Anda di halaman 1dari 13

SOALAN (MENUAI EMAS )

1.Nyatakan dua latar masyarakat berdasarkan cerpen tersebut .

JAWAPAN: Dua latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen ini ialah    


masyarakat petani . Contohnya , Alif dan penduduk kampungnya                
merupakan masyarakat yang menjalankan aktiviti penanaman                    
padi .Selain itu, masyakarat yang berilmu.Contohnya , Alif                            
merupakan lulusan universiti dalam bidang ekonomi.

2.Kemukakan dua persoalan yang terdapat dalam cerpen ini.

JAWAPAN: Dua persoalan yang terdapat dalam cerpen ini ialah bidang    


pertanian , iaitu penanaman padi jika diusahakan dengan betul                  
boleh mendatangkan kemajuan ekonomi .Contohnya, Alif telah                    
membuktikan penanaman padi di kampungnya telah membuahkan            
hasil penggunaan teknologi moden dalam bidang pertanian.

3.Pada pendapat anda,wajarkan seorang itu bersungguh-sungguh mempertahankan


tanah hak milik keluarganya?mengapakah ?

JAWAPAN : Pada pendapat saya , YA , kerana seorang itu bersungguh-


sungguh  demi mempertahankan hak milik keluarganya. 

Unsur Gaya Bahasa


(a)   Bahasa Arab. Contohnya, Alhamdulillah; Insya-Allah.
(b)   Metafora. Contohnya, pita ingatan; pisau kata-kata.
(c)   Simile. Contohnya, Kuningnya seperti emas; hati yang terasa seperti mahu
luruh.
(d)   Personifikasi. Contohnya, Petak-petak yang telah menyajikan uji semangat
leluhurnya; Wajah Abang Man datang mendadak menyerang benak.
(e)   Peribahasa. Contohnya, tersenyum-senyum kambing; kata putus; naik angin.
(f)    Sinkope. Contohnya, Dia seorang saja yang tak beri kata putus; Anak Mak
Wan seorang saja yang tolak tuah.

Latar
Latar Tempat    
(a) Petak bendang. (c) Petak-petak sawah
(b) Anjung rumah Alif.   di Seberang Perak.
Latar Masa    
(a) Waktu awal pagi. (b) Setahun yang lalu.
Latar Masyarakat
(a)   Masyarakat golongan petani.

(b)   Masyarakat yang berilmu.


(c)   Masyarakat yang agresif.

(d)   Masyarakat yang berhemah tinggi.

(e)   Masyarakat yang berfikiran positif.

(f)    Masyarakat yang mempunyai nilai kepemimpinan yang tinggi.

Nilai
(a) Keyakinan. (d) Keberanian. (g) Berdikari.
(b) Ketabahan. (e) Kerjasama. (h) Kesyukuran.
Hemah
(c) Kegigihan. (f) tinggi. (i) Kepemimpinan.
Pengajaran
(a)   Kita hendaklah yakin akan kebolehan diri sendiri dalam melakukan sesuatu
perkara.

(b)   Kita hendaklah tabah dalam menghadapi segala dugaan untuk memperoleh


kejayaan.

(c)   Kita hendaklah gigih berusaha untuk mendapatkan sesuatu ilmu atau


pengalaman.

(d)   Kita mestilah berani mempertahankan hak milik keluarga terutamanya dalam


hal tanah.

(e)   Kita hendaklah berkongsi ilmu dan memberikan semangat kepada golongan


yang ingin memajukan sesuatu bidang.

(f)    Kita hendaklah sentiasa bersyukur atas segala nikmat kurniaan Tuhan kepada
kita.

(g)   Kita digalakkan untuk berbakti kepada tanah supaya memperoleh manfaat


daripadanya.

Tema
Kemajuan dalam bidang pertanian, iaitu penanaman padi.

Persoalan
(a)   Penjualan tanah sawah untuk dijadikan projek perumahan.
(b)   Bidang pertanian, iaitu penanaman padi jika diusahakan dengan betul dapat
mendatangkan kemajuan ekonomi.

(c)   Ilmu, kegigihan, dan ketekunan yang diiringi dengan doa dan kesabaran akan
menghasilkan kejayaan.

(d)   Lulusan universiti tidak semestinya bekerja makan gaji.

(e)   Kebanyakan golongan muda dari kampung sudah tidak berminat untuk


mengusahakan penanaman padi.

(f)    Muafakat membawa berkat.

Pada era globalisasi ini, masyarakat seakan terlalu sibuk mengejar kemewahan duniawi lantas sering
mengabaikan amalan gaya hidup sihat terutamanya amalan beriadah atau rekreasi. Hal ini demikian kerana
mereka terlalu memandang enteng  kepentingan aktiviti rekreasi. Tanpa mereka sedari, sebenarnya terdapat
varia kepentingan rekreasi kepada masyarakat.
            
Antara maslahat rekreasi kepada masyarakat adalah mampu mengeratkan hubungan sama ada hubungan
dengan komuniti setempat mahupun dengan ahli keluarga sendiri. Hal ini demikian kerana melalui aktiviti
rekreasi, individu akan bertegur sapa dengan individu lain di sekelilingnya, lantas mengeratkan hubungan
silaturahim. Contohnya, melalui amalan rekreasi, kita dapat berbual mesra dengan jiran tetangga. Jelaslah
bahawa, rekreasi mampu mengeratkan hubungan antara individu dengan individu lain.
            
Selain itu, aktiviti rekreasi juga mampu memberi ketenangan jiwa kepada anggota masyarakat. Hal ini
demikian kerana melalui aktiviti riadah, masyarakat dapat menghayati keindahan alam sekitar yang
saujana mata memandang. Contohnya, melalui aktiviti senaman seperti berjoging, masyarakat akan dapat
menghirup dan menikmati angin sepoi-sepoi bahasa yang segar, seterusnya mampu memberi kedamaian
jiwa. Oleh hal yang demikian, aktiviti rekreasi dilihat mampu menjadi landasan utama masyarakat bagi
melapangkan fikiran.
            
Di samping itu, amalan rekreasi amat signifikan bagi menyihatkan badan. Amalan yang menyihatkan
seperti berjoging, berkhemah mahupun sukan ekstrem seperti aktiviti terjunan udara mampu meningkatkan
kadar kecergasan dan mengelakkan pelbagai penyakit koronari. Contohnya, melalui aktiviti terutamanya
sukan ekstrem yang menjadi kegilaan pemuda pemudi, anggota masyarakat dapat meningkatkan kadar
metabolisme yang baik untuk tubuh. Sudah terang lagi bersuluh, amalan rekreasi mampu menyihatkan
badan bagi menjayakan visi Malaysia Cergas.
            
Akhir sekali, aktiviti rekreasi mampu menggalakkan pertukaran idea atau buah fikiran dalam kalangan
masyarakat. Hal ini demikian kerana, pertukaran idea yang bernas mampu mematangkan tahap pemikiran
masyarakat. Misalnya, melalui diskusi ringkas dalam kalangan masyarakat, semangat individualisme dapat
dihapuskan dan semangat perpaduan yang ampuh dapat dilakar. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa
rekreasi mampu merangsang pertukaran idea dan mencegah sikap seperti enau dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing.
            
Kesimpulannya, aktiviti rekreasi dan riadah mempunyai banyak kepentingan tertentu yang dapat
dimanfaatkan oleh setiap anggota masyarakat. Oleh hal yang demikian, kita perlulah mengutamakan dan
mengamalkan aktiviti riadah dalam kehidupan seharian kerana sesungguhnya, minda yang cerdas terletak
pada badan yang cergas.

Aktivit rekreasi dan riadah boleh didefinsikan sebagai segala kegiatan yang
dilakukan pada waktu lapang untuk menyihatkan tubuh badan dan fikiran Oleh itu,
kita perlu mempunyai kesedaran terhadap kepentingan mengamalkan aktiviti riadah
dan rekreasi sebelum nasi menjadi bubur.

Pertama, aktiviti riadah dan rekreasi boleh menyihatkan tubuh badan kita. Hal
ini demikian kerana apabila kita beriadah,kadar lemak yang terkumpul di dalam
badan manusia boleh dikurangkan. Contohnya, kita boleh berjoging pada waktu
lapang,terlibat dalam aktiviti senamrobik atau berkayak dan sebagainya..Dalam
konteks ini, berekreasi dan beriadah  adalah penting supaya badan kita sihat dan
otak kita cerdas bak kata peribahasa Melayu, badan cergas otak cerdas.Oleh
itu,kita perlu menjadikan aktiviti riadah dan rekreasi sebagai agenda harian agar
kesihatan badan yang hakiki dapat dinikmati kerana mencegah lebih baik daripada
merawat.

            Sementelahan pula, melakukan aktiviti riadah turut memberi peluang kepada
kita untuk mengeratkan hubungan antara keluarga. Hal ini dapat menjadi medium ke
arah pembentukan keluarga sakinah.Misalnya, pada hujung minggu, seisi keluarga
boleh turun padang untuk melakukan aktiviti riadah bersama-sama sama ada di
taman atau padang. Bukan itu sahaja, ahli keluarga boleh berkongsi pandangan
,pendapat dan masalah sepanjang masa mereka bersama-sama.. Oleh itu,
hubungan kekeluargaan yang erat dapat dilahirkan dengan melakukan aktiviti
riadah.

Selain itu,aktiviti beriadah juga dapat membentuk integrasi kaum. Marcapada


ini,kita acap kali melihat pelbagai aktiviti riadah yang melibatkan penyertaan
pelbagai kaum khususnya aktiviti yang berkaitan dengan Program Latihan Khidmat
Negara. Contohnya aktiviti berkayak,mendaki gunung dan meluncur. Kondusi ini
akan memanifestasikan elemen kesepakatan dalam kumpulan masing-masing.
Sesungguhnya, muafakat merupakan inti kepada perpaduan.Setiap ahli akan
bersatu ibarat kata peribahasa Melayu, serumpun bagai serai,selubang bagai
tebu. Hal ini dapat menjadi medium yang efektif bagi menyatukan kaum sekali gus
membina semangat perpaduan. Oleh hal yang demikian,aktiviti riadah yang
melibatkan unsur kerjasama ibarat aur dan tebing dapat menjadi wahana ke arah
pembentukan integrasi kaum.

            Dalam fasa itu, kebaikan aktiviti beriadah yang dapat dinikmati ialah
mengelakkan remaja daripada terlibat dalam masalah sosial. Hal ini demikian kerana
masa lapang remaja dapat diisi dengan aktiviti yang menghiburkan dan
menyeronokkan kerana masa itu emas..  Seandainya  masa lapang itu tidak
dipenuhi secara bijaksana,remaja akan terjerumus untuk mendorong diri melakukan
aktiviti yang kurang berfaedah seperti melepak,bermain komputer tanpa batasan dan
berbual-bual kosong ibarat menghitung bulu kambing. Dengan melibatkan diri
dalam aktiviti riadah,mereka tidak akan melakukan aktiviti yang kurang berfaedah
kerana telah merasai keseronokan aktiviti riadah, bak kata peribahasa
Melayu sambil menyelam minum air. Oleh itu, remaja dapat menghindarkan
daripada terlibat dalam masalah sosial dengan melakukan aktiviti riadah.

            Secara tuntas,kita perlu mencapai kesedaran yang tinggi dalam usaha
mengamalkan aktiviti riadah dan rekreasi. Semua pihak perlu berganding bahu
ibarat aur dengan tebing bagi menanamkan kesedaran dalam diri masyarakat
mengenai kepentingan aktiviti riadah dan rekreasi dalam kehidupan seharian bagi
melahirkan generasi masa hadapan yang sihat seterusnya menjadi penyumbang
kepada kemajuan negara.

Kuih Bakul Limau Mandarin


(Mohd. Helmi Ahmad)
SINOPSIS
Mengisahkan Sim Pau, seorang ibu yang gembira apabila menerima panggilan telefon
daripada Lim Meng yang hendak pulang beraya. Namun berita gembira itu tidak disenangi
oleh Lim Pooi, si ayah yang masih menyimpan kemarahan terhadap anak perempuannya itu.
Anak bongsu keluarga berbangsa Cina dipersalahkan atas segala musibah yang menimpa
keluarga mereka termasuklah kematian anak sulung lelaki mereka, Lim Foong. Sim Pau yang
selama ini bersabar, akhirnya bersuara menentang suaminya. Lim Pooi terkejut melihat
keberanian isterinya. Sim Pau menceritakan segala-galanya termasuklah punca kematian Lim
Foong. Lim Pooi menginsafi kesalahannya. Sehari sebelum Tahun Baru Cina, kepulangan
Lim Meng disambut dengan perasaan terharu. Akhirnya, mereka berkumpul sebagai sebuah
keluarga semula.

