Anda di halaman 1dari 18

Pendidikan Moral (ELM 3033)

Konsep Penilaian - satu proses yang dianggap sistematik


semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan
sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah
tercapai
Konsep Pengujian - satu prosedur yang sistematik untuk
memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan
menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu
sistem yang berkategori

Konsep Pentaksiran - proses pengumpulan maklumat tentang


perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan
pelbagai kaedah

Penilaian Formal
merangkumi penilaian formatif dan sumatif

Penilaian Tidak Formal


adalah memberi gambaran yang menyeluruh
mengenai profil pelajar dari segi nilai dan sikap

Penilaian Formal
Penilaian Formatif
dijalankan secara berterusan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran

Penilaian Sumatif
memberikan nilai yang membezakan pencapaian
seorang murid dengan murid lain dan seringkali
digunakan untuk membuat pemilihan

Penilaian Tak Formal

Memberi gambaran yang menyeluruh mengenai profil


pelajar dari segi nilai dan sikap.

Pelbagai cara digunakan untuk menjalankan penilaian tidak


formal iaitu :
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Pemerhatian
Senarai semak dan skala pemeringkatan
Rekod Anekdot
Hasil kerja pelajar
Temu bual

Perbandingan Antara Ujian Formatif dan


Ujian Sumatif
UJIAN FORMATIF

UJIAN SUMATIF

Menghasilkan maklumat balik kepada


Fungsi

murid dan guru tentang kemajuan

Pensijilan murid pada akhir kursus

murid
Masa diberi

Kesukaran

item

Jenis alat

Contoh

Sepanjang pengajaran

Pada akhir satu-satu kursus atau


unit
Semua peringkat. Ada penilaian

Berubah-ubah mengikut segmen

yang sangat senang dan ada yang


susah

Alat pengukur formatif yang di bentuk


khusus
Ujian bulanan, lembaran kerja, buku
skrap dan lain-lain

Peperiksaan akhir tahun


UPSR, PMR, SPM, STPM,
Peperiksaan Sijil Perguruan,
peperiksaan akhir tahun

Pembinaan Instrumen Pengukuran


dan Penilaian
Langkah-langkah dan prosedur pembinaan ujian hendaklah
mematuhi perkara-perkara berikut:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Menentukan tujuan dan objektif pengajaran yang


hendak diuji.
Menentukan Jadual penentuan ujian
Menulis item-item soalan.
Menyunting item.
Menjalankan praujian.
Mentadbir ujian atau peperiksaan

Menulis Item-Item Soalan


Penilaian dalam bentuk formal dijalankan melalui penilaian
yang berbentuk ujian pensil kertas. Penilaian formal boleh
berbentuk objektif dan subjektif. Jenis-jenis ujian objektif
dan subjektif
Soalan Objektif

Soalan aneka pilihan

Soalan Subjektif

- jawapan terbaik

- Positif dan negatif

yang pendek

- Cantuman

Soalan betul salah

Soalan memerlukan jawapan

Soalan melengkapkan
perkataan / ayat / cerita

Soalan menggunakan

gambar

Soalan Objektif
Soalan berbentuk objektif terbahagi kepada dua jenis:
1. Item respon bebas
Item jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan
dan menuliskan sendiri jawapan sendiri.
2. Item respon tetap (item objektif pilihan)
Item respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan
yang paling betul atau paling tepat. Jawapan dipilih
daripada dua atau lebih pilihan. Jenis soalan respon tetap;
Format salah betul
Padanan
Aneka pilihan

Contoh Item-item Ujian Soalan Objektif


1. Contoh soalan objektif (Jawapan terbaik)
Bayangkan anda ialah seorang pustakawan sekolah. Semasa
menjalankan tugas, anda mendapati bahawa dua orang rakan anda
sedang berbual dengan suara yang tinggi.
Apakah tindakan anda
A.
Memarahi mereka
B.
Menasihati mereka
C.
Tidak mempedulikan mereka
D.
Menghalau mereka keluar dari perpustakaan
2. Contoh soalan objektif (Positif / negatif)
Kalau kita memecahkan pasu bunga jiran dengan tidak sengaja, kita
harus lakukan perkara-perkara berikut kecuali
A.
B.
C.
D.

Membayar ganti rugi kepada jiran


Melarikan diri dari tempat kejadian
Menggantikan pasu bunga yang baru
Mengaku kesalahan dan meminta maaf daripada jiran

3. Contoh soalan objektif (Cantuman)


Tindakan berikut yang manakah menunjukkan sikap menyayangi
alam sekitar
I
Menebang pokok sesuka hati
II
Membuang sampah ke dalam sungai
III
Menanam pokok bunga di kawasan lapang
IV
Mengumpulkan surat khabar untuk kitar semula
V
Menderma baju lama ke rumah anak yatim
A.
B.
C.
D.

