Anda di halaman 1dari 5

BAB 1 : SEJARAH DAN KITA

1. Pengertian Sejarah

Istilah sejarah berasal daripada perkataan Arab iaitu ‘syajaratun’ yang


bermaksud pohon atau pokok, salasilah, riwayat, keturunan dan asal usul.

Ibn Khaldun : Menceritakan tentang masyarakat manusia atau peradaban


manusia, perubahan-perubahan yang berlaku.

Herodotus : Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab


mereka melakukannya. (Bapa sejarah dunia)

Mohd Yusof Ibrahim : Catatan atau rekod mengenai sesuatu peristiwa


pada masa lalu.

Pengertian umum : Sejarah adalah penyelidikan terhadap perkara


yang telah berlalu.

2. Ciri-ciri Sejarah

Membantu pelajar membentuk gambaran peristiwa masa lalu berdasarkan ciri-


ciri sejarah.

Ciri-ciri sejarah:

a) Fakta yang tepat dan benar

i. Fakta Sejarah: Peristiwa, tempat, tokoh dan tarikh yang dapat dibuktikan
kebenarannya.

ii. Fakta sejarah tidak boleh direka atau ditokok tambah.

iii. Fakta sejarah perlu dipertanggungjawabkan.

iv. Contoh: Pengisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan.


b) Penting dan bermakna

i. Peristiwa bersejarah bermakna kerana peristiwa ini penting dan memberi kesan
kepada pelajar, keluarga, masyarakat dan negara.

ii. Bagi pelajar, tarikh kelahiran, tarikh mula sekolah, dan tarikh menerima kad
pengenalan adalah di antara peristiwa yang bermakna pada mereka.

iii. Hari Kemerdekaan 31 Ogos 1957 merupakan contoh peristiwa amat bermakna
untuk negara kerana tarikh tersebut adalah simbol tamatnya era penjajahan di
negara kita dan lambang kemerdekaan.

c) Sebab dan akibat

i. Untuk mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa, pelajar akan menemui
persoalan apa, siapa, bila, di mana, mengapa, dan bagaimana sesuatu peristiwa
berlaku.

ii. Melalui persoalan ini, dapat membuktikan kesahihan fakta melalui pelbagai
sumber.
iii.
iv. Contoh: Kewujudan masyarakat berbilang kaum di negara kita.

Sebelum kedatangan British, bangsa Melayu ialah bangsa terbesar di Tanah


Melayu. Kedatangan British telah membantu masuk ramai pekerja dari China dan
India ke Tanah Melayu. Kesan dari kemasukan pekerja inilah yang akhirnya
membentuk masyarakat berbilang kaum di negara ini. Kesannya ialah wujud
pelbagai ciri, budaya dan amalan mengikut kaum.

v. Sebab dan akibat sesuatu peristiwa mendorong semangat ingin tahu pelajar
tentang mengapa dan bagaimana peristiwa itu berlaku dan kesannya pada negara.

3. Sumber Sejarah

Sumber pertama (Sumber primer)

1. Bahan dalam bentuk kertas, fosil, artifak dan lisan.


2. Sumber ini belum diolah atau dicetak.
3. Sumber ini bersifat asli dan belum ditafsirkan.
4. Contoh: fail rasmi jabatan, surat peribadi, diari, manuskrip yang belum dicetak, dan
batu bersurat.
Sumber kedua (Sumber sekunder)

1. Bahan yang dikaji melalui pembacaan bahan bertulis.


2. Sumber yang telah diolah.
3. Apabila bahan-bahan sumber pertama dikaji, ditafsir, dan dihuraikan oleh sejarawan
dan pengkaji sejarah maka hasil penulisan mereka disebut sebagai sumber kedua.
4. Contoh: buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, akhbar, risalah dan laporan tahunan
jabatan.

4 Kaedah Pengkajian Sejarah

a) Kaedah lisan

1. Maklumat sejarah didapati terus daripada responden melalui ucapan, penceritaan,


pengkisahan, temubual dan temuramah.
2. Berkait rapat dengan tradisi sastera rakyat seperti mitos, lagenda dan puisi.
3. Ahli sejarah akan memilih, mentafsir, dan membandingkan fakta bagi mendapatkan
kebenaran.
4. Kelemahan : wujudnya unsur tokok tambah dan dicampuradukkan unsur dongeng,
mitos, dan lagenda.
5. Perkembangan ilmu sains dan teknologi turut mempengaruhi kaedah mendapatkan
sumber sejarah, didapati apabila peralatan seperti televisyen, Internet, radio dan
pita rakaman digunakan (kaedah pandang dengar).

b) Kaedah bertulis.

1. Mendapatkan sumber daripada catatan yang ditulis, dilakar dan dipahat pada batu,
dinding gua, kulit kayu, daun kayu, logam, gading dan kertas.
2. Catatan ini dapat membantu mengetahui maklumat tentang sesuatu perkara,
peristiwa, personaliti, kejadian, perundangan, dan adat resam.

c) Kaedah arkeologi.

1. Cara mendapatkan sumber berdasarkan kajian saintifik.


2. Bidang arkeologi terdiri daripada angkasa lepas, laut dalam dan cari gali.
3. Ahli arkeologi mendapatkan sumber daripada bahan tinggalan sejarah melalui proses
cari gali.
4. Melalui kaedah ini ketepatan usia bahan-bahan sejarah seperti fosil, binaan daripada
batu, peralatan daripada logam, tembikar dan kulit siput disahihkan melalui kajian
saintifik seperti pentarikhan radio karbon.
5. Hasil kajian itu membantu sejarawan membuat tafsiran dan pentarikhan tentang
budaya masyarakat lampau.
Nota kaki: Pentarikhan radio karbon disebut juga pentarikhan radio aktif. Kaedah
pentarikhan radio karbon atau pentarikhan karbon 14 iaitu menentukan umur sesuatu objek
atau benda dengan menganggarkan kandungan isotop-isotop radio aktifnya. Radio aktif
karbon 14 yang terhasil dalam atmosfera melalui tindakan sinaran kosmik dan terserap ke
dalam tisu hidup, digunakan untuk menganggarkan umur spesimen-spesimen arkeologi yang
dijumpai.

5. Pentafsiran Sejarah

1. Tafsiran sejarah boleh menjadikan sesuatu peristiwa itu bermakna atau sebaliknya.
2. Ahli atau pengkaji sejarah berusaha mencari jawapan atau menerangkan tentang
sebab-musabab berlaku sesuatu kejadian.
3. Untuk tafsiran sejarah yang betul dan tepat memerlukan penyelidikan.
4. Tafsiran sesuatu peristiwa sejarah yang sama mungkin berbeza antara ahli sejarah.
5. Contohnya ada yang berpendapat peristiwa pembunuhan J.W.W. Birch residen
Inggeris di Perak adalah kerana beliau memperkenalkan sistem percukaian barat.
6. Sementara itu ada pengkaji lain mengatakan bahawa pembunuhan itu berlaku kerana
beliau mengambil alih kuasa pembesar dan sultan Perak.
7. Tafsiran sejarah menjadi berbeza kerana seorang pengkaji kekurangan fakta dan
kurang memahami budaya.
8. Sejarawan barat menyatakan bahawa kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu adalah
kerana faktor kemanusiaan iaitu untuk mententeramkan kacau-bilau dan perang
saudara.
9. Sebaliknya ada pengkaji yang menyatakan kedatangan Inggeris kerana ingin
membolot kekayaan yang terdapat di Tanah Melayu.
10. Begitu juga dengan perjuangan Dato’ Bahaman, Mat Kilau, Mat Salleh, dan Dato’
Maharajalela yang menentang British telah ditafsirkan sebagai pemberontak oleh
pengkaji barat.
11. oleh itu pengkaji sejarah perlu jujur dan bertanggungjawab dalam menyelidik,
menilai dan membuat tafsiran tentang sesuatu peristiwa sejarah agar masyarakat
mendapat maklumat yang tepat dan benar.
6 Kepentingan Sejarah

a) Tujuan Mempelajari Sejarah

1. Mengetahui tentang sebab-musabab sesuatu peristiwa itu berlaku, bila, mengapa,


bagaimana dan apakah kesan kejadian tersebut kepada diri, keluarga, masyarakat
dan negara. Contoh: Bagaimana negara kita memperoleh kemerdekaan pada tahun
1957.
2. Membantu memahami situasi dan mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah.
Contoh : Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 menyebabkan kita menghargai
perpaduan kaum di negara kita.

b) Faedah Mempelajari Sejarah

1. Menjadi panduan dan memberi iktibar pada masa ini dan akan datang.
2. Memberi pengajaran dan panduan kepada kita memperbaiki kesalahan yang dilakukan.
3. Menjadi perangsang kepada kita untuk terus berjaya. Contoh: Keagungan Kerajaan
Melayu Melaka menjadi kebanggaan negara dan boleh dijadikan perangsang untuk
mencapai kemajuan.
4. Tanpa sejarah mungkin kita lupa bahawa kita sememangnya telah mengalami zaman
keagungan dahulu dan perkara itu boleh diulangi dengan kegigihan dan kesungguhan.
5. Sejarah membantu kita mengetahui tentang jati diri dan identiti sesuatu kaum.
Setiap warganegara perlu memahami dan menghayati sejarah supaya mereka akan
berasa bangga sebagai warganegara dan bertanggungjawab untuk mempertahankan
negara.
6. Sejarah boleh memupuk semangat patriotisme iaitu semangat cintakan tanah air.

Rumusan:

1. Sejarah dapat dijadikan pengajaran dan panduan pada masa hadapan.


2. Melalui sejarah semangat patriotisme dapat dipupuk oleh generasi masa kini.
3. Sejarah dapat membantu kita untuk menghargai perjuangan tokoh masa lalu dan
seterusnya menghargai kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Anda mungkin juga menyukai