Anda di halaman 1dari 11

Format

Soalan Latihan
Di kawasan tempat anda tinggal,

sering berlaku kejadian


kecurian. Anda berbual dengan
rakan anda tentang masalah
tersebut dan cara-cara
mengatasinya.

Pendahuluan
Ketika Izzue Islam dan Aishwarya
Rai menunggu ibu bapa mereka di
hadapan sekolah untuk pulang ke
rumah, mereka sempat berbual-bual
tentang masalah jenayah, iaitu kes
kecurian.

Isi

Izzue: Hai, Aishwarya. Sudah lama kita tidak berjumpa. Awak apa
khabar?

Aishwarya: Hai, Izzue. Belakangan ini, saya agak sibuk mengulang


kaji pelajaran. Seperti yang awak tahu, peperiksaan
percubaan PMR sudah dekat.

Izzue:Bagus! Bak kata pepatah Sediakan payung sebelum hujan.

Aishwarya: Benarlah itu. Izzue awak ada mendengar kes kecurian


di
kawasan kediaman awak?

Izzue: Oh, ada. Kes kecurian itu berlaku di belakang rumah saya
sahaja.

Ying: Selamat sejahtera, kawan-kawan. Boleh saya sertai


perbualan kalian?
Apa yang sedang kamu berdua bualkan?

Isi
Aishwarya: Hai, Ying. Kami berdua sedang berbual-

bual tentang masalah kecurian yang kerap berlaku


di Tanjong Malim dan tempat-tempat yang
berhampiran akhir-akhir ini.

Ying: Kes kecurian ini semakin berleluasa, bukan?

Kelmarin, kereta baharu kepunyaan kawan ayah


saya telah dicuri.

Izzue: Benar? Nasib baik tidak berlaku sebarang

kes yang melibatkan nyawa.

Aishwarya: Pasti ada cara untuk mengatasi

masalah ini.

Isi
Ying: Ya, mungkin setiap kawasan perumahan di

Tanjong Malim ini patut mewujudkan sistem


kawalan berkomputer dan rondaan berbayar.
Cadangan ini adalah untuk mencegah kes
kecurian itu berlaku lagi. Pada masa yang sama,
kita dapat menyediakan peluang pekerjaan
kepada masyarakat setempat.

Aishwarya: Bagus juga cadangan awak, Ying!


Izzue: Kita juga perlu berusaha memberikan

kesedaran kepada penduduk setempat tentang


pentingnya kita berhati-hati dan menjaga
barang-barang peribadi atau persendirian
dengan baik. Kelalaian kita boleh membiarkan
pencuri ini mengambil kesempatan.

Isi

Aishwarya: Yang paling penting ialah aspek keselamatan diri dan


keluarga. Janganlah kerana harta, kita kehilangan nyawa pula.

Ying: Tak lupa juga, kempen besar-besaran mencegah jenayah


patut diadakan bagi menyedarkan generasi kini, khususnya
anak-anak muda agar sentiasa berwaspada dan memelihara
akhlak diri dengan baik. Ibu bapa juga memainkan peranan yang
penting dalam usaha mendidik anak-anak mereka agar menjadi
modal insan yang terpuji dan berakhlak mulia.

Izzue: Itu perkara yang paling utama. Kita sambung tajuk


perbualan ini pada keesokan hari, kawan-kawan. Ayah saya
sudah sampai. Saya perlu pulang dahulu. Balik dulu, ya. Salam.

Aishwarya: Baiklah, bas saya juga sudah tiba. Selamat tinggal,


Ying!
Ying: Selamat jalan, Izzue dan Aishwarya!

Penutup
Mereka bertiga pun beredar
pulang ke rumah masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai