Anda di halaman 1dari 6

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI MALAYSIA

HELEN SIMON

HUBUNGAN INDUSTRI

PENGENALAN

Kemajuan teknologi pada masa kini dilihat semakin berkembang pesat di seluruh dunia
tidak kira dalam negara kita Malaysia mahupun negara luar. Secara umumnya, teknologi
adalah keseluruhan sarana untuk menyediakan barang-barang yang diperlukan bagi
kelangsungan, dan keselesaan hidup manusia. Kewujudan teknologi ini dijadikan sebagai
medium yang telah direkabentuk dan dihasilkan oleh manusia bagi memudahkan,
mempercepatkan dan mengurangkan penggunaan tenaga manusia. Selain itu, dengan
kemunculan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) ianya digunakan sebagai suatu
unsur yang diperlukan dalam kerja-kerja pemprosesan data. Menurut Senn (1998),
beliau menyatakan teknologi maklumat dan komunikasi mengandungi tiga komponen
iaitu komputer, komunikasi dan tahu-guna. Gabungan ketiga-tiga komponen ini
mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan
berjaya.

Seperti yang kita tahu, teknologi ini telah banyak membantu manusia untuk
berkomunikasi atau berinteraksi antara satu sama lain tanpa mengira had jarak dan
masa. Definisi komunikasi secara umumnya adalah suatu proses pembentukan,
penyampaian, penerimaan dan pengolahan mesej yang berlaku di dalam diri seseorang
dan atau di antara dua atau lebih dengan tujuan tertentu. Perkembangan teknologi ini
telah banyak memenuhi keperluan dan keinginan manusia dalam kehidupan seharian.
Namun begitu, sudah semestinya perkembangan ini akan menimbulkan kesan kepada
manusia sama ada dari segi yang positif ataupun negatif.

Kemunculan teknologi ini sudah cukup untuk melengkapi kehidupan seseorang


individu terutamanya dalam kalangan belia zaman ini. Golongan belia yang lebih dikenali
sebagai generasi Y, lahir dalam era globalisasi yang digelar sebagai zaman elektronik.
Internet merupakan nadi utama bagi kalangan belia dan dipercayai dengan pengetahuan
dan kemahiran yang tinggi dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) akan
mampu memberi impak positif dalam mencapai Wawasan 2020. Memandangkan belia

1
akan menjadi waris pemimpin negara pada masa hadapan, mereka tidak boleh
ketinggalan dengan kemahiran belia dari negara luar.

KESAN POSITIF TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI KEPADA BELIA

Teknologi memudahkan proses komunikasi belia zaman ini. Ini boleh dilihat dengan
kewujudan telefon pintar yang mana dahulunya telefon bimbit hanyalah sebagai
lambang kemewahan atau barangan eksklusif, tetapi sekarang fungsinya telah berubah.
Kemajuan teknologi telah menyebabkan telefon bimbit bukan sahaja digunakan sebagai
alat komunikasi tetapi juga sebagai tempat untuk mengakses internet, Khidmat Pesanan
Ringkas (SMS), bergambar dan juga saling menghantar data. Pengaruh teknologi dalam
media elektronik yang begitu kuat terhadap belia juga sedikit sebanyak dapat membantu
belia dalam mencari pekerjaan dengan mudah dan cepat keranan mereka boleh
mengakses laman web dengan hanya menggunakan hujung jari sahaja. Hal ini ditambah
lagi dengan kemudahan untuk seseorang memohon kerja pada era ini adalah secara
atas talian (online), yang mana tidak perlu lagi bersusah-payah untuk mengisi borang
seperti pada sebelum era teknologi berkembang pesat.

