Anda di halaman 1dari 8

Definisi Sejarah

 Sejarah = History Historia ( bahasa Yunani ) bermaksud penyelidikan


 Sejarah ( bahasa Arab ) syajaratun = pokok / pohon / salasilah keturunan /
asal usul
 Kamus Dewan
 Peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau.
 Ilmu/kajian/pengetahuan mengenai peristiwa-peristiwa yang telah lalu.
 Sejarahwan – ahli sejarah

 E.H Carr
 Sejarah adalah satu proses yang tidak putus-putus antara ahli sejarah
dengan faktanya atau antara masa kini dengan masa lampau.

 Ibnu Khaldun
 Sejarah adalah catatan atau maklumat tentang masyarakat dan
tamadun dunia dan perubahan yang berlaku pada masyarakat
tersebut.

 Herodotus
 Sejarhn iala penceritaan tentang tindakn manusia dan sebab-sebab
mereka melakukannya.

 Mohd. Yusuf Ibrahim


 Sejarah adalah catatan atau rekod mengenai satu peristiwa yang
berlaku satu masa yang lalu.
 Sejarah sebagai masa lalu iaitu mengandungi semua kejadian atau
peristiwa yang telah berlaku.
 Semua pengalaman, tingkah laku kejadian serta peristiwa dalam
kehidupan seorang individu, institusi, Negara atau masyarakat.
Apa Dia Sejarah?
 Satu displin ilmu
 Penting dari segi ilmiah / kemahiran berfikir dan untuk pembangunan Negara
 Merangsang manusia untuk terus menyoal tentang :Apa ? Bila? Di mana ?
Bagaimana? Tentang peristiwa yang telah berlaku?

Contoh : Tragedi Natrah

Peristiwa Sejarah
 Terlalu banyak yang boleh diambil iktibar daripada peristiwa silam…tentang
makna toleransi , sensitiviti dan maruah
 Tetapi sejarah selalu tinggal sejarah. Orang mudah lupa…
 Bagi sebahagian orang, sejarah selalunya tidak menarik untuk dipelajari,
malah kadangkala membosankan kecuali bagi mereka yang terlibat.
 Peristiwa walaupun sepenting manapun akan tinggal kenangan. Namun
kesannya kita tetap rasa dan terima.
 Apa yang berlaku ini menjadi sejarah, cuma ada sejarah yang tidak patut
berulang lagi. Tragedi Natrah ? Bintang 3? 13 Mei ?
 Jadi kita kea tahu da pelajari sejarah mana yang tidak patut berulang .
Mengapa berlaku? Dengan itu kita tidak akan membuat perkara yang sama.
Dan kita tidak akan merasa kesengsaraan seperti yang dilalui oleh mereka
yang terdahulu.

1. Bersifat kajian 2. Bersifat naratif


 Kajian itu ditujukan
 Hasil kajian disampaikan
kepada tindakan social melalui tulisan yang
manusi berbentuk naratif

Ciri-ciri
Sejarah

3. Mempunyai ruang lingkup


SEJARAH BERSIFAT KAJIAN
Pendapat sarjana

R.G Collingwood – Sejarah : sejenis sains ( sebagai usaha mencari jawapan)


 Kajian berdasarkan bukti@sumber yang sedia wujud (tulisan/ahan tinggalan)untuk
mencari jawapan / kajian
 Dijalankan oleh orang yang ahli tentang bidang

Maurice Mandelbaum ‘The Anatomy of Historical Knowledge’


 Pengkajian bergantung kepada penyelidikan - menegakkan kebenaran mengenai
kejadian khusus yang benar-benar berlaku.
 Jika tidak benar sesuatu kejadian itu tidak dapat dipertimbangkan sebagai kajian
sejarah

Herodotus (abad ke 5SM)- Bapa Sejarah bangsa Yunani – Karyanya


‘Histories’ dalam bahasa Yunani bererti penyelidikan dan penyiasatan –
usahanya membuat penyelidikan tentang Perang Parsi, mencari sumber, kesan-
kesan peninggalan/ saksi-saksi yang masih hidup/rakam peristiwa penting-
sebagai bukti.

RUMUSAN PENDAPAT SARJANA

I. Sejarah tidak dapat dipisahkan dari unsur kajian membawa beberapa implikasi yang
perlu dijelaskan satu demi satu.

II. Sesuatu tulisan yang tidak berdasarkan kepada kajian tidak boleh diiktiraf sebagai
sejarah.
Ruang Lingkup Sejarah
 Banyak pendapat :
1. F.J.Teggart – Theory of History, bidang kajian sejarah tertumpu hanya
kepada tindak tanduk manusia yang memberi kesan kepada sesuatu
kelompok seperti rakyat atau negara.
Pendapat Teggart ada kebenarannya dengan R.J. Wilkinson ‘A histotory of Peninsular
Malays’
1) Mengisahkan keseluruhan sejarah orang Melayu di Semenanjung bermula
penghijrahan orang Melayu, kegiatan awal kaum, kesultanan Melaka, kedatangan
kuasa Barat dan kesannya ke atas masyarakat Melayu.
2) Peristiwa yang berkesan kepada rakyat dan negara.

Sejarah Berbentuk Naratif

 Penggunaan naratif sebagai cara penyampaian


1. Pendapat Collingwood ‘kejadian yang ditinjau itu dihubungkaitkan mengikut urutan
waktu’
2. Pendapat Teggart ‘sejarah sebagai penyataan berbentuk naratif’
3. Pendapat Mandelbaum ‘ sebuah gambaran sejarah adalah satu naratif ‘ – gaya
naratif boleh dipaparkan lebih ketara perubahan dalam pola peristiwa yang dikaji.
4. R.O.Wistedt setuju dengan pendapat – ‘ A History of Malaya’ disusun mengikut gaya
naratif.

Faedah mengkaji sejarah


1) Memahami keadaan – memahami peristiwa masa lalu sebagai ikhtibar / garis
panduan berfaedah pada masa depan.
2) Keadaan hidup masyarakat – perjalanan corak masyarakat dahulu dari segi
undang-undang. Hukum, pentadbiran Negara – untuk menimbulkan
kesedaran/ kebenaran.
3) Pembentukan kewarganegaraan – memupuk semangat cintakan
begara/setia/berkorban.
4) Menghargai perjuangan – menyanjung jasa pejuang Negara.
5) Semangat demokratik- sejarah membanding pelbagai corak pemerintahan.
Demokrasi membawa banyak faedah kepada rakyat.
6) Perpaduan – unsur-unsur sejarah sebagai mengukuhkan perpaduan pelbagai
kaum.
7) Peradaban – kemajuan manusia
E.H. Carr
Sejarah adalah satu proses berterusan interaksi antara ahli sejarah dengan
fakta-faktanya,suatu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dengan
masa lampau.
Hujahan Carr
======Pandangan====
- Acton (zaman Victoria)
- Prof. Sir George Clark ( zaman generasi keliru)
*setiap apa yang ditulis mencerminkan kedudukan kita sendiri pada sesuatu masa.
- tugas ahli sejarah hanyalah
“semata-mata untuk memperlihatkan bagaimana keadaannya yang sebenarnya”

Aliran Empiris
- Mula-mula pastikanlah fakta-fakta anda dan kemudian terjunlah dengan menyabung
nasib anda sendiri ke dalam medan pentafsiran yang berubah-ubah.

Fakta Sejarah
Pertama
o Satu syarat yang perlu tetapi bukanlah asaa utama
o Bantuan
- Arkeologi
- Epigrafi
- Numismatic
- Kronologi

Kedua
o Keperluan menentukan fakta asas bergantung kepada keputusan tentuan awal ahli
sejarah bukanlah kepada mana-mana sifat fakta itu sendiri
- Pemilihan fakta
- Penyusunan fakta
Pandangan Tokoh
Ibnu Khaldun
- Mentakrif sejarah adalah catatan dan maklumat tentang sesuatu organisasi manusia
dan ia serupa dengan peradaban dunia.
- Pentingnya prinsip penilaian yang melibatkan pemikiran kritis dalam kaedah
penyelidikan bagi menentukan kebenaran sejarah.
Collingwood
- Sejarah adalah sejarah pemikiran

Zainal Abidin Abdul Wahid


- Sejarah membolehkan kita memeriksa, mengambil pengertin dan menimbangkan
satu-satu perkara itu dengan lebih saksama dan sempurna
- Sejarah juga boleh jadi petunjuk dan pemandu kita

Benedetto Croce
- Mentakrif bahawa sejarah adalah kisah tentang kebebasan dan semua sejarah adalah
semasa
- Apa yang ditulis oleh sejarawan bukanlah masa lalu ‘seperti sebenarnya berlaku’
tetapi adalah masa lalu ‘seperti yang telah digambarkan’

Rumusan
Sejarah dibahagi kepada tiga bahagian
1. Sejarah merupakan konotasi tentang keseluruhan masa lalu manusia yang
sebenarnya berlaku
2. Konotasi terhadap percubaan manusia untuk menggambar dan mentafsir
masa lalu
3. Satu disiplin ilmu pengetahuan yang telah mantap atau standing dengan ilmu
falsafah, matematik dan lain-lain.

KEOBJEKTIFAN SEJARAH

Satu konsep yang cuba untuk mempersembahkan penulisan sejarah secara tepat sebagaimana
ia berlaku
- Tiada unsur penambahan atau bias mahupun pengadilan moral
- Didasarkan kepada fakta-fakta atau sumber-sumber utama yang boleh dipercayai.

Sartono
- Kajian sejarah dalam erti kata yang objektif menunjukkan kepada kejadian atau
peristiwa itu sendiri iaitu proses sejarah dalam keadaan yang sebenarnya berlaku.
Konsep Objektif
- Membawa maksud suatu proses pemaparan kebenaran sesuatu peristiwa sejarah
melalui kaedah penelitian dan menganalisis secara kritis bagaimana ia sebenarnya
berlaku
- Kebenaran dalam sejarah akan dipersembahkan berdasarkan fakta-fakta yang tulen,
mengikis prasangka dan mengelakkan pengadilan moral.

Pengertian dan Konsep Sumber


- Mengesan sumber
- Pemilihan pengkelasan sumber

Mohd. Yusuf Ibrahim


Penulisan/Penyelidikan Sejarah
- Menentukan tahap
- Memberikan nilai
Kebenaran Sejarah
-Persoalan yang memerlukan penerangan menyeluruh kaedah dan teknik penyelidikan
sejarah.

Sumber Sejarah
 Kamus Dewan- sebagai keterangan ( bukti) yang bertulis atau bercetak yang boleh
dijadikan bukti.
 R.G.Collingwood – sumber ialah teks yang mempunyai kenyataan-kenyataan
mengenai sesuatu peristiwa
 Louis Gottchalk – sumber merupakan bahan bukti dalam bentuk tulisan, catatan, dan
juga saksi utama kepada sesuatu peristiwa sahaja.

KATEGORI SUMBER
Sumber Primer
1. Mohd. Yusof Ibrahim
- Sumber atau bahna yang boleh dirujuk tetapi keadaannya aslidan belum ditafsirkan.
2. Louis Gottchalk
- Sumber primer adalah sumber yang diperolehi daripada saksi-saksi dalam bentuk
tulisan,catatan dan juga saksi kepada sesuatu peristiwa.
Sumber Sekunder
Mohd. Yusof Ibrahim
- Sumber atau bahan yang boleh dirujuk tetapi keadaanya asli dan belum ditafsirkan.

Sumber Tertiari
- Kurang ditekankan
- Merupakan pilihan, penyulingan, rumusan atau senarai komplikasi kepada sumber
pertama, kedua atau kedua-duanya sekali.

Anda mungkin juga menyukai