Anda di halaman 1dari 7

NAMA AHLI KUMPULAN:

1.AHMAD DANIAL BIN AHMAD SUKRI


2.MUHAMMAD SHAKIR BIN MARSAHID
 Mampu menjadikan masyarakat negara ini sebagai
sebuah masyarakat yang sentiasa peka dengan
perkembangan dan pergolakan dunia.
 Bidang penyebaran maklumat, masyarakat negara ini
tidak ketinggalan untuk mengikuti perkembangan di
dalam dan di luar negara. Maklumat yang disalurkan
amat pantas.
 Hanya dengan memiliki sebuah telefon pintar
disambung dengan perkhidmatan Internet, masyarakat
boleh mendapatkan maklumat dari seluruh dunia.
 . Contohnya masyarakat Malaysia boleh mengikuti
pergolakan politik di Timur Tengah melalui skrin
telefon pintar mereka. Dengan ini, masyarakat
Malaysia tidak akan keciciran maklumat dalam
menelusuri arus perdana yang pantas bergerak bagai
belut diketil ekor ini.
 Gelaran katak di bawah tempurung tidak akan dilabel
pada setiap rakyat Malaysia. Oleh itu penguasaan
teknologi maklumat mampu menjadi masyarakat
Malaysia sebagai masyarakat berinformasi.
 Kehadiran teknologi maklumat dan telekomunikasi
merupakan anugerah istimewa kepada dunia
pendidikan. Kewujudan ICT dapat membantu dalam
sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P)
 Sistem pendidikan di sekolah dapat dimajukan oleh
ICT sekali gus mewujudkan sekolah bestari. Pelajar
mendapatkan maklumat dari seluruh dunia melalui
Internet untuk melakukan kerja atau projek-projek di
sekolah.
 Pelajar akan belajar mengikut kemampuan mereka.
Pendidikan di sekolah atau di institusi lebih bercirikan
pendidikan jarak jauh.
 Peluang pendidikan menjadi lebih luas, selain
menjimatkan kos. Pelajar pintar dan celik IT tidak
disekat oleh faktor kelas dan usia. Hal ini melahirkan
lebih ramai cendekiawan.
 Fakta ini nyata terbukti apabila ada kanak-kanak yang
baru berusia setahun jagung sudah boleh menguasai
mata pelajaran Matematik jauh lebih baik daripada
pelajar yang sudah menuntut di institusi pengajian
tinggi (IPT).
 Izharlah bahawa kemajuan ICT mampu menjadi
pemudah cara dan menjadi tarikan dalam memajukan
sistem pendidikan di negara kita pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai