Anda di halaman 1dari 24

Asan Ali Golam Hassan & Wan Roshidah Fadzim. 2007.

Strategi
Rancangan Pembangunan Ekonomi Negara. Asan Ali Golam Hassan
(ed). Halatuju dan Cabaran Pembangunan Sektoral dan Sumber
Manusia dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. UUM Press,
Sintok. 52- 65. ISBN 978-983-3827-47-3

BAB 2

Strategi Rancangan Pembangunan


Ekonomi Negara
Asan Ali Golam Hassan
Wan Roshidah Fadzim

Pendahuluan

Rancangan pembangunan lima tahun bermula pada tahun 1950 dan sehingga kini
Malaysia telah melaksanakan sepuluh rancangan pembangunan lima tahun. Selepas
dua atau tiga tahun, kerajaan akan menilai semula rancangan pembangunan lima
tahun (laporan separuh penggal) dan akan membuat pengubahsuaian sekiranya
perlu untuk menyesuaikannya dengan perubahan ekonomi dunia. Rancangan
jangka panjang pula hanya bermula di Malaysia pada tahun 1971 (Jadual 2.1).
Rancangan jangka panjang akan disertai dengan teras dasar yang akan menjadi
sasaran perancangan pembangunan negara. Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah
diperkenalkan dibawah Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (1971-1990),
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dibawah Rangka Rancangan Jangka Panjang
Pertama (1991-2000) dan seterusnya Dasar Wawasan Negara (DWN) dibawah
Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (2001-2010). Rancangan pembangunan
wilayah untuk menghalakan perubahan struktur wilayah yang lebih seimbang dan
berdaya maju telah digabungkan ke dalam rancangan jangka panjang negara.
Perancangan-perancangan pembangunan ini kemudiannya diperincikan lagi dalam
rancangan setiap rancangan pembangunan lima tahun negara. Dari segi
perancangan pembangunan, Malaysia telah mengamalkan strategi perancangan
pembangunan yang menyeluruh dengan menggabungan perancangan wilayah dan
bandar dalam perancangan pembangunan pada peringkat nasional.

29
“Among the forms that the good management has taken is the
use of regional and urban plans as building blocks for
construction of national economic development plans, from The
Third Malaysia Plan onwards. Malaysia may have the most
completely integrated regional and national plans in the world”.
(Higgins & Savoie, 1997)

Jadual 2.1
Perancangan Nasional, 1950-2010

Rancangan Pembangunan Jangka Tahun Rancangan Pembangunan Lima Tahun


Panjang/ Dasar Nasional
1950-1955 Draf Rancangan Pembangunan Malaya
1956-1960 Rancangan Malaya Pertama
1961-1965 Rancangan Malaya Kedua
1966-1970 Rancangan Malaysia Pertama (RMP)
RRJP1 1971-1975 Rancangan Malaysia Kedua (RMKe-2)
Dasar Ekonomi Baru 1976-1980 Rancangan Malaysia Ketiga (RMKe-3)
(1971-1990) 1981-1985 Rancangan Malaysia Keempat (RMKe-4)
1986-1990 Rancangan Malaysia Kelima (RMKe-5)
RRJP2 1991-1995 Rancangan Malaysia Keenam (RMKe-6)
Dasar Pembangunan Nasional 1996-2000 Rancangan Malaysia Ketujuh (RMKe-7)
(1991-2000)
RRJP3 2001-2005 Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8)
Dasar Wawasan Negara 2006-2010 Rancangan Malaysia Kesembilan
(2001-2010) (RMKe-9)
Sumber: Asan, 2002; 2004

Sorotan Strategi-Strategi Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara

Rancangan Malaysia Pertama, 1966-1970

Kerajaan mengadaptasi pendekatan pasaran bebas (laissez-faire) yang berasaskan


kepada pendekatan Harrod-Domar semenjak kemerdekaan. Dalam pendekatan ini
perindustrian digambarkan sebagai enjin pertumbuhan. Pada tahun 1950an dan
1960an, tumpuan utama adalah pada strategi mempercepatkan pertumbuhan
ekonomi melalui pelaburan dan infrastruktur. Ini adalah untuk menggalakkan
pembangunan maksimum komoditi eksport dan industri pengganti import. Pelbagai
keluaran lain dikenalpasti untuk meningkatkan eksport seperti pengeluaran
pertanian pisang, sagu, ubi kayu, nanas dan lain-lain.
Walaupun strategi ini berjaya meningkatkan pencapaian ekonomi negara,
namun ia membawa kepada masalah kestakeimbangan agihan aktiviti ekonomi dan
menyebabkan pengenalan sesuatu kaum mengikut fungsi ekonomi dan lokasi
geografi. Dasar ini juga tidak sensitif dengan masalah yang sedang dihadapi oleh
masyarakat Malaysia sejak zaman penjajah lagi dalam aktiviti, pendapatan dan

30
Asan Ali Golam Hassan & Wan Roshidah Fadzim. 2007. Strategi
Rancangan Pembangunan Ekonomi Negara. Asan Ali Golam Hassan
(ed). Halatuju dan Cabaran Pembangunan Sektoral dan Sumber
Manusia dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. UUM Press,
Sintok. 52- 65. ISBN 978-983-3827-47-3

kemiskinan telah meningkatkan perasaan tidak puas hati antara pelbagai kaum dan
keadaaan ini memuncak dengan terjadinya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Rancangan Malaysia Kedua, 1971-1975

Selepas rusuhan kaum pada tahun 1969, kerajaan telah memperkenalkan RRJP1.
Matlamat RRJP1 (1971-1990) telah diimplimentasi dalam rangka kerja DEB dan
bermula dengan Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975). DEB merupakan
perancangan kejuruteraan sosial yang dibentuk untuk mengurangkan ekonomi
diantara kumpulan etnik dan di antara wilayah dengan sasaran utama ialah
pertumbuhan melalui pengagihan yang saksama. Hubungan yang kuat wujud
diantara faktor lokasi dengan petunjuk-petunjuk ketakseimbangan. Tumpuan untuk
mengatasi masalah pembangunan antara wilayah secara langsung akan mengatasi
masalah ketakseimbangan pendapatan antara etnik dan antara aktiviti-aktiviti
ekonomi.
Matlamat terakhir DEB ialah untuk mencapai integrasi nasional. Objektif
ini telah diformulasi dalam konteks strategi serampang dua mata iaitu untuk
memupuk perpaduan negara dengan membasmi kemiskinan dan membetulkan
sosioekonomi yang wujud di Malaysia antara kumpulan etnik dan wilayah.
Strategi-strategi yang telah dilaksanakan meliputi:

1. Memodenkan sektor luar bandar.


• Lebih banyak tanah-tanah baru akan dimajukan.
• Membangunkan kemudahan-kemudahan infrastruktur seperti jalanraya,
telekom, penerbangan awam, bekalan air dan elektrik, penerangan dan
penyiaran, sekolah, hospital dan klinik di luar bandar.
• Mengadakan sekolah menengah baru dan berasrama yang mementingkan
pelajaran sains dan teknologi kepada penduduk luar bandar.

2. Meningkatkan pembangunan pelajaran dikalangan kaum dan masyarakat.


• Memberi perhatian yang lebih kepada orang Melayu, Bumiputera dan
orang miskin daripada kaum lain untuk mendapat peluang melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang tinggi.
• Memberi lebih banyak peluang mendapatkan biasiswa untuk pelajar
melanjutkan pelajran diperingkat maktab dan universiti.

3. Menempatkan perusahaan-perusahaan moden di luar bandar serta memindahkan


penduduk daripada kawasan luar bandar ke bandar.

31
• Merangka dasar untuk memajukan usaha pembangunan dalam bidang
perdagangan moden dan kegiatan perusahaan luar Bandar.
• Melaksanakan projek untuk menyediakan tempat-tempat perniagaan ,
modal, nasihat pemasaran, latihan-latihan dan hubungan perniagaan untuk
membantu orang Melayu dan Bumiputera memulakan perniagaan.
• Mendapatkan sokongan daripada institusi seperti MARA, PERNAS dan
PKEN untuk menubuhkan perusahaan baru.
• Mengurangkan kemiskinan di Bandar dengan membentuk keadaan
ekonomi yang baik supaya tenaga buruh yang diperlukan berkembang
selaras dengan penawaran kerja dibandar.
• Menggalakkan dan memberi keutamaan kepada pekerja-pekerja untuk
mengikuti latihan sambil bekerja dan latihan biasa.

