Anda di halaman 1dari 5

Nota Sejarah Tingkatan 1 (Bab 1)

Tujuan Dan Faedah Mempelajari Sejarah

Membuat penilaian mengenai sesuatu peristiwa

Mengetahui kepentingan sesuatu peristiwa

Mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa

Memberi semangat agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mengulangi keagungan negara seperti
pada Zaman Kegemilangan Melayu Melaka

Sentiasa beringat dan berwaspada supaya sesuatu peristiwa yang tidak diingini tidak akan berulang

Memupuk semangat patriotisme iaitu perasaan cintakan tanah air

Membantu membuat ramalan pada masa hadapan iaitu tentang sesuatu peristiwa

Semangat cinta yang menebal dan sanggup berkorban untuk mempertahankan negara

Ciri-ciri sejarah

Terbahagi kepada 3 :

Fakta yang tepat dan benar

Fakta atau maklumat sejarah bermaksud peristiwa tempat dan tarikh yang dapat dibuktikan
kebenarannya berdasarkan sumber yang sahih

Fakta sejarah tidak boleh direka dan tokok tambah

Fakta sejarah juga perlu dipertangungjawabkan dari segi sumber dan kesahihannya.

Contohnya

Penemuan arkeologi Kota Tampan, Perak membuktikan penempatan awal di negara kita bermula
sejak 35,000 tahun dahulu

Penting dan bermakna

Mengingati tarikh lahir, tarikh sambutan hari kebangsaan hari guru dan segala kejadian berkaitan
dengannya adalah adalah sebahagian daripada sejarah

Setiap orang akan sentiasa mengingati tarikh kelahirannya kerana ia amat bermakna kepada
masyarakat dan negara

Kad pintar amat bermakna kepada kita kerana kad tersebut mengandungi maklumat pengenalan
diri, lesen memandu, jenis darah, jenis penyakit yang dihidapi dan sebagainya
Tarikh lahir, tarikh perkahwinan seseorang atau tarikh kematian seseorang yang rapat dengan kita
adalah tarikh yang amat bermakna kepada seseorang

Kad akuan Nikah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam juga mengandungi maklumat penting
tentang perkahwinan seseorang

Majlis seperti Sambutan Hari Guru, Sambutan Hari Pekerja adalah untuk menghargai guru dan
pekerja

Sebab dan Akibat

Sejarah juga menjelaskan mengapa sesuatu peristiwa itu berlaku dan kesan daripada peristiwa atau
sebab dan akibat

Pengkaji sejarah perlu mengkaji perkara di bawah untuk mengetahui sebab dan akibat sesuatu
peristiwa

a. apa

b. siapa

c. bila

d. di mana

e. mengapa

f. bagaimana peristiwa itu berlaku

Sebagai contoh: Kemasukan kaum imigran Cina dan India ke Tanah Melayu semasa zaman penjajahan
British telah mewujudkan masyarakat majmuk di negara ini yang mempunyai budaya dan amalan
sendiri

Sumber Sejarah

Sumber Sejarah terbahagi kepada dua

a. Sumber pertama atau sumber primer

b. Sumber kedua atau sumber sekunder

Sumber Pertama

Dikenali sebagai sumber primer

Sumber ini ialah kumpulan sumber atau bahan asli, belum ditafsirkan, diolah dan dicetak

Sumber primer adalah dalam bentuk


a. kertas

b. fosil

c. artifak

d. keterangan lisan

Contoh-contoh sumber pertama ialah

a. Surat peribadi

b. Diri

c. Manuskrip yang belum dicetak

d. Batubersurat

Ahli sejarawah digalakkan menggunakan sumber pertama kerana ia akan membawa sejarawan
menghampiri situasi sebenar yang berlaku Muzium negara dan arkib negara merupakan tempat
menyimpan bahan-bahan yang boleh dirujuk

Sumber Kedua

Dikenali sebagai sumber sekunder

Sumber kedua terdiri daripada bahan yang dikaji melalui pembacaan bahan yang bertulis

Sumber ini merupakan sumber kedua bahan yang ditulis dan ditafsir oleh sejarawan

Contoh-contoh sumber kedua ialah

a. Buku

b. Endiklopedia

c. Majalah dan surat khabar

d. Buku teks

e. Rencana

f. Jurnal

g. Laporan tahunan jabatan

h. Risalah
Kaedah Sejarah

Kaedah Lisan

Sumber lisan ialah sesuatu yang duucapkan atau diberitahu oleh orang sumber

Ahli sejarah memperolehi maklumat sejarah melalui cerita-cerita lisan atau pengucapan oleh
seseorang tokoh

Maklumat yang diperolehi terus daripada responden melalui ucapan, penceritaan dan perbualan
dinamakan kaedah lisan

Sumber sejarah yang diperolehi melalui kaedah lisan berkait rapat dengan sastera rakyat seperti
mitos, lagenda dan puisi

Ahli sejarah perlu mengelakkan diri daripada memasukan undur tokok tambah

Ilmu sains dan teknologi menyebabkan televisyen, internet, televedio, cakera padat pita rakaman
menjadi sumber lisan utama. Ini juga dikenali sebagai kaedah pandang dengar

Menonton berita dan liputan secara langsung melalui televiisyen dianggap sebagai sumber lisan

Kaedah mendapat sumber lisan yang lain ialah

a. Temu ramah

b. Penceritaan

Kaedah temuramah dan penceritaan ini bertujuan untuk mendapatkan latar belakang ataupun
pandangan daripada seorang tokoh

Kaedah Bertulis

Kajian terhadap sesuatu fakta juga boleh didapati daripada bahan bertulis

Pengkaji telah menggunakan alat-alat di bawah untuk mentafsir fakta yang diperolehi

a. Catatan perjalanan

b. Diari

c. Tujuan dan gambar pada kulit binatang

d. Duit syiling

e. Daun

f. Kesan pahatan di batu nisan atau di dinding gua, daun kayu, kulit kayu

g. gading dan kertas


h. surat / Manuskrip

Melalui sumber yang ditulis dilakar dan di pahat membantu sejarawan memperolehi maklumat
mengenai Sesuatu perkara Peristiwa Tokoh Kejadian Perundangan Adat resam

Contoh sumber bertulis ialah Sejarah Melayu mengenai Kesultanan Melayu Melaka

Kaedah Arkeologi

Melalui kaedah arkeologi, fakta yang diperolehi didapati dengan proses gali cari bahan- bahan purba
yang tertanam di dalam tanah atau dasar laut

Ia juga merupakan kaedah saintifik

Bahan yang dijumpai dipanggil sebagai artifak

Kebanyakan bahan ini disimpan di Muzium atau Arkib

Artifak ini dapat menjelaskan kegiatan dan kebudayaan manusia zaman dahulu

Melalui proses pentakrihan radiokarbon, ketepatan usia bahan-bahan tinggalan sejarah dapat
disahkan

Pentafsiran Sejarah

Tafsiran sejarah boleh menjadikan sesuatu peristiwa itu bermakna, berfaedah atau sebaliknya

Pengkaji sejarah perlu mengkaji dan membuat penyelidikan mengikut tatacara yang betul dan tepat

Tafsiran sejarah adalah berbeza mengikut kaca mata antara ahli sejarah

Tafsiran sejarah boleh berbeza kerana seseorang pengkaji cenderung untuk mendorong sesuatu
pihak

Perkara ini dikaitkan dengan bias atau kecondongan dalam sejarah

Ahli sejarah atau pengkaji sejarah perlu menilai dan membuat pentafsiran tentang sesuatu peristiwa
sejarah dengan jujur dan bertanggungjawab

Tafsiran yang benar dan tepat bertujuan untuk memberi maklumat yang benar kepada masyarakat
tentang sesuatu peristiwa itu

Anda mungkin juga menyukai