Anda di halaman 1dari 19

KULIAH 1

PENGERTIAN SEJARAH

Objektif kuliah menjelaskan tentang:


(1) Apakah takrif sejarah?
(2) Apakah ruang lingkup sejarah?
 Persoalan; Apa itu sejarah?
 Kamus Dewan – asal-usul (keturunan, salasilah),
peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lampau,
kisah, riwayat atau tambo.
 Kajian atau pengetahuan tentang peristiwa lalu,
tawarikh.

 Takrif ini terlalu singkat. Timbulkan kekeliruan.


 Takrifan yang lebih jelas dikemukakan oleh ahli sejarah,
antaranya R.G. Collingwood, F.J. Teggart dan M.
Mandelbaum.
 Collingwood – The Idea of History
 Sejarah bersifat kajian
 Usaha untuk mengetahui sesuatu yg belum diketahui, yg
mana ahli sejarah akan menanyakan soalan-soalan dan
cuba menjawabnya.
 Cth; Utk tahu kenapa perang akan kaji sebab-musabab dan
puncanya.
 Usaha mencari jawapan ini disifatkan oleh Collingwood
sebagai satu sains.
 “Sains adalah mengetahui sesuatu; dan dari segi ini
sejarah adalah sejenis sains.”
Implikasi pandangan Collingwood bahawa sejarah bersifat
kajian:

 (1) – Kajian mesti berdasarkan tafsiran, bukti barulah


adanya penemuan.

 (2) Kajian sejarah sepatutnya dilakukan oleh ahli


sejarah, pakar sejarah. Bukannya orang biasa yg tiada
pendidikan, kebolehan sejarah.

 Orang biasa mungkin terdedah kepada pemikiran sejarah,


namun “ia tidak melayakkan mereka untuk memberi satu
pendapat tentang sifat, tujuan, kaedah dan nilai pemikiran
sejarah”. Setujukah anda?
 Maurice Mandelbaum – Anatomy of Historical Knowledge

 Pengkajian sejarah “bergantung kepada penyelidikan dan


tujuannya ialah untuk menegakkan kebenaran tentang kejadian
khusus yg benar-benar berlaku”.

 Tugas ahli sejarah – “mengumpul babad-babad dan semua jenis rekod


lain berkenaan masa lampau, dan menegakkan, melalui penyiasatan,
hubungan-hubungan yang wujud antara fakta-fakta yg tercatat itu”.

 Kepentingan soal kajian dlm sejarah – “membolehkannya memajukan


bukti yg bebas untuk mengesahkan kebenarannya. Jika tidak, ia tidak
dapat dipertimbangkan sebagai sebuah kajian sejarah”.
Kedudukan sumber: Persoalan:
- sejauh mana tulisan ini boleh dianggap sebagai
tulisan sejarah?

 Sejarah Melayu oleh Tun SL/Bambang


 Autobiografi Pandang Balik oleh Tunku Abdul
Rahman
 Malay Dilemma oleh Mahathir Mohamed
 Sejarah Lisan
Ruang Lingkup Sejarah
 Persoalan; Apa dikaji dlm sejarah?
 Semua fakta???

 FJ Teggart – Theory and History

 Kajian sejarah hanya tumpu kepada tindak tanduk


manusia yg beri kesan kepada kelompok
masyarakat dan negara.
Teggart:
 Soal yg menarik perhatian pengkaji sejarah ialah “peristiwa-
peristiwa yg melibatkan nasib dan kewujudan sesuatu rakyat atau
bangsa” ataupun “yang menjejaskan kebajikan masyarakat pada
tahap yang penting”.

 Sejarah tak kaji individu, perubahan dlm kehidupan harian,


peribadi, individu

 Teggart – lihat ruang lingkup sejarah hanya terbatas kepada


tindakan social manusia, baik dilakukan individu (yg beri kesan
kepada kelompok) atau dilakukan kelompok.

 Setuju???
 pemilihan tajuk – perang, pemberontakan, revolusi,
penjajahan, hubungan diplomatik, dll

 Cth; Malayan Union, Gerakan antiBritish,


penaklukan Melaka, hubungan Melaka-China dll.

 Tunjuk peristiwa tertentu, penting shj dikaji

 Pemilihan tajuk itu gambarkan keinginan ahli sejarah –


papar tindak tanduk yg menentukan hidup mati dan
perkembangan kelompok bangsa dan negara.
 Setengah anggap ukuran Teggart sempitkan
ruang lingkup sejarah
 Kajian tentang peranan individu - sejarah jadi
pentas org terkenal, segelintir sahaja golongan
berpengaruh dlm masyarakat
 Napoleon Bonaparte, Hang Tuah, Hitler,
Saddam Hussein, George Bush, Datuk
Maharalela, Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng
Lock dan sebagainya.
 Pensejarahan Greek-Rom, e.g. Herodotus,
Thucydides.
 Pensejarahan Kristian
 Pensejarahan Moden – Ranke,

 Semua tekan sejarah politik, negara. Tekan pemerintah dan


kerajaan.
 Golongan seperti petani buta huruf, askar berpangkat
rendah, peminta sedekah, pelacur jalanan dan wanita
dipinggirkan
 Apakah peranan mereka tak penting???
 Ketidakpuasan hati terhadap pensejarahan
tradisional – lahirkan aliran sejarah baru yg
bertujuan luaskan ruang lingkup kajian sejarah

 Antaranya- Marxist
 Kaji sejarah ekonomi, petani dan kelas bawahan
sebagai tenaga penggerak
 Annales – ‘Histoire totale’, sejarah total.
 Kaji alam semula jadi, geografi, struktur social,
politik, ekonomi, termasuk perdagangan, penyakit,
pengangguran, pelacuran, harga barang, pertanian,
cukai, pakaian, kesihatan, kelahiran, kematian,
kebudayaan, bahasa dan semuanya.

 Menurut Profesor Iggers, “aliran Annales telah


“memperluaskan skop perhatian ahli sejarah
kepada semua aspek kehidupan social manusia”.
 Aliran sejarah social - Menitik beratkan 3 hal.

 (1) Sejarah orang miskin atau kelas bawahan


 (2) Kehidupan manusia dari segi tabiat, adapt
resam, kehidupan harian.
 (3) Sejarah social dan ekonomi yg ukur perubahan
ekonomi dan kesannya ke atas struktur
masyarakat.
 .
 E.J. Hobsbawm – kajian yg amat menarik dlm
aliran sejarah social ialah melibatkan soal
kependudukan, keluarga, bandar, kelas serta
pergerakan social.
 Misalnya kajian ttg keluarga misalnya ditinjau
melalui aspek seperti umur perkahwinan, saiz
keluarga, pendirian terhadap hubungan jenis,
kanak-kanak serta pertalian keluarga, ekonomi
keluarga seperti harta pusaka, pekerjaan dan
pendapat
 Aliran sejarah rakyat, sejarah dari bawah
 Dr. Samuel – bertujuan utk “…merendahkan hal-
hal politik kepada hal-hal budaya dan social.”
Berpisah drp sejarah politik.
 Kajian golongan bawahan yg kurang dianggap
penting, org yg tersingkir dari sesuatu kelompok
masyarakat.
 Cth; penyamun, banduan, pengemis dan pengamal
ajaran sesat
 Kewujudan semua aliran perlihat seolah sejarah
kaji semua hal. Benar????
 Profesor s. Alexander – “…wujud tanggapan
umum yang menyatakan bahawa dunia dan semua
yang wujud di dalamnya adalah bersifat sejarah.”
 Ada yang anggap sejarah, tidak lebih dan kurang,
adalah satu sains.
 Ia satu bidang yang dibentuk oleh satu hukum am – sebab
dan akibat.
 Menurut Hempel dlm The Function of General Laws in
History, hukum am mempunyai peranan yg agak sama dlm
sejarah dan sains semulajadi.
 Namun ramai ahli sejarah cuba bezakan, asing sejarah
dengan bidang lain, khususnya sains semula jadi.
 Collingwood – sejarah kaji pemikiran, tidak sama dengan
sains.
 Kajian sejarah tak kaji perkara atau peristiwa kerana alam
semula jadi tetapi apa-apa yang melibatkan pemikiran
manusia, khususnya yg bersifat reflektif/sengaja.
Rumusan kuliah:
 (1) sejarah sebagai satu kajian

 (2) kajian terhadap tindakan social manusia

 (3) hasil kajian dibentuk menjadi tulisan sejarah,


satu penemuan baru ttg masa lampau.

Anda mungkin juga menyukai