Selain itu, kemudahan teknologi telah mewujudkan perniagaan dalam internet


yang lebih dikenali sebagai e-dagang. Belia pada masa kini lebih mudah untuk mencari
pendapatan sampingan dengan menggunakan internet. Perkara ini membolehkan belia
mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan secara atas talian. Ramai sekali belia pada
zaman ini berniaga dalam internet kerana mereka tidak perlu mengeluarkan kos yang
tinggi, tidak perlu menyediakan modal yang besar untuk menyewa kedai, membeli
kelengkapan dan sebagainya. Hanya melalui media sosial seperti Facebook, Instagram,
Twitter, Myspace dan lain-lain sudah mampu untuk membantu belia dalam
mempromosikan dan menjalankan perniagaan atas talian ini. Jika dilihat melalui cara
kehidupan sekarang, semua orang memerlukan perkhidmatan yang cepat dan cekap,
disebabkan itu perniagaan secara atas talian semakin meluas dan terbukti berjaya. Oleh
itu, boleh dilihat bahawa teknologi telah mempengaruhi kehidupan belia zaman ini
kerana mampu melahirkan usahawan muda melalui perniagaan dalam internet.

2
KESAN NEGATIF TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI KEPADA BELIA

Di sebalik kelebihan yang boleh dilihat dengan perkembangan teknologi ini, terdapat
juga kekurangan dalam perkembangan teknologi ini. Situasi ini dilihat daripada segelintir
belia pada masa kini yang telah banyak menyalahgunakan teknologi dengan melakukan
perkara-perkara yang bukan kepada ke arah kebaikan.

Penyalahgunaan boleh dilihat melalui sikap belia yang mengambil jalan mudah
untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan seperti kerja sekolah, assigment,
rangka kerja dan lain-lain. Kemudahan teknologi telah menyebabkan belia
menggunakannya sebagai platform untuk memudahkan kerja dengan melakukan plagiat.
Bermula dari sinilah wujud budaya plagiarisma atau amalan ‘ copy and paste’ menjadi
semakin serius di kalangan pelajar-pelajar universiti iaitu golongan belia sendiri.
Memandangkan semua maklumat boleh didapati dengan mudah melalui internet, belia
menjadi semakin malas dan manja untuk berusaha sendiri mencari sumber yang lebih
sahih seperti buku rujukan akademik dan jurnal. Hal ini membahayakan kerana, kita
tidak boleh terlalu percaya dengan blog-blog yang ditulis dan aman-laman web yang lain
kerana kesahihan itu tidak nampak berbanding dengan buku. Seperti yang kita tahu,
memplagiat merupakan kesalahan besar dalam dunia akademik. Walaubagaimanapun,
segelintir belia tetap meniru, menciplak atau ‘ copy and paste’ semua maklumat dan hasil
kerja orang lain melalui internet bagi mempercepatkan tugasan yang diberikan selesai.
Perkara ini mungkin sudah menjadi perkara biasa yang berlaku dalam kalangan belia
kerana cara mengaksesnya yang mudah dengan hanya menaip di carian ‘ Google’,
maklumat dan bahan yang diperlukan akan terus keluar. Oleh hal yang demikian, pihak
universiti perlu tanggungjawab dalam mencegah budaya plagiarisma dalam kalangan
pelajar yang juga merupakan belia.

Selain itu, berlaku kelalaian atau ketagihan dalam golongan belia terhadap
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Ini boleh dilihat apabila kalangan belia tidak
mampu mengawal sikap terlalu obses dengan teknologi telekomunikasi seperti telefon
pintar. Kelalaian atau ketagihan berlaku apabila belia sentiasa bersama dengan telefon
pintar 24 jam. Belia yang terlalu obses tidak mampu untuk meninggalkan telefon pintar,

3
kerana melalui itu golongan belia ini dapat menggunakannya untuk bermain permainan
video, menggunakan laman web untuk berkenalan dan menonton You-tube sepanjang
hari. Situasi inilah yang akan mendatangkan kelalaian atau ketagihan belia terhadap
teknologi. Walaubagaimanapun, memang tidak dinafikan bahawa teknologi maklumat
dan komunikasi ini membolehkan interaksi daripada jarak jauh berlaku dengan mudah
tetapi sedarkah para belia bahawa ianya akan menyebabkan hubungan dengan orang
terdekat akan terabai. Kelalaian daripada belia itu sendiri akan mengakibatkan orang
terdekat semakin jauh dari mereka dan begitulah sebaliknya, yang mana orang yang
jauh pula semakin dekat dan dititikberatkan.

CABARAN BELIA DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Belia merupakan penyambung warisan kepimpinan dan kecemerlangan negara pada


masa akan datang. Sedar atau tidak belia perlu bersedia untuk melengkapkan diri
dengan pelbagai kemahiran. Ini ditambah lagi dengan peningkatan teknologi yang
menyebabkan cabaran belia dalam menggunakan teknologi semakin bertambah.
Cabaran utama yang perlu dihadapi oleh golongan belia ini adalah perlu celik dalam
teknologi maklumat (IT). Belia haruslah mempersiapkan diri dengan pelbagai bentuk
maklumat dalam semua bidang. Hal ini kerana dunia tanpa sempadan akan menjadikan
hubungan menjadi lebih semakin bebas dan meluas. Setiap perkara yang berlaku di
seluruh dunia masa kini perlu diambil perhatian oleh golongan belia. Golongan belia juga
perlu mendedahkan diri secara maya dalam mencari maklumat di seluruh dunia bagi
menunjukkan bahawa corak pemikiran dan minda seseorang belia itu berada pada tahap
yang tinggi. Belia juga perlu mempertajamkan pemikiran secara kreatif dan kritis dalam
penggunaan teknologi bagi membolehkan masyarakat luar memandang tinggi kepada
belia yang semakin peka dengan sesuatu isu. Hal ini boleh dilakukan melalui penglibatan
belia dalam menyuarakan pandangan dan melontarkan suara dalam teknologi maklumat
dan komunikasi bagi membuktikan kematangan dalam menyumbang idea.

KESIMPULAN

Konklusinya, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi ini sememangnya


diakui memberikan kesan yang mendalam kepada golongan belia sama ada dari sudut
negatif atau positif. Walaubagaimanapun, perkara ini adalah bergantung kepada

4
sejauhmana kebijaksanaan golongan belia dalam menggunakan medium itu sendiri. Hal
ini kerana, penggunaan teknologi tanpa had dalam kalangan belia untuk kepentingan
peribadi akan memberikan kesan yang buruk kepada mereka. Namun begitu, perkara ini
boleh dihadapi sekiranya belia menggunakan teknologi dengan baik seperti tempat
mencari maklumat, bahan dan sumber pengetahuan kerana ini akan mendatangkan
kebaikan kepada belia yang menggunakannya. Oleh itu, belia kini haruslah sudah
mampu melengkapkan diri mereka dengan pelbagai jenis pengetahuan dan kemahiran.
Ini didorong lagi oleh desakan hidup mereka yang seiring dengan peredaran zaman
sekarang. Menyiapkan diri dengan pelbagai jenis pengetahuan adalah perlu dalam
kalangan belia masa kini supaya setanding dengan belia dari negara luar.

RUJUKAN

Abdul Razak Hamdan, Yazrina Yahya, Mohd Shanudin Zakaria dan Mohd Zamri Murah.
2000. Teknologi Maklumat. Malaysia. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Khairul Azhar bin Idris. Cabaran Belia Negara Menjelang Abad ke 21 . Dimuat turun
daripada http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/7114-cabaran-belia-
negara-menjelang-abad-ke-21. Diakses pada 18 Oktober 2016.

Khatcalligraphy. 21 April 2011. Penyalahgunaan Teknologi Maklumat (IT). Dimuat turun


daripada https://khatcalligraphy.wordpress.com/2011/04/21/penyalahgunaan-
teknologi-maklumat-it/. Diakses pada 18 Oktober 2016.

5
Ibrahim, Dzurizah. "LIFE INTEGRATION IN MALAYSIA." (2015): 163-173.

Ibrahim, Dzurizah. "An overview of the state of influences on workers’ work-life intergration in
Malaysia." International E-journal of Advances in Social Sciences 1.2 (2015): 163-173.

Anda mungkin juga menyukai