TEMA
Kasih sayang keluarga  yang kembali terjalin.
Buktinya Lim Pooi, Sim Pau dan Lim Meng berkumpul semula sebagai sebuah keluarga setelah
mereka melupakan konflik yang melanda mereka.

PERSOALAN
i.      Kepercayaan pada perkara khurafat
Contoh: Lim Pooi mempercayai bahawa kelahiran Lim Meng membawa malang kepada keluarga
dan perniagaannya.
ii.    Keegoan seorang bapa
Contoh: Lim Pooi tidak mahu menerima kepulangan Lim Meng kerana dia berpendapat bahawa
Lim Meng ialah punca segala kesedihannya.
iii.   Keberanian menyuarakan pendapat
Contoh: Sim Pau berani menyuarakan pendapatnya tentang perkara sebenar yang berlaku yang
berkaitan dengan Lim Foong.
iv.   Keinsafan seorang bapa
Contoh: Lim Pooi menginsafi kesalahannya terhadap Lim Meng setelah mendengar perkara
sebenar daripada Sim Pau.

PLOT
i.      Permulaan/Eksposisi
Sim Pau menerima panggilan telefon daripada Lim Meng yang mahu pulang beraya. Berita
kepulangan Lim Meng tidak disenangi oleh Lim Pooi. Lim Pooi tidak mengakui Lim Meng
sebagai anaknya.

ii.    Perkembangan
Lim Pooi menyalahkan Lim Meng atas nasib malang yang menimpa keluarganya. Sikap Lim Pooi
diselar oleh Sim Pau yang sudah hilang sabar. Pertengkaran antara mereka berlaku. Sim Pau
menceritakan keadaan sebenar kepada Lim Pooi. Lim Pooi menyedari kesalahannya lalu
memohon maaf kepada Sim Pau tetapi Sim Pau mahu Lim Pooi  meminta maaf kepada Lim
Meng.

iii.   Klimaks
Lim Meng pulang ke rumah dan disambut oleh Sim Pau dengan pelukan. Namun dia masih ragu-
ragu akan penerimaan bapanya.

iv.   Peleraian
Lim Pooi meminta maaf kepada Lim Meng yang masih menyimpan dendam. Akhirnya, Lim Meng
tidak mahu mendendami bapanya lagi lalu memeluk bapanya. Kemudian, mereka membuat
persiapan perayaan dengan penuh gembira.

TEKNIK PENCERITAAN
i.      Pemerian
Contoh : Memerihalkan jiran-jiran Lim Pooi dan Sim Pau yang sudah membuat persiapan untuk
menyambut perayaan sedangkan mereka tidak membuat sebarang persiapan.

ii.    Imbas Kembali


Contoh : Sim Pau mengimbas kembali punca kematian Lim Foong akibat lemas ketika melarikan
diri daripada orang yang menuntut hutang.

iii.   Imbas Muka


Sim Pau memberitahu Lim Pooi bahawa Lim Meng akan pulang semasa Tahun Baru Cina kelak.

iv.   Dialog
Contoh : Perbualan antara Sim Pau, Lim Meng dengan Lim Pooi tentang barang-barang yang
hendak dibeli untuk menyambut perayaan.

v.    Monolog Dalaman


Contoh : Sim Pau berkata-kata di dalam hati bahawa dia terlalu menurut kata-kata Lim Pooi
namun sampai bila?

vi.   Saspens
Contoh : Pembaca tertanya-tanya punca Lim Pooi menyatakan bahawa hutang darah mesti
dibayar dengan darah.

WATAK DAN PERWATAKAN


Watak utama
Sim Pau
i.      Isteri kepada Lim Pooi
ii.    Ibu kepada Lim Foong dan Lim Meng
iii.   Memiliki keberanian menyatakan kebenaran
Contoh : Sim Pau berani menyatakan kebenaran tentang punca sebenar kematian Lim Foong
kepada Lim Pooi.
iv.   Memiliki kesabaran
Contoh : Selama ini, Sim  Pau bersabar atas keegoan Lim Pooi yang tidak mahu menerima
kehadiran Lim Meng.
v.    Mudah terasa / sensitif
Contoh : Sim Pau mengalirkan air mata apabila mendengar kata-kata Lim Pooi  yang tidak mahu
mengakui Lim Meng sebagai anaknya.

