Anda di halaman 1dari 76

BAB 1 : PENGENALAN

Latihan industri merupakan salah satu syarat yang telah diwajibkan


kepada para pelajar politeknik di seluruh Malaysia bagi memenuhi sistem
pengajian serta sebagai syarat untuk penganugerahan Sijil atau Diploma
yang diiktiraf oleh Kementerian. Bagi politeknik-politeknik di seluruh
Malaysia, para pelajar akan menjalani latihan industri pada semester tiga
bagi Kursus Sijil dan semester empat bagi Kursus Diploma.

Tempoh masa yang diperuntukan bagi seseorang pelajar itu untuk


menjalani latihan industri ialah semasa lebih kurang 20 minggu. Penempatan
latihan industri pelajar semasa menjalani amali ialah di Jabatan Kerajaan
ataupun Swasta . Peraturan dan prosuder permohonan adalah mengikut
sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik.

Oleh kerana latihan industri lebih cenderung kepada bidang teknikal,


para pelajar seharusnya memanfaatkan segala ilmu yang dipelajari di
politeknik supaya segala tugas dan kerja yang diberikan oleh pihak
organisasi dapat dilaksanakan dengan sempurna. Para pelajar perlu
mematuhi segala peraturan dan arahan yang ditetapkan oleh pihak
organisasi sepanjang tempoh menjalani latihan industri di organisasi
tersebut.

Dalam sistem pembelajaran Politeknik Malaysia, semua politeknik


menerapkan satu sistem yang berdasarkan prosuder Jabatan Pendidikan
Teknikal Malaysia. Setiap bidang atau jurusan pembelajaran di Politeknik
perlu mewajibkan pelajarnya melalui latihan industri ataupun praktikal.
Pelajar-pelajar yang telah berjaya menjalani latihan industri layak untuk
meneruskan pengajian ke peringkat atau semester seterusnya.

1
1.1.1 Tujuan Latihan Industri

Latihan industri ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengenalan


kepada pelajar tentang berbagai-bagai aspek amalan dalam bidang yang
diceburi dan peranannya dalam masyarakat.

1.1.2 Objektif Latihan Industri

Latihan Industri memberikan kesan yang positif kepada para pelajar. Untuk
mencapai kehendak yang disarankan, maka latihan industri diwujudkan
berdasarkan beberapa objektif. Antara objektifnya adalah seperti berikut :-

i. Menambahkan dan meluaskan pengetahuan dari segi teknikal dan


kemahiran dalam bidang yang diceburi.
ii. Mendedahkan kepada pelajar tentang alam pekerjaan yang sebenar.
iii. Melatih pelajar berkomunikasi dengan berkesan.
iv. Membina personaliti individu.
v. Mengamalkan peraturan dan etika kerja dan baik.
vi. Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik antara
pekerja.
vii. Mengaitkan teori kepada praktis dan sebaliknya.
viii. Menyediakan sebuah buku Laporan Latihan Industri setelah tamat
latihan.

2
1.1.3 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

i. Membolehkan pelajar melihat dan mengambil bahagian dalam kerja-


kerja kejuruteraan selain daripada teori-teori yang dipelajari di kuliah.
ii. Memberikan satu peluang lebih awal kepada pelajar untuk
menggunakan dan mempraktikalkan pengetahuan serta pertimbangan
sendiri dalam menjalankan tugas kejuruteraan.
iii. Membolehkan pelajar mengenali melalui penglihatan secara langsung
dalam berbagai-bagai aspek kejuruteraan awam seperti konsep
perancangan, pembinaan, pentadbiran dan penyelenggaraan yang
berkaitan bangunan.
iv. Supaya pelajar mendapat kemahiran berkomunikasi yang efektif
dengan individu atau organisasi luar.
v. Mendedahkan pelajar kepada struktur organisasi jabatan atau firma
tempat latihan dan mengenali peranan setiap jabatan dalam
organisasi.
vi. Memberikan peluang melatih pelajar menulis laporan teknikal yang
lengkap dan teratur. Laporan yang disediakan tentunya akan menjadi
sumber rujukan yang penting bagi kerjaya pelajar pada masa
hadapan.

3
BAB 2 : LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA IPOH

2.1.1 Jadual Waktu Semasa Menjalani Latihan Industri

Pelajar yang menjalani program latihan industri akan diberi jadual


waktu bekerja atau latihan oleh organisasi yang menjalani pelajar untuk
menjalani Latihan Industri.
Bagi pelajar yang menjalani latihan industri di Jabatan Majlis
Bandaraya Ipoh (Kerja & Bangunan), tempoh program latihan industri yang
dijalankan adalah bermula daripada 17 Disember 2012 hingga 3 Mei 2013.
Masa latihan harian adalah sama seperti waktu jabatan-jabatan kerajaan
yang lain iaitu :-

HARI MASA BEKERJA BILANGAN JAM


Isnin hingga Jumaat 8.00 pagi – 5.00 petang 9 jam
(termasuk waktu rehat)
Sabtu, Ahad & Kelepasan Cuti -
Am

Jadual 1.1 : Jadual Berkerja Semasa Latihan Industri


2.1.2 Deskripsi

1. Dua batang pokok di kiri dan kanan


melambangkan pokok Ipoh, asal-usul nama
Bandaraya Ipoh.

4
2. Dua ekor harimau di kiri dan kanan adalah
mengikut lambang Jata Persekutuan.

3. Landasan kuning beralun di bahagian bawah


logo menggambarkan bukit-bukit batu kapur
yang banyak terdapat di kawasan Ipoh.

4. Benteng beralun di bahagian atas (tengah)


melambangkan Kota Dato Laksamana yang
dipercayai sebagai orang pertama membuat
perkampungan di Ipoh.
5. Bulan bintang adalah lambang Islam sebagai
agama rasmi.

6. Jaluran melintang beralun yang berwarna biru


sebagai lambang Sungai Kinta yang
memisahkan antara Pekan Lama dan Pekan
Baru Ipoh.
7. Tiga Jalur menegak di bahagian bawah
(tengah) adalah lambang Bendera Negeri
Perak Darul Ridzuan.

2.1.3 Warna Bendera M.B.I

5
1. Warna merah adalah warna spesis Bougainvillea 'Chili
Red'. Warna merah juga merupakan salah satu warna
dalam bendera Persekutuan. Ini bermaksud MBI juga entiti
di bawah naungan Persekutuan. Merah juga
melambangkan keberanian dan ketegasan. Dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang ditetapkan
oleh undang-undang MBI akan bertindak berani dan tegas.
2. Warna ungu merupakan warna spesis Bougainvillea
'Elizabeth Angus'. Warna ungu melambangkan
kelembutan, keceriaan dan keharmonian. Adalah menjadi
hasrat MBI untuk mewujudkan Ipoh sebagai bandaraya
yang ceria dan harmoni.

3. Warna kuning pula merupakan warna spesis Bougainvillea


'Mr. McClean'. Warna kuning adalah salah satu warna
dalam bendera Negeri Perak. Ini bermakna sebagai entiti
yang berada di bawah Kerajaan Negeri, MBI akan
sentiasa akur kepada Kerajaan Negeri dalam
membangunkan Bandaraya Ipoh.
2.1.4 Bunga Rasmi M.B.I

6
Bunga Bougainvilea

Bunga kertas atau bunga bulang adalah panggilan biasa yang kita
dengar untuk Bunga Bougainvilea. Nama ini diambil sempena daripada
seorang ahli pelayaran bangsa Perancis, A de Bougainvillea yang
menjumpai pokok ini di Rio De Janerio pada kurun ke 17. Bunga ini telah
dibawa ke Eropah pada tahun 1780-an dan didapati pertama kali berbunga
di Paris. Pada tahun 1830 dan di England, 10 tahun kemudian
"B.Spectabilis" dan "B.Glabra" adalah diantara spesis-spesis yang mula-
mula sekali ditanam. Seterusnya kacukan daripada dua spesis ini telah
menghasilkan banyak hibrid dan kultiva. Adalah diketahui bahawa "B. Glabra
Var Mrs.Butt" telah sampai ke Malaysia pada tahun 1923 dan diikuti pula
oleh "Mrs. Mclean sepuluh tahun kemudian. Pokok bunga Bougavillea
semulajadi itu telah terkenal dan menjadi pokok yang popular di taman-
taman bunga dan halaman rumah. Terdapat lebih kurang 100 - 120
kultiva/hibrid bunga Bougainvillea yang ada di Malaysia.

7
2.1.5 Penubuhan Majlis Bandaraya Ipoh

Di antara tahun 1905 -1914, kawasan pentadbiran bandar Ipoh


berkembang hingga menyeberangi sungai kinta dan di sini wujudnya pekan
baru (Ipoh New Town) ke jalan Anderson. Stesen keretapi, hotel, dewan
bandaran (town hall), dan pejabat pos juga dibina. Manakala dalam tahun
1946-1954, 'Kinta Town Board' telah wujud yang bermula di bawah
penyelarasan Major J.S Drake dan pada tahun 1954-1956, G.S Walker
menjadi pengerusi 'Ipoh Mengelembu Town Council' ditubuhkan pada tahun
1957-1962 diketuai oleh Encik Abdullah Bin Uni. Pada 31 Mei 1962, Ipoh
telah dinaikkan ke taraf perbandaran dan dikenali sebagai 'Majlis
Perbandaran Ipoh' yang dipengerusikan oleh E.G Walker.

Pada 27 Mei 1988, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan
telah mengishtiharkan taraf Bandaraya kepada Ipoh, Ibu negeri Perak Darul
Ridzuan. Majlis Perbandaran Ipoh dikenali sebagai 'Majlis Bandaraya Ipoh'
dan ketua eksekutifnya bergelar Datuk Bandar. Sebagai Ibu negeri Perak
Darul Ridzuan, Ipoh merupakan pusat pentadbiran, perdagangan, sukan,
kebudayaan, kewangan, politik,keagamaan dan juga pendidikan.Kini
dibawah pimpinan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh terus berusaha
untuk menjadikan Bandaraya Ipoh sebagai sebuah bandar yang dinamik dan
unggul. Majlis Bandaraya Ipoh telah diisytiharkan oleh Duli Yang Maha Mulia
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin
Shah Ghafarullahu-lah dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang
merupakan Bandaraya Ketiga di Malaysia selepas Kuala Lumpur dan Pulau
Pinang. Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah dibina pada tahun
1985 dan telah siap dalam tahun 27 Mei 1988. Bangunan Majlis Bandaraya
telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Shah pada 8
November 1996. Kos pembinaan bangunan MBI adalah sebanyak RM 16
juta.

8
2.1.7 Misi Jabatan
"Ipoh Bandaraya Sejahtera, Dinamik Dan Maju"

2.1.8 Visi Jabatan


"Membina Bandaraya Yang Kondusif Bagi Pembangunan Ekonomi, Sosio
Budaya Dan Pembangunan Modal Insan"

2.1.9 Objektif Jabatan

Objektif MBI adalah menghasilkan mutu kehidupan yang lebih selesa dan
seimbang serta meninggikan taraf hidup bagi semua peduduk dalam
kawasan Majlis dengan cara :

1. Menyediakan segala kemudahan dan perkhidmatan sebagai asas


mencapai mutu kehidupan yang lebih selesa dan meningkatkan taraf
hidup penduduk dalam kawasan Majlis.
2. Memperkemaskan dan meningkatkan mutu perkhidmatan dan
perancangan pembangunan dalam semua bidang.
3. Menggalakan dan menyediakan kemudahan, rekreasi dan riadah
awam.
4. Mengindahkan Bandaraya Ipoh bersesuaian dengan tarafnya sebagai
ibu negeri dan pusat pentadbiran negeri Perak di samping
menggalakan industri dan pentadbiran.
5. Menggalakkan pertumbuhan industri dan perdagangan.
6. Berusaha mencapai objektif dan aspirasi kerajaan termasuk
melaksanakan dasar Pembangunan Nasional.

9
1.2 Fungsi Jabatan

1. Melaksanakan pemakaian dan penguatkuasaan Undang-Undang Kecil


bangunan Seragam 1988, Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974,
Polisi-Polisi Pembangunan Majlis Bandaraya Ipoh serta lain-lain Akta
dan enakmen serta undang-undang yang berkaitan.
2. Menerima dan memproses semua jenis permohonan Pelan Bangunan
bagi kelulusan sementara dan lain-lain bentuk permohonan
pembangunan yang melibatkan pembinaan bangunan dari jenis separa
kekal dan sementara di dalam kawasan Majlis Bandaraya Ipoh.
3. Memproses dan mengeluarkan Sijil Perakuan Layak Menduduki bagi
bangunan-bangunan yang diluluskan.
4. Menyelaras dan melaksanakan pemeriksaan kesiapan bagi
permohonan pembangunan yang diluluskan melalui proses Perakuan
Siap Dan Pematuhan (CCC).
5. Membantu Majlis Bandaraya Ipoh di dalam merangka polisi-polisi
pembangunan dari semasa ke semasa.

10
1.2.1 Piagam Pelanggan Jabatan

Kami berjanji untuk bekerja dengan penuh komitmen dan dedikasi bagi
memberikan perkhidmatan yang cekap, mesra, amanah dan berkualiti ke
arah menjadikan Ipoh sebuah Bandaraya yang bersih, indah, teratur dan
dinamik. Janji-janji kami adalah :

1. Memberikan perkhidmatan pungutan sampah setiap hari di pusat


perdagangan dan pasar dan 3 kali seminggu di lain-lain kawasan.
2. Pembersihan longkang dilakukan setiap hari di kawasan perdagangan
dan sekurang-kurangnya sekali sebulan di lain-lain kawasan.
3. Pemotongan rumput dilakukan 2 minggu sekali di jalan utama dan
sebulan sekali di lain-lain jalan dan kawasan lapang.
4. Memotong dan membersihkan pokok-pokok tumbang yang
menghalang laluan dalam tempoh 24 jam setelah aduan diterima.
5. Memberikan kelulusan ke atas permohonan perancang dan
pembangunan yang telah mematuhi kehendak-kehendak perancangan
tidak melebihi 2 bulan.
6. Semua permohonan lesen premis, iklan, penaja dan pasar akan
dikeluarkan sebelum 15hb. Januari setiap tahun.
7. Semua permohonan lesen-lesen Majlis akan diproses seta diberi
kelulusan bersyarat atau kelulusan lesen dalam tempoh seperti berikut:
 Serta-merta untuk lesen sambilan/sementara perniagaan pasar
malam, jualan buah-buahan bermusim, perniagaan/acara-acara
khas seperti Pasar Ramadhan & Ekspo.
 Kelulusan bersyarat dikeluarkan melibatkan perniagaan premis
penaja, gerai swasta/Majlis (tidak termasuk proses temuduga)
akan dikeluarkan dalam masa 2 minggu;
 Kelulusan bersyarat melibatkan perniagaan premis
makanan/bukan makanan, kilang makanan/bukan makanan akan
dikeluarkan dalam tempoh 1 bulan;
 Kelulusan bersyarat melibatkan perniagaan permohonan lesen
gerai pasar awam akan dikeluarkan dalam tempoh 1 bulan;

11
 Dalam tempoh 3 bulan kelulusan bersyarat dikeluarkan
melibatkan pengiklanan billboard, perniagaan yang memerlukan
ulasan daripada Jabatan Perancangan Bandaraya dan Jabatan
Kejuruteraan Bandaraya.
8. Memberikan kelulusan ke atas permohonan pelan bangunan yang
mematuhi semua kehendak perundangan dalam tempoh :
 6 minggu bagi rumah sebuah dan bangunan kilang.
 12 minggu bagi semua skim perumahan/perindustrian dan
perdagangan.
9. Mengeluarkan Sijil Layak Menduduki (CF) tidak melebihi 2 minggu dari
tarikh permohonan diterima yang mematuhi semua kehendak-
kehendak yang ditetapkan.
10. Mengeluarkan permit-permit sementara bagi kerja-kerja binaan dalam
tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan permohonan.
11. Memberikan keputusan bantahan cukai taksiran dalam tempoh 2 bulan
dari tarikh penerimaan surat bantahan.
12. Mengeluarkan bil-bil cukai taksiran kepada pembayar cukai tidak lewat
daripada 15hb. Januari dan 15hb. Julai setiap tahun.

12
1.2.2 Fungsi-Fungsi Dan Aktiviti Utama

1. Melaksanakan pemakaian dan penguatkuasaan Undang-Undang Kecil


bangunan Seragam 1988, Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974,
Polisi-Polisi Pembangunan Majlis Bandaraya Ipoh serta lain-lain Akta
dan enakmen serta undang-undang yang berkaitan.
2. Menerima dan memproses semua jenis permohonan Pelan Bangunan
bagi kelulusan sementara dan lain-lain bentuk permohonan
pembangunan yang melibatkan pembinaan bangunan dari jenis separa
kekal dan sementara di dalam kawasan Majlis Bandaraya Ipoh.
3. Memproses dan mengeluarkan Sijil Perakuan Layak Menduduki bagi
bangunan-bangunan yang diluluskan.
4. Menyelaras dan melaksanakan pemeriksaan kesiapan bagi
permohonan pembangunan yang diluluskan melalui proses Perakuan
Siap Dan Pematuhan(CCC).
5. Membantu Majlis Bandaraya Ipoh di dalam merangka polisi-polisi
pembangunan dari semasa ke semasa.

13
1.2.4 Carta Organisasi MBI (K&B)

14
Jabatan Kejuruteraan

Visi

“Untuk Menyediakan Prasarana Dan Persekitaran Hidup Yang Moden,


Selamat Dan Sesuai Dengan Pembangunan Bandar Yang Mampan”

Objektif

 Merancang Pembangunan Dan Pembinaan Infrastruktur Dan


Kemudahan Awam Di Bawah Pentadbiran Majlis

Fungsi Jabatan

 Merancang Dan Membina Kemudahan Infrastruktur Dan Kemudahan


Awam.
 Menyelenggara Segala Kemudahan Infrastruktur, Kemudahan Awam
Dan Harta Majlis.
 Mengeluarkan Permit-Permit Sementara.

Piagam Pelanggan

 Memberikan Kelulusan Ke Atas Permohonan Perancangan Dan


Pembangunan Yang Telah Mematuhi Kehendak-Kehendak
Perancangan Tidak Melebihi 2 Bulan.

15
Carta Organisasi Jabatan Kejuruteraan

Bahagian Kerja & Bangunan

 Merancang dan membantu merekabentuk bagi menyediakan pelan-


pelan, gerai, rumah kedai, tandas awam dan lain-lain.
 Menguruskan dan menyelia projek-projek bangunan dan kemudahan
awam yang lain.
 Menjalankan kerja penyelenggaraan & pembaikan bagi bangunan-
bangunan dan harta Majlis.
 Melaksanakan kerja-kerja pertukangan dan persiapan bagi acara-acara
Majlis.

16
BAB 3 : RINGKASAN MINGGUAN LATIHAN INDUSTRI

Minggu Pertama

17 Dis 2012 – 21 Dis 2012

1. Melapor diri di Pejabat Majlis Bandaraya Ipoh pada pukul 8.00 pagi.
2. Sesi perkenalan.
3. Melakukan kerja-kerja ‘buka fail’ setelah aduan diterima di Pejabat
Majlis Bandaraya Ipoh (K&B).
4. Ujian ‘cube’ dan ujian ‘slumptest’ dilakukan.
5. Melakukan kerja mengikat tetulang untuk papak lantai sebelum kerja
mengkonkrit dilakukan.
6. Melihat kerja mengkonkrit lantai di tapak projek ‘Muzikal Founter’
7. Melihat kerja melantak cerucuk untuk membina Dewan Komuniti di
Batu 8, Ulu Kinta.
 Sebanyak 15 cerucuk digunakan.
 Berat jentera melantak cerucuk ialah 1 tan.

17
Minggu Kedua

24 Dis – 28 Dis 2012

1. Cuti sempena Hari Krismas.


2. Mencari punca kebocoran paip dan membaikinya di Taman D.R.
3. Melihat kerja-kerja menaiktaraf bangunan UTC (dikenali sebagai Super
Kinta). Antaranya :-
 Pemasangan ‘ekskelator’.
 Pemasangan jubin lantai dan jubin dinding.
 Membuat kemasan akhir.
4. Kerja-kerja untuk ‘groud beam’ dilakukan di tapak projek ‘Muzikal
Founter’.
5. Mendengar penerangan ringkas tentang keselamatan di tapak projek.
6. Mempelajari jenis-jenis pemadam api yang digunakan di Stadium
Indera Mulia.

18
Minggu Ketiga

31 Dis 2012 – 4 Jan 2013

1. Cuti sempena Tahun Baru 2013.


2. Melihat kerja baikpulih kerosakan yang berlaku di Bilik Mesyuarat MBI :
 Tingkap yang rosak dan kotor disebabkan titisan cat.
 Kabinet yang berlubang disebabkan anai-anai.
3. Melihat ujian ‘cube’ dan ujian ‘slumptest’.
 Ujian ‘cube’
 2 acuan untuk setiap lori dimana masing-masing 7 hari dan
28 hari.
 Ujian ‘slumptest’
 Terdapat 3 lapisan dan setiap lapisan dikenakan 25
hentaman.
4. Menyambung kerja-kerja mengkonkrit lantai di tapak projek ‘Muzikal
Founter’.

Minggu Keempat

7 Jan 2013 – 11 Jan 2013

1. Melihat kerja melepa dinding di tapak pembinaan ‘Perak Tourism’


 Mortar yang digunakan adalah jenis ‘Ordinary Portland Cement’
(OPC).
2. Melihat pemasangan jubin lantai dan dinding.
3. Melawat lokasi dan melihat cara-cara memasang atap bumbung jenis
genting.
4. Mempelajari proses pemilihan perabot yang sesuai untuk diletakkan di
tapak pembinaan perpustakaan.
5. Mendengar penerangan tentang kontrak tahunan dan dokumen-
dokumen sulit MBI.

19
Minggu Kelima

14 Jan 2013 – 18 Jan 2013

1. Pemasangan kotak bentuk untuk bahagian cerucuk yang telah siap


dipotong.
2. Melakukan kerja pemasangan jubin lantai untuk kedai makan di tapak
pembinaan ‘Perak Tourism’
3. Melihat pemasangan kotak bentuk untuk ‘ground beam’ di tapak
pembinaan Dewan Komuniti Batu 8, Ulu Kinta.
4. Melihat kerja ‘premix’ di tapak pembinaan ‘Perak Tourism’
5. Melakukan kerja-kerja ‘wiring’ di Padang Bola, Buntong.

MInggu Keenam

21 Jan 2013 – 25 Jan 2013

1. Cuti Sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.


2. Melihat kerja pengorekan tanah untuk pemasangan sistem perparitan.
3. Melakukan ujian ‘cube’ dan ujian ‘slumptest’ di tapak pembinaan
Dewan Komuniti Batu 8, Ulu Kinta.
4. Melakukan kerja mengkonkrit asas lantai.
5. Menyambung kerja ‘premix’ di tapak pembiaan ‘Perak Tourism
 Jenis tar : ACW 14
 Mesin yang digunakan :-
 ‘Faber Machine’
 ‘Hand Compactor’
 ‘Roller’

20
Minggu Ketujuh

28 Jan 2013 – 1 Feb 2013

1. Cuti sempena Hari Thaipusam.


2. Melakukan kerja servis dan membaiki penghawa dingin.
3. Melihat kerja mengukur tanah bagi menentukan ‘point’ untuk
penanaman cerucuk.

Minggu Kelapan

3 Feb 2013 – 8 Feb 2013

1. Melihat penanaman cerucuk untuk membina Dewan Serbaguna di


Buntong.
 Jenis cerucuk : ‘Reinforce Concrete’
 Menggunakan jentera pelantak cerucuk (1 tan)
 Saiz cerucuk : 6m (20’) x 150mm x 150mm
 Terdapat 79 point yang telah dilantak cerucuk mengikut pelan
projek.
 Setiap ‘point’ ditanam cerucuk sehingga mengena batuan keras
(hardcore).
 Kerja penyambungan cerucuk dilakukan dengan menpatrikan
cerucuk yang telah ditanam dengan cercuk yang akan disambung.
 Kerja mencatat jumlah hentakan curucuk dilakukan. Contoh :-
Kedudukan Panjang (setiap saiz kaki Jumlah cerucuk
Cerucuk (feet) yang telah ditanam)
1. 38’ 2

2. 56’ 3

21
Minggu Kesembilan

11 Feb 2013 – 15 Feb 2013

1. Dua hari cuti sempena Tahun Baru Cina.


2. Melihat kerja ‘premix’ di tapak pembinaan Perpustakaan, Chemor.
3. Mempelajari cara-cara membuat Bill of Quantities (BQ)

Minggu Kesepuluh

18 Feb 2013 – 22 Feb 2013

1. Melihat pemasangan kotak bentuk bagi cerucuk yang telah siap


dipotong.
2. Penyambungan kerja ‘premix’ yang belum siap.
3. Pemasangan kotak bentuk bahagian ‘roof beam’ di Dewan Komuniti,
Batu 8.
4. Melihat pemasangan penghawa dingin untuk Perpustakaan, Chemor.
Terdapat 2 jenis :-
 ‘Wall mounted’
 ‘Siling SO’

22
Minggu Kesebelas

25 Feb 2013 – 1 Mar 2013

1. Melakukan kerja-kerja ‘wiring’ di Dataran Ipoh.


2. Melihat pemasangan dan mengikat bata jenis ‘sisi bata’.
3. Melihat dan mempelajari cara-cara pemasangan rangka bumbung di
Dewan Serbaguna, Batu 8, Ulu Kinta.
4. Mengkonkrit bahagian ‘ground beam’ di Dewan Serbaguna, Buntong

Minggu Kedua Belas

4 Mar 2013 – 8 Mar 2013

1. Menentukan kedudukan ‘distribution board (DB), plug, dan ‘socket


outlet’.
2. Melawat dan melihat kerja di lokasi tapak projek :-
 Dewan Komuniti, Buntong
 Perpustakaan, Chemor
3. Mencari punca dan membaiki air tersumbat di Taman D.R.
4. Melakukan kerja-kerja ‘wiring’.

23
Minggu Ketiga Belas

11 Mar 2013 – 15 Mar 2013

1. Pemasangan pendawaian elektrik di tapak pembinaan Dewan


Serbaguna.
2. Mempelajari mengenai pelan projek dengan menggunakan ‘AutoCadd’
(computer software).
3. Melakukan kerja pemasangan kerangka bumbung dan pemasangan
bumbung jenis ‘metaldeck’.
4. Membaiki lampu limpah.
5. Mengenalpasti sistem ‘chiller’ di Perpustakaan Tun Abdul Razak.

Minggu Keempat Belas

18 Mar 2013 – 22 Mar 2013

1. Melakukan kerja penyelenggaraan perabot dan perkakasan elektrik


seperti lampu dan kipas.
2. Mempelajari tentang kerja-kerja yang perlu dilakukan pada peringkat
permulaan sesuatu projek. Contohnya :-
 Melawat tapak lokasi projek
 Menentukan jumlah kos (Bill Of Quantities).
3. Melihat pemasangan siling di Dewan Komuiti Batu 8.
4. Menservis penyaman udara jenis ‘indoor – outdoor’.
5. Mempelajari mengenai keselamatan di tapak projek.

24
Minggu Kelima Belas

25 Mar 2013 – 29 Mar 2013

1. Mempelajari secara teori tentang cara-cara untuk mengawal sesuatu


projek di bilik mesyuarat M.B.I.
2. Melihat pemasangan kotak bentuk untuk kerja ‘column’.
3. Mendengar taklimat tentang sistem ‘fire prevention’.
4. Mempelajari mengenai cara-cara berkomunikasi antara pekerja dengan
majikan dengan berkesan.
5. Melawat lokasi tandas awam di Taman D.R untuk kerja
penyelenggaraan. Antara kerja yang dilakukan :-
 Mengukur saiz bangunan untuk kerja mengecat.
 Menetukan perkakasan yang rosak seperti lampu, kipas, ‘water
closet’, urinal dan sebagainya.

Minggu Keenam Belas

1 Apr 2013 – 5 Apr 2013

1. Mendengar taklimat mengenai cara-cara menentu dan merancang


sesuatu projek.
2. Mengenalpasti jenis-jenis perlindungan yang terdapat di dalam
bangunan.
3. Melihat kerja membaiki sistem komunikasi.
4. Melakukan pengujian sistem pendawaian setelah siap kerja pendawaian
elektrik.
5. Melakukan ‘wiring’ khemah di Dewan Serbaguna Taman Rishah.

25
Minggu Ketujuh Belas

8 Apr 2013 – 12 Apr 2013

1. Melawat tapak projek Muzikal Founter.


2. Melakukan kerja penyelenggaraan lif bangunan di Pejabat Utama Majlis
Bandaraya Ipoh.
3. Melihat kerja pemasangan ‘lintol beam’
4. Menyambung kerja-kerja pemasangan kotak bentuk untuk ‘column’ di
Dewan Serbaguna, Buntong.
5. Melakukan kerja ‘wiring’ khemah di rumah flat Kinta Height.

Minggu Kelapan Belas

15 Apr 2013 – 19 Apr 2013

1. Melihat kerja pemasangan lampu limpah di Stadium Perak.


2. Mengkonkrit bahagian tiang (column) di Dewan Serbaguna, Buntong.
3. Melawat tapak projek di Bandar Baru Putra dan melihat kerja-kerja :-
 pemasangan jubin lantai dan dinding.
 pemasangan pendawaian elektrik.
 pemasangan kerangka bumbung.
4. Melakukan kerja pendawaian khemah untu memasang kipas dan lampu
di Dewan Town Hall.

26
Minggu Kesembilan Belas

22 Apr 2013 – 26 Apr 2013

1.
2. Menyambung kerja mengkonkrit bahagian ‘column’ di tapak projek
Dewan Serbaguna, Buntong.
3. Melakukan kerja penyelenggaraan elektrik.
4. Melihat pemasangan kerangka bumbung jenis genting.
5. ‘Wiring’ serta memasang perkakasan elektrik seperti lampu, kipas,
‘distribution board’, ‘socket earth’ dan lain-lain lagi.

Minggu Kedua Puluh

29 Apr 2013 – 3 Mei 2013

1. Melakukan ujian ‘slump’ dan ujian ‘cube’.


2. Melawat lokasi tapak projek Muzikal Founter dan melakukan kerja :-
 mengukur jubin lantai dan dinding dengan menggunakan ‘roller’ dan
pita pengukur.
 mengira kuantiti perkakasan air pancut serta lampu.
3. Melakukan kerja penyelenggaraan tandas.
4. Pemasangan pendawaian elektrik untuk khemah.

27
BAB 4 – PENDAWAIAN ELEKTRIK

4.1 Pengenalan

Seseorang pegawai akan menentukan dan memilih apakah jenis


sistem pendawaian yang akan dibuat pada sesuatu bangunan kepada
beberapa faktor, seperti :-

i. Jenis bangunan
ii. Suhu persekitaran
iii. Keselamatan dan kos.

4.2 Spesifikasi Pendawaian

Pastikan saiz kabel yang betul mengikut peraturan sediaada. Tidak


boleh disambung atau membuat sambungan TEE. Tiada pengurangan
‘strand’ dibenarkan di terminal. Mestilah dilindungi secukupnya. Tidak boleh
dibiarkan dalam keadaan tegang. Mestilah berkedudukan melintang atau
mendatar.

28
Kod warna ‘standard’ dan penandaan yang betul dan jelas hendaklah
digunakan (red, yellow, blue, neutral dan bumi). Konduit dan ‘trunking’
hendaklah dibumikan dengan sempurna dan berkesan. Koduit dan trunking
hendaklah berwarna OREN. Konduit dan trunking hemdaklah diikat dengan
saddle atau bracket dengan secukupnya supaya ia kukuh dan kuat.

Kabel berlainan voltan dan fungsi hendaklah diasingkan. lubang


laluan kabel, konduit atau trunking pada dinding konkrit hendaklahditutup
dengan bahan rintangan api yang sesuai. Kabel hendaklah di sokong
(supported) dengan kukuh oleh pengikat seperti clamp, clip, anchors, strap,
hangers, bracket, support atau cara-cara lain yang sesuai. Jarak antara
pengikat hendaklah maksima 1000mm dan 300mm dengan outlet box,
device box, cabinet atau fitting.

Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis pendawaian :-

 Jenis voltan bekalan

i. Sistem voltan bekalan yang berlainan satu fasa dan tiga dawai, dua
fasa dan tiga dawai serta kadaran yang berlainan akan memberi
perbezaan dari segi pemanasan pendawaian. Contohnya, pendawaian
bagi kabel-kabel utama dan sudutnya tidak boleh disamakan dengan
pendawaian litar akhir.

 Perlindungan mekanik

i. Keadaan tempat yang mana terletaknya banyak bahaya kerosakan


mekanik seperti bengkel-bengkel, kilang dan kawasan awam perlulah
dipasang dengan pemasangan yang mempunyai bahagian logam
seperti perisai perlindungan kepada kabel-kabel pemasangan.

29
 Jenis bangunan
i. Sama ada bangunan baru, bangunan lama, bangunan tambahan dan
bangunan daripada kayu atau batu.
ii. Bangunan tersebut sama ada setingkat, bertingkat-tingkat dan
dibawah tanah.
iii. Kegunaan bangunan sama ada sebagai tempat perusahaan,
perniagaan, hotel dan hospital.

 Persiapan pembumian
i. Sistem pembumian untuk sesuatu pemasangan pendawaian
memainkan peranan penting dalam pemilihan jenis-jenis pendawaian
yang hendak dibuat.
ii. Kawasan-kawasan tinggi dan tanah yang kering memerlukan system
pembumian yang berlainan daripada kawasan yang rendah dan tanah
yang lembap.

 Jangka masa perkhidmatan


i. Sama ada pemasangan tersebut perlu digunakan dalam masa lama
ataupun sementara.
ii. Perbezaan jangka masa bagi pemasangan sementara dengan lama
dapat memberi perbezaan penggunaan kabel dan system
pendawaian.

 Kos belanjawan
i. Perkara ini bukan sahaja melibatkan harga bahan-bahan pemasagan
malah termasuk juga perkara-perkara seperti kemudahan
mendapatkan bekalan dari pihak LLN, mendapatkan pekerja-pekerja
mahir dan masa yang diambil bagi menyiapkan pemasangan tersebut.

30
 Keadaan khusus

i. Keadaan tertentu yang terdapat di tempat yang hendak dibuat


pemasangan tersebut seperti keadaan lembap dan basah, berminyak,
panas, bahaya, kerosakan mekanikal.
ii. Penggunaan system pemasangan yang tidak peka kepada keadaan-
keadaan di atas akan menyebabkan ketahanan pemasangan tersebut
terjejas.

 Pengubahsuaian

i. Keadaan tempat yang memerlukan pengubahsuaian, perubahan litar


dan mudah menerima perubahan-perubahan mengikut keperluan
tempat tersebut.

4.3 Kaedah Pemasangan Bagi Sistem Pendawaian

Terdapat beberapa jenis system pendawaian untuk kaedah


pemasangan. Sepertimana yang telah dinyatakan iaitu pemilihan jenis
system pendawaian adalah bergantung kepada factor pemilihan.

Berikut disenaraikan jenis-jenis system pendawaian yang lazim digunakan


iaitu :-

a) Sistem Permukaan
b) Sistem Konduit
c) Sistem Tersembunyi
d) Sistem Sesalur

31
4.3.1 Sistem Pendawaian Permukaan

i) Ia boleh dipasang secara terus ke dinding kayu atau di atas pelapik kayu
pada dinding batu atau konkrit.
ii) Kabel-kabel yang digunakan dalam pendawaian permukaan mestilah
daripada jenis yang mempunyai tebatan berlapis atau PVK.

 Kebaikan :
i) Kerosakan pada pendawaian senang dikesan.
ii) Kerja-kerja menyelenggara dan tambahan boleh dibuat dengan tidak
menjejaskan pendawaian yag sedia ada.
iii) Kemas dan elok dipandang dan sesuai untuk rumah.

 Keburukan :
i) Tidak tahan panas.
ii) Terdedah kepada bahaya-bahaya seperti terkena kimia, gigitan
binatang dan sebagainya.

4.3.1.1 Pemilihan Kabel

Kabelnya bersalut dengan PVC dan dibahagian luarnya disarung


pula denga lapisan PVC kedua dan ini menjadikan tebatan dua lapis. Sarung
lapisan luar dapat memberi perlindungan kepada pengalir daripada terus
mengalami kerosakan apabila berlaku kerosakan daripada luar.

4.3.1.2 Kaedah Pemasangan

Kaedah pemasangan kabel bagi system ini kebelnya dilekapkan pada


permukaan dinding, tiang atau siling bagi bangunan diperbuat daripada
kayu. Sokongan bagi melekapkan kabel pada dinding lazimnya
menggunakan klip dipaku secara terus.

32
Ada dua klip yang digunakan untuk sistem pendawaian permukaan iaitu
yang didapati dalam bentuk siap pasang.

a. Klip plumbum

b. Klip aluminium

4.3.2 Sistem pendawaian konduit

i Kaedah pemasangan ini menggunakan paip konduit sebagai panghalaan


pendawaiannya.
ii Jika sistem ini telah dipilih sebagai pemasangannya maka
keseluruhannya kerja pemasangan bagi satu bangunan akan
menggunakan konduit.
iii Kabel akan disalurkan kedalam konduit hingga punca-punca tamatanya.

 Kebaikan:
i) Tahan lasak serta tahan kepada hentaman.
ii) Tidak mudah pecah.
iii) Kos yang rendah.

33
 Keburukan:
i) Terdedah kepada bahaya punca-punca kerosakan luaran atau
mekanikal.

4.3.2.1 Pemilihan Kabel

Kabel yang digunakan dari jenis kabel bertebat satu lapis sahaja, kerana
kabel telah pun dilindungi oleh kondiut. bilangan kabel yang hendak
dipasang dalam kondiut perlu dipastikan bilangan maksimum kabel itu
adalah untuk mengelakkan daripada kabel terlampau panas di dalam
kondiut.

4.3.2.2 Kaedah Pemasagan

Pemasangan kondiut hendaklah disiapkan sepenuhnya, kemudian


barulah dimasukkan kabel didalamnya. Ini termasuk pemasangan segala
keperluan pemasangan (fittings) dan aksesori seperti kotak tee, kotak sesiku
L dan segala kotak-kotak pemasangan aksesori.

Pastikan semua kotak penyambungan boleh diperiksa dan mudah


dicapai serta mudah diperiksa. Bilangan kabel yang dipasang dalam sesuatu
kondiut hendaklah mengikut factor ruang iaitu tidak melebihi 40%. Pada
bahagian penghujung kondiut seperti dikotak aksesori pastikan segala
tamatan kondiut dilakukan dengan mengambil kira ikatan seperti nat
pengunci dan sesendal.

Gambarajah kotak aksesori. Dikenali sebagai ‘back box’.

34
4.3.3 Sistem Pendawaian Tersembunyi

Kabel pendawaian dalam sistem ini akan dipasang atau ditanam dalam
dinding atau di atas siling bangunan. Penghalaan pendawaian tidak dapat
dilihat kecuali bahagian hujung tamatan untuk disambungkan ke aksesori
seperti soket keluaran, poin lampu, kipas dan suis.

Pemasangan pada bangunan yang dibuat daripada batu lazimnya


kabel-kabel akan ditempatkan pada lurah yang dibuat khas lindungan seperti
kondiut, kemudiannya akan disimen dan dilepa menjadikan dinding kelihatan
kemas dan cantik.

 Kebaikan:
i) Kos perbelanjaan bagi pendawaian ini murah.
ii) Tidak memerlukan alat-alat tangan yang tertentu.
iii) Kemas, cantik dan tidak mengganggu pandangan.
iv) Sesuai untuk pejabat.

 Keburukan:
i) Susah untuk menentukan punca kerosakan.
ii) Kerja-kerja tambahan susah hendak dilakukan.
iii) Bahaya terkena paku akibat ketukan pengguna.

4.3.3.1 Kaedah Pemasangan


Pemasangan pendawaian tersembunyi dibuat pada peringkat awal sesuatu
bangunan didirikan. Sebaik sahaja batu (bata atau blok) disusun, kerja
pendawaian mula dilakukan, iaitu sebelum kerja-kerja menyimen dijalankan.
Pekerja akan membuat lurah dengan menebuk tembok batu atau bata
mengikut penghlaan pendawaian.
Jenis kabel yang digunakan dengan penebatan dua lapis. Ini dapat
mengelakkan daripada kerosakan mekanikal. Kabel dibentangkan terus
pada lurah dan diklip pada bahagian batu supaya tidak terkeluar daripada
penghalaan pendawaian ketika kerja menyimen dilakukan.

35
Kabel juga boleh disalurkan di dalam kondiut sebagai pelindung
tambahan dan benamkan dalam alur atau lurah yang telah dibuat pada
dinding. Kemudian akan disimen terus bersama permukaan dinding. Ini
menjadikan pemasangan berada di dalam dinding dan kelihatan hanya
bahagian hujung kabel yang akan disambungkan pada aksesori.

Pendawaian tersembunyi diatas siling dilakukan pada penghalaan


yang sesuai dan selamat. Sebaik-baiknya kabel disalurkan kedalam kondiut
bagi mengelakkan terdedah kepada kerosakan secara mekanikal.

Gambarajah pendawaian tersembunyi

4.3.4 Sistem Pendawaian Sesalur (trunking)

Kabel PVC digunakan. Pembuluh dan sesalur memberikan


perlindungan mekanikal. Pembuluh dan sesalur terdapat dua jenis iaitu
galvanised iron (G.I) atau PVC. Sesuai untuk semua jenis permukaan tetapi
sesuai dari segi astetik (tidak cantik).

 Kebaikan ;
i. Kerja pemasangan cepat.
ii. Tidak mudah dirosakan oleh perubahan cuaca dan suhu.
 Keburukan :
i. Susah dibawa dan dipasang.
ii. Mudah ditempati habuk dan kekotoran.

36
4.3.4.1 Kaedah Pemasangan

Peralatan dan bahan digunakan untuk pemasangan pendawaian:

a) Tukul besi
b) Gunting
c) Pisau
d) Pembaris besi
e) Paku simen

Tidak ada aksesori untuk penyambungan sesiku tee dan sesiku L.


Ini semua boleh dibuat dengan menggunakan sesalur mengikut teknik
pemasangan.

i. Membuat sambungan T

ii. Membuat sesiku L

iii. Membentuk simpang empat

37
iv. Menggunakan kabel dari jenis penebat satu lapis.

v. Pemilihan saiz sesalur yang sesuai mengikut bilangan kabel dan


pastikan faktor ruang yang mencukupi dan tidak melebihi 45%.

vi. Contoh pemasangan pada tamatan soket keluaran. Pada bahagian


hujung sesalur hendaklah dimasukkan kedalam kotak soket keluaran
atau pun kotak suis supaya penyambungan tamatan kelihatan kemas
dan tidak menampakkan kabel dari luar.

Contoh pendawaian tersembunyi

38
4.3.4.2 Contoh kerosakan

Konduit tercabut – wayar dalam bahaya.

Pendawaian tidak selamat.

Pendawaian yang tidak selamat.

39
Wayar yang tidak teratur serta tidak mencukupi.

Pendawaian yang tidak sistematik.

Tiada ciri-ciri keselamatan.

40
Selepas dibalut dengan penebat. Keadaan kurang bahaya berbanding
gambar di atas.

4.4 Penyelenggaraan

4.4.1 Pengenalan

Bahagian penyelenggara merupakan suatu bahagian memperbaiki


serta mencari punca jika berlaku kerosakan apabila menerima sesuatu
aduan. Jika berlaku di majlis-majlis tertentu khusunya yang dianjurkan oleh
kerajaan, pihak selenggara bertanggungjawab untuk memasang khemah
serta peralatan elektrik seperti lamou, kipas, soket dan ‘main’ suis untuk
pemasangan sementara.

4.4.2 Tujuan

a. Supaya pemasangan elektrik sentiasa selamat untuk digunakan.


b. Mengurangkan kos penyelenggaraan.
c. Mengurangkan gangguan bekalan kepada pengguna.
d. Menjadi pemasangan dan peralatan tahan lama.
e. Memenuhi kehendak Peraturan Elektrik 1994.

41
4.4.3 Aspek-Aspek Penyelenggaraan

a. Peruntukan yang mencukupi.


b. Tenaga mahir yang mencukupi.
c. Mempunyai Unit pentadbiran.
d. Stok alat ganti yang mencukupi.
e. Peralatan (kenderaan, tangga, mesin, peralatan, ’instrument’) dan bahan
yang mencukupi.

4.4.3 Kerja-Kerja Selenggara


a. Membaiki atau menukar peralatan elektrik yang rosak seperti mentol,
lampu, kipas, motor, suis, soket dan ‘circuit breaker’.
b. Menservis peralatan elektrik seperti alatubah (transformer), motor,
‘generator’ dan ‘circuit breaker’.
c. Mendawai semula (rewiring) jika terdapat pendaawaian yang
bermasalah.
d. Menguji penebatan sistem pendawaian secara berkala.
e. Memperbaiki, menambah, menaiktaraf sesuatu pemasangan elektrik.

4.4.4 Prosuder sebelum Meembuat Penyelenggaraan


a. Menerima arahan daripada ketua untuk menjalankan tugas yang
diterima daripada pihak aduan.
b. Mengambil barang-barang untuk membuat kerja-kerja penyelenggaraan
di stor.
c. Pekerja yang ditugaskan akan terus ke tempat yang diarahkan untuk
memulakan tugas.

42
4.4.5 Prosuder Membuat Aduan

a. Aduan diterima daripada pengguna yang mempunya masalah melalui


panggilan telefon ataupun melalui internet.
b. aduan dicatat oleh juruteknik yang bertugas.
c. Aduan tersebut akan disambungkan di bahagian penyelenggaraan untuk
mendapatkan susulan lanjut.
d. Aduan kerosakan yang menjejaskan bekalan elektrik akan diambil
tindakan dalam tempoh berikut :-
 Kerosakan yang biasa mengambil masa dalam satu hari.
 Kerosakan yang rumit biasanya akan dibaiki secepat yang mungkin
dengan syarat mempunyai peruntukan.

43
BAB 5 – SISTEM PENYAMAN UDARA

(AIR-CONDITIONING SYSTEM)

5.1 Pengenalan

Definisi penyaman udara ialah proses pengawalan dan perawatan bagi


semua kandungan udara untuk atau ruang atau tempat-tempat tertutup.
Perawatan secara mekanikal dilakukan terhadap suhu, kelembapan,
pembaharuan udara, kebersihan, dan pegagihan udara tersebut bagi
mencapai keperluan dan fungsi tertentu sesuatu ruang.

Untuk mencapai keperluan pemanasan atau penyejukan dilakukan


dalam pengawalan suhu. Kelembapan pula dapat dikawal dengan proses
pelembapan dan penyahlembapan. Bagi mejamin kebersihan udara, proses
penapisan, penyucian dan peresapan diperlukan semasa pengagihan udara
dilakukan. Proses pengagihan udara dilakukan selepas melalui proses
perawatan dan diagihkan ke bahagian-bahagian tertentu dalam bangunan.
Penagihan udara memerlukan unit pengelolaan udara bagi menentukan cara
agihan yang betul.

44
Secara ringkasnya dalam penyamanan udara memerlukan :-

i. Kawalan suhu secara pemanasan atau penyejukan.


ii. Kawalan kelembapan secara pelembapan atau penyahlembapan.
iii. Kawalan kebersihan secara penapisan, penyucian dan peresapan bagi
membuang kekotoran.
iv. Penagihan udara iaitu jenis pengudaraan dan cara aliran.

Prinsip asas penyamanan udara ialah berdasarkan sifat jirim terhadap


suhu, haba dan tekanan. Haba merupakan satu bentuk tenaga dan boleh
dialihkan dari satu objek ke objek lain. Penyejukan ialah proses secara
mekanikal yang mengeluarkan dan mengalihkan haba dari satu tempat ke
satu tempat yang lain dengan selamat tanpa membahayakan sekeliling dan
kehidupan. Ia berdasarkan dua sifat iaitu :-

a. Bendalir menyerap haba apabila bertukar daripada cecair kepada gas


(haba pendam pengewapan).
b. Bendalir mengeluarkan haba apabila bertukar daripada gas kepada
cecair (haba pendam pemeluwapan).

Contohnya air haba dari api semasa mendidih dan bertukar menjadi gas
wap. Wap yang memeluwap menjadi air dan mengeluarka haba. Dalam
proses penyamanan udara, lazimnya, satu media digunakan bagi proses
pengagihan haba. Pengagihan ini dilakukan secara serapan. Cecair atau
bahan pendingin menyerap haba dari udara dan bertukar menjadi gas. Gas
yang mengandungi haba dibawa dan dikeluarkan ke tempat lain.

45
5.2 Kitaran Asas Penyamanan Udara

Pada dasarnya prinsip penyamanan udara ialah satu prases pendinginan


udara. Pendinginan udara dilakukan dalam bentuk kitaran terutamanya bagi
menjimaykan bahan pendingin. Dalam kitaran tersebut berbagai-bagai
kawalan perlu dilakukan pada proses asa ini untuk membentuk keadaan
keselesaan ysng diperluksn oleh pengguns. Terdapat dua kitaran utama
yang merupakan kitaran asas penyamanan udara iaitu:

a. Kitaran penyejukan
b. Kitaran udara

Kedua-dua proses kitaran ini bertujuan utuk mengalihkan haba dari


ruang yang didinginkan ke udara luar.

5.2.1 Kitaran Penyejukan

Kitaran penyejukan merupakan satu proses yang mengalihkan haba dari


satu tempat ke satu tempat yang lain. Haba dialih melalui unit penyejat dan
disingkirkan ke udara luar pada unit pemeluwapan bagi setiap jenis alat
penyamanan udara. Dalam proses pemindahan haba ini, empat perkara
diperlukan dalam kitaran tersebut, iaitu pemeluwapan, pemampat, penyejat
dan injap pengembangan seperti rajah 2.11. Ia juga memerlukan satu
medium pembawa haba (bahan pendingin). Kitaran penyejukan ini dibuat
dengan sambungan dari paip-paip yang telah ditebatkan. Terdapat dua cara
yang digunakan untuk kitaran penyejukan ini, iaitu penyejukan mampatan
dan penyejukan serapan.

Cara penyejukan mampatan adalah lebih banyak digunakan pada masa


kini kerana sistemnya yanu mudah serta kos yang murah. Alatan-alatan dan
komponennya yang senang dipasang. Jika dibandingkan dengan cara
penyejukan serapan, kos pengendalian cara penyejukan mampatan adalah
lebih jauh tinggi. Walu bagaimanapun, cara penyejukan serapan akan dapat
diperkembangkan dan digunakan dengan lebih meluas jika gas asli serta
tenaga suria dapat diperoleh dengan cara yang lebih mudah dan murah.

46
Bahan pendingin yang biasanya digunakan ialah ‘Refrigerant 12’ atau
‘Refrigerant 22’ kerana sifat-sifatnya yang tidak bertindak balas dengan
kebanyakan logam pemaipan. Dalam keadaan biasa media ini berbentuk
gas tetapi ia bertukar menjadi cecair apabila diletak dibawah tekanan tinggi.
Untuk memahaminya, berikut diterangkan setiap peringkat pada proses
tersebut iaitu :-

5.2.2 Pemampatan

Pemampatan merupakan proses pengepaman bahan pendingin ke


seluruh kitaran penyejukan. Bahan pendingin masuk ke dalam alat
pemampat dalam bentuk gas bertekanan rendah. Apabila tekanan diberikan,
suhu didih akan naik dan menukarkan gas bertekanan rendah kepada gas
bertekanan tinggi. Ini menyebabkan bahan pendingin bertukar daripada wap
kepada cecair.

5.2.3 Pemeluwapan

Pemeluwapan merupakan proses penyingkiran haba daripada bahan


pendingin yang berbentuk gas bertekanan tinggi. Gas tersebut dipamkan ke
alat pemeluwapan. Di sini, haba disingkirkan secara perolakan atau
penyingkiran haba dari lingkaran pemeluwapan yang panas ke lingkaran
pemeluwapan yang sejuk. Haba ini diserap oleh bahantara pemeluwapan
seperti air atau udara sekeliling. Setelah haba pendam disingkirkan, ia
bertukar menjadi cecair pada tekanan tinggi iaitu pada suhu biasa. Kini haba
di dalam bahan pendingin telah dikurangkan.

47
5.2.5 Penyejatan

Penyejatan merupakan proses penyerapan haba pendam. Cecair


bertekanan rendah yang sejuk dialirkan ke alat penyejat yang menyejatkan
haba d aripada udara didalam ruang yang didiginkan. Bahan pendingin
cecair bertukar menjadi gas bertekanan rendah dan membawa haba
bersama-smanya untuk disingkirkan di unit pemeluwapan. Kini kitaran
pertama telah lenkap dan proses inin akan berulang lagi seterusnya. Dalam
proses kitar di atas itar di atas dapati bahapati bahawa haba telah dipinda
haba telah dipindahkan n dari unit minimumnya 60 meternit minimumnya 60
meter. Kadangkala keselurngkala keseluruhan pemasangan alat ini disebut
pam haba kerana sifatnya yang mengepam haba dari dalam ruang ang
mengepam haba dari dalam ruang ke ke ke udara luarudara luarudara luar.
Kuasa penyejukannya adalah antara 1.75 kW ke 475 kW. Untuk
menggerakkan alat pemampat selalunya kuasa elektrik digunakan. Operasi
kitaran penyejukan ini agak bising terutamanya pada alat pemampat.

Rajah 2.11 : Kitaran penyejukan

48
5.3 Kitaran udara

Kitaran udara merupakan proses bagi pengagihan udara yang telah


dirawat ke dalam ruang yang ingin didinginkan. Kitaran ini sebenarnya
adalah untuk menyingkirkan haba dari dalam ruang. Haba disingkir dari
kitaran ini, iaitu semasa bekalan udara balik diserap pada unit penyejat.
Media penyerap haba menggunakan sama ada udara atau air. Oleh itu, kitar
ini mempunyai agihan kekal bekaldan agihan balik. Cara pengagihan boleh
jadi menggunakan salur udara atau perpaipan air dingin. pada proses kitar
udara ini, ia akan melalui beberapa lagi proses untuk mencapai keperluan
pengudaraan ruang yang diingini. Haba dalam ruang yang dikeluarkan akan
menjadi sejuk se secara perlahan-lahan. Dalam proses kitaran udara
beberapa komponen alatan lain diperlukan iaitu :-

i. Unit pengelolaan(AHU)
ii. Penapis udara
iii. Kipas penghembus
iv. Salur udara
v. Pengambilan udara bersih

5.4 Penghawa Dingin Jenis Sistem Loji

Terdapat dua jenis sistem penyaman udara untu sistem loji, iaitu :-

a) Sistem loji berpusat


b) Sistem loji air dingin (setempat)

Penyaman udara jenis sistem loji ini ialah proses pengawalan dan
perawatan bagi semua kandungan udara untuk ruang atau tempat-tempat
tertutup. Perawatan secara mekanikal dilakukan terhadap suhu,
kelembapan, pembaharuan udara dan fungsi tertentu sesuatu ruang.

49
Secara ringkasnya dalam sistem penyaman udara adalah seperti :-

a) Kawalan suhu secara pemanasan atau penyejukan.


b) Kawalan kelembapan secara pelembapan atau penyahlembapan.
c) Kawalan kebersihan secara penapisan, penyecuian dan peresapan bagi
membuang kekotoran.
d) Pengagihan udara iaitu jenis pengudaraan dan cara aliran untuk
mengeluarkan haba berlebihan untuk keselesaan.
e) Untuk memberi udara yang mencukupi.
f) Untuk mengagihkan udara dengan cara yang selesa.
g) Untuk mencapai segala kepentingan di atas tahap mengacam keadaan
fisiologi dan psikologi pengguna.

50
Sistem loji selalunya digunakan untuk pendinginan yang melibatkan
beban pendingin 105.5 kW dengan keupayaan pengolehan udara 2832
litre/saat dan ke atas. Sistem ini memerlukan beberapa ruang khas untuk
menempatkan alatan loji serta agihannya. Ia dipasang semasa proses
pembinaan sesebuah bangunan. Kerja mengintegrasi dan mengkordinasi
sistem penyaman udara dengan struktur dan ruang dalaman bangunan
adalah sangat penting dibuat pada peringkat awal pembinaan untuk
mengurangkan masalah.

5.4.1 Sistem Loji Pengadalian Pusat

Kebanyakan kompenen asas sistem loji pengadalian pusat dipasang


pada satu ruang loji mekanikal penyaman udara yang menggelolakan
sebahagian besar kitaran penyejukan dan kitaran udara. Selain itu, sistem ini
memerlukan ruang dengan pengudaraan sekeliling yang baik bagi unit
pemeluwap atau menara pendingin.

Dalam sistem ini udara bekal didatangkan dari loji pusat dan diagihkan
melalui salur udara ke ruang-ruang yang didinginkan. Udara boleh diagihkan
secara mendatar melalui salur dalam ruang siling. Oleh sebab sistem ini
menggunakan salur udara seluruhnya, ia dikaitkan dengan sistem semua
udara. Masalah utama dalam penggunaan sistem ini adalah penghasilan
bunyi bising dan getaran alatan. Masalah ini wujud terutamanya dari alat
pemampat dan kipas penghembus yang diagihkan melalui salur udara ke
ruang yang hendak didinginkan.

51
5.4.2 Sistem Loji Air Dingin (Setempat)

Ciri utama adalah penggunaan air yang disejukkan dari kitaran


penyejukan untuk menyejukan udara dalam kitaran udara. Perlakuan proses
ini menyebabkan ia dikenali sebagai sistem loji air dingin. Sistem ini
menggunakan media air dingin dari loji pendinginan dengan tujuan untuk
diagihkan beberapa bilik.

Sistem ini mempunyai 4 pusingan berasingan bagi mengagihkan haba dari


dalam ruang yang hendak didinginkan ke udara luar bangunan, iaitu :-

1. Kitaran udara mengalihkan haba dari ruang didinginkan ke unit


pengelolaan udara melalui media udara.
2. Kitaran air mengalihkan haba dari unnit pengelolaan udara ke lingkaran
menara pendingin melalui media air.
3. Kitaran penyejukan mengalihkan haba dari lingkaran pemeluwap ke
lingkaran penyejat dalam alat pendinginan air loji pendingin.
4. Kitaran air mengalihkan haba dari lingkaran pemeluwap ke lingkaran
pemeluwap ke menara pendingin melalui media air juga.

5.4.3 Pembahagian Kompenen

Sistem pembahagian udara ialah menyalurkan udara dari alat penyaman


udara ke ruang yang hendak diubahsuai udaranya dan kembali semula ke
alat penyaman udara. Bahagian utama sistem penyaman udara ini ialah :-

i. Air Handling Unit (A.H.U)


Tempat terletaknya kipas, alat pelembapan, alat penyahlembapan,
gegelung pemanas, alat pendinginan dan alat penapisan udara.

ii. Air Ducting (Saluran Udara)


Merangkumi salur bekalan udara alur bekalan, alur kembalian dan salur
kembalian udara.

iii. Distribution Room (Ruang Distrbusi)


Ruang yang perlu didinginkan atau dipanaskan.

52
5.4.4 Kipas (Centrifugal Fan)

Tugas utama kipas ialah untuk menggerakkan udara ke arah bilik. Di


dalam sistem pembahagian udara, udara yang digerakkan oleh kipas terdiri
daripada semua udara di luar ruangan, semua udara di dalam ruangan dan
campuran udara luar dan dalam ruang. Satu kipas empar menghasilkan
lebih banyak tekanan untuk satu ‘volume’ udara kipas dan adalah digunakan
dimasa kini yang merupakan sesuai. Lazimnya bunyinya sangat bising.

Kipas

5.4.5 Salur dan Alur Bekalan (Supply Ducting)

Tugas utama Salur dan Alur Bekalan ialah untuk menyalurkan udara
dari ‘Air Handling Unit’ (A.H.U) ke dalam ruang bilik dengan sama rata dan
sebaik mungkin. Terdapat dua bahagian utama pada bahagian alur bekalan,
iaitu :-

a) Peresap (Diffuser)
- Untuk menghantar udara dalam bentuk menggembang ke ruang bilik.
- Dipasang pada siling ruang sesuatu bilik.

b) Jerejak (Grille)
- Alat ini mempunyai ‘deflection bar’ atau ‘vanes’ pada permukaannya
untuk mengalirkan udara.

53
Salur boleh didapati dalam bentuk bulat, segiempat tepat dan segiempat
bujur. Ini bermakna ia akan kurang bahan, kurang permukaan salur, kurang
penebat dan lain-lai bentuk salur. Dari sudut praktisnya, salur segiempat
tepat adalah baik kerana terhadnya ruangan di siling dan antara tetulang
denagn tiang yang memerlukan ketinggian salur yang minima. Biasanya,
salur segiempat digunakan untuk saluran utama (plenum) dan saluran bulat
digunakan sebagai cawangan (brunch).

5.5 Sistem Penyejukan Air (Water Cooled System)

5.5.1 Pengenalan

Pada sistem penyejukan dan penyamanan udara yang menggunakan


sistem pendinginan air, haba yang diserap dan dimampat disingkirkan
kepada suatu medium, iaitu air. Air yang digunakan untuk menyerap haba ini
akan menyingkirkan haba ke udara dan disejukkan semula dengan
menggunakan peralatan yang dinamakan menara pendinginan. Dengan
perkataan lain, menara pendinginan adalah alat yang digunakan untuk
menyejukkan air dari pemeluwap dingin – air yang menyerap haba dari
penyejat dan pemampat. Sebarang kesumbatan dan kekotoran dalam
cooling tower ini akan mempengaruhi kapasiti penyejukan penyamanan
udara terbabit.

5.5.2 Fungsi Menara Pendingin

Fungsi menara pendingin ialah untuk menyingkirkan haba ke udara


sekeliling dan menyejukkan air panas
yang menyerap haba dari pemeluwap dingin – air. Sistem ini dianggap paling
ekonomi di mana menara pendinginan digunakan untuk sistem pendinginan
semula air. Dengan cara ini air hanya berkurangan dalam kitar penyejukan
air akibat daripada penyejatan. Menara pendinginan menyejukkan air dari
pemeluwap dingin – air dengan bantuan proses peredaran udara.

54
5.5.3 Prinsip Dan Binaan Menara Pendinginan ( Cooling Tower )

Prinsip kerja cooling tower berdasarkan kitaran air melalui pemeluwap


dingin – air, pam air dan komponen dalaman cooling tower. Pam air akan
menyedut air dari bahagian bawah takungan dan diemparkan ke dalam
pemeluwap dingin – air. Air yang bersuhu rendah yang diemparkan itu akan
menyerap haba dari bahan pendingin didalam tiub pemeluwap dan dibawa
ke bahagian semburan diatas menara pendinginan. Air yang disemburkan itu
akan jatuh ke atas isian atau tambakan yang keadaanya berlapis.

Semasa air yang disemburkan jatuh di atas tambakan, udara luar


yang yang bertiub dari arah tepi menara akan membawa wap panas yang
terpeluwap daripada air panas naik ke atas menara dan kipas di puncak
menara menolong mempercepatkan proses penyingkiran haba. Air yang
jatuh di atas tambakan akan dikumpulkan semula ke dalam takungan
pembuangan haba. Air yang sejuk ini akan dipamkan semula ke dalam
pemeluwap . Untuk mengelakkan kekotoran masuk ke dalam kitaran air,
penapis atau turas air dipasangkan pada paip air sebelum masuk ke dalam
pam air dan juga di dalam cooling tower.

Biasanya menara pendinginan beroperasi untuk mendapatkan data berikut :-


a) Suhu air alur masuk : 35º C hingga 37 º C
b) Suhu air alur keluar : 30º C hingga 32 º C
c) Suhu bebuli basah alur masuk : 27 º C

55
56
5.6 Penyelenggaraan

5.6.1 Kaedah penyelenggaraan

1. Bersih dan tukar penapis udara (air filter).


- Penapis udara yang berhabuk atau berdebu akan mengurangkan
pengaliran udara masuk ke dalam sistem penyejukan. Lakukan
pemeriksaan pada penapis udara sebulan sekali. Penapis yang
berada dalam keadaan bersih dapat mengurangkan penggunaan
tenaga 5% hingga 15%. Habuk boleh mengurang kesan penyejukan,
meningkatkan bil elektrik dan menyebabkan penghawa dingin
mudah rosak.
2. Bersihkan gegelung (coil).
- Coil terlapik dengan habuk atau debu akan mengurangkan kesan
penyejukan. Untuk membersihkan ‘coil’ pada penghawa dingin,
perlulah munutup bekalan elektrik dan gunakan pembersih
hampagas (vacuum cleaner) untuk menyingkirkan habuk pada ‘coil’
(penukar haba) dalam. Manakala, ‘coil’ luaran boleh dibersihkan
dengan menggunakan air.
-
3. Periksa paip penyalur daripada sebarang kebocoran.
- Periksa semua paip penyalur dan sambungan, minima 2 kali
setahun. Ini adalah penting bagi mengenalpasti masalah sebelum ia
menjadi lebih teruk.
4. Pemeriksaan unit di dalam dan luar rumah.
- Daripada unit dalam rumah, periksa saluran udara keluar masuk
bagi memastikan pengaliran udara tidak terhalang atau terdapat
bekuan air pada unit. Ini kerana kedua-dua factor in boleh
merosakkan unit penghawa dingin. Bagi unit luar rumah pula,
pastikan kesemua saluran udara keluar masuk dalam keadaan
bersih daripada sebarang halangan seperti daun kering dan
serangga.
-

57
5. Bersihkan unit dalam rumah.
- Lap dengan perlahan-perlahan menggunakan kain kering yang
lembut. Jangan menggunakan air melibihi 40º atau cecair penggilap
untuk membersihkan unit dalam di dalam rumah.
6. Pemeriksaan Berkala.
- Selepas digunakan untuk satu tempoh, penghawa dingin akan
menjadi kotor dan pretasinya akan berkurang. Berpandukan
keadaan operasi, kekotoran mungkin akan menghasilkan habuk
yang akan menganggu sistem ‘dehumification’. Jadi, pemeriksaan
berkala dicadangkan sebagai tambahan kepada kerja menyenggara
yang biasa.

58
BAB 6 – PERKAKASAN KEBERSIHAN

6.2 Perkakasan Kebersihan

Perkakasan kebersihan digunakan untuk membersih dan membuang


bahan sisa buangan. Perkakasan kebersihan direka bentuk supaya kawasan
kotoran dapt dikurang kepada minima dan mempunyai permukaan yang
tahan lama, mudah dicuci dan tidak menyerap.

Terdapat dua kategori utama untuk sistem ini, iaitu :-

a) Perkakasan najis (soil fitments)


- Menerima hasil buangan daripada tubuh manusia yang dikenali
sebagai perkakasan najis.
- Perkakasan yang digunakan adalah seperti mangkut tandas (water
closet), dan ‘urinal’.

59
b) Perkakasan Sisa (waste fitments)
- Menerima hasil kotoran seperti sabun, minyak dan kotoran lain.
- Perkakasan yang digunakan adalah seperti ‘bidet’, besen basuh,
sinki, pancuran mandi, tab mandi pancuran minuman dan lain-lain
lagi.

6.2.1 Reka Bentuk

i) Mestilah direkabentuk supaya ia mencapai tahap penggunaan yang


optima dengan pemasangan perkakasan yang mencukupi.

ii) Mematuhi Peraturan Rekabentuk Bangunan. Diantaranya ialah :-


 Penempatan ruang pelupusan hendaklah ditempatkan berasingan
dengan tempat penyediaan makanan atau tempat penyimpanan
bahan makanan.
 Setiap peralatan kebersihan perlulah disusun dengan tepat dimana
boleh melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan yang lebih
berkesan dan ruang yang lebih berpusat.
 Bilangan perkakasan mestilah mencukupi dan bersesuaian dengan
tahap umur pengguna dan mengikut jantina.
 Direkabentuk dan dipasang supaya tidak mendatangkan mudarat
kepada kesihatan pengguna.
 Ruangan pelupusan perlulah mempunyai pengalihidaraann yang
baik dan mempunyai sumber cahaya yang mencukupi samada
semula jadi ataupun mekanikal.
 Setiap peralatan mestilah disusun dengan membenarkan
penggunaan yang paling optima.

60
6.2.2 Susun Atur Perkakasan

i) Penentuan bilangan alatan bergantung kepada :-


 Jenis bangunan
 Tahap / jantina pengguna

ii) Perancangan ruang pelupusan. Ukuran minima ruang ialah :-


 Jamban duduk – tidak kurang daripada 1.5m x 0.75m
 Pam tandas – tidak kurang daripada 1.25m x 0.75m
 Bilik mandi – luas minima : 1.5m dan lebar minima : 0.75m
 Bilik mandi dengan pemasangan jamban – luas minima : 2.0m
dan lebar minima : 0.75m

iii) Ketinggian ruang bilik bilik mandi, tandas dan sebagainya – mestilah
tidak kurang daripada 2m.

iv) Ruang pergerakan antara peralatan seperti ‘water closet’, ‘wash hand
basin’ dan ‘bath tub’.

v) Pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi untuk mendapat


keselesaan, mengurangkan kadar kelembapan, mengelakkan berbau
dan mencegah pertumbuhan kulat.

61
6.2.3 Jenis Perkakasan Kebersihan

1. Perkakasan Najis

i. Mangkuk tandas jenis bersifon perangkap tunggal.


- Menerima air pancuran yang mengalir melalui sati bahagian
berhalang yang mengenakan halangan sementara.
- Dengan itu, kaki panjang kaki sifon akan diisi penuh dengan air.
- Tindakan sifon akan berlaku dan tekanan atmosfera di dalam
mangkuk akan menolak bahan-bahan yang terkumpul di dalam
mengkuk keluar.
- Air dari kebuk yang baru sahaja digunakan akan diisi semula air
dengan penuh.

‘Single Trap’

ii. Mangkuk tandas jenis bersifon dua perangkap.


- Air dari tangki simbah mengalir keluar melalui satu pemasangan
pengurang tekanan, lalu menyedut udara melalui tiub dari ruang
di antara kedua-dua kedap air.
- Tindakan sifon seterusnya akan wujud dan tekanan atmosfera di
dalam mangkuk akan menolak bahan-bahan yang terkumpul di
dalam mangkuk.
- Air yang terkandung di dalam kebuk pancuran akan mengalir ke
dalam mangkuk dan mengisi semula kedap.

62
iii. ‘Urinal’
- Perkakasan jenis ini direkabentuk khas untuk diletakan di tandas
lelaki sahaja.
- Terdapat tiga jenis ‘urinal’, iaitu :
 Jenis papak (slab)
 Jenis mangkuk (bowl)
 Jenis kandang (stall)

2) Perkakasan Sisa

i Sinki
- Terdapat beberapa jenis sinki yang biasa digunakan, seperti :-
- Sinki ‘London’
 Diperbuat daripada tanah tahan api bergilap dan di sokong
dengan pendakap dan kekaki.
 Sinki ini dilengkapi dengan empang limpah.

63
- Sinki ‘Gabungan’
 Lebih kurang sama dengan sinki ‘London’ tetapi ia tidak
dilengkapi dengan empang limpah.

- Sinki ‘Pencuci’
 Kerap digunakan di sekolah, kilang dan hospital.
 Boleh diletakkan di dalam bilik pekerja pembersihan.
 Ia dilengkapi dengan jeriji keluli tahan karat yang digunakan
untuk menyokong tong semasa diisi air.

64
- Sinki keluli tahan karat
 Sangat popular dan biasa digunakan di semua jeis bangunan.
 Untuk bangunan berpenghuni, sinki ini dilengkapi satu atau dua
penyalir, mangkuk tunggal atau kembar.
 Lebih sesuai untuk kerja penyediaan makanan dan kerja
mencuci pinggan mangkuk.

ii Besen basuh
- Diperbuat daripada pelbagai bentuk dan saiz.

65
iii ‘Wall basin’
- Dipasang pada dinding dengan menggunakan braket atau
penyangga.
- Kelebihan jenis ini adalah bahagian bawah dan lantainya
ditinggalkan kosong dan bersih.

iii. ‘Padestal basin (Berkekaki)

- Dipasang dengan penyokong dibawahnya seumpama tiang.


Penyokong tersebut perlulah cukup besar untuk melindungi paip
sisa dan pai bekalan dibelakangnya.
- Kebanyakan pengeluar menyediakan braket untuk memastikan ia
kukuh berada di atas penyokongnya (tiang).

66
iv. Bidet
- Bidet diklafikasikan sebagai perkakasan sisa. Oleh itu, paip
sisanya boleh dipasang sama seperti paip sisa pada ‘bath tub’
atau singki.

v. ‘Shower’
- Lebih bersih daripada tab mandi kerana penggunaan airnya
secara berterusan dan dialirkan keluar.
- Memerlukan ruang lantai yang lebih kecil berbanding tab mandi
dan kuantiti air yang diperlukan juga kurang.

vi. Pancutan Air Minuman


- Biasanya digunakan di pejabat, sekolah, kolej, hospital kompleks
sukan dan kebanyakan bangunan perdagangan.
- Diperbuat daripada tanah tahan api dan keluli tahan karat.
- Perkakasan ini hendaklah tidak berdekatan dengan paip air
panas.

67
6.2.4 Faktor Pemilihan Perkakasan Kebersihan

Pemilihan perkasasan kebersihan sangat penting sebelum melakukan


kerja-kerja pemasangan. Terdapat beberapa faktor yang harus diteliti,
seperti :-

i Susunatur peralatan
ii Kos pemasangan
iii Kaedah pemasangan
iv Penyelenggaraan
v Bahan buatan perkakas
vi Kesan bunyi
vii Pasaran
viii RekaBentuk

6.3 Perkakasan Kebersihan Bangunan

6.3.1 Rekabentuk Perkakasan

Di dalam membuat reka bentuk perpaipan termasuk bagi rekabentuk


perkakasan kebersihan, perkara utama yang perlu diberi pertimbangan
adalah ‘plumbing layout’ (‘design’ perpaipan). Terdapat tiga langkah yang
perlu dilengkapkan, iaitu :

i Menentukan jenis dan sistem perkakasan kebersihan yang perlu


dibekalkan.
ii Menentukan jumlah perkakasan kebersihan.
- Jenis bangunan
- Jumlah pengguna mengikut jantina di dalam bangunan tersebut.
iii Menentukan kedudukan perkakasan kebersihan.

68
Jika mencukupi atau melebihi, ia perlulah diterima pakai, tetapi jika
kurang, penambahan jumlah perkakasan akan dibuat selaras dengan
keperluan yang diperlukan.

6.3.2 Susun Atur Ruang Pelupusan

i Penentuan bilangan alatan bergantung kepada :


- Jenis bangunan
- Tahap / jantina pengguna

ii Perancangan ruang pelupusan (ukuran minima ruang).


- Tandas / jamban duduk – 1.5m x 0.75m.
- Pam tandas dengan pasangan selain dari jamban duduk – 0.75m.
- Bilik mandi – luas 1.5m per, lebar 0.75m.
- Bilik mandi dengan pasangan jamban – Luas 2.0m per, lebar 0.75m.
iii Ketinggian ruang bilik mandi, tandas dan sebagainya, mestilah tidak
kurang daripada 2m. Kedudukan perkakasan di dalam ruang perlu
selesa. Dimana antara perkakasan kebersihan dan dinding perlulah ada
ruang untuk manusia bergerak dengan selesa.

69
BAB 7 : KOMEN DAN CADANGAN

7.1 Pengenalan

Latihan Industri merupakan satu pendekatan yang telah


diambil oleh pihak Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
secara amnya dan Politeknik Ungku Omar khasnya untuk menambah
lebih banyak ilmu pengetahuan tentang teknikal mahupun pentadbiran
memandangkan jangkamasa kursus adalah tiga tahun dan ia juga dapat
mengurangkan tekanan para pelajar dalam menghadapi nota-nota
kuliah semata-mata.

Selain itu,saya juga dapat mempelajari cara berkomunikasi dalam


bidang pengurusan dan perancangan sesuatu projek.Pemilihan
organisasi bukan sahaja bergantung kepada besar atau kecil sesuatu
organisasi tetapi kesanggupan segala ilmu pengetahuan yang ada pada
pelatih dengan teknologi terkini yang digunakan di firma.

70
Di sepanjang tempoh Latihan Industri, beberapa komen dan
cadangan dapat dirumuskan bagi kepentingan bersama juga
penambahbaikkan kepada pihak kementerian, Politeknik, firma/majikan
dan pelajar sendiri.

7.2 Komen dan Cadangan kepada Kementerian Pengajian Tinggi


Malaysia

i) Mewujudkan rangkaian kerja berjadual agar dapat melancarkan


sistem supaya lebih mantap.
ii) Soal selidik secara terbuka dapat membuat keputusan dengan
lebih tepat.
iii) Pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia perlu berganding
tenaga untuk meningkatkan prestasi pelajar dan kerjasama
serantau.
iv) Hendaklah menghasilkan pensyarah-pensyarah yang
berdedikasi, mempunyai pengalaman dalam bidang kejuruteraan
dan mahir dalam Bahasa Inggeris.

71
7.3 Komen dan Cadangan kepada Politeknik Sultan Azlan Shah

i) Pihak Politeknik dapat menyelia dengan menghantar surat


permohonan dan dokumen berkaitan kepada organisasi tersebut
dengan lebih berkesan.
ii) Pensyarah perlu menyemak senarai organisasi yang telah
dipohon supaya dapat menjalani Latihan Industri dengan lebih
mampan.
iii) Pihak Politeknik hendaklah memberikan taklimat panduan yang
lebih berkesan kepada pelajar mengenai cara untuk
melengkapkan buku laporan harian yang lebih tepat. Contohnya
seperti format bagi laporan, kaedah penulisan yang sesuai,
perkara-perkara yang perlu dan tidak perlu dalam penulisan
laporan harian.
iv) Selain itu, perlu ditekankan cara yang sesuai bagi pelajar yang
mungkin ketika latihan akan melakukan kerja yang sama selama
beberapa minggu atau bulan.

72
7.4 Komen dan Cadangan kepada Firma/Majikan

i) Majlis Bandara Ipoh perlulah lebih memberi panduan kepada


pelajar tentang prosedur yang perlu dipatuhi semasa
menjalankan latihan.
ii) Jadual gerak kerja yang lengkap dan lancar dapat menimba
pengalaman sebanyak mungkin.
iii) Pelatih-pelatih juga seharusnya dapat dibimbing dengan sebaik
mungkin oleh penyelia yang bertanggungjawab di mana pelatih
menjalani latihan.
iv) Pelajar harus didedahkan dengan kerja-kerja di tempat kerja
untuk memahami antara teori dan amali supaya dapat lebih
memahami dengan jelas tujuan dan maksud kerja tersebut
dilaksanakan.
v) Para pelatih seharusnya didedahkan dengan lebih banyak
pengetahuan tentang kerja-kerja yang berkaitan dengan kursus
pelajaran, di mana pengetahuan ini tidak dapat diperolehi
sepenuhnya di Politeknik hanya dengan mendapatkannya secara
teori.
vi) Ketua dan pekerja bawahan perlulah mempunyai hubungan
komunikasi yang baik seperti memberi penerangan secukupnya
tentang sesuatu kerja supaya pekerja atau pelatih dapat
melakukan kerja dengan sebaik mungkin.

73
8.5 Komen dan Cadangan kepada Pelajar

i) Pelajar mestilah menunjukkan disiplin yang tinggi dengan


mematuhi peraturan dan etika kerja yang baik agar disegani.
ii) Pelajar yang ingin menjalani latihan industri hendaklah sentiasa
bersedia untuk menjalankan tugas yang bakal dilakukan dan
sentiasa mengamalkan sikap bertanggungjawab.
iii) Pelajar perlu tidak mensia-siakan peluang yang telah diberi
semasa menjalani latihan industri supaya ilmu yang diperolehi
sepanjang latihan dapat digunakan dan menjadi panduan untuk
menempuh alam pekerjaan serta ia akan menjadi asset yang
berguna kepada diri sendiri.
iv) Latihan industri merupakan pembelajaran secara berkesan untuk
para pelajar politeknik dan usaha ini harus diteruskan pada masa
akan datang.

74
BAB 8 - KESIMPULAN

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi kerana limpah kurnia-Nya


dapat juga saya menjalani Latihan Industri dengan jayanya sehingga tamat
tempoh latihan tersebut. Sepanjang saya menjalani latihan industri selama
20 minggu bermula dari 17 Disember 2012 hingga 3 Mei 2013, dapat saya
simpulkan bahawa program latihan industri ini sememangnya memberi satu
bentuk latihan yang berbeza kepada pelajar bagi memahami ilmu yang
dipelajari secara teori selama ini di politeknik. Selain itu, ia amat berguna
kepada para pelajar dimana dapat merasa dengan alam pekerjaan yang
sebenar malahan program ini juga turut memberikan pengalaman yang
berguna kepada saya untuk menbina ketabahan diri dan jati diri yang teguh
dalam menempuhi segala cabaran dan dugaan yang mendatang.

Sememangnya tugas dan tanggungjawab yang digalas sebagai


seorang Jurutera amat berat sekali. Hal ini kerana sebarang kegagalan
sesuatu projek dipertanggungjawabkan ke atasnya. Semasa sesi
pemembelajaran, pelajar hanya diajar secara teori dimana penyelesaian
masalah dijawab dengan pengiraan dan pertimbangan berdasarkan teori.
Namun dengan menjalani program latihan seperti ini, pelajar sekurang-
kurangnya dapat membuka mata melihat masalah-masalah sebenar yang
berlaku dalam industri kejuruteraan.

75
Kemahiran berkomunikasi adalah penting sebagai contoh, cara
berkomunikasi interaksi dengan pihak atasan dan pihak bawahan adalah
berbeza sama sekali. Selalunya percakapan dengan pihak bawahan adalah
lebih rasmi dan formal terutamanya semasa menghadiri mesyuarat.
Manakala percakapan dengan pihak bawahan seperti kontraktor adalah lebih
kepada arahan tetapi dengan menggunakan pendekatan psikologi arahan
diberikan secara sopan dan dapat mengelakkan daripada berlakunya
perbalahan. Disinilah kemahiran berkomunikasi dan penyesuaian diri
memainkan peranan yang penting. Butiran percakapan seseorang itu akan
dinilai dan ditafsirkan oleh orang sekeliling dan seterusnya mencerminkan
diri kita sebenar.

Setinggi-tinggi penghargaan sekali lagi saya tujukan kepada semua


pihak yang terlibat dalam menjalankan program latihan industri selama satu
semester saya menjalani latihan.

76

Anda mungkin juga menyukai