan sesebuah negara
maju. Oleh hal yang demikian, kerajaan Malaysia telah merangka
beberapa perancangan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara
industri menjelang tahun 2021 dengan mengaplikasikan penggunaan
teknologi digital dalam kalangan rakyatnya. Hujah yang akan saya
lontarkan kelak diharapkan dapat memberikan gambaran yang jelas
terhadap maslahat teknologi maklumat dan komunikasi dalam kalangan
murid.
Hadirin yang dihormati,
Meninjau buah fikiran yang pertama, teknologi maklumat dan
komunikasi dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang berguna kepada murid.
Hal ini demikian kerana teknologi maklumat dan komunikasi menyediakan saluran
yang luas kepada murid untuk mencari maklumat dengan mudah dan efektif.
Dengan adanya peranti elektronik dan capaian Internet yang mantap, maklumat
dapat dicari hanya di hujung jari dengan mengakses kepada laman pencarian
maklumat seperti Google, Yahoo, Safari dan Firefox. Sebagai tamsilan, murid dapat
mengetahui tentang wabak penyakit berjangkit dan isu semasa tentang penularan
virus Covid-19 di negara kita. Ironinya, tidak dapat disangkal lagi teknologi
maklumat dan komunikasi memberikan peluang kepada pelajar untuk
meningkatkan ilmu pengetahuan dalam diri mereka.

Bukan itu sahaja, Teknologi Maklumat dan Komunikasi juga memainkan peranan
penting dalam mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga, masyarakat dan
negara. Memetik laporan daripada akhbar arus perdana, murid yang mempunyai
masalah stres di Sekolah Berasrama Penuh majoritinya adalah kerana rindu akan
keluarga masing-masing. Oleh itu, bagi mengekang permasalahan ini, pihak sekolah
telah membenarkan para murid untuk membawa telefon pintar ke sekolah dan
diserahkan kepada guru yang bertugas bagi menyimpannya. Tambahan pula, murid
dapat menjalinkan hubungan silaturahim dengan masyarakat daripada luar negara.
Misalnya, dengan tersedianya platform seperti Whatsapp, Instagram, Facebook
dan Twitter mereka berpeluang untuk berhubung dan berkenalan dengan
masyarakat dari luar. Hal ini akan membolehkan para murid berfikir secara terbuka
dan kritis serta mampu menyumbang idea yang bernas dalam usaha memajukan
negara kita. Tuntasnya, sudah terang lagi bersuluh kepentingan TMK ialah murid
dapat mengeratkan hubungan dengan orang lain.
Hadirin yang dikasihi,
Teknologi maklumat dan komunikasi juga berperanan sebagai bahan bantu dalam
pembelajaran. Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan
berikutan penularan wabak Covid-19 pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
dalam kalangan guru dan murid turut menerima kesannya. Oleh itu, Kementerian
Pelajaran Malaysia telah mengambil alternatif untuk menggunakan medium
teknologi maklumat dan komunikasi sebagai cara baharu untuk berhadapan
dengan norma baharu ini. Selanjutnya, terdapat guru-guru yang melangsungkan
PdPc secara dalam talian menggunakan aplikasi seperti Google Meet, Zoom,
Webex, Telegram dan Youtube untuk membolehkan mereka berinteraksi dengan
para pelajar. Selain itu, TMK juga menyediakan para pelajar dengan koleksi soalan
peperiksaan untuk membantu mereka menguasai tajuk yang dipelajari. Natijahnya,
murid dapat menggunakan TMK untuk membantu mereka dalam pembelajaran.

Seterusnya ,faedah lain bagi menguasai internet ialah kita boleh mencari dan
mengumpul maklumat dalam masa yang singkat. Hal ini demikian kerana, dalam
era globalisasi ini segala maklumat sama ada formal atau tidak formal sudah pun
dimuat naikkan di laman sesawang bagi mudah untuk mencari maklumat.
Pengguna hanya perlu menaip sahaja maklumat yang dikehendaki dalam carian
laman sesawang dan segala maklumat yang diperlukan akan tertera di skrin
komputer. Contohnya, kita dapat mengetahui akan berita semasa tentang wabak
COVID-19 di serata dunia. Justeru itu, kita perlulah sentiasa mengambil tahu
tentang dunia kita pada hari ini supaya kita tidak menjadi seperti katak dibawah
tempurung.

Sebagai kesimpulannya, penggunaan TMK adalah amat vital dalam kalangan


pelajar kontemporari ini. Tanpa teknologi, sudah pasti negara kita tidak dapat
duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi, standing dengan negara-negara maju
yang lain di seluruh dunia. Bagi mengimplementasikan perkara ini, sinergi daripada
pelbagai pihak amatlah diperlukan. Tamsilnya, ibu bapa perlulah menyediakan
kemudahan teknologi kepada anak-anak mereka agar dapat memanfaatkan
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dengan cara yang betul dan
berhemah. Selain itu, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia juga
haruslah memberikan tunjuk ajar kepada para pelajar tentang teknologi bagi
memperkenalkan mereka pada alam maya yang serba luas dan canggih ini. Hal ini
adalah bagi menyediakan mereka sebagai individu yang dapat memacu
pembangunan negara selari dalam usaha mewujudkan Malaysia sebagai negara
industri menjelang era Revolusi Perindustrian yang ke-4 ini. Saya ingin mengakhiri
pidato saya dengan membaca serangkap pantun,
Membuat tugasan pada waktu pagi, Agar ilmu mudah dipelajari, Maklumat
diperoleh melalui teknologi, Pemangkin masyarakat berteknologi tinggi.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai