Anda di halaman 1dari 86

BAB 1 : PENGENALAN

Latihan industri merupakan salah satu syarat yang telah diwajibkan


kepada para pelajar politeknik di seluruh Malaysia bagi memenuhi sistem
pengajian serta sebagai syarat untuk penganugerahan Sijil atau Diploma yang
diiktiraf oleh Kementerian. Bagi politeknik-politeknik di seluruh Malaysia, para
pelajar akan menjalani latihan industri pada semester tiga bagi Kursus Sijil dan
semester empat bagi Kursus Diploma.

Tempoh masa yang diperuntukan bagi seseorang pelajar itu untuk


menjalani latihan industri ialah semasa lebih kurang 20 minggu. Penempatan
latihan industri pelajar semasa menjalani amali ialah di Jabatan Kerajaan
ataupun Swasta . Peraturan dan prosuder permohonan adalah mengikut
sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik.

Oleh kerana latihan industri lebih cenderung kepada bidang teknikal, para
pelajar seharusnya memanfaatkan segala ilmu yang dipelajari di politeknik
supaya segala tugas dan kerja yang diberikan oleh pihak organisasi dapat
dilaksanakan dengan sempurna. Para pelajar perlu mematuhi segala peraturan
dan arahan yang ditetapkan oleh pihak organisasi sepanjang tempoh menjalani
latihan industri di organisasi tersebut.

Dalam sistem pembelajaran Politeknik Malaysia, semua politeknik


menerapkan satu sistem yang berdasarkan prosuder Jabatan Pendidikan
Teknikal Malaysia. Setiap bidang atau jurusan pembelajaran di Politeknik perlu
mewajibkan pelajarnya melalui latihan industri ataupun praktikal. Pelajar-pelajar
yang telah berjaya menjalani latihan industri layak untuk meneruskan pengajian
ke peringkat atau semester seterusnya.
·0 Tujuan Latihan Industri

Latihan industri ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengenalan


kepada pelajar tentang berbagai-bagai aspek amalan dalam bidang yang
diceburi dan peranannya dalam masyarakat.

·1 Objektif Latihan Industri

Latihan Industri memberikan kesan yang positif kepada para pelajar. Untuk
mencapai kehendak yang disarankan, maka latihan industri diwujudkan
berdasarkan beberapa objektif. Antara objektifnya adalah seperti berikut :-

·2 Menambahkan dan meluaskan pengetahuan dari segi teknikal dan


kemahiran dalam bidang yang diceburi.

·3 Mendedahkan kepada pelajar tentang alam pekerjaan yang sebenar.

·4 Melatih pelajar berkomunikasi dengan berkesan.

·5 Membina personaliti individu.

·6 Mengamalkan peraturan dan etika kerja dan baik.

·7 Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik antara


pekerja.

·8 Mengaitkan teori kepada praktis dan sebaliknya.

·9 Menyediakan sebuah buku Laporan Latihan Industri setelah tamat latihan.


·10 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

·11 Membolehkan pelajar melihat dan mengambil bahagian dalam kerja-kerja


kejuruteraan selain daripada teori-teori yang dipelajari di kuliah.

·12 Memberikan satu peluang lebih awal kepada pelajar untuk menggunakan
dan mempraktikalkan pengetahuan serta pertimbangan sendiri dalam
menjalankan tugas kejuruteraan.

·13 Membolehkan pelajar mengenali melalui penglihatan secara langsung


dalam berbagai-bagai aspek kejuruteraan awam seperti konsep
perancangan, pembinaan, pentadbiran dan penyelenggaraan yang
berkaitan bangunan.

·14 Supaya pelajar mendapat kemahiran berkomunikasi yang efektif dengan


individu atau organisasi luar.

·15 Mendedahkan pelajar kepada struktur organisasi jabatan atau firma


tempat latihan dan mengenali peranan setiap jabatan dalam organisasi.

·16 Memberikan peluang melatih pelajar menulis laporan teknikal yang


lengkap dan teratur. Laporan yang disediakan tentunya akan menjadi
sumber rujukan yang penting bagi kerjaya pelajar pada masa hadapan.
BAB 2 : LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA IPOH

·17 Jadual Waktu Semasa Menjalani Latihan Industri

Pelajar yang menjalani program latihan industri akan diberi jadual waktu
bekerja atau latihan oleh organisasi yang menjalani pelajar untuk menjalani
Latihan Industri.

Bagi pelajar yang menjalani latihan industri di Jabatan Majlis Bandaraya


Ipoh (Kerja & Bangunan), tempoh program latihan industri yang dijalankan
adalah bermula daripada 17 Disember 2012 hingga 3 Mei 2013. Masa latihan
harian adalah sama seperti waktu jabatan-jabatan kerajaan yang lain iaitu :-
HARI MASA BEKERJA BILANGAN JAM
Isnin hingga Jumaat 8.00 pagi – 5.00 petang 9 jam
(termasuk waktu rehat)
Sabtu, Ahad & Kelepasan Am Cuti -

Jadual 1.1 : Jadual Berkerja Semasa Latihan Industri

·18 Deskripsi

1. Dua batang pokok di kiri dan kanan


melambangkan pokok Ipoh, asal-usul nama
Bandaraya Ipoh.

2. Dua ekor harimau di kiri dan kanan adalah


mengikut lambang Jata Persekutuan.

3. Landasan kuning beralun di bahagian bawah


logo menggambarkan bukit-bukit batu kapur
yang banyak terdapat di kawasan Ipoh.
4. Benteng beralun di bahagian atas (tengah)
melambangkan Kota Dato Laksamana yang
dipercayai sebagai orang pertama membuat
perkampungan di Ipoh.
5. Bulan bintang adalah lambang Islam sebagai
agama rasmi.

6. Jaluran melintang beralun yang berwarna biru


sebagai lambang Sungai Kinta yang
memisahkan antara Pekan Lama dan Pekan
Baru Ipoh.
7. Tiga Jalur menegak di bahagian bawah
(tengah) adalah lambang Bendera Negeri
Perak Darul Ridzuan.

·19 Warna Bendera M.B.I


1. Warna merah adalah warna spesis Bougainvillea 'Chili
Red'. Warna merah juga merupakan salah satu warna
dalam bendera Persekutuan. Ini bermaksud MBI juga entiti
di bawah naungan Persekutuan. Merah juga
melambangkan keberanian dan ketegasan. Dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang ditetapkan
oleh undang-undang MBI akan bertindak berani dan tegas.
2. Warna ungu merupakan warna spesis Bougainvillea
'Elizabeth Angus'. Warna ungu melambangkan
kelembutan, keceriaan dan keharmonian. Adalah menjadi
hasrat MBI untuk mewujudkan Ipoh sebagai bandaraya
yang ceria dan harmoni.

3. Warna kuning pula merupakan warna spesis Bougainvillea


'Mr. McClean'. Warna kuning adalah salah satu warna
dalam bendera Negeri Perak. Ini bermakna sebagai entiti
yang berada di bawah Kerajaan Negeri, MBI akan
sentiasa akur kepada Kerajaan Negeri dalam
membangunkan Bandaraya Ipoh.
2.1.4 Bunga Rasmi M.B.I
Bunga Bougainvilea

Bunga kertas atau bunga bulang adalah panggilan biasa yang kita dengar
untuk Bunga Bougainvilea. Nama ini diambil sempena daripada seorang ahli
pelayaran bangsa Perancis, A de Bougainvillea yang menjumpai pokok ini di Rio
De Janerio pada kurun ke 17. Bunga ini telah dibawa ke Eropah pada tahun
1780-an dan didapati pertama kali berbunga di Paris. Pada tahun 1830 dan di
England, 10 tahun kemudian "B.Spectabilis" dan "B.Glabra" adalah diantara
spesis-spesis yang mula-mula sekali ditanam. Seterusnya kacukan daripada dua
spesis ini telah menghasilkan banyak hibrid dan kultiva. Adalah diketahui bahawa
"B. Glabra Var Mrs.Butt" telah sampai ke Malaysia pada tahun 1923 dan diikuti
pula oleh "Mrs. Mclean sepuluh tahun kemudian. Pokok bunga Bougavillea
semulajadi itu telah terkenal dan menjadi pokok yang popular di taman-taman
bunga dan halaman rumah. Terdapat lebih kurang 100 - 120 kultiva/hibrid bunga
Bougainvillea yang ada di Malaysia.

·20 Penubuhan Majlis Bandaraya Ipoh

Di antara tahun 1905 -1914, kawasan pentadbiran bandar Ipoh


berkembang hingga menyeberangi sungai kinta dan di sini wujudnya pekan baru
(Ipoh New Town) ke jalan Anderson. Stesen keretapi, hotel, dewan bandaran
(town hall), dan pejabat pos juga dibina. Manakala dalam tahun 1946-1954,
'Kinta Town Board' telah wujud yang bermula di bawah penyelarasan Major J.S
Drake dan pada tahun 1954-1956, G.S Walker menjadi pengerusi 'Ipoh
Mengelembu Town Council' ditubuhkan pada tahun 1957-1962 diketuai oleh
Encik Abdullah Bin Uni. Pada 31 Mei 1962, Ipoh telah dinaikkan ke taraf
perbandaran dan dikenali sebagai 'Majlis Perbandaran Ipoh' yang
dipengerusikan oleh E.G Walker.

Pada 27 Mei 1988, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah
mengishtiharkan taraf Bandaraya kepada Ipoh, Ibu negeri Perak Darul Ridzuan.
Majlis Perbandaran Ipoh dikenali sebagai 'Majlis Bandaraya Ipoh' dan ketua
eksekutifnya bergelar Datuk Bandar. Sebagai Ibu negeri Perak Darul Ridzuan,
Ipoh merupakan pusat pentadbiran, perdagangan, sukan, kebudayaan,
kewangan, politik,keagamaan dan juga pendidikan.Kini dibawah pimpinan Datuk
Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh terus berusaha untuk menjadikan Bandaraya
Ipoh sebagai sebuah bandar yang dinamik dan unggul. Majlis Bandaraya Ipoh
telah diisytiharkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah dibawah Akta
Kerajaan Tempatan 1976 yang merupakan Bandaraya Ketiga di Malaysia
selepas Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh
(MBI) telah dibina pada tahun 1985 dan telah siap dalam tahun 27 Mei 1988.
Bangunan Majlis Bandaraya telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan
Azlan Shah pada 8 November 1996. Kos pembinaan bangunan MBI adalah
sebanyak RM 16 juta.

2.1.7 Misi Jabatan

"Ipoh Bandaraya Sejahtera, Dinamik Dan Maju"

2.1.8 Visi Jabatan

"Membina Bandaraya Yang Kondusif Bagi Pembangunan Ekonomi, Sosio


Budaya Dan Pembangunan Modal Insan"

·21 Objektif Jabatan

Objektif MBI adalah menghasilkan mutu kehidupan yang lebih selesa dan
seimbang serta meninggikan taraf hidup bagi semua peduduk dalam kawasan
Majlis dengan cara :

·22 Menyediakan segala kemudahan dan perkhidmatan sebagai asas


mencapai mutu kehidupan yang lebih selesa dan meningkatkan taraf hidup
penduduk dalam kawasan Majlis.

·23 Memperkemaskan dan meningkatkan mutu perkhidmatan dan perancangan


pembangunan dalam semua bidang.

·24 Menggalakan dan menyediakan kemudahan, rekreasi dan riadah awam.

·25 Mengindahkan Bandaraya Ipoh bersesuaian dengan tarafnya sebagai ibu


negeri dan pusat pentadbiran negeri Perak di samping menggalakan
industri dan pentadbiran.

·26 Menggalakkan pertumbuhan industri dan perdagangan.

·27 Berusaha mencapai objektif dan aspirasi kerajaan termasuk melaksanakan


dasar Pembangunan Nasional.

1.2 Fungsi Jabatan


·28 Melaksanakan pemakaian dan penguatkuasaan Undang-Undang Kecil
bangunan Seragam 1988, Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974, Polisi-
Polisi Pembangunan Majlis Bandaraya Ipoh serta lain-lain Akta dan
enakmen serta undang-undang yang berkaitan.

·29 Menerima dan memproses semua jenis permohonan Pelan Bangunan bagi
kelulusan sementara dan lain-lain bentuk permohonan pembangunan yang
melibatkan pembinaan bangunan dari jenis separa kekal dan sementara di
dalam kawasan Majlis Bandaraya Ipoh.

·30 Memproses dan mengeluarkan Sijil Perakuan Layak Menduduki bagi


bangunan-bangunan yang diluluskan.

·31 Menyelaras dan melaksanakan pemeriksaan kesiapan bagi permohonan


pembangunan yang diluluskan melalui proses Perakuan Siap Dan
Pematuhan (CCC).

·32 Membantu Majlis Bandaraya Ipoh di dalam merangka polisi-polisi


pembangunan dari semasa ke semasa.
1.2.1 Piagam Pelanggan Jabatan

Kami berjanji untuk bekerja dengan penuh komitmen dan dedikasi bagi
memberikan perkhidmatan yang cekap, mesra, amanah dan berkualiti ke arah
menjadikan Ipoh sebuah Bandaraya yang bersih, indah, teratur dan dinamik.
Janji-janji kami adalah :

·33 Memberikan perkhidmatan pungutan sampah setiap hari di pusat


perdagangan dan pasar dan 3 kali seminggu di lain-lain kawasan.
·34 Pembersihan longkang dilakukan setiap hari di kawasan perdagangan dan
sekurang-kurangnya sekali sebulan di lain-lain kawasan.
·35 Pemotongan rumput dilakukan 2 minggu sekali di jalan utama dan sebulan
sekali di lain-lain jalan dan kawasan lapang.
·36 Memotong dan membersihkan pokok-pokok tumbang yang menghalang
laluan dalam tempoh 24 jam setelah aduan diterima.
·37 Memberikan kelulusan ke atas permohonan perancang dan pembangunan
yang telah mematuhi kehendak-kehendak perancangan tidak melebihi 2
bulan.
·38 Semua permohonan lesen premis, iklan, penaja dan pasar akan
dikeluarkan sebelum 15hb. Januari setiap tahun.
·39 Semua permohonan lesen-lesen Majlis akan diproses seta diberi kelulusan
bersyarat atau kelulusan lesen dalam tempoh seperti berikut:
·40 Serta-merta untuk lesen sambilan/sementara perniagaan pasar
malam, jualan buah-buahan bermusim, perniagaan/acara-acara khas
seperti Pasar Ramadhan & Ekspo.
·41 Kelulusan bersyarat dikeluarkan melibatkan perniagaan premis
penaja, gerai swasta/Majlis (tidak termasuk proses temuduga) akan
dikeluarkan dalam masa 2 minggu;
·42 Kelulusan bersyarat melibatkan perniagaan premis makanan/bukan
makanan, kilang makanan/bukan makanan akan dikeluarkan dalam
tempoh 1 bulan;
·43 Kelulusan bersyarat melibatkan perniagaan permohonan lesen gerai
pasar awam akan dikeluarkan dalam tempoh 1 bulan;

·44 Dalam tempoh 3 bulan kelulusan bersyarat dikeluarkan melibatkan


pengiklanan billboard, perniagaan yang memerlukan ulasan daripada
Jabatan Perancangan Bandaraya dan Jabatan Kejuruteraan
Bandaraya.
·45 Memberikan kelulusan ke atas permohonan pelan bangunan yang
mematuhi semua kehendak perundangan dalam tempoh :
·46 6 minggu bagi rumah sebuah dan bangunan kilang.
·47 12 minggu bagi semua skim perumahan/perindustrian dan
perdagangan.
·48 Mengeluarkan Sijil Layak Menduduki (CF) tidak melebihi 2 minggu dari
tarikh permohonan diterima yang mematuhi semua kehendak-kehendak
yang ditetapkan.
·49 Mengeluarkan permit-permit sementara bagi kerja-kerja binaan dalam
tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan permohonan.
·50 Memberikan keputusan bantahan cukai taksiran dalam tempoh 2 bulan dari
tarikh penerimaan surat bantahan.
·51 Mengeluarkan bil-bil cukai taksiran kepada pembayar cukai tidak lewat
daripada 15hb. Januari dan 15hb. Julai setiap tahun.
1.2.2 Fungsi-Fungsi Dan Aktiviti Utama

·52 Melaksanakan pemakaian dan penguatkuasaan Undang-Undang Kecil


bangunan Seragam 1988, Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974, Polisi-
Polisi Pembangunan Majlis Bandaraya Ipoh serta lain-lain Akta dan
enakmen serta undang-undang yang berkaitan.

·53 Menerima dan memproses semua jenis permohonan Pelan Bangunan bagi
kelulusan sementara dan lain-lain bentuk permohonan pembangunan yang
melibatkan pembinaan bangunan dari jenis separa kekal dan sementara di
dalam kawasan Majlis Bandaraya Ipoh.

·54 Memproses dan mengeluarkan Sijil Perakuan Layak Menduduki bagi


bangunan-bangunan yang diluluskan.

·55 Menyelaras dan melaksanakan pemeriksaan kesiapan bagi permohonan


pembangunan yang diluluskan melalui proses Perakuan Siap Dan
Pematuhan(CCC).

·56 Membantu Majlis Bandaraya Ipoh di dalam merangka polisi-polisi


pembangunan dari semasa ke semasa.
1.2.4 Carta Organisasi MBI (K&B)

Jabatan Kejuruteraan

Visi

“Untuk Menyediakan Prasarana Dan Persekitaran Hidup Yang Moden, Selamat


Dan Sesuai Dengan Pembangunan Bandar Yang Mampan”
Objektif

·57 Merancang Pembangunan Dan Pembinaan Infrastruktur Dan Kemudahan


Awam Di Bawah Pentadbiran Majlis

Fungsi Jabatan

·58 Merancang Dan Membina Kemudahan Infrastruktur Dan Kemudahan Awam.

·59 Menyelenggara Segala Kemudahan Infrastruktur, Kemudahan Awam Dan


Harta Majlis.

·60 Mengeluarkan Permit-Permit Sementara.

Piagam Pelanggan

·61 Memberikan Kelulusan Ke Atas Permohonan Perancangan Dan


Pembangunan Yang Telah Mematuhi Kehendak-Kehendak Perancangan
Tidak Melebihi 2 Bulan.

Carta Organisasi Jabatan Kejuruteraan

Bahagian Kerja & Bangunan

·62 Merancang dan membantu merekabentuk bagi menyediakan pelan-pelan,


gerai, rumah kedai, tandas awam dan lain-lain.
·63 Menguruskan dan menyelia projek-projek bangunan dan kemudahan awam
yang lain.

·64 Menjalankan kerja penyelenggaraan & pembaikan bagi bangunan-bangunan


dan harta Majlis.

·65 Melaksanakan kerja-kerja pertukangan dan persiapan bagi acara-acara


Majlis.
BAB 3 : RINGKASAN MINGGUAN LATIHAN INDUSTRI

Minggu Pertama

17 Dis 2012 – 21 Dis 2012

·66 Melapor diri di Pejabat Majlis Bandaraya Ipoh pada pukul 8.00 pagi.

·67 Sesi perkenalan.

·68 Melakukan kerja-kerja ‘buka fail’ setelah aduan diterima di Pejabat Majlis
Bandaraya Ipoh (K&B).

·69 Ujian ‘cube’ dan ujian ‘slumptest’ dilakukan.

·70 Melakukan kerja mengikat tetulang untuk papak lantai sebelum kerja
mengkonkrit dilakukan.

·71 Melihat kerja mengkonkrit lantai di tapak projek ‘Muzikal Founter’

·72 Melihat kerja melantak cerucuk untuk membina Dewan Komuniti di Batu 8,
Ulu Kinta.

·73 Sebanyak 15 cerucuk digunakan.

·74 Berat jentera melantak cerucuk ialah 1 tan.

Minggu Kedua

24 Dis – 28 Dis 2012

·75 Cuti sempena Hari Krismas.

·76 Mencari punca kebocoran paip dan membaikinya di Taman D.R.


·77 Melihat kerja-kerja menaiktaraf bangunan UTC (dikenali sebagai Super
Kinta). Antaranya :-

·78 Pemasangan ‘ekskelator’.

·79 Pemasangan jubin lantai dan jubin dinding.

·80 Membuat kemasan akhir.

·81 Kerja-kerja untuk ‘groud beam’ dilakukan di tapak projek ‘Muzikal Founter’.

·82 Mendengar penerangan ringkas tentang keselamatan di tapak projek.

·83 Mempelajari jenis-jenis pemadam api yang digunakan di Stadium Indera


Mulia.
Minggu Ketiga

31 Dis 2012 – 4 Jan 2013

·84 Cuti sempena Tahun Baru 2013.

·85 Melihat kerja baikpulih kerosakan yang berlaku di Bilik Mesyuarat MBI :

·86 Tingkap yang rosak dan kotor disebabkan titisan cat.

·87 Kabinet yang berlubang disebabkan anai-anai.

·88 Melihat ujian ‘cube’ dan ujian ‘slumptest’.

·89 Ujian ‘cube’

·90 2 acuan untuk setiap lori dimana masing-masing 7 hari dan 28


hari.

·91 Ujian ‘slumptest’

·92 Terdapat 3 lapisan dan setiap lapisan dikenakan 25 hentaman.

·93 Menyambung kerja-kerja mengkonkrit lantai di tapak projek ‘Muzikal


Founter’.

Minggu Keempat

7 Jan 2013 – 11 Jan 2013


·94 Melihat kerja melepa dinding di tapak pembinaan ‘Perak Tourism’

·95 Mortar yang digunakan adalah jenis ‘Ordinary Portland Cement’


(OPC).

·96 Melihat pemasangan jubin lantai dan dinding.

·97 Melawat lokasi dan melihat cara-cara memasang atap bumbung jenis
genting.

·98 Mempelajari proses pemilihan perabot yang sesuai untuk diletakkan di


tapak pembinaan perpustakaan.

·99 Mendengar penerangan tentang kontrak tahunan dan dokumen-dokumen


sulit MBI.

Minggu Kelima

14 Jan 2013 – 18 Jan 2013

·100 Pemasangan kotak bentuk untuk bahagian cerucuk yang telah siap
dipotong.

·101 Melakukan kerja pemasangan jubin lantai untuk kedai makan di tapak
pembinaan ‘Perak Tourism’

·102 Melihat pemasangan kotak bentuk untuk ‘ground beam’ di tapak pembinaan
Dewan Komuniti Batu 8, Ulu Kinta.

·103 Melihat kerja ‘premix’ di tapak pembinaan ‘Perak Tourism’

·104 Melakukan kerja-kerja ‘wiring’ di Padang Bola, Buntong.


MInggu Keenam

21 Jan 2013 – 25 Jan 2013

·105 Cuti Sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.

·106 Melihat kerja pengorekan tanah untuk pemasangan sistem perparitan.

·107 Melakukan ujian ‘cube’ dan ujian ‘slumptest’ di tapak pembinaan Dewan
Komuniti Batu 8, Ulu Kinta.

·108 Melakukan kerja mengkonkrit asas lantai.

·109 Menyambung kerja ‘premix’ di tapak pembiaan ‘Perak Tourism

·110 Jenis tar : ACW 14

·111 Mesin yang digunakan :-

·112 ‘Faber Machine’

·113 ‘Hand Compactor’

·114 ‘Roller’

Minggu Ketujuh

28 Jan 2013 – 1 Feb 2013

·115 Cuti sempena Hari Thaipusam.


·116 Melakukan kerja servis dan membaiki penghawa dingin.

·117 Melihat kerja mengukur tanah bagi menentukan ‘point’ untuk penanaman
cerucuk.

Minggu Kelapan

3 Feb 2013 – 8 Feb 2013

·118 Melihat penanaman cerucuk untuk membina Dewan Serbaguna di Buntong.

·119 Jenis cerucuk : ‘Reinforce Concrete’

·120 Menggunakan jentera pelantak cerucuk (1 tan)

·121 Saiz cerucuk : 6m (20’) x 150mm x 150mm

·122 Terdapat 79 point yang telah dilantak cerucuk mengikut pelan projek.

·123 Setiap ‘point’ ditanam cerucuk sehingga mengena batuan keras


(hardcore).

·124 Kerja penyambungan cerucuk dilakukan dengan menpatrikan cerucuk


yang telah ditanam dengan cercuk yang akan disambung.

·125 Kerja mencatat jumlah hentakan curucuk dilakukan. Contoh :-

Kedudukan Cerucuk Panjang (setiap saiz kaki Jumlah cerucuk


(feet) yang telah ditanam)

1. 38’ 2

2. 56’ 3

Minggu Kesembilan

11 Feb 2013 – 15 Feb 2013


·126 Dua hari cuti sempena Tahun Baru Cina.

·127 Melihat kerja ‘premix’ di tapak pembinaan Perpustakaan, Chemor.

·128 Mempelajari cara-cara membuat Bill of Quantities (BQ)

Minggu Kesepuluh

18 Feb 2013 – 22 Feb 2013

·129 Melihat pemasangan kotak bentuk bagi cerucuk yang telah siap dipotong.

·130 Penyambungan kerja ‘premix’ yang belum siap.

·131 Pemasangan kotak bentuk bahagian ‘roof beam’ di Dewan Komuniti, Batu
8.

·132 Melihat pemasangan penghawa dingin untuk Perpustakaan, Chemor.


Terdapat 2 jenis :-

·133 ‘Wall mounted’

·134 ‘Siling SO’


Minggu Kesebelas

25 Feb 2013 – 1 Mar 2013

·135 Melakukan kerja-kerja ‘wiring’ di Dataran Ipoh.

·136 Melihat pemasangan dan mengikat bata jenis ‘sisi bata’.

·137 Melihat dan mempelajari cara-cara pemasangan rangka bumbung di


Dewan Serbaguna, Batu 8, Ulu Kinta.

·138 Mengkonkrit bahagian ‘ground beam’ di Dewan Serbaguna, Buntong

Minggu Kedua Belas

4 Mar 2013 – 8 Mar 2013

·139 Menentukan kedudukan ‘distribution board (DB), plug, dan ‘socket outlet’.

·140 Melawat dan melihat kerja di lokasi tapak projek :-

·141 Dewan Komuniti, Buntong

·142 Perpustakaan, Chemor

·143 Mencari punca dan membaiki air tersumbat di Taman D.R.

·144 Melakukan kerja-kerja ‘wiring’.


Minggu Ketiga Belas

11 Mar 2013 – 15 Mar 2013

·145 Pemasangan pendawaian elektrik di tapak pembinaan Dewan Serbaguna.

·146 Mempelajari mengenai pelan projek dengan menggunakan ‘AutoCadd’


(computer software).

·147 Melakukan kerja pemasangan kerangka bumbung dan pemasangan


bumbung jenis ‘metaldeck’.

·148 Membaiki lampu limpah.

·149 Mengenalpasti sistem ‘chiller’ di Perpustakaan Tun Abdul Razak.

Minggu Keempat Belas

18 Mar 2013 – 22 Mar 2013

·150 Melakukan kerja penyelenggaraan perabot dan perkakasan elektrik


seperti lampu dan kipas.

·151 Mempelajari tentang kerja-kerja yang perlu dilakukan pada peringkat


permulaan sesuatu projek. Contohnya :-
·152 Melawat tapak lokasi projek

·153 Menentukan jumlah kos (Bill Of Quantities).

·154 Melihat pemasangan siling di Dewan Komuiti Batu 8.

·155 Menservis penyaman udara jenis ‘indoor – outdoor’.

·156 Mempelajari mengenai keselamatan di tapak projek.

Minggu Kelima Belas

25 Mar 2013 – 29 Mar 2013

·157 Mempelajari secara teori tentang cara-cara untuk mengawal sesuatu


projek di bilik mesyuarat M.B.I.

·158 Melihat pemasangan kotak bentuk untuk kerja ‘column’.

·159 Mendengar taklimat tentang sistem ‘fire prevention’.

·160 Mempelajari mengenai cara-cara berkomunikasi antara pekerja dengan


majikan dengan berkesan.

·161 Melawat lokasi tandas awam di Taman D.R untuk kerja penyelenggaraan.
Antara kerja yang dilakukan :-

·162 Mengukur saiz bangunan untuk kerja mengecat.

·163 Menetukan perkakasan yang rosak seperti lampu, kipas, ‘water


closet’, urinal dan sebagainya.
Minggu Keenam Belas

1 Apr 2013 – 5 Apr 2013

·164 Mendengar taklimat mengenai cara-cara menentu dan merancang


sesuatu projek.

·165 Mengenalpasti jenis-jenis perlindungan yang terdapat di dalam bangunan.

·166 Melihat kerja membaiki sistem komunikasi.

·167 Melakukan pengujian sistem pendawaian setelah siap kerja pendawaian


elektrik.

·168 Melakukan ‘wiring’ khemah di Dewan Serbaguna Taman Rishah.

Minggu Ketujuh Belas

8 Apr 2013 – 12 Apr 2013

·169 Melawat tapak projek Muzikal Founter.

·170 Melakukan kerja penyelenggaraan lif bangunan di Pejabat Utama Majlis


Bandaraya Ipoh.

·171 Melihat kerja pemasangan ‘lintol beam’

·172 Menyambung kerja-kerja pemasangan kotak bentuk untuk ‘column’ di


Dewan Serbaguna, Buntong.
·173 Melakukan kerja ‘wiring’ khemah di rumah flat Kinta Height.

Minggu Kelapan Belas

15 Apr 2013 – 19 Apr 2013

·174 Melihat kerja pemasangan lampu limpah di Stadium Perak.

·175 Mengkonkrit bahagian tiang (column) di Dewan Serbaguna, Buntong.

·176 Melawat tapak projek di Bandar Baru Putra dan melihat kerja-kerja :-

·177 pemasangan jubin lantai dan dinding.

·178 pemasangan pendawaian elektrik.

·179 pemasangan kerangka bumbung.

·180 Melakukan kerja pendawaian khemah untu memasang kipas dan lampu di
Dewan Town Hall.

Minggu Kesembilan Belas

22 Apr 2013 – 26 Apr 2013


·181

·182 Menyambung kerja mengkonkrit bahagian ‘column’ di tapak projek Dewan


Serbaguna, Buntong.

·183 Melakukan kerja penyelenggaraan elektrik.

·184 Melihat pemasangan kerangka bumbung jenis genting.

·185 ‘Wiring’ serta memasang perkakasan elektrik seperti lampu, kipas,


‘distribution board’, ‘socket earth’ dan lain-lain lagi.

Minggu Kedua Puluh

29 Apr 2013 – 3 Mei 2013

·186 Melakukan ujian ‘slump’ dan ujian ‘cube’.

·187 Melawat lokasi tapak projek Muzikal Founter dan melakukan kerja :-

·188 mengukur jubin lantai dan dinding dengan menggunakan ‘roller’


dan pita pengukur.

·189 mengira kuantiti perkakasan air pancut serta lampu.

·190 Melakukan kerja penyelenggaraan tandas.

·191 Pemasangan pendawaian elektrik untuk khemah.


BAB 4 – PENDAWAIAN ELEKTRIK

4.1 Pengenalan

Seseorang pegawai akan menentukan dan memilih apakah jenis sistem


pendawaian yang akan dibuat pada sesuatu bangunan kepada beberapa faktor,
seperti :-

·192 Jenis bangunan

·193 Suhu persekitaran

·194 Keselamatan dan kos.

