Anda di halaman 1dari 10

HSM320 SEJARAH GUNAAN DAN KAJIAN TEMPATAN

(SEMESTER 2 SIDANG AKADEMIK 2019/2020)

UJIAN (10%)

ARAHAN: JAWAB SEMUA SOALAN


JAWAB TIGA (3) SOALAN DARIPADA BAHAGIAN A DAN DUA (2) SOALAN
DARIPADA BAHAGIAN B
________________________________________________________________________
__
NAMA: AHMAD AMZAIR BIN MOHD RAKHI

NO. MATRIK: 136328

NO: KAD PENGENALAN: 970316035785

EMEL: Ahmadamzair97@gmail.com

NO.TELEFON BIMBIT: 013-9298240

__________________________________________________________________________
BAHAGIAN A
1. Dengan menggunakan SATU contoh yang sesuai, simpulkan bagaimana 'sejarah
di pinggiran dan di celahan' dapat menyelesaikan isu peminggiran kajian
tempatan dalam sejarah nasional. (CO2, PO3, C6) (100 markah)

Sejarah di pinggiran dan di celahan ini sebenarnya telah dapat menyelesaikan isu
peminggiran kajian tempatan dalam sejarah nasional. Melalui konsep sejarah di pinggiran
dan di celah ini kita telah mewujudkan konsep atau teori baharu dalam bidang sejarah.
Sebagai contoh, paradigman sejarah autonomi membawa pendekatan yang lebih bersifat
sosiologi kerana pendekatan ini lebih berfokuskan pada kajian susunan sosial dan amalan
budaya yang dijadikan sebagai asas autonomi dan kesinambungan. Ahli sejarah telah
memindahkan pandangannya daripada factor luaran kepada faktor dalaman sesebuah
masyarakat. Selain itu, para pengkaji juga telah mengunakan sumber-sumber tempatan
dan konsep-konsep yang datang daripada Bahasa dan budaya masyarakat tempatan. Hal
ini telah dihuraikan oleh Craig Reynolds sebagai pendekatan kajian yang menekankan
sifat khusus kebudayaan sesuatu masyarakat. Sejarah autonomi ini memberi kelebihan
dalam karya sejarah dalam pensejarahan Asia Tenggara yang diilhamkan oleh paradigma
sejarah berteraskan autonomi masyarakat tempatan. Kesimpulannya kewujudan konsep
baharu dalam ilmu sejarah ini telah mampu mengangkat peristiwa-peristiwa atau
masyarakat yang dikira tidak penting dalam sejarah nasional.

Dengan menonjolkan peranan golongan Arab dan peranakan Arab dalam


perkembangan pembangunan sosioekonomi Pulau Pinang, karya Muslim Merchants and
Traders in Penang, 1860s-1970s, tulisan Mahani Musa dan Badriyah Haji Salleh telah
dilihat menepati pendekatan atau konsep yang dibawa dalam penekanan penulisan sejarah
di pinggiran dan celahan ini. kalau diperhatikan watak utama yang dikembangkan dalam
karya ini adalah orang bawahan yang tidak mempunyai status sosial yang tinggi. Karya
ini telah mengangkat individu-individu yang bukan dari keturunan bangsawan namun
peranannya begitu menonjol dalam perkembangan sosieokonomi di Pulau Pinang pada
ketika itu. Misalnya Sheikh Omar yang berketurunan dari Hadwamaut yang berperanan
sebagai imam di Masjid Melayu Lebuh Acheh dan beliau juga pernah menjadi guru
agama dan kadi di daerah Demak, Pulau Jawa. Melalui buku catatan peribadinya, beliau
merupakan diantara individu yang memainkan peranan penting dalam menyelesaikan
masalah penglibatan orang Islam di Pulau Pinang dalam kegiatan kongsi gelap pada tahun
1867 yang menyaksikan perbalahan yang begitu besar. Disini kita dapat membuat
kesimpulan karya ini sememangnya menepati konsep sejarah di celahan yang mana telah
mengangkat individu yang sebenarnya amat memberi sumbangan pada suatu ketika
dahulu namun tidak diberi penghormatan dan tidak dicatat dalam sejarah nasional.
Dengan adanya penulisan yang berkonsepkan sejarah di pinggiran dan di celahan ini,
individu yang dahulunya mempunyai kepentingan dan sumbangan yang tersendiri turut
mampu diangkat dan dicatat dalam sejarah tanah air.
2. Tunjukkan SATU kepentingan penggunaan data-data statistik daripada
Laporan Banci dalam penulisan sejarah sosioekonomi di Malaysia. (CO1, PO1,
C3) (100 markah)

Menjawab kepada persoalan ini, saya telah menjadikan Lampiran yang dipetik daripada J.
E. Nathan, The Census of British Malaya 1921 sebagai rujukan utama bagi menunjukkan
kepentingan penggunaan data-data statistik daripada Laporan Banci dalam penulisan sejarah
sosiekonomi di Malaysia. Perkara penting yang saya ingin utarakan dalam penulisan ini ialah
sejauhmanakah kepentingan penggunaan Laporan Banci ini dalam penulisan sejarah
sosiekonomi khususnya saya memilih berkenaan dengan jumlah sebenar penglibatan wanita
dalam sosioekonomi di Malaysia pada waktu sebelum merdeka.

Kepentingan penggunaan data statistik laporan banci dengan merujuk lampiran F ini
antaranya ialah jumlah penglibatan buruh wanita dalam sektor pekerjaan itu dapat
dikenalpasti dengan lebih jelas Di dalam lampiran F telah dinyatakan secara terperinci di
dalam Jadual XXXVI 40 misalnya bagi kegiatan ekonomi membuat atap yang
kebanyakkannya dimonopoli oleh buruh wanita. Di Johor, buruh wanita adalah seramai 254
manakala buruh lelaki hanya 105 orang sahaja. Bagi negeri Kedah pula, seramai 290 buruh
wanita dan 192 buruh lelaki. Di Perlis pula telah dicatatkan jumlah yang sama antara buruh
lelaki dan wanita iaitu 2 orang sahaja bagi setiap gender. Namun di Kelantan telah
mencatatkan perbezaan jumlah yang agak ketara iaitu buruh wanita seramai 436 orang
manakala lelaki hanyalah 211 orang sahaja. Begitu juga perbezaan yang sangat ketara di
Terengganu, seramai 516 wanita terlibat dalam pekerjaan ini manakala bilangan lelaki hanya
seramai 135 orang sahaja. Jumlah yang dinyatakan melalui laporan banci ini adalah sangat
penting dalam membuktikan bahawa kaum wanita juga menyumbangkan peranan yang
sangat penting terutamanya dalam sektor ekonomi.

Seterusnya, penglibatan wanita Melayu dalam penanaman padi juga adalah tinggi kerana
ini merupakan pekerjaan utama masyarakat ketika itu. Malah, sehingga Tanah Melayu ini
dijajah oleh kuasa asing, penglibatan wanita Melayu masih tidak berkurang. Merujuk kepada
Laporan Banci 1921, seramai 129,1210 orang pekerja bagi penanaman padi di Semenanjung
Tanah Melayu iaitu; 55,989 di Perak, 7,608 di Selangor, 28,535 di Negeri Sembilan dan
37,078 di Pahang.41 Bagi Negeri Sembilan contohnya, jumlah buruh wanita ialah 15,343 dan
buruh lelaki 13, 192 yang mana data ini menunjukkan peratusan sumbangan wanita bagi
sektor penanaman padi ini lebih tinggi. Perkara yang tidak dapat kita pinggirkan adalah
bahawa kemungkinan jumlah buruh wanita ini jauh lebih tinggi di negeri-negeri lain. Walau
bagaimanapun, kaum wanita ini tidak menganggap pekerjaan menanam padi ini sebagai suatu
pekerjaan sebaliknya ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab untuk membantu
keluarga serta kerja rumah mereka. Bukan itu sahaja, kemungkinan lebih banyak lagi
pekerjaan yang melibatkan kaum wanita tidak dinyatakan dalam laporan banci kerana
penerimaan ‘upah’ atau gaji merupakan penanda penting sebagai mempunyai pekerjaan.
Sebagai kesimpulannya, penggunaan data-data statistik daripada Laporan Banci adalah sangat
penting dalam penulisan sejarah sosioekonomi di Malaysia, walaupun turut terdapat
kelemahan-kelehamannya yang tersendiri namun tidak dapat dipertikaikan bahawa ia juga
sangat berguna dalam mencatat penulisan yang objektif dan benar.
3. Dengan menggunakan SATU contoh yang sesuai, tunjukkan sejauh manakah
muzium dieksploitasi sebagai alat propaganda sejarah. (CO1, PO1, C3) (100
markah)

