Anda di halaman 1dari 49

SEJARAH BARU

LA NOUVELLE
HISTORIE
SEJARAH TOTAL
Rakyat membunuh golongan aristokrat
(bangsawan/putera raja)di penjara semasa Revolusi
Perancis
Latarbelakang
● Sejarah merupakan pemikiran atau tindakan yang wujud pada
masa lampau dan seterusnya dikaji oleh sejarawan menurut
perspektif sejarahnya dengan berdasarkan sumber2 atau
dokumen2 yang boleh diperolehi.

● Perspektif baru mengenai kehidupan manusia telah lahir dan


bertambah popular sejajar dengan perubahan besar yang
diwujudkan oleh masyarakat di Eropah dan Amerika Syarikat.

● Bermula dengan Zaman Pencerahan atau Rennassaince yang


dikatakan sebagai pembuka tirai zaman moden Barat telah
membawa banyak perubahan dalam perkembangan ilmu.
● Perkembangan ilmu saintifik ini dapat dilihat pada kurun ke-19.

● Pada peringkat awal perkembangan ilmu sejarah saintifik,


sosiologi dan psikologi, wujud percubaan membina teori yang
menyeluruh untuk menerangkan bukan sahaja perubahan sosial
tetapi meramalkan haluan perubahan itu.

● Auguste Comte merupakan contoh pendekatan yang disebutkan


di atas. Beliau tertarik dengan konsep perubahan sosial secara
evolusi.

● Comte merumuskan bahawa pemikiran manusia berubah dari


peringkat teologi, kemudian metafizik dan akhirnya peringkat
positif. Ideanya dirumuskan sebagai “Hukum 3 Peringkat”.
● Pada peringkat ketiga, penaakulan sains (scientific reasoning)
memainkan peranan penting.

● Dipengaruhi oleh kemajuan sains pada kurun ke-19, beberapa


tokoh intelektual berusaha untuk menghasilkan suatu jenis
sejarah yang saintifik dalam konsep yang berbeza seperti Comte
“Positivism” dan Ranke “Sejarah seperti sebenarnya berlaku”.

● Pelopor gerakan sejarah saintifik ialah Comte (1830an) yang


dianggap sebagai Bapa Sosiologi yang meninggalkan kesan
mendalam terhadap penyelidikan sejarah.

● Walaupun pendekatan Comte dianggap sebagai satu kaedah


unhistorical kerana sejarawan harus bermula dengan tumpuan
unik dan partikular daripada general laws about human and
social behaviour.
Karl Marx dan Auguste Comte
● Misalnya teori Marx mengikut sejarawan adalah unhistorical kerana
meletakkan satu grand pattern sebelum mengkaji peristiwa2 sejarah.

● Teori beliau tidak melihat peristiwa sejarah dari dalamnya tetapi dari
luarannya dan menggunakan konsep material untuk menghuraikan
sejarah.

● Namun begitu, tujuan positivism adalah untuk menghasilkan sejarah


yang objektif dan saintifik dan kaedah ini telah diaplikasi oleh
sejarawan Jerman abad ke-19.

● Manakala Marxism atau konsep sejarah materialist ini digunakan


untuk melihat ‘struktur ekonomi’ sebagai penentu idea, politik dll
(seperti golongan idealis yang melihat ‘idea’ sebagai elemen penentu
politik, ekonomi dll.

● Maka konsep sejarah material Marx boleh menjadi satu peralatan


berguna dalam kajian sejarah.
● Dari segi perkembangan penyelidikan sejarah, teori Marx ini
penting atas beberapa sebab:

● Menekankan kepentingan sejarah ekonomi

● Menunjukkan aliran ke arah ‘total history’ bahawa sejarah adalah


berdasarkan ‘inter-relationship’ antara seni, sastera, idea, politik
dan ekonomi.

● Dalam teori Karl Marx, perubahan sosial diterangkan dalam


konteks pergelutan kelas dan konflik.

● Terdapat beberapa tokoh lain seperti Darwin menggunakan idea


dinamik evolusi dalam menghuraikan perubahan dalam
masyarakat.
Peringkat-peringkat Perubahan Sosial & Konsep2 Utama
Nama Tokoh Primitif Feudal Industri

Lewis Henry Savagery (Liar) Barbarism (Biadab) Peradaban


Morgan

Auguste Comte Teologi Metafizik Positif

Karl Marx Primitif Feudal Kapitalis/Komunis

Max Weber Tradisional Tradisional Rasional

Robert Redfield Luar Bandar Luar Bandar Bandar


❖Timbul fahaman baru di kalangan sarjana Eropah yang
mempersoalkan sejarah yang telah dihasilkan itu benar atau tidak.

❖Ianya bermula daripada fahaman Marx yang telah merobohkan kubu


pertahanan sejarah tradisional yang dianjurkan oleh Ranke dan
pengikut-pengikutnya yang menguasai perkembangan pensejarahan
Barat pada kurun ke-19.

❖Gagasan sejarah Marx iaitu dialektika materialisma telah memajukan


satu teori baru dalam menjalankan penyelidikan sejarah. (The
dialectical method was a method of reasoning for resolving
disagreement through rational discussion and, ultimately, the search
for truth).

❖ Teori materialisma sejarah menilai masyarakat dengan melihat pada


kelas masyarakat dari segi hubungannga dengan punca-punca
pengeluaran.
Kemunculan golongan Annales
● Tahap 1920an merupakan tahap permulaan di mana wujud usaha untuk
meluaskan ruang lingkup kajian sejarah. Menurut Peter Burke, “the
new history” is best known in France”.

● Antara pelopor golongan sejarah Annales ialah Lucien Febvre, Marc


Bloch yang mengasaskan Jurnal Annales 1929 mempromosikan
pendekatan baru mereka diikuti oleh Fernand Braudel dan Emmanuel
Le Roy Ladurie.

● Apa yang dianjurkan oleh golongan total history (Annales) adalah


untuk memerhatikan kegiatan-kegiatan manusia dan mengkaji dalam
konteks alam dan institusi sosial.

● Aliran ini telah memperluaskan skop pemerhatian para ahli sejarah


kepada semua aspek kehidupan sosial manusia dengan “new
problems”, “new approaches” and “new objects”.
▪ Marx membahagikan masyarakat kepada dua kelas utama yang
bermusuhan – satu golongan penindas yang menguasai punca-punca
pengeluaran (borjuis) dan satu lagi golongan tertindas (proletariat).

▪ Marx menekankan bahawa konflik di antara kedua-dua kelas timbul


hasil daripada hubungan pengeluaran. Dengan berbuat demikian,
beliau mengabaikan faktor-faktor bukan ekonomi yang mungkin
menimbulkan konflik di antara kedua-dua kelas tersebut.

▪ Sebelum Marx, pensejarahan tradisional bersifat elitisme yang


mengutamakan pihak atasan.

▪ Selepas Marx, perluasan skop sejarah telah mencapai kemuncak pada


awal abad ke-20 dengan kemunculan golongan Annales di Perancis
pada tahun 1929.
LUCIEN FEBVRE AND MARC BLOCH – BOTH WERE
FRENCH HISTORIAN BEST KNOWN FOR THE ROLE THEY
PLAYED IN ESTABLISHING THE ANNALES SCHOOL OF
HISTORY. MARC LÉOPOLD BENJAMIN BLOCH
COFOUNDED THE HIGHLY INFLUENTIAL ANNALES
SCHOOL OF FRENCH SOCIAL HISTORY.
FERNAND BRAUDEL WAS A FRENCH HISTORIAN AND A
LEADER OF THE ANNALES SCHOOL. HIS SCHOLARSHIP
FOCUSED ON THREE MAIN PROJECTS: THE
MEDITERRANEAN, CIVILIZATION AND CAPITALISM AND
EMMANUEL LE ROY LADURIE IN PEASANTRY STUDIES
● Sejarah Baru ini juga mendapat sambutan di Britain dari Lewis
Namier (1930an) dan R. H. Tawney. Tetapi sejarah baru ini tidak
mendapat sambutan dari Amerika.

● Namun perkataan “the new history” ada sejarahnya


sendiri dan lebih menarik dari Amerika.

● Pada tahun 1912, James Harvey Robinson telah menulis buku


“The New History”.

