Anda di halaman 1dari 10

Sejarah Tingkatan Satu

Bab 1 : Mengenali Sejarah

1) Memahami Sejarah dapat membentuk Warganegera yang mempunyai jati diri


dan keperibadian yang mulia.
2) Semangat patriotik seseorang dapat dilihat daripada kepatuhan terhadap
norma dan undang-undang negara.
3) Sejarah boleh dijadikan iktibar dan pengajaran untuk kehidupan pada masa
akan datang.
4) Mengetahui sejarah dapat meningkatkan patriotisme, mengukuhkan
perpaduan , dan menjadikan kita patuh kepada Rukun Negara.
5) Kita perlu lebih menyayangi diri dan keluarga melalui cara hidup yang baik.

Isi Kandungan
1.1 Pengertian Sejarah - 3
1.2 Sejarah Mengikut Pandangan Sejarahwan - 3

1|Page
1.3 Masa Silam dan Ruang dalam Sejarah - 5
1.4 Sumber Sejarah - 5
1.5 Penyelidikan dalam Sejarah - 6
1.6 Tafsiran Sejarah - 9
1.7 Kepentingan Mempelajari Sejarah - 10
Latihan Bahagian A
Latihan Bahagian B
Latihan Bahagian C

1.1 Pengertian Sejarah

2|Page
Secara umumnya, Sejarah ialah peristiwa yang berlaku pada masa yang lalu. Sejarahwan merupakan ahli-ahli
sejarah yang menyelidiki rekod-rekod lalu dan memuatkan kajian mereka dalam bentuk buku, monograf atau
makalah.
Aspek Pengertian
Bahasa Arab Perkataan Arab syajaratun bererti pokok.
Bahasa Melayu Sejarah dikaitkan dengan salasilah, riwayat, keturunan dan asal usul.
Kamus Dewan Asal usul (Keturunan), Salasilah, Kisah, Riwayat, Tambo, Kajian tentang
peristiwa-peristiwa yang lalu, Peristiwa yang benar-benar berlaky pada
waktu yang lampau.
Bahasa Inggeris Cerita tentang Seseorang
Bahasa Yunani Perkataan historia bererti penyelidikan.

1.2 Sejarah Mengikut Pandangan Sejarahwan.

Herodotus Herodotus mendefinisikan Sejarah sebagai The


Penceritaan tentang tindakan manusia yang
penting dan mengagumkan serta sebab
berlakunya sesuatu peristiwa.

Persian War atau Histories


(440SM)

E.H. Carr
Beliau mendefinisikan Sejarah sebagai Suatu
proses interaksi berterusan antara ahli
sejarah dengan fakta-faktanya, suatu dialog
yang tidak berkeseduhan antara masa kini What
dengan masa lampau. Is

History?

3|Page
(1961)

Ibn Khaldun Sebagai sejarahwan Islam yang tersohor,


Sejarah didefinisikan olehnya sebagai :
Sejarah membicarakan perkara tentang
masyarakat manusia, peradaban dunia, dan
perubahan-perubahan yang berlaku pada
sifat-sifat masyarakat itu.

Muqaddimah (1377)

Khoo Kay Kim Walaupun beliau baru meninggal dunia,


sumbangannya tidak akan terlupa oleh kita.
Mengikut temu bual dengannya, sejarah
merujuk kepada apa2 yang pernah atau sudah
berlaku. Sejarah ialah ibu kepada semua
bidang.

The
Western Malay States, 1850-
1873 (1972)

Muhd Yusof Ibrahim


Sejarawan tempatan yang mengkaji tentang
ilmu dan disiplin sejarah. Menurutnya, Ilmu
Sejarah ialah masa lalu itu sendiri. Sejarah
juga merupakan catatan ataupun rekod tetang
sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu
masa yang lalu.

Sejarah : Sesi Kedua (2016)

1.3 Masa Silam dan Ruang dalam Sejarah


4|Page
-Terbahagi kepada dekad (10 tahun), abad (100 tahun), alaf (1000 tahun)
- Boleh diukur mengikut zaman, seperti Sebelum Masihi (SM)
dan Masihi(M)-kelahiran Nabi Isa a.s.
- Ruang dalam sejarah- mendorong sejarawan membahagikan penulisan kepada tema tertentu seperti
politik, ekonomi dan sosial.

1.4 Sumber Sejarah

Sumber Primer Sumber Sekunder


-Belum diolah atau diterbitkan -Bahan yang telah diolah atau diterbitkan.
-Bersifat asli -Bahan tersebar kepada umum.
-Belum Ditafsir

Fosil, Artifak, Bukan Artifak, Batu Buku, Akhbar, Majalah, Jurnal, Ensiklopedia,
Bersurat,Keterangan Lisan, Dokumen Rasmi, Risalah
Manuskrip, Fail Rasmi Jambatan

Artifak merupakan peralatan ciptaan manusia Bukan Artifak merupakan data arkeologi
yang digunakan untuk perburuan,pertanian dan berkaitan budaya manusia yang terdapat di
perdagangan. bawah tanah dan di atas permukaan tanah,
- diperbuat daripada batu, kaca dan logam seperti dinding gua, dinding kota dan struktur
- Contoh: Artifak loceng gangsa di Kampung binaan.
Pencu, Muar, Johor-hubungan perdagangan - Contoh: Candi Lembah Bujang-pengaruh Hindu
dengan Kerajaan Funan pada 150 tahun Masihi. dan Buddha serta hubungan perdagangan antara
India dengan Kedah.

Ensiklopedia merupakan bahan berdasarkan fakta dan sumber sejarah yang sahih.
- Contoh: The Encyclopedia of Malaysia - bertemakan; sejarah awal, sejarah moden awal,
arkitektur, laut dan tumbuh-tumbuhan.

5|Page
1.5 Penyelidikan Dalam Sejarah
Kaedah Bertulis ditulis pada daun lontar, kulit kayu, dan gading.
-Kajian terhadap sesuatu peristiwa yang -Kaedah ini juga dapat dilihat catatan
diperoleh melalui maklumat yang terdapat pengembaraan, catatan harian seseorang dan fail-
pada sumber yang ditulis atau dipahat. fail kerajaan.
-Di negara Asia Tenggara, maklumat Paleografi : Ilmu mengkaji dan menganalisis tulisan kuno pada daun
lontar, papyrus, tanah liat atau batu.
bertulis tertua boleh didapati di dinding gua, Epigrafi : Ilmu mempelajari tulisan yang terdapat pada tugu,
dipahat pada batu, bangunan dan prasasti.

Kaedah arkeologi.
1.Maklumat berdasarkan kajian saintifik.
2.Antara cabang bidang arkeologi ialah angkasa lepas,maritim dan gali cari.
3.Maklumat ditemui melalui proses gali cari.
4.Melalui proses gali cari, ketetapan usia bahan dapatdisahkan melalui kajian saintifik seperti pentarikhan
radiokarbon.

Kaedah Lisan
1.Maklumat diperoleh secara terus
2.Melalui ucapan, penceritaan, perbualan
3.Maklumat sejarah daripada ucapan tokoh.

Proses Kaedah Bertulis

6|Page
Proses Kaedah Lisan
Tahap Pertama Persediaan Tahap Kedua Tahap Ketiga
Rakaman Temu Bual Memproses Rakaman
-Menentukan Tokoh -Membuat persediaan lengkap -Membuat senarai, menyalin dan
-Menentukan skop atau perkara dengan meneliti sumber bertulis menyunting rakaman.
yang akan ditemu bual tentang perkara dikaji. -Menilai fakta-fakta dengan
- Memilih soalan yang berkaitan -Menyakinkan tokoh agar sumber bertulis
pendekatan sejarah. memberikan kerjasama dan -Menyimpan rakaman dengan baik.
menghargai tujuan penghargaan.

Proses Arkeologi
Proses Gali Cari di Tapak Penemuan

7|Page
1) Melakukan peracangan grid sebelum kerja ekskavasi dilakukan oleh ahli arkeologi. Nombor rujukan
akan diberikan kepada setiap petak.
2) Menandakan kawasan berdasarkan pelan.
3) Mencatatkan semua penemuan dalam ekskavasi.
Kerja-kerja di Makmal Arkeologi
1) Pemunggahan dan penyisihan mengikut jenis artifak atau lapisan tanah di tapak artifak yang dijumpai
dilakukan.
2) Pembersihan artifak dilakukan sebelum kajian dilakukan
3) Pengkatalogan untuk setiap artifak dibuat dengan memberikan nombor pengenalan.
4) Penganalisaan dilakukan untuk mendapat maklumat bagi sesuatu artifak.

1.6 Tafsiran Dalam Sejarah


ZX: SY! Apakah pandangan anda terhadap tafsiran
dalam sejarah?
SY: Pada pandangan saya, tafsiran dalam sejarah adalah
menerangkan atau mengulas sesuatu fakta sejarah
berdasarkan sumber-sumber yang berkaitan
dengannya. Bagaimana pula wujudnya perbezaan
tafsifan dalam sejarah, ZX?
ZX: Terdapat perbezaan yang disebabkan oleh pemilihan
sumber yang pelbagai, perbezaan pandangan, perbezaan
ideologi dan tujuan penulisan. Sebagai contohnya,
bantahan rakyat HK adalah disebabkan keinginan
demokrasi di situ. Tetapi sejarawan China akan berdebat
bahawa HK sejak 5000 tahun yang lalu merupakan
kawasan tamadun China.
SY: Selain memberikan galakan untuk mengunakan pelbagai
sumber dalam penulisan, apakah kepentingan lain tafsiran
dalam sejarah?
ZX: Menilai peristiwa yang sama, tetapi dilihat dari sudut

8|Page
berbeza serta mendorong fikiran berbuka dan kritis
dalam mengkaji sesuatu peristiwa dengan menggunakan
pelbagai sumber dalam sejarah.
SY: Terima kash ZX!
ZX: Sama-sama.

1.7 Kepentingan Mempelajari Sejarah

9|Page
10 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai