Anda di halaman 1dari 11

Tekan

Tekan

Facebook Google+

Twitter

Contoh jawapan kerja kursus PT3 sejarah


2018 Masyarakat di Kawasan Tempat
Tinggal Anda
07:23 GC.editor
Maklumat terkini telah dikemaskini pada 28 April 2018 jam 08:46 PM oleh GC.editor

ugasan pelbagai instrumen bagi subjek sejarah PT3 2018 menyaksikan calon-calon dikehendaki
membuat kajian tentang Masyarakat di Kawasan Tempat Tinggal Calon.

Berdasarkan semakan GCarian terhadap aspek-aspek tugasan yang diberikan, setiap calon perlu
membuat tinjauan, temubual orang sumber serta membuat penilaian di kawasan tempat tinggal calon bagi
mendapatkan maklumat yang tepat untuk menyiapkan sebuah laporan tugasan kajian diberikan itu.

Secara umumnya, laporan ialah kertas yang mengandungi khabar atau maklumat. Laporan ditulis bagi
melaporkan sesuatu hal atau perkara yang telah berlaku dengan menitikberatkan kejelasan dan ketepatan
serta maklumat tersebut disampaikan secara bersistematik.

TIPS, CONTOH DAN PANDUAN JAWAPAN KERJA KURSUS PT3 SEJARAH 2018 MASYARAKAT DI
KAWASAN TEMPAT TINGGAL ANDA

Melalui halaman ini, calon-calon boleh mendapatkan tips dan panduan cara mendapatkan bahan maklumat
untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Penulis GCarian akan memberikan tips yang terbaik berpandukan
tajuk tugasan kajian yang telah diberikan kepada calon-calon.
Anda dikehendaki membuat kajian tentang masyarakat di kawasan tempat tinggal anda.

Hasilkan satu laporan tentang masyarakat setempat yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan.

Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut:

(a) Tajuk kajian

(b) Nama penulis

(c) Isi Kandungan:

(i) Latar belakang tempat kajian

(ii) Pembentukan dan perkembangan masyarakat setempat

(iii) Kegiatan sosioekonomi masyarakat setempat

(iv) Menilai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat

(v) Dengan merujuk kepada tempat tinggal anda, ulaskan pernyataan berikut:

“…tinggallah dengan baik antara satu dengan lain kerana negeri ini adalah berlainan dengan mana-mana negeri
yang ada di dunia ini. “

Petikan ucapan Tunku Abdul Rahman pada 3 Jun 1957, di Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur

(d) Rumusan

(e) Sumber Rujukan


(f) Membentangkan laporan hasil kajian

TIPS DAN PANDUAN

TAJUK KAJIAN | NAMA PENULIS

Pernyataan tajuk hendaklah mampu menjelaskan fokus kajian yang menepati kehendak tugasan selaras dengan isi
kandungan laporan. Berikut adalah contoh penyataan tajuk kajian dan perkara yang berkaitan dengan penulis (calon)

MASYARAKAT DI MERU, KLANG


SELANGOR DAN SEJARAHNYA
Ditulis Oleh : _______________

Tingkatan : _______________

No. Kad Pengenalan :____________

Angka Giliran :_______________

Sebagai contoh sahaja.

ISI KANDUNGAN

Latar belakang adalah dasar atau asas kepada sesuatu perkara. Latar belakang yang baik harus disusun dengan sejelas
mungkin dan bila perlu disertai dengan data atau fakta yang mendukung.

Justeru, calon-calon perlu menjelaskan perkara asas tentang latar belakang tempat kajian sebagai Pengenalan laporan bagi
memberikan gambaran keseluruhan kandungan kajian tersebut.

Jelaskan latar belakang tempat kajian (lokasi) berdasarkan keadaan / situasi terkini (tinjauan)

Menemubual orang sumber (pengerusi / ketua kampung / orang lama ) bagi mendapatkan maklumat yang tepat

Contoh penulisan laporan seperti di bawah

Meru adalah sebuah bandar kecil di daerah Klang, Selangor, Malaysia. Bandar ini sedang meningkat naik kerana
terdapat banyak bandar baru dibangunkan di sekitarnya. Antara bandar baru yang sedang pesat membangun di
Meru adalah Bandar Baru Setia Alam.
Kawasan yang meliputi Meru bermula dari Batu 1, Jalan Meru yang terletak di laluan keluar Bandar Klang dan
terdapat Sekolah Menengah Tinggi Klang di situ. Sempadan Meru berakhir di Bukit Kapar iaitu di Batu 8 1/2,
sempadan Kapar di Persiaran Hamzah Alang dan sempadan daerah Shah Alam di Jalan Paip.

Selain itu, Terminal Bas Klang yang dahulunya bertempat di Jalan Pos Baharu telah dipindahkan 80% ke sebuah
terminal baru yang dinamakan Klang Sentral di Meru. Ini menjadikan Meru sebagai sebuah hab laluan baru bagi
sistem pengangkutan di Klang.

Meru terletak dalam Parlimen Kapar di bawah Y.B. Manikavasagam Sundaram. Ahli Dewan Undangan Negeri Meru
pada waktu ini adalah Y.B. Tuan Dr. Haji Abdul Rani bin Osman.

Penulisan sebagai contoh sahaja.

Bagi memudahkan calon-calon mendapatkan maklumat mengenai isi kandungan (pembentukan dan perkembangan
masyarakat setempat), sila cari maklumat berpandukan points berikut:

Menjelaskan serba sedikit asal usul tempat tersebut (kawasan kajian)

Individu / pihak terlibat (pengasas)

Pembentukan (faktor-faktor pembentukan / budaya / kaum)

Perkembangan (fizikal / penduduk / prasarana / kemudahan / infrastruktur)

Contoh penulisan laporan seperti di bawah berdasarkan points seperti dinyatakan di atas

Kampung Meru mula diteroka sekitar tahun 1901. Kumpulan peneroka ini adalah dari keturunan orang Jawa yang
tinggal di Batu Belah.

Bermula dari hutan belantara, kumpulan peneroka mi menebang dan membersihkannya untuk dijadikan tempat
bercucuk tanam. Mereka menanam tanaman kontan, buah-buahan serta sayur-sayuran. Pondok-pondok mula
didirikan sebagai tempat berteduh dan akhinya dijadikan sebagai penempatan kekal.

Lebih kurang 10 tahun selepas diteroka, penduduk semakin ramai dan bertambah iaitu sekitar 50 keluarga. Kampung
yang baru di buka memerlukan seorang pemimpin, oleh itu pada tahun 1911 Tn Hj Mohamad Shariff telah dilantik
sebagai Ketua Kampung yang pertama. Beliau merupakan ketua kumpulan peneroka.

Nama Meru telah dipilih bersempena nama sebuah gunung di Tanah Jawa iaitu Gunung Mahameru yang mana ia
merupakan daerah asal kumpulan peneroka Kampung Meru. Penduduk Meru mula bertambah dari sehari ke sehari.
Kumpulan peniaga keturunan Cina mula berhijrah ke Kampung Meru dan diikuti oleh buruh keturunan kaum India.

Pada tahun 1916, masjid Kampung Meru mula didirikan di tapak masjid lama yang ada sekarang. Pada tahun 1917
penduduk Kampung Meru membuka tanah perkuburan yang terletak di Kampung Hj Mohamad Sharif.

Pada tahun 1918 Sekolah Melayu Sungai Binjai didirikan di tapak Sekolah Rendah (J) Kebangsaan Cina yang ada
sekarang. Pada tahun 1924 nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai dan berpindah ke
tapak Pusat Kesihatan Meru. Atas dasar keperluan sekolah ini terpaksa berpindah ke tapak yang ada sekarang.

Bangunan lama sekolah ini telah dijadikan Sekolah Rendah Agama Meru pada tahun 1955. Pada, tahun 1982
Sekolah Menengah Meru telah didirikan untuk kemudahan pembelajaran peringkat menengah anak-anak tempatan
Kampung Meru, Kampung Bukit Kapar dan Kampung Budiman.

Daripada sebuah kawasan perkampungan kecil 100 tahun lalu, kini kampung Meru telah berubah wajah menjadi
sebuah pekan yang amat pesat membangun. Kini kampung Meru memiliki segala kemudahan dan infrastruktur
seperti sekolah, masjid, surau, klinik, bank lebih 40 buah taman perumahan dan sebagainya untuk kemudahan
penduduk.

Kebanjiran dan pertambahan jumlah penduduk serta kepesatan pembangunan Kampung Meru adalah seiringan
dengan pencapaian status Selangor Negeri Maju tahun 2005. Kampung Meru akan terus mengekalkan azam untuk
meneruskan kejayaan yang dicapai di masa akan datang ke arah menjadikan Kampung Meru sebagai kampung yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.

Penulisan sebagai contoh sahaja.

Sosioekonomi adalah kajian hubungan di antara aktiviti ekonomi dan kehidupan sosial yang melibatkan faktor
kemasyarakatan dan faktor ekonomi ianya berbeza dengan ekonomi sosial (jangan keliru).

Calon-calon perlu membuat kajian dan menjelaskan tentang kegiatan sosioekonomi masyarakat setempat di kawasan
tempat tinggal, points carian maklumat seperti berikut

Kegiatan ekonomi (perkerjaan penduduk) seperti dalam sektor pertanian, perlombongan, perikanan, perindustrian dan
perniagaan.