Lim Pooi
i.      Suami kepada Sim Pau.
ii.    Ayah kepada Lim Foong dan Lim Meng.
iii.   Berbadan kurus, bermata kuyu dan mukanya cengkung.
iv.   Memiliki sikap suka berdendam
Contoh: Lim Pooi mendendami Lim Meng yang dianggap sebagai pembawa malang dan
pembunuh Lim Foong.
v.    Ego
Contoh: Lim Pooi bersikap ego dan tidak mengakui Lim Meng sebagai anaknya.

vi.   Peniaga yang tamak


Contoh: Mengaut keuntungan dengan menyorokkan gula yang kemudiannya dijual pada harga
yang mahal.
vii.  Pemarah
Contoh: Lim Pooi merotan Lim Meng yang mengadu tentang Lim Foong yang mencuri wang di
kedai.
viii.Menginsafi kesalahannya
Contoh: Selepas bertengkar dengan Sim Pau, Lim Pooi menyedari kesalahannya lalu insaf.

Lim Meng
i.      Anak bongsu daripada dua beradik.
ii.    Bertanggungjawab
Contoh: Lim Meng mencuba menyelamatkan Lim Foong daripada lemas sebaliknya dia pula
yang hampir lemas.
iii.   Suka mengalah
Contoh: Lim Meng mengalah dengan keluar dari rumah apabila Lim Pooi mengugut hendak
melaporkan bahawa Lim Meng ialah pembunuh Lim Foong.
iv.   Pemaaf
Contoh: Lim Meng memaafkan bapanya yang pernah berlaku kejam kepadanya.

Lim Foong
i.      Anak sulung daripada dua beradik.
ii.    Anak kesayangan Lim Pooi.
iii.   Suka berjudi.
iv.   Mati lemas.

Sudin
i.      Penduduk kampung
ii.    Ikhlas
Contoh: Sudin membantu menyelamatkan Lim Meng daripada lemas dengan ikhlas tanpa
memandang bangsa.

LATAR
Latar Masa
i.      Beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina
Contoh : Setelah menerima panggilan telefon daripada Lim Meng, Sim Pau dan Lim Pooi
bertengkar.

ii.    Sehari sebelum Tahun Baru Cina


Contoh : Lim Meng pulang ke rumah.

iii.   Tiga hari


Contoh : Selama tiga hari, Lim Pooi tidak makan apa-apa semasa menunggu kepulangan Lim
Meng.

Latar Tempat
i.      Dapur
Contoh : Sim Pau sedang menyiapkan sup untuk Lim Pooi.

ii.    Kedai
Contoh : Lim Meng ternampak Lim Foong mencuri wang di kedai.

iii.   Stor di belakang kedai


Contoh : Lim Pooi menyorokkan gula di stor di belakang kedai untuk menjualnya pada harga
yang tinggi ketika suatu masa lain.

Latar Masyarakat
1.    Masyarakat yang berdendam.
Contoh: Lim Pooi berdendam terhadap Lim Meng yang menurutya ialah pembunuh Lim Foong.

2.    Masyarakat yang menginsafi kesalahan.


Contoh: Lim Pooi menginsafi kesalahannya yang bersangka buruk terhadap Lim Meng.

3.    Masyarakat yang sabar menghadapi masalah.


Contoh: Sim Pau sabar menghadapi masalah keluarga apabila suamianya menghalau anak
perempuannya keluar dari rumah.

GAYA BAHASA
i.      Simpulan bahasa
Contoh : Baginya hutang darah perlu dibayar dengan darah.
Contoh : Air matanya sudah tiada nilai lagi bagi Lim Pooi.

ii.    Peribahasa
Contoh : Dia bukannya mahu menegakkan benang yang basah tapi dia mahu menyedarkan
Lim Pooi yang terlalu mengikut perasan.

iii.   Sinkof/sinkope
Contoh : “Aku tak benarkan dia jejak kaki lagi di rumah ini.”
Contoh : “Anak aku dah mati.”

iv.   Personifikasi
Contoh : Segala kekusutan dan kerinduan yang membelit hatinya perlahan-lahan terungkai
setelah menjawab telefon yang baru sahaja diletakkan gagangnya.
Contoh : Sebaliknya kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang bunga-bunga
gembira yang baru berputik di hati Sim Pau.

v.    Simile
Contoh : Sebaliknya kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang bunga-bunga
gembira yang baru berputik di hati Sim Pau.

vi.   Metafora
Contoh : Lim Pooi masih berada dalam kandang kemarahan.

vii.  Bahasa perbualan


Contoh : Lim Meng pernah mengadu dekat aku orang kampung semuanya kompelin.

NILAI
i.      Nilai keberanian
Contoh : Sim Pau berani menyatakan kebenaran bahawa Lim Meng tidak bersalah atas
kematian Lim Foong.
ii.    Nilai keikhlasan
Contoh : Sudin ikhlas membantu menyelamatkan Lim Meng daripada lemas.
iii.   Nilai kasih sayang.
Contoh : Lim Meng mencuba menyelamatkan Lim Foong yang lemas atas dasar kasih sayang
sesama keluarga.

PENGAJARAN

i.      Kita tidak boleh berprasangka buruk terhadap seseorang tanpa usul periksa.
Contoh : Lim Pooi berprasangka buruk terhadap Lim Meng yang menurutnya menjadi penyebab
kematian Lim Foong.
ii.    Kita mestilah bersikap jujur.
Lim Meng bersikap jujur apabila memberitahu Lim Pooi tentang kecurian wang di kedai yang
dilakukan oleh Lim Foong.
iii.   Kita mestilah mengelakkan sikap yang tidak bermoral.
Contoh : Lim Foong berjudi yang menyebabkan dia dikejar oleh orang yang menagih hutang.

Menuai Emas
Antologi Baik Budi Indah Bahasa

Kupasan Bahagian 2. Bahagian 1 di sini.

LATAR

Latar Tempat

 Petak bendang - Alif disapa oleh Tuk Ketua ketika dia sedang
menyusuri permatang sawah.
 Anjung rumah Mak Wan - Beberapa orang pemilik tanah membuat
perbincangan.
 Petak-petak sawah di Seberang Perak - Pernah dikunjungi Alif
dalam usaha mengumpul pengalaman dan maklumat untuk memajukan
aktiviti penanaman padi di kampungnya.

Latar Masa

 Awal pagi - Alif menyusuri permatang sawah lalu disapa oleh Tuk
Ketua yang sedang menunggang motosikal pada waktu tersebut.
 Setahun yang lalu - Setahun yang lalu, Abang Man dan beberapa
pemilik tanah datang ke rumah Mak Wan bertujuan untuk meminta Mak
Wan dan Alif melepaskan dua petak tanah milik keluarga mereka.

Latar Masyarakat

 Masyarakat petani - Alif dan penduduk kampungnya merupakan


masyarakat yang menjalankan aktiviti penanaman padi.
 Masyarakat yang berilmu - Alif merupakan lulusan universiti dalam
bidang ekonomi.
 Masyarakat yang berazam tinggi - Alif merupakan golongan muda
yang berazam tinggi untuk memajukan aktiviti penanaman padi di
kampungnya dengan menggunakan teknologi moden.
 Masyarakat yang agresif - Abang Man bercakap kasar terhadap Alif
disebabkan Alif tidah mahu melepaskan tanah milik keluarganya untuk
tujuan pembangunan.
 Masyarakat yang berhemah tinggi - Pegawai pertanian tidak lokek
untuk memberikan maklumat kepada Alif serta sentiasa memberikan
kata-kata semangat kepada Alif supaya dia dapat memajukan aktiviti
penanaman padi di kampungnya.
 Masyarakat yang sentiasa positif - Emak Alif sentiasa mendidiknya
dengan mengamalkan sifat syukur, sabar, dan reda dalam kehidupan.
 Masyarakat yang mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi - Tuk
Ketua merupakan ketua kampung yang sentiasa menyokong tindakan
untuk memajukan aktiviti penanaman padi di kampung mereka.

GAYA BAHASA

 Ayat 
Pengarang menggunakan ayat-ayat yang pendek.

"Bila jentera tuai sampai?"


"Siapa kata mak suruh lepaskan?" Emak menjegil.
"Buat apa?"

Pengarang menggunakan ayat-ayat yang panjang.


Anak-anak mereka kebanyakannya sudah berhijrah ke bandar menjadi
warga industri di kilang yang terus bercambah...

...menjadi petani alaf baharu ini tidak perlu lagi bertajak, berkubang dan
berselut badan merembas menerung yang degil liat...