Institusi muzium pertama kali di perkenalkan oleh British di Tanah Melayu. Institusi
permuziuman di Malaysia bermula dengan penubuhan Muzium Perak di Taiping pada tahun
1883. Idea penubuhannya dicetuskan oleh Residen British Perak ketika itu iaitu Sir Hugh
Low yang mengarahkan Leornard Wray Junior, seorang Pegawai Penguatkuasa dalam
Organisasi Pentadbiran Taman Bukit Larut untuk mengumpulkan segala bahan berkaitan
sejarah, sosioekonomi, etnologi, geologi, botani dan zoologi.

Apabila dikaji secara mendalam, tujuan utama penubuhan muzium oleh pihak pentadbir
British adalah bagi memenuhi dan mendokong agenda kolonialisme mereka. Segala koleksi
bahan dan artifak yang dikumpulkan daripada tanah jajahan dan koloni bermanfaat kepada
pihak British di London dan juga di Tanah Melayu. Muzium yang dipelopori British ini
berfungsi dan berperanan sebagai sebagai alat dan instrumen untuk memahami serta
mendalami sifat masyarakat peribumi di tanah jajahan dan koloni, seterusnya menjadi asas
untuk menyediakan dasar yang difikirkan sesuai bagi memastikan pentadbiran British dapat
bertahan lama di sesuatu tempat. Sebagai contoh, sejarah mencatatkan bagaimana Muzium
Perak di Taiping ditubuhkan selepas berlakunya peristiwa pembunuhan Residen British
pertama Perak iaitu James Wheeler Woodford Birch di Pasir Salak. Susulan dari peristiwa
berdarah itu pihak British menyedari kesilapan mereka tentang betapa pentingnya
mempelajari dan memahami adat resam dan budaya masyarakat Melayu tempatan. Bagi
mengelakkan peristiwa sedemikian dari berulang, maka usaha-usaha mengkaji serta
mendalami adat resam dan cara hidup tempatan secara ilmiah selain pengumpulan bahan
artifak tempatan semakin giat dijalankan oleh pihak British. Segala usaha ini berjalan seiring
dengan penubuhan Muzium Perak. Secara jelas, segala hasil kajian etnografi orang Melayu
dihimpunkan dalam muzium tersebut untuk dijadikan panduan penting oleh para pentadbir
British selepas J.W.W. Birch. Kesimpulannya, dengan ini kita dapat lihat bahawa masyarakat
Eropah pada waktu itu menggunakan muzium sebagai propaganda dalam merealisasikan
agenda mereka dalam mengawal tindak tanduk masyarakat tanah melayu, kita perlu tahu
bahawa penjajah datang bukan untuk menjaga dan melindungi adat budaya Tanah Melayu,
namun tidak lari daripada semata-mata untuk mengait keuntungan sahaja.
BAHAGIAN B
4. Rumuskan apakah yang dimaksudkan warisan tampak dan tidak tampak
dengan merujuk SATU contoh komuniti dari Bandar Tapak Warisan Dunia
Georgetown. [CO2, PO3, C6] (100 markah)
Berdasarkan persoalan yang diberikan, Warisan tidak tampak ialah peninggalan yang
tidak kelihatan atau berbentuk abstrak seperti keagamaan, ekonomi dan budaya.
Manakala warisan tampak merupakan peniggalan yang boleh dilihat atau berbentuk
konkrit seperti bangunan, barang antik dan dokumen-dokumen yang lama. Berdasarkan
kepada persoalan, saya telah memilih komuniti Islam yang khusus kepada masyarakat
India Muslim dan Jawi Peranakan dari Bandar Tapak Warisan Dunia Georgetown.
Kehadiran mereka telah meniggalkan pengaruh yang besar dalam aspek ekonomi dan
sosiobudaya masyarakat Islam di Pulau Pinang, Khusunya di Georgetown. Nama-nama
seperti Kader Mydin Merican Noordin, merupakan nama-nama pedagang penting yang
mewakili kelompak tersebut. Nama mereka tercatat dalam sejarah masyarakat negeri ini
menerusi tinggalan warisan tampak seperti pembinaan Majis Kapitan Keling yang
menjadi tarikan utama pelancong di negeri ini . Kekayaan daripada perniagaan yang
dilakukan oleh kelompak ini telah menyumbang kepada warisan tidak tampak dalam
aspek kepimpinan, pendidikan, politik, kemasyarakatan, keagamaan dan kebajikan dan
tidak tinggal juga dari segi kegiatan mewakaf harta seperti masjid dan tanah yang mereka
miliki. Sebuah kajian menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 22 buah masjid di Pulau
Pinang telah diasaskan oleh pendudukan India Muslim. Kebanyakan pengasas ini ialah
peniaga yang kaya di sekitar bandar Georgtown ( Historical Survey of the Mosque and
Kramats on Penang Island, 1974). Begitu juga dengan kehadiran orang Arab ke Pulau
Pinang yang turut meninggalkan kesan yang dapat dilihat sehingga ke hari ini. Misalnya
pembukaan Batu Uban oleh Haji Mohammad Salleh atau lebih dikenali sebagai Nahkoda
Intan pada 1734, maklumat ini sebenarnya telah tertera pada papan tanda Masjid Jamek
Batu Uban yang masih berdiri teguh sehingga hari ini. Begitu juga dengan pembinaan
sebuah masjid di Kawasan Lebuh Acheh pada tahun 1808 yang dikenali sebagai Masjid
Acheh atau Masjid Melayu. Kesimpulannya, komuniti Islam di Pulau Pinang telah
meninggalkan warisan tampak dan tidak tampak yang masih dapat dilihat jelas pada hari
ini.