● Menurutnya,
● “History includes every trace and vestige of everything that man
has done or thought since first he appeared on earth. The New
History will avail itself of all those discoveries that are being
made about mankind by anthropologists, economists,
psychologists and sociologists”.
PARADIGMA TOTAL HISTORY
• Fokus pada semua aktiviti
Fokus manusia
Sejarah
Lama dan • Sejarah Lama fokus pada
Baru – sejarah nasional (politik)

• Tumpuan pada yang unik


dan tidak berulang, sejarah
adalah satu naratif
Ciri Kajian peristiwa2 unik
• Sejarah Baru tumpukan pada
hukum-hukum baru, yang
berulang dan berdasarkan
analsis struktural

• Sejarah dari Atas, bangga


dengan penemuan sumber2
baru, naratif
Topik • Sejarah dari bawah,
Kajian bangga dengan
kaedah/pendekatan serta
analisis struktur
● Sejarah baru ini juga dikenali “Total history” atau “histoire
totale” dihasilkan sebagai reaksi terhadap paradigma sejarah
tradisional yang dikenali sebagai “Rankean history”.

● Kita perlu memahami dua paradigma sejarah ini yang


amat berbeza dan akan dibahagikan kepada 5 pembahagian:

● 1. Paradigma tradisional, sejarah adalah pada asasnya berkenaan


politik iaitu sejarah nasional dan internasional. Pada zaman ini,
sejarah berkenaan sains, seni terkecuali dari paradigma
tradisional, dimarginalisasi dari minat sejarawan ‘asli”.
● Manakala Sejarah Baru memfokuskan pada semua aktiviti
manusia. Menurut saintis J.B. S. Haldane, “Everything has a
history, everything has a past which can be reconstructed and
related to the rest of the past”.
● 3 dekad awal abad ke-20 menyaksikan kebangkitan idea sejarah
dan topik2 baru yang tidak pernah dikaji sebelumnya yang
dianggap oleh golongan Annales memiliki sejarah tersendiri.

● Topik seperti zaman kanak-kanak (childhood), kematian,


kegilaan (madness), cuaca, bau-bauan (smells), kekotoran (dirt)
dan kebersihan dan sebagainya.

● Topik-topik ini dulunya dianggap “unchanging” tetapi kini


dilihat sebagai “konstruksi kebudayaan”.

● Kini sejarah menghadapi satu penggabungan dengan antropologi


sosial iaitu menggunakan pendekatan antropologi kebudayaan
yang mencabar asas sejarah itu sendiri.
● 2. Menurut Peter Burke, sejarawan tradisional menganggap
sejarah sebagai satu naratif peristiwa2 (a narrative of events)
manakala “new history” lebih tertumpu kepada analisis
struktural.

● Menurut Braudel dalam kajiannya bertajuk “Mediterranean”,


“history of events as no more than the foam on the waves of the
sea of history”.

● Menurut beliau, sejarah perlu dilihat dalam konteks perubahan


jangka panjang yang melibatkan perubahan sosial dan ekonomi
serta geo-historikal. Kajian qualitatif penting dalam kajian “new
history”.
● 3. Sejarah tradisional menawarkan sejarah dari atas (a view from
above) kerana sejarah sedemikian menumpukan pada tokoh2
politik, militari, diplomasi dan negarawan.

● Peter Burke menyatakan “The rest of humanity was allocated a


minor role in the drama of history”.

● Apabila sejarawan “New History” menulis tentang masyarakat


bawahan, kritikan2 seperti “such a man has no history” (merujuk
kepada golongan petani) dan “Why do you bother with this
bandits of French Revolution”? (merujuk kepada kumpulan
perompak).

● New historians menumpukan perhatian pada “History from


Below” atau “Sejarah Dari Bawah” dalam kata2 lain “views of
the ordinary people and with their experience of social change”.
▪ 4. Menurut paradigma tradisional, sejarah harus berdasarkan
dokumen. Pencapaian Ranke selalunya dirujuk kepada
penggunaan sumber2 arkib yang begitu meluas dan hebat.

▪ Pencapaian Ranke menurut “New historian” : “The price of this


achievement was the neglect of other kinds of evidence”
misalnya sumber statistik seperti statistik populasi,
perdagangan, pilihanraya dan banyak lagi termasuk sumber
visual dan lisan.

▪ Pada tahun2 1950-an, penggunaan kaedah kualitatif menjadi


sangat penting dan amat diyakini dalam kajian sejarah.
▪ Malah pada tahun 1987, Persatuan “History and Computing”
diasaskan di England.
● 5. Menurut paradigma tradisional, sejarah adalah ‘objektif’
seperti Ranke menyatakan “to tell how it actually happened”.

● Menurut Peter Burke, “This ideal is generally considered


unrealistic. However hard we struggle to avoid the prejudices
associated with color, creed, class or gender, we cannot avoid
looking at the past from a particular point of view”.

● Minda kita tidak merefleksi realiti secara langsung. Kita


mengidentifikasi dunia ini menerusi satu jaringan konvensi,
stereotaip, schemata (mental pattern), satu jaringan yang berbeza
dari satu kebudayaan ke satu kebudayaan yang lain.
● Dalam situasi ini, pemahaman kita mengenai konflik, kita akan
menghasilkan pandangan bertentangan daripada mencapai
konsensus (persetujuan) dalam kajian kita.
● Ringkasnya, paradigma tradisional bangga dengan pencapaian
sejarah elit manakala paradigma sejarah baru bangga dengan
kaedah/pendekatan baru dalam mendekati kajian sejarah
terutamanya mereka berjaya menunjukkan ekonomi, sosial dan
sejarah kebudayaan memainkan peranan sama penting dalam
sejarah.

● Tumpuan sejarawan baru ini dalam semua aspek aktiviti manusia


telah menggalakkan mereka menggunakan pendekatan “inter-
disciplinary” iaitu membuat kerjasama atau menggabungjalin
kajian mereka dengan antropologi sosial, ahli2 ekonomi,
pengkritik bahasa, ahli sosiologi, psikologi dan lain2.

● Pada hari ini, sejarawan menjalin hubungan erat dengan


sejarawan seni, sastera dan sains yang dahulunya bekerja secara
asingan.
● Peter Burke menyatakan bahawa “The history from below
movement also reflects a new determination to take ordinary
people’s views of their own past more seriously than professional
historians used to do”.

● Kebangkitan gerakan ‘new history’ adalah rentetan dari


beberapa kekurangan dalam paradigma tradisional. Misalnya
dekolonialisasi, nasionalisma dan perkembangan feminisma
mempengaruhi era baru ini.

● Misalnya kajian Braudel yang terkenal iaitu The Mediteranean


terbitan 1949 berkenaan enviromen fizikal yang menghuraikan
tanah, laut, pergunungan dan kepulauan.
Ferdinand Braudel dan Permulaan Kajian Sejarah Baru
● Fernand Braudel (24 August 1902 – 27 November 1985)
merupakan sejarawan Perancis dan pemimpin utama gerakan
School of Annales.
● Beliau telah mengkaji tiga projek : The Mediterranean and the
Mediterranean World in the Age of Philip II (1923–49, then
1949–66), Civilization and Capitalism (1955–79), and the
unfinished Identity of France (1970–85).
● Reputasi beliau dapat dilihat dari tulisannya dan kejayaannya
menjadikan Annales School sebagai satu enjin kajian sejarah
berpengaruh di Perancis dan dunia selepas 1950an.
● “Braudel has been considered one of the greatest of the modern
historians who have emphasized the role of large-scale
socioeconomic factors in the making and writing of history”.
Sejarawan Fernand Braudel
● Satu ciri karya Braudel adalah prihatin beliau kepada penderitaan
orang terpinggir. Dia menyatakan yang jelas:
● “bahawa kebanyakan sumber sejarah datangnya dari golongan
kaya (atau sekurangnya berpelajaran) — mereka yang sama ada
kaya atau bercita-cita”.

● Beliau memberi penekanan kepentingan kehidupan hamba,


petani, suruhan, dan orang miskin bandar, menunjukkan
sumbangan mereka kepada kekayaan dan kuasa pemilik dan
seterusnya kepada masyarakat. Malah, kelihatannya beliau
memikirkan bahawa golongan ini membentuk bahan sebenar
kepada ketamadunan. Kerjanya sering kali digambarkan dengan
gambaran semasa kehidupan seharian, jarang dengan gambar
bangsawan atau raja.
    Sumbangan Braudel menurut Prof. Iggers, “memperluaskan
skop perhatian para ahli sejarah kepada semua aspek kehidupan
sosial manusia.”

