Anda di halaman 1dari 16

SEJARAH

TINGKATAN 1

BAB 1 : MENGENALI SEJARAH

OLEH :
CIKGU NADIANA BINTI IDRIS
PENDAHULUAN
• Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pelajar.
• Selamat datang ke SMK Kampong Jawa (Sekolah Amanah).
• Tahniah kerana anda berada di sekolah ini dan berada di dalam kelas ini sekarang.
• Saya guru Sejarah anda bagi tahun 2021.
• Saya Cikgu Nadiana binti Idris
• Cikgu harap kita dapat bekerjasama dalam kelas ni sehingga hujung tahun nanti.
• Apa-apa masalah tentang subjek Sejarah sila jangan segan-segan untuk bertanya pada cikgu
kerana “malu bertanya akan sesat jalan”
BUKU SEJARAH
• Buku teks Sejarah Tingkatan 1
• Buku latihan panjang untuk nota dan latihan Sejarah

• Kajian Kes Sejarah (PT3)


• Ujian dan peperiksaan
• Sistem pemarkahan
TEMA : SEJARAH DAN KITA
Tajuk 1 : Pengenalan Ilmu Sejarah

** Sila rujuk Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 m/s 2 - 23


BAB 1 : MENGENALI SEJARAH

Pengertian Sejarah
Pengertian Sejarah Mengikut Pandangan Sejarawan
Masa Silam dan Ruang Dalam Sejarah
1.1 PENGERTIAN SEJARAH

Sejarah

Kisah silam yang berkenaan


Peristiwa yang berlaku pada dengan salasilah masyarakat dan
masa lalu peristiwa yang berlaku di
sesebuah negara
SEJARAWAN

Ahli sejarah yang


Buku, monograf
menyelidik rekod-
dan makalah
rekod lalu
ASPEK BAHASA

BAHASA
BAHASA KAMUS
INGGERI
MELAYU DEWAN
S

- Berasal daripada perkataan Arab iaitu - Asal usul (keturunan), salasilah


-History bererti cerita tentang
“syajaratun”yang bererti pokok - Peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang seseorang.
- Dikaitkan dengan salasilah, riwayat, keturunan lampau, kisah, riwayat dan tambo.
- Berasal daripada bahasa Yunani,
dan asal usul - Kajian atau pengetahuan tentang peristiwa-peristiwa yang historia yang bererti penyelidikan.
telah berlaku
1.2 PENGERTIAN SEJARAH MENGIKUT
PANDANGAN SEJARAWAN
1. Herodotus
- Penceritaan tentang tindakan manusia yang penting
dan mengagumkan serta sebab berlakunya sesuatu peristiwa.

Karyanya :
Histories atau The Persian War
2. E.H. Carr
- Suatu proses interaksi berterusan antara ahli sejarah dengan
fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dan
masa lampau.

Karyanya :
What is History?
3. Ibn Khaldun
- Sejarah membicarakan perkara tentang masyarakat manusia, peradaban
dunia dan perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu.

Karyanya :
Muqaddimah
4. Khoo Kay Kim
- Sejarah merujuk kepada apa-apa yang pernah atau sudah
berlaku. Sejarah mendorong kita lebih memahami apa-apa yang
berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu.

Karyanya :
Taiping, The Vibrant Years
5. Muhd Yusof Ibrahim
- Sejarah ialah masa lalu itu sendiri. Sejarah juga merupakan
catatan atau rekod tentang sesuatu peristiwa yang berlaku pada masa lalu.

Karyanya :
Sejarawan dan Persejarahan
Melayu : Tradisi dan Transformasi
1.3 MASA SILAM DAN RUANG
DALAM SEJARAH
1. Masa Silam
- Rentetan peristiwa yang telah berlaku.
- Dikaji berdasarkan urutan masa yang dipanggil kronologi
- Kronologi ialah rentetan peristiwa yang telah berlaku secara teratur mengikut urutan
masa dari awal hingga yang terakhir dan bergerak mengikut satu garisan lurus.
01 02 03 04
Dekad Abad Alaf Masihi
10 tahun 100 tahun 1000 tahun Bermula dengan
kelahiran Nabi Isa AS

2. Ruang dalam Sejarah


- Sejarawan telah membahagikan penulisan mereka kepada tema tertentu seperti
politik, ekonomi dan social.
- Di Malaysia, ruang masa dibahagikan kepada beberapa tempoh masa seperti
era Kesultanan Melayu Melaka, kemunculan kuasa- kuasa luar dan kemerdekaan
Negara.
TAMAT
Terima kasih
Dan
Selamat mengulangkaji
Jumpa lagi minggu hadapan

Anda mungkin juga menyukai