4.2 Spesifikasi Pendawaian


Pastikan saiz kabel yang betul mengikut peraturan sediaada. Tidak boleh
disambung atau membuat sambungan TEE. Tiada pengurangan ‘strand’
dibenarkan di terminal. Mestilah dilindungi secukupnya. Tidak boleh dibiarkan
dalam keadaan tegang. Mestilah berkedudukan melintang atau mendatar.

Kod warna ‘standard’ dan penandaan yang betul dan jelas hendaklah
digunakan (red, yellow, blue, neutral dan bumi). Konduit dan ‘trunking’ hendaklah
dibumikan dengan sempurna dan berkesan. Koduit dan trunking hendaklah
berwarna OREN. Konduit dan trunking hemdaklah diikat dengan saddle atau
bracket dengan secukupnya supaya ia kukuh dan kuat.

Kabel berlainan voltan dan fungsi hendaklah diasingkan. lubang laluan


kabel, konduit atau trunking pada dinding konkrit hendaklahditutup dengan
bahan rintangan api yang sesuai. Kabel hendaklah di sokong (supported)
dengan kukuh oleh pengikat seperti clamp, clip, anchors, strap, hangers, bracket,
support atau cara-cara lain yang sesuai. Jarak antara pengikat hendaklah
maksima 1000mm dan 300mm dengan outlet box, device box, cabinet atau
fitting.

Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis pendawaian :-

·195 Jenis voltan bekalan

·196 Sistem voltan bekalan yang berlainan satu fasa dan tiga dawai, dua fasa
dan tiga dawai serta kadaran yang berlainan akan memberi perbezaan dari
segi pemanasan pendawaian. Contohnya, pendawaian bagi kabel-kabel
utama dan sudutnya tidak boleh disamakan dengan pendawaian litar akhir.

·197 Perlindungan mekanik


·198 Keadaan tempat yang mana terletaknya banyak bahaya kerosakan
mekanik seperti bengkel-bengkel, kilang dan kawasan awam perlulah
dipasang dengan pemasangan yang mempunyai bahagian logam seperti
perisai perlindungan kepada kabel-kabel pemasangan.

·199 Jenis bangunan

·200 Sama ada bangunan baru, bangunan lama, bangunan tambahan


dan bangunan daripada kayu atau batu.

·201 Bangunan tersebut sama ada setingkat, bertingkat-tingkat dan


dibawah tanah.

·202 Kegunaan bangunan sama ada sebagai tempat perusahaan,


perniagaan, hotel dan hospital.

·203 Persiapan pembumian

·204 Sistem pembumian untuk sesuatu pemasangan pendawaian


memainkan peranan penting dalam pemilihan jenis-jenis pendawaian
yang hendak dibuat.

·205 Kawasan-kawasan tinggi dan tanah yang kering memerlukan


system pembumian yang berlainan daripada kawasan yang rendah dan
tanah yang lembap.

·206 Jangka masa perkhidmatan

·207 Sama ada pemasangan tersebut perlu digunakan dalam masa


lama ataupun sementara.
·208 Perbezaan jangka masa bagi pemasangan sementara dengan
lama dapat memberi perbezaan penggunaan kabel dan system
pendawaian.

·209 Kos belanjawan

·210 Perkara ini bukan sahaja melibatkan harga bahan-bahan pemasagan


malah termasuk juga perkara-perkara seperti kemudahan mendapatkan
bekalan dari pihak LLN, mendapatkan pekerja-pekerja mahir dan masa
yang diambil bagi menyiapkan pemasangan tersebut.

·211 Keadaan khusus

·212 Keadaan tertentu yang terdapat di tempat yang hendak dibuat


pemasangan tersebut seperti keadaan lembap dan basah, berminyak,
panas, bahaya, kerosakan mekanikal.

·213 Penggunaan system pemasangan yang tidak peka kepada keadaan-


keadaan di atas akan menyebabkan ketahanan pemasangan tersebut
terjejas.

·214 Pengubahsuaian

·215 Keadaan tempat yang memerlukan pengubahsuaian, perubahan litar


dan mudah menerima perubahan-perubahan mengikut keperluan tempat
tersebut.
·216 Kaedah Pemasangan Bagi Sistem Pendawaian

Terdapat beberapa jenis system pendawaian untuk kaedah pemasangan.


Sepertimana yang telah dinyatakan iaitu pemilihan jenis system pendawaian
adalah bergantung kepada factor pemilihan.

Berikut disenaraikan jenis-jenis system pendawaian yang lazim digunakan iaitu :-

·217 Sistem Permukaan

·218 Sistem Konduit

·219 Sistem Tersembunyi

·220 Sistem Sesalur

·221 Sistem Pendawaian Permukaan

·222 Ia boleh dipasang secara terus ke dinding kayu atau di atas pelapik kayu
pada dinding batu atau konkrit.

·223 Kabel-kabel yang digunakan dalam pendawaian permukaan mestilah


daripada jenis yang mempunyai tebatan berlapis atau PVK.

·224 Kebaikan :

·225 Kerosakan pada pendawaian senang dikesan.


·226 Kerja-kerja menyelenggara dan tambahan boleh dibuat dengan
tidak menjejaskan pendawaian yag sedia ada.

·227 Kemas dan elok dipandang dan sesuai untuk rumah.

·228 Keburukan :

·229 Tidak tahan panas.

·230 Terdedah kepada bahaya-bahaya seperti terkena kimia, gigitan


binatang dan sebagainya.

4.3.1.1 Pemilihan Kabel

Kabelnya bersalut dengan PVC dan dibahagian luarnya disarung pula


denga lapisan PVC kedua dan ini menjadikan tebatan dua lapis. Sarung lapisan
luar dapat memberi perlindungan kepada pengalir daripada terus mengalami
kerosakan apabila berlaku kerosakan daripada luar.

·231 Kaedah Pemasangan

Kaedah pemasangan kabel bagi system ini kebelnya dilekapkan pada


permukaan dinding, tiang atau siling bagi bangunan diperbuat daripada kayu.
Sokongan bagi melekapkan kabel pada dinding lazimnya menggunakan klip
dipaku secara terus.

Ada dua klip yang digunakan untuk sistem pendawaian permukaan iaitu yang
didapati dalam bentuk siap pasang.
a. Klip plumbum

b. Klip aluminium

·232 Sistem pendawaian konduit

·233Kaedah pemasangan ini menggunakan paip konduit sebagai panghalaan


pendawaiannya.

·234Jika sistem ini telah dipilih sebagai pemasangannya maka keseluruhannya


kerja pemasangan bagi satu bangunan akan menggunakan konduit.

·235Kabel akan disalurkan kedalam konduit hingga punca-punca tamatanya.

·236 Kebaikan:

·237 Tahan lasak serta tahan kepada hentaman.

·238 Tidak mudah pecah.

·239 Kos yang rendah.


·240 Keburukan:

·241 Terdedah kepada bahaya punca-punca kerosakan luaran atau


mekanikal.

·242 Pemilihan Kabel

Kabel yang digunakan dari jenis kabel bertebat satu lapis sahaja, kerana
kabel telah pun dilindungi oleh kondiut. bilangan kabel yang hendak dipasang
dalam kondiut perlu dipastikan bilangan maksimum kabel itu adalah untuk
mengelakkan daripada kabel terlampau panas di dalam kondiut.

·243 Kaedah Pemasagan

Pemasangan kondiut hendaklah disiapkan sepenuhnya, kemudian barulah


dimasukkan kabel didalamnya. Ini termasuk pemasangan segala keperluan
pemasangan (fittings) dan aksesori seperti kotak tee, kotak sesiku L dan segala
kotak-kotak pemasangan aksesori.

Pastikan semua kotak penyambungan boleh diperiksa dan mudah dicapai


serta mudah diperiksa. Bilangan kabel yang dipasang dalam sesuatu kondiut
hendaklah mengikut factor ruang iaitu tidak melebihi 40%. Pada bahagian
penghujung kondiut seperti dikotak aksesori pastikan segala tamatan kondiut
dilakukan dengan mengambil kira ikatan seperti nat pengunci dan sesendal.

Gambarajah kotak aksesori. Dikenali sebagai ‘back box’.


·244 Sistem Pendawaian Tersembunyi

Kabel pendawaian dalam sistem ini akan dipasang atau ditanam dalam
dinding atau di atas siling bangunan. Penghalaan pendawaian tidak dapat dilihat
kecuali bahagian hujung tamatan untuk disambungkan ke aksesori seperti soket
keluaran, poin lampu, kipas dan suis.

Pemasangan pada bangunan yang dibuat daripada batu lazimnya kabel-


kabel akan ditempatkan pada lurah yang dibuat khas lindungan seperti kondiut,
kemudiannya akan disimen dan dilepa menjadikan dinding kelihatan kemas dan
cantik.

·245 Kebaikan:

·246 Kos perbelanjaan bagi pendawaian ini murah.

·247 Tidak memerlukan alat-alat tangan yang tertentu.

·248 Kemas, cantik dan tidak mengganggu pandangan.

·249 Sesuai untuk pejabat.

·250 Keburukan:

·251Susah untuk menentukan punca kerosakan.

·252Kerja-kerja tambahan susah hendak dilakukan.

·253Bahaya terkena paku akibat ketukan pengguna.

·254 Kaedah Pemasangan

Pemasangan pendawaian tersembunyi dibuat pada peringkat awal sesuatu


bangunan didirikan. Sebaik sahaja batu (bata atau blok) disusun, kerja
pendawaian mula dilakukan, iaitu sebelum kerja-kerja menyimen dijalankan.
Pekerja akan membuat lurah dengan menebuk tembok batu atau bata mengikut
penghlaan pendawaian.

Jenis kabel yang digunakan dengan penebatan dua lapis. Ini dapat
mengelakkan daripada kerosakan mekanikal. Kabel dibentangkan terus pada
lurah dan diklip pada bahagian batu supaya tidak terkeluar daripada penghalaan
pendawaian ketika kerja menyimen dilakukan.

Kabel juga boleh disalurkan di dalam kondiut sebagai pelindung


tambahan dan benamkan dalam alur atau lurah yang telah dibuat pada dinding.
Kemudian akan disimen terus bersama permukaan dinding. Ini menjadikan
pemasangan berada di dalam dinding dan kelihatan hanya bahagian hujung
kabel yang akan disambungkan pada aksesori.

Pendawaian tersembunyi diatas siling dilakukan pada penghalaan yang


sesuai dan selamat. Sebaik-baiknya kabel disalurkan kedalam kondiut bagi
mengelakkan terdedah kepada kerosakan secara mekanikal.

Gambarajah pendawaian tersembunyi


·255 Sistem Pendawaian Sesalur (trunking)

Kabel PVC digunakan. Pembuluh dan sesalur memberikan


perlindungan mekanikal. Pembuluh dan sesalur terdapat dua jenis iaitu
galvanised iron (G.I) atau PVC. Sesuai untuk semua jenis permukaan tetapi
sesuai dari segi astetik (tidak cantik).

·256 Kebaikan ;

·257 Kerja pemasangan cepat.

·258 Tidak mudah dirosakan oleh perubahan cuaca dan suhu.

·259 Keburukan :

·260Susah dibawa dan dipasang.

·261Mudah ditempati habuk dan kekotoran.

·262 Kaedah Pemasangan

Peralatan dan bahan digunakan untuk pemasangan pendawaian:

·263 Tukul besi

·264 Gunting

·265 Pisau

·266 Pembaris besi

·267 Paku simen

Tidak ada aksesori untuk penyambungan sesiku tee dan sesiku L. Ini
semua boleh dibuat dengan menggunakan sesalur mengikut teknik
pemasangan.

·268 Membuat sambungan T

·269 Membuat sesiku L

·270 Membentuk simpang empat

·271 Menggunakan kabel dari jenis penebat satu lapis.


·272 Pemilihan saiz sesalur yang sesuai mengikut bilangan kabel dan pastikan
faktor ruang yang mencukupi dan tidak melebihi 45%.

·273 Contoh pemasangan pada tamatan soket keluaran. Pada bahagian hujung
sesalur hendaklah dimasukkan kedalam kotak soket keluaran atau pun
kotak suis supaya penyambungan tamatan kelihatan kemas dan tidak
menampakkan kabel dari luar.

Contoh pendawaian tersembunyi


·274 Contoh kerosakan

Konduit tercabut – wayar dalam bahaya.

Pendawaian tidak selamat.

Pendawaian yang tidak selamat.


Wayar yang tidak teratur serta tidak mencukupi.

Pendawaian yang tidak sistematik.

Tiada ciri-ciri keselamatan.


Selepas dibalut dengan penebat. Keadaan kurang bahaya berbanding
gambar di atas.

4.4 Penyelenggaraan

4.4.1 Pengenalan

Bahagian penyelenggara merupakan suatu bahagian memperbaiki serta


mencari punca jika berlaku kerosakan apabila menerima sesuatu aduan. Jika
berlaku di majlis-majlis tertentu khusunya yang dianjurkan oleh kerajaan, pihak
selenggara bertanggungjawab untuk memasang khemah serta peralatan elektrik
seperti lamou, kipas, soket dan ‘main’ suis untuk pemasangan sementara.

·275 Tujuan

·276 Supaya pemasangan elektrik sentiasa selamat untuk digunakan.


·277 Mengurangkan kos penyelenggaraan.

·278 Mengurangkan gangguan bekalan kepada pengguna.

·279 Menjadi pemasangan dan peralatan tahan lama.

·280 Memenuhi kehendak Peraturan Elektrik 1994.

4.4.3 Aspek-Aspek Penyelenggaraan

·281 Peruntukan yang mencukupi.

·282 Tenaga mahir yang mencukupi.

·283 Mempunyai Unit pentadbiran.

·284 Stok alat ganti yang mencukupi.

·285 Peralatan (kenderaan, tangga, mesin, peralatan, ’instrument’) dan bahan


yang mencukupi.

·286 Kerja-Kerja Selenggara

·287 Membaiki atau menukar peralatan elektrik yang rosak seperti mentol,
lampu, kipas, motor, suis, soket dan ‘circuit breaker’.

·288 Menservis peralatan elektrik seperti alatubah (transformer), motor,


‘generator’ dan ‘circuit breaker’.

·289 Mendawai semula (rewiring) jika terdapat pendaawaian yang bermasalah.

·290 Menguji penebatan sistem pendawaian secara berkala.

·291 Memperbaiki, menambah, menaiktaraf sesuatu pemasangan elektrik.


·292 Prosuder sebelum Meembuat Penyelenggaraan

·293 Menerima arahan daripada ketua untuk menjalankan tugas yang diterima
daripada pihak aduan.

·294 Mengambil barang-barang untuk membuat kerja-kerja penyelenggaraan di


stor.

·295 Pekerja yang ditugaskan akan terus ke tempat yang diarahkan untuk
memulakan tugas.

4.4.5 Prosuder Membuat Aduan

·296 Aduan diterima daripada pengguna yang mempunya masalah melalui


panggilan telefon ataupun melalui internet.

·297 aduan dicatat oleh juruteknik yang bertugas.

·298 Aduan tersebut akan disambungkan di bahagian penyelenggaraan untuk


mendapatkan susulan lanjut.

·299 Aduan kerosakan yang menjejaskan bekalan elektrik akan diambil


tindakan dalam tempoh berikut :-

·300 Kerosakan yang biasa mengambil masa dalam satu hari.

·301 Kerosakan yang rumit biasanya akan dibaiki secepat yang mungkin
dengan syarat mempunyai peruntukan.
BAB 5 – SISTEM PENYAMAN UDARA

(AIR-CONDITIONING SYSTEM)

5.1 Pengenalan

Definisi penyaman udara ialah proses pengawalan dan perawatan bagi


semua kandungan udara untuk atau ruang atau tempat-tempat tertutup.
Perawatan secara mekanikal dilakukan terhadap suhu, kelembapan,
pembaharuan udara, kebersihan, dan pegagihan udara tersebut bagi mencapai
keperluan dan fungsi tertentu sesuatu ruang.

Untuk mencapai keperluan pemanasan atau penyejukan dilakukan dalam


pengawalan suhu. Kelembapan pula dapat dikawal dengan proses pelembapan
dan penyahlembapan. Bagi mejamin kebersihan udara, proses penapisan,
penyucian dan peresapan diperlukan semasa pengagihan udara dilakukan.
Proses pengagihan udara dilakukan selepas melalui proses perawatan dan
diagihkan ke bahagian-bahagian tertentu dalam bangunan. Penagihan udara
memerlukan unit pengelolaan udara bagi menentukan cara agihan yang betul.

Secara ringkasnya dalam penyamanan udara memerlukan :-

·302 Kawalan suhu secara pemanasan atau penyejukan.

·303 Kawalan kelembapan secara pelembapan atau penyahlembapan.

·304 Kawalan kebersihan secara penapisan, penyucian dan peresapan bagi


membuang kekotoran.

·305 Penagihan udara iaitu jenis pengudaraan dan cara aliran.

Prinsip asas penyamanan udara ialah berdasarkan sifat jirim terhadap suhu,
haba dan tekanan. Haba merupakan satu bentuk tenaga dan boleh dialihkan dari
satu objek ke objek lain. Penyejukan ialah proses secara mekanikal yang
mengeluarkan dan mengalihkan haba dari satu tempat ke satu tempat yang lain
dengan selamat tanpa membahayakan sekeliling dan kehidupan. Ia berdasarkan
dua sifat iaitu :-

·306 Bendalir menyerap haba apabila bertukar daripada cecair kepada gas
(haba pendam pengewapan).

·307 Bendalir mengeluarkan haba apabila bertukar daripada gas kepada cecair
(haba pendam pemeluwapan).

Contohnya air haba dari api semasa mendidih dan bertukar menjadi gas
wap. Wap yang memeluwap menjadi air dan mengeluarka haba. Dalam proses
penyamanan udara, lazimnya, satu media digunakan bagi proses pengagihan
haba. Pengagihan ini dilakukan secara serapan. Cecair atau bahan pendingin
menyerap haba dari udara dan bertukar menjadi gas. Gas yang mengandungi
haba dibawa dan dikeluarkan ke tempat lain.

5.2 Kitaran Asas Penyamanan Udara

Pada dasarnya prinsip penyamanan udara ialah satu prases pendinginan udara.
Pendinginan udara dilakukan dalam bentuk kitaran terutamanya bagi
menjimaykan bahan pendingin. Dalam kitaran tersebut berbagai-bagai kawalan
perlu dilakukan pada proses asa ini untuk membentuk keadaan keselesaan ysng
diperluksn oleh pengguns. Terdapat dua kitaran utama yang merupakan kitaran
asas penyamanan udara iaitu:
·308 Kitaran penyejukan

·309 Kitaran udara

Kedua-dua proses kitaran ini bertujuan utuk mengalihkan haba dari ruang
yang didinginkan ke udara luar.

·310 Kitaran Penyejukan

Kitaran penyejukan merupakan satu proses yang mengalihkan haba dari satu
tempat ke satu tempat yang lain. Haba dialih melalui unit penyejat dan
disingkirkan ke udara luar pada unit pemeluwapan bagi setiap jenis alat
penyamanan udara. Dalam proses pemindahan haba ini, empat perkara
diperlukan dalam kitaran tersebut, iaitu pemeluwapan, pemampat, penyejat dan
injap pengembangan seperti rajah 2.11. Ia juga memerlukan satu medium
pembawa haba (bahan pendingin). Kitaran penyejukan ini dibuat dengan
sambungan dari paip-paip yang telah ditebatkan. Terdapat dua cara yang
digunakan untuk kitaran penyejukan ini, iaitu penyejukan mampatan dan
penyejukan serapan.

Cara penyejukan mampatan adalah lebih banyak digunakan pada masa kini
kerana sistemnya yanu mudah serta kos yang murah. Alatan-alatan dan
komponennya yang senang dipasang. Jika dibandingkan dengan cara
penyejukan serapan, kos pengendalian cara penyejukan mampatan adalah lebih
jauh tinggi. Walu bagaimanapun, cara penyejukan serapan akan dapat
diperkembangkan dan digunakan dengan lebih meluas jika gas asli serta tenaga
suria dapat diperoleh dengan cara yang lebih mudah dan murah. Bahan
pendingin yang biasanya digunakan ialah ‘Refrigerant 12’ atau ‘Refrigerant 22’
kerana sifat-sifatnya yang tidak bertindak balas dengan kebanyakan logam
pemaipan. Dalam keadaan biasa media ini berbentuk gas tetapi ia bertukar
menjadi cecair apabila diletak dibawah tekanan tinggi. Untuk memahaminya,
berikut diterangkan setiap peringkat pada proses tersebut iaitu :-
5.2.2 Pemampatan

Pemampatan merupakan proses pengepaman bahan pendingin ke seluruh


kitaran penyejukan. Bahan pendingin masuk ke dalam alat pemampat dalam
bentuk gas bertekanan rendah. Apabila tekanan diberikan, suhu didih akan naik
dan menukarkan gas bertekanan rendah kepada gas bertekanan tinggi. Ini
menyebabkan bahan pendingin bertukar daripada wap kepada cecair.

