Anda di halaman 1dari 5

SISTEM KILI HOS

Sistem kili hos merupakan salah satu kelengkapan pencegahan kebakaran yang
digunakan oleh penghuni atau pengguna bangunan semasa berlaku kecemasan dan pada
peringkat awal kebakaran bagi memadamkan api atau mencegah kebakaran daripada terus
merebak. Kelengkapan ini lebih bersifat alat bantu mula. Kili hos mesti diletakkan di tempat
yang strategik dengan bertujuankan perlindungan daripada kebakaran dan mudah dicapai oleh
pengguna seperti di tepi tangga keselamatan dan laluan koridor. Kili hos juga disediakan di
setiap lobi lif.
Sistem kili hos juga terdiri daripada pam kili hos, tangki simpanan air, kili hos
berserta muncung, rangkaian paip serta injap kawalan. Terdapat tiga jenis kili hos, iaitu :
1. Kili hos tetap
2. Kili hos berengsel
3. Kili hos tertanam

Binaan kili hos tetap ditunjukkan seperti Rajah A, manakala kili hos berengsel seperti di
dalam Rajah B. Kili hos disediakan dengan hos bergaris pusat 25.0 mm dan panjang
maksimum 30.0 m dengan had tekanan pada hos iaitu 41.38 bar sama dengan 600 psi.
Rangkaian paip untuk kili hos secara umumnya bergaris pusat nominal 50 mm dan garis
pusat paip yang bersambung bagi setiap kili hos mestilah tidak kecil daripada 25.0 mm.
Muncung kili mestilah jenis jet dan semburan boleh laras dengan garis pusat yang
dicadangkan ialah 8.0 mm.

Rajah A : pemasangan kili hos tetap

Rajah B : kili hos berengsel

Kili hos yang paling jauh dari sistem pam mestilah mampu memancurkan air pada
kadar 0.4 liter/s dan jet air sejauh 6.0m dari muncung sekiranya dua kili hos di buka
serentak. Tekanan air sebanyak 200 kPa diperlukan bagi kili hos yang berada paling jauh
dan paling tinggi dari sistem pam. Setiap kili hos disediakan untuk luas lantai kerja 800 m
persegi. Kili hos disediakan di tempat yang mudah dan selamat dicapai semasa
berlakunya kebakaran ataupun kecemasan. Lokasi kedudukan kili hos yang sesuai adalah
di laluan kecemasan untuk menyelamatkan diri, di tepi pintu keluar dan di tepi tangga.
Paip yang digunakan untuk membina sistem perpaipan kili hos ialah paip keluli
bergalvani sekurang-kurangnya gred sederhana ( Kelas B ) untuk paip yang terdedah di
atmosfera dan paip keluli gred berat ( Kelas C ) untuk paip bawah tanah. Paip kili hos
mestilah disapu cat merah, jika tidak paip kili hos boleh dikenal pasti dengan jalur merah
yang disapu pada sesiku dan sambungan-T. Injap pelepas udara automatik dipasangkan di
hujung paip paling jauh dan paling tinggi dan di sebarang tempat yang sesuai. Injap ini
berfungsi secara automatik untuk membebaskan udara yang terperangkap di dalam talian
paip kili hos.

PAM DAN TANGKI KILI HOS

Pam kili hos mendapat bekalan air dari tangki simpanan air pencagahan kebakaran. Dua
set pam, iaitu pam duti dangan pam tunggu sedia, dikhususkan untuk sistem kili hos. Pam
kebiasaannya menghasilkan air dengan kadar aliran 120 L/min pada tekanan kerja tidak
kurang daripada 2.0 bar ketika mana-mana empat buah kili atau digunakan serentak.
Motor pemacu pam kili hos tunggu sedia mendapat bekalan elektrik dari generator
kecemasan untuk memastikan pam kili hos boleh beroperasi walaupun ketika kegagalan
bekalan elektrik normal. Jika generator kecemasan tidak disediakan, pam kili hos tunggu
sedia boleh digandingkan terus dengan enjin diesel. Bekalan bahan api pula mestilah
memadai agar pam tunggu sedia boleh beroperasi secara berterusan selama sekurangkurangnya satu jam.
Tekanan air di dalam talian paip sentiasa dikekalkan pada satu nilai tekanan kerja
yang disesuaikan dengan keperluan tekanan dan penjanaan jet air di muncung kili hos.
Tekanan air dikekalkan oleh pam duti yang dipacu oleh motor elektrik. Apabila tekanan
air susut lebih kurang 5% daripada tekanan kerja, pam tunggu sedia pacuan enjin diesel
akan beroperasi secara automatic. Oleh itu, pam tunggu sedia pacuan enjin diesel akan
beroperasi secara automatic apabila tekanan air kili hos susut kerana
1. Pam duti tidak dapat mengekalkan tekanan air kerana penggunaan air terlalu banyak
2. Pam duti tidak beroperasi atau mungkin rosak
3. Bekalan elektrik normal terputus

Pendawaian untuk membekalkan kuasa elektrik ke pam kili hos mestilah dilindungi
pembuluh keluli bergalvani atau menggunakan kebel jenis rintangan kebakaran. Bekalan
elektrik untuk pam duti kebiasaannya ialah 415 V, tiga fasa dengan kadar kuasa 3.0 hinga
4.0 kW. Bateri yang digunakan untuk pemula enjin diesel mestilah jenis bebas
senggaraan. Keupayaan voltan bateri yang digunakan untuk pemula enjin diesel mestilah
12 V atau 24 V dengan kuasa minimum 25 AH. Sambungan elektrik mestilah dipastikan
baik serta selamat.
Panjang dan pemasangan paip ekzos enjin diesel mestilah dipastikan sesuai agar tidak
mengganggu prestasi enjin. Di samping itu, gas ekzos yang terhasildari enjin diesel tidak
mengganggu keselesaan penghuni atau pengguna bangunan.
Jika bilangan kili hos di dalam sesebuah bangunan itu tidak melebihi empat buah,
pam tunggu sedia memadailah dipacu oleh kuasa elektrik dan tidak perlu dibekalkan
dengan bekalan kuasa kecemasan.
Pemasangan pam dan tangki kili hos mestilah ditempatkan di dalam bilik atau rumah
pam yag sesuai untuk melindungi pam dan kelengkapan lain daripada cuaca yang
melampau dan risiko banjir. Bilik atau rumah pam yang terletak di dalam bangunan atau
di atas bumbung mestilah mempunyai pengudaraan yang baik sama ada secara semula
jadi atau mekanikal. Papan tanda dan label yang sesuai perlu disediakan ntuk bilik atau

rumah pam. Alat pemadam api nudah alih karbon dioksida juga perlu disediakan untuk
memadam kebakaran.

Rajah C : Tangki kili hos di atas bumbung


Tangki simpanan air kili hos mestilah mampu menakung air sebanyak 2 275 liter
untuk kili hos pertama dan 1 137.5 bagi setia kili hos tambahan sehingga isi padu
maksimum 9 100 liter iaitu setara dengan tujuh kili hos dalam sesebuah sistem kili hos.
Ini bermaksud sistem kili hos yang mempunyai lebih daripada tujuh buah kili hos hanya
perlu disediakan dengan air simpanan sebanyak 9 100 liter sahaja. Tangki mungkin
deperbuat daripada keluli tertekan, polister bertetulang serabut kaca(FRP) atau konkrit.
Jia tangki diperbuat daripada keluli tertekan, bahagian dalamnya mestilah disapu cat
bitumin untuk menghalang berlakunnya karat. Tangki mestilah dibina dengan petak-petak
dan penunjuk aras air mesti disediakan untuk menunjukkan kuantiti simpanan air di
dalam tangki.Tangki simpanan air kili hos mesti juga disediakan dengan injap pelampung
bebola, paip salir dan alas yang sesuai. Permukaan luar tangki mestilah disapu cat merah.
Jika tidak,jalur warna merah selebar 200.0 mm disapukan dipermukaan luar untuk tujuaan
pengecaman tangki air pencegahan kebakaran. Raja menunjukkan contoh binaan dan
pemasangan sebuah tangki kili hos yang diperbuat daripada keluli tertekan yang
ditempatkan di atas lapik konkrit tertulang.
Tangki simpanan air kili hos mestilah diisi atau mendapat bekalan air secara
automatik melalui paip bekalan air bergaris pusat minimum 50.0 untuk menyediakan
kadar aliran air minimum 150 L/min. Tangki simpanan air kili hos lazimnya diasingkan

daripada tangki simpanan air domestik, walaupun kedua-dua tangki ini boleh
digabungkan. Jika kedua-dua tangki digabungkan, kuantiti simpanan air mestilah
bersamaan dengan hasil tambah kuantiti air kili hos dengan kuantiti air domestik.Salur
keluar air domestik mestilah lebih tinggi daripada salur keluar air kili hos agar sejumlah
isi padu air seperti yang disyaratkan sentiasa dapat dikekalkan untuk bekalan kili hos
untuk tujuan pemadaman api. Rajah menunjukkan susun atur pemasangan pam dan tangki
kili hos.

Rajah D : pemasangan pam dan tangki kili hos

Anda mungkin juga menyukai