Anda di halaman 1dari 4

LATARBELAKANG KAJIAN/MASALAH (ISU)

- Komunikasi kurang berkesan


- Masalah OKU yang kurang melibatkan diri dengan program yang
dilaksanakan
- Masyarakat: persepsi masyarakat masih belum berubah
- Statistik
- Eviden berkaitan
- Faktor yang terlibat

PENYATAAN MASALAH (RESEARCH GAPS – Apa yang belum


dikaji?/apa keperluan? Justifikasi)

- Kelemahan pada sistem sedia ada :


Walaupun telah ada beberapa sistem dibangunkan bagi tujuan memastikan
komunikasi berkesan antara masyarakat dan individu OKU, kajian
mendapati masih terdapat banyak kelemahan terhadap sistem sedia ada
seperti i) bahasa standard yang digunakan (Ali, 2007) ii) sistem tidak mesra
pengguna (Sandra, 2016; Ainin, 2019, Nublan, 2020) dan, iii) kos pembelian
sistem yang mahal (Ahmad, 2019).

- Kajian yang terhad:


Banyak ABBM telah dibangunkan (Contohnya: ABBM A, ABBM B,
ABBM C) bagi membantu pelajar memahami topik berkaitan
pengaturcaraan. Walaubagaimanapun masih belum ada kajian/ masih
terdapat kajian yang terhad yang mengkaji keberkesanan ABBM yang telah
dibangunkan bagi tujuan pembelajaran topik pengaturcaraan.

- Konteks Kajian : Kebanyakkan kajian yang membincangkan tentang topik


jantina dilaksanakan dalam konteks pengajian tinggi atau di IPTA/IPTS.
Manakala terdapat kajian yang terhad dilaksanakan dalam konteks sekolah
rendah. Oleh itu, terdapat keperluan untuks atu kajian dilaksanakan bagi
mengetahui samada terdapat masalah gender bias dalam kalangan pelajar
sekolah rendah.
- Kajian awal mendapati kebanyakkan kajian melibatkan isu yang berlaku
dilaksanakan di luar Negara seperti Australia, United State dan sebagainya.
Terdapat keperluan untuk kajian ini dilaksanakan dalam konteks Malaysia
kerana faktor budaya dan kepercayaan yang mungkin berbeza dalam
kalangan masyarakat di Malaysia berbanding luar Negara.
- Pendekatan kajian (Kuantitatif/kualitatif) : Berdasarkan pemerhatian
terhadap kajian terdahulu, kebanyakkan kajian menggunakan pendekatan
kuantitatif melalui penggunaan soal selidik. Hanya terdapat segelintir kajian
menggunakan pendekatan kualitatif seperti temu bual. Justeru, terdapat
keperluan untuk satu kajian dilaksanakan menggunakan pendekatan
kualitatif melibatkan temubual dan pemerhatian kerana ______________.

Berdasarkan pemerhatian terhadap kajian terdahulu, kebanyakkan kajian


menggunakan salah satu pendekatan sama ada kuantitatif atau kualitatif.
Memandangkan jawapan kepada persoalan kajian perlu dikaji dari pelbagai
aspek, kajian berbentuk mod bercampur diperlukan bagi mengumpul data
yang mencukupi bagi tujuan mendapatkan jawapan pada permasalahan
utama dalam kajian.
Nota: (Mixed method – gabungan kuanti dan kuali – kebiasaan
digunakan bagi kajian berasaskan masalah)
OBJEKTIF KAJIAN;

TIPS/Rule of Thumb : A + B + C + D

(A- Objektif kajian + B- behaviour + C- condition + D- research contexts)

Objektif kajian ini(A) adalah untuk:


B- Behaviour – mengkaji, mengenalpasti, membangunkan, merekabentuk
C- Condition
– hubungan antara strategi belajar dan CGPA
- tahap minat pelajar program pendidikan terhadap topik pengaturcaraan
- satu sistem komunikasi antara masyarakat dan individu OKU
D- Research
– pelajar kejuruteraan di UTHM
- dalam kalangan pelajar bidang multimedia pendidikan
- masyarakat dan individu OKU di Kampung Pisang
- bagi kegunaan di Industri Kecil dan Sederhana di Parit Raja
- tapak binaan Semerah, Batu Pahat

Contoh Objektif Kajian bagi pembangunan produk

Berpandukan model rujukan kajian : Contoh Model ADDIE (Analyse -needs


analysis (latarbelakang kajian), Design (Merekabentuk) Develop
(Membangunkan), Implement (menguji), Evaluate (Menilai)
O
1) mereka bentuk (B) satu sistem pemudahcara komunikasi (C) bagi penghuni
OKU di Pusat ____ dan masyarakat setempat (D) di Negeri Johor
2) Membangunkan satu sistem pemudahcara komunikasi antara penghuni OKU
di Pusat ____ dan masyarakat setempat di Negeri Johor.
3) Menguji kebolehfungsian sistem pemudahcara komunikasi yang telah
dibangunkan dari aspek penggunaan bahasa, operasi, penjimatan kos.
Contoh Objektif Kajian bagi kajian sosial

Kondisi (C) diwakili oleh pembolehubah:


i) Pembolehubah tidak bersandar (Contoh: Strategi Belajar, Minat)
ii) Pembolehubah bersandar (Contoh: Prestasi Ujian, CGPA)

Contoh objektif kajian:

Objektif kajian ini adalah untuk:


1) Mengenalpasti (B) strategi pembelajaran yang digunakan (C) oleh pelajar
kejuruteraan di UTHM (D)
2) Mengenalpasti (B) tahap minat (C) pelajar kejuruteraan di UTHM (D)
3) Mengkaji (B) hubungan antara strategi pembelajaran, tahap minat dan
prestasi (C) pelajar kejuruteraan di UTHM (D).

Anda mungkin juga menyukai