Anda di halaman 1dari 11

ARAHAN TUGASAN KERJA KURSUS 4 (KK 4) UJIAN SOALAN BERSTRUKTUR

HSK203/ 3 TEORI DAN KAEDAH SEJARAH


(SEMESTER 2 SIDANG AKADEMIK 2019/2020)

UJIAN [13] (10%)

ARAHAN: JAWAB SEMUA (5) SOALAN


(2 SOALAN BAHAGIAN A DAN 3 SOALAN BAHAGIAN B)

NAMA: AHMAD AMZAIR BIN MOHD RAKHI

No. Matriks: 136328

No: Kad Pengenalan: 970316035785

Emel: Ahmadamzair97@gmail.com

Telefon: 013-9298240
BAHAGIAN A

1. Analisiskan SATU kepentingan kaedah kritikan luaran mengikut pandangan


Louis Gottschalk (1969). (CO2, PO3, C4) (20 markah)

Kritikan sumber terbahagi kepada dua jenis iaitu kritikan luaran dan kritikan dalaman.

Kritikan luaran adalah satu usaha yang dilakukan oleh ahli sejarah untuk menentukan ketulenan

dan kesahan sesuatu sumber itu. Kritikan luaran ini adalah kritikan yang dilakukan keatas

bentuk, rupa dan fizikal sesebuah sumber itu.

Sebab mengapa sumber itu perlu melalui kritikan luaran adalah kerana terdapat

segelintir pihak yang bertindak memalsukan sumber-sumber untuk kepentingan mereka sendiri.

R. Suntharalingam berpendapat bahawa terdapat beberapa sebab yang mendorong pihak

tertentu ini memalsukan sumber-sumber tersebut antaranya adalah untuk mengesahkan sesuatu

tuntutan politik. Sebagai contohnya, kes pemalsuan “Donation Of Constantine” dimana terdapat

pihak yang memalsukan dokumen itu dengan niat untuk menyokong tuntutan pihak Paus ke atas

kawasan-kawasan yang suatu masa dahulu telah diperintah oleh Maharaja Constantine. Surat ini

telah dikeluarkan atas nama baginda oleh seorang paderi Rom pada abad yang ke-8 T.M dan

telah didedahkan palsu pada abad ke-15

Louis Gottschalk mengatakan bahawa kritikan luaran perlu dilakukan keatas sumber

kerana dokumen yang kita gunakan mungkin paslu atas sebab tertentu. Oleh itu, untuk

menentukan sama ada sumber itu adalah asli dan bukan tiruan, amatlah penting untuk

melakukan kritikan luaran. Maka, untuk mengelakkan berlakunya pemalsuan sesuatu sumber

itu, kritikan luaran haruslah dijalankan oleh ahli sejarah. Louis Gottschalk telah menyarankan

beberapa cara untuk menentukan keaslian sesuatu dokumen yang akan kita gunakan. Antaranya

adalah dengan membandingkan sesuatu dokumen itu dengan dokumen lain yang sezaman

dengan iaitu untuk menentukan kesamaannya dari segi kertasnya, jenis dakwat yang digunakan

atau alat-alat lain yang digunakan malah tarikh-tarikh dan juga cara pencatatan itu dibuat.

Jelaslah bahawa untuk mengelakkan berlakunya kes pemalsuan dokumen, kritikan luaran

haruslah dilakukan. Antara cara untuk menjalankan kritikan luaran menurut R. Suntharalingam
dalam bukunya Pengenalan Kepada Sejarah ialah melakukan ujian kimia, ujian bahasa, ujian

tulisan tangan dan juga ujian bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan dokumen itu.

Misalnya, Ujian kimia, ujian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan umur sebenar

sesuatu dokumen. Melalui ujian ini, ahli sejarah dapat menentukan usia kertas, dakwat dan cap

di dalam sesebuah dokumen. Hal ini demikian kerana bahan yang digunakan dalam

menghasilkan dokumen itu akan berubah mengikut peredaran masa dan pakar-pakar boleh

memastikan sama ada sesuatu dokumen itu benar-benar dikeluarkan pada masa yang didakwa

oleh pemiliknya atau pun tidak dengan mengkaji kertas yang digunakan ataupun dakwat yang

digunakan. Maka jelaslah bahawa ujian kimia harus dilakukan keatas dokumen yang lama agar

kita boleh mendapat sumber yang benar dan bukannya tiruan.

Maka dengan ini kita dapat rumuskan bahawa kritikan luaran ini amat penting dalam

pengkajian sejarah agar sesuatu bahan atau maklumat yang berkaitan dengan zaman lampau

dapat dipastikan kebenarannya dan keasliannya agar penghasilan penulisan sejarah mampu

dibuat secara tepat berlandaskan logik dan rasional.


2. “Perkara paling penting adalah untuk mengelakkan sebarang saranan… kerana
itu adalah penghakiman moral dan tidak bersifat sejarah”- Michael Oakeshott
(dipetik daripada Marwick, A. 1989. The Nature of History). Analisiskan SATU
pandangan ahli sejarah lain yang menyokong saranan Oakeshott. (CO2, PO3,
C4) (20 markah)

Sarjana tempatan iaitu Qasim Ahmad telah menyatakan pengadilan moral sebagai
perlakuan menjatuhkan hukuman ataupun mengenakan penilaian terhadap sesuatu peristiwa
atau kepada seseorang pelaku dalam sejarah. Bagi pandangan sejarawan Barat pula iaitu
Adrian Oldfield dengan menyatakan bahawa lazimnya pengadilan moral dibuat dalam
bahasa yang memuji atau mempersalahkan seseorang atau sesuatu perkaran dengan
berpandukan ukuran baik dan buruk. Hal ini dalam penulisan sejarah kitab oleh lihat
sejarawan telah menilai dan menjatuhkan hukuman moral keatas nilai-nilai “baik buruk”
sejagat.
Hakikatnya, terdapat tiga aliran utama yang memberi pandangan tentang pengadilan
moral iaitu golongan yang menyokong, golongan yang menentang dan golongan
pertengahan. Saya akan memfokuskan kepada golongan yang menentang yang dikenali
sebagia golongan progresif dalam sejarah iaitu Leopld von Ranke, G. Kitson Clarke,
Benedetto Croce, Hebert Butterfield, D, Knowles dan Michael Oakeshott. Menurut Michael
Oakeshott sesuatu pengadilan moral yang dibuat itu adalah satu penghakiman kepada nilai
atau moral dan bukannya bersifat sejarah. Padangan ini juga dilihat sama dengan apa yang
diperkatakan oleh Kitson Clark, pengadilan dalam sejarah bukanlah satu teras kepada tugas
ahli sejarah, beliau menyatakan bahawa adalah lebih baik jika ahli sejarah cuba memahami
dan menjelaskan sesuatu daripada bertindak sebagai seorang hakim. Bagi clark, permasalah
moral seharusnya terpisah daripada sejarah, dan ia menyarankan agar diserahkan sahaja
masalah tersebut kepada golongan lain seperti ahli agama, ahli falsafah atau ahli
perundangan. Selain itu, beliau tidak mahu memasukkan unsur pengadilan moral kerana
unsur tersebut bukan sahaja berhasrat mahu mencari sebuah keadilan malahan juga akan
menimbulkan perasaan “ balas dendam “.
Clark juga menentang kenyataan yang dikeluarkan ole Voltaire selaku individu yang
menyokong pengadilan moral. Kenyataan Voltaire adalah dengan melihat tugas sejarah
sebagai “ mengajar kita kewajiban – kewajiban kita dan hak-hak kita. Voltaire juga
mahukan sejarah bertindak sebagai pembela keadilan dengan memuji mereka yang Berjaya
dan memalukan mereka yang berdosa. Tindakan Voltaire ini dibidas oleh Clark kerana
sikap Voltaire itu akan menimbulkan perasaan benci dan dendam dalam diri masyarakat
terhadap perlaku sejarah tersebut. Oleh itu, tugas ahli sejarah adalah menceritakan perkara
yang sebenar dan bukan untuk melagakan mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa
tersebut. Kesimpulannya, padangan yang dikemukan Clark dilihat sependapat dengan
Michael yang meletakkan bahawa ahli sejarah perlulah mengelakkan diri daripada
melakukan penghakiman moral.
BAHAGIAN B

3. Perihalkan DUA sebab mengapakah sarjana Yunani purba lebih menekankan sumber
lisan berbanding sumber bertulis. (CO1,PO1,C1) (20 markah)

Sejarawan awal Yunani iaitu Herodotus dan Thucydises pada abad ke-5 SM

dikatakan lebih mengutamakan sumber lisan dalam penulisannya berbanding dengan sumber

bertulis. Hal ini demikian kerana pensejarahan awal Yunani oleh Herodotus dan Thucydides

dikatakan merupakan pensejarahan sezaman. Hal ini demikian kerana mereka membuat

kajian mengenai peristiwa yang sezaman dengan mereka walaupun dikatakan perisitwa yang

dikaji oleh Herodotus sebenarnya tidak sezaman, namun begitu kewujudan saksi dan kesan

peristiwa yang dikaji masih tersimpan dan dapat diterokai dengan baik untuk mendapat

kebenarannya. Sumber lisan telah diutamakan berbanding sumber dokumen kerana mereka

lebih mempercayai bahawa penggunaan sumber lisan pada waktu itu lebih sesuai dan

penulisan yang objektif dapat dicapai. Mereka telah menitikberatkan kaedah lawatan dan

sesi temubual dalam membuat penyelidikan. Semasa Herodotus memulakan karya

pensejarahannya beliau tidak mempunyai sumber bacaan yang banyak seperti yang terdapat

pada hari ini yang boleh membantu dalam kajiannya, seperti yang kita tahu ilmu

pensejarahan pada ketika itu belum berkembang luas sehinggalah Herodotus sendiri yang

memulakannya. Ketiadaan bahan-bahan bertulis ini telah menyebabkan sejarawan Yunani

menggunakan kaedah lawatan dengan membuat pemerhatian hampir kesemua negara yang

terlibat dalam pengkajian mereka. . Dengan kaedah ini mereka mampu merasai sendiri dan

melihat sendiri keadaan tersebut dan ini secara tidak lansung mampu mewujudkan satu

penulisan yang objektif yang ditekankan dalam idea sejarah iaitu unsur logik dan rasional

dalam membuat sesuatu penyelidikan

Seterusnya, perlu juga kita faham bahawa pada abad yang ke-5 SM, usaha untuk

merakamkan secara bertulis perkara yang berlaku masih belum menjadi satu kebiasaan, baik

oleh kerajaan mahupun orang perseorangan. Oleh sebab itu sumber lisan menjadi

keutamaan bagi ahli-ahli sejarah Yunani. Herodotus dan Thucydise mempunyai tanggapan

bahawa sumber lisan adalah lebih bernilai berbanding dengan sumber bertulis. Mereka
berpendapat sumber bertulis adalah bisu kerana tidak boleh disoal balik untuk memperoleh

bukti yang tepat dan lengkap seperti yang dibuat kepada saksi. Sesuai dengan pensejarahan

sezaman yang dilakukan, sejarawan Yunani menggunakan sesi temubual dalam memperoleh

bukti yang asli dan benar daripada saksi kejadian. Sejarawan Yunani telah berusaha untuk

menghubungi seberapa ramai saksi yang masih ada khususnya semasa lawatan mereka ke

negara-negara asing, perlu kita faham bahawa pensejarahan sezaman merupakan penulisan

berkaitan dengan peristiwa yang berlaku sezaman dengan penulis dan disebabkan itulah

saksi yang wujud adalah sangat ramai kerana peristiwa yang berlaku bukan berkurun

lamanya tetapi merupakan peristiwa yang baru sahaja berlaku atau sedang berlaku.

Sejarawan Yunani telah menemubual ramai saksi tanpa mengira latar belakang sosial atau

politik, khususnya semasa lawatan ke negara-negara asing dalam membuat pemerhatian.

Misalnya, di Mesir dan Babylonia, Herodotus telah menemubual paderi-paderi dan telah

mendapatkan banyak maklumat mengenai adat resam, kepercayaan, sejarah dan perayaan

penduduk tempatan. Penggunaan sumber lisan oleh pengkaji sejarah sebenarnya mampu

mengelakkan daripada berlakunya pengadilan moral berbanding dengan tafsiran atau

ramalan yang dibuat oleh ahli sejarah sekiranya merujuk kepada sumber bertulis yang

dikatakan oleh sejarawan Yunani sebagai bisu,


4. Analisiskan SATU sumbangan utama dan SATU kelemahan dalam penulisan
oleh sarjana Kristian. (CO2,PO3,C4) (20 markah).

Sumbangan pertama ahli sejarah Kristian ialah mereka merupakan golongan pertama
dalam alam pensejarahan yang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menyelami dan
memaparkan rahsia yang tersirat dalam perjalanan sejarah. Hal ini sama sekali berbeza dengan
konsep pensejarahan yang dianjurkan oleh penulis Yunani dan Rom yang melihat sesuatu
peristiwa sejarah itu dari segi permukaannya sahaja tanpa menelusurinya dengan lebih
mendalam kerana kecenderungan menumpukan penulisan kepada kejadian yang hakiki.
Meskipun pensejarahan Kristian ini bertunjangkan Kitab Injil sebagai sumber utama mereka,
namun ia telah berjaya melahirkan persepsi baharu dalam kalangan ahli sejarah bahawa sejarah
itu mempunyai pengertian tersirat yang lebih bermakna
Seterusnya, Meskipun gagasan periodisasi atau perzamanan ini dipelopori lebih awal
oleh ahli sejarah sebelum zaman Kristian seperti Livy dan Tacitus, namun, kemunculan ahli
pensejarahan Kristian juga telah menghalusi penggunaan gagasan periodisasi atau penzamanan
ini supaya menjelaskan dengan rapi bagaimana keadaan manusia telah berubah dari satu
peringkat ke peringkat yang lain. Ahli sejarah Kristian berpendapat bahawa telah menjadi
kewajipan ahli sejarah untuk mengenalpasti dan berkemampuan untuk menghuraikan
perubahan-perubahan manusia yang berlaku. Bukan itu sahaja, konsep periodisasi sebagaimana
yang diusahakan oleh para penulis Kristian juga melihat perubahan sejarah sebagai sifat
kemajuan atau linear. Konsep periodisasi yang diperkayakan oleh ahli pensejarahan Kristian ini
sangat membantu ahli sejarah kini dalam memahami perjalanan dan keadaan yang
menyebabkan tercetusnya sesuatu peristiwa itu
Yang terakhir ialah ahli pensejarahan Kristian telah mempopularkan penulisan sejarah
berbentuk biografi. Walaupun tulisan sejarah berbentuk biografi atau riwayat hidup ini
diperkenalkan oleh sejarawan Yunani dan Rom yang terdahulu, namun tidak dinafikan bahawa
ahli sejarah Kristian yang berusaha mempopularkan bentuk penulisan ini. Menurut R.
Suntharalingam, para penulis Kristianlah yang menjadikannya sebagai saluran yang paling
berkesan untuk menghuraikan jasa dan sumbangan seseorang tokoh sejarah. Umumnya,
penulisan berbentuk biografi yang sering ditonjolkan oleh sejarawan Kristian ini adalah
berkisarkan tentang agama mereka sendiri seperti kehidupan para paderi serta raja yang
menyumbangkan jasa kepada gereja. Walaupun Smalley menyifatkan penulisan biografi ini
separa sejarah kerana mengandungi unsur dakyah, namun ia tetap menjadi suatu warisan
persuratan yang berkekalan bukan sahaja di kalangan ahli-ahli sejarah bahkan juga penulis-
penulis lain.
Kelemahan pensejarahan Kristian pula ialah penghasilan penulisan sejarah yang bersifat
teokratik. Ahli sejarah Kristian ini terdiri daripada paderi dan juga rahib yang mempunyai
hubungan rapat dengan gereja dan biara Kristian. Terdapat banyak tulisan sejarah yang
berbentuk teologi atau falsafah keagamaan yang dihasilkan oleh paderi-paderi Kristian.
Umumnya, penumpuan unsur ketuhanan dalam pensejarahan Kristian ini bukanlah sekadar
sampingan semata-mata malah merupakan fokus utama dalam penghasilan penulisan sejarah.
Tindakan ahli sejarah Kristian dalam menghasilkan penulisan yang bersifat teokratik ini
sebenarnya telah menonjolkan peranan Tuhan sebagai penentu kepada peristiwa sejarah yang
berlaku dan ianya berbeza sekali dengan kaedah penulisan sejarah Yunani dan Rom yang
cenderung melihat bahawa manusia itu sebagai penggerak sejarah
Kelemahan yang seterusnya ialah ketidakadilan dalam menggunakan sumber sejarah.
Ketidakadilan ini timbul kerana ahli sejarah Kristian berpandangan bahawa agama Kristian dan
Kitab Injil mempunyai kedudukan yang lebih mulia berbanding sumber lain. Hal ini dapat
dibuktikan apabila Origen mendakwa bahawa sejarah yang penting bagi seseorang Kristian
ialah sejarah yang termaktub dalam Kitab Injil bukan di dalam bahanbahan asli yang
ditinggalkan oleh manusia yang lepas atau tulisan ahli-ahli sejarah Pagan. Dalam mengkaji
sejarah awal zaman Rom, Orosius misalnya cenderung untuk mendapatkan sumber-sumber
tersebut daripada ahli sejarah yang sealiran dengannya iaitu Eusebius dan meminggirkan karya
ahli sejarah Rom itu sendiri seperti Livy dan Polybius
Kelemahan yang terakhir ialah penggunaan unsur mitos dalam penulisan. Pensejarahan
Kristian juga terpengaruh dengan kandungan unsur mitos ataupun keajaiban terutamanya
apabila sesuatu peristiwa itu dinyatakan oleh individu yang mempunyai kedudukan tinggi dan
mulia dari sisi agama Kristian. Misalnya tindakan Eusebius yang memperakukan cerita ajaib
dari Maharaja Constantine tentang kejayaannya dalam pertempuran dengan tentera yang
dipimpin oleh Maxientus pada tahun 312 T.M. Mengikut keterangan lisan yang diberi oleh
Constantine kepada Eusebius, kejayaannya dalam pertempuran itu adalah dengan restu Tuhan
kerana sebelum baginda berangkat ke medan pertempuran baginda nampak pancaran cahaya di
langit yang berbentuk salib yang mengandungi catatan yang berbunyi; ‘menakluki dengan ini’.
Oleh hal yang demikian, berdasarkan contoh yang telah dinyatakan ini maka amatlah jelas
bahawa ahli sejarah Kristian cenderung untuk menulis sejarah yang bersifat ketuhanan serta
mencampuradukkan unsur-unsur mitos yang mana tindakan ini amat bertentangan dengan
lunas-lunas pentafsiran bukti sejarah.
5. Huraikan TIGA perbezaan utama antara kajian Sejarawan ‘histoire
evenementielle’ dan Sejarawan Annales. ( CO2, PO3, C4) (20 markah)

Perbezaan yang pertama ialah sejarawan Annales menekankan konsep kajian

“masyarakat dari bawah” manakala sejarah tradisional lebih menekankan kepada politik dan

tokoh-tokoh utama dalam sesuatu peristiwa. Sejarah Annales ini telah berfungsi dalam

mengangkat watak-watak tempatan yang dianggap tidak penting dalam pensejarahan

tradisional. Kajian kolektif manusia secara menyeluruh haruslah dilakukan, bukan semata-mata

mengenai isu politik dan golongan atasan seperti pensejarahan tradisional sahaja. Misalnya,

sejarawan Cheah Boong Kheng melalui karya The Peasant Robbers of Kedah berjaya memberi

pemahaman tentang keadaan sosioekonomi masyarakat di Kedah sekitar tahun 1900-1929 yang

telah membudayakan aktiviti jenayah sebagai sumber pendapatan mereka akibat daripada

penindasan oleh golongan atasan yang menyekat sumber penduduk kampung untuk mencari

nafkah bagi menampung perbelanjaan mereka. Pensejarahan tradisional, Ranke misalnya dilihat

terlalu menekankan soal politik dan tokoh-tokoh utama. Bagi Barnes, kejadian masa lalu tidak

hanya semata-mata menyerapkan politik dan diplomasi sahaja. Contohnya, dalam penulisannya

History of German, Ranke tidak mengkaji dengan lebih mendalam mengenai Perang Petani di

Jerman yang tercetus disebabkan pemberontakan golongan petani terhadap kepimpinan raja dan

Martin Luther.Ranke menganggap peranan petani dalam perjalanan sejarah Jerman adalah tidak

penting malah melabelkan golongan ini sebagai pelampau politik.

Seterusnya, perbezaan kajian Annales dengan kajian sejarawan tradisional dalam dunia

pensejarahan adalah Annales telah memperluaskan sudut pandangan ahli sejarah sama ada dari

segi ruang lingkup kajian sejarah mahupun perkaedahan. Berbeza dari aliran Ranke yang

melihat sejarah dari kaca mata negara dan politik semata-mata, aliran Annales adalah lebih

menekankan sejarah kehidupan kolektif manusia. Hal ini diakui oleh Iggers apabila kajian

sejarah yang dianjurkan Annales telah menjalinkan hubungan yang lebih erat antara bidang

sains kemasyarakatan. Annales merupakan kumpulan ahli sejarah pertama yang secara ilmiah

membentuk interdisiplin. Kombinasi ilmu antara bidang geografi, sains, ekonomi, sosiologi,

dan antropologi diaplikasikan dalam ilmu sejarah berjaya memperluaskan sudut pandangan
serta perspektif ahli sejarah dalam mengkaji peristiwa. Kerjasama antara bidang ilmu ini jelas

memberi sumbangan besar dalam pengkajian kehidupan kolektif manusia secara holisitik.

Pembaharuan yang dilakukan oleh Annales adalah jauh berbeza dengan gagasan sejarah

pensejarahan tradisional.

Seterusnya, perbezaan kajian Annales dengan kajian sejarawan tradisional dapat dilihat

dari segi penggunaan sumber yang diamalka. Sejarawan tradisional dari aliran sejarah

tradisional seperti Ranke lebih menggunakan sumber bertulis dan bukannya sumber data

kuantitatif. Sumber annales berbeza dengna sumber sejarawan tradisional yang mana

menggunakan sumber demografi, kaedah pemerhatian, sejarah lisan dan juga sumber ekonomi.

Bagi Ranke, penggunaan arkib amat penting untuk membuat sesuatu pengkajian beliau telah

menjadikan arkib sebagai gedung sumber pensejarahan yang perlu diamalkan oleh sejarawan-

sejarawan dalam penyelidikan. Dari perspektif aliran Annales pula pengkajian sejarah ini bukan

hanya berpandukan kajian dokumen semata-mata tetapi perlu juga memberi tumpuan kepada

fenomena-fenomena social yang menggalakkan penggunaan kaedah kuantitatif yang lebih

saintifik dalam kajian. Misalnya, F. Simiand, Beliau telah berjaya mengaitkan perubahan sosial

dan politik Eropah berhubungan secara langsung dengan kitaran kenaikan atau penurunan

ekonomi harga dan upah ketika itu. Pengumpulan data dan menyusun secara siri data kuantitatif

tersebut berjaya menghasilkan penyataan fakta yang jelas. Kejayaan ini menarik minat para

sarjana untuk menulis menulis sejarah secara saintifik dengan mengadaptasi idea Annales

menggunakan kaedah kuantitatif. Disini jelas menunjukkan kepelbagaian penggunaan sumber

yang telah digunakan aliran Annales lebih bermutu.

Anda mungkin juga menyukai