Bersambung… (Tips dan panduan selanjutnya akan dikemaskini)

Onhold

Untuk mendapatkan maklumat bagi membentuk laporan dalam aspek ini, ianya memerlukan kemahiran menilai daripada
calon-calon. Maklumat yang didapati daripada penilaian boleh memberi gambaran tentang semangat perpaduan dalam
kalangan masyarakat setempat di kawasan kajian.
Sila dapatkan maklumat berdasarkan points berikut:

Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan semangat perpaduan masyarakat

Cabaran untuk mengekalkan perpaduan masyarakat

Cadangan memupuk dan mengekalkan perpaduan masyarakat

Contoh penulisan seperti di bawah.

“Bersatu kita teguh bercerai kita roboh”. Peribahasa ini merupakan satu peribahasa yang membawa satu pengertian
yang cukup besar dalam usaha kita mengekalkan perpaduan kaum dikalangan masyarakat selama ini. Semangat
perpaduan membolehkan masyarakat hidup secara bersatu hati.

Perpaduan yang kuat dan kukuh antara masyarakat mampu menjana kejayaan dan kecemerlangan bagi
kesejahteraan serta kemakmuran masyarakat setempat. Oleh yang demikian, perpaduan dan keharmonian adalah
elemen yang sangat penting dalam mengekalkan keharmonian dalam kalangan masyarakat.

Sebagai langkah asas dalam membentuk perpaduan, setiap masyarakat haruslah bergaul dan memupuk
persefahaman antara kaum. Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan
setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat memupuk semangat
kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap mementingkan diri yang
tertanam di dalam jiwa masyarakat kini.

Namun, sikap negatif masyarakat terutamanya masyarakat yang hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan
kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar untuk diterapkan.

Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan
setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata,
aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada
dalam diri setiap masyarakat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu
walaupun berlainan bangsa mahupun agama.

Penulisan sebagai contoh sahaja.

“…tinggallah dengan baik antara satu dengan lain kerana negeri ini adalah berlainan dengan mana-mana negeri
yang ada di dunia ini. “

Petikan ucapan Tunku Abdul Rahman pada 3 Jun 1957, di Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur
Bagi aspek ini calon-calon perlu membuat ulasan terhadap pernyataan petikan ucapan Tunku Abdul Rahman seperti di atas
dengan merujuk kepada keadaan / situasi terkini kawasan tempat tinggal calon.

Points mendapatkan maklumat:

Membuat pemerhatian dan penilaian terhadap keadaan masyarakat di tempat tinggal (kawasan kajian) dari segi
semangat / persefahaman perpaduan yang ada, keunikan budaya & warisan, keharmonian kemasyarakatan berbilang kaum
dan keistimewaan serta kelainan tempat tinggal calon (kawasan kajian) berbanding tempat lain.

Contoh penulisan seperti berikut:

Meru adalah sebuah bandar kecil yang aman damai disamping masyarakat penduduknya yang berbilang kaum.
Keadaan ini dapat dikekalkan kerana berlakunya toleransi antara kaum utama terbesar di sini iaitu Melayu Cina dan
India. Justeru itu, saya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian di mana saya boleh duduk bersama serta
berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain. Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu
dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan semangat
kemasyarakatan yang telah terjalin sejak sekian lama.

Masyarakat yang harmoni dapat dilahirkan jika kaum-kaum di Malaysia dapat menerima antara satu sama lain tanpa
wujud prasangka dan pergeseran sehingga boleh menimbulkan konflik antara kaum.

Banyak negara di dunia menjadikan Malaysia sebagai negara yang patut dicontohi kerana masyarakat dapat hidup
dalam keadaan aman walaupun berbilang bangsa, agama dan budaya. Pada pendapat saya, banyak kepentingan
yang dapat diperoleh jika perpaduan kaum dapat dikukuhkan dalam kalangan masyarakat.

Perpaduan dalam masyarakat merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya. Banyak negara di dunia
menghadapi konflik atau perang saudara kerana wujud prejudis antara masyarakat. Kita sering kali melihat atau
mendengar melalui media massa sama ada media cetak atau media elektronik mengenai pertempuran yang berlaku
sehingga mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa seperti warga tua dan kanak-kanak.

Keadaan ini tidak berlaku di Malaysia kerana masyarakat kita saling menghormati antara satu sama lain. Oleh itu,
saya menyeru supaya kekalkanlah perpaduan yang telah kita bina ini agar aspirasi kepimpinan negara untuk menjadi
negara maju dapat direalisasikan.

Penulisan sebagai contoh sahaja.

Panduan penulisan laporan akan dikemaskini dan disertakan mengikut peringkat dari semasa ke semasa. Untuk maklumat
seterusnya, sila share (kongsi) pautan (link) artikel ini kepada rakan-rakan menerusi Facebook, Twitter, Instagram dan laman
sosial media yang lain sebagai tanda terima kasih kepada penulis.
OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ialah apa yang hendak kita capai melalui kajian yang kita lakukan. Objektif kajian haruslah menjawab
persoalan kajian yang telah kita bentuk dalam laporan kajian.

Contoh objektif kajian seperti di bawah:

Kajian tentang masyarakat di kawasan tempat saya adalah untuk memupuk pemahaman dan kesedaran tentang
sejarah perkembangan masyarakat setempat. Kajian ini membolehkan saya menghargai dan berbangga dengan
sejarah masyarakat dan persekitaran serta mengukuhkan semangat kekitaan dan perpaduan antara kaum.

Objektif kajian tentang masyarakat di kawasan tempat tinggal membolehkan saya:

1 . Mencari, mengumpul, menganalisis, mentafsir serta mensintesis serta merumus maklumat dan fakta-fakta
sejarah.

2. Mengenali dan memahami sejarah pembentukan dan perkembangan masyarakat setempat.

3. Mengetahui dan memahami sejarah pembukaan kawasan tempat tinggal saya.

4. Memahami dan menghargai perkembangan dan kemajuan yang berlaku di kawasan persekitaran yang dikaji.

5. Memupuk semangat perpaduan dan kerjasama, kemesraan, kasih sayang, kebanggaan serta sikap
bertanggungjawab dan hormat menghormati di kalangan penduduk setempat.

6. Menguasai kemahiran, mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat.

Sebagai contoh sahaja.

KAEDAH KAJIAN

Kaedah Kajian adalah suatu usaha yang dilakukan samada secara individu ataupun secara berkumpulan bagi
menyelesaikan sesuatu bentuk laporan tugasan kajian.

Jumlah Kaedah Kajian yang perlu dinyatakan adalah bergantung kepada apakah kaedah kajian yang telah digunakan /
dijalankan bagi menyiapkan sepenuhnya laporan tugasan / kajian yang dibuat oleh calon.

Contoh kaedah kajian seperti di bawah:

Saya telah menggunakan pelbagai kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat serta data secara terperinci dan
bersistematik. Antaranya seperti berikut:
1 . Permerhatian
Memerhatikan ciri-ciri fizikal di kawasan kajian seperti bentuk muka bumi, tumbuh-tumbuhan semula jadi dan kesan
kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar. Saya juga membuat pemerhatian terhadap ciri-ciri budaya di kawasan
kajian seperti petempatan, pengangkutan dan perhubungan, kegiatan ekonomi, sumber dan kemudahan.

2. Analisis Dokumen
Saya mengunjungi perpustakaan bagi menjalankan penyelidikan terhadap sumber-sumber arkib yang terdapat di
perpustakaan. Sumber-sumber arkib itu adalah koleksi buku ilmiah, petikan akhbar, majalah dan sebagainya untuk
menguatkan lagi fakta dalam kajian saya.

3. Internet
Internet adalah satu gerbang limpahan pelbagai sumber bagi mendapatkan maklumat. Melalui laman sesawang
berautoriti yang telah dilayari iaitu Portal Rasmi( ) saya turut dapat memuat-turun bahan berkaitan kajian / tugasan ini
untuk dijadikan rujukan tambahan.

4. Temubual
Kaedah yang saya jalankan dalam menyiapkan kerja kursus ini antaranya ialah dengan menggunakan kaedah lisan
iaitu melalui temubual dengan orang sumber saya yang tinggal di kawasan tempat tinggal saya. Beliau banyak
memberi maklumat tentang kawasan tersebut.

5. Bimbingan Guru
Tanpa bimbingan guru, sudah tentu saya tidak akan berjaya melaksanakan tugasan kajian yang telah diberikan.
Justeru, saya mendapat bimbingan dari guru iaitu Tuan / Puan

Sebagai contoh sahaja.

PROSES AWAL | KERANGKA KASAR PENULISAN

Proses awal (mencari maklumat berkaitan). Manakala membina kerangka kasar adalah bertujuan untuk memudahkan
calon menulis / mengolah laporan dalam bentuk penulisan. Aspek-aspek yang ada dalam kerangka kasar adalah butiran isi-
isi penting (nota kecil) laporan bagi setiap isi kandungan.

Senarai Informasi Lain Di Gcarian

Tarikh keputusan PT3 2018 keluar pada Disember 2018

Tarikh lihat dan tempat mencerap anak bulan Ramadhan 2018 1439H

Jadual waktu tarikh peperiksaan PT3 2018 terkini Pentaksiran Tingkatan 3

Tarikh lihat dan tempat mencerap anak bulan Syawal 2018 1439H
PRU 14 semakan nama daftar pemilih pengundi dan tempat mengundi
© 2018 GCarian.com. All Rights Reserved.

Anda mungkin juga menyukai