Anda di halaman 1dari 3

HIPERTENS

I
natasha ahmad & hazwani shahariman
SINOPSIS Present by nat & wani

Cerpen Hipertensi (Illias Zaidi) memaparkan watak utama, Aiman Aqil yang sering berhalusinasi. Aiman sering menimbulkan
kemarahan gurunya kerana tidak menumpukan perhatian terhadap pembelajaran di dalam kelas. Dia sering berangan-angan
menjadi tokoh-tokoh hebat dalam bidang Sains. Aiman Aqil mudah bosan dengan cara pembelajaran di sekolah menyebabkan
dia sering ponteng sekolah. Hal ini menimbulkan kemarahan ayahnya sehingga dia kerap dirotan. Aiman sentiasa mengambil
kesempatan untuk mewujudkan halusinasi futuristik penuh cabaran. Dia pernah membayangkan dirinya telah lulus pengajian
tinggi dalam bidang aeroangkasa.

Walaupun Aiman Aqil sering berhalusinasi, namuan dia mempunyai prinsipnya yang tersendiri. Dia tidak mahu berangan-
angan seperti Mat Jenin dan Si Lucai. Angan-angan Aiman terus mekar apabila dia terus berhalusinasi menjalani latihan
intensif di bawah program aeroangkasa di bawah Rusia. Kemudian, dia terus berangan-angan hendak memantapkan diri
sebagai persediaan untuk berlepas di angkasa. Halusinasi Aiman tidak terhenti setakat itu sahaja, malah dia turut
membayangkan jutaan khalayak menyaksikan siaran langsung perlepasan kapal angkasa yang dinaikinya. Aiman akhirnya
Berjaya mendarat di bulan dalam halusinasinya.

Setelah asyik melayan halusinasinya, akhirnya Aiman teringat akan bisikan halus yang didengarinya Ketika di planet bumi
melalui pentas halusinasinya. Suara ghaib itu mengajaknya lebih mendekatkan diri kepada illahi. Akhirnya, Aiman sedar
daripada khayalannya bahawa dia perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu bukan sekadar berangan-angan. Jauh di sudut
hati Aiman, dia memanjatkan doa dan harapan ke hadrat illahi
Thankiu uols

Anda mungkin juga menyukai