Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN

Sistem kili hos turut dikenali sebagai Sistem Gelung Hos. Ianya adalah sistem tetap yang

paling lazim dipasang di dalam sesebuah bangunan. Kili hos adalah sebuah sistem manual
dan perlu dikendalikan oleh pengguna sendiri. Kkata kunci bagi Sistem kili hos yang perlu
diketahui ialah ianya adalah sebagai sistem bantu mula (first aid) kerana kegunaannya
sebagai salah satu kaedah awal melawan kebakaran api kecil sebelum ketibaan pihak
BOMBA.

KEPERLUAN PEMASANGAN SISTEM PENCEGAH KEBAKARAN KILI HOS


Umumnya keperluan pemasangan Sistem kili hos bergantung kepada faktor berikut:

Jenis Bangunan
Saiz Bangunan
Penggunaan Bangunan
Keperluan tambahan PBT / BOMBA

KOMPONEN SISTEM KILI HOS


Sistem ini mempunyai beberapa komponen yang utama seperti rumah pam, tangki air, pam,
paip, kili hos dan kelengkapan - kelengkapan lain. Secara ringkasnya adalah seperti
gambarajah di bawah:-

KEPERLUAN REKABENTUK SISTEM KILI HOS


Apa yang paling penting bagi Sistem kili hos untuk berfungsi dengan baik adalah:1. Mudah dilihat (warna merah / simbol / dll)
2. Berdekatan laluan umum / tangga
3. Berupaya mengawal seluas 800m2 bagi setiap satu kili hos dengan jarak setiap satu
tidak melebihi 30m
4. Pancutan air kili hos tersebut mencapai kadar alir 5 igpm dengan jarak pancutan 6m
PAM DAN TANGKI KILI HOS

PAM

Pam-pam hendaklah bertindak secara automatik.


Jika kadar tekanan air dalam paip kili hos memerlukan bantuan pam, dua buah pam

perlu disediakan
Pam-pam hendaklah juga boleh digerakkan dan berhentikan secara manual, pam
kedua hendaklah boleh bertindak secara automatik semasa kerosakan pam duty

TANGKI

Kedudukan tangki air, positive head - dimana pam dan tangki air berada lebih tinggi

dari hose reel


Kedudukan tangki air, negative head - dimana pam dan tangki berada di bawah paras
hose reel

Anda mungkin juga menyukai