● Menyebabkan sejarah keluarga (aspek umur, perkahwinan)


menjadi popular di Perancis dan Britain pada tahun 1960an. 

● Wujud juga kecenderungan untuk mengkaji alam (geografi)


berkaitan kesan alam terhadap manusia.

● Muncul bidang sejarah baru (psychohistory) - untuk libatkan


kajian emosi (seperti kajian emosi Hitler,
Bismarck ).
 
 
● Kajian Braudel harus diberi penghargaan tinggi kerana memberi
kerangka (struktur) sebagai landasan kukuh untuk memahami proses
sejarah yang membawa kepada pembentukan beberapa bahagian2
wilayah laut sebagai satu kesatuan integrasi.

● Pandangan bahawa laut adalah kehidupan dan ramai orang bergantung


padanya sebagai sumber kehidupan.

● Dilihat dari dimensi temporal kehidupan ianya adalah sejarah. Dalam


konteks ini, ungkapan puitis Adrian Lapian iaitu “A Sea of history, a
History of the Seas”.

● Metafora ini melukiskan kehidupan manusia di muka bumi yang


nyatanya sebahagian wilayahnya ialah laut. Kajian Braudel tentang
laut dan sejarahnya umpama laut kehidupan manusia di mana
berlangsungnya peradaban maritim (Kerajaan agraria, kerajaan
maritim)
ILMU-ILMU SOSIAL MENDASARI KAJIAN
BERBANDING POLITIK
 Berkembangnya ilmu-ilmu sosial abad kedua puluh mendorong
penulisan sejarah yang lebih komprehensif. Pendekatan ilmu-ilmu
sosial mulai dipertimbangkan dalam eksplanasi sejarah.

 Pendekatan ini muncul akibat ketidakpuasan terhadap penulisan


sejarah konvensional yang bersifat naratif dan bertemakan politik.
Fernand Braudel, seorang sejarawan Perancis memperkenalkan
perspektif baru dalam penulisan sejarah. Braudel menggunakan
pendekatan struktur dalam mengkaji sejarah Laut Mediterania
dan dunia sekitarnya.
KERANGKA LONGUE DUREE
 Struktur memainkan peranan yang determinan terhadap
kenyataan sejarah. Maksudnya kenyataan sejarah dipengaruhi
oleh struktur geografi, ekonomi, sosial, dan sebagainya.
Determinasi struktur dijelaskannya dalam dimensi temporal,
yakni: Longue duree.

 Sejarah struktural menekankan jangka waktu yang lama (longue


duree). Masyarakat hidup dalam rutin dan keteraturan sosial.
Masyarakat berubah secara perlahan dalam kurun waktu yang
lama atau pada tahap evolusi yang berpanjangan.
 Determinan : Faktor yang mempengaruhi secara langsung sifat
atau hasil sesuatu.
PENDEKAATAN ANALITIS MULTIDIMENSI
 Menurut Sartono Kartodirdjo, sejarah struktural merupakan
sejarah yang analitis. Pendapat tersebut dilandaskan pada
kepekaan terhadap berbagai permasalahan yang muncul.

 Konstruksi sejarah struktural menggunakan instrumen


konsep-konsep dalam ilmu-ilmu sosial. Dengan jalan ini
beragam permasalahan diharapkan akan muncul dan
dirumuskan dengan pendekatan ilmu-ilmu sosial. Maka dari
itu pendekatannya dapat dikatakan multidimensi.

 Pendekatan Total History dalam Kajian Sejarah Peradaban


Islamhttps://www.academia.edu/22204264/Pendekatan_Total
_History_dalam_Kajian_Sejarah_Peradaban_Islam?
auto=download
PENDEKATAN TOTAL HISTORY DALAM
KAJIAN SEJARAH PERADABAN ISLAM
 Pengkajian secara komprehensif amat penting dalam kajian structural yang
meliputi spatial dan temporal.

 Pemanfaatan bidang ilmu sosial sebagai ilmu bantu dilakukan melalui


penelitian-penelitian yang mampu mewujudkan kajian Islam secara kritis-
analitis, inovatif sejarah kawasan dan lain-lain termasuk dalam kategori ilmu-
ilmu sosial dan humanities.

 Kajian structural ini dan mampu memberikan sumbangan terhadap ilmu


pengetahuan terhadap Sejarah Peradaban Islam.

 Kategori ilmu sosial ialah: ilmu-ilmu humanities, dan sains-teknologi ilmu


sejarah, filsafat sejarah, historiografi, geografi, antropologi sosial dan budaya,
sosiologi, ilmu sains politik dan pengetahuan tentang.
ANALISIS STRUKTUR JANGKA PANJANG
 Aanalisis yang bersifat long-term structures (struktur-struktur
jangka panjang) melalui pendekatan dan penafsiran-penafsiran
yang analitis menampilkan kajian secara general history atau
total history, iaitu : mencakupi sejarah Islam yang tidak terbatas
hanya pada Islam, sejarah masyarakat-masyarakat Muslim,
termasuk fenomena terhadap doktrin ajaran Islam yang
mempengaruhi sebuah masyarakat-kultural dan mewujudkan dalam
konteks sosial dan kesejarahan tertentu), dalam konteks sejarah
manusia dan peradabannya secara keseluruhan.
CONTOH KAJIAN LONGUE DUREE

 Penulisan sejarah model Braudel menginspirasi sejumlah


sejarawan untuk penulisan sejarah menggunakan metodologi
struktural. Sebut saja Asia Tenggara Dalam Kurun Niaga
1450-1680 Jilid 1: Negeri di Bawah Angin karya Anthony Reid,

 Trade and Civilisation in Indian Ocean: An Economic History


from the Rise of Islam to 1750 karya K. N. Chauduri, dan

 Orang Laut, Bajak Laut, Raja Laut: Sejarah Laut Sulawesi


Abad XIX karya Adrian B. Lapian.
● Bagi Braudel, tiada satu laut yang dipanggil Mediterranean tetapi
satu kesatuan yang luas. Menurutnya, “There are many seas,
indeed a vast complex expanse…”.

● Kehidupan dijalankan di laut, manusia mengembara, aktiviti


perikanan, peperangan dll.

● Laut mengwujudkan pergerakan dari darat ke benua lain dan


tanah lain. Kehidupan di setiap kawasan/teritori adalah kompleks
dan berbeza. Kawasan selatan lebih miskin dan kewujudan
komuniti Islam dan Kristian yang dimanupulasi oleh komuniti
utara dari aspek ekonomi dan sosial.
Rumusan

● Mazhab Annales di Perancis menganjurkan kerjasama antara


ilmu sejarah dangan ilmu sosial.

● Sejak saat itulah scientific history (tradisi positivisme Leopold


von Ranke) ditinggalkan.

● Seperti diketahui scientific history wie es eigentich gewesen


(apa yang sebenarnya telah terjadi), dijadikan naratif yang
baik.

● Sebaliknya, Annales memilih ilmu sosial. Lucien Febvre


menunjukkan pentingnya psikologi untuk sejarah. Fernand
Braudel menunjukkan ilmu-ilmu kemanusiaan, sosiologi,
ekonomi, geografi, dan demografi. Sedangkan E. Le Roy
Ladurie pada demografi dan geografi.
● Seorang sejarawan terkemuka dari Perancis, Denys Lombard
bersetuju dengan pandangan Braudel iaitu menjadikan ilmu
sejarah, seperti kata Braudel dengan bangga, “sebuah pasar
bersama dari ilmu-ilmu kemanusian”.

● Hasrat seperti inilah sesungguhnya yang menjadi tekad Lucien


Febvre (sebutan Lus-a Fair) dan Marc Bloch ketika mereka
menerbitkan majalah Annales (1929), yang kemudian dipakai
sebagai nama ‘mahzab’ penulisan sejarah yang mereka pelopori.

● Dengan majalah Annales, mereka ingin mendedahkan dinding-


dinding yang membatasi sejarah dari kajian sosial dan ekonomi,
bukan teori yang serba meninggi, tetapi dengan “fakta dan
contoh”.
The Mediterranean
● For Braudel there is no single Mediterranean Sea. There are many seas—indeed a "vast, complex
expanse" within which men operate. Life is conducted on the Mediterranean: people travel, fish, fight
wars, and drown in its various contexts. And the sea articulates with the plains and islands. Life on the
plains is diverse and complex; the poorer south is affected by religious diversity (Catholicism and
Islam), as well as by intrusions – both cultural and economic – from the wealthier north. In other
words, the Mediterranean cannot be understood independently from what is exterior to it. Any rigid
adherence to boundaries falsifies the situation.
● The first level of time, geographical time, is that of the environment, with its slow, almost
imperceptible change, its repetition and cycles. Such change may be slow, but it is irresistible. The
second level of time comprises long-term social, economic, and cultural history, where Braudel
discusses the Mediterranean economy, social groupings, empires and civilizations. Change at this level
is much more rapid than that of the environment; Braudel looks at two or three centuries in order to
spot a particular pattern, such as the rise and fall of various aristocracies. The third level of time is that
of events (histoire événementielle). This is the history of individuals with names. This, for Braudel, is
the time of surfaces and deceptive effects. It is the time of the "courte durée" proper and it is the focus
of Part 3 of The Mediterranean which treats of "events, politics and people."
● Braudel's Mediterranean is centered on the sea, but just as important, it is also the desert and the
mountains. The desert creates a nomadic form of social organization where the whole community
moves; mountain life is sedentary. Transhumance — that is, the movement from the mountain to the
plain, or vice versa in a given season — is also a persistent part of Mediterranean existence.
● Braudel's vast, panoramic view used insights from other social sciences, employed the concept of the
longue durée, and downplayed the importance of specific events. It was widely admired, but most
historians did not try to replicate it and instead focused on their specialized monographs. The book
firmly launched the study of the Mediterranean and dramatically raised the worldwide profile of the
Annales School
●Sumbangan paling utama aliran Annales ialah “Sejarah Dari
Bawah” yang kini menjadi fokus utama kebanyakan sejarawan di
Malaysia.

●Sejarah sosial merupakan gejala baru dalam penulisan sejarah


sebelum Perang Dunia I. Munculnya gagasan menulis sejarah
sosial pada abad ke-20 merupakan suatu reaksi terhadap
dominasi Sejarah Politik sepanjang abad ke-19.
SEJARAH SOSIAL DI MALAYSIA
 Di Malaysia sejarah sosial pertama kali dikaji oleh Cheah Boon Kheng
dalam bukunya, The Peasant Robbers of Kedah, 1900-1929 dan
Indonesia sejarah sosial pertama kali ditulis dalam historiografi
Indonesia oleh SARTONO KARTODIRDJO “PEASANT REVOLT OF
BANTEN IN 1888” telah menggunakan pendekatan-pendekatan yang
memanfaatkan teori dan konsep ilmu-ilmu sosial.

Maka Sejarah Sosial adalah sejarah yang mengambil fakta


sosial/masyarakat sebagai bahan kajian.

Tema seperti: - kemiskinan


- Perbanditan (Perompakan)
- Kekerasan
- Jenayah
 yang dapat menjadi sebuah sejarah.
SEJARAH SOSIAL TERMASUK:

 Pertumbuhan penduduk
 Migrasi

 Urbanisasi, dsb
(masalah demografi)
SEJARAH SOSIAL JUGA MENCAKUPI SEJARAH
BANDAR/KOTA: BERKAIT DENGAN PENAMPILAN
GOLONGAN SOSIAL YANG TINGGAL DI KOTA:

 Kaum pedagang, pengusaha


 Kaum buruh, rakyat jelata

 Kaum elit
SEJARAH SOSIAL JUGA MENCAKUPI
PERKEMBANGAN GOLONGAN-GOLONGAN
SOSIAL ATASAN DAN GAYA HIDUPNYA
(LIFESTYLE) SEPERTI;

 Golongan bangsawan
 Golongan borjuis
 Elit birokratik
 Golongan militer
 Golongan aristokrasi
SELAIN MENGKAJI ELITE MODEN, PERHATIAN SEJARAH SOSIAL
SUDAH SEJAK LAMA MEMPERHATIKAN GOLONGAN UNDERDOG:

 Pengembara
 Gelandangan – (orang yang pekerjaannya atau tempat
tinggalnya tidak tetap, orang jalanan/homeless)
 Perompak

 Pengemis, dan lain-lain


SEJARAH SOSIAL JUGA MENCERMINKAN SUATU
GAYA HIDUP DARI PERADABANNYA, SEPERTI:

Anda mungkin juga menyukai