Anda di halaman 1dari 119

BAB 1

Pendahuluan

1.0 PENGENALAN

Bab satu merupakan bahagian yang menjelaskan tentang perkara yang terkandung dalam

penyelidikan. Dalam kajian ini, penyelidik mengupas mengenai tajuk yang ingin dikaji

oleh penyelidik iaitu Impak industri pelancongan ke atas budaya masyarakat Pulau

Perhentian, Kuala Besut, Terengganu. Antara topik-topik kecil yang dibincangkan adalah

mengenai Latar Belakang Kajian, Permasalahan Kajian, Objektif Kajian, Persoalan Kajian,

Kerangka Kajian, Kepentingan Kajian, Skop Kajian, Batasan Kajian, hipotesis dan

kesimpulan. Kajian ini akan membahaskan mengenai budaya yang berlaku di Pulau

Perhentian, pertembungan budaya di antara masyarakat Pulau Perhentian, dan kesan dari

pertembungan. Kajian yang dilakukan ini akan mengumpas mengenai gejala sosial yang

berlaku dari segi positif dan negatif dan kajian yang dilakukan ini bukanlah bertujuan

untuk menjatuhkan atau memburukkan mana- mana pihak sebaliknya kajian ini hanyalah

bertujuan untuk kajian akademik sahaja.

1
1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kajian „Impak industri pelancongan ke atas budaya masyarakat di Pulau Perhentian‟ ini

merupakan kajian pertama yang dikaji oleh pengkaji. Kajian yang dilakukan ini bertujuan

untuk mengkaji mengenai kesan pengaruh luar yang dibawa oleh pelancong ketika datang

melancong di Pulau tersebut.

Budaya merupakan tamadun, peradapan, kemajuan berfikir, dan akal budi. Manakala

berbudaya pula dimaknakan sebagai memiliki cara berfikir secara akal budi yang maju.

(Deraman, 2001) menyatakan bahawa kebudayaan boleh diertikan sebagai cara hidup

manusia yang meliputi akal fikiran serta daya cipta yang memenuhi kehendak fizikal,

kemasyarakatan serta alam sekeliling yang sesuai dengan keperluan jasmani dan rohani.

Fokus kawasan kajian ini ialah di sebuah pulau yang terletak di negeri pantai timur iaitu di

Pulau Perhentian. Kajian ini akan menfokuskan kesan yang berlaku akibat dari industri

pelancongan keatas kehidupan masyarakat di pulau tersebut sebelum dan selepas

pembukaannya sebagai lokasi pelancongan. Kajian ini juga akan meneliti aktiviti

pelancongan dan sosio-ekonomi yang melibatkan penduduk di Pulau tersebut. Dalam

kajian ini, pengkaji akan mengumpas dengan lebih terperinci mengenai adat-adat,

kelakuan, gaya hidup, taraf hidup, ketumpatan penduduk, ekologi, dan geografi

masyarakat Pulau perhentian serta membandingkan juga budaya dan gaya hidup

masyarakat Pulau Perhentian dari generasi lama dan generasi baru bagi memberikan lagi

petunjuk yang jelas mengenai kajian yang dijalankan ini.

2
Dalam bahagian latar belakang kampung dan penduduk, pengkaji akan mencakupi

pelbagai aspek seperti geografi, demografi, sejarah dan budaya. Pengkaji juga akan

menyentuh sedikit mengenai cara perhubungan, dialek masyarakat, sejarah kedatangan dan

pembukaan, serta keistimewaan yang ada di pulau tersebut. Sumber yang diperolehi adalah

berdasarkan beberapa kaedah primer dan sekunder.

Contohnya seperti kaedah temu bual, kajian perpustakaan, sumber dari internet serta

pemerhatian sendiri oleh pengkaji. Pengkaji berminat untuk membuat kajian ini kerana

pengkaji melihat generasi muda yang datang dari Pulau Perhentian ini sedikit berbeza dari

segi kelakuan, gaya pakaian dan budaya berbanding dengan generasi muda yang ada di

daerah Kuala Besut dan sekitarnya.

1.2 Sejarah Pulau Perhentian

1.2.1 Pembukaan dan penempatan awal di Pulau Perhentian

Menurut Su, (1995) , Pulau Perhentian dikatakan mula didiami pada penghujung abad

ke-18. Menurut artikel yang dibaca oleh pengkaji, kawasan yang mula-mula dibuka

dan didiami ialah Teluk Dalam yang berada dekat dengan sebatang alur air payau

cetek yang dikenali sebagai Alur Cina. Orang yang paling awal mendudukinya pula

ialah Batin Mina dan keluarganya. Beliaulah orang yang bertanggungjawab

menjadikan Pulau Perhentian sebagai satu petempatan.

3
1.2.2 Asal Penduduk Pulau Perhentian

Menurut Su (1995), Pulau Perhentian pada masa dahulu ditadbir oleh seorang ketua

yang dikenali dengan panggilan Batin. Batin merupakan orang yang

bertanggungjawab terhadap kebajikan dan keselamatan penduduk di bawah

kawalannya. Batin pada masa itu adalah merupakan seorang pendekar yang terbilang

dan juga seorang bomoh yang handal serta mempunyai ilmu kebatinan yang tinggi.

Batin Mina merupakan orang yang pertama menduduki dan mentadbir Pulau

Perhentian. Pada zamannya, teraju pentadbiran terletak di Teluk Dalam iaitu Pulau

Perhentian Besar. Pentadbirannya dibantu oleh seorang panglima yang dikenali

sebagai Panglima Dayak. Batin Mina dibantu oleh panglimanya yang

bertanggungjawab bagi memastikan keamanan dan kestabilan persekitaran pulau.

Selepas kematian Batin Mina, teraju pemerintahan pulau diambil alih pula oleh

adiknya iaitu Batin Jamal. Tidak lama selepas kematian Batin Mina, mereka yang

tinggal di perkampungan Teluk Dalam Pulau Perhentian Besar sudah tidak tenteram

lagi. Keadaan ini terjadi kerana adanya gangguan dari makhluk-makhluk halus, yang

dikatakan sebelumnya dapat dikawal oleh Batin Mina. Keadaan menjadi bertambah

buruk lagi apabila tanaman tidak menjadi kerana dirosakkan oleh lutong (sejenis

monyet) dan tikus. Oleh kerana keadaan sudah tidak terkawal lagi, Batin Jamal

pentadbir pulau pada masa itu mengambil keputusan untuk berpindah (Su, 1995).

Batin Jamal dan semua penduduk Pulau Perhentian pada masa itu telah berpindah ke

4
Negeri Sanyanya dan membuka penempatan di situ. Negeri Sanyanya ialah Kuala

Besut sekarang ini. Di Negeri Sanyanya (Kuala Besut), Batin Jamal membuka

perkampungan baru. Setelah tinggal beberapa lama di Negeri Sanyanya (Kuala Besut),

Batin Jamal dan orang-orangnya teringin untuk kembali ke Pulau Perhentian. Setelah

mengadakan perbincangan dengan semua pengikutnya, Batin Jamal mengambil

keputusan untuk kembali ke Pulau Perhentian. Sekembalinya dari Negeri Sanyanya

(Kuala Besut), mereka tidak lagi tinggal di Teluk Dalam tetapi menduduki Pasir Hantu

(penempatan sekarang) di Pulau Perhentian Kecil.

Selepas kematian Batin Jamal, pentadbiran Pulau Perhentian diambil alih pula oleh

Batin Deris. Pentadbiran Batin Deris dibantu oleh seorang panglima yang dikenali

sebagai Panglima Ebet. Batin Deris dan panglimanya bertanggungjawab terhadap hal

ehwal kebajikan dan keselamatan pengikutnya. Selepas kematian Batin Deris, warisan

kebatinan diambil alih pula oleh Batin Saman, selepas kematian Batin Saman ianya

diambil alih pula oleh Batin Yahya. Kemudian, selepas Batin Yahya meninggal dunia

ianya diteruskan pula oleh Batin Talib dengan dibantu oleh panglimanya yang

bergelar Panglima Kecik atau dikenali juga dengan panggilan Tok Deramat. Pada

zaman Batin Talib pula, penduduk Pulau Perhentian telah disatukan di satu tempat

iaitu penempatan sekarang ini. Batin Talib telah berjaya mengumpulkan semua

penduduk Pulau Perhentian di satu kawasan penempatan di sekitar awal abad ke-20.

Selepas Batin Talib meninggal dunia, pentadbiran Pulau Perhentian diteruskan lagi

oleh Batin Sidek. Batin Sidek merupakan batin yang terakhir sekali dalam warisan

kebatinan yang mentadbir Pulau Perhentian. Beliau meninggal dunia pada awal tahun

5
1990. Selepas kematiannya tidak ada lagi warisan kebatinan yang menjadi ketua

penduduk Pulau Perhentian. Tempatnya telah digantikan oleh seorang Ketua

Kampung.

Batin Pulau Perhentian mempunyai hubungan istimewa dengan pemerintah negeri

iaitu Baginda Al-Sultan Terengganu. Kisah perhubungan ini dikatakan bermula pada

zaman Batin Mina lagi sehinggalah kepada batin-batin selepasnya. Hubungan

dikatakan bermula apabila Batin Mina berkeupayaan mengubat penyakit yang dihidapi

oleh baginda Sultan Terengganu.

Mengikut su 1995, pada zaman pemerintahan ayahanda kepada Sultan Sulaiman telah

terjalin hubungan antara Batin Mina dengan baginda Al-Sultan Terengganu yang

memerintah. Sejarah hubungan istimewa dikatakan bermula apabila Almarhum Sultan

yang memerintah ketika itu ingin menduga kepandaian dan kehandalan bomoh dalam

negeri dan jajahan takluk baginda. Cara baginda menguji kepandaian bomoh ialah

baginda pura-pura sakit.

Apabila baginda sakit seluruh negeri dikhabarkan berita itu. Semua bomoh-bomoh dan

dukun-dukun yang handal dipanggil untuk mengubati baginda. Walaupun semua

bomoh-bomoh dan dukun-dukun yang handal datang mengubati baginda namun

penyakit baginda tidak juga sembuh. Semua bomoh dan dukun yang datang tidak tahu

penyakit yang dihidapi oleh baginda (Su,1995). Berita tentang Al-Sultan Terengganu

yang sedang gering itu sampai ke pengetahuan Tengku Chik, Raja yang memerintah

Besut pada masa itu. Tengku Chik menyembahkan kepada Al-Sultan Terengganu

6
tentang adanya seorang bomoh yang handal di Pulau Perhentian. Apabila berita itu

sampai ke pengetahuan baginda, lalu baginda menitahkan supaya bomoh dipanggil

untuk datang ke Kuala Terengganu dan mengubati baginda. Setelah dititahkan oleh

Sultan Terengganu supaya datang mengadap, Batin Mina iaitu bomoh yang

dimaksudkan oleh Tengku Chik mula bersiap-siap untuk memulakan pelayaran ke

Kuala Terengganu.

Batin Mina memulakan pelayaran ke Kuala Terengganu dengan menggunakan sebuah

perahu kecil yang diperbuat daripada batang kayu dan layarnya diperbuat daripada

sebidang tikar. Pada masa itu ialah musim tengkujuh. Batin Mina belayar seorang diri

mengharungi gelora musim tengkujuh untuk ke Kuala Terengganu semata-mata untuk

mengubati Baginda Al-Sultan. Setelah sampai di Kuala Sungai Terengganu dan

mendarat di jeti tidak jauh dari Istana Maziah, beliau disambut oleh seorang wakil Al-

Sultan yang dikenali dengan nama Pak Bian. Kedatangan Batin Mina memang

ditunggu-tunggu oleh pihak istana.

Batin Mina masuk ke dalam istana dan diberi santapan Diraja. Setelah berehat

seketika, Batin Mina dititahkan mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk

melihat penyakit yang dihidapi oleh Baginda. Setelah masuk mengadap, Batin Mina

mempersembahkan kepada Duli Yang Mulia Sultan bahawa Baginda sebenarnya tidak

sakit. Ia sudah mengetahui bahawa Baginda Al-Sultan sekadar ingin menguji

kepandaian dan kehandalan bomoh yang ada di serata negeri. Setelah Al-Sultan

mengetahui bahawa Batin Mina sudah mengetahui bahawa Baginda tidak sakit,

Baginda pun terus bangkit dari tempat peraduan dan segera menghampiri Batin Mina.

7
Baginda Al-Sultan mengakui kehandalan Batin Mina sebagai seorang bomoh.

Sejak peristiwa itulah, batin-batin yang tinggal di Pulau Perhentian mendapat layanan

istimewa daripada Baginda Al-Sultan Terengganu. Mengikut cerita Baginda Al-Sultan

berjanji akan memberi layanan istimewa kepada Batin Mina dan anak cucunya yang

tinggal di Pulau Perhentian. Mulai dari peristiwa itu jugalah Duli Yang Maha Mulia

Sultan-Sultan yang seterusnya dikatakan tetap menghormati Batin-Batin Pulau

Perhentian dan sering juga mengunjungi Pulau Perhentian.

Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Sulaiman, Almarhum Duli Yang Maha

Mulia Sultan Zainal Abidin 11, Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail

Nasiruddin Shah dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

juga sering mengunjungi Pulau Perhentian. Mengikut cerita lagi, setiap kunjungan

Duli-Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan akan disambut dengan upacara penuh istiadat

mengikut tradisi. Segala tradisi ini berterusan sehinggalah kepada Batin yang terakhir

iaitu Batin Sidek.

Kawasan perairan Pulau Perhentian dan sekitarnya diletakkan di bawah kawalan

Batin-Batin sehinggalah sampai ke zaman pemerintahan Inggeris. Ianya bermula dari

zaman Batin Mina lagi. Selepas kematian Batin Sidek, tidak ada lagi warisan

kebatinan yang mengetuai penduduk Pulau Perhentian. Ianya telah diganti dengan

seorang Ketua Kampung yang dilantik oleh masyarakat. Bermula pada tahun 1990,

seorang Ketua Kampung telah mengetuai penduduk Pulau Perhentian(Su, 1995).

8
1.2.3 Kegiatan Sosio-ekonomi Penduduk Pulau Perhentian Di Awal

Penempatan

Diawal penempatan penduduk Pulau perhentian bekerja sebagai petani dan nelayan

sara-diri. Penduduknya melakukan aktiviti bercucuk tanam seperti menanam padi dan

ubi kayu untuk keperluan keluarga. Padi ditanam di satu kawasan rendah di kaki bukit

kawasan penempatan di Teluk Dalam, Pulau Perhentian Besar. Selain daripada padi,

ubi kayu juga ditanam untuk keperluan sementara menunggu padi mengeluarkan

hasilnya.

Sebagai sumber protein, penduduk Pulau Perhentian pada masa itu menangkap ikan

dengan menggunakan pancing di sekitar perairan Pulau Perhentian. Mereka pergi

memancing dengan menaiki perahu-perahu kecil yang diperbuat daripada batang-

batang kayu yang ditebuk. Segala hasil tangkapan hanya cukup untuk keperluan

keluarga mereka.

Bekalan makanan seperti beras sebenarnya tidak mencukupi untuk menampung

jumlah penduduk yang semakin bertambah pada masa itu. Batin Mina yang

merupakan ketua bagi penduduk Pulau Perhentian pada masa itu telah mengena syarat

kepada kapal-kapal dagang Cina yang berlabuh di perairan Pulau Perhentian. Setiap

kapal yang berlabuh dan berlindung di Pulau Perhentian dikenakan cukai dalam

9
bentuk makanan dan pakaian. Pada masa itu kapal-kapal dagang Cina yang berlabuh

itu dikenali sebagai 'wakam' oleh penduduk kampung. Ianya adalah sejenis kapal layar

yang besar yang lebih dikenali sebagai tongkang. Jika mereka enggan membayar

cukai, tindakan akan diambil. Barang-barang mereka akan dirampas dan tidak

dibenarkan berlabuh di sekitar perairan pulau.

Jika sekiranya penguasa pulau pada masa itu iaitu Batin Mina dan pembantu-

pembantunya gagal mendekati kapal-kapal itu, tindakan lain akan diambil. Mengikut

cerita, pernah terjadi kapal-kapal dagang Cina itu dihalang pelayaran mereka dengan

membina beting pasir di tengah laut bagi tujuan menyekat pelayaran kapal tersebut.

Pembinaan beting pasir itu dikatakan dibina dengan menggunakan ilmu kebatinan oleh

Batin Mina. Setelah pelayaran kapal itu tersekat, pedagang-pedagang itu terpaksa

tunduk dan membayar cukai kepada Batin Mina (Su, 1995).

1.2.4 Bagaimana Penempatan sekarang di buka

Penempatan sekarang asalnya satu kawasan yang dipenuhi dengan lalang dan semak

samun. Di persisiran pantainya adalah hamparan pasir yang memutih. Setelah Pulau

Perhentian ditinggalkan sekian lama oleh Batin Jamal dan orang-orangnya dan

kemudian kembali semula ke Pulau Perhentian, mereka tidak kembali menetap di Teluk

Dalam. Apabila kembali semula ke Pulau Perhentian dari Kuala Besut (Negeri

Sanyanya), mereka telah membuka satu kawasan penempatan yang baru. Tempatnya

ialah Pasir Hantu iaitu penempatan sekarang. Pada masa dahulu, sebelum ianya dibuka

10
oleh Batin Jamal, tempat ini adalah kawasan yang ditakuti oleh penduduk Pulau

Perhentian kerana ianya dikatakan berhantu. Oleh kerana itulah tempat ini dinamakan

Pasir Hantu.

Mengikut cerita, sebelum ianya dibuka, orang kampung takut mendekati kawasan ini

sewaktu mereka memancing di laut. Ini kerana ada semacam orang yang melambai-

lambai di tepi pantai, pada hal pada masa itu masih belum ada penghuni lagi di Pulau

Perhentian Kecil. Oleh kerana itulah tempat ini dinamakan Pasir Hantu. Setelah ia

dibuka oleh Batin Jamal, masalah itu dikatakan dapat diatasi dan ketakutan penduduk

pun hilang.

Sebenarnya, apabila Batin Jamal dan orang-orangnya kembali dari Kuala Sanyanya),

tidak semua mereka yang kembali itu tinggal di Pasir Hantu, Pulau Perhentian Kecil.

Ada di antara mereka yang tinggal di Pulau Perhentian Besar tetapi tidak di Teluk

Dalam. Ada di antara mereka itu menduduki dan menetap di Seberang Air Keruh,

Seberang Mat Daham, Batu Jong dan Teluk Pauh.

Selain daripada itu, ada juga yang mendiami Pasir Petani di Pulau Perhentian Kecil.

Dari kajian dan cerita yang diperkatakan oleh pencerita, penempatan pada masa dulu

adalah berselerak di beberapa tempat di sekitar Pulau Perhentian Kecil dan Pulau

Perhentian Besar. Tetapi penduduk Pulau Perhentian takut untuk kembali ke Teluk

Dalam kerana tempat itu dikatakan berhantu dan tidak sesuai untuk didiami.

11
Penduduk Pulau Perhentian menetap di satu tempat di sekitar awal abad ke-20 iaitu pada

zaman pemerintahan Inggeris. Orang yang bertanggungjawab menyatukan dan

mengumpulkan semua penduduk Pulau Perhentian di satu kawasan penempatan ialah

Batin Talib. Semua penduduk Pulau Perhentian, tidak kira sama ada di Pulau Perhentian

Besar atau Pulau Perhentian Kecil menetap di satu penempatan sahaja iaitu di Pair

Hantu yang telah dijadikan sebagai penempatan penduduk pulau sekarang. Semenjak

semua penduduk Pulau Perhentian menetap di satu penempatan tidak ada lagi penduduk

di sini yang tinggal berselerak di merata-rata Pulau Perhentian. Penempatan sekarang di

bawah pentadbiran enam orang batin, yang bermula dari Batin Jamal hinggalah batin

yang terakhir sekali iaitu Batin Sidek. Sehinggalah sekarang ini, penduduk Pulau

Perhentian tinggal di satu tempat dan segala kemudahan asas senang disalurkan kepada

semua penduduk. (Su, 1995)

1.2.5 Pulau Perhentian Sekarang

Sekarang Pulau Perhentian sedang pesat membangun. Segala kemudahan asas yang ada

di Tanah Besar terdapat di sini walaupun tidak secanggih seperti barangan yang berada

di sana. Penduduk Pulau Perhentian hampir mencapai angka seribu orang. Kehidupan

mereka kini tidak lagi susah dan perit sebagaimana beberapa dekad yang lalu. Mereka

tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

12
Dengan adanya kemudahan eletrik 12 jam, penduduk di sini mampu memiliki dan

mengikuti perkembangan semasa menggunakan media massa dan tidak lagi tertutup

kepada dunia luar. Boleh dikatakan hampir setiap keluarga memiliki peti televisyen dan

setiap rumah diterangi lampu letrik. Di samping tenaga letrik penduduk Pulau

Perhentian juga mendapat kemudahan bekalan air paip yang disediakan oleh pihak

kerajaan.

Perkampungan Pulau Perhentian kini menjadi sebuah perkampungan yang lebih

tersusun kerana adanya beberapa fasa perumahan yang dibina oleh kerajaan di samping

beberapa fasa lagi yang dalam pembinaan. Apabila semua projek perumahan kos rendah

yang dibina itu siap, Pulau Perhentian akan menjadi satu perkampungan yang cantik,

kemas dan tersusun. Dalam tempoh beberapa tahun lagi Pulau Perhentian tidak akan ada

lagi rumah-rumah di tepi pantai yang menyesakkan persekitaran.

Selain dari itu, Pulau Perhentian kini mempunyai beberapa kemudahan asas yang lain,

iaitu sebuah sekolah untuk kemudahan anak-anak tempatan, sebuah klinik untuk

memberi rawatan dan kemudahan kesihatan kepada penduduk kampung sebelum

dihantar ke pusat kesihatan besar di Tanah Besar. Sebuah pondok polis didirikan untuk

memberi kemudahan kepada orang ramai yang memerlukan pertolongan.

Sejak penghujung dekad 70-an, pelancong dari dalam dan luar negara tidak putus

mengunjungi Pulau Perhentian. Ramai pelancong luar negara mengunjungi Pulau

Perhentian kerana udaranya yang bersih, pantainya yang cantik dengan pasir putih

bersih serta persekitaran pulau yang menarik. Oleh kerana kedatangan pelancong dari

13
dalam dan luar negara kian meningkat, penduduk kampung merebut peluang yang ada

dengan menyediakan keperluan untuk para pelancong. Banyak rumah tumpangan

didirikan untuk disewakan kepada pelancong. Bot-bot untuk kemudahan pelancong

pergi dan balik dari Pulau Perhentian juga disediakan. Perkembangan ini telah

menjadikan penduduk Pulau Perhentian mempunyai pilihan dalam mencari rezeki untuk

keluarga mereka. Dari segi taraf hidup, penduduk Pulau Perhentian kini mempunyai

taraf hidup yang sama dengan apa yang dirasakan oleh penduduk di Tanah Besar.

(Su, 1995)

14
1.3 LOKASI KAJIAN

Lokasi kajian yang telah dikenalpasti adalah di Pulau perhentian . Pulau Perhentian terletak

lebih kurang 10.8 batu nautika (20 km) ke Timur Laut Kuala Besut. Pulau ini terletak

dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Besut. Gugusan Pulau Perhentian merangkumi:

a) Pulau Perhentian Besar

b) Pulau Perhentian Kecil

Keluasan keseluruhannya adalah 1, 392.15 hektar. Terdapat kawasan pantai berpasir yang

agak luas walaupun secara keseluruhannya diliputi oleh kawasan berbukit dan tebing di

mana boleh mencapai setinggi 70 km hingga 300 km (Sumber : Majlis Daerah Besut,

2013).

Rajah 1:Peta Terengganu

Diadaptasi dari :Google Maps (2013)

15
Lokasi pulau ini adalah 10 batu nautika atau lebih kurang 19 kilometer daripada pesisir

pantai di Negeri Terengganu. Gugusan kepulauan ini merangkumi 9 buah pulau, iaitu

Perhentian Besar, Perhentian Kecil, Rawa, Tokong Burung, Tokong Bopeng, Susu Dara

Kechil, Susu Dara Besar, Serenggeh and Tokong Laut.

Rajah 2: Peta Pulau Perhentian

Diadaptasi dari: Google Maps (2013)

16
Rajah 3- Pulau Perhentian

Sumber: Pusat Taman Laut Pulau Perhentian(2013)

Walau bagaimanapun hanya dua pulau yang diduduki iaitu Perhentian Besar dan

Perhentian Kecil. Hampir kesemua penduduk tempatan yang berjumlah 2 ribu orang

tinggal di Pulau Perhentian Kecil. Majoriti penduduk adalah berbangsa Melayu. Hampir

kesemua tempat penginapan pelancongan adalah resort dan terletak di Perhentian Besar.

Bot digunakan sebagai alat pengangkutan bagi menghubungkan Pulau Perhentian dengan

daratan. Dari daratan pelancong menaiki bot di jeti yang terdapat di Kuala Besut. Masa

perjalanan bergantung kepada jenis bot yang dinaiki, sama ada bot laju (setengah jam) atau

bot perlahan (satu jam setengah).

17
Sebelum ini aktiviti ekonomi utama bagi penduduk tempatan adalah perikanan. Setelah

kecantikan sumber yang terdapat di pulau itu dimanfaatkan, industri pelancongan telah

berkembang dengan pesat. Setelah Pulau Perhentian digazetkan sebagai taman laut, aktiviti

perikanan menjadi terhad dan sejumlah besar penduduk terlibat dengan sektor

pelancongan.

Di Pulau Perhentian Besar, kawasan-kawasan pelancongan tertumpu di sekitar Teluk Pauh,

Pasir Jong, Teluk Keke dan Teluk Dalam. Pulau Perhentian Kecil pula tumpuan pelancong

adalah di Kampung Pasir Panjang, Teluk Kerma serta di beberapa tempat di pantai sebelah

timur. Terdapat lebih kurang 70 spesis batu karang di sekitar pulau tersebut. Selain itu

enam pantai berpasir di Pulau Perhentian juga menjadi tumpuan Penyu Karah dan Penyu

Agar untuk bertelur, walaupun bilangannya semakin berkurangan.

Infrastruktur pelancongan di Pulau Perhentian menawarkan hampir 1,000 buah bilik

penginapan yang terdiri daripada pelbagai kategori termasuk pusat peranginan mewah,

chalet bertaraf sederhana dan rendah, asrama serta kawasan perkhemahan. Tahap kualiti air

yang tinggi serta kepelbagaian hidupan marin menyebabkan banyak aktiviti yang boleh

dijalankan seperti snorkeling, menaiki bot, perkhemahan dan pendaratan penyu.

18
1.4 SKOP KAJIAN

Skop kajian ini mengumpas mengenai masalah sosial yang berlaku kesan dari pengaruh

kegiatan pelancongan yang bergiat aktif di Pulau Perhentian, Besut di kalangan remaja

serta dewasa. Lokasi ini berdekatan dengan kampung Pengkaji yang mengambil masa

kurang dari 15 minit untuk ke jeti Pulau perhentian. Skop kajian yang dilakukan ialah

menyentuh mengenai budaya atau lebih menumpukan kepada cara hidup masyarakat di

pulau tersebut. Skop kajian ini juga akan melibatkan masyarakat sekitar pulau Perhentian

iaitu masyarakat yang terdapat di Daerah kuala Besut. Pengkaji juga akan meluaskan skop

kajian pengkaji iaitu dengan melakukan kajian di jeti Kuala besut bagi mengetahui dengan

lebih lanjut kesan terhadap budaya yang dibawa oleh pelancong. Golongan sasaran untuk

kajian ini ialah masyarakat di Pulau Perhentian Kecil dan Proses pemerhatian yang

dilakukan lebih tertumpu kepada golongan remaja dan dewasa yang menetap di Pulau

Perhentian.

19
1.5 KERANGKA KERJA

Kerangka kajian ini dibuat dalam skop impak pelancongan. Impak pelancongan merupakan

sebuah kesan yang datang dari aktiviti pelancongan. Impak pelancongan boleh menjadi

positif mahupun negatif terpulang kepada nilai yang ada pada industri pelancongan dan

budaya itu sendiri. Kerangka kerja sangat penting dalam kajian ini kerana kerangka kerja

ini merupakan hala tuju atau pun kompas dalam melaksanakan kajian ini supaya kajian ini

tidak lepas dari batasan dan ia boleh berjaya.

Apabila kerangka kerja dibuat, Pengkaji tidak akan terbabas dari landasan kajian dan

kerangka kajian ini dapat membantu meletakkan sasaran kerja, dapat menyiapkan kajian

dalam masa yang diberikan serta kajian yang dilakukan mempunyai arah tuju serta

bermutu. Impak pelancongan ini telah menjadi suatu kajian sejarah di kawasan- kawasan

pelancongan dan telah dikaji lebih dari impak-impak yang lain. (Pearce, 1989, p. 2) turut

menyatakan bahawa kajian mengenai impak perkembangan pelancongan pada destinasi

pelancongan telah menjadi satu element terbesar dalam kajian pelancongan kerana aktiviti

pelancongan yang berlaku pastinya mempunyai kesan sampingan terhadap faktor-faktor

sekitar. Pearce juga menyatakan bahawa ia kebanyakannya menguasai hasil dari kegiatan

ekonomi dan mempunyai kesan terhadap hasil dan pekerjaan.

20
1.6 KERANGKA TEORI

UMUR JANTINA

- Kanak- kanak(2-12 thn) -Lelaki

-Remaja(12-21 thn) -Perempuan

-Dewasa(21-60 thn)

IMPAK
PELANCONGAN
Positif Negatif

BUDAYA MASYARAKAT

-Kelakuan -Bahasa -Penduduk

-Gaya hidup -keluarga

-Adat resam -Organisasi

21
Carta 1 di atas menunjukkan bahawa kesan atau impak pelancongan yang berlaku

mempunyai kesan positif (baik) dan kesan negatif (buruk) dari pelbagai faktor seperti

faktor masyarakat, budaya, faktor umur dan juga faktor jantina. Faktor umur dibahagikan

mengikut usia iaitu kanak- kanak berumur 2 hingga 11 tahun, diikuti pula oleh remaja yang

berumur 12 sehingga 21 tahun dan dewasa yang berumur 22 hingga 60 tahun ke atas.

Pembahagian ini dibuat adalah kerana pengaruh yang berlaku dipengaruhi oleh faktor

umur, semakin muda umur seseorang itu, semakin mudahlah merekan terpengaruh.

Golongan ini juga biasanya mempunyai sikap ingin tahu serta mudah terpengaruh

berbanding usia dewasa.

Jantina pula dibahagikan kepada dua iaitu lelaki dan perempuan. Faktor jantina digunakan

adalah kerana impak pelancongan juga mampu mempengaruhi lelaki dan perempuan untuk

melakukan sesuatu perkara yang boleh meruntuhkan akhlak. Menurut (Jenks,2003),

Budaya itu sendiri,walaupun dari fasilitinya, ialah sebuah konsep yang datang bersama

sejarah. Melalui budaya, pengkaji dapat mengenalpasti kelakuan, gaya hidup dan adat

resam masyarakat di Pulau Perhentian.

Manakala faktor masyarakat pula meliputi penduduk, organisasi dan juga istitusi

kekeluargaan. Setiap faktor yang ada sebenarnya saling berkaitan antara satu dengan yang

lain secara langsung mahupun tidak langsung. Sebagai contoh, faktor umur biasanya akan

mempengaruhi dari segi kelakuan dan daya penerimaan sesuatu perkara itu.

22
1.7 PERMASALAHAN KAJIAN

Komuniti pulau di Malaysia merupakan sebuah komuniti tradisional yang dibelenggu

kemiskinan (Yahaya Ibrahim, 2008). Permasalahan sosio-ekonomi sebenarnya telah

menjadi satu pusaka kepada generasi keturunan orang pulau. Di samping itu, komuniti ini

juga menghadapi pelbagai masalah lain seperti masalah sikap dan permasalahan dalam

aspek kemasyarakatan akibat dari industri pelancongan yang tidak terancang. Generasi

muda tidak lagi begitu tertarik untuk menyambung pendidikan di peringkat sekolah

menengah, sebaliknya mereka lebih berminat untuk menjadi pemandu pelancong ataupun

bekerja sebagai pemandu teksi laut (bot) yang dikira mudah mendatangkan pendapatan.

Kajian ini dijalankan ialah untuk mengkaji pengaruh industri pelancongan ke atas kegiatan

budaya masyarakat di Pulau Perhentian. Pengkaji berminat untuk mengetahui kesan yang

diterima oleh masyarakat di Pulau perhentian sekiranya pelancong yang membawa budaya

yang berbeza kepada masyarakat, berbeza bangsa, warna kulit dan berbeza pegangan

berhubung secara langsung dengan mereka. Pengkaji juga ingin mengkaji sejauh mana

pengaruh dari luar mempengaruhi budaya kehidupan harian masyarakat pulau tersebut

serta mengenalpasti kesan positif serta negatif yang berlaku melalui pertembungan budaya

tersebut.

Kajian yang dilakukan ini bukanlah sekadar untuk mencari keburukan mahupun

memburukkan sektor pelancongan di negara kita tetapi pengkaji mahu mengenalpasti

kesan yang berlaku serta sejauh manakah terjebaknya masyarakat di Pulau Perhentian

terutamanya di kalangan generasi muda agar masalah ini boleh diketengahkan dan dapat

23
dijadikan rujukan bagi membendung perkara ini agar tidak berlarutan menjadi masalah

besar kepada masyarakat, bangsa mahupun budaya. Kedudukan sosio-ekonomi masyarakat

dalam kajian ini banyak dipengaruhi oleh ketibaan para pelancong dari dalam dan Iuar

negara hasil galakan pihak kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri. Kehadiran mereka

telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, khususnya di

kawasan sekitar Pulau Perhentian untuk memajukan pelbagai industri berasaskan

pelancongan . Menurut kajian tersebut, kedatangan pelancong juga telah membantu

masyarakat pulau dengan memberikan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup

mereka.

24
1.8 KEPENTINGAN KAJIAN

Berdasarkan sorotan kajian yang telah dilakukan, kajian ini adalah berbeza dari kajian-

kajian lepas kerana ia mempunyai perbezaan dengan kajian yang lepas. Antara

perbezaannya ialah kajian yang dijalankan ini adalah untuk mencari serta mengkaji

mengenai kesan atau impak yang dialami masyarakat Pulau perhentian akibat daripada

industri pelancongan yang besar sedangkan kajian yang lepas mengkaji mengenai aktiviti

sosio-ekonomi penduduk pulau Perhentian.

Kajian yang dilakukan ini juga mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Antaranya

ialah dengan adanya kajian seperti ini, generasi muda serta generasi terdahulu yang tinggal

di Pulau tersebut mahupun yang berada di sekitarnya sedar akan budaya yang dibawa oleh

mereka telah dipengaruhi oleh budaya luar yang disebabkan oleh percampuran kehidupan

mereka dengan pelancong khususnya dari barat.

Dengan itu, Kajian ini diharapkan dapat dijadikan sebagai rujukan secara langsung

mahupun tidak langsung kepada masyarakat di masa hadapan.

Kajian ini juga penting dalam melaporkan kegiatan masyarakat Pulau Perhentian ini

kepada dunia luar kerana masih ramai yang beranggapan bahawa penduduk di Pulau

terutamanya pulau perhentian ini terasing dan terpulau dari dunia luar serta jauh dari arus

kemodenan dan globalisasi.

Kajian ini juga diharapkan boleh menjadi inspirasi kepada golongan penyelidik yang lain

untuk mengkaji dengan lebih terperinci lagi kerana terdapat pelbagai aspek lagi yang

25
belum disentuh oleh kajian ini seperti aktiviti kesenian penduduk pulau, Sejarah

pembukaan pulau pinang, kisah Batin Mina(Penghulu Pertama Pulau Perhentian), Dielek

dan sebagainya.

1.9 Objektif kajian

I. Untuk mengenalpasti budaya masyarakat Pulau perhentian.

II. Untuk menganalisa kesan pertembungan budaya yang berlaku di antara pelancong

dengan masyarakat Pulau perhentian.

III. Untuk menerangkan impak yang berlaku daripada aktiviti perlancongan ke atas

budaya Penduduk Pulau perhentian.

Objektif Kajian yang dinyatakan adalah bertujuan untuk menetapkan sasaran kajian

pengkaji agar tidak lari dari landasan kajian. Antara objektif kajian yang terdapat dalam

kajian ini adalah Untuk megenalpasti mengenai budaya masyarakat Pulau perhentian.

Umum mengetahui bahawa pulau perhentian sering di kunjungi oleh pelancong asing dari

dalam mahupun luar negara.

Lantas menyebabkan pengkaji ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai

keunikan budaya yang terdapat di kalangan masyarakat tersebut. Persoalannya adalah

masih lagikah masyarakat mengamalkan budaya yang diajar dari nenek moyang mereka

ataupun budaya mereka sudah dipengaruhi oleh budaya luar.

26
Objektif kajian yang kedua pula ialah untuk menunjukkan kesan pertembungan budaya

yang berlaku di antara pelancong dengan masyarakat lokasi kajian tersebut. . Objektif yang

kedua ini adalah untuk menganalisa mengenai kesan pertembungan budaya (Cross Culture)

yang berlaku diantara pelancong dan masyarakat pulau. Dari kajian dan dapatan kajian

yang dijalankan, pengkaji telah megenalpasti secara keseluruhannya bahawa impak

industry pelancongan sememangnya wujud walaupun bersifat subjektif. Kesan yang dikaji

adalah dari segi budaya.

Objektif ketiga pula adalah untuk menerangkan impak yang berlaku daripada aktiviti

perlancongan ke atas budaya Penduduk Pulau perhentian. Kajian ini juga dilakukan oleh

pengkaji untuk menerangkan kesan budaya yang berlaku akibat aktiviti pelancongan.

Sebuah penempatan yang berada di luar Bandar telah dijadikan sebagai destinasi

pelancongan, apakah reaksi yang diterima dan diberikan oleh masyarakat yang telah

terpisah oleh kemodenan ini?.Adakah kesan daripada pertembungan budaya ini

memberikan impak yang baik ataupun sebaliknya. Dari segi pemerhatian pengkaji juga,

masalah sosial juga kerap berlaku terhadap masyarakat ini, terutamanya remaja.

27
1.10 Persoalan Kajian

Persoalan kajian atau permasalahan kajian telah menimbulkan beberapa soalan seperti

yang tersenarai di bawah:

I. Bagaimanakah kegiatan budaya penduduk di Pulau Perhentian?

II. Apakah impak yang diberikan oleh industri pelancongan keatas budaya masyarakat

Pulau perhentian?

III. Sejauh manakah kesan dari aktiviti pelancongan ke atas budaya, ekonomi dan

gejala sosial masyarakat Pulau Perhentian?

IV. Bagaimanakah budaya generasi baru masyarakat Pulau perhentian?adakah masih

kekal budaya asal ataupun sudah terikut dengan budaya barat?

V. Adakah penduduk Pulau Perhentian tidak berminat dengan aktiviti lain selain dari

pelancongan?

28
1.12 Batasan Kajian

Di dalam proses untuk menghasilkan kajian ilmiah ini, pengkaji sentiasa berhadapan

dengan pelbagai cabaran dan kekangan yang sedikit sebanyak boleh mempengaruhi hasil

kajian yang dijalankan. Antara kekangan yang di hadapi oleh pengkaji ialah kekurangan

sumber kajian iaitu data dalam bentuk tulisan. Pengkaji telah mencari maklumat dan

mengumpulkan data ilmiah dari perpustakaan Unimas, Perpustakaan Negeri Terengganu

serta beberapa sumber elektronik seperti internet dan sebagainya.

Pengkaji juga telah menghadapi masalah ketika ingin menjalankan kajian di lokasi kajian

iaitu Pulau Perhentian kerana kajian yang dilakukan ini dijalankan pada bulan september

hingga April 2014 sedangkan lokasi kajian telah ditutup dari bulan oktober sehingga bulan

Febuari disebabkan oleh musim hujan. Pengkaji juga telah diberikan amaran oleh

penduduk sekitar Kuala besut supaya tidak mengunjungi lokasi tersebut kerana keadaan

ombak adalah pada paras bahaya.

Pengkaji juga tidak mempunyai alternatif lain untuk pergi ke Pulau Perhentian tersebut

kerana satu-satunya pengangkutan yang digunakan untuk pergi ke Pulau Perhentian adalah

melalui laluan laut iaitu dengan menggunakan bot. Oleh itu, pengkaji telah mengambil

jalan penyelesaian yang disarankan oleh penyelia penyelidik iaitu dengan menjalankan dan

mengedarkan borang soal selidik di sekitar jeti dan pelabuhan di Kuala besut. Pengkaji

juga telah mencari sebilangan penduduk pulau yang berpindah di sekitar Kuala Besut

29
disebabkan ingin mengelak dari musim banjir di Pulau tersebut. Kebanyakan respondan

adalah kenalan dan merupakan orang dari daerah yang sama dengan tempat asal pengkaji.

Pengkaji juga mempunyai masalah batasan jarak. Kajian yang dilakukan adalah di Negeri

Terengganu sedangkan pengkaji berada di Negeri Sarawak. Kajian yang dilakukan

melibatkan masyarakat di Pulau Perhentian, Besut, Terengganu. Oleh itu, pengkaji

terpaksa berkorban masa dan wang untuk pulang ke Terengganu bagi menjalankan kajian

seperti mengumpulkan data, menjalankan kaedah temubual dan juga menjalankan kaedah

pemerhatian.

30
1.12 HIPOTESIS

Kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk menjawab persoalan yang telah menarik minat

pengkaji untuk melakukan kajian mengenai “impak Budaya” ini, kajian yang dilakukan

diharapkan dapat membantu memperjelaskan lagi persepsi masyarakat tanah besar yang

selalu menganggap bahawa masyarakat Pulau perhentian mempunyai yang kurang baik

dan semakin berunsurkan budaya barat disebabkan oleh pengaruh budaya yang berbeza

dari masyarakat di malaysia. Terdapat dua hipotesis awal yang dapat dibuat iaitu H0-

Budaya masyarakat dipengaruhi oleh industri pelancongan dan H1- Budaya masyarakat

tidak dipengaruhi oleh industri Pelancongan. Hipotesi ini dibuat berdasarkan objektif

pengkaji supaya kajian yang dilakukan tidak terpesong dan mencapai objektif yang

ditetapkan.

Walau bagaimanapun, disebabkan oleh pertembungan budaya yang berlaku terdapat juga

kebaikan yang lahir daripadanya terutamanya dari segi sosial dan perkembangan daya

pemikiran di kalangan penduduk. Proses asimilasi ini juga boleh membantu meningkatkan

budaya hidup yang baik sekiranya dapat ditapis pengaruhnya.

31
1.13 RINGKASAN BAB 1

Secara ringkasannya, bab 1 ini bab satu merupakan bahagian yang menjelaskan tentang

perkara yang terkandung dalam penyelidikan. Antara topik-topik kecil yang dibincangkan

adalah mengenai Latar Belakang Kajian, Permasalahan Kajian, Objektif Kajian, Persoalan

Kajian, Kerangka Kajian, Kepentingan Kajian, Skop Kajian, Batasan Kajian, hipotesis dan

kesimpulan.

Kajian yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk mengkaji mengenai budaya yang berlaku

di kalangan masyatakat Pulau Perhentian. Kebudayaan Melayu pada hari ini dikatakan

seakan-akan berada di persimpangan. Pada satu pihak masyarakat diajukan dengan

persoalan yang dipanggil „cara hidup islam‟ atau „negara islam‟ yang tidak mengizinkan

apa yang diamalkan pada masa lalu diteruskan. Kebudayaan pada hari ini dilihat sudah

bercampur dengan budaya-budaya dari luar, sebagai contoh, cara berpakaian masyarakat

melayu. Pada zaman dahulu, rata-rata penduduk perempuan melayu mengenakan pakaian

baju kurung yang dipakai seharian,namun pada masa kini,pemakaian baju kurung

digantikan dengan pakaian ketat dan menjolok mata.

Kajian yang dilakukan ini pula dilihat lebih kepada kajian Sosial berbanding kajian

pengurusan. Walau bagaimanapun, kajian yang dilakukan adalah bersifat akedemik yang

ingin menerangkan mengenai sebuah budaya yang berlaku akibat dari pengaruh budaya

asing. Kesan pengaruh itu terhadap masyarakat dan negara Malaysia itu sendiri. Kajian

yang dilakukan ini akan juga membantu masyarakat sekeliling untuk menilai dan

memahami sendiri mengenai keunikan budaya masyarakat di Pulau perhentian itu.

32
Rata-rata orang yang belum pernah mengunjungi Pulau Perhentian mempunyai persepsi

yang pelbagai terhadap keindahan yang ada di pulau tersebut tanpa memikirkan mengenai

budaya yang tersedia ada di pulau tersebut. Kajian yang dilakukan ini akan mendedahkan

mengenai budaya masyarakat tersebut.

33
BAB 2

SOROTAN KESUSASTERAAN

2.0 PENGENALAN

Sorotan kesusasteraan merupakan kajian, rujukan dan analisis yang dilakukan dalam kajian

ini terhadap kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan topik kajian yang akan dilakukan.

Analisis atau bacaan kajian-kajian lepas yang dikaji oleh pengkaji-pengkaji terdahulu

diperolehi daripada pelbagai medium seperti buku, jurnal, majalah, artikel, internet dan

sebagainya. Sorotan kesusasteraan ini juga penting untuk melihat kekurangan kajian

terdahulu sebelum melakukan kajian ini, seterusnya untuk meningkatkan lagi kualiti kajian

dan dapat melengkapkan lagi kajian.

34
2.1.1 Definisi Impak

Pelancongan mengambil tempat dalam persekitaran yang dihasilkan dari kedua-dua faktor

penting iaitu manusia dan alam sekitar. Persekitaran manusia menghasilkan faktor

ekonomi, sosial dan budaya (Manson, 2008). Pelancongan, yang lebih dikenali sebagai

suatu bentuk aktiviti manusia, mempunyai impak yang besar. Impak ini sangat jelas

terutamanya di destinasi pelancong dimana pelancongan mempengaruhi persekitaran,

ekonomi, budaya dan sosial tempatan. Selain itu, ia lazimnya menyatakan bahawa impak

pelancongan berada dibawah tajuk sosial-budaya, ekonomi, dan impak persekitaran

(Manson,2008).

Impak dapat dilihat sebagai tanda yang ditinggalkan oleh sesuatu (sama ada kebaikan atau

keburukan) yang timbul daripada sesuatu kejadian. Impak juga dapat didefinisikan sebagai

pengaruh (pada pemikiran, sikap, watak, dan sebagainya) yang timbul akibat daripada

menyaksikan (mendengar atau membaca) sesuatu sehingga mampu membawa kesan yang

ketara yang mampu memberi kesenangan sama ada positif atau negatif kepada seseorang

(Bruner, 2005).

Impak atau implikasi ini berfungsi dalam membandingkan antara hasil penelitian yang lalu

dengan hasil penelitian yang baru atau telah dilakukan. Impak dapat dibahagikan kepada

tiga jenis iaitu impak secara teori, impak pengurusan, dan impak metodologi (Bryman,

2001).

35
Bagi Wall dan Wright (1977), menyatakan sebarang kenyataan impak alam sekitar amatlah

sukar dibuat. Ini kerana manusia sudah tinggal dan mengubahsuai bentuk muka bumi sejak

beribu-ribu tahun. Oleh itu, kesukaran membayangkan keadaan alam sekitar sebelum

campur tangan manusia berlaku dan wujud penetapan peringkat asas untuk mengukur

perubahan yang berlaku. Selain itu, masalah dalam memisahkan peranan manusia daripada

peranan alam juga menjadi kesukaran. Contohnya, luluhawa dan hakisan tanah adalah

proses alam yang dapat menjadi masalah besar apabila diburukkan oleh tindakan manusia.

Fenomena pelancongan menyebabkan hampir mustahil untuk menilai keseluruhan impak

yang berlaku. Kebanyakan impak pelancongan muncul secara tidak nyata dan bisanya di

luar dugaan. Impak utama membibitkan impak di peringkat kedua dan ketiga yang

mencetuskan pula kesan susulan yang berturut-turut.

Impak pelancongan boleh menjadi positif dan bermanfaat, tetapi juga negatif dan

memudaratkan. Kajian yang dijalankan oleh Yang, Ryan dan Zhang (2013) menerangkan

tentang kesan pelancongan terhadap konflik sosial dalam komuniti. Kesan pelancongan

terhadap komuniti bukan sahaja membawa pelbagai kesan positif malah kesan negatif juga

turut menjadi isu. Dalam kajian berkenaan, mereka telah menganalisis tekanan yang

membawa kepada konflik di kawasan barat China berdasarkan teori konflik sosial oleh

Lewis. Mereka telah berhujah bahawa banyak kajian impak pelancongan adalah bersifat

khusus dalam bidang kes, dan kekurangan perbandingan dengan kawasan lain yang

berkaitan kajian.

Beberapa fungsi konflik dalam sistem sosial, lebih khusus kaitannya dengan kelonggaran

di dalam institusi, kemajuan teknikal dan produktiviti.Dalam kes ini, hanya impak budaya

36
yang diperhatikan dan dipertimbangkan. Contoh yang dikemukakan adalah mengenai

impak budaya yang berlaku kepada masyarakat di Pulau perhentian di kawasan yang

melibatkan aktiviti pelancongan. Ia tidak mustahil apabila seorang pemerhati

mengeluarkan pandangan yang menyatakan bahawa sebuah budaya yang asing

meningkatkan lagi daya keterbukaan dan sosial yang ada pada masyarakat dan dinyatakan

bahawa ia merupakan impak yang positif.

Sebaliknya, akan ada juga penyelidik yang mengatakan bahawa daya keterbukaan dan

sosial yang ada hanyalah mengenai pergaulan bebas, seks rambang dan menyebabkan

runtuhan akhlak serta mengambil alih budaya tradisi dari generasi dahulu. Pengkaji ini

mungkin hanya melihat sikap keterbukaan yang dipengaruhi oleh pelancong luar sebagai

kesan negatif kepada budaya tempatan.

Walau bagaimanapun, Ia adalah perkara lazim terutamanya kepada pengkaji untuk

mengambil perhatian terhadap sebilangan impak pelancongan dari segi positif mahupun

negatif. Impak positif pelancongan dari segi budaya dan sosial termasuklah kebangkitan

seni tradisi seperti kraftangan yang disebabkan oleh permintaan industri pelancongan.

Impak negatif yang berlaku terhadap masyarakat pula termasuklah hilangnya identiti

budaya, terutamanya apabila pelancong yang datang adalah dari sebuah negara yang maju

dan lokasi pelancongan pula terletak di sebuah negara yang membangun seperti di

Malaysia. Ini mungkin akan menjadi sebahagian dari kesan demontrasi yang biasa

disebutkan.

37
Kejadian dan impak seperti ini terjadi apabila habitat asal sebuah negara yang sedang

membangun cuba meniru kegiatan yang dilakukan oleh pelancong yang datang dari sebuah

negara maju (Manson, 2008). Ia juga mungkin menjadi sebuah permulaan kepada sebuah

budaya kuning dan juga budaya separa sedar seperti masyarakat mempunyai keinginan

untuk memakai seluar jeans yang berjenama dan juga ingin menikmati makanan ringan dan

minuman yang mahal serta berjenama, tetapi juga akan mengambil sebuah tindakan diluar

batas keinginan seperti mengambil dadah serta melakukan aktiviti pelacuran.

Kebiasaannya impak pelancongan ini sangat senang untuk di lihat dalam budaya pelbagai

dimensi, tetapi secara realitinya, ia sepatutnya dilihat secara lebih meluas dari pelbagai

konteks bukan sahaja dari segi pelancongan. Menurut Wall, (1997) :

Kenyataan Wall, (1997) menyatakan bahawa keadaan pelancongan adalah sangat

kompleks, tetapi impak yang biasanya berkeinginan adalah sangat sukar untuk dimasuki,

memerlukan penerimaan dan keterbukaan serta di dalam segi polisi, mungkin akan

mempengaruhi perkembangan strategi kearah migrasi impak yang tidak diingini.

Pelancongan juga mempunyai kesan terhadap pelancong itu sendiri. Impak tersebut dapat

dilihat dalam kelakuan mereka ketika berada di destinasi.

Pengaruh yang besar terhadap Impak pelancongan (Davidson, 1996)

 Where is tourism taking Place?(e.g. A rural/ urban location, a coastal/ inland

location, a developed/ developing country?)

(Dimanakah Pelancong mengambil tempat?(Cth: Di luar Bandar/ Bandar, lokasi

pantai/ pedalaman , negara membangun/ negara maju?)

38
 What is the Scale of tourism?(e.g how many tourism are involved)

(Apakah skala pelancongan?(cth, berapa ramai pelancong yang terlibat)

 Who are the tourists?eg What are their origin? Are they domestic or international

visitors? Are they developed or developing country?)

(Siapakah pelancong?(cth, asal, dari luar atau dalam negara?datang dari negara

membangun atau negara maju?)

 In what type of activities do Tourism engage?(e.g Are they passive/active? Are the

consumptive of resources?)

(Apakah jenis aktiviti pelancong terlibat?(cth, adakah ia aktif/pasif?)

 What infrastructure exist for tourism?(e.g. Roads? Sewage system? Electricity

supply?)

(Infrastruktur yang wujud untuk pelancong?(cth, Jalan, sistem kumbahan? Sumber

elektrik?)

 For how long has tourism been established?

(Sudah berapa lamakah kegiatan pelancongan dijalankan?)

 When is the tourism season?(time of year? Importance of rainy/ dry season?)

(Bilakah musim pelancongan?(cth: tahunan? Kepentingan musim hujan dan

kemarau?)

Persoalan di atas telah disenaraikan dan telah dikaji oleh Davidson, (1996) bagi

mengenalpasti impak yang berlaku diantara Pelancong dan juga penduduk tempatan.

39
2.1.2 DEFINISI INDUSTRI

Definisi industri kreatif dalam konteks Malaysia ialah penghasilan kebolehan dan bakat

individu atau berkumpulan berasaskan kreativiti, inovasi dan teknologi yang menjurus

kepada sumber keberhasilan ekonomi dan pendapatan tinggi kepada negara dengan

memberi penekanan kepada aspek karya dan hak cipta intelek selaras dengan budaya dan

nilai-nilai murni kepelbagaian kaum di Malaysia.

Dengan kata lain, industri kreatif merujuk kepada seni untuk ekonomi yang melibatkan

individu-individu berbakat, pihak korporat dan seterusnya memberi implikasi kepada

negara dari segi pendapatan dan imej negara.

2.1. 3 Definisi Budaya

Kebudayaan adalah keseluruhan cara hidup manusia yang meliputi akal fikiran (budi) serta

daya ciptaan bagi memenuhi kehendak biologi, kemasyarakatan, serta alam sekitar yang

sesuai dengan keperluan jasmani dan rohani (Deraman, 2001). Dengan demikian,

kebudayaan dapat dilihat daripada segala hasil pemikiran atau perkara yang berbentuk

bukan kebendaan (spiritual) dan segala hasil ciptaan manusia atau perkara yang berbentuk

kebendaan (fizikal).

40
Bidang kebudayaan boleh dilihat melalui fikiran atau idea (seperti ilmu pengetahuan,

bahasa, falsafah, persuratan, mitos, lagenda, kesusasteraan, kepercayaan, dan cerita lisan),

Kebendaan (seperti seni bina, bangunan, alat mesin, object de art, pakaian, makanan, ubat-

ubatan, dan perabot), kesenian (dilihat dari dua bidang kemahiran, iaitu seni lakon

(tarian,teater, muzik, dan nyanyian) dan seni tampak (ukiran, lukisan, seni pahat, tenunan,

tekat, dan anyaman), nilai dan norma (seperti peraturan undang-undang, adat resam,

folkways, mores, gaya dan pelakuan,pantang larang, upacara dan nilai keagamaan dan

sopan santun).

Keempat-empat budaya tersebut memperlihatkan bukan sahaja hasil yang berasaskan

sesuatu yang abstrak atau tidak kelihatan, tetapi juga yang bercorak kebendaan. Hasil itu

lahir sebagai bentuk fizikal (jasmaniah) atau bukan fizikal (rohaniah). Misalnya seperti

pertalian antara pemikiran dengan perlakuan dan pemilikan digambarkan melalui

ketinggian mutu seni ukir yang lahir daripada pemikiran dan falsafah yang tinggi,

dijelmakan daripada perbuatan mengukir dan akhinya ukiran menjadi hasil warisan

budaya.

Menurut (Jenks, 2003), Budaya itu sendiri walaupun dari segi kemudahan, ialah sebuah

konsep bersama sejarah. Deraman, (2001) pula menyatakan Kebudayaan boleh diertikan

sebagai cara hidup manusia yang meliputi akal fikiran serta daya cipta yang memenuhi

kehendak fizikal, kemasyarakatan serta alam sekeliling yang sesuai dengan keperluan

jasmani dan rohani.

41
Budaya pula ialah mengenai tentang keseluruhan cara kehidupan manusia dalam sesebuah

masyarakat yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan serta berfikir. Keadaan ini

terjadi kerana budaya melambangkan identiti sesebuah masyarakat kerana setiap perkara

yang berlaku dalam sesebuah masyarakat itu terlahir daripada kebudayaannya. Secara

amnya, budaya bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan

sahsiah, akal, semangat, dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat

dilihat melalui etimologi perkataan „budaya‟ yang bermaksud „budi + daya‟, yakni budi

sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek

lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Budaya yang berasal daripada

perkataan Sanskrit budayyah, adalah merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang

bermaksud budi pekerti atau akal yang membincangkan hal – hal berkaitan budi dan akal

manusia (Lord, 1999). Di dalam pengertian yang luas pula, bermaksud segala sesuatu yang

dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan perkara „semula jadi‟ yang

bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia.

Budaya boleh dilihat daripada pelbagai perspektif. Salah satu daripadanya ialah peranan

dalam mempromosikan keamanan dan keharmonian antara pelbagai bangsa dan

masyarakat. Menurut pandangan ahli sosiologi, budaya ialah keseluruhan yang kompleks

merangkumi pengetahuan, undang-undang, kepercayaan, sikap, moral, adat istiadat dan

tingkah laku atau kemahiran lain yang biasanya dipelajari oleh manusia sebagai seorang

anggota dalam masyarakat. Budaya terbentuk secara simbolik, boleh berubah dan dicipta,

boleh diguna, dimanipulasikan, dibuang, diselaraskan dan disesuaikan (Smith, 1989)Selain

itu, budaya juga bermaksud cara hidup manusia yang merupakan satu proses

42
perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok.

Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan “budaya” yang bermaksud “budi +

daya” yakni budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala

daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Maka pada

kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia

dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan

satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat

dengan suatu masyarakat yang lain.

Ciri-ciri Budaya:

* Budaya merupakan pengkongsian suatu masyarakat

*Budaya tidak dapat berpisah dengan bahasa.

* Budaya diperolehi melalui proses pembelajaran.

43
2.1.4 Teori Budaya

Apabila ingin mengkaji mengenai budaya sesebuah masyarakat, Pengkaji haruslah

memahami mengenai teori yang terdapat dalam budaya itu sendiri. Menurut Seorang pakar

dalam kajian budaya ini, iaitu willliam (1976), budaya merupakan satu dalam dua atau tiga

perkataan yang paling rumit dalam Bahasa Ingeris kerana budaya telahpun diguna pakai

sebagai sebuah konsep yang penting di dalam beberapa sistem pemikiran. Kenyataan ini

menunjukkan bahawa budaya telah menjadi sebuah konsep pemikiran yang penting dari

dahulu lagi dan tetap masih diguna pakai sehingga ke hari ini.

Secara amnya, (Smith, 2009) menyatakan bahawa teori mengenai budaya boleh

dibahagikan kepada dua kategori iaitu:

a) Pengkaji yang melihat budaya sebagai sesuatu yang dihasilkan oleh masyarakat dari

pelbagai cara

b) Pengkaji yang melihat budaya sebagai salah salah satu kuasa besar yang menentukan

arah kehidupan sesuatu masyarakat.

(Riley, 2009), menyatakan bahawa navigasi menerusi kerumitan yang tidak dapat

dinafikan oleh definisi yang lain dan mempunyai sempadan konsep yang digunakan dalam

istilah "budaya" adalah dibantu oleh alat-alat yang digunakan secara heuristik seperti carta

Diamond Wendy Griswold:

44
Carta Diamond Wendy Griswold’s.

Dunia Sosial

Pencipta penerima
(pengeluar)

Budaya itu sendiri

(Sumber dari Griswold 2008)

Carta yang digunakan oleh Griswold ini digunakan bertujuan untuk menonjolkan empat(4)

elemen yang terlibat dalam mengeluarkan dan juga menerima sebarang jenis budaya

(bentuk budaya itu sendiri, penciptanya, penerimanya dan juga dunia sosial/kandungan dari

45
mana ia wujud dan mengambil makna) dan enam hubungan di antara empat elemen

tersebut (Grisworl, 2008).

Melalui carta tersebut, pengkaji telah mengaitkan kajian yang dilakukan dengan carta

tersebut, Dunia sosial adalah mengenai lokasi kajian iaitu Pulau perhentian yang dahulunya

merupakan sebuah penempatan yang biasa sebelum menjadi sebuah lokasi tumpuan

pelancong disebabkan oleh keindahan alam sekitarnya.

Disebabkan menjadi tumpuan pelancong, budaya penduduk yang dahulunya mengamalkan

adat melayu kini telah mengalami perubahan. Perubahan yang dialaminya juga telah dari

pelbagai segi, iaitu dari segi budaya hinggalah kepada ekonomi dan gaya hidup seharian.

Terdapat juga pelancong yang membawa budaya mereka dan masyarakat Pulau Perhentian

yang mengikuti serta terpengaruh dengan budaya yang dibawa pelancong.

2.1.4.1 Budaya lembut dan Budaya Keras

Budaya adalah sesuatu istilah yang sukar ditakrifkan. Terdapat pelbagai teori yang

mengdefinisikan budaya sebagai sesuatu yang abstrak berdasarkan logik akal dan

pemerhatian. Menurut Arnold (1869), budaya merujuk kepada kepintaran pemikiran atau

kesenian atau produk yang dikenali kini sebagai budaya tinggi (high culture) yang

bertentangan dengan budaya popular dan budaya lembut. Mengikut definisi untuk kajian

ini pula, budaya lembut (Soft Culture) pula adalah bertentangan dengan budaya keras

(Hard Culture). Melalui kajian dan pemerhatian yang dilakukan, budaya lembut

merupakan sesuatu budaya yang mudah untuk menerima kemasukan dari budaya yang lain.

46
Budaya ini juga mudah untuk bercampur dan dipengaruhi oleh budaya yang lain

terutamanya budaya keras. Budaya keras pula boleh ditakrifkan sebagai budaya tinggi atau

kuat yang kekal walaupun cuba dipengaruhi oleh budaya yang lain. Dari konteks kajian di

Pulau Perhentian pula, Masyarakat disana mengamalkan budaya ketimuran iaitu budaya

yang lembut yang mudah dipengaruhi. Apabila terjadinya pertembungan budaya yang

berlaku daripada aktiviti dengan pelancong yang membawa budaya barat yang dikatakan

sebagai budaya keras, masyarakat tersebut akan dipengaruhi secara langsung ataupun tidak

langsung dan ia akan memberikan impak kepada masyarakat, individu dan budaya yang

ada di lokasi kajian tersebut.

2.1.5 Pelancongan

Perkataan tourism datang daripada perkataan Latin iaitu tornare dan juga Greek iaitu

tornos yang membawa maksud pergerakan dalam suatu bulatan. Pada awalnya, Jafari

(1977), mendefinisikan pelancongan sebagai, “Suatu kajian manusia yang bertentangan

dengan habitat semula jadi mereka serta penglibatan industri yang bertindak balas pada

keperluan mereka, dan juga kesan ke atas diri mereka dan industri itu daripada sudut

sosiobudaya, ekonomi dan persekitaran.”

Menurut (Mason, 2008) pula, Pelancongan adalah aktiviti pergerakan yang sementara yang

dilakukan oleh seseorang untuk ke destinasi luar dari kawasan kerja dan penempatan yang

kebiasaan bagi mereka, serta aktiviti yang dijalankan ketika berada di destinasi tersebut,

47
dan kemudahan yang wujud untuk memenuhi keperluan mereka.Walau bagaimanapun,

Jafari(1981) pernah menyatakan di dalam rujukan pada impak di dalam definisinya iaitu

"Pelancongan adalah satu kajian manusia dari luar habitat yang biasa, sebuah industri yang

bertindak balas kepada keperluannya dan menberi kesan terhadap pelancong dan industri

tersebut dari segi sosio-budaya, ekonomi dan persekitaran fizikal.

Menurut pemahaman pengkaji pula, pelancongan ini adalah aktiviti meluangkan masa

untuk bergembira dan keluar dari masalah kerja yang berpanjangan.

Pengkaji juga melihat bahawa masyarakat Pulau Perhentian ini sudah banyak dipengaruhi

oleh budaya luar, terutamanya budaya kuning dari barat. Melalui pemerhatian yang

dilakukan pengkaji ketika pengkaji bercuti di pulau tersebut terhadap Masyarakat Pulau.

Pengaruh budaya luar ini kebanyakannya lebih banyak menular di kalangan remaja sekitar

Umur 12 hingga 23 tahun.

Remaja pada sekitar usia ini biasanya mudah terpengaruh dengan sesuatu yang asing,

mereka berminat untuk mencuba sesuatu yang baru seperti yang dilakukan oleh para

pelancong yang datang ke tempat mereka.

48
2.1.6 Konsep asas pelancongan

Pelancongan merupakan sebuah aktiviti yang melibatkan seseorang itu mengembara/keluar

ke luar kawasan kebiasaannya kurang dari setahun dengan tujuan utamanya untuk

perjalanan selain daripada menjalankan aktiviti ganjaran dari dalam tempat yang dilawati.

Perkataan "persekitaran biasa ', yang terdapat dalam pelancongan itu tidak termasuk

perjalanan masyarakat seseorang kediaman dan perjalanan rutin. Konsep pelancongan

boleh dibahagikan mengikut kategori seperti yang dibawah (Smith, 1995):

1) Pelancongan domestik- Penduduk dalam sesebuah negara melawat destinasi dalam

negara sendiri.

2) Pelancongan masuk- lawatan ke negara oleh bukan penduduk negara itu.

3) Pelancongan keluar- penduduk dalam negeri melawat destinasi di negara lain.

4) Pelancongan dalaman- kombinasi antara pelancongan domestik dan pelancongan

masuk.

5) Pelancongan negara- kombinasi pelancongan domestik dan pelancongan keluar.

6) Pelancongan antarabangsa- kombinasi pelancongan masuk dan pelancongan keluar.

Kajian yang dilakukan oleh pengkaji pula hanyalah untuk mengetahui apakah kesan yang

dibawa oleh pelancong luar negara kepada masyarakat tempatan di Pulau perhentian.

Kebanyakan pelancong yang datang adalah dari luar Negara dan terdapat juga pelancong

domestik.

49
2.1.7 Definisi Pulau

Masyarakat Pulau sering mendapat persepsi yang kurang baik dari masyarakat luar.

Terdapat pelbagai definisi Pulau yang diberikan oleh pelbagai pengkaji ketika menjalankan

kajian di Pulau-Pulau. Menurut Macleod (2006), definisi yang diberikan berdasarkan

faktor-faktor termasuklah mempunyai skala yang kecil, terasing, mempunyai ekonomi

yang lemah, mempunyai perbezaan dari segi politik, cuaca, geografi, kepelbagaian, dan

persekitaran. Masyarakat Pulau juga terpaksa menghadapi kecacatan dari segi carta

organisasi dan masyarakat disebabkan oleh keterasingan dari masyarakat luar, lokasi serta

skala penempatan dan populasi yang kecil. Ia juga boleh memberi kesan yang lebih meluas

pada masyarakat pulau kerana saiz komuniti kecil dan, dengan itu, tahap yang lebih tinggi

interaksi sosio-budaya. Kepulauan sering menghadapi kecacatan struktur kerana terpencil,

lokasi sekeliling mereka dan juga saiz kecil mereka di kawasan dan penduduk. Mereka

mempunyai asas sumber lomited, pasaran domestik kecil, diseconomies skala, jalan

perhubungan, insfrastruktur terhad dan mekanisme institusi dan tahap yang tinggi

pergantungan kepada kuasa-kuasa luar.

Masyarakat di Pulau juga mempunyai sumber utama yang terhad, pasaran yang kecil, taraf

hidup rendah, insfrastruktur dan institusi mekanisma yang terhad. Masyarakat sering

dikaitkan dengan istilah komuniti yang bermaksud sekumpulan orang yang membentuk

sebuah sistem yang mewujudkan sebuah komunikasi dalam kumpulan tersebut.

50
2.1.7.1 Pelancongan Pulau/ Island Tourism

Baum (1995) mengatakan bahawa Pelancongan Pulau bukanlah satu fenomena baru.

Perkara yang dilihat baru adalah faedah yang telah mula ditunjukkan di pulau-pulau dan

peranan yang mana pelancongan dalam pembangunan sosio-ekonomi dan gejala sosial

mereka. Pelancongan pulau itu sendiri mungkin lebih mudah ditentukan dalam jangka yang

generik dan dengan merujuk kepada ciri-ciri yang dinyatakan di atas keunikan yang

terdapat di pulau-pulau tersebut. Pelancongan pada umumnya lebih penting dalam faktor

ekonomi pada destinasi pulau berbanding dengan kes yang kebiasaannya dari destinasi

tanah besar. Ini adalah kerana ia sentiasa menjadi faktor yang lebih besar dan lebih

penting dalam ekonomi pulau itu. Impak industri pelancongan mempengaruhi lebih kuat

di destinasi pulau yang tidak mempunyai kapasiti yang besar.

Pelancongan juga lebih berleluasa dalam kesannya terhadap masyarakat pulau kecil

daripada di destinasi peranginan tanah besar yang lebih besar dengan komunikasi tempatan

yang baik untuk pusat-pusat bandar. Kemasukan ramai pelancong ke sesuatu destinasi

pulau mungkin mempunyai kesan yang lebih mendalam kepada destinasi dalam jangka

budaya, sosial dan alam sekitar kerana skala kecil destinasi ini . Penduduk tempatan akan

mempunyai hubungan lebih dengan pelancong. Hubungan ini boleh memberikan kesan

negatif .

51
Fenomena di mana penduduk tempatan mula meniru budaya pelancong, dan dengan itu

mengurangkan kepentingan dalam mengekalkan budaya dan warisan mereka sendiri, ia

dikenalpasti sebagai impak budaya. Kesan menggunakan penduduk tempatan dalam

industri hospitaliti juga mungkin mempunyai kesan negatif, terutamanya kepada penduduk

pulau yang mempunyai budaya dan agama yang berbeza daripada pelancong mereka.

Kesan kerja syif dan keanehan pekerjaan yang lain dalam industri hospitaliti atas unit

keluarga itu dan tradisinya juga akan negatif dalam cara di mana ia mengubah keluarga

ditubuhkan dan hubungan masyarakat dan corak tingkah laku. Akhirnya, skala kecil

sumber fizikal sebuah pulau ini menyebabkan ia menjadi lebih mudah terpengaruh dengan

kesan-kesan negatif pembangunan besar-besaran dan akan meningkat penggunaan yang

dibawa oleh pelancongan.

2.1.8 Definisi pembangunan

Daud (2001) menyatakan bahawa pembangunan yang sebenar adalah suatu kegiatan

penting dan terancang yang menghasilkan kebaikan. Lain kata, ia merupakan suatu gerak

dari keadaan buruk kepada baik, dari keadaan baik kepada yang lebih baik dan yang

mengekalkan keadaan baik tersebut. Manakala menurutnya lagi, lawan makna

Pembangunan yang sebenar pula mestilah keburukan, penyelewengan, dan kejahatan yang

mesti ditentang dengan segala upaya kita sebagai individu dan sebuah negara.

Pembangunan mempunyai makna yang pelbagai ia boleh diibaratkan sebagai satu

ungkapan yang universal. Universal disini adalah pembangunan bukan hanya merujuk

52
kepada pembangunan bangunan-bangunan sahaja ia juga membawa makna pembangunan

dari segi sosial, ekonomi dan juga politik. Sehingga kini tiada satu pun istilah yang dapat

mendefinisikannya secara tepat apa itu maksud pembangunan ini kerana ia mempunyai

istilah tersirat yang banyak.

2.1.9 Pembangunan Sosial

Kajian ini secara khususnya mengkaji impak pelancongan terhadap masyarakat secara

individu atau secara berkumpulan yang bertindakbalas terhadap persekitaran asing yang

seterusnya mempengaruhi dan membentuk persekitaran sosial masyarakat. Tindakbalas ini

secara khususnya akan menjelaskan bagaimana perubahan ekonomi sesuatu kawasan itu

akan mempengaruhi perubahan sosial dan persekitaran kawasan berkenaan (Lutz, 2009).

Perubahan sosial ini dapat dilihat dari aspek bagaimana ia mengubah sesebuah masyarakat,

kelestarian persekitaran, dan kualiti kehidupan secara menyeluruh.

2.1.10 Pembangunan Mampan

Pembangunan Mampan adalah bertujuan untuk membawa mutu hidup yang lebih baik

pada masa kini dan masa depan, sambil melindungi dan mungkin memperbaiki mutu alam

sekitar serta penggunaan sumber asli. Konsep ini mengandungi tiga elemen utama yang

saling berkaitan antara satu sama lain iaitu, masyarakat, ekonomi dan alam sekitar.

53
Elemen masyarakat yang ingin disentuh disini adalah agar semua masyarakat memperolehi

kehidupan yang sama contohnya semua ibu bapa diwajibkan menghantar anak-anak

mereka ke sekolah tahap paling rendah yang diwajibkan oleh Kementerian adalah sehingga

tahun enam ataupun menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Persekitaran

yang selamat adalah berkaitan secara langsung dengan pembinaan masyarakat Mampan

yang menjadi teras kepada kewujudan Pembangunan Mampan.

Pembangunan Mampan memberi fokus untuk meningkatkan kualiti kehidupan kepada

semua kehidupan di bumi tanpa adanya peningkatan terhadap penggunaan sumber yang

melebihi kemampuan alam sekitar untuk menyediakannya. Hal ini memerlukan perubahan

sikap, institusi, individu dan sebagainya. Ia juga memerlukan tindakan seperti perubahan

polisi/dasar, yang mencakupi individu dan masyarakat.

54
2.1.11 Ekopelancongan

Bagi memenuhi permintaan pelancong asing yang dahagakan keindahan alam semulajadi

telah mendorong kerajaan untuk mengistiharkan Pulau Perhentian sebagai Taman laut di

samping menyediakan kemudahan infrastruktur pelancongan seperti hotel, rumah

penginapan dan jeti pelancongan. Pengistiharan Pulau Perhentian sebagai Taman Laut

telah menjejaskan mata pencarian nelayan pulau (Habibah, 1994), dan penyediaan

kemudahan infrastruktur untuk pelancong telah mendatangkan impak negatif terhadap batu

karang (Andrew, 2002).

Kebanyakan kajian pelancongan telah menekankan kepada kesan ekonomi dan fizikal

pelancongan dan kurang memberi penekanan pada aspek sosial (Pizam, 1978). Walaupun

kesan sosial, psikologi dan ekonomi terhadap masyarakat tuan rumah diperakui berlaku

(Jafari, 1973), kajian terbaru memberi perhatian kepada impak negatif pelancongan kepada

masyarakat setempat. Didapati masyarakat yang menerima kesan negatif dari aktiviti

pelancongan akan bertindakbalas dengan sengaja menunjukkan sikap bermusuhan kepada

pelancong, sekaligus mengurangkan daya tarikan destinasi. Pendapatan dari pelancongan

dan peluang-peluang pekerjaan juga akan terjejas. Ini menunjukkan bahawa untuk

mendapat sokongan masyarakat pendapat mereka perlu diberi perhatian.

Dalam masa yang sama Yahaya (2008) merumuskan bahawa aktiviti pelancongan akan

memberi impak terhadap perubahan sosio-ekonomi di kalangan masyarakat setempat.

Impak yang selalu dilihat sebagai kesan langsung daripada perkembangan industri.

pelancongan ialah timbulnya masalah sosial yang ketara di kalangan masyarakat Pulau

55
Perhentian dengan tidak menafikan peluang pekerjaan yang tersedia sebagaimana yang

dinyatakan oleh Ramle, Lazim dan Mohd Afandi (2005). Antara masalah sosial yang

dikenalpasti oleh mereka ialah pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan yang

menjurus kepada seks bebas, penyalahgunaan dadah, merebaknya penyakit AIDS/HIV,

ikatan kekeluargaan yang longgar di kalangan masyarakat serta penguasaan ekonomi oleh

orang luar. Permasalahan ini telah disebut oleh Kadir (1997) sebagai pergorbanan yang

perlu dibayar oleh masyarakat setempat demi memenuhi permintaan pelancong asing.

Bagi memastikan ketahanan pulau secara berterusan, pelancongan haruslah bersandarkan

kepada konsep ekopelancongan. The International Ecotourism Society (TIES)

mendefinisikan ekopelancongan sebagai „responsible travel to natural areas that conserve

the environment and sustains the well-being of local people’ (UNEP, 2001). Terdapat

banyak individu atau organisasi yang mendefinisikan eko-pelancongan.

Walau bagaimanapun hanya terdapat tiga matlamat penting dalam eko-pelancongan iaitu

perjalanan atau pengembaraan ke kawasan semulajadi, memulihara alam sekitar dan

memberi manfaat kepada masyarakat tempatan. Ekopelancongan bukan sahaja bertujuan

mewujudkan kesefahaman dalam kebudayaaan yang tergolong dalam persekitaran,

memulihara ekosistem dan menghasilkan faedah dalam bentuk ekonomi bagi

menggalakkan pemuliharaan alam sekitar (Goeldner, 2000) malah ia membolehkan

penglibatan masyarakat tempatan di dalam aktiviti sosio-ekonomi yang positif” (Jabatan

Penerangan Malaysia).

56
Terdapat empat prinsip pelancongan yang bertanggungjawab telah dikenalpasti. Prinsip ini

adalah penting untuk meminimumkan impak kepada alam sekitar, menghormati budaya

masyarakat setempat, memaksimumkan manfaat kepada penduduk setempat dan

memaksimumkan kepuasan pelancong (Blamey, 2001).

Manakala (Holden, 1995) menjelaskan bahawa mereka yang mempunyai sebarang bentuk

tanggungjawab untuk merancang, mengurus, atau pengajaran tentang pelancongan, di

mana-mana peringkat, perlu mempunyai pemahaman yang menyeluruh mengenai

pelancongan, implikasi, proses dan permasalahannya. Pelancongan boleh ditakrifkan

dalam pelbagai cara dengan definisi yang berbeza-beza mengikut tujuan asas

pengertiannya. Secara umumnya terdapat elemen yang diterima sebagai tiga aspek untuk

menentukan pelancongan.

perkara pertama ialah tujuan atau motivasi untuk melawat (lukisan seperti perbezaan

misalnya, perniagaan dan keseronokan, haji dan upacara). Elemen kedua pula ialah masa,

terdapat perbezaan penting antara lawatan sehari dan pelayaran yang melibatkan

penginapan semalaman. Ketiga, mengambil kira keadaan tertentu yang membolehkan

kategori yang mungkin dikira atau tidak sebagai pelancongan (seperti imigrasi,

pengangkutan dan aktiviti pelayaran.

57
2.1.12 Komuniti/ Masyarakat.

Langkah permulaan dalam menentukan pembangunan masyarakat adalah untuk

menentukan'' komuniti ". Masyarakat boleh merujuk kepada lokasi (tempat masyarakat)

atau koleksi individu-individu dengan kepentingan bersama atau mengikat sama ada

berdekatan atau secara meluas dipisahkan (kepada kepentingan). Menurut Mattessich dan

Monsey (2004: 56), Komuniti adalah satu kumpulan manusia yang tinggal di dalam

kawasan geografi ditakrifkan dan yang mempunyai hubungan Sosial dan psikologi antara

satu sama lain dan dengan tempat ini di mana mereka tinggal.

58
2.2 Kaitan dengan Kajian

Melalui definisi, faktor dan teori yang dinyatakan, dapat dinilai bahawa impak industri

pelancongan ke atas budaya masyarakat pulau perhentian adalah sangat besar dan

merangkumi pelbagai faktor yang melibatkan kegiatan harian masyarakat tersebut.

Menurut En. Zainudin Mohd (44 tahun),yang merupakan Penghulu atau ketua kampung di

Pulau Perhentian Kecil, menyatakan bahawa budaya yang ada pada masyarakat Pulau

Perhentian adalah lebih kepada unsur kemelayuan walaupun setelah terpengaruh dengan

budaya atau trend dari barat. Pelancongan juga sebenarnya memberikan impak kepada

perkara di sekeliling juga seperti persekitaran, taraf ekonomi, pekerjaan mahupun

pertuturan terhadap masyarakat yang hampir dengannya. Secara umumnya, ramai pihak

yang menyatakan bahawa pelancongan membawa keuntungan dari segi ekonomi dan

pendapatan namun ia juga memberikan impak yang buruk dari segi gejala sosial dan

budaya kuning yang tidak sihat.

59
2.3 Ringkasan

Secara umumnya, bab 2 adalah menjelaskan mengenai rujukan dan analisis terhadap

kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan topik kajian yang akan dilakukan. Analisis atau

bacaan kajian-kajian lepas yang dikaji oleh pengkaji-pengkaji terdahulu diperolehi

daripada pelbagai medium seperti buku, jurnal, majalah, artikel, internet dan sebagainya.

Sorotan kesusasteraan bab 2 ini mempunyai definisi- definisi yang berkaitan dengan tajuk

yang dikaji, mempunyai kajian teori dari pengkaji- pengkaji yang lepas, mempunyai kaitan

dengan kajian lepas serta menghuraikan kajian dengan lebih terperinci lagi berbanding bab

lain.

60
BAB 3

METHODOLOGI KAJIAN

3.0 PENGENALAN

Metodologi penyelidikan merupakan bab yang akan menerangkan mengenai kaedah

penyelidikan. Kaedah tersebut digunakan oleh penyelidik untuk memperolehi maklumat

dan pengumpulan data. Ia bertujuan bagi mengukuhkan lagi fakta-fakta dan analisis data

yang bakal dibuat. Kajian yang dilakukan juga membolehkan penyelidik mendapatkan

informasi yang cepat dan tepat secara terus.

Selain itu juga, penyelidik mendapati aspek metodologi yang dipilih kebiasaanya

berpotensi untuk memberi sumber data yang tepat pada kehendak kajian. Ini menunjukan

bahawa metodologi juga merupakan satu alat dalam pencarian maklumat kajian. Dapatan

data yang baik seharusnya mempunyai kaitan yang rapat dengan objektif kajian penyelidik.

61
Proses dalam membuat sesuatu kajian memerlukan pelbagai kaedah yang akan digunakan

oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat dalam mengenalpasti impak yang berlaku

kepada masyarakat di pulau Perhentian.

Metodologi kajian merujuk kepada kaedah kajian yang digunakan di dalam kajian ini.

Terdapat beberapa kaedah kajian yang boleh digunakan dan bersesuaian dengan kajian

yang dilakukan. Kajian yang dilakukan ini menggunakan kaedah kualitatif dan kaedah

kuantitatif. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah perpustakaan dan kaedah kerja

lapangan. Kaedah perpustakaan secara umumnya merupakan kaedah kajian yang dilakukan

dengan mencari sumber data dan maklumat daripada perpustakaan atau mana-mana

organisasi yang mempunyai maklumat dan informasi yang berkaitan dengan kajian ini

sama ada dari segi penulisan ilmiah seperti buku, jurnal, majalah, artikel atau dalam bentuk

digital seperti rakaman video, audio dan sebagainya.

Kaedah kerja lapangan pula merangkumi kaedah pemerhatian, temubual, borang soal

selidik serta catatan dan pendokumentasian.. Kajian ini juga turut menggunakan kaedah

penyelidikan kuantitatif. Kaedah ini turut dilakukan kerana dapat mengukuhkan lagi

sumber kajian serta dapat menyokong data yang diperolehi.

62
3.1 SUMBER DATA

Sumber data adalah amat penting dalam menyokong kajian penyelidik. Dalam kajian ini,

penyelidik menggunakan sumber data yang merangkumi data primer dan data sekunder.

Kedua-dua data ini diaplikasikan sepenuhnya di dalam analisis kajian. Penyelidik akan

menggunakan pendapat daripada pihak lain dan tidak hanya berdasarkan idea sendiri

dalam mengintepretasikan fakta yang akan ditulis. Apabila kesemua diperolehi, pengkaji

akan menganalisis maklumat tersebut. ‘Microsoft Office Excel 2010 dan SPS’ akan

digunakan dalam menganalisis maklumat yang diperolehi.

Segala data atau maklumat yang diperolehi dalam kajian adalah daripada sumber melalui

kaedah perpustakaan dan kaedah kerja lapangan yang dilakukan merangkumi kaedah

pemerhatian, temubual, catatan dan dokumentasi serta borang soal selidik.

3.1.1 Perisian SPSS

Perisian ‘Statistical Packages for the Social Science’ (SPSS) adalah sebuah perisian yang di

gunakan untuk menganalisa data kualitatif dan kuantitatif, yang mana berupaya melakukan

kerja-kerja menganalisis dan mengurus sekumpulan data. Sekumpulan data-data

dinyatakan seperti data-data hasil dari satu kajian yang menggunakan borang soal selidik

dan juga perkhidmatan atas talian ( on-line survery ), data-data yang di perolehi daripada

Pangkalan Data seperti Informix, MySQL, Oracle dan yang seumpamanya. Ianya mungkin

maklumat berkaitan dengan keputusan peperiksaan, maklumat staf dan lain-lain- lain.

Dengan menggunakan perisian SPSS data-data tersebut boleh di analisa melalui

63
penghasilan jadual-jadual statistik seperti jadual Frekuensi, Jadual dua hala

(Crostabulation), Deskriptif (Descriptives), Carta dan sebagainya.

3.1.2 Kaedah Pembacaan

Kaedah ini digunakan untuk membuat rujukan terhadap kajian-kajian lepas yang telah

dijalankan. Selain daripada itu, kajian ini juga turut membuat rujukan terhadap buku

rujukan, artikel, majalah, jurnal serta surat khabar yang mempunyai kaitan dengan kajian

ini. Kaedah yang digunakan ini bertujuan untuk memastikan segala maklumat dan data

yang diperolehi adalah boleh dipercayai. Kaedah ini juga dilakukan bertujuan untuk

melihat lopong-lopong serta kekurangan terhadap kajian-kajian lepas. Kajian-kajian yang

dijalankan oleh pengkaji-pengkaji sebelum ini sememangnya banyak yang bertautan di

antara satu sama lain. Namun begitu, masih terdapat beberapa kekurangan yang tidak

disentuh oleh pengkaji-pengkaji sekiranya dikaji dengan lebih terperinci lagi. Melalui

kaedah perpustakaan ini juga, ia dapat melihat secara keseluruhan sumber atau kajian yang

telah dikaji oleh pengkaji sebelum ini.

64
3.2 KAEDAH KERJA LAPANGAN

Kajian ini menggunakan kaedah kerja lapangan untuk mendapatkan segala data. Kaedah

kerja lapangan merangkumi kaedah pemerhatian, temubual, borang soal selidik, serta

catatan dan dokumentasi.

3.2.1 Kaedah Pemerhatian

Penyelidik juga telah menggunakan kaedah pemerhatian sebagai salah satu cara untuk

memperolehi maklumat. Kaedah pemerhatian yang dilakukan dalam kajian ini adalah

dengan membuat pemerhatian dengan melihat sendiri secara lebih dekat terhadap aktiviti

sosial masyarakat serta kegiatan harian mereka. Kaedah ini penting dalam kajian kerana ia

dapat memberikan gambaran atau maklumat dengan lebih jelas mengenai fungsi dan kesan

industi pelancongan serta pengaruhnya terhadap masyarakat. Oleh yang demikian, melalui

kaedah ini penyelidik akan memerhatikan situasi dengan mata kasar penyelidik sendiri.

Penyelidik akan membuat pemerhatian sebanyak yang mungkin di lokasi-lokasi kajian. Ini

kerana melalui kaedah ini, data utama dapat dikumpulkan dengan sendiri pada masa

kejadian itu berlaku. Proses membuat pemerhatian ini membolehkan penyelidik

„menangkap‟ seluruh kejadian itu pada masa itu juga. Kejadian yang berlaku di sepanjang

pemerhatian, akan dicatat oleh penyelidik dalam usaha mengumpul maklumat untuk

mencapai objektif kajian.

65
3.2.2 Temubual

Penyelidik mendapati kaedah temubual merupakan satu kaedah yang sering digunakan

oleh para sarjana dalam menjalankan sesuatu penyelidikan. Ini kerana kaedah ini

merupakan satu proses aktif yang melibatkan dua pelakon, iaitu penyelidik dan responden.

Penyelidik akan menyempurnakan kajian ini dengan mendapatkan maklumat melalui

soalan-soalan yang akan diajukan. Bagi penyelidik, responden adalah punca maklumat

yang sangat penting.

Kaedah ini digunakan bagi mendapatkan penerangan serta pendapat mengenai maklumat

dan informasi berkaitan melalui soalan-soalan yang telah disediakan dalam kajian. Oleh

yang demikian, penyelidik telah mengenal pasti responden yang boleh memberikan

maklumat yang tepat dalam usaha mencapai objektif kajian ini. Responden yang di

temubual telah dipilih daripada individu-individu yang mempunyai hubungan secara

langsung bersesuaian dengan topik kajian. Kaedah ini juga mempunyai kepentingan dalam

mendapatkan dan mengumpulkan maklumat serta data dengan lebih jelas lagi kerana dapat

bersemuka dengan para responden yang benar-benar arif dalam bidang tersebut.

66
3.2.3 Borang Soal Selidik

Kaedah ini digunakan bertujuan untuk mendapatkan data mengenai perspektif masyarakat

terhadap pelancong yang datang ke Pulau tersebut. Kaedah ini juga berfungsi untuk

menjawab persoalan yang timbul. Borang soal selidik yang diedarkan kepada orang awam

ini mengandungi soalan-soalan yang perlu dijawab. Antara soalan yang terdapat didalam

boring soal selidik yang telah diedarkan adalah seperti:

Bahagian A ( Demografi)

1. Jantina

2. Umur

3. Kaum

4. Pekerjaan

5. Status

Soalan yang ditanya pada bahagian A adalah mengenai demografi yang bertujuan untuk

mengetahui dan mendapatkan maklumat mengenai respondan- respondan yang mengisi

boring soal selidik tersebut.

Bahagian B

1. Adakah anda mengetahui mengenai kesan pelancongan ke atas budaya hidup

penduduk Pulau Perhentian?

2. Daripada soalan 6, sekiranya Ya, daripada manakah anda mendapat maklumat

tersebut?

3. Adakah anda pernah melihat gejala sosial penduduk Pulau Perhentian yang

berlaku?

67
4. Adakah anda merasakan bahawa budaya yang ada di Pulau Perhentian sesuatu

yang baik?

5. Adakah terdapat faktor- faktor lain yang mempengaruhi budaya masyarakat Pulau

Perhentian selain dari faktor Pelancongan?

6. Adakah Penduduk Pulau Perhentian terpinggir dari segi Pembangunan ?

7. Adakah anda setuju sekiranya aktiviti pelancongan dikurangkan bagi mengelakkan

gejala sosial yang berlaku?

Bahagian B ini pula adalah mengenai pandangan respondan secara umum mengenai impak

yang berlaku terhadap masyarakat Pulau Perhentian. Soalan ini dibuat adalah bertujuan

untuk mendapatkan pandangan setiap respondan dari segi pemerhatian serta kepekaan

mereka terhadap gelaja yang berlaku.

Bahagian C

1. Budaya yang ada pada masyarakat Pulau Perhentian lebih kepada unsur

kemelayuan

2. Budaya masyarakat Pulau Perhentian sebelum kedatangan pelancong lebih baik

dari budaya yang ada sekarang.

3. Penglibatan penduduk Pulau perhentian lebih kepada sektor pelancongan.

4. Generasi muda lebih suka menceburi sektor pelancongan dari melanjutkan

pelajaran.

5. Kegiatan sosio- budaya penduduk Pulau Perhentian banyak dipengaruhi oleh

pelancong asing

6. Pelancong telah membantu penduduk pulau dengan memberikan peluang pekerjaan

dan meningkatkan taraf hidup Penduduk.

68
7. Pulau Perhentian lebih maju dengan kegiatan Pelancongan

8. Kesan dari pertembungan budaya yang berlaku memberikan impak yang baik

9. Masalah sosial yang berlaku disebabkan oleh pengaruh pelancong barat

10. Golongan remaja lebih mudah terpengaruh dengan budaya kuning berbanding

golongan dewasa.

Bahagian ini pula adalah untuk mengetahui pandangan secara khusus respondan mengenai

impak industri pelancongan ke atas budaya masyarakat Pulau Perhentian. Perhentian.

Soalan ini dibuat adalah bertujuan untuk mendapatkan pandangan setiap respondan dari

segi pemerhatian serta kepekaan mereka terhadap gelaja yang berlaku.

3.2.4 Catatan dan Dokumentasi

Kaedah ini digunakan bagi membuat catatan dalam proses pengumpulan maklumat dan

data. Kaedah ini amat penting bagi membolehkan kajian ini dapat berjalan seperti yang

telah dirancangkan. Instrumen yang diperlukan untuk mendokumentasikan kajian adalah

seperti kamera, pita rakaman, pen, nota, risalah, majalah atau jornal yang berkaitan dengan

kajian dan proses pengumpulan maklumat dan sebagainya yang bersesuaian digunakan

dalam membuat catatan dan dokumentasi ini.

69
3.3 INSTRUMEN KAJIAN

Maklumat rujukan dalam membentuk kajian yang baik adalah diperolehi berdasarkan

penggunaan instrumen kajian yang dipilih. Instrumen kajian ini pula berkaitan tentang

bahan-bahan yang digunakan untuk mendapatakan maklumat yang lengkap dan padat bagi

membuktikan kajian terhadap perkara yang dikaji. Instrumen kajian adalah alat bantuan

yang akan digunakan samada untuk merekod, merakam, dan mencatatkan bahan-bahan

yang diperolehi semasa mengumpul maklumat nanti. .

Dalam menjalankan kajian ini, penyelidik menggunakan beberapa peralatan yang

digunakan bagi memudahkan proses kenal pasti, analisa dan memproses maklumat yang

diperolehi. Antara instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah:

3.3.1 Buku catatan

Buku catatan ini digunakan untuk mencatat maklumat yang diterima secara langsung

mahupun secara tidak langsung. Selain itu, digunakan sebagai bahan untuk mencatat

maklumat semasa kaedah temubual sedang dijalankan.

3.3.2 Kamera digital

Kamera digital digunakan untuk mengambil gambar semasa proses temubual sedang

dijalankan. Selain itu, gambar semasa menjalankan pemerhatian terhadap kajian yang

dijalankan juga akan diambil. Pengkaji tidak menggunakan kamera filem kerana hasil

daripada kamera jenis ini susah untuk dipindahkan ke dalam komputer.

70
3.3.3 Komputer riba (laptop)

Komputer riba digunakan bagi memudahkan pengkaji untuk memasukkan maklumat yang

berkaitan semasa kajian dijalankan. Maklumat dapat dsimpan dengan mudah dan cepat

berbanding dengan penulisan. Selain itu juga, komputer riba juga amat mudah untuk

dibawa kemana-mana kerana bentuk yang kecil dan ringan.

3.4 RINGKASAN

Dalam bab 3 ini pula, pengkaji menyatakan kaedah yang dilakukan bagi mendapatkan data

Primier dan data sekunder. Pengkaji mengunakan dua jenis kaedah utama iaitu kaedah

kuantitatif dan kaedah kualitatif. Beberapa kaedah telah digunakan untuk mendapatkan

maklumat ketika menjalankan kajian ini. kaedah yang dilakukan ini adalah untuk

memastikan maklumat yang diperolehi adalah betul dan tepat. Kaedah tersebut ialah

seperti kaedah pemerhatian, temubual, menyediakan borang soal selidik, fotografi dan

beberapa bahan rujukan yang lain. Secara Keseluruhannya, Pengkaji berharap kajian yang

akan dibuat ini akan berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah dirancang. Pengkaji

juga mengharapkan kajian yang dilakukan ini akan memberikan manfaat kepada pengkaji-

pengkaji yang lain serta diharapkan dapat juga mengubah perspektif orang ramai terhadap

masyarakat di Pulau Perhentian.

71
BAB 4

ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

4.0 PENGENALAN

Bab ini akan menjelaskan dengan lebih lanjut lagi mengenai penemuan hasil kajian

pengkaji yang telah dijalankan iaitu hasil daripada kajian lapangan dan juga aspek iaitu

Impak industri pelancongan ke atas budaya masyarakat Pulau Perhentian. Kajian yang

dilakukan ini menggunakan kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif.

Pengkaji telah menjalankan kajian melalui kaedah edaran borang soal selidik kepada

responden yang mempunyai pengetahuan terhadap impak yang berlaku kesan dari

kedatangan pelancong di Pulau Perhentian tersebut dari segi positif mahupun negatif.

72
4.1 ANALISIS DISKRIPTIF

4.1.1- JANTINA

(k) (%0
lelaki 127 68.3
perempuan 59 31.7
Jumlah 186 100.0

Jadual 4.1.1- Jantina Responden

Jantina
3.2%

Lelaki
perempuan
68.3 %

Melalui Jadual 4.1.1 sebanyak 186 borang soal kaji selidik yang berjaya diedarkan kepada

responden. Berdasarkan jadual di atas sebanyak 186 borang telah diedarkan dan seramai

127 atau 68.3 peratus adalah responden lelaki, manakan selebihnya adalah perempuan iaitu

seramai 59 orang atau 31.7 %. Manakala kekerapan untuk taburan responden mengikut

jantina ini ialah 1.32 %.

73
Rajah 4.1.2- Umur Responden
umur
(k) (%)

15 - 20 tahun 29 15.6
21- 25 tahun 60 32.3
26- 30 tahun 26 14.0
31-35 tahun 6 3.2
36- 40 tahun 31 16.7
41 ke atas 34 18.3
Jumlah 186 100.0

Jadual 4.1.2- Umur Responden

UMUR
70

60

50

40

UMUR
30

20

10

0
15- 20 Tahun 21- 25 tahun 26- 30 tahun 31- 35 tahun 36-40 tahun 41 ke atas

Jadual 4.1.2 diatas menunjukkan mengenai taburan umur responden yang mengisi borang

kaji selidik. Didapati bahawa seramai 29 orang responden adalah sekitar berumur 15- 20

tahun. Responden yang berumur 21- 25 tahun pula telah mencatatkan angka yang paling

74
ramai iaitu seramai 60 orang responden. Responden yang berumur 26 – 30 tahun pula

adalah seramai 26 orang responden.

Manakala jumlah responden yang paling sikit dicatatkan adalah seramai 6 orang responden

iaitu responden yang berumur 31 – 35 tahun. Seramai 31 orang pula dicatatkan adalah

responden yang berumur 36- 40 tahun ke atas dan akhir sekali ialah responden yang

berumur 41 ke atas iaitu seramai 34 orang.

4.1.3 Analisa status

Status

(k) (%)
bujang 113 60.8
berkahwin 73 39.2
Jumlah 186 100.0

Jadual 4.1.3- Status

STATUS

39.2% 60.8 %

Bujang
Berkahwin

75
Jadual 4.1.3 di atas menunjukkan mengenai jumlah taburan status responden yang mengisi

Borang kaji selidik pengkaji. Seramai 113 orang responden atau 60.8% daripada 186

responden adalah berstatus bujang manakala 73 orang responden atau 39.2% adalah

berstatus berkahwin.

4.1.4 Jadual Pekerjaan

Pekerjaan

k %
pelajar 61 32.8
kakitangan
19 10.2
kerajaan
bekerja
88 47.3
sendiri
Kakitangan 13 7.0
Swasta
Lain- lain 5 2.7
Jumlah 186 100.0

76
Jadual 4.1.4- Pekerjaan

Pekerjaan

Lain- lain

kakitangan swasta

Bekerja sendiri
Pekerjaan

Kakitangan Kerajaan

Pelajar

0% 10% 20% 30% 40% 50%

Jadual 4.1.4 diatas adalah mengenai taburan pekerjaan responden yang berkerjasama

dengan mengisi borang kaji selidik mengenai Impak Industri Pelancongan terhadap

masyarakat di Pulau Perhentian. Seramai 61 responden adalah pelajar sekolah dan

universiti, manakala 19 lagi adalah responden yang bekerja di sektor kerajaan.

Responden yang bekerja sendiri/ persendirian seperti kedai runcit, nelayan kecil, dan

pemandu bot adalah seramai 88 orang. Responden yang datang dari sektor swasta pula

adalah seramai 13 orang dan yang selebihnya adalah lain- lain iaitu suri rumah yang

mencatatkan seramai 5 orang responden.

77
4.1.5 Analisis Kaum responden

Kaum
(k) (%)
melayu 181 97.3
cina 5 2.7
Jumlah 186 100.0

Jadual 4.1.5- Kaum

Kaum
2.7%

Melayu
Cina
97.3%

Jadual 4.1.5 - Taburan kaum responden

Jadual 4.1.5 di atas memberikan maklumat mengenai kaum yang mengisi borang kaji

selidik tersebut. Jumlah responden melayu adalah sebanyak 181 orang manakala jumlah

responden cina hanyalah 5 orang.

78
Dari jadual tersebut telah dapat kita simpulkan bahawa lokasi kajian mempunyai majoriti

kaum melayu. Peratusan mejoriti kaum melayu adalah sebanyak 97.3 peratus manakala

peratusan kaum cina adalah 2.7 peratus.

4.2- Analisis Kekerapan ( Frequency)

4.2.1- Adakah anda mengetahui mengenai impak pelancongan


ke atas budaya hidup masyarakat Pulau Perhentian.

(K) (%)
ya 147 79.0
tidak 39 21.0
Total 186 100.0

Rajah diatas menunjukkan mengenai pengetahuan responden mengenai impak pelancongan

ke atas budaya hidup masyarakat Pulau Perhentian. Seramai 147 orang daripada 186 Orang

responden dan peratusannya adalah 79% memberikan jawapan „Ya‟ yang bermakna

mereka mengetahui mengenai impak industri pelancongan ke atas budaya masyarakat

Pulau Perhentian.

Manakala seramai 39 orang lagi responden iaitu 21 % adalah tidak tahu. Kekerapan atau

Min. adalah 1.21 dan median adalah 1.0. Kebanyakan responden iaitu sebanyak 79% atau

147 memilih jawapan „Ya‟ adalah kerana mereka merupakan penduduk Pulau Perhentian

dan penduduk sekitar Daerah Kuala Besut yang sentiasa peka dengan keadaan dan masalah

social yang berlaku di sekeliling mereka. Manakala 39 responden mengatakan tidak kerana

mereka adalah orang luar dari daerah besut dan juga pelancong tempatan.

79
4.2.2 Daripada soalan 6, sekiranya ya, daripada manakah anda mendapat maklumat
tersebut.

(K) (%)
Rakan- rakan 46 25.8
Ahli Keluarga 22 12.9
Majalah 20 10.8
Internet 15 8.1
Pemerhatian 44 23.7
Tidak Tahu 39 18.8
Total 186 100.0

Berdasarkan jadual 4.2.2 di atas, responden mengetahui mengenai impak pelancongan

yang berlaku di Pulau Perhentian. Jumlah tertinggi yang dicatatkan adalah rakan- rakan

iaitu seramai 46 orang atau 25.8%. Kedua tertinggi adalah melalui pemerhatian.

Pemerhatian adalah perkara itu dilihat sendiri oleh responden iaitu sebanyak 42 orang atau

23.7 peratus. Ketiga tertinggi adalah tidak tahu ataupun tidak menjawab soalan iaitu

sebanyak 39 orang responden dan peratusannya iaitu sebanyak 18.8 %. Seterusnya adalah

sebanyak 24 orang responden mewakili 12.9 % responden memilih mereka mengetahui

melalui ahli keluarga atau sanak saudara yang berada di Pulau Perhentian tersebut.

Seramai 20 responden yang mewakili 10.8 % mendapatkan maklumat mengenai impak

pelancongan yang berlaku. Catatan yang terendah pula adalah melalui internet. Seramai 15

responden atau 8.1 % memilih internet sebagai sumber mereka mengetahui mengenai

impak pelancongan yang berlaku. Kekerapan (Min.) untuk jadual ini adalah 3.47.

80
4.2.3 Adakah anda pernah melihat gejala sosial Masyarakat Pulau Perhentian yang berlaku.

(K) (%)
Ya 76 40.9
Tidak 110 59.1
Jumlah 186 100.0

Jadual diatas menunjukkan gejala sosial yang pernah dilihat oleh responden yang berlaku

pada masyarakat Pulau Perhentian. Seramai 76 atau 40.9 peratus menyatakan Ya manakala

seramai 110 orang atau 59.1 peratus adalah tidak pernah melihat gelaja yang berlaku. Hal

ini disebabkan oleh kebanyakan responden tidak pernah melihat kejadian gejala sosial

yang berlaku tetapi mengetahuinya melalui rakan- rakan, majalah, surat khabar, internet

dan sebagainya. Manakala responden yang menyatakan bahawa pernah melihat adalah

kerana mereka melihat sendiri budaya yang berlaku.

81
4.2.4 Adakah anda merasakan bahawa budaya yang ada di Pulau Perhentian sesuatu yang
baik.

(K) (%)

Ya 40 21.5

Tidak 146 78.5

Jumlah 186 100.0

Jadual 4.2.4 diatas menunjukkan mengenai pendapat responden mengenai masalah budaya

yang berlaku adalah sesuatu yang baik. Seramai 146 responden iaitu sebanyak 78.5 %

berpendapat bahawa gejala yang berlaku adalah tidak baik, manakala selebihnya iaitu

seramai 40 responden atau 21.5% bersetuju bahawa budaya yang berlaku di Pulau

Perhentian adalah sesuatu yang baik. Rata- rata responden menyatakan budaya yang

dibawa adalah tidak baik tetapi sering menyatakan kedatangan pelancong asing

memberikan impak yang baik dari segi pembangunan ekonomi dan insfrastruktur semasa

masyarakat di Pulau Perhentian.

82
4.2.5 Adakah terdapat faktor- faktor lain yang mempengaruhi budaya masyarakat Pulau
Perhentian selain dari faktor Pelancongan.

(K) (%)

Ya 55 29.6

Tidak 131 70.4

Jumlah 186 100.0

Jadual di atas menunjukkan keputusan soalan kaji selidik yang telah diedarkan. Seramai 55

responden yang mewakili 29.6% menyatakan bahawa terdapat faktor lain yang

mempengaruhi budaya masyarakat Pulau Perhentian selain dari faktor pelancongan.

Manakala seramai 131 responden atau 70.4 % pula menyatakan bahawa tiada faktor lain

yang mempengaruhi budaya masyarakat di pulau tersebut melainkan dari faktor

pelancongan.

Kekerapan (Min.) bagi hasil tersebut adalah 1.70. Hal ini adalah kerana seramai 55

responden tesebut beranggapan bahawa faktor lain juga memainkan peranan penting dalam

mempengaruhi budaya yang ada seperti faktor media massa, faktor kemodenan, faktor

trend semasa dan faktor agama serta faktor diri sendiri.

83
4.2.6 Adakah anda setuju sekiranya aktiviti pelancongan dikurangkan bagi mengelakkan
gejala sosial yang berlaku?

(K) (%)

Ya 73 39.2

Tidak 113 60.8

Jumlah 186 100.0

Jadual di atas menerangkan mengenai pendapat responden jika aktiviti pelancongan

dikurangkan bagi mengelakkan gejala sosial yang berlaku yan berpunca dari pelancong.

Seramai 73 responden yang bersamaan dengan 39.2% bersetuju sekiranya aktiviti

pelancongan dikurangkan manakala seramai 113 responden daripada 186 iaitu sebanyak

60.8% tidak bersetuju sekiranya aktiviti ini dikurangkan. Kekerapan(Min.) yang dihasilkan

adalah 1.61.

Jumlah yang tertinggi dicatatkan adalah sebanyak 113 responden tidak bersetuju sekiranya

aktiviti perlancongan dikurangkan kerana industri pelancongan telah membawa

keuntungan yang besar kepada masyarakat Pulau Perhentian terutamanya dari segi

ekonomi dan pembangunan serta telah menjadi sumber terpenting kepada mereka dan ini

menyebabkan banyak pihak menolak sekiranya aktiviti pelancongan dikurangkan.

84
4.3 Realibility-Cronbanch Alpha (ujian Kebolehpercayaan)

4.3.1 Ujian kebolehpercayaan di antara Faktor Budaya yang ada pada masyarakat Pulau

Perhentian lebih kepada unsur kemelayuan dengan faktor budaya masyarakat Pulau

Perhentian sebelum kedatangan pelancong lebih baik dari budaya yang ada sekarang.

UJIAN KEBOLEHPERCAYAAN

Cronbach's Cronbach's N of Items


Alpha Alpha Based on
Standardized
Items

.663 .708 2

Jadual di atas menunjukkan nilai kebolehpercayaan dan kesahihan bagi faktor budaya yang

ada pada masyarakat Pulau Perhentian lebih kepada unsur kemelayuan dan faktor budaya

masyarakat Pulau Perhentian sebelum kedatangan pelancong lebih baik dari budaya yang

ada sekarang.

Daripada hasil kajian di atas didapati nilai cronbach alpha bagi penyataan berikut mencapai

tahap kebolehpercayaan dan kesahihan yang baik dan dapat difahami oleh responden iaitu

sebanyak 0.708.

Untuk menentukan jumlah Cronbach‟s Alpha yang dapat diterima serta boleh dipercayai

jumlah tersebut hendahlah melebihi nilai Cronbach‟s Alpha iaitu 0.7 (>0.7)

85
4.4 Crosstabulation(Tabulasi Silang)

Jadual 4.4.1 Hubungan antara jantina dengan impak pelancongan ke atas budaya hidup
masyarakat Pulau Perhentian.

Count

Jumlah

ya tidak

lelaki 122 5 127


jantina
perempuan 25 34 59
Jumlah 147 39 186

Jadual di atas menunjukkan tabulasi silang hubungan antara jantina dengan impak

pelancongan ke atas budaya hidup masyarakat Pulau Perhentian. Daripada 127 responden

lelaki, seramai 122 orang responden lelaki menyatakan bahawa mereka mengetahui

mengenai impak industri pelancongan yang berlaku ke atas budaya masyarakat di Pulau

Perhentian.

Manakala baki seramai 5 orang lagi menyatakan bahawa mereka tidak mengetahui

mengenai impak yang berlaku. Responden perempuan pula adalah seramai 59 orang.

Seramai 25 responden perempuan menyatakan bahawa mereka mengetahui apa yang

berlaku manakala 34 orang lagi responden menyatakan bahawa mereka tidak mengetahui

mengenai impak pelacongan yang berlaku di Pulau Perhentian.

86
4.4.2- Hubungan antara umur dan pendapat responden sekiranya Penduduk Pulau
Perhentian terpinggir dari segi Pembangunan.

Count

Adakah Penduduk Pulau Jumlah


Perhentian terpinggir dari segi
Pembangunan?

Ya Tidak

15 - 20 tahun 20 9 29

21- 25 tahun 32 28 60

26- 30 tahun 9 17 26
umur
31-35 tahun 6 0 6

36- 40 tahun 7 24 31

40 ke atas 11 23 34
Jumlah 85 101 186

Jadual di atas menunjukkan hasil tabulasi silang yang menunjukkan faktor umur dan soalan

mengenai penduduk pulau sekiranya mereka terpinggir dari segi pembangunan. Seramai 29

responden berumur 15 hingga 20 tahun yang menjawab soalan kaji selidik ini. Daripada

jumlah tersebut, seramai 20 responden bersetuju menyatakan bahawa penduduk di Pulau

tersebut terpinggir dari pembangunan semasa manakala seramai 9 orang lagi tidak

bersetuju dengan kenyataan tersebut. Responden yang berumur 21 hingga 25 tahun pula

adalah seramai 60 orang. Dari jumlah tersebut, seramai 32 responden bersetuju manakala

28 responden lagi tidak bersetuju.

Responden berumur 26 hingga 30 tahun adalah seramai 26 orang. 9 orang menyatakan

bahawa masyarakat Pulau Perhentian adalah terpinggi dari segi pembangunan manakala 17

responden lagi menyatakan sebaliknya. Responden berumur 30 hingga 35 tahu pula adalah

87
seramai 6 orang. Kesemua 6 responden tersebut setuju menyatakan bahawa penduduk

Pulau Perhentian adalah terpinggir dari segi pembangunan.

Manakala responden 36 hingga 40 tahun pula adalah seramai 31 orang. 7 responden

bersetuju dan 24 lagi tidak bersetuju. Responden yang berumur 40 tahun ke atas pula

adalah 34 orang. 11 orang responden bersetuju bahawa penduduk pulau tersebut adalah

terpencil dari pembangunan manakala selebihnya iaitu sebanyak 23 peratus tidak bersetuju

dengan kenyataan tersebut.

4.4.3- Hubungan antara status dengan Budaya yang ada pada masyarakat Pulau Perhentian

lebih kepada unsur kemelayuan.

status Jumlah

bujang berkahwin

Sangat Tidak Setuju 20 0 20

Budaya yang ada pada tidak Setuju 20 10 30

masyarakat Pulau Neutral 0 5 5


Perhentian lebih kepada
unsur kemelayuan. Setuju 39 25 64

Sangat Setuju 34 33 67
Jumlah 113 73 186

Jadual diatas menunjukkan dapatan tabulasi silang diantara faktor status dengan soalan

mengenai budaya yang ada pada masyarakat di Pulau Perhentian lebih kepada unsur

kemelayuan. Status responden adalah bujang dan berkahwin. Jawapan sangat tidak setuju

88
yang dijawab oleh responden berstatus bujang adalah sebanyak 20 orang manakala

responden berstatus berkahwin tiada.

Responden yang tidak bersetuju pula adalah sebanyak 30 responden. 20 datang dari

responden berstatus bujang manakala 10 lagi dari responden berstatus berkahwin.

Responden yang memberikan jawapan Neutral pula adalah 5. Responden berstatus bujang

tiada dan responden berstatus berkahwin adalah sebanyak 5 responden.

Bersetuju pula adalah sebanyak 64 orang. Responden berstatus bujang adalah sebanyak 39

manakala berkahwin adalah sebanyak 25 orang. Responden yang sangat bersetuju pula

berjumlah 67 orang. 34 darinya adalah bujang manakala 33 lagi responden yang sudah

berkahwin.

4.4.4: Tabulasi silang diantara golongan remaja lebih mudah terpengaruh dengan budaya

kuning berbanding golongan dewasa dengan data demografi kaum.

Kaum Jumlah

melayu cina

sangat tidak setuju 20 0 20

Golongan remaja lebih Tidak Setuju 29 0 29

mudah terpengaruh dengan Neutral 10 0 10


budaya kuning berbanding
golongan dewasa. setuju 107 0 107

Sangat setuju 15 5 20
Jumlah 181 5 186

89
Jadual di atas menunjukkan mengenai tabulasi silang di antara soalan adakah golongan

remaja lebih mudah terpengaruh dengan budaya kuning berbanding golongan dewasa

dengan data demografi kaum. Sebanyak 20 responden melayu sangat tidak bersetuju

dengan kenyataan berikut. Manakala reponden dari kaum cina adalah kosong jumlah

responden sangat tidak bersetuju adalah 20 orang. 29 orang dari 29 responden kaum

melayu pula tidak setuju manakala kaum cina pula tiada yang menyokong.

Pihak yang neutral pula adalah 10 dari kaum melayu dan kosong dari kaum cina. Seramai

107 responden melayu yang bersetuju bahawa golongan remaja lebih mudah terpengaruh

dengan budaya kuning berbanding golongan dewasa manakala golongan cina pula kosong.

Responden yang sangat bersetuju dari golongan melayu adalah 15 orang manakala dari

kaum cina pula adalah 5 orang sahaja.

Pengkaji memilih dua kaum iaitu kaum melayu dan cina adalah kerana di kawasan Kuala

Besut dan Pulau Perhentian, majoriti adalah melayu dan minoriti adalah cina. Kaum lain

pula seperti india,iban dan suku kaum tidak terdapat atau sangat kurang terdapat di lokasi

kajian.

90
4.4.5 : Tabulasi silang diantara pekerjaan responden dengan penglibatan penduduk pulau

perhentian lebih kepada sektor pelancongan.

Penglibatan penduduk Pulau perhentian lebih kepada sektor Jumlah


pelancongan.

Tidak Neutral Setuju Sangat


Setuju setuju

pelajar 0 0 37 24 61

kakitangan
0 9 10 0 19
kerajaan

pekerjaan persendirian 5 5 45 33 88

Kakitangan
0 0 2 11 13
Swasta

Lain- lain 0 0 5 0 5
Jumlah 5 14 99 68 186

Jadual di atas menunjukkan mengenai tabulasi silang diantara faktor pekerjaan dengan

penglibatan penduduk Pulau Perhentian lebih kepada sektor pelancongan. Jumlah

keseluruhan adalah 186 responden. Pekerjaan dibahagikan kepada beberapa sektor iaitu

pelajar, kakitangan kerajaan, kerja sendiri atau persendirian iaitu petani, nelayan dan

sebagainya. Penglibatan penduduk Pulau perhentian lebih kepada sektor pelancongan.

Manakala Penglibatan penduduk Pulau perhentian lebih kepada sektor pelancongan

dibahagikan juga kepada 5 sektor iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, neutral, setuju dan

sangat setuju. Seramai 37 orang pelajar bersetuju dengan kenyataan ini manakala 24

pelajar lagi sangat setuju.

91
Kakitangan kerajaan seramai 9 orang adalah neutral dan selebihnya setuju bahawa

Penglibatan penduduk Pulau perhentian lebih kepada sektor pelancongan. Manakala

pekerja persendirian pula 5 adalah sangat tidak setuju, 5 lagi neutral, 45 setuju manakala

selebihnya adalah sangat setuju iaitu 33 orang.

Responden yang bekerja sebagai kakitangan swasta pula dari 13 orang responden adalah 2

orang setuju manakala 11 lagi adalah sangat bersetuju. Lain- lain responden pula memilih

setuju sebanyak 5 orang, dari jumlah 5 orang.

4.4.6 Tabulasi silang diantara umur dengan Faktor- faktor lain yang mempengaruhi budaya

masyarakat Pulau Perhentian.

Adakah terdapat faktor- faktor lain


yang mempengaruhi budaya
masyarakat Pulau Perhentian
selain dari faktor Pelancongan?

Ya Tidak Jumlah

15 - 20 tahun 5 24 29

21- 25 tahun 10 50 60

26- 30 tahun 6 20 26
umur
31-35 tahun 2 4 6

36- 40 tahun 17 14 31

41 ke atas 15 19 34
Jumlah 55 131 186

Jadual di atas menunjukkan hasil analisa tabulasi silang diantara umur dengan faktor-

faktor lain yang mempengaruhi budaya masyarakat Pulau Perhentian selain faktor

pelancongan. Tabulasi silang yang dibuat menggunakan data demografi umur adalah

92
disebabkan pengkaji melihat bahawa umur merupakan salah satu faktor penting dalam

menilai atau menerima sesuatu maklumat. Melalui jadual di atas, dapat dilihat bahawa

umur responden dalam kajian ini adalah dari 15 sehingga 41 tahun ke atas. Dari jumlah 29

orang responden berumur 15 hingga 20 tahun, seramai 5 orang bersetuju bahawa terdapat

faktor lain yang mempengaruhi budaya masyarakat di Pulau Perhentian manakala seramai

24 orang lagi tidak bersetuju bahawa terdapat faktor yang lain yang mempengaruhi budaya

mereka. Jumlah responden yang berumur 21 hingga 25 tahun pula adalah seramai 60

orang. 10 daripadanya menyatakan ya manakala selebihnya iaitu seramai 50 orang

menyatakan tidak.

Manakala Responden berumur 26 sehingga 30 tahun pula adalah seramai 26 orang, 6

bersetuju manakala 20 lagi tidak bersetuju bahawa terdapat faktor lain yang mempengaruhi

budaya masyarakat Pulau Perhentian. Responden berumur 31 hingga 35 pula adalah

seramai 6 orang. 2 darinya bersetuju manakala 4 lagi tidak. Responden yang berumur 36-

40 tahun pula adalah seramai 31 orang, 17 darinya menyatakan ya manakala 14 lagi tidak.

Manakala Responden yang berumur 41 tahun atas pula adalah seramai 34 orang. 15

menyatakan Ya dan 19 orang lagi tidak. Secara keseluruhannya responden dari faktor

umur yang bersetuju bahawa terdapat faktor lain yang mempengaruhi budaya masyarakat

di Pulau Perhentian ialah seramai 55 orang dan tidak bersetuju pula adalah 131 daripada

jumlah 186 responden untuk kajian ini. Melalui Tabulasi silang ini, dapat disimpulkan

bahawa kebanyakan masyarakat dan pekerja di Pulau Perhentian lebih mementingkan

keuntungan dari segi ekonomi berbanding masalah sosial yang berlaku.

93
4.4.7 Tabulasi silang hubungan antara umur dengan sekiranya aktiviti pelancongan

dikurangkan bagi mengelakkan gejala sosial yang berlaku.

Adakah anda setuju sekiranya jumlah


aktiviti pelancongan dikurangkan
bagi mengelakkan gejala sosial
yang berlaku?

Ya Tidak

15 - 20 tahun 19 10 29

21- 25 tahun 15 45 60

26- 30 tahun 11 15 26
umur
31-35 tahun 6 0 6

36- 40 tahun 12 19 31

41 ke atas 10 24 34
Jumlah 73 113 186

Jadual di atas menunjukkan tabulasi silang diantara umur dengan cadangan sekiranya

aktiviti pelancongan dikurangkan bagi mengelakkan gejala sosial yang berlaku. Kajian

yang dilakukan mengambil responden dari umur 15 tahun sehingga 41 tahun ke atas.

Jumlah responden tertinggi mengikut umur adalah responden yang berumur 21 hingga 25

tahun iaitu sebanyak 60 orang. 15 daripadanya setuju dan 45 lagi tidak bersetuju. Kedua

tertinggi yang dicatatkan adalah responden berumur 41 tahun keatas iaitu seramai 34

orang. 10 daripadanya adalah bersetuju dan 24 lagi tidak bersetuju. Manakala responden

yang terendah adalah responden yang berumur 31 hingga 35 tahun iaitu seramai 6 orang

yang memilih untuk bersetuju. Kajian yang dilakukan ini mengambil kira faktor umur

disebabkan umur seseorang itu boleh menentukan pemikiran, gaya hidup, pengalaman,

perbuatan dan lain- lain lagi yang mampu memberikan impak terhadap sesebuah aktiviti.

94
4.5- Regrasi (Regression)/ Analisis Regrasi Linear Berganda.

Analisa regrasi linear berganda ini adalah diantara faktor masalah sosial yang berlaku

disebabkan oleh pengaruh pelancong barat dan analisa kesan dari pertembungan budaya

yang berlaku memberikan impak yang baik kepada masyarakat Pulau Perhentian.

Jadual 4.5.1
Model Rumusan

Model R R Square Adjusted R Std. Error of the


Square Estimate
a
1 .663 .440 .437 .826

a. Predictors: (Constant), Kesan dari pertembungan budaya yang


berlaku memberikan impak yang baik.

Jadual 4.5.2
a
ANOVA

Model Sum of Squares df Mean Square F Sig.


b
Regression 98.517 1 98.517 144.502 .000

1 Residual 125.445 184 .682

Total 223.962 185

a. Dependent Variable: Masalah sosial yang berlaku disebabkan oleh pengaruh pelancong
barat.
b. Predictors: (Constant), Kesan dari pertembungan budaya yang berlaku memberikan impak
yang baik.
Jadual 4.5.3
a
Coefficients

Model Unstandardized Coefficients Standardized t Sig.


Coefficients

B Std. Error Beta

(Constant) 1.390 .181 7.664 .000

Kesan dari pertembungan


1 budaya yang berlaku
.593 .049 .663 12.021 .000
memberikan impak yang
baik.

a. Dependent Variable: Masalah sosial yang berlaku disebabkan oleh pengaruh pelancong barat.

95
Berdasarkan jadual model rumusan pada jadual 4.5.1, nilai r = 0.663 a dan r2 = 0.440. Nilai

„r‟ tersebut menunjukkan bahawa terdapatnya hubungan korelasi linear yang sangat positif

di antara kedua-dua faktor iaitu faktor kesan pertembungan dan masalah yang berlaku

disebabkan oleh pengaruh pelancong. Faktor kesan pertembungan budaya menyumbang

sebanyak 66.3 % terhadap masalah sosial yang berlaku yang menyebabkan berlakunya

perubahan budaya. Ini bermakna 66.3% yang dominan dalam pengaruh budaya yang

berlaku terhadap masyarakat di pulau tersebut.

Pembolehubah tidak bersandar dalam kajian ini iaitu Kesan pertembungan budaya yang

berlaku memberikan impak yang baik. Faktor tersebut merupakan faktor yang paling

dominan dalam kajian. Significant Value yang dihasilkan adalah 0.000. Nilai Singnificant

value tersebut bermakna bahawa dapatan kajian adalah sahih. Nilai B= O.663

menunjukkan bahawa kesan daripada pertembungan budaya yang berlaku adalah baik yang

memberikan faktor paling dominan.

4.6 Analisa Data Kualitatif

Setelah kajian dan pengumpulan data dari kaedah kualititif dan kuantitaf dibuat di kawasan

sekitar Jeti Kuala Besut dan masyarakat sekitar Pulau Perhentian, Kuala Besut

Terengganu. Pengkaji membuat analisa melalui maklum balas dan kerjasama dari

responden melalui borang soal selidik yang diedarkan serta hasil dari temubual bersama

En. Zainudin bin Mohd selaku ketua kampung Pulau Perhentian Kecil dan Penduduk

Sekitar Kuala Besut.

96
Kaedah Temubual dianalisis menggunakan hasil catatan dan soalan-soalan yang diambil

dari responden yang terlibat manakala data yang dikumpulkan dari kaedah kuantitatif atau

borang soal selidik pula mengunakan perisian SPSS/Statistik dan microsoft excel bagi

mendapatkan hasil kajian.

I) Hasil temubual bersama En. Zainudin Bin Mohd (Pengerusi Jkkk Pulau

Perhentian).

En. Zainuddin Bin Mohd

690822-11-5247

Pengerusi Jkkk Pulau Perhentian Kecil

97
Encik Zainudin Mohd yang lebih dikenali sebagai Pak Din/ Abg Din merupakan anak

jati Pulau Perhentian. Pada pandangan pengkaji, sekiranya ingin mengetahui mengenai

masalah dan maklumat semasa mengenai Pulau Perhentian, beliaulah yang paling

layak untuk ditanya kerana beliau amat mengetahui mengenai selok belok di lokasi

kajian. Dilahirkan tahun 1969, berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM), dan

merupakan Pengerusi Jawatan kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)

yang bertanggungjawab untuk menjaga hal ehwal kampung dan masyarakat Pulau

Perhentian.

Menurut En Zainuddin, Budaya yang ada pada masyarakat Pulau Perhentian secara

tidak langsung telah mengalami perubahan akibat dari pengaruh budaya yang dibawa

oleh pelancong barat. Walau bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa budaya yang

ada pada masyarakat pulau adalah sangat kuat terutamanya apabila berkaitan dengan

tradisi. Dari temubual tersebut, pengkaji juga dapat mengetahui bahawa pelancong

yang datang ke Pulau Perhentian juga telah terikut dengan budaya yang ada dengan

mengikuti aktiviti seharian masyarakat disana. En Zainuddin juga menyatakan bahawa

sekiranya tiada aktiviti pelancongan maka penduduk pulau tersebut tidak akan

berkembang seperti sekarang kerana industri pelancongan merupakan penyumbang

ekonomi utama mereka. Beliau menyatakan bahawa penglibatan penduduk pulau

hampir 70 % dari sektor pelancongan dan selebihnya masih mengekalkan kegiatan

tradisional seperti nelayan, petani dan bekerja kerajaan.

Apabila pengkaji bertanyakan soalan mengenai generasi muda yang lebih suka

menceburi bidang pelancongan dari melanjutkan pelajaran dan bekerja di luar, beliau

98
menyatakan bahawa hampir 95 % generasi muda bekerja dalam sektor pelancongan

selepas menamatkan pelajaran di sekolah menengah. En. Zainuddin menyatakan

bahawa ini berpunca dari godaan wang serta pendapatan yang tinggi yang mampu

mereka raih apabila berkerja berbanding melanjutkan pelajaran mereka kerana mereka

yang bekerja melibatkan pelancongan mampu meraih RM 500 sehingga RM 1000

keatas dalam masa seminggu apabila ditambah dengan tips dari pelancong.

ii) Hasil Temuramah bersama En. Sahril bin Othman ( Pemilik bot tambang Pulau

Perhentian).

Sahril bin Othman

570210115127

Kg. Pulau Perhentian, 22300 Kuala Besut Terengganu.

99
En. Sahril bin Othman yang lebih dikenali sebagai Ayah selil, selil dan diayuni haus (

sempena nama kapal dan bot laju yang dibawa olehnya). Beliau yang berumur 57 tahun

pada tahun ini merupakan anak jati kampung Pulau Perhentian. Beliau dipilih kerana

melakukan kegiatan dan perniagaan membawa pelancong ke pulau dari jeti Kuala Besut.

Pengalaman yang beliau ada hampir selama 40 tahun banyak memberikan maklumat yang

berharga terhadap pengkaji. Menurut beliau, impak yang berlaku merupakan bentuk

abstrak. Sukar difahami dan sukar untuk dihuraikan kerana terdapat perkara yang tidak

dapat dilihat menggunakan mata. Menurut beliau lagi gejala yang biasa dilihat olehnya

terutamanya pada golongan remaja adalah berjalan mengunakan kaki ayam ke mana sahaja

sehinggakan membawa tabiat tersebut ke luar.

Katanya lagi, ramai juga pemuda, dan golongan dewasa meminum minuman keras

bersama dengan pelancong. Beliau juga menyatakan bahawa seringkali terdapat

pergaduhan yang berlaku di antara pelancong dan penduduk tempatan disebabkan pelbagai

sebab seperti provokasi, perselisihan faham, kes kecurian dan sebagainya.

En Sahril menceritakan bahawa terdapat suatu tempat di Pulau Perhentian yang dikenali

sebagai „Long Beach‟ yang menganjurkan parti unggun api setiap kali bulan purnama

untuk bersuka ria. Kebanyakan pelancong akan menyertai parti tersebut, golongan muda

dan dewasa penduduk tempatan juga turut mengikuti aktiviti tersebut.

Mohd, Z. (2013, Disember 4). Aktiviti pelancongan dan budaya masyarakat Pulau Perhentian. (M.
S. Azli, Interviewer)

Othman, S. b. (2014, march 15). kesan pelancongan ke atas budaya masyarakat Pulau perhentian
dan pengaruhnya terhadap belia. (M. S. Azli, Interviewer)

100
4.7 HASIL TEMUBUAL- Perubahan Budaya.

Masalah sosial merupakan elemen negatif dalam sesebuah masyarakat yang kewujudannya

boleh mengganggu keharmonian dan kestabilan masyarakat tersebut. Sesetengah pendapat

menyatakan masalah sosial berlaku disebabkan oleh penyebaran budaya iaitu

pertembungan budaya antara penduduk tempatan dengan trait daripada budaya luar.

Kajian yang dilakukan di Pulau Perhentian melihat secara khusus berhubung masalah

berkenaan dalam konteks penduduk tempatan dan tumpuan diberikan kepada

mengenalpasti masalah yang dihadapi, situasi dan bagaimana masalah sedemikian timbul.

Melalui kaedah temubual dan borang kaji selidik, pengkaji dapat melihat bahawa terdapat

perubahan yang kecil namun berterusan dalam sistem sosial masyarakat di Pulau

Perhentian. Perubahan yang berlaku memberikan impak yang positif dan negatif kepada

kehidupan masyarakat pulau tersebut.

Perubahan yang berlaku ini adalah dari aspek pembangunan, ekonomi, gaya hidup, fizikal

dan sosial. Pulau Perhentian ini telah dibuka pada awal tahun 1970- an iaitu hampir 40

tahun dan pengkaji dapat melihat perbezaan diantara generasi muda pulau dan generasi

asal pulau tersebut. Perbezaan umur ternyata telah memberikan impak dan golongan muda

lebih mudah terjebak dalam masalah sosial ini.

101
4.8 Ringkasan bab 4

Bab 4 adalah bab yang menganalisis mengenai hasil dapatan kajian melalui borang soal

selidik yang dikumpulkan dan juga melalui temubual yang dilakukan. Bab ini merupakan

antara bab yang paling penting kerana dalam bab 4 ini segala hasil data mentah di analisa

secara terperinci dan memberikan hasil untuk menjawab hipotesis dan objektif kajian yang

dilakukan di bab 1.

Hasil daripada analisa data yang terkumpul, dapatlah disimpulkan bahawa impak dari

industri pelancongan memberikan kesan kepada budaya masyarakat di pulau tersebut.

Kebanyakan responden memberikan jawapan positif apabila ditanya mengenai impak yang

berlaku kesan dari aktiviti pelancongan tersebut. Walau bagaimanapun, dari kajian yang

dilakukan ini, pengkaji dapat melihat bahawa meskipun industri pelancongan memberikan

impak yang buruk terutamanya dari segi budaya tetapi masyarakat tempatan Pulau

Perhentian tersebut tetap mengalu-alukan kedatangan mereka kerana para pelancong juga

memberikan impak yang baik dari segi pembangunan ekonomi, iaitu dengan membuka

peluang pekerjaan, taraf kehidupan masyarakat juga berkembang serta status sosial

penduduk juga meningkat.

Terdapat faktor lain juga yang menyebabkan penduduk menyokong kemasukan pelancong

antaranya faktor pembangunan infrastruktur, faktor kekeluargaan, dan juga faktor

pendidikan. Pihak kerajaan Terengganu juga telah mengalakkan kemasukan pelancong dari

luar Negara dengan melancarkan tahun melawat Terengganu dan sebagainya bagi menarik

pelancong dan mengaut keuntungan dari aktiviti pelancongan yang berlaku.

102
BAB 5

RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan

Dalam bab ini akan menyentuh secara keseluruhan kajian pengkaji iaitu Impak Industri

pelancongan ke atas masyarakat Pulau Perhentian yang meliputi bab satu hingga bab

empat. Bab lima merupakan bab yang terakhir yang membincangkan mengenai cadangan

dan rumusan kajian. Di dalam bab lima ini juga, keseluruhan kajian yang telah dilakukan

akan dirumuskan dan disimpulkan serta memberi beberapa cadangan yang akan dinyatakan

dimana ia dianggap bersesuai dengan kajian atau penyelidikan yang dilakukan tersebut.

Justeru itu, pengkaji turut menyertakan beberapa cadangan untuk kajian akan datang bagi

memperbaiki segala kelemahan yang ada dan seterusnya dapat menjadikannya sebagai

panduan kepada pihak-pihak yang berkenaan. Dalam kajian yang dijalankan, pengkaji

telah menganalisis semua data yang dikumpul melalui kaedah kualitatif dan kuantitatif.

Setelah mengumpul data, pengkaji telah menganalisa data dan maklumat yang telah

diperolehi daripada sumber data primer, sekunder dan data yang telah diperolehi daripada

responden telah dimasukkan ke dalam bab satu hingga bab empat.

103
Merujuk kepada bab- bab kajian, secara keseluruhannya lebih tertumpu kepada impak

budaya hasil dari kegiatan pelancongan yang diterima oleh masyarakat Pulau Perhentian.

Lantaran itu, kajian ini merangkumi dan menyentuh kepada faktor perkembangan industri

pelancongan sehingga mempengaruhi budaya mereka.

Secara keseluruhannya, berdasarkan hasil daripada analisa data dan dapatan kajian yang

telah dilakukan, pengkaji telah menetapkan bahawa kajian yang dilakukan ini berjaya

menjawab hipotesis pengkaji di awal kajian iaitu H0 - Budaya masyarakat dipengaruhi oleh

industri pelancongan.

5.1 HASIL KAJIAN DARI ANALISA BERDASARKAN OBJEKTIF KAJIAN

Penganalisaan data yang dilakukan dalam Bab 4 adalah berdasarkan daripada tiga objektif

kajian yang telah disenaraikan dalam bab 1. Secara keseluruhannya, dapatan kajian yang

telah diperoleh telah menjawab objektif- objektif tersebut dan berjaya menjawab hipotesis

kajian.

Objektif pertama pengkaji adalah untuk mengenalpasti budaya masyarakat Pulau

perhentian. Objektif ini dibuat adalah kerana Umum mengetahui bahawa pulau perhentian

sering di kunjungi oleh pelancong asing dari dalam mahupun luar negara.

Lantas menyebabkan pengkaji ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai

keunikan budaya yang terdapat di kalangan masyarakat tersebut. Persoalannya adalah

masih lagikah masyarakat mengamalkan budaya yang diajar dari nenek moyang mereka

ataupun budaya mereka sudah dipengaruhi oleh budaya luar. Objektif pertama ini juga

104
bertujuan untuk mengetahui dan meneliti jenis- jenis serta gaya hidup yang diamalkan oleh

masyarakat pulau tersebut supaya pengkaji akan dapat memahami dengan terperinci

budaya yang ada sebelum melakukan kajian yang lebih lanjut lagi. Pengkaji berjaya

mendapatkan 188 orang responden, dan dua (2) daripadanya adalah melalui temubual.

Melalui data yang dikumpul, pengkaji dapat mengenalpasti budaya yang ada iaitu dari segi

berpakaian, cara hidup, kegiatan harian pertuturan dan mereka masih mengamalkan budaya

ketimuran meskipun terdapat sedikit unsur dari budaya barat seperti meminum arak,

berhibur di disko, dan mengamalkan pergaulan bebas.

Objektif yang kedua pula adalah untuk menganalisa kesan pertembungan budaya yang

berlaku di antara pelancong dengan masyarakat Pulau perhentian. Objektif yang kedua ini

adalah untuk menganalisa mengenai kesan pertembungan budaya (Cross Culture) yang

berlaku diantara pelancong dan masyarakat pulau. Dari kajian dan dapatan kajian yang

dijalankan, pengkaji telah megenalpasti secara keseluruhannya bahawa impak industry

pelancongan sememangnya wujud walaupun bersifat subjektif. Kesan yang dikaji adalah

dari segi budaya.

Menurut responden yang ditemubual, masyarakat menerima kesan dari aktiviti pelancong

dan masyarakat setempat. Pertembungan budaya berlaku apabila pelancong dan

masyarakat berkomunikasi secara langsung dan tidak langsung dan kesan yang diterima

adalah lebih besar terutamanya terhadap pihak yang mempunyai budaya yang lemah atau

lembut.Daripada konteks ini, dapat dilihat bahawa masyarakat timur mempunyai budaya

lembut dan mudah meresap budaya luar. Dari dapatan kajian yang dianalisa oleh pengkaji,

objektif kajian kedua ini telah mencapai sasarannya.

105
Objektif ketiga pula adalah untuk menerangkan impak yang berlaku daripada aktiviti

perlancongan ke atas budaya Penduduk Pulau perhentian. Kajian ini juga dilakukan oleh

pengkaji untuk menerangkan kesan budaya yang berlaku akibat aktiviti pelancongan.

Sebuah penempatan yang berada di luar Bandar telah dijadikan sebagai destinasi

pelancongan, apakah reaksi yang diterima dan diberikan oleh masyarakat yang telah

terpisah oleh kemodenan ini .Adakah kesan daripada pertembungan budaya ini

memberikan impak yang baik ataupun sebaliknya. Dari segi pemerhatian pengkaji juga,

masalah sosial juga kerap berlaku terhadap masyarakat ini, terutamanya remaja.

106
5.2 PERBINCANGAN BAB- BAB SEBELUMNYA

Melalui analisis data yang telah didapati dalam bab empat hasil kajian yang telah

dijalankan, pengkaji telah mendapati kajian ini telah berjaya dalam kajiannya yang

melibatkan Impak industri pelancongan ke atas budaya masyarakat Pulau Perhentian.

Kajian yang dilakukan ini adalah mengenai kajian terhadap impak atau kesan yang berlaku

ke atas budaya masyarakat Pulau Perhentian tersebut.

Kajian yang dilakukan ini hanyalah berkaitan persepsi masyarakat sekeliling serta

masyarakat pulau itu sendiri mengenai sejauhmanakah kesan dari budaya pelancong yang

dibawa dari luar meresap ke dalam budaya masyarakat setempat. Kajian ini mempunyai

kesinambungan yang bermula dari bab satu hingga bab empat. Rumusan yang dijelaskan di

dalam bab lima merujuk kepada kesemua andaian awal atau hipotesis dan objektif kajian

yang telah dinyatakan oleh pengkaji dalam bab satu telah dapat dicapai serta menepati

dapatan kajian yang telah diperolehi oleh pengkaji.

Kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk menjawab persoalan yang telah menarik minat

pengkaji untuk melakukan kajian mengenai “impak Budaya” ini, kajian yang dilakukan

diharapkan dapat membantu memperjelaskan lagi persepsi masyarakat tanah besar yang

selalu menganggap bahawa masyarakat Pulau perhentian mempunyai akhlak yang buruk

disebabkan oleh pengaruh budaya yang berbeza dari masyarakat di malaysia.

107
Walau bagaimanapun, disebabkan oleh pertembungan budaya yang berlaku terdapat juga

kebaikan yang lahir daripadanya terutamanya dari segi sosial dan perkembangan daya

pemikiran di kalangan penduduk. Proses asimilasi ini juga boleh membantu meningkatkan

budaya hidup yang baik sekiranya dapat ditapis pengaruhnya.

Secara ringkasannya, bab 1 merupakan bahagian yang menjelaskan tentang perkara yang

terkandung dalam penyelidikan. Antara topik-topik kecil yang dibincangkan adalah

mengenai Latar Belakang Kajian, Permasalahan Kajian, Objektif Kajian, Persoalan Kajian,

Kerangka Kajian, Kepentingan Kajian, Skop Kajian, Batasan Kajian, hipotesis dan

kesimpulan.

Kajian yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk mengkaji mengenai budaya yang berlaku

di kalangan masyatakat Pulau Perhentian. Kebudayaan Melayu pada hari ini dikatakan

seakan-akan berada di persimpangan. Pada satu pihak masyarakat diajukan dengan

persoalan yang dipanggil „cara hidup islam‟ atau „negara islam‟ yang tidak mengizinkan

apa yang diamalkan pada masa lalu diteruskan. Kebudayaan pada hari ini dilihat sudah

bercampur dengan budaya-budaya dari luar, sebagai contoh, cara berpakaian masyarakat

melayu. Pada zaman dahulu, rata-rata penduduk perempuan melayu mengenakan pakaian

baju kurung yang dipakai seharian,namun pada masa kini,pemakaian baju kurung

digantikan dengan pakaian ketat dan menjolok mata.

Kajian yang dilakukan ini pula dilihat lebih kepada kajian Sosial berbanding kajian

pengurusan. Walau bagaimanapun, kajian yang dilakukan adalah bersifat akedemik yang

108
ingin menerangkan mengenai sebuah budaya yang berlaku akibat dari pengaruh budaya

asing. Kesan pengaruh itu terhadap masyarakat dan negara Malaysia itu sendiri. Kajian

yang dilakukan ini akan juga membantu masyarakat sekeliling untuk menilai dan

memahami sendiri mengenai keunikan budaya masyarakat di Pulau perhentian itu.

Rata-rata orang yang belum pernah mengunjungi Pulau Perhentian mempunyai persepsi

yang pelbagai terhadap keindahan yang ada di pulau tersebut tanpa memikirkan mengenai

budaya yang tersedia ada di pulau tersebut. Kajian yang dilakukan ini akan mendedahkan

mengenai budaya masyarakat tersebut.

Bab 2 pula menjelaskan mengenai rujukan dan analisis terhadap kajian-kajian lepas yang

berkaitan dengan topik kajian yang akan dilakukan. Analisis atau bacaan kajian-kajian

lepas yang dikaji oleh pengkaji-pengkaji terdahulu diperolehi daripada pelbagai medium

seperti buku, jurnal, majalah, artikel, internet dan sebagainya. Sorotan kesusasteraan bab 2

ini mempunyai definisi- definisi yang berkaitan dengan tajuk yang dikaji, mempunyai

kajian teori dari pengkaji- pengkaji yang lepas, mempunyai kaitan dengan kajian lepas

serta menghuraikan kajian dengan lebih terperinci lagi berbanding bab lain.

Dalam bab 3 pula, pengkaji menyatakan kaedah yang dilakukan bagi mendapatkan data

Primier dan data sekunder. Pengkaji mengunakan dua jenis kaedah utama iaitu kaedah

kuantitatif dan kaedah kualitatif. Beberapa kaedah telah digunakan untuk mendapatkan

maklumat ketika menjalankan kajian ini. kaedah yang dilakukan ini adalah untuk

memastikan maklumat yang diperolehi adalah betul dan tepat. Kaedah tersebut ialah

109
seperti kaedah pemerhatian, temubual, menyediakan borang soal selidik, fotografi dan

beberapa bahan rujukan yang lain. Secara Keseluruhannya, Pengkaji berharap kajian yang

akan dibuat ini akan berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah dirancang. Pengkaji

juga mengharapkan kajian yang dilakukan ini akan memberikan manfaat kepada pengkaji-

pengkaji yang lain serta diharapkan dapat juga mengubah perspektif orang ramai terhadap

masyarakat di Pulau Perhentian. Manakala bab 4 pula adalah bab yang menganalisis

mengenai hasil dapatan kajian melalui borang soal selidik yang dikumpulkan dan juga

melalui temubual yang dilakukan.

Hasil daripada analisa data yang terkumpul, dapatlah disimpulkan bahawa impak dari

industri pelancongan memberikan kesan kepada budaya masyarakat di pulau tersebut.

Kebanyakan responden memberikan jawapan positif apabila ditanya mengenai impak yang

berlaku kesan dari aktiviti pelancongan tersebut. Walau bagaimanapun, dari kajian yang

dilakukan ini, pengkaji dapat melihat bahawa meskipun industri pelancongan memberikan

impak yang buruk terutamanya dari segi budaya tetapi masyarakat tempatan Pulau

Perhentian tersebut tetap mengalu-alukan kedatangan mereka kerana para pelancong juga

memberikan impak yang baik dari segi pembangunan ekonomi, iaitu dengan membuka

peluang pekerjaan, taraf kehidupan masyarakat juga berkembang serta status sosial

penduduk juga meningkat.

Terdapat faktor lain juga yang menyebabkan penduduk menyokong kemasukan pelancong

antaranya faktor pembangunan infrastruktur, faktor kekeluargaan, dan juga faktor

pendidikan.

110
Pihak kerajaan Terengganu juga telah mengalakkan kemasukan pelancong dari luar Negara

dengan melancarkan tahun melawat Terengganu dan sebagainya bagi menarik pelancong

dan mengaut keuntungan dari aktiviti pelancongan yang berlaku.

111
5.3 Cadangan

Melalui kajian yang telah dijalankan, beberapa bentuk cadangan dan idea akan

diketengahkan untuk mengatasi masalah budaya dan sosial yang berlaku disebabkan oleh

aktiviti pelancongan yang tidak dikawal dan tidak terancang. Cadangan dikemukakan oleh

pengkaji sekaligus dapat digunakan oleh pihak yang berkepentingan untuk mengatasi

masalah serta kelemahan yang mungkin boleh membantu mereka di masa hadapan.

Cadangan yang dikemukakan ini juga akan berguna kepada penyelidik yang akan dating

bagi meneruskan lagi kajian dan membaiki kelemahan kajian ini.

5.3.1- Cadangan kepada Pihak kerajaan dan Ahli berkuasa Pulau Perhentian

5.3.2- cadangan mengetatkan undang- undang dan etika berpakaian terhadap para

pelancong.

Pihak kerajaan Terengganu dan pihak berkuasa pulau boleh mengambil inisiatif

dengan menetapkan peraturan dan etika kepada para pelancong dari luar Negara

terutamanya ketika melakukan aktiviti di tepi pandai seperti berjemur bagi

mengelakkan etika yang tidak elok ini diikuti oleh masyarakat pulau khasnya

golongan remaja.

112
Pihak berkuasa perlulah meletakkan tanda atau signboard yang menunjukkan

mengenai etika yang betul serta melarang sekeras- kerasnya perbuatan yang

melampaui batas, dan melakukan hubungan seperti seks.

5.3.3- Cadangan menyediakan kawasan khas untuk para pelancong melakukan

aktiviti mereka tanpa melibatkan golongan penduduk bawah umur.

Pihak berkuasa dan pihak pelancongan perlu sepakat dan menyediakan kawasan

khas yang memberikan para pelancong kebebasan untuk berseronok tanpa halangan

yang boleh menyebabkan mereka bosan dan tawar hati untuk melawat atau

melancong ke negara kita.

Kawasan ini bukan bertujuan untuk menggalakkan perbuatan yang tidak sihat tapi

tempat untuk berhibur dan berseronok tetapi tetap melarang perbuatan yang

melampaui batas. Tempat- tempat seperti ini juga akan diawasi oleh pihak berkuasa

dan melarang penduduk dibawah umur untuk memasukinya.

113
5.4- Cadangan untuk prngkaji yang akan datang.

5.4.1- Mengkaji mengenai impak budaya yang masyarakat berikan kepada pelancong

dari luar negara.

Kajian seperti ini juga boleh dilakukan supaya kita mengetahui bahawa masyarakat

tempatan juga memberikan impak dan kesan terhadap pelancong yang datang ke

pulau tersebut.

Menurut responden yang ditemubual oleh pengkaji, mereka menyatakan bahawa

pelancong dari luar juga terpengaruh dengan budaya kita serta mengikuti kegiatan

yang dilakukan oleh penduduk tempatan seperti menyambut Hari Raya, menyambut

kemerdekaan negara, memakai pakaian melayu, memakai batik dan banyak lagi.

Cadangan kajian ini adalah menarik dan bermafaat untuk mengetahui mengenai

pelancong yang melawat negara kita.

5.4.2- Mengkaji pulau yang terdapat di Malaysia dan daya penarik serta keunikan

yang ada di pulau-pulau tersebut.

Pengkaji yang akan datang juga boleh melakukan kajian mengenai pulau yang ada di

Malaysia dan keunikan yang menjadi daya penarik kepada pelancong dari luar

negara. Ramai yang mengetahui bahawa negara kita sering menjadi tumpuan

pelancong dari luar negara disebabkan oleh iklim yang panas dan banyak lagi namun

114
tiada lagi pihak yang menyelidik perkara tersebut terutamanya di tempat tumpuan

pelancongan seperti di pulau yang berada di Negara Malaysia.

5.4.3- Kajian mengenai kesan yang berlaku terhadap alam sekitar disebabkan oleh

kegiatan pelancongan.

Kajian seperti ini juga boleh dilakukan bagi mengenalpasti kesan kegiatan manusia

seperti kegiatan pelancongan terhadap alam sekitar dan kehidupan di kawasan

pelancongan. Kajian ini boleh dilakukan bagi menguruskan, memelihara dan

memulihara persekitaran dari terus hilang dan pupus tanpa sebarang tindakan untuk

melindunginya.

115
5.5 Rumusan

Secara keseluruhannya, bab ini merupakan bab yang terakhir dalam kajian ini. Pengkaji

telah merumuskan semua hasil kajian yang dijalankan selama setahun ini. Rumusan telah

dibuat berdasarkan semua maklumat dan data yang diperolehi oleh pengkaji dalam

keseluruhan bab satu hingga bab empat.

Selain itu, pengkaji juga telah mengutarakan cadangan-cadangan yang bersesuaian dan

logik kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab serta memberikan beberapa cadangan

kepada pengkaji pada masa depan bagi meneruskan lagi beberapa topik yang masih belum

diulas dengan lebih terperinci lagi.

Melalui kajian ini, dapat disimpulkan bahawa budaya yang ada pada masyarakat Pulau

Perhentian ini harus dikekalkan keunikan dan keindahannya agar menjadi sebuah warisan

berharga kepada generasi muda agar mereka tidak lupa kepada asal usul dan tidak leka

dengan budaya barat.

116
Bibliography

Andrew, B. (2002). Trouble in Paradise. Geograhical, April 2002, 74 (4): 94-97.

Arnold, M. (1869). Culture and Anarchy: An Essay in Political and Social Criticism . London: Smith,
Elder & Company.

Baum, M. V. (1995). Island Tourism: Management Principles and Practice. New York,
United State of America: John wiley & Sons, Inc.,.

Blamey. R.K. (2001). Principles of Ecotourism, Chapter 1 in “Blamey, R.K., The


Encyclopedia of Ecotourism, CAB International

Bruner, E. (2005). Culture on Tour: Ethnographies of Travel. Chicago: University of


Chicago Press.

Bryman, A. (2001). Social Research Methods. Oxford: Oxford University Press.

Daud, W. M (2001), Pembangunan di Malaysia: Ke arah satu kefahaman yang lebih


sempurna. Damansara Heights, Kuala Lumpur: KGP Resourse. Sdn. Bhd

Davison, R. (1996). The impacts of tourism. In Tourism Destinations(R. Davison and


Maitland,eds), pp. 18–45. London, Hodder andStoughton

Deraman, A.A (2001). Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur:Dewan


Bahasa Dan Pustaka.

Google Maps, 2013. Peta Negeri Terengganu.


https://maps.google.com/maps?q=erenggagnu&hl=en&ll=4.869311,103.197327&sp
n=1.767819,2.705383&sll=30.850161,116.066261&sspn=47.79616,86.572266&hne
ar=Terengganu,+Malaysia&t=m&z=9- Dicapai pada 10 December 2013

Griswold, W. (2008). Culture and the cultural Diamond. 16-17.

117
Habibah, A. (1994). Industri Pelancongan Di Asean: Satu Cabaran, Akademika (44)
Januari 1994:15-44.

Holden, P.M(1995), Tourism a New Perspective, Uk, Prentice Hall, m.s 4-5

Jabatan Penerangan Malaysia. (9 Mac 2008). Ekopelancongan. http://pmr.penerangan.


gov.my/index.php/component/content/article/116-perlancongan/689--
ekopelancongan-. html. Dicapai pada 25 september 2013.

Jafari, J. (1973). 'Role tourism on socio-economic transformation of developing countries',


M.Sc thesis, Cornell University.

Jafari, J. (1981), Editor page. Annals of Tourism research, P.g 3

Jenks, C (2003). Culture: Critical concepts in sociology. New York: Routledge II new
Fetter Lane, London EC4P 4EE

Kadir, H.D. (1997). “Tourism and Culture Development in Malaysia” dlm . Yamashita, S.

Kadir, H. D, dan Eades, J.S. (ed.). Tourism and Culture Development in Asia and Ocenia.
Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Lord, G. D. (1999). The Power of Cultural Tourism. New York: Wilay and Sons

Macleod, D. V. (2006). Tourism, globalisation and cultural Change: An Island community


perspective (First Indian Edition ed.). Victoria Road, UK: Multiligual Matters
Limited.

Mattessich, P. and Monsey, M.(2004) Community Building: what make makes it work , st
paul , MN: Wilder Foundation

118
Manson, P. (2008). Tourism Impact, Planning and management, Burlington, USA :
Linacre House, Jordan Hill, oxford Ox2 8DP

Pauline Fan, C.Y. (2009). Kebudayaan Malaysia: Satu Pengenalan. Kuala lumpur: Jabatan
Kebudayaan dan kesenian negara.

Pizam, A. (1978). 'Tourism impacts: the social costs to the destination community as
perceived by its residents', Journal of travel research, vol. 16, no. 30, pp. 8-12.

Pusat Taman Laut Pulau Perhentian (2014) ,Peta Pulau Perhentian, Dicapai pada 1 April
2014 di laman web http://www.dmpm.nre.gov.my/ptl_terengganu.html?uweb=jtl

Riley, P.S (2009). Cultural theory, an introduction (second Edition). USA: Blackwell
Publishing.

Ritchie, J.a. (1978). Culture as a determinant of the attractiveness of the tourism region.
Annals of Tourism Reseach, 5 , 252-267.

Smith, S.L (1995). Tourism Analysis. England: Addison Wesley Longman

Su, Y. B (1995), Sejarah Pulau Perhentian: Berita Darul Iman. Dicapai pada 8 october
2013 dari http://www.pulauperhentian.com.my/sejarahperhentian.php

UNEP. (2001). UNEP Manual for the International Year of Ecotourism – IYE 2002. 17 p.

Wall, G (1997). Is Ecotourism Sustainable? Environmental Management 21 (4), 483 491.

Yahaya Bin Ibrahim. (2008). Komuniti Pulau dan Era Pembangunan: Terpinggir atau
Meminggir, Akademika (70), Januari 2007:57-76.

Yang, J., Ryan, C. & Zhang, L. (Eds.) (2013). Social Conflict in Communities Impacted by
Tourism (ms. 82-93). China: Elsevier Ltd.

119

Anda mungkin juga menyukai