Dia pernah dihina, dikutuk dan dimarahi kerana beria-ia memujuk para
tuan tanah supaya menolak tawaran menjual petak masing-masing
kepada syarikat pemaju perumahan.

 Diksi

Pemilihan kata yang digunakan oleh pengarang bersesuaian dengan jalan


cerita untuk golongan yang menjalankan aktiviti penanaman padi.
Contoh, kata-kata tersebut seperti peratus, kilogram, uji kaji, sehektar,
imidazolodonone, siput gondang emas, krisis, mengimport, dan
sebagainya.

 Penggunaan bahasa Arab - Alhamdulillah, Insya-Allah, Allah


 Metafora - pita ingatan, mata layu, pisau kata-kata, ufuk batin
 Simile
Kuningnya seperti emas
hati yang terasa seperti mahu luruh.
bagaikan disua bahan api.
emak mengejipkan mata semacam memberi isyarat.

 Personafikasi
...petak emas ini membuak dengan rasa geram, marah dan dendam yang
berkacuh dengan air mata pilu dan jiwa yang luka berdarah.

Dalam dingin yang mencengkam, dia merasai...

petak-petak yang telah menyajikan uji semangat leluhurnya...


Wajah Abang Man datang mendadak menyerang benak.

 Peribahasa
tersenyum-senyum kambing
kata putus
bendera putih
naik angin

 Sinkope
Dia seorang  yang saya tak beri kata putus.
Anak Mak Wan seorang saja yang tolak tuah.
Tak kan budak universiti macam dia nak buat kerja kampung begini? Eh,
betulkan dia tamat belajar? Entah-entah dia tak lulus periksa, itu yang
beria-ia sangat nakkan petak tu...sebab tak dapat kerja lain!"

NILAI

Keyakinan.
Misalnya, Alif yakin dengan kebolehan diri bahawa dia mampu
mengusahakan sebuah estet padi di kampungnya.

Ketabahan.
Misalnya, Alif tabah menghadapi segala cabaran demi meyakinkan orang-
orang kampung agar menerima cadangannya membangunkan estet padi.

Kegigihan.
Misalnya, Alif gigih berusaha mencari pengalaman dan maklumat tentang
cara-cara mengendalikan estet padi di kampungnya.

Keberanian.
Misalnya, Alif berani mempertahankan tanah hak milik keluarganya.

Kerjasama.
Misalnya, hasil kerjasama dan persetujuan orang-orang kampung, kaedah
moden dalam aktiviti penanaman padi dapat dijalankan.

Baik Hati
Misalnya, pegawai pertanian tidak lokek memberikan maklumat kepada
Alif dan sentiasa memberikan kata-kata semangat kepadanya untuk
memajukan aktiviti penanaman padi di kampungnya.

Berdikari.
Misalnya, Alif mengambil keputusan untuk bekerja sendiri meskipun dia
seorang graduan universiti.

Kesyukuran.
Misalnya, Alif sentiasa bersyukur dalam menjalani hidupnya sehari-hari.

Kepemimpinan.
Misalnya, Tuk Ketua mempunyai sikap kepemimpinan yang tinggi dalam
menghadapi kerenah penduduk kampung.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah yakin dengan kebolehan diri dalam melakukan
sesuatu perkara.
2. Kita hendaklah tabah dalam menghadapi segala dugaan atau
cabaran demi meraih kejayaan.
3. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mendapatkan sesuatu ilmu
atau pengalaman.
4. Kita mestilah berani mempertahankan hak milik keluarga
terutamanya dalam hal tanah.
5. Kita disarankan agar memberikan kerjasama yang baik demi
memperoleh manfaat bersama.
6. Kita hendaklah berkongsi ilmu dan memberikan semangat kepada
golongan yang ingin memajukan diri dalam sesuatu bidang.
7. Janganlah kita bertindak agresif dan terburu-buru dalam melakukan
sesuatu perkara.
8. Kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan segala nikmat kurniaan
Tuhan kepada kita.
9. Kita digalakkan unttuk berbakti kepada tanah supaya memperoleh
hasil daripadanya.
10. Sebagai ketua atau pemimpin, kita mestilah mempunyai sifat
kepemimpinan yang tinggi supaya kita dapat mengendalikan orang
bawahan kita dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai