Anda di halaman 1dari 5

BAB 1: MENGENALI SEJARAH

1.1 PENGERTIAN SEJARAH


* Bahasa:
- Asal perkataan Arab "Syajaratun" beerti pokok.
- Juga disebut salasilah, riwayat, keturunan dan asal usul

* Kamus Dewan:
- asal usul (keturunan), salasilsah
- peristiwa benar yang berlaku pada waktu lampau,kisah,riwayat dan tambo.
- kajian atau pengetahuan tentang peristiwa yang telah berlalu

* Bahasa Inggeris:
- history
- cerita tentang seseorang.
- asal dari bahasa Yunani bererti penyelidikan

1.2 PENGERTIAN SEJARAH MENGIKUT PANDANGAN SEJARAWAN

TOKOH PENERANGAN
1. Herodotus - "Penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan mengagumkan serta
sebab berlakunya sesuatu peristiwa".
- Mula menggunakan perkataan "penyelidikan atau penyiasatan terhadap peristiwa
silam mahupun sezaman".
- Karya : Histories atau Sejarah Perang Parsi (The Persian War).
- ditulis berdasarkan peristiwa benar yang berlaku.

2. E.H. Carr - "Suatu proses interaksi berterusan antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, suatu
dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dengan masa lampau".
- Tindak balas pembaca terhadap penulisan sejarah, iaitu fakta-fakta yang ditulis
oleh sejarawan.
- Karya: What is History?

3. Ibn Khaldun - "Sejarah membicarakan perkara tentang masyarakat manusia, peradaban dunia
dan perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu".
- Menceritakan dan mengupas perihal kehidupan manusia bermula zaman primitif
hingga kehidupan di bandar.
- Karya: Muqaddimah (mengandungi 6 bab)

4. Khoo Kay Kim - "Sejarah merujuk kepada apa-apa yang pernah atau sudah berlaku. Sejarah
mendorong kita lebih memahahmi apa-apa yang berlaku pada masa kini, di samping
menjamin kesilapan yang sama tidak berulang. Sejarah ialah ibu kepada semua
bidang".
- Mengkaji sejarah Malaysia.

5. Muhd Yusof - "Sejarah ialah masa lalu itu sendiri. Sejarah juga merupakan catatan atau pun
Ibrahim rekod tentang sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu".
-Mengkaji tentang ilmu dan disiplin sejarah.
- Karya: Sejarawan dan Persejarahan Melayu: Tradisi dan Transformasi
1.3 MASA SILAM DAN RUANG DALAM SEJARAH

#Masa silam :

- rentetan peristiwa yang telah berlaku.

- berdasarkan urutan masa iaitu kronologi - rentetan peristiwa yg berlaku secara teratur mengikut
urutan masa dari awal hingga yang terkakhir dan bergerak mengikut satu garisan lurus.

- Terbahagi kepada dekad (10 tahun), abad (100 tahun), alaf (1000 tahun)

- Boleh diukur mengikut zaman, seperti Sebelum Masihi (SM) dan Masihi(M)-kelahiran Nabi Isa
a.s.

- Ruang dalam sejarah- mendorong sejarawan membahagikan penulisan kepada tema tertentu
seperti politik, ekonomi dan sosial.

- Dalam sejarah Malaysia ruang masa dibahagikan kepada beberapa tempoh masa,seperti era
Kesultanan Melayu Melaka, kemunculan kuasa-kuasa luar dan kemerdekaan negara.

1.4 SUMBER SEJARAH

SUMBER SEJARAH PENERANGAN


1. Sumber Primer - belum diolah atau diterbitkan
- bersifat asli
- belum ditafsir
- Contoh: Fosil, Artifak, Bukan Artifak, Batu Bersurat, Keterangan
Lisan,Dokumen Rasmi, Manuskrip, Fail Rasmi Jabatan, Surat
Peribadi, Diari

2. Sumber Sekunder - Bahan yang telah diolah dan diterbitkan


- Bahan tersebar kepada umum
- Contoh: Buku, Akhbar, Majalah, Jurnal, Ensiklopedia, Risalah

NOTA TAMBAHAN

Artifak Bukan Artifak Ensiklopedia

- peralatan ciptaan manusia yg - Data arkeologi berkaitan - Bahan berdasarkan fakta


digunakan utk budaya manusia yang dan sumber sejarah yang
perburuan,pertanian dan terdapat di bawah tanah dan sahih.
perdagangan. di atas permukaan tanah, - Contoh: The Encyclopedia of
- diperbuat daripada batu, seperti dinding gua, dinding Malaysia - bertemakan;
kaca dan logam kota dan struktur binaan. sejarah awal, sejarah moden
- Contoh: Artifak loceng - Contoh: Candi Lembah awal, arkitektur, laut dan
gangsa di Kampung Pencu, Bujang-pengaruh Hindu dan tumbuh-tumbuhan.
Muar, Johor-hubungan Buddha serta hubungan
perdagangan dgn Kerajaan perdagangan antara India
Funan- 150 tahun Masihi. dengan Kedah.
1.5 PENYELIDIKAN DALAM SEJARAH

3 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM SEJARAH

KAEDAH BERTULIS KAEDAH LISAN KAEDAH ARKEOLOGI


(GALI CARI)

KAEDAH BERTULIS

1. Mendapatkan maklumat dari sumber yang :


ditulis, dilakar atau dipahat pada batu, dinding gua, kulit kayu, daun, kayu, logam, kertas dan
gading.

2. Dapat membantu sejarawan memperoleh maklumat mengenai sesuatu perkara, peristiwa,


tokoh, kejadian, perundangan dan adat resam.

3. Antara sumber bertulis;


a) Daun lontar-bahan penulisan masyarakat tradisional di Asia Tenggara untuk mengetahui
sejarah masa lalu dalam pelbagai bidang seperti kebudayaan, keagamaan dan perubatan.
b) Batu bersurat Terengganu bertarikh 702 Hijrah bersamaan tahun 1303 Masihi menceritakan
perihal hukum Islam dan membuktikan agama Islam telah bertapak awal di negara ini.

Proses Kaedah Bertulis


1. Mengenal pasti sumber bagi sesuatu peristiwa, tokoh atau institusi- sebagai contoh; sejarah
negara kita mungkin boleh didapati di negara kita, Portugal dan Belanda. Sumber bertulis ini juga
boleh didapati dalam bahasa lain seperti Sanskrit, Cina dan Inggeris.

2. Mendapat dan mengesahkan sumber bertulis tersebut-Penyelidik perlu ke tempat simpanan


sumber seperti muzium, arkib atau perpustakaan. Bantuan dari ahli paleografi dan epigrafi
mungkin diperlukan untuk mentafsir maklumat tersebut.

3. Mengumpul dan menyimpan sumber yang diperoleh-Bahan atau sumber rujukan yang telah
didapati harus dikumpulkan di suatu tempat.

4. Menggunakan peralatan yang sesuai (seperti penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
serta peralatan arkeologi)-Penggunaan peralatan seperti komputer untuk menganalisis data dan
sumber, menyunting penulisan, disamping menyusun bibliografi dan statistik.

5. Menganalisis-Keupayaan sejarawan menganalisis dan memberikan perspektif baharu terhadap


sesuatu peristiwa sejarah, serta mengupas dan menjelaskan pertentangan yang wujud pada
kajian lepas terhadap peristiwa yang sama.
KAEDAH LISAN

1. Merupakan hasil temu bual dengan seseorang


2. Maklumat diperolehi melalui ucapan, penceritaan, pengisahan dan perbualan.
3. Kelemahan: boleh ditokok tambah, terdapat unsur dongeng, mitos dan legenda.

Tiga tahap kaedah lisan:

1. Tahap Pertama: Persediaan

a) Menentukan tokoh
b) Menentukan skop atau perkara yang akan ditemu bual
c) Memilih soalan yang bersifat pendekatan sejarah

2. Tahap Kedua: Rakaman temu bual

a) Membuat persediaan lengkap dengan mengetahui sebanyak mungkin perkara yang dikaji
terutama dengan meneliti sumber bertulis dahulu.
b) Meyakinkan tokoh untuk memberi kerjasama dan menghargai tujuan pengkajian.

