Anda di halaman 1dari 4

MAKSUD PEMBANGUNAN

Menurut Todaro (1977) berpendapat bahawa pembangunan melibatkan proses menyusun dan mengorientasi semula sistem ekonomi dan sosial. Selain itu, istilah ekonomi tradisional, pembangunan bermaksud "keupayaan ekonomi negara untuk menjana dan seterusnya mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi 5 peratus atau lebih setahun" (Todaro, 1990: 86).

Satu takrifan yang lebih umum pembangunan telah diberikan oleh Syed Husin Ali (1976 dipetik dalam Rahimah 1989: 46) yang menyatakan bahawa tujuan utama pembangunan ekonomi adalah untuk meningkatkan taraf hidup majoriti penduduk.

Menurut Seers (1979), pembangunan boleh ditunjukkan dengan terhapusnya kemiskinan, kurangnya jumlah pengguran serta rapatnya jurang ketaksamaan.

Richard Gable ( 1976: 68 ) mentakrifkannya sebagai satu proses perubahan sosial yang berstruktur asas dan transformasi fungsinya dibuat dalam sistem sosial supaya kebebasan manusia bertindak dapat dipertingkatkan.

Bagaimanapun dalam makna yang luas, ia bermaksud meninggikan tingkat kemuliaan manusia dalam sesebuah masyarakat tertentu ataupun seperti yang oleh Goulet ( 1971 :10 ).

SEJARAH PEMBANGUNAN NEGARA

Pembangunan negara sebelum merdeka Ketika ini pembangunan adalah bercorak colonial dengan pengkhususan kepada pengeluaran komoditi getah dan bijih timah. Zaman selepas merdeka sehingga 1970 Rancangan Malaya Pertama 1956-1960 Menekankan kepada membangunkan sektor ekonomi luar Bandar, membina lebih banyak kemudahan asas di desa, kerajaan berhasrat mempelbagaikan ekonomi dan dwiekonomi. Rancangan Malaya Kedua 1961-1965 Rancangan diteruskan untuk memulihkan sektor ekonomi yang masih lemah dan memerlukan perubahan, meningkatkan lagi taraf hidup penduduk desa, dan mengurangkan pergantungan kepada makanan import. Rancangan Malaysia Pertama 1966-1970 Dilancarkan untuk memajukan lagi ekonomi Negara, rancangan ini lanjutan Rancangan Malaya Kedua. Hal ini bertujuan membaik pulih kelemahan yang terdapat dalam Rancangan Malaya Kedua. Menubuhkan FELCRA untuk memulihkan dan memajukan tanah serta MARA untuk membantu pengusaha Melayu menjalankan dan menguruskan perniagaan. Pembangunan selepas DEB 1) Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1970-1990 Dasar ini merangkumi Rancangan Malaysia Kedua (RMK2), Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3), Rancangan Malaysia Keempat (RMK4), dan Rancangan Malaysia Kelima (RMK5). Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu , kerajaan telah

mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang

melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru. Matlamat utama dasar ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkan perpaduan negara dengan

mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata: i. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluangpeluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. ii. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

2) Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) Dasar Pembangunan Nasional (DPN) 1991-2000 Dasar ini merangkumi Rancangan Malaysia Keenam (RMK6) dan Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK7). Tahun 1990 menandakan berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan negara. DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang.

3) Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) Dasar Wawasan Negara 2001-2010 Dasar ini merangkumi Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8) dan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9). Dasar Wawasan Negara menggabungkan teras kritikal dasar pembangunan yang lepas, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional dengan objektif utama mencapai perpaduan nasional. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan semula masyarakat dan pembangunan yang seimbang masih menjadi strategi utama. DWN juga berpandu kepada cabaran strategik Wawasan 2020 yang menyediakan hala tuju kepada Malaysia untuk menjadi negara maju sepenuhnya menjelang 2020.

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) 2010-2015 Tempoh Malaysia menuju mencapai Wawasan 2020 dengan matlamat negara maju berserta negara berpendapatan tinggi sebagaimana inti pati daripada Model Baru Ekonomi hanya tinggal sepuluh tahun lagi. Melalui pelaksanaan RMK10, kerajaan menyasarkan dapat mengurangkan kadar perbezaan pembangunan antara wilayah dan meningkatkan pendapatan seluruh rakyat. Penggubalan RMK10 berdasarkan kepada kesesuaian bagi mencapai matlamat Model Baru Ekonomi (MBE). Potensi pertumbuhan ekonomi di bawah RMK-10 perlu direalisasikan melalui peningkatan pelaburan dan produktiviti, kreativiti dan inovasi serta penggunaan modal insan dan sumber asli dan kewangan secara optimum. Keperluan terhadap penggunaan modal insan yang berkualiti dan cemerlang amat penting dan ia dilihat sebagai faktor kritikal bagi menjayakan RMK-10.

Anda mungkin juga menyukai