Anda di halaman 1dari 15

Wan Nur Izzati Wan Bahari

AIL160118

Sejauh manakah pentingnya peranan sejarawan dalam penghasilan idea sejarah?

Pengenalan

Sejarah merupakan satu disiplin ilmu yang tidak asing lagi dalam masyarakat kita pada

hari ini. Tapi sejauh manakah masyarakat kita benar-benar faham tentang sejarah. E.H Carr

mentakrifkan sejarah sebagai satu proses interaksi yang berterusan antara sejarawan dengan

fakta-faktanya, beliau juga menerangkan bahawa sejarah merupakan satu dialog yang tidak

putus-putus di antara masa kini dan masa lalu.1 Manakala pengertian sejarah mengikut kamus

dewan bererti asal usul (keturunan), salasilah atau peristiwa yang benar-benar berlaku pada

masa lalu.2

Dengan memahami pengertian sejarah pastinya membuatkan kita tertanya-tanya

siapakah golongan yang digelar sejarawan ini. Kenapa seseorang itu digelar sebagai sejarawan

dan bukannya sasterawan? Apakah kelebihan yang dimiliki oleh golongan ini sehinggakan

mereka digelar sejarawan? Sebagaimana diketahui umum, bukan mudah untuk mendapat

gelaran ini. Mari kita rungkai persoalan yang selama ini hanya sekadar berlegar di minda.

Siapakah sejarawan? Sejarawan merupakan seorang ahli atau duta dalam bidang sejarah.

Sejarawan akan membuat kajian tentang masa lampau yang digemari oleh mereka. Dalam

membuat penyelidikan sejarawan akan menggunakan bahan-bahan seperti dokumen, rekod

kerajaan, diari-diari peribadi untuk mendapatkan fakta dan bahan bukti. Sikap ingin tahu yang

terbentuk dalam diri setiap manusia mendorong sejarawan melakukan penyelidikan yang

menyeluruh terhadap sesuatu perkara.

1
Muhd. Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah Beberapa Perbahasan Mengenai Teori dan Kaedah, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, hlm. 3.
2
Hajah Noresah Baharom, Kamus Dewan Edisi Keempat, Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010, hlm.
1411.

1
Wan Nur Izzati Wan Bahari
AIL160118

‘He seeks first of all to find out exactly what happened, but he usually does not stop

there. Most historians want to know why something happened and what were its

results.’3

Itulah sejarawan insan yang tidak pernah jemu dalam mencari jawapan tentang sesuatu

sejarah. Sejarawan Barat mempunyai pembahagian zaman-zaman yang tertentu begitu juga

dengan sejarawan Alam Melayu. Sejarawan zaman Barat dibahagikan kepada tiga zaman iaitu

zaman klasik, zaman pertengahan dan zaman moden. Manakala di Alam Melayu pula

sejarawan ini terbahagi kepada dua zaman iaitu zaman tradisional dan zaman moden. Matlamat

sejarawan ini sama ada bersifat lokal atau sejagat bergantung kepada individu itu sendiri yang

dipengaruhi oleh persekitarannya. Antara tokoh-tokoh sejarawan barat ialah Herodotus dan

Thucydides yang merupakan sejarawan zaman klasik. St. Augustine ialah sejarawan zaman

pertengahan diikuti dengan dua orang sejarawan zaman moden iaitu Voltaire dan Ranke.

Manakala sejarawan Alam Melayu pada zaman tradisional pula ialah Tun Seri Lanang dan

Raja Ali.

Sejarawan dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu sejarawan Barat dan sejarawan

Alam Melayu. Sama ada kita sedar atau tidak sejarawan sebenarnya memainkan aspek yang

sangat penting dalam masyarakat. Mereka bertanggungjawab dalam pembentukan idea sejarah.