3. Tahap Ketiga: Memproses rakaman

a) Membuat senarai dan menyalin atau menyunting rakaman.


b) Menilai fakta-fakta dengan sumber bertulis
c) Menyimpan rakaman dengan baik

KAEDAH ARKEOLOGI

1. Mendapatkan maklumat berdasasrkan kajian saintifik


2. Ahli arkeologi mendapatkan dari bahan tinggalan sejarah yang ditemui melalui proses cari
gali.
3. Hasilnya, tafsiran dan pentarikhan tentang budaya masayarakat dapat dibuat.
4. Contoh; fosil, binaan daripada batu, peralatan daripada tembikar, logam dan kulit siput.

Proses aktiviti cari gali;

1. Perancangan grid sebelum kerja ekskavasi. Setiap petak diberikan nombor rujukan.
2. Menandakan kawasan berdasarkan pelan.
3. Ekskavasi dengan mencatat semua penemuan.

Kerja-kerja di makmal arkeologi:

1. Pemunggahan dan pengisihan.-mengikut jenis artifak atau lapisan tanah di tapak artifak
dijumpai.
2. Pembersihan dilakukan sebelum dikaji.
3. Pengkatogan bagi setiap artifak dengan nombor pengenalan.
4. Penganalisian bagi mendapatkan maklumat tentang sesuatu artifak

Apa itu arkeologi bawah air?

1. Kajian saintifik tentang sejarah peninggalan manusia yang terdampar di dasar laut, sungai
atau tasik.
2. Segala khazanah warisan kapal karam yang tenggelam ke dasar laut perlu dikaji dan
direkod.
3. Arkeologi bawah air merupakan bidang kajian baharu di Malaysia dan semakin mendapat
perhatian.
4. Jabatan Warisan Negara dan beberapa buah universiti awam seperti Universiti Malaysia
Sabah berperanan terhadap pembangunan arkeologi bawah air.

1.6 PENTAFSIRAN SEJARAH

1. Tafsiran dalam sejarah beerti menerangkan atau mengulas sesuatu fakta sejarah
berdasarkan sumber-sumber yang berkaitan dengannya.
2. Tafsiran sejarah menjadikan sesuatu peristiwa itu bermakna, berfaedah atau sebaliknya.
3. Tafsiran antara sesuatu peristiwa sejarah yang sama mungkin berbeza antara sejarawan,
disebabkan:
a) pemilihan sumber yang pelbagai
b) perbezaan pandangan
c) perbezaan ideologi
d) tujuan penulisan

4. Kepentingan tafsiran dalam sejarah:

a) Menggalakkan kita menggunakan pelbagai sumber dalam penulisan bagi menghasilkan


kajian yang mempunyai bukti yang kukuh.
b) Mengajak kita menilai sesuatu peristiwa yang sama, tetapi dilihat dari sudut yang
berbeza.
c) Mendorong kita berfikiran terbukan dan kritis dalam mengkaji sesuatu peristiwa dengan
menggunakan pelbagai sumber sejarah.

5. Contoh:
PERISTIWA PERBEZAAN PANDANGAN
1. Pembunuhan J.W.W Birch Sejarawan Barat : Memperkenalkan cukai
Sejarawan Tempatan: Mengambil alih kuasa

2. Sebab kedatangan British ke Tanah Melayu Sejarawan Barat : Faktor Kemanusiaan


Sejarawan Tempatan: Faktor Ekonomi

1.7 KEPENTINGAN MEMPELAJARI SEJARAH

a. Mengenal asal-usul
b. Mengambil iktibar
c. Memupuk patriotisme
d. Mengukuhkan perpaduan
e. Membangunkan negara bangsa
f. Mengaplikasikan kemahiran pemikiran sejarah

Anda mungkin juga menyukai