Anda di halaman 1dari 11

Rancangan Malaysia Keempat

Rancangan Malaysia Keempat (RMK4)


adalah rancangan pembangunan lima
tahun Malaysia dari 1981 sehingga
1985. RMK4 masih bertunjangkan
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang
mempunyai matlamat membasmi
kemiskinan dan menyusun semula
masyarakat.

Strategi di bawah RMK4 untuk membangun sosio ekonomi


rakyat adalah:
menggunakan dengan lebih berkesan modal, tenaga manusia,
teknologi dan sumber lain dalam Malaysia
mempelbagai dan mengukuhkan ekonomi melalui peluangpeluang pasaran luar dan dalam negeri
meningkatkan daya pengeluaran rakyat dalam semua sektor
membuka dan memulih tanah untuk meningkatkan taraf hidup
petani dan bidang pertanian
mengurangkan jurang perbezaan pendapatan dan pekerjaan
kaum
menggalak penguasaan modal saham kepada 70% untuk
rakyat Malaysia
memastikan pembangunan industri

Tumpuan kepada sektor pertanian

Pertanian diberi tumpuan untuk meningkatkan lagi daya


pengeluarannya. Dasar Pertanian Negara (DPN) telah dilancarkan
pada tahun 1984 bermatlamat memaksimumkan pendapatan
daripada pertanian dan mempergiatkan semula sumbangan sektor
itu kepada pembangunan ekonomi negara keseluruhannya[1].
Rancangan-rancangan DPN meliputi pembukaan tanah-tanah
baru, pemulihan serta penyatuan kebun-kebun kecil, penanaman
semula, pembangunan pertanian secara bersepadu dan
pembinaan kemudahan pengairan.

Antara projek-projek penting semasa RMK4 adalah:


Pembukaan tanah-tanah baru untuk tanaman ekspot seperti kelapa sawit,
getah dan koko oleh agensi-agensi seperti FELDA dan RISDA serta
kerajaan-kerajaan negeri.
Rancangan mini estet tanaman getah yang dikelolakan oleh RISDA di Kg
Parit Seraya dan Kg Parit Selangor di Johor.
Pembangunan kampung tradisional oleh FELCRA di Kg Kok, Kedah;
Teratak Batu, Kelantan; dan Ulu Berang, Terengganu.
Tanaman kontan projek tembakau di Alor Ketitir, Terengganu, dan Kandis,
Kelantan serta projek tanaman sayur-sayuran di bawah skim Penanaman
Berkelompok.
Tanaman kelompok padi oleh Pertubuhan Peladang kendalian Lembaga
Pertubuhan Peladang di Tanjung Karang, Selangor, dan syarikat-syarikat
kerjasama di Kelantan, Perak dan Pulau Pinang.
Perluasan program penyelidikan, pinjaman dan pemasaran.
Sementara itu, Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak
(SALCRA) telah mengendalikan rancangan pemulihan tanah di Sarawak.

Dasar-dasar mesra pelabur dan


industri
Dasar Penswastaan negara diperkenalkan pada tahun 1983, semasa dalam
tempoh RMK4, yang bertujuan supaya sektor swasta, pengusaha tempatan dan
kerajaan bersama-sama memikul tanggunjawab memajukan negara. Melalui
dasar ini, kepentingan atau pelaburan kerajaan dipindahkan kepada sektor
swasta. Pada tahun yang sama, kerajaan Malaysia juga memperkenalkan
Dasar Persyarikatan Malaysia bertujuan menggalak kerjasama antara sektor
awam dan swasta dalam membangun ekonomi negara. Kedua-dua dasar ini
memberi impak yang besar sama ada positif atau negatif sehingga pada hari ini.
Di bawah Dasar Perindustian Berat, kerajaan Malaysia menubuhkan
Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) pada 1980. HICOM ditugaskan
untuk mengurus industri berat seperti Kedah Cement Sdn Bhd dan kilang besi
PERWAJA di Kemaman, Terengganu. Menurut Perdana Menteri ketika itu,
dasar perindustrian berat mempunyai serampang dua mata iaitu mewujudkan
projek industri berat itu sendiri dan meningkat keupayaan industri sokongan
atau mengwujudkan industri-industri baru[2]. Pengenalan dasar ini membawa
kepada penubuhan Proton yang memacu industri otomobil negara pada tahun
1983

Pemilikan saham
RMK4 juga bertujuan menyeimbangkan
pemilikan saham dan harta antara bumiputera
dan bukan bumiputera. Ini dilakukan dengan
penubuhan Permodalan Nasional Bhd (PNB)
dan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) pada
tahun 1981.

Dasar Penswastaan
Penswastaan mula mendapat perhatian di Malaysia
pada pertengahan tahun
1983 yang menyaksikan penekanan pihak swasta
dalam pembangunan dan
pengurusan negara. Rasional penswastaan di
Malaysia disebabkan faktor kecekapan pihak swasta
memandangkan perlunya pertumbuhan saiz sektor
awam dikawal dalam keadaan kewangan kerajaan
yang tidak begitu kukuh sebagaimana yang dialami
dalam tahun-tahun 1980-an.

Objektif dasar penswastaan yang telah


dilancarkan pada bulan Mac 1983 adalah
bertujuan bagi;1. Mengurangkan beban kewangan
kerajaan
2. Meninggikan kecekapan dan
penghasilan kerja
3. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
4. Pengagihan sumber secara cekap
5. Mempercepatkan pencapaian hasrat
DEB

Walaupun secara rasminya dasar ini telah


dilancarkan pada tahun 1983, tetapi
pelaksanaannya hanya bermula sejak
penghujung tahun 1985. Antara projek
penswastaan yang telah dilaksanakan ialah,
Lebuhraya Utara Selatan kepada Syarikat UEM
Bhd., TV3 oleh Syarikat Televisyen Malaysia
Berhad (STMB), Perkhidmatan Telefon kepada
Syarikat Telekom Malaysia, Jabatan Pos, Desaru
dan sebagainya.

Pencapaian RMK-4
Kemajuan dalam usaha-usaha membasmi kemiskinan telah
mengurangkan kadar kemiskinan dari 49.3% dalam tahun
1970 kepada 29.2% dalam tahun 1980. Kemajuan ini telah
dicapai hasil dari pembangunan ekonomi dan sosial yang
pesat dalam tempoh 1971-1980 dengan kemajuan yang besar
dicapai dari segi guna tenaga dan daya pengeluaran dalam
sektor pertanian menerusi program seperti pembangunan
tanah dan kawasan yang sedia ada dan dibantu oleh harga
barangan yang tinggi.

Kerajaan telah memperluaskan perkhidmatanperkhidmatan seperti menyebarkan hasil-hasil


penyelidikan, menyediakan khidmat nasihat dan
perundingan, latihan, kemudahan kredit dan pinjaman.
Penyelidikan berkenaan akan dijalankan oleh Institut
Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) dan Persatuan
Penyelidikan dan Pengeluar-pengeluar Getah Malaysia
(MRPRA) sementara Institut Penyelidikan dan Kemajuan
Pertanian Malaysia (MARDI) akan meneruskan kegiatan
penyelidikannya berkenaan dengan penggunaan dan
pemprosesan barang-barang pertanian, ternakan dan
perikanan untuk kegunaan perindustrian dan
perdagangan.

Anda mungkin juga menyukai