Masyarakat yang ingin mempelajari atau mengetahui ilmu tentang sejarah akan membaca

buku-buku yang ditulis oleh mereka sekaligus menerima pakai idea sejarah yang dihasilkan

oleh sejarawan-sejarawan ini. Oleh itu, seorang sejarawan perlu ada ciri-ciri tertentu yang

membolehkan mereka digelar sejarawan.

Ciri-ciri yang dimiliki oleh sejarawan adalah kerana ciri ini terbentuk dalam diri mereka

kerana pengaruh keilmuan yang ada pada mereka. Ilmu bidang sejarah yang dimiliki oleh

3
Fon W. Boardman, JR., History and Historians, New York: Henry Z. Walck INC, 1965, hlm. 5.

2
Wan Nur Izzati Wan Bahari
AIL160118

mereka yang mendorong kepada lahirnya ciri-ciri sejarawan yang dikehendaki. Hal ini dapat

kita lihat melalui penulisan hasil karya dan juga setiap tindak tanduk golongan ini. Antara ciri-

ciri seorang sejarawan ialah seseorang yang menampakkan minat, suka membaca, membuat

penyelidikan dan membuat penulisan tentang sejarah. Bahkan ada di antara mereka yang taasub

terhadap bidang sejarah tersebut. Ketaasuban yang mereka miliki itu membuatkan mereka lebih

arif dan pakar dalam bidang yang dikaji.

Sejarawan perlu bersikap jujur apabila berhadapan dengan bahan-bahan. Apa sahaja

bahan dan bukti yang mereka perolehi itulah yang perlu mereka paparkan. Sebagaimana yang

dinyatakan oleh Leopold Von Ranke menulis seperti sebenar-benarnya berlaku. Sejarawan

perlu berani memberi pendapat berdasarkan fakta, dokumen dan bahan bukti yang jelas. Akhir

sekali sejarawan perlulah bersifat objektif dan kritis dalam menentukan kebenaran.

3
Wan Nur Izzati Wan Bahari
AIL160118

Perbezaan Sejarawan Tradisi dan Sejarawan Moden.

Tiada lama tiada baru itulah ungkapan yang paling sesuai untuk menggambarkan

sejarawan tradisi dan sejarawan moden. Kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama

lain pada dasarnya. Walaubagaimanapun perubahan waktu menyebabkan terdapat perbezaan

antara sejarawan dua zaman ini.

Sejarawan zaman tradisi menyedari bahawa masyarakat Greek masih kurang

pengetahuan mendalam tentang sejarah.4 Maka lahirnya penulisan sejarah untuk memberi

kesedaran kepada masyarakat itu. Seterusnya sejarawan pada zaman tradisi menekankan soal

peperangan dan politik dalam penulisan mereka sehingga mengabaikan aspek-aspek lain yang

juga menyumbang kepada pensejarahan. Contohnya dapat kita lihat melalui penulisan

Herodotus yang menceritakan tentang perang parsi manakala Thucydides pula menulis

berkaitan dengan perang Peloponesian War. Sejarawan tradisi dipengaruhi oleh unsur sastera

yang berupa puisi dan penglipur lara.5 Golongan ini juga sering memasukkan unsur ketuhanan

dalam penulisan kerana menganggap proses pensejarahan merupakan takdir. Sejarawan tradisi

mempunyai kekurangan sumber atau bahan rujukan menyebabkan mereka terpaksa

menggunakan kaedah pengembaraan, pemerhatian dan juga pengamatan. Penulisan sejarawan

pada zaman tradisi ialah berbentuk bebas kerana tiada sebarang tegahan atau larangan daripada

mana-mana pihak.

Setelah sejarah menjadi satu disiplin ilmu para sejarawan moden sudah mula mendapat

pendidikan yang teratur dan tersusun menyebabkan mereka mempunyai pandangan berbeza

tentang pensejarahan berbanding dengan sejarawan tradisi. Sehingga terdapat sebuah universiti

yang menawarkan bidang pengkajian sejarah di Universiti Gottingen, Jerman. Sejarawan

4
Arba’iyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002,
hlm. 69.
5
Ibid., hlm. 71.

4
Wan Nur Izzati Wan Bahari
AIL160118

moden dianggap sebagai duta dari masa lampau. Penulisan sejarawan moden lebih bersifat

meluas. Mereka menulis sejarah dari pelbagai aspek termasuk ekonomi, kemasyarakatan,

kemanusiaan, peperangan, diplomasi, pemerintahan dan pentadbiran sesebuah kerajaan.

