Anda di halaman 1dari 12

Nota

Sejarah
Tingkatan 1
中一历史笔记
Bab 1
1.1 PENGERTIAN SEJARAH
- Sejarah ialah peristiwa berlaku pada masa lalu.
- Pengertian Sejarah:
@Bahasa Melayu
@Kamus Dewan
@Bahasa Inggeris
Pengertian sejarah dalam Bahasa Melayu :
✔ Syajaratun (perkataan arab)
✔ Maksud syajaratun
= Salasilah
= Riwayat
= Keturunan
= Asal usul
Pengertian sejarah menurut Kamus Dewan :
✔ Asal usul (keturunan) dan salahsilah.
✔ Peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang
lampau.
✔ Kisah
✔ Riwayat atau tambo
✔ Kajian atau pengetahuan tentang peristiwa-peristiwa yang
telah berlaku.
Pengertian sejarah dalam bahasa inggris :
✔ history (cerita tentang masa lalu seseorang atau manusia)
✔ history (Bahasa Yunani), historia yang bermaksud
penyelidikan atau penyiasatan.
1.2 PENGERTIAN SEJARAH MENGIKUT
PANDANGAN SEJARAWAN
- Ahli sejarawan tersohor telah memberikan pelbagai
pengertian tentang sejarah.
1.3 MASA SILAM DAN RUANG DALAM SEJARAH
- Pembelajaran sejarah dapat dirujuk kepada dua
aspek berikut :
@Masa Silam
@Ruang yang luas
- Kedua-dua aspek tersebut tidak mempunyai
batasnya.
- Konsep Masa Silam
a. Merujuk kepada rentetan peristiwa yang telah
berlaku.
[ 指已经发生的一系列事件 ]
b. Rentetan peristiwa yang berlaku pada masa
silam yang dikaji disusun mengikut urutan masa
yang dinamakan kronologi.
[ 过去研究中发生的事件顺序按称为年表的时间顺序排列 ]
c. Kronologi juga merujuk kepada rentetan
peristiwa yang berlaku secara teratur mengikut
urutan masa dari mula hingga akhir.
[ 年表也指从开始到结束按时间顺序发生的一系列事件 ]
d. Urutan masa tersebut diatur mengikut satu
garisan lurus.
[ 时间顺序排列成一条直线 ]
- Ruang masa dalam sejarah
Dekad 10 tahun

Abad / Kurun 100 tahun

Alaf 1000 tahun


- Konsep masa juga dapat diukur mengikut zaman,
iaitu :
@ Zaman Sebelum Masihi (SM)
( Zaman sebelum kelahiran Nabi Isa A.S )
@ Zaman Masihi (M)
( Bermula selepas kelahiran Nabi Isa A.S )
- Kepentingan Ruang Masa yang luas :
a. Memberikan panduan kepada sejarawan
membahagiakan penulisan mereka mengikut tema
tertentu seperti politik, ekonomi dan sosial.
[ 根据政治、经济和社会等特定主题,为历史学家提供指
导使他们的写作变得愉快 ]
b. Memudahkan sejarawan menjalankan
penyelidikan sebelum membuat penulisan
sejarah.
[ 方便历史学家在撰写历史之前进行研究 ]
c. Menambahkan kepelbagaian dalam pengkajian
dan ruang untuk sejarawan melakukan penulisan
sejarah.
[ 增加研究的多样性和历史学家进行历史写作的空间 ]
d. Ruang masa bagi sejarah negara kita dapat
dibahagikan kepada beberapa tempoh masa.
Tempoh masa tersebut adalah seperti berikut :
[ 我国历史的时间空间可以分为几个时期。 时间段如下: ]
Zaman Kesultanan Melayu Melaka


Zaman Penjajahan British


Pembentukan Persekutuan Malaysia 1957


Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
1.4 SUMBER SEJARAH
- Sumber sejarah terbahagi kepada dua, iaitu:
@ Sumber Primer
@ Sumber Sekunder
- Perbezaan antara sumber primer dan Sumber
sekunder
Sumber Primer :
i. Sumber yang belum diolah dan diterbitkan
ii. Bersifat Asli
iii. Belum ditafsir
iv. Contoh sumber primer = Fosil, Artifak,
Dokumen rasmi, Diari, Manuskrip, Batu bersurat ….
Sumber Sekunder :
i. Bahan yang telah diolah dan diterbitkan
ii. Bahan yang telah disebarkan kepada umum
iii. Contoh sumber sekunder = Buku, Akhbar,
Risalah, Ensiklopedia, Majalah ….
1.5 PENYELIDIKAN DALAM SEJARAH
Sejarawan menggunakan tiga kaedah semasa
menjalankan penyelidikan, iaitu :
(a) Kaedah bertulis
(b) Kaedah lisan
(c) Kaedah arkeologi
Kaedah Bertulis
1. Kaedah mendapatkan maklumat sesuatu
peristiwa daripada sumber yang ditulis dan
dipahat.
2. Sumber-sumber tersebut ditulis, dilakar dan
dipahat pada dinding gua, batu , kulit kayu dan
daun lontar.
3. Catatan harian seseorang, fail kerajaan dan
catatan pengembaraan juga merupakan sumber
kaedah bertulis.
4. Sejarawan mendapatkan maklumat daripada
kaedah bertulis melalui proses tertentu :
~ Mengenal pasti bagi sesuatu peristiwa, tokoh
atau institusi.
~ Mendapat dan mengesahkan sumber bertulis
tersebut.
~ Mengumpul dan menyimpan sumber yang
diperoleh
~ Menggunakan peralatan yang sesuai
~ Menganalisis
5. Kaedah bertulis penting kerana dapat membantu
sejarawan menyelidiki sejarah sesebuah negara.
Kaedah Lisan
1. Kaedah lisan merupakan proses mendapatkan
maklumat sejarah malalui temu bual dengan
orang sumber.
2. Orang sumber biasanya seseorang tokoh yang
dapat memberikan maklumat sejarah melalui
pemerhatian dan pengalaman mereka.
3. Tiga tahap dalam kaedah lisan adalah :
(a) Tahap Pertama ( persediaan )
(b) Tahap Kedua ( rakaman temu bual )
(c) Tahap Ketiga ( memproses rakaman )

Kaedah Arkeologi
1. Kaedah mencari maklumat sejarah daripada bahan
tinggalan sejarah berdasarkan kajian saintifik.
2. Ahli arkeologi mendapatkan maklumat daripada
bahan tinggalan sejarah melalui proses gali cari
atau ekskavasi.

3. Bahan tinggalan sejarah yang dilakukan melalui


kajian saintifik :
(a) Fosil
(b) Tembikar
(c) Bahan logam
(d) Bangunan daripada batu

4. Antara tapak arkeologi di negara kita yang mendapat


pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan
Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu adalah di Kota
Tampan, Lenggong, Perak.
1.6 TAKSIRAN DALAM SEJARAH
Maksud :
Memberi ulasan, penerangan, dan kupasan terhadap
sesuatu fakta sejarah berdasarkan sumber-sumber
yang berkenaan.
Perbezaan :
(a) Tafsiran tentang sesuatu peristiwa sejarah
yang sama mungkin berbeza antara sejarawan.
(b) Tafsiran berbeza tersebut disebabkan :

(c) Namun, memberi pentafsiran dan penilaian yang


tepat dan benar menjadi matlamat utama dalam
kalangan ahli sejarawan.
Kepentingan Tafsiran dalam sejarah
1) Menggalakkan penggunaan pelbagai sumber
sejarah bagi menghasilkan sesuatu kajian yang
mempunyai bukti kukuh.
2) Memupuk sifat membuat tafsiran dari sudut
yang berbeza walaupun menilai sesuatu
peristiwa yang sama.
3)Mendorong berfikir secara terbuka dan kritis
dalam mengkaji sesuatu peristiwa.

Contoh Perbezaan Tafsiran dalam Sejarah.


Peristiwa perjuangan TOK JANGGUT menentang
BRITISH di PASIR PUTEH, KELANTAN.
Pengkaji Barat
● Penentangan TOK JANGGUT dianggap
pemberontakan.
● Mereka cuba melindungi penindasan BRITISH
terhadap penduduk tempatan.
Pengkaji Tempatan
● TOK JANGGUT adalah pejuang tanah air.
● TOK JANGGUT menentang peraturan cukai
tanah dan hasil hutan yang diperkenalkan oleh
BRITISH kerana membebankan penduduk
tempatan.
1.7 KEPENTINGAN MEMPELAJARI SEJARAH
- Sejarah membantu kita memahami tentang
masyarakat,negara dan dunia.
- Kita perlu menghayati dan mengaplikasikan ilmu
sejarah dalam kehidupan.

Kepentingan Mempelajari Sejarah 🔥⚠


✔ Mengenal asal-usul
✔ Mengambil iktibar
✔ Membangunkan negara dan bangsa
✔ Mengaplikasikan kemahiran pemikiran sejarah
✔ Memupuk patriotisme
✔ Memupuk perpaduan

Anda mungkin juga menyukai