5.2.3 Pemeluwapan

Pemeluwapan merupakan proses penyingkiran haba daripada bahan


pendingin yang berbentuk gas bertekanan tinggi. Gas tersebut dipamkan ke alat
pemeluwapan. Di sini, haba disingkirkan secara perolakan atau penyingkiran
haba dari lingkaran pemeluwapan yang panas ke lingkaran pemeluwapan yang
sejuk. Haba ini diserap oleh bahantara pemeluwapan seperti air atau udara
sekeliling. Setelah haba pendam disingkirkan, ia bertukar menjadi cecair pada
tekanan tinggi iaitu pada suhu biasa. Kini haba di dalam bahan pendingin telah
dikurangkan.

5.2.5 Penyejatan

Penyejatan merupakan proses penyerapan haba pendam. Cecair bertekanan


rendah yang sejuk dialirkan ke alat penyejat yang menyejatkan haba d aripada
udara didalam ruang yang didiginkan. Bahan pendingin cecair bertukar menjadi
gas bertekanan rendah dan membawa haba bersama-smanya untuk disingkirkan
di unit pemeluwapan. Kini kitaran pertama telah lenkap dan proses inin akan
berulang lagi seterusnya. Dalam proses kitar di atas itar di atas dapati bahapati
bahawa haba telah dipinda haba telah dipindahkan n dari unit minimumnya 60
meternit minimumnya 60 meter. Kadangkala keselurngkala keseluruhan
pemasangan alat ini disebut pam haba kerana sifatnya yang mengepam haba
dari dalam ruang ang mengepam haba dari dalam ruang ke ke ke udara
luarudara luarudara luar. Kuasa penyejukannya adalah antara 1.75 kW ke 475
kW. Untuk menggerakkan alat pemampat selalunya kuasa elektrik digunakan.
Operasi kitaran penyejukan ini agak bising terutamanya pada alat pemampat.

Rajah 2.11 : Kitaran penyejukan

·311 Kitaran udara

Kitaran udara merupakan proses bagi pengagihan udara yang telah dirawat
ke dalam ruang yang ingin didinginkan. Kitaran ini sebenarnya adalah untuk
menyingkirkan haba dari dalam ruang. Haba disingkir dari kitaran ini, iaitu
semasa bekalan udara balik diserap pada unit penyejat. Media penyerap haba
menggunakan sama ada udara atau air. Oleh itu, kitar ini mempunyai agihan
kekal bekaldan agihan balik. Cara pengagihan boleh jadi menggunakan salur
udara atau perpaipan air dingin. pada proses kitar udara ini, ia akan melalui
beberapa lagi proses untuk mencapai keperluan pengudaraan ruang yang
diingini. Haba dalam ruang yang dikeluarkan akan menjadi sejuk se secara
perlahan-lahan. Dalam proses kitaran udara beberapa komponen alatan lain
diperlukan iaitu :-

·312 Unit
pengelolaan(AHU)

·313 Penapis
udara

·314 Kipas
penghembus

·315 Salur udara

·316 Pengambilan
udara bersih

5.4 Penghawa Dingin Jenis Sistem Loji

Terdapat dua jenis sistem penyaman udara untu sistem loji, iaitu :-

·317 Sistem loji


berpusat

·318 Sistem loji air


dingin (setempat)

Penyaman udara jenis sistem loji ini ialah proses pengawalan dan perawatan
bagi semua kandungan udara untuk ruang atau tempat-tempat tertutup.
Perawatan secara mekanikal dilakukan terhadap suhu, kelembapan,
pembaharuan udara dan fungsi tertentu sesuatu ruang.

Secara ringkasnya dalam sistem penyaman udara adalah seperti :-

·319 Kawalan
suhu secara pemanasan atau penyejukan.

·320 Kawalan
kelembapan secara pelembapan atau penyahlembapan.

·321 Kawalan
kebersihan secara penapisan, penyecuian dan peresapan bagi membuang
kekotoran.

·322 Pengagihan
udara iaitu jenis pengudaraan dan cara aliran untuk mengeluarkan haba
berlebihan untuk keselesaan.

·323 Untuk
memberi udara yang mencukupi.

·324 Untuk
mengagihkan udara dengan cara yang selesa.

·325 Untuk
mencapai segala kepentingan di atas tahap mengacam keadaan fisiologi dan
psikologi pengguna.
Sistem loji selalunya digunakan untuk pendinginan yang melibatkan beban
pendingin 105.5 kW dengan keupayaan pengolehan udara 2832 litre/saat dan
ke atas. Sistem ini memerlukan beberapa ruang khas untuk menempatkan alatan
loji serta agihannya. Ia dipasang semasa proses pembinaan sesebuah
bangunan. Kerja mengintegrasi dan mengkordinasi sistem penyaman udara
dengan struktur dan ruang dalaman bangunan adalah sangat penting dibuat
pada peringkat awal pembinaan untuk mengurangkan masalah.
5.4.1 Sistem Loji Pengadalian Pusat

Kebanyakan kompenen asas sistem loji pengadalian pusat dipasang pada


satu ruang loji mekanikal penyaman udara yang menggelolakan sebahagian
besar kitaran penyejukan dan kitaran udara. Selain itu, sistem ini memerlukan
ruang dengan pengudaraan sekeliling yang baik bagi unit pemeluwap atau
menara pendingin.

Dalam sistem ini udara bekal didatangkan dari loji pusat dan diagihkan
melalui salur udara ke ruang-ruang yang didinginkan. Udara boleh diagihkan
secara mendatar melalui salur dalam ruang siling. Oleh sebab sistem ini
menggunakan salur udara seluruhnya, ia dikaitkan dengan sistem semua udara.
Masalah utama dalam penggunaan sistem ini adalah penghasilan bunyi bising
dan getaran alatan. Masalah ini wujud terutamanya dari alat pemampat dan
kipas penghembus yang diagihkan melalui salur udara ke ruang yang hendak
didinginkan.

5.4.2 Sistem Loji Air Dingin (Setempat)

Ciri utama adalah penggunaan air yang disejukkan dari kitaran penyejukan
untuk menyejukan udara dalam kitaran udara. Perlakuan proses ini
menyebabkan ia dikenali sebagai sistem loji air dingin. Sistem ini menggunakan
media air dingin dari loji pendinginan dengan tujuan untuk diagihkan beberapa
bilik.

Sistem ini mempunyai 4 pusingan berasingan bagi mengagihkan haba dari


dalam ruang yang hendak didinginkan ke udara luar bangunan, iaitu :-

·326 Kitaran udara


mengalihkan haba dari ruang didinginkan ke unit pengelolaan udara melalui
media udara.

·327 Kitaran air


mengalihkan haba dari unnit pengelolaan udara ke lingkaran menara
pendingin melalui media air.

·328 Kitaran
penyejukan mengalihkan haba dari lingkaran pemeluwap ke lingkaran
penyejat dalam alat pendinginan air loji pendingin.

·329 Kitaran air


mengalihkan haba dari lingkaran pemeluwap ke lingkaran pemeluwap ke
menara pendingin melalui media air juga.

5.4.3 Pembahagian Kompenen

Sistem pembahagian udara ialah menyalurkan udara dari alat penyaman udara
ke ruang yang hendak diubahsuai udaranya dan kembali semula ke alat
penyaman udara. Bahagian utama sistem penyaman udara ini ialah :-

·330 Air Handling


Unit (A.H.U)

Tempat terletaknya kipas, alat pelembapan, alat penyahlembapan, gegelung


pemanas, alat pendinginan dan alat penapisan udara.

·331 Air Ducting


(Saluran Udara)

Merangkumi salur bekalan udara alur bekalan, alur kembalian dan salur
kembalian udara.

·332 Distribution
Room (Ruang Distrbusi)

Ruang yang perlu didinginkan atau dipanaskan.

5.4.4 Kipas (Centrifugal Fan)

Tugas utama kipas ialah untuk menggerakkan udara ke arah bilik. Di dalam
sistem pembahagian udara, udara yang digerakkan oleh kipas terdiri daripada
semua udara di luar ruangan, semua udara di dalam ruangan dan campuran
udara luar dan dalam ruang. Satu kipas empar menghasilkan lebih banyak
tekanan untuk satu ‘volume’ udara kipas dan adalah digunakan dimasa kini yang
merupakan sesuai. Lazimnya bunyinya sangat bising.

Kipas

5.4.5 Salur dan Alur Bekalan (Supply Ducting)

Tugas utama Salur dan Alur Bekalan ialah untuk menyalurkan udara dari ‘Air
Handling Unit’ (A.H.U) ke dalam ruang bilik dengan sama rata dan sebaik
mungkin. Terdapat dua bahagian utama pada bahagian alur bekalan, iaitu :-
·333 Peresap
(Diffuser)

·334 Untuk
menghantar udara dalam bentuk menggembang ke ruang bilik.

·335 Dipasang
pada siling ruang sesuatu bilik.

·336 Jerejak
(Grille)

·337 Alat ini


mempunyai ‘deflection bar’ atau ‘vanes’ pada permukaannya untuk
mengalirkan udara.

Salur boleh didapati dalam bentuk bulat, segiempat tepat dan segiempat
bujur. Ini bermakna ia akan kurang bahan, kurang permukaan salur, kurang
penebat dan lain-lai bentuk salur. Dari sudut praktisnya, salur segiempat tepat
adalah baik kerana terhadnya ruangan di siling dan antara tetulang denagn tiang
yang memerlukan ketinggian salur yang minima. Biasanya, salur segiempat
digunakan untuk saluran utama (plenum) dan saluran bulat digunakan sebagai
cawangan (brunch).

5.5 Sistem Penyejukan Air (Water Cooled System)

5.5.1 Pengenalan

Pada sistem penyejukan dan penyamanan udara yang menggunakan


sistem pendinginan air, haba yang diserap dan dimampat disingkirkan kepada
suatu medium, iaitu air. Air yang digunakan untuk menyerap haba ini akan
menyingkirkan haba ke udara dan disejukkan semula dengan menggunakan
peralatan yang dinamakan menara pendinginan. Dengan perkataan lain, menara
pendinginan adalah alat yang digunakan untuk menyejukkan air dari pemeluwap
dingin – air yang menyerap haba dari penyejat dan pemampat. Sebarang
kesumbatan dan kekotoran dalam cooling tower ini akan mempengaruhi kapasiti
penyejukan penyamanan udara terbabit.

5.5.2 Fungsi Menara Pendingin

Fungsi menara pendingin ialah untuk menyingkirkan haba ke udara


sekeliling dan menyejukkan air panas
yang menyerap haba dari pemeluwap dingin – air. Sistem ini dianggap paling
ekonomi di mana menara pendinginan digunakan untuk sistem pendinginan
semula air. Dengan cara ini air hanya berkurangan dalam kitar penyejukan air
akibat daripada penyejatan. Menara pendinginan menyejukkan air dari
pemeluwap dingin – air dengan bantuan proses peredaran udara.