4. Mewujudkan ekonomi yang seimbang antara kawasan.


• Memajukan hasil bumi bagi membuka peluang-peluang ekonomi di
kawasan kurang maju melalui projek-projek besar seperti kawasan Tiga
Segi Jengka, kawasan Pahang Tenggara, kawasan Johor Tengah dan
Tanjong Penggerang.
• Membangunkan projek yang mementingkan keseimbangan kawasan dan
penyatuan kawasan seperti projek Jalan Raya Timur- Barat yang
menghubungkan Kelantan dengan Pantai Barat.

5. Melaksanakan dasar-dasar lain untuk mencapai keseimbangan ekonomi antara


kaum.
• Pembentukan masyarakat Melayu sebagai pengusaha- melalui
pembentukan minat, kemahuan dan kemahiran.
• Mengadakan bangunan-bangunan dan premis perniagaan serta
menyediakan kemudahan asas kepada orang Melayu dan Bumiputera.
• Mewujudkan peraturan tertentu untuk mengadakan perusahaan bersama
antara orang Melayu dan kaum lain.
• Menggalakkan kegiatan perusahaan secara kecil-kecilan bagi kawasan
yang kurang mendapat kemudahan infrastruktur.

Rancangan Malaysia Ketiga, 1976-1980

RMKe-3 memperkemaskan strategi kerajaan dalam melaksanakan DEB. Tumpuan


kepada mengurangkan masalah ketidakseimbangan wilayah telah diberi
penekanan. Keseluruhan matlamat Dasar Wilayah di Malaysia terdiri daripada
usaha untuk mengurangkan pembangunan ekonomi terutamanya dalam jurang
diantara pendapatan, indeks kebajikan antara kaum dan aktiviti ekonomi diantara
negeri dan wilayah. Usaha ini adalah untuk mewujudkan negara dimana kesemua
wilayah boleh berkongsi faedah dalam pembangunan dan akhirnya mencapai
perpaduan nasional. Sasarannya ialah untuk memperbaiki peluang kemajuan
32
Asan Ali Golam Hassan & Wan Roshidah Fadzim. 2007. Strategi
Rancangan Pembangunan Ekonomi Negara. Asan Ali Golam Hassan
(ed). Halatuju dan Cabaran Pembangunan Sektoral dan Sumber
Manusia dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. UUM Press,
Sintok. 52- 65. ISBN 978-983-3827-47-3

ekonomi dan sosial di negeri-negeri yang kurang membangun dan memudahkan


mobiliti penduduk dan pekerjaan di antara wilayah. Matlamat ini ditekankan
dengan jelas dalam RMKe-3 (1976-1980).

“Di dalam DEB, strategi pembangunan wilayah adalah bertujuan untuk


merapatkan lagi perhubungan di antara negeri-negeri di Malaysia. Ini
akan dicapai dengan cara mengurangkan jurang perbezaan ekonomi
dan struktur diantara wilayah-wilayah di negara ini. Strategi ini akan
diadakan atas asas keupayaan tiap-tiap wilayah bagi pembangunan
pertanian dan perusahaan, khususnya di negeri-negeri yang kurang
maju, untuk menjamin supaya pembangunan wilayah dapat membantu
matlamat negara di bidang pembangunan ekonomi secara
keseluruhannya. Matlamat asasnya ialah agihan yang saksama bukan
sahaja dari segi pendapatan tetapi juga kemudahan-kemudahan
kesihatan, pelajaran, kemudahan-kemudahan awam, perkhidmatan,
kemudahan-kemudahan hiburan dan perumahan dan yang paling
penting sekali, peluang-peluang untuk kemajuan sosial dan ekonomi
rakyat sejajar dengan matlamat-matlamt DEB” (RMKe-3, 1976:235).
Matlamat DEB ialah untuk membasmi kemiskinan dan menstruktur semula
masyarakat dengan menggalakkan migrasi keluar khususnya bagi kaum melayu
yang berpendapatan rendah dari kawasan pertanian yang kurang membangun
seperti di Kedah, Perlis dan Kelantan ke kawasan yang berpotensi untuk
membangun. DEB bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan menstruktur semula
masyarakat Malaysia agar tidak wujud pengenalan suatu kaum mengikut fungsi
ekonomi dan lokasi geografi. Kedua-dua matlamat ini mula mendapat perhatian
serentak dengan perubahan struktur ekonomi mengikut masa. Strategi-strategi yang
telah dilaksanakan dalam RMKe-3 meliputi:

1. Menambahkan peranan sektor-sektor pertanian dan perindustrian supaya dapat


menyediakan peluang-peluang yang kian bertambah untuk rakyat berbilang kaum
menyertai bidang-bidang tersebut.
• Perhatian diberi kepada peningkatan pendapatan dan kebajikan golongan
miskin di luar Bandar dengan menambah daya pengeluaran kawasan-
kawasan pertanian.
• Pembangunan perindustrian dijangka dapat memainkan peranan dalam
menyusun semula masyarakat melalui penyediaan peluang-peluang
pekerjaan untuk orang Melayu dan Bumiputera lain.
• Dasar-dasar untuk menggalakkan pelaburan akan dikaji semula supaya ia
dapat membantu perkembangan gunatenaga dan penggunaan sumber asli
negara.
33
• Menggalakkan pengeluaran yang cekap dalam bidang perindustrian
supaya kos dan kesan-kesan perindustrian terkawal.

2. Membaiki taraf hidup golongan miskin dikawasan Bandar dan luar Bandar dan
akan dilaksanakan serentak dengan usaha memperkembangkan gunatenaga dan
pendapatan.
• Program pembasmian kemiskinan melalui DEB untuk menyusun semula
masyarakat.
• Melaksanakan dasar-dasar dan program-program pasaran buruh yang
boleh membaiki corak gunatenaga mengikut kaum dengan lebih seimbang
bagi semua sector ekonomi.
• Meambahkan peluang-peluang pelajaran dan latihan untuk memastikan
penawaran tenaga mahir dari pelbagai kaum untuk mencapai corak
gunatenaga.
• Memajukan perusahaan awam bagi mencapai matlamat corak gunatenaga
mengikut kaum dan pemilikan modal saham.
• Melaksanakan garis panduan sektor swasta untuk susun semula struktur
hak milik modal saham.
• Pembelian modal-modal syarikat yang telah wujud atau yang baru
ditbuhkan untuk dipegang amanah bagi pihak orang Melayu dan kaum
bumiputera lain.
Rancangan Malaysia Kempat, 1981-1985

Dalam RMKe-4, tumpuan kepada menambahkan pengeluaran sektor pertanian dan


pembuatan. Kawasan baru seluas 84,700 hektar akan di tanam dengan kelapa
sawit. Dalam masa yang sama usaha-usaha memulihara hutan akan terus dilaksana
dan dijangka jumlah keluaran balak bekurangan pada kadar 3.5% setahun..Dasar
Pengeluaran Beras dan kadar mampu diri dipergiatkan. Usaha berterusan akan
dilaksanakan untuk menambah pendapatan penanam padi. Kawasan tanaman dua
kali setahun akan diperluaskan dan kawasan-kawasan baru seluas 4,450 hektar
setahun telah dimajukan untuk pengeluaran padi. Daya pengeluaran ditingkatkan
lagi melalui penggunaan benih bermutu tinggi, baja, perkhidmatan perkembangan
yang lebih luas, parit dan taliair serta kemudahan kredit dan pemasaran.
Kepelbagaian dalam tanaman juga dilaksanakan seperti koko, lada hitam dan
tembakau.
Pengeluaran petroleum mentah mula dijangka meningkat. Pengeluaran gas cecair
asli dijangka bermula pada 1983 bagi tujuan eksport setelah projek gas cecair asli
di Bintulu siap sepenuhnya. Walau bagaimanapun pengeluaran bijih timah dan
tembaga merosot dalam tempoh rancangan. Sektor pembuatan menyumbang
hampir satu pertiga dari pertambahan KDNK dan bahagiannya dalam jumlah
KDNK akan meningkat dari 20.5% dalam tahun 1980 kepada 23.9% dalam tahun
1985. Perkembangan sektor pembuatan juga di dorong oleh permintaan dari luar
dan dalam negeri. Industri-industri untuk eksport juga dijangka mengalami
pertambahan permintaan seperti keluaran kayu balak, elektronik, kain dan keluaran
getah. Beberapa industri pertanian yang mempunyai kemungkinan permintaan
34
Asan Ali Golam Hassan & Wan Roshidah Fadzim. 2007. Strategi
Rancangan Pembangunan Ekonomi Negara. Asan Ali Golam Hassan
(ed). Halatuju dan Cabaran Pembangunan Sektoral dan Sumber
Manusia dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. UUM Press,
Sintok. 52- 65. ISBN 978-983-3827-47-3