Sejarawan moden mencuba sedaya upaya untuk tidak memasukkan unsur karut, mitos dan

lagenda dalam sejarah. Mereka mula menekankan bukti yang kukuh dalam penulisan sejarah

serta menapis sumber-sumber yang ditemui sebelum menggunakannya. Tujuan sejarawan

menekankan penggunaan sumber-sumber sejarah yang benar supaya sesuatu peristiwa yang

ditulis adalah perkara yang benar-benar berlaku seperti apa yang diketengahkan oleh salah

seorang sejarawan moden iaitu Leopold Von Ranke yang berkonsepkan Wie Es Eigentlich

Gewesen.

5
Wan Nur Izzati Wan Bahari
AIL160118

Kepentingan Peranan Sejarawan

Mencari Kebenaran Sejarah

Tugas yang digalas oleh seorang sejarawan adalah bukan mudah. Mereka berperanan

dalam mencari kebenaran sesuatu sejarah. Sejarawan perlu mengubah percanggahan fakta yang

terdapat dalam sejarah sekiranya mendapati perkara berikut tidak benar. Menyampaikan

sejarah seperti sebenar-benarnya berlaku tanpa memasukkan unsur mitos, lagenda dan

dongeng. Sebagai contoh, Thucydides amat membantah atau menolak sejarah yang berunsur

mitos dan lagenda yang diguna pakai oleh Herodotus. Beliau amat berhati-hati dalam penulisan

beliau dan mengelakkan unsur-unsur tersebut daripada ditulis dalam karyanya. Manakala

sejarawan Islam amat berpegang teguh kepada al-Quran dan Sunnah. Sejarawan berperanan

dalam meyakinkan pembaca bahawa sejarah yang ditulis adalah benar dan tepat. Tidak ada

unsur rekaan atau imaginasi daripada sejarawan. Dalam sesebuah pensejarahan kebenaran amat

penting untuk mengelakkan kekeliruan generasi masa hadapan.

Moralizing Dalam Pensejarahan

Dalam menghasilkan sesebuah idea sejarah adalah amat penting untuk seseorang

sejarawan mengetahui tujuan dan matlamat sebenar tentang idea tersebut. Hal ini untuk

memastikan idea tersebut sentiasa diingati dan menjadi pengajaran kepada masyarakat.

Mereka sedar bahawa generasi pada masa akan datang perlu tahu akan sejarah masa lampau

dan jadikan ia sebagai teladan untuk mengharungi kehidupan di masa akan datang. Hal ini

kerana sejarah boleh berulang walaupun hampir mustahil untuk sesuatu peristiwa itu berulang

pada masa, waktu dan tempat yang sama. Contohnya dalam karya Muhamad Yusof Sultan

Mahyudin yang berjudul Kejatuhan Kaum-kaum Islam Dan Pegerakan Baru terkandung unsur

6
Wan Nur Izzati Wan Bahari
AIL160118

moralistik yang akan mendatangkan faedah yang besar dan pengajaran berguna kepada umat

Islam yang sedang menghadapi zaman kemalapan berbanding orang lain.6

Menulis Sejarah Atas Kesedaran Diri Sendiri

Lahir kesedaran tentang kepentingan sejarah menyebabkan sejarawan ini mula

menghasilkan idea sejarah. Lalu sejarawan-sejarawan ini mengambil langkah untuk menulis

sejarah dalam usaha menimbulkan kesedaran dalam sesuatu peristiwa. Contohnya Herodotus,

beliau menulis sejarah atas kesedarannya sendiri. Karya Herodotus “Sejarah Perang Parsi”

adalah ditulis untuk memberitahu rakyat tentang sejarah sebenar yang berlaku dalam tamadun

mereka.7 Dalam masa yang sama ianya dapat meningkatkan semangat nasionalisme dalam diri

masyarakat. Minat atau kecenderungan yang hadir dalam diri mereka bukan kerana

mengharapkan ganjaran kewangan, pujian atau pangkat tetapi kerana sikap dan kesedaran

terhadap kepentingan peristiwa mahupun tokoh dalam sejarah yang dikaji dan dituliskan

supaya boleh menjadi ingatan dan teladan buat masyarakat khasnya. 8 Jika kita lihat dari sudut

sejarawan dan pensejarahan Melayu pula. Mejar Datuk Haji Muhammad Said Bin Haji

Sulaiman juga menulis berdasarkan atas kesedaran diri sendiri. Beliau menyedari bahawa tidak

ada lagi penulisan tentang Sultan Abu Bakar lalu mengambil kesempatan ini untuk menulis

tentang tokoh itu. Hal ini jelas terbukti melalui satu kenyataan iaitu:

“Bermula adalah sebab diambil berat pada mengadakan hikayat ini ialah oleh

mengenangkan bahawa iaitu belumlah lagi nampaknya ada suatu hikayat yang khas

seumpama tawarikh Yang Maha Mulia Sultan Abu Bakar…”9

6
Muhd. Yusof Ibrahim, Sejarawan dan Pensejarahan Melayu, Kuala Lumpur: Tinta Publishers, 2011, hlm. xiii.
7
Arba’iyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002,
hlm. 70.
8
Muhd. Yusof Ibrahim, Sejarawan dan Pensejarahan Melayu, Kuala Lumpur: Tinta Publishers, 2011, hlm. vii.
9
Ibid., hlm. 10.

7
Wan Nur Izzati Wan Bahari
AIL160118

Walaupun hanya dengan kesedaran diri sendiri sahaja namun karya pensejarahan ini amat

bernilai.

Melaksanakan Perintah Raja

Motif sesetengah sejarawan dalam penulisan sejarah adalah untuk menggembirakan

hati raja. Mereka akan memaparkan kehebatan, kepahlawanan dan kepewiraan yang ada pada

raja di dalam karya-karya sejarah mereka. Hal ini kerana raja-raja mahu jasa dan sumbangan

mereka dikenang oleh generasi akan datang. Contohnya Tun Seri Lanang diperintahkan untuk

menyalin semula dan memperbaiki karya Sulalatus Salatin. Beliau terpaksa untuk menggalas

tugas itu walaupun kekurangan ilmu pengetahuan dalam hal tersebut kerana takut jatuh derhaka

kepada raja. Hal ini jelas terbukti dalam karya Sulalatus Salatin iaitu:

“… Hamba dengar ada Hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Goa; barang kita

perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang

kemudian daripada kita”… Setelah fakir mendengar demikian, jadi beratlah atas

anggota fakir allazi murakkabun ‘ala jahlihi, Tun Muhammad nama nya, Tun Seri

Lanang timang-timangnya, … Titah Yang Maha Mulia itu, “Bahawa beta minta

diperbuatkan hikayat pada Bendahara peri persetua dan peri pertuturan raja-raja Melayu

yang istiadatnya sekali; supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang

kemudian…”10

Walaupun sejarawan sedar akan kepentingan sejarah namun mereka terpaksa akur terhadap

perintah raja dan menulis sejarah mengikut kehendak raja. Dalam masa yang sama didorong

oleh perasaan ingin menyanjung tokoh yang ditulis.

10
Arba’iyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002,
hlm. 113.

8
Wan Nur Izzati Wan Bahari
AIL160118

Mencatat Untuk Kepentingan Agama

Pengetahuan tentang sesuatu agama itu pasti tidak cukup sekiranya sejarawan tidak

menjadikan agama sebagai salah satu motif penghasilan idea sejarah. Contohnya karya

Muhammad Yusof Sultan Mahyuddin beliau amat berharap agar karya beliau dijadikan asas

bagi pembacaan kitab Tarikh Islam yang lebih besar serta kajian terhadap keagamaan dengan

harapan umat Islam tidak mudah terperdaya dengan bangsa lain.11 Keinginan ini jelas

digambarkan apabila dalam karyanya beliau ada menyebut sekiranya generasi muda ini tidak

didedahkan atau diberitahu tentang kehebatan dan kekuatan sejarah agamanya pastinya mereka

lebih mengagungkan bangsa lain yang tamadunnya jelas kelihatan sinarnya. Beliau mahu

generasi masa akan datang sedar akan tanggungjawab mereka terhadap agama dalam masa

yang sama mengamalkan sikap terbuka dan menerima bangsa lain. Melalui karya pensejarahan

beliau iaitu Karya Kejatuhan Kaum-Kaum Islam dan Pergerakan Baru, beliau cuba memberi

kesedaran kepada masyarakat Islam agar terus berusaha untuk memajukan diri. 12

Melakukan Penyelidikan Menggunakan Kaedah-Kaedah Yang Betul

Menurut Louis Gottschalk yang telah memberi gambaran tentang perkaedahan sejarah

dengan menggunakan Thucydides sebagai contoh. Beliau mengatakan bahawa sejarawan

Perang Pelopponesia itu “… bersungguh-sungguh memberitahu pembacanya bagaimana beliau

menghimpunkan bahan-bahan dan apakah ujian-ujian yang dilakukan bagi mengasingkan yang

benar dari yang palsu.”13 Dengan adanya fakta, bukti dan bahan yang jelas barulah dapat

menghasilkan penulisan sejarah yang bermutu. Penulisan yang bermutu tinggi perlulah disusun

secara teratur maklumatnya dan mempunyai struktur penyelidikan yang betul. Hasil penulisan

perlulah bernas dan mengandungi nilai kesejahteraan kepada semua lapisan masyarakat.

11
Muhd. Yusof Ibrahim, Sejarawan dan Pensejarahan Melayu, Kuala Lumpur: Tinta Publishers, 2011, hlm. 34.
12
Ibid., hlm. 34.
13
Muhd. Yusof Ibrahim, Falsafah, Pengertian dan Kaedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000,
hlm. 146.

9
Wan Nur Izzati Wan Bahari
AIL160118

Sejarawan juga mengakui bahawa peranan mereka tidaklah terhad kepada penceritaan butir-

butir berhubung dengan peristiwa lalu sahaja bahkan perlu menghuraikan sebab mengapa

peristiwa itu berlaku dan hal ini semestinya perlu melalui penyelidikan menggunakan kaedah-

kaedah yang betul. 14Seterusnya dapat menunjukkan kepakaran sejarawan dalam menghasilkan

idea sejarah. Sejarawan perlu tahu bahawa setiap idea sejarah yang dihasilkan akan memberi

kesan selain diguna pakai oleh masyarakat. Dengan itu, sejarawan perlu menepati kriteria-

kriteria yang diperlukan dalam pengarangan sesebuah karya sejarah.

Mentafsir Sejarah

Sejarawan memainkan peranan besar dalam mentafsir idea sejarah. Tanpa tafsiran

sesuatu peristiwa sejarah oleh sejarawan mana mungkin individu biasa yang tidak mahir ilmu

sejarah dapat membaca dan memahaminya. Pemahaman yang tidak jelas inilah yang

mendorong kepada makin ramai individu yang tidak suka atau kurang mengambil berat tentang

sejarah. Sering kita dengar orang berkata “History is the mother of knowledge” maka jelaslah

bahawa segala-galanya bermula dengan sejarah. Menurut Qasim Ahmad tafsiran merupakan

pengungkapan menyeluruh yang mungkin diutarakan oleh seseorang sejarawan atau yang

terpancar dari hasil gabungan gambaran masa silam berdasarkan andaian-andaian yang dibuat.

Contohnya pentafsiran mengenai kes kontroversi yang menimpa nasib kelas pekerja zaman
15
Revolusi Industri Britain. Terdapat dua aliran pentafsiran yang berbeza iaitu yang jelas ke

kiri dan satu lagi ke kanan atau pendirian liberal bagi sesetengah sejarawan. Perkara sebegini

akan menimbulkan percanggahan pendapat dan ia akan menjejaskan pensejarahan. Maka

sejarawan perlulah berperanan dalam mentafsir sejarah tanpa mempunyai unsur bias kepada

14
R. Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican & Sons (M) Sdn Bhd, 1985, hlm.
57.
15
Qasim Ahmad, Karya Sejarah Pendekatan dan Persoalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004,
hlm. 11.

10
Wan Nur Izzati Wan Bahari
AIL160118

mana-mana pihak dan bersikap objektif. Dalam masa yang masa untuk menghasilkan idea

sejarah yang lengkap demi memperoleh kebaikan dan pengetahuan yang tepat serta benar.

Menguasai Bahasa Asing

Sama ada kita sedar ataupun tidak adalah menjadi peranan seseorang sejarawan untuk

menguasai bahasa asing. Jika kita lihat di fakulti-fakulti bahasa Universiti tempatan memang

ramai yang mempelajari atau mampu menguasai bahasa asing dengan baik. Manakala di

fakulti-fakulti sejarah pula tidak ramai yang dapat menguasai bahasa asing. Ini merupakan

halangan utama untuk mendapatkan sumber yang pelbagai. Bukan kita tidak boleh

menggunakan orang bahasa untuk menterjemah sesuatu karya sejarah atau dokumen kerajaan

tersebut. Namun jika diselidiki mereka ini tidak mempunyai asas sejarah menyebabkan

kadang-kadang berlakunya kesalahan terjemahan dan terjemahan tidak dapat difahami.

Profesor Syed Hussein Alatas pernah menyarankan bahawa penguasaan bahasa asing dalam

kalangan sejarawan amat diperlukan untuk memahami sumber yang mengandungi maklumat

tentang era itu. Dalam menjelaskan kekurangan liputan penulisan sejarah tanah air kita,

Profesor Syed Hussein Alatas berkata:

“Kini ketidaklengkapan dalam sejarah kita ini sebenarnya ialah ketidaklengkapan yang

berpunca daripada sejarawan, kerana sejarawan berkenaan tidak berkemahiran dalam

bahasa Belanda. Dia tidak dapat menggunakan sumber Belanda selepas penaklukan

Belanda ke atas Melaka kerana banyak sumber ini ditulis dalam bahasa Belanda.

Terdapat begitu banyak maklumat tentang Malaya daripada sumber Arab, China,

Belanda dan Portugis dan ini melibatkan satu rentetan peristiwa dan isu penting. Jadi

di sini kerelevenan sumber Barat harus dipersoalkan kerana ia merupakan satu

kesalahan bagi kita untuk meniru penulisan British tentang sejarah Malaya. Lagipun ini

sejarah kita jadi kitalah patut bertanggungjawab mencari maklumat yang relevan dan

11
Wan Nur Izzati Wan Bahari
AIL160118

mengendalikan penulisannya. Kita patut menguasai bahasa-bahasa yang berkenaan,

patut cuba memahami sejarah kita.”16

Pernyataan yang beliau maksudkan ini bukan membawa maksud setiap apa yang terkandung

dalam sumber sejarah barat yang dikemukan adalah salah semuanya. Hal ini untuk

memberitahu siapa tahu jika lebih ramai sejarawan menguasai bahasa-bahasa asing mungkin

akan menjadikan sejarah lebih menarik dan kompleks pada masa yang sama kerana akan lahir

lebih banyak pendapat. Selain itu, jika sejarawan menguasai bahasa-bahasa asing ianya dapat

membantu penghasilan idea sejarah yang lebih relevan dan bernas.