5.5.3 Prinsip Dan Binaan Menara Pendinginan ( Cooling Tower )

Prinsip kerja cooling tower berdasarkan kitaran air melalui pemeluwap


dingin – air, pam air dan komponen dalaman cooling tower. Pam air akan
menyedut air dari bahagian bawah takungan dan diemparkan ke dalam
pemeluwap dingin – air. Air yang bersuhu rendah yang diemparkan itu akan
menyerap haba dari bahan pendingin didalam tiub pemeluwap dan dibawa ke
bahagian semburan diatas menara pendinginan. Air yang disemburkan itu akan
jatuh ke atas isian atau tambakan yang keadaanya berlapis.

Semasa air yang disemburkan jatuh di atas tambakan, udara luar yang
yang bertiub dari arah tepi menara akan membawa wap panas yang terpeluwap
daripada air panas naik ke atas menara dan kipas di puncak menara menolong
mempercepatkan proses penyingkiran haba. Air yang jatuh di atas tambakan
akan dikumpulkan semula ke dalam takungan pembuangan haba. Air yang sejuk
ini akan dipamkan semula ke dalam pemeluwap . Untuk mengelakkan kekotoran
masuk ke dalam kitaran air, penapis atau turas air dipasangkan pada paip air
sebelum masuk ke dalam pam air dan juga di dalam cooling tower.

Biasanya menara pendinginan beroperasi untuk mendapatkan data berikut :-


a) Suhu air alur masuk : 35º C hingga 37 º C
b) Suhu air alur keluar : 30º C hingga 32 º C
c) Suhu bebuli basah alur masuk : 27 º C
·338 Penyelenggaraan

·339 Kaedah penyelenggaraan

·340 Bersih dan tukar penapis udara (air filter).

·341 Penapis udara yang berhabuk atau berdebu akan mengurangkan


pengaliran udara masuk ke dalam sistem penyejukan. Lakukan
pemeriksaan pada penapis udara sebulan sekali. Penapis yang berada
dalam keadaan bersih dapat mengurangkan penggunaan tenaga 5%
hingga 15%. Habuk boleh mengurang kesan penyejukan, meningkatkan
bil elektrik dan menyebabkan penghawa dingin mudah rosak.

·342 Bersihkan gegelung (coil).

·343 Coil terlapik dengan habuk atau debu akan mengurangkan kesan
penyejukan. Untuk membersihkan ‘coil’ pada penghawa dingin, perlulah
munutup bekalan elektrik dan gunakan pembersih hampagas (vacuum
cleaner) untuk menyingkirkan habuk pada ‘coil’ (penukar haba) dalam.
Manakala, ‘coil’ luaran boleh dibersihkan dengan menggunakan air.

·344

·345 Periksa paip penyalur daripada sebarang kebocoran.

·346 Periksa semua paip penyalur dan sambungan, minima 2 kali


setahun. Ini adalah penting bagi mengenalpasti masalah sebelum ia
menjadi lebih teruk.

·347 Pemeriksaan unit di dalam dan luar rumah.

·348 Daripada unit dalam rumah, periksa saluran udara keluar masuk
bagi memastikan pengaliran udara tidak terhalang atau terdapat bekuan
air pada unit. Ini kerana kedua-dua factor in boleh merosakkan unit
penghawa dingin. Bagi unit luar rumah pula, pastikan kesemua saluran
udara keluar masuk dalam keadaan bersih daripada sebarang halangan
seperti daun kering dan serangga.

·349

·350 Bersihkan unit dalam rumah.

·351 Lap dengan perlahan-perlahan menggunakan kain kering yang


lembut. Jangan menggunakan air melibihi 40º atau cecair penggilap
untuk membersihkan unit dalam di dalam rumah.

·352 Pemeriksaan Berkala.

·353 Selepas digunakan untuk satu tempoh, penghawa dingin akan


menjadi kotor dan pretasinya akan berkurang. Berpandukan keadaan
operasi, kekotoran mungkin akan menghasilkan habuk yang akan
menganggu sistem ‘dehumification’. Jadi, pemeriksaan berkala
dicadangkan sebagai tambahan kepada kerja menyenggara yang biasa.
BAB 6 – PERKAKASAN KEBERSIHAN

6.2 Perkakasan Kebersihan

Perkakasan kebersihan digunakan untuk membersih dan membuang


bahan sisa buangan. Perkakasan kebersihan direka bentuk supaya kawasan
kotoran dapt dikurang kepada minima dan mempunyai permukaan yang tahan
lama, mudah dicuci dan tidak menyerap.

Terdapat dua kategori utama untuk sistem ini, iaitu :-

·354 Perkakasan najis (soil fitments)

·355 Menerima hasil buangan daripada tubuh manusia yang dikenali


sebagai perkakasan najis.

·356 Perkakasan yang digunakan adalah seperti mangkut tandas (water


closet), dan ‘urinal’.

·357 Perkakasan Sisa (waste fitments)

·358 Menerima hasil kotoran seperti sabun, minyak dan kotoran lain.

·359 Perkakasan yang digunakan adalah seperti ‘bidet’, besen basuh,


sinki, pancuran mandi, tab mandi pancuran minuman dan lain-lain lagi.
6.2.1 Reka Bentuk

·360 Mestilah direkabentuk supaya ia mencapai tahap penggunaan yang


optima dengan pemasangan perkakasan yang mencukupi.

·361 Mematuhi Peraturan Rekabentuk Bangunan. Diantaranya ialah :-

·362 Penempatan ruang pelupusan hendaklah ditempatkan berasingan


dengan tempat penyediaan makanan atau tempat penyimpanan bahan
makanan.

·363 Setiap peralatan kebersihan perlulah disusun dengan tepat dimana


boleh melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan yang lebih berkesan
dan ruang yang lebih berpusat.

·364 Bilangan perkakasan mestilah mencukupi dan bersesuaian dengan


tahap umur pengguna dan mengikut jantina.

·365 Direkabentuk dan dipasang supaya tidak mendatangkan mudarat


kepada kesihatan pengguna.

·366 Ruangan pelupusan perlulah mempunyai pengalihidaraann yang


baik dan mempunyai sumber cahaya yang mencukupi samada semula
jadi ataupun mekanikal.

·367 Setiap peralatan mestilah disusun dengan membenarkan


penggunaan yang paling optima.
6.2.2 Susun Atur Perkakasan

·368 Penentuan bilangan alatan bergantung kepada :-

·369 Jenis bangunan

·370 Tahap / jantina pengguna

·371 Perancangan ruang pelupusan. Ukuran minima ruang ialah :-

·372 Jamban duduk – tidak kurang daripada 1.5m x 0.75m

·373 Pam tandas – tidak kurang daripada 1.25m x 0.75m

·374 Bilik mandi – luas minima : 1.5m dan lebar minima : 0.75m

·375 Bilik mandi dengan pemasangan jamban – luas minima : 2.0m dan
lebar minima : 0.75m

·376 Ketinggian ruang bilik bilik mandi, tandas dan sebagainya –


mestilah tidak kurang daripada 2m.

·377 Ruang pergerakan antara peralatan seperti ‘water closet’, ‘wash


hand basin’ dan ‘bath tub’.

·378 Pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi untuk mendapat


keselesaan, mengurangkan kadar kelembapan, mengelakkan berbau dan
mencegah pertumbuhan kulat.
6.2.3 Jenis Perkakasan Kebersihan

·379 Perkakasan Najis

·380 Mangkuk tandas jenis bersifon perangkap tunggal.

·381 Menerima air pancuran yang mengalir melalui sati bahagian


berhalang yang mengenakan halangan sementara.

·382 Dengan itu, kaki panjang kaki sifon akan diisi penuh dengan air.

·383 Tindakan sifon akan berlaku dan tekanan atmosfera di dalam


mangkuk akan menolak bahan-bahan yang terkumpul di dalam
mengkuk keluar.

·384 Air dari kebuk yang baru sahaja digunakan akan diisi semula air
dengan penuh.
‘Single Trap’

·385 Mangkuk tandas jenis bersifon dua perangkap.

·386 Air dari tangki simbah mengalir keluar melalui satu pemasangan
pengurang tekanan, lalu menyedut udara melalui tiub dari ruang di
antara kedua-dua kedap air.

·387 Tindakan sifon seterusnya akan wujud dan tekanan atmosfera di


dalam mangkuk akan menolak bahan-bahan yang terkumpul di
dalam mangkuk.

·388 Air yang terkandung di dalam kebuk pancuran akan mengalir ke


dalam mangkuk dan mengisi semula kedap.
·389 ‘Urinal’

·390 Perkakasan jenis ini direkabentuk khas untuk diletakan di tandas


lelaki sahaja.

·391 Terdapat tiga jenis ‘urinal’, iaitu :

·392 Jenis papak (slab)

·393 Jenis mangkuk (bowl)

·394 Jenis kandang (stall)

2) Perkakasan Sisa

·395 Sinki

·396 Terdapat beberapa jenis sinki yang biasa digunakan, seperti :-

·397 Sinki ‘London’

·398 Diperbuat daripada tanah tahan api bergilap dan di sokong dengan
pendakap dan kekaki.

·399 Sinki ini dilengkapi dengan empang limpah.


·400 Sinki ‘Gabungan’

·401 Lebih kurang sama dengan sinki ‘London’ tetapi ia tidak dilengkapi
dengan empang limpah.

·402 Sinki ‘Pencuci’

·403 Kerap digunakan di sekolah, kilang dan hospital.

·404 Boleh diletakkan di dalam bilik pekerja pembersihan.

·405 Ia dilengkapi dengan jeriji keluli tahan karat yang digunakan untuk
menyokong tong semasa diisi air.
·406 Sinki keluli tahan karat

·407 Sangat popular dan biasa digunakan di semua jeis bangunan.

·408 Untuk bangunan berpenghuni, sinki ini dilengkapi satu atau dua
penyalir, mangkuk tunggal atau kembar.

·409 Lebih sesuai untuk kerja penyediaan makanan dan kerja mencuci
pinggan mangkuk.

·410 Besen basuh

·411 Diperbuat daripada pelbagai bentuk dan saiz.


·412 ‘Wall basin’

·413 Dipasang pada dinding dengan menggunakan braket atau


penyangga.

·414 Kelebihan jenis ini adalah bahagian bawah dan lantainya


ditinggalkan kosong dan bersih.
iii. ‘Padestal basin (Berkekaki)

·415 Dipasang dengan penyokong dibawahnya seumpama tiang.


Penyokong tersebut perlulah cukup besar untuk melindungi paip sisa
dan pai bekalan dibelakangnya.

·416 Kebanyakan pengeluar menyediakan braket untuk memastikan


ia kukuh berada di atas penyokongnya (tiang).
·417 Bidet

·418 Bidet diklafikasikan sebagai perkakasan sisa. Oleh itu, paip sisanya
boleh dipasang sama seperti paip sisa pada ‘bath tub’ atau singki.

·419 ‘Shower’

·420 Lebih bersih daripada tab mandi kerana penggunaan airnya secara
berterusan dan dialirkan keluar.

·421 Memerlukan ruang lantai yang lebih kecil berbanding tab mandi
dan kuantiti air yang diperlukan juga kurang.

·422 Pancutan Air Minuman


·423 Biasanya digunakan di pejabat, sekolah, kolej, hospital kompleks
sukan dan kebanyakan bangunan perdagangan.

·424 Diperbuat daripada tanah tahan api dan keluli tahan karat.

·425 Perkakasan ini hendaklah tidak berdekatan dengan paip air panas.

6.2.4 Faktor Pemilihan Perkakasan Kebersihan

Pemilihan perkasasan kebersihan sangat penting sebelum melakukan


kerja-kerja pemasangan. Terdapat beberapa faktor yang harus diteliti, seperti :-

·426 Susunatur peralatan

·427 Kos pemasangan

·428 Kaedah pemasangan

·429 Penyelenggaraan

·430 Bahan buatan perkakas

·431 Kesan bunyi

·432 Pasaran

·433 RekaBentuk

6.3 Perkakasan Kebersihan Bangunan

6.3.1 Rekabentuk Perkakasan

Di dalam membuat reka bentuk perpaipan termasuk bagi rekabentuk


perkakasan kebersihan, perkara utama yang perlu diberi pertimbangan adalah
‘plumbing layout’ (‘design’ perpaipan). Terdapat tiga langkah yang perlu
dilengkapkan, iaitu :

·434 Menentukan jenis dan sistem perkakasan kebersihan yang perlu


dibekalkan.

·435 Menentukan jumlah perkakasan kebersihan.

·436 Jenis bangunan

·437 Jumlah pengguna mengikut jantina di dalam bangunan tersebut.

·438 Menentukan kedudukan perkakasan kebersihan.

Jika mencukupi atau melebihi, ia perlulah diterima pakai, tetapi jika


kurang, penambahan jumlah perkakasan akan dibuat selaras dengan keperluan
yang diperlukan.

6.3.2 Susun Atur Ruang Pelupusan

·439 Penentuan bilangan alatan bergantung kepada :


·440 Jenis bangunan

·441 Tahap / jantina pengguna

·442 Perancangan ruang pelupusan (ukuran minima ruang).

·443 Tandas / jamban duduk – 1.5m x 0.75m.

·444 Pam tandas dengan pasangan selain dari jamban duduk – 0.75m.

·445 Bilik mandi – luas 1.5m per, lebar 0.75m.

·446 Bilik mandi dengan pasangan jamban – Luas 2.0m per, lebar
0.75m.

·447 Ketinggian ruang bilik mandi, tandas dan


sebagainya, mestilah tidak kurang daripada 2m. Kedudukan perkakasan di
dalam ruang perlu selesa. Dimana antara perkakasan kebersihan dan
dinding perlulah ada ruang untuk manusia bergerak dengan selesa.
BAB 7 : KOMEN DAN CADANGAN

7.1 Pengenalan

Latihan Industri merupakan satu pendekatan yang telah diambil


oleh pihak Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia secara amnya
dan Politeknik Ungku Omar khasnya untuk menambah lebih banyak ilmu
pengetahuan tentang teknikal mahupun pentadbiran memandangkan
jangkamasa kursus adalah tiga tahun dan ia juga dapat mengurangkan
tekanan para pelajar dalam menghadapi nota-nota kuliah semata-mata.

Selain itu,saya juga dapat mempelajari cara berkomunikasi dalam


bidang pengurusan dan perancangan sesuatu projek.Pemilihan organisasi
bukan sahaja bergantung kepada besar atau kecil sesuatu organisasi tetapi
kesanggupan segala ilmu pengetahuan yang ada pada pelatih dengan
teknologi terkini yang digunakan di firma.

Di sepanjang tempoh Latihan Industri, beberapa komen dan cadangan


dapat dirumuskan bagi kepentingan bersama juga penambahbaikkan
kepada pihak kementerian, Politeknik, firma/majikan dan pelajar sendiri.

7.2 Komen dan Cadangan kepada Kementerian Pengajian Tinggi


Malaysia

·448 Mewujudkan rangkaian kerja berjadual agar dapat melancarkan


sistem supaya lebih mantap.
·449 Soal selidik secara terbuka dapat membuat keputusan dengan
lebih tepat.
·450 Pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia perlu berganding
tenaga untuk meningkatkan prestasi pelajar dan kerjasama serantau.
·451 Hendaklah menghasilkan pensyarah-pensyarah yang berdedikasi,
mempunyai pengalaman dalam bidang kejuruteraan dan mahir dalam
Bahasa Inggeris.

·452 Komen dan Cadangan kepada Politeknik Sultan Azlan Shah

·453 Pihak Politeknik dapat menyelia dengan menghantar surat


permohonan dan dokumen berkaitan kepada organisasi tersebut
dengan lebih berkesan.
·454 Pensyarah perlu menyemak senarai organisasi yang telah dipohon
supaya dapat menjalani Latihan Industri dengan lebih mampan.
·455 Pihak Politeknik hendaklah memberikan taklimat panduan yang lebih
berkesan kepada pelajar mengenai cara untuk melengkapkan buku
laporan harian yang lebih tepat. Contohnya seperti format bagi
laporan, kaedah penulisan yang sesuai, perkara-perkara yang perlu
dan tidak perlu dalam penulisan laporan harian.
·456 Selain itu, perlu ditekankan cara yang sesuai bagi pelajar yang
mungkin ketika latihan akan melakukan kerja yang sama selama
beberapa minggu atau bulan.
·457 Komen dan Cadangan kepada Firma/Majikan

·458 Majlis Bandara Ipoh perlulah lebih memberi panduan kepada pelajar
tentang prosedur yang perlu dipatuhi semasa menjalankan latihan.
·459 Jadual gerak kerja yang lengkap dan lancar dapat menimba
pengalaman sebanyak mungkin.
·460 Pelatih-pelatih juga seharusnya dapat dibimbing dengan sebaik
mungkin oleh penyelia yang bertanggungjawab di mana pelatih
menjalani latihan.
·461 Pelajar harus didedahkan dengan kerja-kerja di tempat kerja untuk
memahami antara teori dan amali supaya dapat lebih memahami
dengan jelas tujuan dan maksud kerja tersebut dilaksanakan.
·462 Para pelatih seharusnya didedahkan dengan lebih banyak
pengetahuan tentang kerja-kerja yang berkaitan dengan kursus
pelajaran, di mana pengetahuan ini tidak dapat diperolehi
sepenuhnya di Politeknik hanya dengan mendapatkannya secara
teori.
·463 Ketua dan pekerja bawahan perlulah mempunyai hubungan
komunikasi yang baik seperti memberi penerangan secukupnya
tentang sesuatu kerja supaya pekerja atau pelatih dapat melakukan
kerja dengan sebaik mungkin.

8.5 Komen dan Cadangan kepada Pelajar

·464 Pelajar mestilah menunjukkan disiplin yang tinggi dengan mematuhi


peraturan dan etika kerja yang baik agar disegani.
·465 Pelajar yang ingin menjalani latihan industri hendaklah sentiasa
bersedia untuk menjalankan tugas yang bakal dilakukan dan sentiasa
mengamalkan sikap bertanggungjawab.
·466 Pelajar perlu tidak mensia-siakan peluang yang telah diberi semasa
menjalani latihan industri supaya ilmu yang diperolehi sepanjang
latihan dapat digunakan dan menjadi panduan untuk menempuh
alam pekerjaan serta ia akan menjadi asset yang berguna kepada diri
sendiri.
·467 Latihan industri merupakan pembelajaran secara berkesan untuk
para pelajar politeknik dan usaha ini harus diteruskan pada masa
akan datang.
BAB 8 - KESIMPULAN

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi kerana limpah kurnia-Nya dapat


juga saya menjalani Latihan Industri dengan jayanya sehingga tamat tempoh
latihan tersebut. Sepanjang saya menjalani latihan industri selama 20 minggu
bermula dari 17 Disember 2012 hingga 3 Mei 2013, dapat saya simpulkan
bahawa program latihan industri ini sememangnya memberi satu bentuk latihan
yang berbeza kepada pelajar bagi memahami ilmu yang dipelajari secara teori
selama ini di politeknik. Selain itu, ia amat berguna kepada para pelajar dimana
dapat merasa dengan alam pekerjaan yang sebenar malahan program ini juga
turut memberikan pengalaman yang berguna kepada saya untuk menbina
ketabahan diri dan jati diri yang teguh dalam menempuhi segala cabaran dan
dugaan yang mendatang.

Sememangnya tugas dan tanggungjawab yang digalas sebagai seorang


Jurutera amat berat sekali. Hal ini kerana sebarang kegagalan sesuatu projek
dipertanggungjawabkan ke atasnya. Semasa sesi pemembelajaran, pelajar
hanya diajar secara teori dimana penyelesaian masalah dijawab dengan
pengiraan dan pertimbangan berdasarkan teori. Namun dengan menjalani
program latihan seperti ini, pelajar sekurang-kurangnya dapat membuka mata
melihat masalah-masalah sebenar yang berlaku dalam industri kejuruteraan.

Kemahiran berkomunikasi adalah penting sebagai contoh, cara


berkomunikasi interaksi dengan pihak atasan dan pihak bawahan adalah
berbeza sama sekali. Selalunya percakapan dengan pihak bawahan adalah lebih
rasmi dan formal terutamanya semasa menghadiri mesyuarat. Manakala
percakapan dengan pihak bawahan seperti kontraktor adalah lebih kepada
arahan tetapi dengan menggunakan pendekatan psikologi arahan diberikan
secara sopan dan dapat mengelakkan daripada berlakunya perbalahan. Disinilah
kemahiran berkomunikasi dan penyesuaian diri memainkan peranan yang
penting. Butiran percakapan seseorang itu akan dinilai dan ditafsirkan oleh orang
sekeliling dan seterusnya mencerminkan diri kita sebenar.

Setinggi-tinggi penghargaan sekali lagi saya tujukan kepada semua pihak


yang terlibat dalam menjalankan program latihan industri selama satu semester
saya menjalani latihan.

Anda mungkin juga menyukai