yang baik untuk dieksport dan kegunaan dalam negeri mula diberi keutamaan.
Strategi gantian import akan turut memberi sumbangan kepada pertambahan
pengeluaran sektor ini. Perbadanan Perusahaan Berat Malaysia Berhad telah
ditubuhkan pada 1980 untuk menggalakkan pertumbuhan jangka panjang industri-
industri yang menggunakan modal yang banyak seperti alumunium, simen dan
keluli.

Rancangan Malaysia Kelima, 1986-1990

Penekanan diberi untuk meningkatkan peranan sektor swasta sebagai penggerak


kepada pembangunan ekonomi. Merupakan sektor yang sesuia untuk memulakan
usaha-usaha baru serta meningkatkan teknologi dan kemahiran. Syarat-syarat dan
peraturan yang menghalang pertumbuhan sektor swasta diketepikan secara
berperingkat. Melalui dasar penswastaan, sektor swasta digalakkan menyertai
usaha pembangunan negara. Peranan sektor swasta yang lebih besar ialah
mengambilkira kadar pengaliran masuk modal luar negeri. Pelaburan swasta dari
luar negeri digalakkan dengan memberi layanan yang lebih liberal dan
menghapuskan halangan-halangan dalam pelaburan. Bagi tujuan membangunkan
sektor pembuatan, penyertaan sector swasta digalakkan untuk membangunkan
industri-industri berasaskan sumber dan industri-industri berat terpilih dan
meningkatkan serta mempelbagaikan industri-industri lain. Strategi-strategi yang
telah dilaksanakan dalam RMKe-5 meliputi:
1. Meningkatkan kecekapan pengurusan ekonomi.
• Kajian semula terhadap perbelanjaan sector awam akan dijalankan untuk
menyusun semula keutamaan dalam projek-projek awam bagi tujuan
memperbaiki kedudukan kewangan.
• Dalam keadaan tertentu, agensi-agensi awam akan diperkukuhkan dan
diswastakan.
• Menghapuskan paras harga yang tidak mencerminkan tingkat sebenar di
pasaran barangan, modal dan buruh melalui tindakan mengurangkan
tariff, memperkenalkan satu tingkat perlindungan yang seragam serta
mengurangkan kawalan-kawalan yang bercorak pentadbiran.
• Peningkatan kecekapan juga melalui perubahan dalam orgainisasi,
peningkatan system pemasaran, dan pengurusan tenaga kerja.

2. Pengembelingan sumber dalam negeri. Cara bagi menggembelingkan sumber-


sumber ialah meningkatkan kadar urusniaga harta benda seperti jualan tanah atau
harta benda lain untuk kegunaan produktif. Tabiat suka menabung akan
digalakkan menerusi penambahan ganjaran dan jaminan untuk menabung.
35
Rakyat Malaysia digalakkan membentuk tabiat mengguna dengan lebih baik
dengan membeli barangan tempatan dan bukan barangan import.

3. Menggiatkan semula sektor pertanian.


• Sektor swasta digalakkan meningkatkan pengeluaran makanan dalam
negeri untuk mengurangkan aliran keluar tukaran asing.
• Memperluaskan galakan taraf perintis meliputi semua kegiatan-kegiatan
yang digalakan di bawah Dasar Pertanian Negara.
• Penanaman padi besar-besaran di negeri jelapang padi dengan
menggunakan teknik-teknik moden, diurus oleh kumpulan pengurusan
ikhtisas yang terlatih.
• Tanah-tanah yang tidak lagi digunakan untuk pengeluaran padi akan
diubah penggunaannya secara berperingkat kepada pengeluaran
tanaman yang menguntungkan.
• Pengubahsuaian tanah bekas lombong untuk kegunaan pertanian.
Penanaman getah dan kelapa sawit ditumpukan untuk meningkatkan
kecekapan pengeluaran di kawasan-kawasan yang sedia ada.
• Pembangunan in-situ di beri perhatian untuk menangani masalah yang
menghalang perkembangan sector pertanian.
• Kerajaan akan mengamalkan pendekatan positif terhadap peranan
orang-orang tengah dalam proses pembangunan.
• Kajian semula dijalankan terhadap agensi-agensi awam yang telah
ditubuhkan untuk memasarkan hasil pertanian.

4. Menggalakkan pembangunan perindustrian.


• Beberapa langkah diambil untuk mengurangkan batasan atau sekatan
yang menghalang pertumbuhan sector perindustrian antaranya:-
i. penubuhan Tabung Pelaburan Baru untuk membiayai usaha
mengadakan pengeluaran-pengeluaran baru dalam sector
pembuatan,pertanian dan pelancongan.
ii. Pengurangan kadar pembayaran elektrik, telefon antarabangsa
dan teleks untuk tujuan perniagaan.
iii. Mengalakkan perniagaan yang menggunaka bahan mentah
tempatan sebagai input.
• Menjalankan strategi pemasaran luar negeri secara bersepadu.
• Memberi galakan kepada industri kecil dan ringan yang berasaskan
input pertanian dan akan ditempatkan di kawasan-kawasan yang kurang
maju.
• Mengadakan lebih banyak usahasam dengan syarikat-syarikat asing
untuk menadapatkan peluang teknologi serta kemahiran dan rangkaian
pemasaran diperingkat dunia.
• Peruntukan kewangan disediakan untuk tujuan penyelidikan dan
pembangunan terutama pembangunan perindustrian.

36
Asan Ali Golam Hassan & Wan Roshidah Fadzim. 2007. Strategi
Rancangan Pembangunan Ekonomi Negara. Asan Ali Golam Hassan
(ed). Halatuju dan Cabaran Pembangunan Sektoral dan Sumber
Manusia dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. UUM Press,
Sintok. 52- 65. ISBN 978-983-3827-47-3

• Malaysia akan mewujudkan hubungan dagangan baru dan meluaskan


pasarannya di luar negeri, terutama dengan negara-negara yang sedang
membangun.

5. Membangunkan sumber tenaga manusia sepenuhnya.

Rancangan Malaysia Keenam, 1991-1995

Walaupun DEB berakhir pada tahun 1990, namun matlamat untuk mengatasi
pembangunan wilayah kekal utama dan telah diimplimentasi dalam rangka kerja
DPN. Idea DPN wujud akibat daripada kejayaan ketika RRJP1 untuk mencapai
kemajuan dalam proses membasmi kemiskinan dan menstruktur semula
masyarakat serta memperbetulkan ekonomi dan sosial dalam konteks perluasan
ekonomi secara pesat. Penekanan pembangunan diberi kepada negeri-negeri yang
miskin untuk memperbaiki pendapatan dan kualiti hidup yang merupakan
matlamat utama bagi pembangunan luar bandar.
Berasaskan matlamat DEB untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula
masyarakat, DPN digubal untuk merangkumi beberapa aspek penting seperti (i)
mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan
ekonomi dan pengagihan yang saksama; (ii) memastikan pembangunan yang
seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling
melengkapi antara sektor yang mengoptimumkan pertumbuhan; (iii) mengurang
dan akhirnya menghapuskan keadaan ketidaksamaan dan sosial dan ekonomi
dalam negara untuk menggalakkan perkongsian yang lebih adil dan saksama
faedah yang diperolehi daripada pembangunan ekonomi untuk semua rakyat
Malaysia; (iv) menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan
mengurangkan jurang yang luas dalam pembangunan ekonomi di kalangan negeri-
negeri dan di antara kawasan bandar dan luar bandar (RMK6 1991: 4). Strategi
utama yang akan dilaksanakan dalam RMKe6 ialah:
1. Memperbaiki prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam suasana ekonomi
dunia yang sentiasa berubah.
• Meningkatkan kecekapan dan daya saing ekonomi di samping penglibatan
sektor swasta.
• Dasar fiscal dan kewangan Kerajaan ditumpukan untuk mengekalkan
kestabilan harga, kadar tukaran asing.
• Memperteguhkan kedudukan hasil kerajaan persekutuan, mengurangkan
perbelanjaan yang tidak prosuktif dan menyegerakan pelaksanaan
program-program penswastaan.

