Anda di halaman 1dari 4

SOALAN SPOT EXAM JMS101 2012

1. Sumber dalam sejarah dapat diklasifikasikan kepada beberapa jenis. Dengan

contoh-contoh yang sesuai jelaskan tentang pengklasifikasian sumber itu. (2009 & PB) Sumber boleh dibahagi kepada dua jenis. Pertama , sumber primer atau bahan dalam bentuk asal atau asli atau mentah. Sumber ini adalah asal, tidak diolah atau ditafsirkan contohnya seperti dokumen, manuskrip dan batu bersurat. Sumber kedua pula ialah sumber sekunder atau bahan yang telah dikaji, selidik, ditulis oleh sejarawan. Contohnya seperti buku, majalah, laporan Louis Gottschalk mngatakan sumber sekunder adalah sumber dalam bentuk catatan yang diperolehi dari sesiapa sahaja yang bukan saksi hadir dalam kejadian tersebut berlaku. M. Yusoff Ibrahim pula mengatakan sumber sekunder adalah kajian2 atau penulisan yang telah dilaksanakan oeh seseorang mahupun sesuatu kumpulan peristiwa, tokoh dsbnya. Menurut R.Suntharalingam sumber adalah punca, dokumen atau rekod. Pada lazimnya sumber boleh diertikan sebagai bahan bertulis/bercetak. Lazimnya sumber diertikan sebagai dokumen. Namun Prof. sartono mengatatakan dokumen tidak terhad kepada bahan bertulis sahaja, ia merangkumi monument, artifak, foto pita dsbnya. Sumber pertama, atau primer boleh dibahagi kepada 2 iaitu sumber bukan material dan sumber material. Maksud sumber bukan material adalah seperti adat dan tradisi. Kebanyakan org zaman dahulu menyampaikan peristiwa lampau melaui cerita, mitos, lagenda dan balada. Kadangkala sumber ini berkecamuk dan bercampur aduk dengan cerita dongeng(lagenda) masih ada terdapat ciri-ciri zaman ia dihasilkan walaupun ia sejarah lisan bukan material tetapi ia juga sumber sejarah. Sumber material ialah sumber tinggalan zaman purba seperti , wang syiling, monument pra sejarah, hasil seni dan inskipsi. Lukisan gua dan tempat tinggal, makam lama dan monument adalah contoh sumber material untuk kajian para sejarawan. Begitu juga perisai dan syiling tercatat bukan sahaja potret, nama tetapi tarikh kejadian tersebut. Sumber2 lukisan amat penting kerana ia membekalkan idea tentang agama, adat org diwakilinya. Sumber tulisan di tanah liat, belulang dan kulitkayu menunjukkan bukti tamadun sesuatu bangsa contohnya abjad dan lukisan di pyramid Mesir abad ke 16 SM adalah bukti sejarah penyampaian maklumat dan ketinggian tamadun bangsa mereka. Di zaman kerajaan Abbasiyah, khalifah Harun Ar Rashid menyimpan pelbagai khazanah buku tulisan ilmuan Islam yang agung adalah contoh sumber sejarah yang besar bukti kekuatan ilmu Islam teragung. Akhirnya di musnahkan oleh Hulagu Khan di hanyutkan di Sungai Tigris.

Sumber tulisan ini boleh dibahagi kepada tradisi yang direkod, babad, boigrafi dan tulisan pengembara. Tradisi adalah seperti karya epic Illiad and Oddysei, Sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa dll. Babad ialah penulisan bercorak sejarah awal. Biografi ialah catatan sumber tentang sesorg tokoh contohnya diari hidup Tun Abd razak, Tunku Abd Rahman , Sukarno dll. Kadang2 sejarawan perlu berhati2 dgn biografi kerana penulisanna mungkin bias(berat sebelah).Tulisan pengembara pula ialah catatan Marco Polo, I Ching Cheng Ho, Ibnu Batuta, Tom Pires dll. Ada sumber di kelaskan sebagai rekod. Antaranya rekod rasmi dan rekod tidak rasmi. Rekod rasmi seperti Perjanjian Pangkor, Perjanjian London Perjanjian Bangkok dll. Rekod tidak rasmi ialah dokumenkeluarga, surat perjajian hakmilik, geran tanah dll.
2. Bincangkan ciri-ciri yang sepatutnya ada pada seorang sejarawan sekiranya dia

mahu mentafsir sumber atau bukti. (2008) Sejarawan perlu ada 3 ciri untuk mentafsir sumber. Pertama ialah adil terhadap bukti yang ditafsirkannya. Dia harus simpati dan memahami pihak terbabit dalam hal sesuatu peristiwa dikajinya. Di samping itu dia mesti brsikap berkecuali. Contohnya sejarawan mengkaji tentang penetangan org melayu terhadap penjajahan. Sejarawan harus memahami sendiri perasaan org melayu ketika itu dan masa yg sama cuba berada dikalangan pihak inggeris. Dgn cara ini barulah sejarawan dpt menulis cerita dgn adil dan berkecuali. Namun Elton mengatakan perkara sangat sukar ditulis krn ramai sejawan akan bias ketika menulis. Antara sbb bias adalah masalah bangsa, negara, agama ideology dan parti politik. Kedua adalah bersikap rasional dan waras. Semasa mentafsir sumber sekiranya sejarawan berada dalam keadaan gila maka tafsiran adalah seratus peratus menyeleweng dan tidak tepat. Org gila tidak boleh menjadi sejarawan kerana gila tidak dapat menilai kebenaran dan kepalsuan. Ketiga adalah mengakui kejahilan sendiri. Ini bermaksud sejarawan haruslah mendapatkan bantuan dari pihak lain untuk mendapatkan kesahihan apa yang sedang dikajinya. Dia juga tidak seharusnya memberi kenyataan yang salah dan keliru. Contohnya Codes pernah menulis bahawa pemerintah Angkor mengawal rakyat kera mereka menguasai punca air. Beliau merujuk kepada parit2 yang ada sekitar Angkor Wat. Kenyataan itu mengelirukan kerana air sekitar Angkor tidak mungkin cukup utk kegunan pertanian seluruh Ayuthia. Sepatutnya Codes cuba mendapatkan bantuan org pakar tentang tali air untuk pertanian memberi penjelasan.

3. Bincangkan tentang jenis-jenis sumber yang digunakan oleh sejarawan dan nyatakan cara sejarawan memproses sumber-sumber itu untuk mendapatkan bukti. (2007)

Jenis2 sumber adalah terdiri dari dua sumber iaitu sumber primer dan sumber sekunder. (lihat soalan 1) Sebenarnya sumber harus di ditafsirkan kerana menentukan kesahihannya. Sesuatu sumber tidak semestinya tulen, mungkin palsu. Pemalsuan ini samada sengaja atau tidak sengaja. Para sejarawan memproses sumber melaui dua persoalan iaitu kritikan luaran dan kritian dalaman. Kritikan luaran ialah membuat inkuiri tentang bila sumber itu dicatat, dimana ia dihasilkan, siapa menghasilkan, daripada ia dihasilkan dan dari btk apa ia dihasilkan. Ini bermakna sejarawan perlu mendapatkan bantuan ahli sains tulen. Utk menjawab persoalan 1. (bila dicatat?) ia perlu membuat ujuan dakwat kimia. Kaji kertas utk menentukan umurnya. Jika umur kertas dan dakwat sama usianya maka dokmenitu tulen. Begitu juga gaya bahasanya, btk ayat amat berbeza dgn zaman lain. Contoh bahasa melayu kita di zaman tahun 50an dan 90 an telah terbukti berbeza. Kritikan dalaman pula ialah menentukan nilai bukti yang terdapat dlm kandungan sumber itu. Sejarawan perlu mengkaji siapa org yg membuat catatan ttg peristiwa itu dan apa niatnya. Apakah kedudukannya dlm masyarakat ketika itu. Sejarawan perlu juga mengkaji sbb dan tujuan peristiwa itu dicatat. Sejarawan juga harus menimbangkan kenapa bukti itu wujud dan jawapan persoalan ini akan membantu sejarawan membuat penelitian terhadap pengkajian sumbernya. Pentafsiran ini amat mustahak kerana ada usaha memalsukan sumber untuk keuntungan, keangkuhan, cemburu, kepentinan parti politik, keagamaan dan mendapatkan nama. Contohnya dizaman Renaissance terdapat byk karya dipalsukan utk publisiti dan kemasyuran. Sebenarnya setipa zaman adanya masalah ini. Sebab itulah sejarawan tidak harus terima bulat2 kenyataan org ramai walau telah di buktikan kebenaran oleh org lain. Seperti kata Longlois dan Seigojos, sejarawan harus bermula dgn methodical doubt (kesangsian metode). Sejarawan mesti di sangsikan seluruh apa yang dinyatakan oleh peulis kerana ia belum mempastikan kenyataan itu palsu atau benar.

Anda mungkin juga menyukai