16
Qasim Ahmad, Karya Sejarah Pendekatan dan Persoalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004,
hlm. 54.

12
Wan Nur Izzati Wan Bahari
AIL160118

Kesimpulan

Sejarawan dan sejarah berpisah tiada, sejarah sesuatu peristiwa telah sebati dalam

kehidupan harian golongan ini. Kajian demi kajian dilakukan tanpa jemu untuk mencari

kebenaran dan ketepatan sesuatu sejarah itu. Setiap sejarawan mestilah mempunyai disiplin

ilmu sejarah yang tinggi dalam penghasilan idea sejarah. Hal ini adalah untuk memastikan idea

sejarah yang dihasilkan mampu menjadi sumber untuk pengkaji-pengkaji sejarah masa akan

datang dan juga untuk panduan generasi masa akan datang. Sejarawan merupakan individu

penting dalam kalangan masyarakat dulu, kini dan selamanya. Banyak jasa dan bakti yang telah

dicurahkan oleh sejarawan dalam usaha membina sejarah agar ianya menjadi satu disiplin ilmu

yang begitu disanjungi pada hari ini. Sebagaimana yang kita tahu, para sejarawan menulis

dengan bukti yang jelas dan bukannya hanya penulisan yang bersandarkan imaginasi sejarawan

itu sahaja. Hal ini menyebabkan sejarah tidak lapuk dek zaman dan walaupun penulisan itu

telah mencecah usia lebih puluhan ribu tahun dulu tetapi dengan bersandarkan bukti dan

sumber-sumber yang ada pandangan serta hujah yang diberi oleh para sejarawan dapat

membantu generasi seterusnya untuk memahami sebenar sejarah dan menghargainya.

Mencurahkan ilmu sejarah kepada khalayak, menyelidik dan mengkaji peristiwa dulu,

memuatkan fakta-fakta sejarah, memandu sumber-sumber sejarah dan memartabatkan disiplin

sejarah adalah menjadi tugas para sejarawan tidak kira sejarawan klasik atau moden. Menurut

E.H Carr peranan sejarawan bukan sahaja untuk mengajak masyarakat mencintai masa lalu

atau membebaskan diri daripada masa lampau tetapi yang lebih penting ialah untuk menguasai

dan menggunakan segala peristiwa sebagai iktibar untuk memahami masa lalu dan akan datang.

Lantas, pengkajian yang berpanjang oleh para sejarawan dan pemeliharaan terhadap tinggalan-

tinggalan sejarah yang berterusan amat penting dalam memulihara dan memartabatkan karya-

karya pensejarahan. Maka jelaslah bahawa sejarawan memainkan peranan penting dalam

13
Wan Nur Izzati Wan Bahari
AIL160118

penghasilan idea sejarah. Akhir sekali, sekiranya seseorang itu betul-betul memahami sejarah

dan sejarawan memainkan peranan-peranan mereka ianya mampu untuk membentuk keutuhan

jati diri insan.

14
Wan Nur Izzati Wan Bahari
AIL160118

Bibiliografi

Muhd. Yusof Ibrahim. (1986). Pengertian Sejarah Beberapa Perbahasan Mengenai Teori

dan Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fon W. Boardman. JR. (1965). History and Historians. New York: Henry Z. Walck INC.

Arba’iyah Mohd Noor. (2002). Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Muhd. Yusof Ibrahim. (2011). Sejarawan dan Pensejarahan Melayu. Kuala Lumpur: Tinta

Publishers.

Muhd. Yusof Ibrahim. (2000). Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

R. Suntharalingam. (1985). Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Marican & Sons (M)

Sdn Bhd.

Qasim Ahmad. (2004). Karya Sejarah Pendekatan dan Persoalan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Hans Kohn. (1963). Refelctions on Modern History. New York: D. Van Nonstrand Company,

INC.

15

Anda mungkin juga menyukai