Anda di halaman 1dari 2

Sejarah Tahun 4 2017

Bab 1 - Sejarah dan Kita


Apa Itu Sejarah?

 Menurut Kamus Dewan


Sejarah ialah peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lampau.
 Menurut pandangan tokoh:
a) Ibn Khaldun - Sejarah membincangkan tentang masyarakat
manusia, atau peradaban manusia, tentang perubahan yang berlaku
pada sifat-sifat masyarakat itu.

b)     Muhd. Yusof Ibrahim - Sejarah merupakan catatan ataupun rekod


mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu

c)     Herodotus - Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab


mereka melakukannya

Dua sumber untuk mengkaji sejarah

I. Sumber pertama

a)    fosil - tinggalan haiwan atau tumbuhan dari zaman lampau


b)    manuskrip - naskhah tulisan tangan
c)    artifak - barang tinggalan yang dicipta oleh manusia pada zaman lampau
d)    batu bersurat – tulisan yang terdapat pada batu. Cth : Batu Bersurat Terengganu

II. Sumber kedua

a)    buku - bahan bacaan yang dikarang dan dijilidkan


b)    majalah - bahan cerita berkaitan peristiwa pada waktu semasa
c)    surat khabar - bahan berita yang terjadi pada masa tersebut
d)    risalah - bahan makluman berkaitan satu-satu perkara khusus
e)    ensiklopedia - bahan maklumat tentang sesuatu benda, perkara atau kejadian
secara terperinci

Tiga kaedah utama untuk mendapatkan maklumat sejarah

I. Kaedah lisan - Kaedah temu bual dengan individu tertentu sama ada tokoh sejarah
atau orang awam.

II. Kaedah bertulis -Kajian sejarah yang dibuat berdasarkan bahan bertulis atau bercetak
seperti buku, majalah dan surat khabar.

III. Kaedah arkeologi - Kajian terhadap tinggalan purba seperti artifak, fosil atau
manuskrip yang belum dicetak.

PCKoKu/Ake/Sej/Th.4 Page 1
Sejarah Tahun 4 2017

Kronologi

1. Setiap peristiwa sejarah perlu dikaji mengikut urutan masa yang dinamakan sebagai
kronologi.

2. Kronologi bermaksud susunan peristiwa menurut masa berlakunya peristiwa


tersebut

Kronologi masa 

 Dekad - Satu dekad bersamaan dengan 10 tahun.


 Abad - Satu abad/ kurun bersamaan dengan 100 tahun.
 Alaf - Satu alaf bersamaan dengan 1 000 tahun
 Era - jangka masa tertentu (yang lama dalam sejarah)
1 abad = 10 tahun
1 abad/ kurun = 100 tahun
1 alaf = 1000 tahun

3.    Konsep masa dalam sejarah juga dilihat mengikut zaman, iaitu:
I.    Zaman Sebelum Masihi(SM)  - Zaman sebelum kelahiran Nabi Isa
II.   Zaman Masihi(M) - Zaman selepas kelahiran Nabi Isa
III.  Tahun Hijrah (H) - Tarikh yang dikira mulai tarikh hijrah Nabi
Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah

Tinggalan sejarah yang terdapat di Muzium Negara

 Gendang Dongson
 Tengkorak Homo sapien sapien
 Manuskrip Sejarah Melayu
 Lukisan batu di dinding Gua Niah, Sarawak
 Pemukul kulit kayu
 Tulang mawas
 Tembikar
 Tapak arkeologi

Bahan sejarah terdapat di tempat bersejarah 

 Bukit Tengkorak, Sabah


 Gua Niah, Sarawak
 Lembah Bujang, Kedah
 Kota A Famosa, Melaka
 Kota Belanda, Melaka
 Kota Margherita, Sarawak

Saksikan juga di youtube : https://www.youtube.com/watch?v=JJuxa1L9mZA

PCKoKu/Ake/Sej/Th.4 Page 2

Anda mungkin juga menyukai