37
• Mengekalkan dasar liberalisasi dan pelonggaran peraturan dan undang-
undang untuk menggalakkan pelaburan.
• Memperuntukkan lebih banyak sumber untuk tujuan pembangunan Sains
dan Teknologi
• Memajukan system pengangkutan dan perhubungan untuk mengatasi
masalah kesesakan dan halangan.
• Memperlukuhkan perkembangan pasaran kewangan dan modal.

2. Mempelbagaikan asas ekonomi, mengggalakkan kegiatan yang mempunyai nilai


ditambah yang tinggi di samping mencari punca-punca pertumbuhan baru.
• Strategi pembangunan sector pertanian ditumpukan kepada usaha untuk
memperbaiki daya pengeluaran kawasan-kawasan yang sedia tertanam
melalui usaha-usaha penyatuan tanah dan penggunaan kaedah ladang.
• Memperluas dan mempelbagaikan sector pembuatan dengan mewujudkan
rantaian yang lebih kukuh dengan sector kecil tradisional.
• Sector perkhidmatan turut diberi penekanan dengan membangunkan
perkhidmatan yang moden dan canggih serta mempunyai nilai ditambah
yang tinggi.

3. Kepentingan keseimbangan penyertaan etnik dan pembangunan wilayah


ditekankan disamping usaha meminimumkan kebocoran dan menentukan faedah
daripada program tersebut benar-benar diterima oleh kumpulan sasaran. Usaha
dilaksanakan melibatkan:
• Pakej baru Program Pembangunan Bagi Golongan Termiskin akan
dilaksanakan dengan peruntukan RM 600 juta.
• Pakej ini mengandungi rpogram yang menekankan keperluan makanan
dan pemakanan yang berzat, penyediaan tempat tinggal yang selesa dan
pelbagai bantuan lain kepada pelajar sekolah berupa biasiswa kecil, buku
teks, kemudahan asrama dan makanan tambahan.
• Untuk melaksanakan program, daftar isirumah termiskin dikemaskini.
• Kerajaan sediakan RM 20 juta pinjaman kepada Amanah Ikhtiar Malaysia
(AIM) untuk mewujudkan peluang pendapatan yang lebih baik kepada
rakyat miskin.
• Program-program memperluaskan kemudahan pendidikan dan kesihatan
bagi penduduk luar Bandar disediakan untuk meningkatkan taraf
perkhidmatan kesihatan luar Bandar untuk keluarga berpendapatan
rendah.
• Di sector perladangan, kerajaan akan laksanakan strategi khusus untuk
memperbaiki kemudahan perumahan, kesihatan, pendidikan dan social
untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk di ladang.
• Usaha untuk meningkatkan produktiviti untuk mengurangkan jurang
perbezaan pendapatan antara kumpulan 20 peratus tertinggi dan 40
peratus terendah.
• Masalah saiz tanah yang tidak ekonomik dan terbiar akan diatasi dengan
lebih baik.
38
Asan Ali Golam Hassan & Wan Roshidah Fadzim. 2007. Strategi
Rancangan Pembangunan Ekonomi Negara. Asan Ali Golam Hassan
(ed). Halatuju dan Cabaran Pembangunan Sektoral dan Sumber
Manusia dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. UUM Press,
Sintok. 52- 65. ISBN 978-983-3827-47-3

• Membangun dan memperkukuhkan rantaian ekonomi dan perdagangan


melalui program seperti penubuhan industri luar Bandar dan penyediaan
perkhidmatan moden ke sector luar Bandar.

4. Mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera:


• Satu tabung khas diwujudkan oleh Yayasan Pelaburan Bumiputera dengan
peruntukan sebanyak RM 200 juta.
• Peranan perbandanan awam dan agensi amanah akan diselaraskan supaya
lebih berkesan melalui pemberian kuasa dan kebebasan yang lebih kepada
agensi-agensi untuk membuat keputusan korporat dan perniagaan.
• Bantuan kewangan, program latihan dan lain-lain projek berkaitan akan
ditumpukan ke arah membantu perniagaan yang berpotensi.
• Pembentukan rantaian yang lebih lengkap dan berkesan antara persatuan-
persatuan perdangan dan perindustrian Bumiputera dengan institusi-
institusi kerajaan dan agensi-agensi amanah.

5. Penyusunan Semula Guna tenaga dan Pengurusan:


• Menyokong usaha menambah penawaran tenaga manusia di peringkat
professional, pengurusan, teknikal dan mahir di kalangan Bumiputera.
• Tumpuan khusus kepada usaha meningkatkan kualiti tenaga kerja.
• System pemberian biasiswa dan bantuan pinjaman akan diselaraskan
sesuai dengan keperluan pekerjaan dan kemahiran pasaran buruh.
• Kerajaan akan menyusun semula sector-sektor yang mempunyai
penyertaan Bumiputera yang rendah.
• Mengadakan program-program berkaitan yang berupaya menggembleng
dan mengurus sumber-sumber Bumiputera.
• Mengambil langkah-langkah khusus untuk emastikan kepentingan
Bumiputera kekal dalam projek-projek yang telah diswastakan.
• Penumpuan lebih untuk menggalakkan penyertaan meluas syarikat-
syarikat di bawah kawalan Bumiputera.
• Memperkenalkan langkah-langkah yang lebih sesuai untuk menggalakkan
pembentukan syarikat usahasama yang tulin antara Bumiputera dan bukan
Bumiputera atau rakyat asing.

6. Mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan social dan ekonomi ynag


wujud antara wilayah dan negeri di Malaysia di samping meningkatkan taraf dan
kualiti hidup penduduk di negeri-negeri kurang maju.

39
• Melaksanakan strategi pengkhususan di setiap kawasan. Strategi ini
memungkinkan pembangunan industri yang lebih seimbang dan sturktur
industri negara lebih tersusun.
• Dasar Perbandaran Negara digubal bagi menentukan proses pemabndaran
yang lebih tersusun dan mewujudkan rantaian pembangunan antara
Bandar dan luar Bandar.
• Menggubal strategi Pemuliharaan Alam Semulajadi Negara untuk
mencapai tahap pembangunan selaras dengan keperluan alam sekitar.
• Penekanan kepad usaha mewujudkan aktiviti hiliran dan mempunyai nilai
ditambah yang tinggi.
• Meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan wilayah melalui
usaha kerajaan Johor bekerjasama dengan Indonesia dan Singapura
(kerjasama tiga penjuru selatan).
• Membangunkan Labuan sebagai pusat kewangan luar pesisir
anatarabangsa.
• Pulau Langkawi dibangunkan secara progresif sebagai pusat pelancongan
dan rekreasi pelancong tempatan dan asing.

7. Memajukan sumber manusia dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi dan


sosial.
• Produktiviti buruh dipertingkatkan, peluang mendapat pekerjaan dengan
pendapatan lumayan dan kemahiran yang lebih tinggi diperlukan.
• Kecekapan pasaran buruh diperbaiki dan mobility buruh ditingkatkan
untuk mengelakkkan ketidaksesuaian kemahiran, kekurangan kemahiran
dan lain-lain
• Meningkatkan mutu pendidikan dan peluang-peluang pendidikan dan
latihan akan ditambah.
• System penyelarasan upah yang lebih baik dengan mengambilkira
kepentingan majikan dan pekerja dan mengelakkan pekerja diberhentikan
ketika berhadapan dengan kemelesetan ekonomi.
• Bekalan tenaga kerja berpendidikan akan ditambah.

8. Mengukuhkan asas S&T dan keupayaan P&P untuk meningkatkan produktiviti


dan kecekapan penggunaan factor. Fokus utama kepada pembangunan keupayaan
P&P di dalam sector perindustrian.
• Meningkatkan keupayaan penyelidikan di universiti-universiti tempatan
dan penubuhan taman sains dan teknologi untuk menyediakan
kemudahan-kemudahan P&P perindustrian.
• Usaha-usaha pembaharuan serta penggunaan teknologi dapat diwujudkan
melalui dasar S&T.

Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996-2000

Strategi utama yang dilaksanakan dalam RMKe7 ialah:


40
Asan Ali Golam Hassan & Wan Roshidah Fadzim. 2007. Strategi
Rancangan Pembangunan Ekonomi Negara. Asan Ali Golam Hassan
(ed). Halatuju dan Cabaran Pembangunan Sektoral dan Sumber
Manusia dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. UUM Press,
Sintok. 52- 65. ISBN 978-983-3827-47-3

1. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan kestabilan bagi


memudahkan pencapaian objektif sosio-ekonomi dalam konteks perkembangan
ekonomi yang pesat.
• Kadar faedah akan dikekalkan kepada paras yang menggalakkan tabungan
dan pelaburan.Perhatian akan diberi kepada perbezaan kadar faedah untuk
mengurangkan pengaliran masuk dana spekulatif.
• Penekanan terhadap perbelanjaan mengurus yang terkawal.
• Galakkan tabungan yang tinggi akan membendung kenaikan harga dan
seterusnya ia melembabkan pertumbuhan penggunaan.
• Penglibatan aktif pelabur Malaysia dalam berbagai bidang pelaburan
diluar negara akan digalakkan dalam bidang seperti perumahan, industri
pembuatan, pemasangan kenderaan, minyak dan gas serta pembangunan
infrastruktur.
• Galakan secara agresif untuk membangunkan perkhidmatan terpilih untuk
dieksport seperti pendidikan, pelancongan, kesihatan dan perkhidmatan
jutuperunding bagi tujuan membantu defisit akaun perkhidmatan.

2. Mengurangkan kadar kemiskinan dan ketidaksamaan pendapatan di antara


kumpulan etnik dan kumpulan pendapatan serta wilayah serta penyusunan semula
masyarakat.
• Usaha untuk mengurangkan kadar kemiskinan ke tahap 5.5 peratus.
• Membasmi kemiskinan sepenuhnya menjelang 2000.
• Usahawan Bumiputera digalakan menceburi bidang industri startegik
seperti aerospace , automotif, jentera dan kejuruteraan, petrokimia dan
telekomunikasi.
• Latihan khusus akan diberi untuk meningkatkan pengetahuan teknikal dan
mewujudkan semangat mencapai matlamat bersama di kalangan
usahawan Bumiputera.
• Corak gunatenaga akan disusun semula untuk menggambarkan komposisi
etnik penduduk negara.
• Penawaran tenaga kerja Bumiputera akan ditingkatkan dalam bidang
professional dan pengurusan melalui pendidikan dan latihan.
• Bumiputera juga dilengkapkan dengan kemahiran perlu untk mengurus
dan mentadbir harta dan kekayaan mereka.
• Bumiputera digalakan meneroka pasaran baru melalui hubungan
perniagaan diluar negara dan mewujudkan lebih banyak peluang kepada
syarikat kecil Bumiputera lain untuk menyertai aktiviti berkaitan.

41
• Program dan projek pendidikan dan latihan, kesihatan dan kemudahan
social dan pelbagai aktiviti menjana pendapatan dijangka terus
meningkatkan taraf hidup penduduk dalam kumpulan berpendapatan 40
peratus terendah.
• Untuk mengurangkan golongan miskin di Bandar- kerajaan beri
keutamaan kpd projek yang boleh menjada pendapatan dan sediakan
kemudahan asas yang cukup termasuk menyediakan perumahan kos
rendah.

3. Memberi tumpuan kepada pertumbuhan yang didorong oleh produktiviti dengan


meningkatkan sumbangan produktiviti factor keseluruhan (TFP).
• Pertumbuhan gunatenaga dijangka pada kadar purata 2.8 peratus setahun.
• Pertumbuhan produktiviti di dokong oleh peningkatan kemahiran,
pendalaman modal, pembangunan teknologi dan kemajuan organisasi.
• Pembangunan kemahiran akan meningkatkan penawaran tenaga manusia
yang berkemampuan dan pakar dalam bidang teknikal.
• Pendalaman modal akan menyebabkan kenaikan nisbah modal-buruh. Ia
dirangsang oleh persekitaran pelaburan yang baik serta insentif menarik
untuk menggalakkan pelaburan asing dan tempatan.
• Penguasaan teknologi sedia ada dan dapat mengikuti perubahan yang
berlaku dalam teknologi memberi manfaat kepada penguasaan teknologi
dan inovasi.
• Usaha juga diambil untuk membentuk system pendidikan yang memberi
penekanan kepada S&T, mengukuhkan institusi teknikal dan saintifik dan
juga memupuk nilai budaya yang menggalakkan inovasi.

4. Meningkatkan daya saingan antarabangsa dalam menghadapi persaingan global


yang lebih hebat, kemajuan teknologi dan pasaran pengguna yang berubah.
• Malaysia perlu memperkembangkan daya saingan kelompok industri,
mengukuhkan asas ekonomi dan infrastruktur, memperbaiki persekitaran
institusi sokongan, memperluas rangkaian, kestabilan harga dan kos serta
menjalankan perniagaan yang rendah serta dapat meningkatkan kualiti
hidup.
• Kesatuan sekerja perlu mengubah sikap daripada memperjuangkan upah
yang tinggi kepada usaha untuk menggalakkan produktiviti.
• Kesatuan sekerja perlu melatih pekerja untuk mendapat kemahiran yang
tinggi.
• menumpukan pengeluaran bagi pasaran dunia.
• Industri perlu menekankan kepada P&P dan standard kualiti serta
mempergiatkan usaha berterusan dalam proses inovasi dan kemajuan
keluaran.
• Memperkukuhkan asas industri melalui pembangunan industri yang
mempunyai nilai ditambah yang tinggi, teknologi termaju, berintensif
kemahiran dan pengetahuan.

42
Asan Ali Golam Hassan & Wan Roshidah Fadzim. 2007. Strategi
Rancangan Pembangunan Ekonomi Negara. Asan Ali Golam Hassan
(ed). Halatuju dan Cabaran Pembangunan Sektoral dan Sumber
Manusia dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. UUM Press,
Sintok. 52- 65. ISBN 978-983-3827-47-3

• Kerajaan akan memperkenalkan teknologi dan kaedah yang lebih canggih


dan meneroka bidang yang lebih maju untuk membolehkan firma
meningkatkan daya saing.
• Pembanguan kelompok industri digalakkan supaya prestasi yang tinggi
daripada industri utama akan meresap ke bawah dan memberi manfaat
kepada kepada semua industri yang berkaitan.

5. Penyediaan asas sumber manusia yang kukuh bagi pertumbuhan ekonomi jangka
panjang dan menghadapi persaingan global.. Usaha meningkatkan kemahiran
pengetahuan tenaga buruh, menggalakkan peningkatan keupayaan dan inisiatif
pengurusan serta memajukan pengetahuan saintifik dan tekonologi akan terus
dilaksana.
• Insitusi pendidikan dan latihan kemahiran akan terus diperkembang,
dinaiktaraf dan disusun semula.
• Sistem pendidikan tinggi khususnya akan disusun semula dan kemasukan
pelajar dalam bidang kejuruteraan dan sains akan dilipatgandakan.
• Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti, 1971 kepada pengenalan
Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, 1996 dapat menggalakkan sector
swasta memainkan peranan dalam pendidikan tinggi.
• Skim perantis baru akan dilaksana untuk menambah bekalan tenaga
manusia mahir dalam negeri.
• Kerajaan akan meneruskan usaha menggalakkan penggunaan mekanisme
upah yang berkaitan dengan produktiviti secara lebih meluas dalam
ekonomi.
• Kerajaan meminda Akta Kerja, 1955 bagi menambah lebih banyak
peluang pekerjaan sambilan serta meningkatkan amalan kerja fleksibel
bagi menambah penyertaan wanita dalam tenaga kerja.

6. Penggunaan teknologi yang lebih meluas dan pembangunan keupayaan dalam


negeri yang lebih kukuh.
• Pembiayaan P&P ditambah.
• Institusi terlibat dengan P&P digalakkan bekerjasama untuk tingkatkan
daya inovasi.
• Kerajaan terus sediakan kemudahan dari sudut insentif fiscal dan
kewangan yang lebih baik bagi kemudahan IKS.
• Pelaburan dalam bidang pendidikan saintifik dan teknologi di tambah
disamping membangunkan sumber manusia dalam bidang teknikal dan
penyelidikan.
43
7. Memajukan lagi infrastruktur IT bagi membentuk asas yang kukuh untuk
membina ekonomi perindustrian yang berasaskan pengetahuan serta membentuk
masyarakat yang kaya dengan maklumat.
• Memulakan pembinaan Koridor Raya Multimedia antara Kuala Lumpur
dan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA)
• Pelaburan IT terus digalakkan.
• Program pembangunan IT termasuk penyediaan Pelan Sistem Maklumat
untuk mewujudkan pengkalan data bagi memudahkan sector swasta
mendapat maklumat.
• Program pendidikan dan latihan dikaji semula untuk merangkumi kajian
dan latihan dalam bidang IT.

8. Mempercepatkan program penswataan bagi mempertingkatkan kecekapan dan


produktiviti, mengekalkan pertumbuhan ekonomi serta mengurangkan lagi beban
kewangan dan pentadbiran sector awam.
• Program penswastaan akan dipercepatkan untuk mempertingkatkan
kecekapan dan produktiviti, mengekalkan pertumbuhan ekonomi serta
mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran sector awam.
• Penyertaan Bumiputera akan diberi penekanan dan usahawan Malaysia
digalakkan untuk melibatkan diri dalam projek penswastaan di luar
negara.

9. Memastikan kesejahteraan generasi masa kini tidak akan mengorbankan


kepentingan generasi akan datang.
• Kerajaan akan melaksanakan langkah pengawasan dan pengawalan
dengan lebih cekap dan berkesan dari sudut mengurangkan dan
meminimumkan tahap pencemaran serta meningkatkan kualiti hidup.
• Pelan Tindakan dirangka untuk melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara
yang memberi tumpuan kepada pembentukan rangka institusi yang kukuh,
penggubalan undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta
mewujudkan jentera pengwasan dan penguatkuasaan yang cekap.
• Memperbaiki pengurusan pembuangan sampah, bahan toksik dan
berbahaya serta buangan radioaktif.
• Perundangan dan garis panduan semasa berkaitan pembangunan dan
pemuliharaan tanah akan dikaji semula untuk pastikan aktiviti-aktiviti
pembangunan dilereng bukit dan pembersihan tanah dilaksanakan dengan
perlindungan dan kawalan yang sesuai.
• Usaha ditumpukan untuk memperbaiki dan menyelaras data alam sekitar
dengan data sumber semulajadi untuk perancangan.

10. Menyediakan peluan yang lebih banyak bagi kemajuan diri, gaya hidup yang
sihat, peluang nuntuk menimba ilmu pengetahuan, kemudahan perumahan dan
perubatan yang lebih baik, alam sekitar yang bersih dan kemudahan rekreasi yang
mencukupi.
44
Asan Ali Golam Hassan & Wan Roshidah Fadzim. 2007. Strategi
Rancangan Pembangunan Ekonomi Negara. Asan Ali Golam Hassan
(ed). Halatuju dan Cabaran Pembangunan Sektoral dan Sumber
Manusia dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. UUM Press,
Sintok. 52- 65. ISBN 978-983-3827-47-3

• Kerajaan menyediakan perkhidmatan pendidikan dan penjagaan


kesihatan.
• Sejumlah 800,000 unit rumah dibina untuk memenuhi permintaan
yang semakin meningkat.
• Tabung Perumahan Kos Rendah akan dilanjutkan untuk
mempercepatkan pembangunan perumahan kos rendah.

11. Memupuk nilai moral dan etika dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah
negara maju seperti yang dihasratkan dalam Wawasan 2020.
• Amalan nilai dan etika yang positif akan disemai di kalangan masyarakat
Malaysia melalui system pendidikan, organisasi dan pertubuhan
perniagaan serta program kekeluargaan.
• Usaha meningkatkan pembangunan masyarakat penyayang sebagi satu
komponen yang melengkapi system nilai akan dilaksanakan.
• Sifat mesra, kejiranan dan layanan yang baik terhadap tetamu akan
menjadi ciri rakyat Malaysia.
• Usaha di ambil untuk mempopularkan lagi sukan negara dan acara
kebangsaan yang diharap dapat memupuk nilai dan sikap positif di
kalangan rakyat Malaysia.

Rancangan Malaysia Kelapan, 2001-2005

RMKe-8 merupakan fasa pertama rancangan jangka panjang yang terkini, RRJP3
(2001-2010) yang diimplimentasi dalam rangka kerja Dasar Wawasan Negara,
matlamat utamanya ialah untuk meminimumkan jurang diantara wilayah,
mewujudkan masyarakat yang seimbang dengan membasmi kemiskinan dan
mengurangkan diantara dan dalam kumpulan etnik dan juga di peringkat wilayah.
RMKe-8 (2001-2005) merupakan pemangkin bagi pembangunan wilayah
memfokus untuk mempelbagaikan struktur ekonomi di negeri-negeri yang kurang
maju, meningkatkan kualiti perkhidmatan dikawasan bandar, mempercepatkan
pembangunan di kawasan luar bandar dan menggalakkan kerjasama pertumbuhan
segitiga (Growth Triangles) (RRJP3, 2001:8; RMKe-8, 2001:161). Strategi utama
yang akan dilaksanakan dalam RMKe8 ialah:

1. Meneruskan pengurusan ekonomi yang mantap dan memastikan dasar kewangan


dan fiskal yang berhemat serta meningkatkan usaha membangunkan ekonomi
berasaskan pengetahuan.

45
• Ekonomi makro yang mantap melalui kadar inflasi yang rendah dan akaun
luar negara dan belanjawan yang mampan.
• Pertumbuhan ekonomi disasarkan pada kadar 7.5 % setahun.
• Usaha untuk meningkatkan kecekapan dalam penggunaan modal.
Melaksanakan pelaburan yang berkualiti dan meningkatkan produktiviti
buruh.
• Memastikan dasar kewangan dan fiscal berhemat melalui nisbah khidmat
hutang jangka panjang yang mampan dan terkawal.
• Menggalakkan lebih banyak pelaburan dalam negeri dan menarik
pelaburan langsung asing (FDI ) yang berkualiti. ( FDI yang digalakkan
adalah dalam aktiviti pembuatan teknologi tinggi).
• Mengekalkan kedudukan imbangan pembayaran yang sihat.
• Menggiatkan usaha membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan.

2. Memperkukuh dan menyelaras program dan strategi pengagihan bagi


memastikan penyertaan yang seimbang di kalangan dan antara kumpulan etnik dan
kumpulan pendapatan serta wilayah.
• Mengukuhkan program pembasmian kemiskinan- dengan mengurangkan
kadar kemiskinan mutlak kepada 0.5%.
• Meneruskan agenda penyusunan semula masyarakat- penyusunan semula
pemilikan, pelbagai program seperti peruntukan saham, skim unit amanah
dan penswastaan. Bertujuan untuk meningkatkan pengekalan pemilikan
modal dan kawalan Bumiputera.

3. Meningkatkan pertumbuhan produktiviti melalui pemantanpan pengetahuan,


kemahiran dan kepakaran pekerja serta mengukuhkan P&P dan sains dan teknologi
(S&T).
• Memberi galakan kepada firma tempatan untuk menjalankan aktiviti P&P
dan inovasi teknologi melalui penyediaan insentif fiscal dan kewangan.
• Penekanan akan diberi kepada meningkatkan pendidikan,kemahiran dan
keupayaan tenaga buruh, memperkemaskan teknik pengurusan dan
organisasi, meningkatkan P&P dan S&T.

4. Meningkatkan daya saing dan daya tahan ekonomi dengan mempercepatkan


peralihan sector ekonomi utama kepada proses pengeluaran yang lebih cekap dan
aktiviti nilai ditambah yang lebih tinggi.
• Membangunkan industri yang mampu memenuhi keperluan pengguna
yang semakin kompleks.
• Memupuk kestabilan dan kecekapan sector kewangan- mewujudkan
sector kewangan yang kompetitif, kukuh, berdaya tahan yang akan
menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi yang tinggi.
• Memaksimumkan potensi pelancongan- Malaysia ditonjolkan sebagai
destinasi utama pelancong, penuh dengan perayaan dan acara menarik
sepanjang tahun.

46
Asan Ali Golam Hassan & Wan Roshidah Fadzim. 2007. Strategi
Rancangan Pembangunan Ekonomi Negara. Asan Ali Golam Hassan
(ed). Halatuju dan Cabaran Pembangunan Sektoral dan Sumber
Manusia dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. UUM Press,
Sintok. 52- 65. ISBN 978-983-3827-47-3

• Menggiatkan sector pertanian- menambah pengeluaran makanan,


meningkatkan daya saing komoditi perindustrian menerusi penyatuan
kewangan pertanian dan membangunkan sumber baru pertumbuhan.

5. Memperluakan penggunaan ICT dalam semua sector ekonomi bagi


mempercepatkan proses pertumbuhan. Mempercepatkan pembangunan koridor
raya multimedia (MSC)- untuk membantu melaksanakan aplikasi perdana MSC.
Malaysia akan dibangunkan sebagai hub ICT dan multimedia global.
6. Memperkukuhkan asas sumber manusia bagi memastikan bekalan tenaga
manusia yang mempunyai tahap pengetahuan, kemahiran teknikal, dan kemahiran
berfikir yang tinggi.
• Pengajaran mengenai nilai etika dan moral akan diperkukuhkan dan
dimasukkan nilai-nilai tersebut dalam kurikulum termasuk latihan guru.
• Akses kepada pendidikan dan latihan berkualiti ditingkatkan melalui
penyediaan kemudahan pembelajaran dan pengajaran yang mencukupi
terutama di kawasan terpencil dan pedalaman. Tahun 2005- belia
merupakan 19.1 % dan wanita 49.5 % daripada jumlah penduduk.

7. Melaksanakan pendekatan menyeluruh dan bersepadu dalam menangani isu-isu


sumber asli dan alam sekitar bagi mengekalkan pembangunan yang mampan.
• Memperkukuhkan pangkalan data dalam membuat keputusan tentang
alam sekitar dan memperkenalkan penggunaan indicator pembangunan
mampan.
• Dasar Air Negara akan digubal untuk memastikan sumber air
dikendalikan dengan lebih efisien dan berkesan.
• Dasar pengurusan sisi yang komprehensif akan diperkenalkan bagi
menangani isu pengurangan serta penggunaan dan pengitaran semula sisa.
• Perancangan guna tanah diperkukuh dan peraturan diperkenalkan bagi
mengawal akses kepada sumber biologi dan tangani isu keselamtan
biologi berkaitan dengan organisma yang diubah secara genetic.

8. Meningkatkan lagi kualiti hidup melalui peningkatan akses kepada


perkhidmatan social, serta membangunkan aspek estatik dalam kehidupan.
• Pihak kerajaan akan terus menyediakan dan memperbaiki kemudahan
pendidikan yang merupakan elemen penting untuk mencapai kualiti hidup
yang lebih baik.

47
• Status kesihatan penduduk diperbaiki menerusi peluasan program
pembangunan kesihatan- semua rakyat dapat akses kepada perkhidmatan
kesihatan yang berkualiti.
• Aspek estatik- melalui penglibatan yang lebih besar dalam aktiviti seni
dan kebudayaan- digalakkan melalui kempen, pameran dan persembahan
diperingkat negeri dan daerah.
• Sukan akan digalakkan sebagai alat untuk lahirkan ahli sukan bertaraf
dunia, bina gaya hidup sihat serta menguatkan semangat perpaduan.

9. Mempergiatkan usaha bagi memupuk dan menyemai nilai-nilai positif dan sifat
murni dikalangan rakyat menerusi system pendidikan, pertumbuhan social dan
agama serta media.
• Pelan Tindakan Sosial (PINTAS) yang digubal pada 1998- akan beri
tumpuan kepada pencegahan, penglibatan dan pemulihan dalam isu-isu
social.
• Nilai murni dengan menekankan tingkah laku bermoral, beretika, yang
berasaskan agama,adat dantradisi sebagai komponen penting dalam semua
usaha pembangunan.
• Tumpuan yang lebih akan diberi untuk semai nilai-nilai positif dikalangan
belia melalui pelaksanaan program Rakan Muda.
• Semangat identity bersama dan bangga terhadap negara berasaskan
warisan dan pencapaian yang lepas serta meningkatkan dan
mengoptimumkan potensi yang sedia ada.

Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), menandakan permulaan fasa kedua


Dasar Wawasan Negara. Dijangka RMK9 yang dibentang oleh YAB Datok Seri
Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen pada 31 Mac 2006.
Empat prinsip RMKe-9 iaitu: Mengekalkan polisi pembahagian
pendapatan dan peluang secara adil dan saksama. Meneruskan pemberian insentif
kepada sektor swasta terutama industri kecil dan sederhana. Pembangunan sumber
manusia – membina masyarakat berlandaskan asas ekonomi dan pengetahuan dan
memperbaiki. Memperbaiki perkhidmatan awam untuk mengurangkan kod
perdagangan (Utusan Malaysia, 24 Februari 2006:11). Strategi utama yang akan
dilaksanakan dalam RMKe-9 ialah:
• Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat
pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama.
• Meningkatkan usaha membasmi kemiskinan terutama golongan
miskin tegar di seluruh negara.
• Meningkatkan prestasi agenda pengagihan terutama pemilikan ekuiti
Bumiputera,pengagihan pendapatan di antara kaum dan
48
Asan Ali Golam Hassan & Wan Roshidah Fadzim. 2007. Strategi
Rancangan Pembangunan Ekonomi Negara. Asan Ali Golam Hassan
(ed). Halatuju dan Cabaran Pembangunan Sektoral dan Sumber
Manusia dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. UUM Press,
Sintok. 52- 65. ISBN 978-983-3827-47-3

pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian


Bumiputera (MPPB)
• Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan berkualiti tinggi melalui
system penyampaian yang cekap dan berkesan untuk memenuhi
kehendak rakyat yang semakin meningkat.
• Menggalakkan penyertaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
sebagai peneraju pertumbuhan ekonomi.
• Meneruskan langkah konsolidasi fiscal kerajaan Persekutuan.
• Memperkesankan program penswastaan.
• Memulihara sumber asli dan melindungi alam sekitar untuk
menentukan pembangunan mapan.

Kesimpulan

Ketidaksetaraan pembangunan di Semenanjung Malaysia sangat bergantung


kepada latarbelakang sejarah. Penyebab kepada ketidaksetaraan ini boleh
dipecahkan kepada dua sebab dalaman dan juga luaran. Dari segi dalaman ianya
adalah disebabkan oleh lokasi pelabuhan strategik, sumber bijih timah serta
pertanian moden (ladang getah) yang tidak seimbang antara negeri. Dari segi
faktor luaran pula, ianya adalah kerana polisi eksploitasi yang dijalankan oleh
pihak penjajah serta lokasi pilihan penghijrahan antarabangsa dari China dan India.
Faktor-faktor dalaman serta luaran ini mewujudkan kesan kumulatif tersendiri
yang berkait dengan indikator ketidakseimbangan wilayah yang lain.
Strategi buruh dan wilayah yang dimulakan oleh British merupakan titik
mula ketidakseimbangan pertumbuhan wilayah yang wujud di Malaysia pada hari
ini. Ekonomi dualisma yang wujud di Malaya adalah merupakan kesan daripada
strategi ini. Dalam hal ini, Malaya boleh dibahagikan kepada dua wilayah
berdasarkan kepada tahap pembangunannya. Penduduk dan kemudahan
infrastruktur ebih tertumpu di wilayah-wilayah yang membangun dibandingkan
dengan wilayah-wilayah yang kurang membangun. Kadar urbanisasi adalah tinggi
di wilayah yang membangun dengan kebanyakan bandar-bandar utama dan pekan-
pekan terletak di wilayah ini. Pasaran yang sedia ada dan mudah dihubungi serta
tenaga buruh yang mahir merupakan asas kepada sektor perkilangan. Kebanyakan
kawasan perindustrian dan pelaburan asing langsung (FDI) bertumpu di wilayah-
wilayah ini dan menghasilkan pendapatan dan taraf hidup yang relatifnya tinggi.
Dalam pada itu, ekonomi wilayah-wilayah yang kurang membangun
masih lagi bergantung kepada pertanian tradisional (5). Ciri-ciri yang boleh
membezakan wilayah-wilayah ini daripada wilayah yang membangun termasuklah
49
produktiviti yang rendah, pengangguran yang tinggi, pendapatan yang rendah dan
kadar kemiskinan yang tinggi. Berdasarkan faktor-faktor ini, wilayah-wilayah yang
kurang membangun ini kemudiannya menghadapi masalah migrasi keluar terpilih
yang tinggi.
Menyedari masalah ketidakseimbangan yang begitu ketara di Malaysia,
melalui DEB (1971-1990) kerajaan telah mengambil langkah segera dengan
memperkenalkan beberapa polisi untuk memperbaiki keadaan ini. Polisi
pembangunan yang menekankan kepada pertumbuhan yang seimbang adalah
merupakan salah satu daripada matlamat pembangunan kebangsaan di Malaysia.
Cabaran pembangunan yang utama selepas merdeka ialah kadar
kemiskinan yang tinggi serta ketidaksetaraan agihan pendapatan yang ketara antara
kawasan dan antara kaum. Walaupun kadar kemiskinan telah berkurangan, tetap
wujud satu golongan teras kemiskinan luar bandar yang tidak dapat dihapuskan
melalui strategi-strategi pembasmian kemiskinan yang telah dijalankan. Golongan
termiskin kebanyakannya ketinggalan dalam proses pembangunan disebabkan
terlalu miskin, telah terlalu tua atau tinggal di kawasan yang terpencil untuk
mendapat faedah daripada program-program ekonomi. Selain itu seakan-akan
wujud satu hubungan yang songsang antara tingkat pelajaran dan kadar
kemiskinan, semakin tinggi tingkat pelajaran penduduk di sesuatu kawasan
semakin rendah kadar kemiskinan di kawasan tersebut.
Sejak pengenalan DEB taraf hidup penduduk bandar dan luar bandar telah
meningkat. Peningkatan ini membawa kepada transformasi struktur demografi
yang agak selaras dengan teori transformasi kelahiran moden (modern fertility
transition). Untuk mengurangkan masalah kemiskinan dan pengangguran tidak
ketara di kawasan luar bandar, kerajaan juga menggalakkan migrasi luar bandar-
ke-bandar dan atau luar bandar-ke-luar bandar. Dalam masa yang sama
pembangunan ekonomi yang pesat mempercepatkan proses perubahan struktur di
Malaysia. Struktur ekonomi di negeri-negeri kurang maju telah dipelbagaikan. Di
semua negeri, sumbangan industri pembuatan telah meningkat. Walaupun masalah
ketidakseimbangan pembangunan antara negeri masih wujud, jurangnya telah
dapat dikurang.
Dasar-dasar pembanguan peringkat negeri atau wilayah meruspakan
sebahagian dari daripada matlamat pembangunan nasional di Malaysia iaitu
“pertumbuhan melalui pengagihan yang saksama”. Matlamat ini tidak boleh
dicapai dengan hanya menggunakan strategi tunggal. Program-program
pembangunan tanah baru mempunyai matlamat untuk menggalakkan pertumbuhan
di negeri-negeri kurang membangun melalui penggunaan tanah secara besar-
besaran. Ia juga untuk menjana sektor pertanian dan meningkatkan produktiviti di
kawasan-kawasan pertanian yang sedia ada. Bermula daripada RMKe-4, matlamat
wilayah telah ditumpukan untuk meningkatkan taraf hidup diantara wilayah bagi
mempercepatkan kadar pertumbuhan di kawasan-kawasan kurang membangun
melalui penggunaan sepenuhnya potensi sumber manusia dan sumber fizikal
(kemudahan dan perkhidmatan).
Sejak merdeka juga perancangan pembangunan wilayah juga digunakan
untuk menyebarkan pembangunan kawasan industri dan bandar-bandar baru
terutamanya di kawasan-kawasan yang kurang membangun. Matlamat ini dicapai
50
Asan Ali Golam Hassan & Wan Roshidah Fadzim. 2007. Strategi
Rancangan Pembangunan Ekonomi Negara. Asan Ali Golam Hassan
(ed). Halatuju dan Cabaran Pembangunan Sektoral dan Sumber
Manusia dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. UUM Press,
Sintok. 52- 65. ISBN 978-983-3827-47-3

melelui pembangunan pusat-pusat pertumbuhan baru sama ada sebagai bandar baru
di kawasan industri atau di kawasan pembukaan tanah baru (FELDA). Selain
mempelbagaikan aktiviti penduduk setempat, meningkatkan pendapatan dan
peluang pekerjaan baru, strategi ini juga berperanan mengurangkan bilangan besar
migrasi keluar ke kawasan-kawasan bandar yang telah sesak (Rajah 2.1).
Kerajaan telah memperkenalkan konsep estet perindustrian yang
dikhaskan mengikut lokasi. Konsep ini akan menggalakkan proses penaburan
indutri melalui pembangunan estet-setet perindustrian yang dilengkapi dengan
kemudahan lain seperti pendidikan, kesihatan dan perumahan dilokasi terpilih di
negeri-negeri kurang membangun. Langkah ini membolehkan lokasi luar bandar
menarik lebih minat bukan sahaja kepada pelabur swasta malah juga tenaga mahir
(pekerja).

51
Rujukan

Asan Ali Golam Hassan (2004). Growth, Structural Change and Regional
Inequality in Malaysia. Aldershot: Ashgate Publishing Ltd, England.

Asan Ali Golam Hassan (2002). Regional Planning in Malaysia. Habitat Malaysia,
Human Settlements Journal of Malaysia. Federal Department of Town and
Country Planning Peninsular Malaysia. Issue No.6 Dec.2002.

Higgins B., & Savoie DJ. (1997). Regional Development Theories & Their
Application. New Brunswick: Transaction Publication.

Malaysia (1971). Rancangan Malaysia Kedua, 1971-1975. Kuala Lumpur:


Percetakan Negara.

Malaysia (1976). Rancangan Malaysia Ketiga, 1976-1980. Kuala Lumpur:


Percetakan Negara.

Malaysia (1981). Rancangan Malaysia Keempat, 1980-1985. Kuala Lumpur:


Percetakan Negara.

Malaysia (1986). Rancangan Malaysia Kelima, 1986-1990. Kuala Lumpur:


Percetakan Negara.

Malaysia (1991a). Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua, 1991-2000. Kuala


Lumpur: Percetakan Nasional.
.
Malaysia (1991b). Rancangan Malaysia Keenam, 1991-1995. Kuala Lumpur:
Percetakan Nasional.

Malaysia (1996). Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996-2000. Kuala Lumpur:


Percetakan Nasional.

Malaysia (2001a). Rancangan Malaysia Kelapan, 2001-2005. Kuala Lumpur:


Percetakan Nasional.

Malaysia (2001b). Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga, 2001-2010. Kuala


Lumpur: Percetakan Nasional.

Malaysia (2006). Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010. Kuala Lumpur:


Percetakan Nasional.

Shri Devi Applanaidu & Asan Ali Golam Hassan (2004). Perancangan Perubahan
Struktur Wilayah, dlm. Asan Ali Golam Hassan, Prognosis Pembangunan
Dan Transformasi Struktur. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

52

Anda mungkin juga menyukai