Anda di halaman 1dari 3

a)Definisi sistem pentdbiran dan sistem

perundangan berdasarkan padangan tokoh-


tokoh sejarawan.

Pengenalan
Sejarah merupakan satu disiplin ilmu yang tidak asing lagi dalam masyarakat
kita pada hari ini. Tapi sejauh manakah masyarakat kita benar-benar faham
tentang sejarah. E.H Carr mentakrifkan sejarah sebagai satu proses interaksi
yang berterusan antara sejarawan dengan fakta-faktanya, beliau juga
menerangkan bahawa sejarah merupakan satu dialog yang tidak  putus-
putus di antara masa kini dan masa lalu.

 Manakala pengertian sejarah mengikut kamus dewan bererti asal usul


(keturunan), salasilah atau peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa
lalu.

 Dengan memahami pengertian sejarah pastinya membuatkan kita tertanya-


tanya siapakah golongan yang digelar sejarawan ini. Kenapa seseorang itu
digelar sebagai sejarawan dan bukannya sasterawan? Apakah kelebihan
yang dimiliki oleh golongan ini sehinggakan mereka digelar sejarawan?
Sebagaimana diketahui umum, bukan mudah untuk mendapat gelaran ini.
Mari kita rungkai persoalan yang selama ini hanya sekadar berlegar di minda.
Siapakah sejarawan? Sejarawan merupakan seorang ahli atau duta dalam
bidang sejarah. Sejarawan akan membuat kajian tentang masa lampau yang
digemari oleh mereka. Dalam membuat penyelidikan sejarawan akan
menggunakan bahan-bahan seperti dokumen, rekod kerajaan, diari-diari
peribadi untuk mendapatkan fakta dan bahan bukti. Sikap ingin tahu yang
terbentuk dalam diri setiap manusia mendorong sejarawan melakukan
penyelidikan yang menyeluruh terhadap sesuatu perkara.
Itulah sejarawan insan yang tidak pernah jemu dalam mencari jawapan
tentang sesuatu sejarah. Sejarawan Barat mempunyai pembahagian zaman-
zaman yang tertentu begitu juga dengan sejarawan Alam Melayu. Sejarawan
zaman Barat dibahagikan kepada tiga zaman iaitu zaman klasik, zaman
pertengahan dan zaman moden. Manakala di Alam Melayu pula sejarawan
ini terbahagi kepada dua zaman iaitu zaman tradisional dan zaman moden.
Matlamat sejarawan ini sama ada bersifat lokal atau sejagat bergantung
kepada individu itu sendiri yang dipengaruhi oleh persekitarannya. Antara
tokoh-tokoh sejarawan barat ialah Herodotus dan Thucydides yang
merupakan sejarawan zaman klasik. St. Augustine ialah sejarawan zaman
pertengahan diikuti dengan dua orang sejarawan zaman moden iaitu Voltaire
dan Ranke. Manakala sejarawan Alam Melayu pada zaman tradisional pula
ialah Tun Seri Lanang dan Raja Ali. Sejarawan dapat dibahagikan kepada
dua kategori iaitu sejarawan Barat dan sejarawan Alam Melayu. Sama ada
kita sedar atau tidak sejarawan sebenarnya memainkan aspek yang sangat
penting dalam masyarakat. Mereka bertanggungjawab dalam pembentukan
idea sejarah. Masyarakat yang ingin mempelajari atau mengetahui ilmu
tentang sejarah akan membaca  buku-buku yang ditulis oleh mereka
sekaligus menerima pakai idea sejarah yang dihasilkan oleh sejarawan-
sejarawan ini. Oleh itu, seorang sejarawan perlu ada ciri-ciri tertentu yang
membolehkan mereka digelar sejarawan. Ciri-ciri yang dimiliki oleh
sejarawan adalah kerana ciri ini terbentuk dalam diri mereka kerana
pengaruh keilmuan yang ada pada mereka. Ilmu bidang sejarah yang dimiliki
oleh sejarawan-sejarawan ini. Oleh itu, seorang sejarawan perlu ada ciri-ciri
tertentu yang membolehkan mereka digelar sejarawan. Ciri-ciri yang dimiliki
oleh sejarawan adalah kerana ciri ini terbentuk dalam diri mereka kerana
pengaruh keilmuan yang ada pada mereka. Ilmu bidang sejarah yang dimiliki
oleh
 
mereka yang mendorong kepada lahirnya ciri-ciri sejarawan yang
dikehendaki. Hal ini dapat kita lihat melalui penulisan hasil karya dan juga
setiap tindak tanduk golongan ini. Antara ciri-ciri seorang sejarawan ialah
seseorang yang menampakkan minat, suka membaca, membuat
penyelidikan dan membuat penulisan tentang sejarah. Bahkan ada di antara
mereka yang taasub terhadap bidang sejarah tersebut. Ketaasuban yang
mereka miliki itu membuatkan mereka lebih arif dan pakar dalam bidang yang
dikaji. Sejarawan perlu bersikap jujur apabila berhadapan dengan bahan-
bahan. Apa sahaja  bahan dan bukti yang mereka perolehi itulah yang perlu
mereka paparkan. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Leopold Von Ranke
menulis seperti sebenar-benarnya berlaku. Sejarawan  perlu berani memberi
pendapat berdasarkan fakta, dokumen dan bahan bukti yang jelas. Akhir
sekali sejarawan perlulah bersifat objektif dan kritis dalam menentukan
kebenaran.

Anda mungkin juga menyukai