I dan II sahaja
II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
III, IV dan V sahaja

4. Contoh soalan betul / Salah


a) Apabila Sabri marah, dia memukul adiknya.
b) Kita perlu berusaha gigih untuk mencapai kejayaan

(
(

)
)

Soalan Subjektif
Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang
berbentuk pertanyaan dalam instrumen pentaksiran untuk
menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap
kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan.
Terdapat dua jenis
1.
2.

Tindak balas terhad (struktur)


Tindak balas lanjutan (esei)

Dua jenis item esei


1. Item tindak balas terhad
Item tindak balas terhad membataskan isi dan bentuk tindak
balas. Item jenis ini juga dihadkan kepada skop/topik tertentu
sahaja. Item jenis ini berupaya mengukur aras kognitif isi yang
terbatas.
2. Item tindak balas lanjutan
Item jenis ini tidak membataskan isi dan bentuk tindak balas.
Pelajar akan dirangsang untuk berfikir dan mengaitkan serta
mengaplikasikan pengetahuan serta pengalaman yang dipelajari
di bilik darjah atau pengalaman sedia ada murid dalam jawapan
mereka.

Jenis Soalan Subjektif


Jenis soalan respons terhad adalah seperti berikut:
1. Soalan berstruktur
satu siri soalan yang berkaitan dengan sesuatu isu yang
dikemukakan satu demi persatu jawapan yang diberikan merupakan
satu penyelesaian kepada isu yang dikemukakan(nilai, sikap,
tingkahlaku)
2. Soalan berpandu
mengandungi penggerak-penggerak atau stimuli seperti gambar,
peta, carta dan lain-lain. Pelajar menjawab berdasarkan penggerakpenggerak yang disediakan
3. Soalan jenis gerak balas lanjutan
Soalan jenis perbicaraan. Memberi peluang kepada pelajar
menjawab secara bebas- menghuraikan idea/pendapat secara
bertulis. Sangat sesuai digunakan untuk mengukur proses pemikiran,
daya kreatif, keaslian idea, induksi, imaginasi

Contoh item-item ujian soalan Subjektif


1.

Contoh Soalan Subjektif (Lengkapkan ayat)


a)
b)

Peperiksaan akhir hampir menjelang, anda harus _______________


Sikap yang suka menjaga kebersihan alam sekitar akan
menguntungkan kita kerana ________________________________

2. Contoh Soalan Subjektif (Jawapan pendek)


a) Huraikan 3 cara menyayangi alam sekitar
_______________________________________________________
b) Manjit bermain bola keranjang ketika hujan lebat. Pakaiannya menjadi
basah dan kotor. Apabila sampai di rumah, Manjit terus makan
kerana letih dan lapar. Nyatakan 2 tindakan yang patut diambil oleh
Manjit jika dia mengamalkan nilai kebersihan diri
1.______________________________________________________
2.______________________________________________________

Aspek Instrumen Penilaian


1. Bidang Kognitif/Pemikiran moral - Pencapaian pengetahuan dan
perkembangan intelek. Dalam Pendidikan Moral, dari segi
pengetahuan mengenai nilai dan kandungan akademik yang
ditentukan bagi setiap kelas.

2. Bidang Afektif/Perasaan moral - Perkembangan perlakuan dalam


minat, sikap, nilai serta rohani dan emosi. Dalam Pendidikan
Moral, dari segi menggunakan aspek nilai dan kandungan
akademik dalam mempunyai iltizam untuk mengamalkan
perlakuan yang bermoral serta sikap yang diterima dalam
masyarakat kita.
3. Bidang Psikomotor /Tingkah laku moral - Kebolehan melakukan
sesuatu perlakuan yang bermoral secara adil dan altruistik
selaras dengan nilai murni masyarakat majmuk.

Masalah Penilaian Pendidikan Moral di


Sekolah
Masalah 1:
Penilaian moral susah dinilai secara afektif
Bagaimana kita hendak menilai sikap dan tabiat selepas satu waktu pengajaran?
Masalah 2:
Proses penilaian memerlukan masa yang panjang
Penilaian moral biasanya dilakukan melalui penilaian formal seperti mengadakan
ujian aneka pilihan, jawapan pendek, melengkapkan cerita dan memadan gambar
dan kenyataan. Penilaian juga dibuat melalui penilaian tidak formal seperti senarai
semak, skala pemeringkatan serta rekod peristiwa (rekod anekdot).
Masalah 3:
Penilaian Pendidikan Moral adalah subjektif
Sesetengah alat yang digunakan dalam penilaian Pendidikan Moral banyak
dipengaruhi oleh perasaan penilai atau penguji.
Masalah 4:
Penilaian Pendidikan Moral membawa banyak implikasi
Domain afektif yang yang meliputi sikap, nilai, minat dan perasaan merupakan
domain yang amat sukar dinilai

Pendidikan Moral (ELM 3033)

Anda mungkin juga menyukai