muslim-Heritage-in-George-Town-English-FINAL_Web.pd
5. Rumuskan DUA tujuan penting pengembaraan Parameswara dari Srivijaya ke
Melaka dan DUA batasan dalam kajian Dokumen Sejarah Melayu [CO2, PO3, C6]
[100 markah]

Tujuan penting pengembaraan Parameswara dari Srivijaya ke Melaka dilihat


disebabkan oleh cita-cita baginda sejak awal lagi dengan melihat melaka sebagai tempat
untuk mendirikan kerajaan baru. Cita-cita politik Parameswara sejak berada di pelambang ini
tercetus disebabkan oleh Palembang pada ketika itu berada di bawah penguasaan empayar
Majapahit. Manakala, Sri Tri Buana pula berasal dari kerajaan Melayu di Srivijaya yang telah
tewas dengan Jawa. Daripada hal ini, pengkaji mentafsirkan Parameswara sudahpun bercita-
cita tinggi untuk mengembalikan kedaulatannya dengan mempunyai kerajaan atau unit politik
sendiri yang bebas dari cengkaman kuasa luar sejak berada di Palembang lagi. Hal ini
sekaligus menunjukkan kepada kita bahawa Parameswara adalah seorang pemerintah yang
mempunyai pemikiran yang sangat kreatif dan berwawasan. Tetapi apabila perkara ini tidak
membuahkan hasil di Palembang, maka baginda bertindak meninggalkan untuk membuat
pengembaraan dari Srivijaya ke Melaka kerana berhasrat untuk mendirikan kerajaan baharu
di Melaka.

Tujuan penting pengembaraan Parameswara dari Srivijaya ke Melaka disebabkan


oleh baginda ingin mencari tanah baharu dan mendapatkan bantuan orang laut di Bentan bagi
membuka sebuah negeri lain. Bentan dikatakan merupakan pusat lanun yang ganas, ia
merujuk kepada Orang Laut yang terkenal dengan kemahiran-kemahiran kelautan dan
merupakan pahlawan yang handal dilaut dan di darat. Meskipun demikian, Orang Laut
terkenal dengan sikap mereka yang begitu taat kepada pemerintah. Setelah Parameswara
Berjaya mendapatkan kesetiaan orang laut, mereka dikatakan telah menjadi pembekal tenaga
dan kesetiaan kepada Parameswara. Tome Pires pula ada menyatakan bahawa atas bantuan
pembesar-pembesar Bentan yang terdiri daripada Orang Laut maka Parameswara berjaya
sampai ke negeri Melaka. Semasa serangan Siam, Parameswara telah melarikan diri ke Muar
dan seterusnya ke Melaka dengan ditemani oleh kira-kira 30 orang laut bagi memberikan
perlindungan kepada baginda. Jelaslah dalam hal ini bahawa pengembaraan diraja
Parameswara sememang mempunyai matlamat serta tujuan yang jelas. Keinginan beliau
untuk keluar “melihat laut” ke Bentan merupakan suatu keputusan yang tepat kerana
kepentingan pulau tersebut yang didiami oleh Orang Laut yang dapat membantu baginda
mencapai cita-cita politiknya.
Seterusnya, dua batasan yang terdapat dalam kajian Dokumen Sejarah Melayu adalah

pertama apabila sesebuah Dokuemn Sejarah Melayu tersebut dikarang berdasarkan pemikiran

masyarakat pada zaman silam yang jauh berbeza daripada pengertian sejarah masa kini.

Penulisan ini scara tidak langsung akan melahirkan konsep historiosofi Melayu. Malah

didapati kebanyakan tujuan penulisan terhadap dokumen sejarah yang wujud kini bukan

hanya untuk merakamkan peristiwa bercorak sejarah yang berlaku tetapi lebih bermatlamat

untuk mendapatkan manfaat pengajaran moral daripada peristiwa sejarah tersebut. Maka,

hasil yang dapat dilihat kebanyakan dari dokumen sejarah Melayu yang wujud pengarangnya

tidak begitu memberi tumpuan kepada fakta sejarah, sebaliknya hanya memaparkan

peristiwa-peristiwa yang dianggap mempunyai nilai sejarah. Seterusnya, wujud juga isu

ditokok tambah terhadap sesuatu peristiwa sejarah yang dikarang agar dapat diesesuaikan

dengan kepentingan dan matlamat moral karya tersebut yang kebanyakann nampak dilihat

dalam dokumen sejarah Melayu yang tersedia pada hari ini.

Batasan seterusnya dapat dilihat menerusi pengaruh pensejarahan moden Barat yang

wujud dalam kebanyakan dokumen sejarah Melayu. Dokument sejarah Melayu terutamanya

karya sastera yang bercorak sejarah dikatakan tidak menepati konsep sejarah yang sebenar

seperti yang dikehendaki oleh Barat. Hal ini kerana ilmu sejarah yang diterapkan dalam

idolelogi Barat adalah berbeza daripada makna sejarah menurut perspektif pengarang

Melayu. Kewujudan unsur mitos dan lagenda dalam penulisan dokumen sejarah Melayu telah

dianggap oleh para orientalis Barat teks tersebut mempunyai nilai yang sangat rendah. Maka

disebabkan itulah wujud pelbagai pandangan agenda orientalis Barat yang sebenarnya

bersifat tidak adil dalam mentafsir kebanyakan dokumen sastera sejarah Melayu tradisional

disebabkan Barat menggunakan sudut pandangan mereka yang hakikatnya hanya untuk
menjatuhkan imej dan pemikiran bangsa Melayu menerusi dokumen-dokumen sejarah

Melayu yang wujud hari ini

Anda mungkin juga menyukai