Sentiasa beringat dan berwaspada supaya sesuatu peristiwa yang tidak diingini tidak akan
berulang
Semangat cinta yang menebal dan sanggup berkorban untuk mempertahankan negara
Ciri-ciri sejarah
Mengingati tarikh lahir, tarikh sambutan hari kebangsaan hari guru dan segala kejadian berkaitan
dengannya adalah adalah sebahagian daripada sejarah
Setiap orang akan sentiasa mengingati tarikh kelahirannya kerana ia amat masyarakat dan negara
Kad pintar amat bermakna kepada kita kerana kad tersebut mengandungi maklumat pengenalan
diri, lessen memandu, jenis darah, jenis penyakit yang dihidapi dan sebagainya
Tarikh lahir, tarikh perkahwinan seseorang atau tarikh kematian seseorang yang rapat dengan kita
adalah tarikh yang amat bermakna kepada seseorang
Kad akuan Nikah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam juga mengandungi maklumat
penting tentang perkahwinan seseorang Majlis seperti Sambutan Hari Guru, Sambutan Hari
Pekerja adalah untuk menghargai guru dan pekerja
Sejarah juga menjelaskan mengapa sesuatu peristiwa itu berlaku dan kesan daripada peristiwa atau
sebab dan akibat
Pengkaji sejarah perlu mengkaji perkara di bawah untuk mengetahui sebab dan akibat sesuatu
peristiwa a. apa b. siapa c. bila d. di mana e. mengapa f. bagaimana peristiwa itu berlaku
Sebagai contoh: Kemasukan kaum imigran Cina dan India ke Tanah Melayu semasa zaman
penjajahan British telah mewujudkan masyarakat majmuk di negara ini yang mempunyai budaya
dan amalan sendiri
Sumber Sejarah
Sumber Sejarah terbahagi kepada dua a. Sumber pertama atau sumber primer b. Sumber kedua
atau sumber sekunder
Sumber Pertama
Sumber Kedua
Kaedah Sejarah
Kaedah Lisan
Sumber lisan ialah sesuatu yang duucapkan atau diberitahu oleh orang sumber
Ahli sejarah memperolehi maklumat sejarah malalui cerita-cerita lisan atau pengucapan oleh
seseorang tokoh
Maklumat yang diperolehi terus daripada responden melalui ucapan, penceritaan dan perbualan
dinamakan kaedah lisan
Sumber sejarah yang diperolhi melalui akedah lisan berkait rapat dengan sastera rakyat seperti
mitos, lagenda dan puisi
Ahli sejarah perlu mengelakkan diri daripada memasukan undur tokok tambah
Ilmu sains dan teknologi menyebabkan televisyen, internet, televedio, cakera padat pita rakaman
menjadi sumber lisan utama. Ini juga dikenali sebagai kaedah pandang dengar
Menonton berita dan liputan secara langsung melalui televiisyen dianggap sebagai sumber lisan
Kaedah mendapat sumber lisan yang lain ialah a. Temu ramah b. Penceritaan
Kaedah temuramah dan penceritaan ini bertujuan untuk mendapatkan latar belakang ataupun
pandangan daripada seorang tokoh
Kaedah Bertulis
Kajian terhadap sesuatu fakta juga boleh didapati daripada bahan bertulis
Pengkaji telah menggunakan alat-alat di bawah untuk mentafsir fakta yang diperolehi a. Catatan
perjalanan b. Diari c. Tujuan dan gambar pada kulit binatang d. Duit syiling e. Daun f. Kesan
pahatan di batu nisan atau di dinding gua, daun kayu, kulit kayu g. gading dan kertas h. surat I
Manuskrip
Melalui sumber yang ditulis dilakar dan di pahat membantu sejarawan memperolehi maklumat
mengenai Sesuatu perkara Peristiwa Tokoh Kejadian Perundangan Adat resam
Contoh sumber bertulis ialah Sejarah Melayu mengenai Kesultanan Melayu Melaka
Kaedah Arkeologi
Melalui kaedah arkeologi, fakta yang diperolehi didapati dengan proses gali cari bahan- bahan
purba yang tertanam di dalam tanah atau dasar laut
Ia juga merupakan kaedah saintifik
Bahan yang dijumpai dipanggil sebagai artifak
Kebanyakan bahan ini disimpan di Muzium atau Arkib
Artifak ini dapat menjelaskan kegiatan dan kebudayaan manusia zaman dahulu
Melalui proses pentakrihan radiokarbon, ketepatan usia bahan-bahan tinggalan sejarah dapat
disahkan
Pentafsiran Sejarah
Tafsiran sejarah boleh menjadikan sesuatu peristiwa itu bermakna, berfaedah atau sebaliknya
Pengkaji sejarah perlu mengkaji dan membuat penyelidikan mengikut tatacara yang betul dan
tepat
Tafsiran sejarah adalah berbeza mengiktu kaca mata antara ahli sejarah
Tafsiran sejarah boleh berbeza kerana seseorang pengkaji cenderung untuk mendorong sesuatu
pihak
Perkara ini dikaitkan dengan bias atau kecondongan dalam sejarah
Ahli sejarah atau pengkaji sejarah perlu menilai dan membuat pentafsiran tentang sesuatu
peristiwa sejarah dengan jujur dan bertanggungjawab
Tafsiran yang benar dan tepat bertujuan untuk memberi maklumat yang benar kepada masyarakat
tentang sesuatu peristiwa itu