Anda di halaman 1dari 5

HIPERTENSI

Illias Zaidi
Sinopsis
Cerpen Hipertensi (Illias Zaidi) memaparkan watak utama, …………………………………… yang
sering berhalusinasi. Aiman sering menimbulkan kemarahan gurunya kerana tidak menumpukan
perhatian terhadap pembelajaran di dalam kelas. Dia sering ………………………………………………
menjadi tokoh-tokoh hebat dalam bidang ………………………………….. Aiman Aqil mudah bosan dengan
cara pembelajaran di sekolah menyebabkan dia sering ponteng sekolah. Hal ini menimbulkan kemarahan
ayahnya sehingga dia kerap …………………………….. Aiman sentiasa mengambil kesempatan untuk
mewujudkan halusinasi …………………………………….. penuh cabaran. Dia pernah membayangkan
dirinya telah lulus pengajian tinggi dalam bidang ……………………………………….. Walaupun Aiman Aqil
sering berhalusinasi, namun dia mempunyai prinsipnya yang tersendiri. Dia tidak mahu berangan-angan
seperti ………………………………………. dan ……………………………... Angan-angan Aiman terus
mekar apabila dia terus berhalusinasi menjalani latihan intensif di bawah program aeroangkasa di bawah
………………………………. Kemudian, dia terus berangan-angan hendak memantapkan diri sebagai
persediaan untuk berlepas ke ………………………………. Halusinasi Aiman tidak terhenti setakat itu
sahaja, malah dia turut membayangkan jutaan khalayak menyaksikan siaran langsung perlepasan
………………………………………… yang dinaikinya. Aiman akhirnya berjaya mendarat di
………………………………….. dalam halusinasinya itu.
Setelah asyik melayan halusinasinya, akhirnya Aiman teringat akan
……………………………………………. yang didengarinya ketika di planet bulan melalui pentas
halusinasinya. Suara ghaib itu mengajaknya lebih mendekatkan diri kepada Ilahi. Akhirnya, Aiman sedar
daripada khayalannya bahawa dia perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu bukan sekadar berangan-
angan. Jauh di sudut hati Aiman, dia memanjatkan doa dan harapan ke hadrat Ilahi.
Tema
Cerpen Hipertensi (Illias Zaidi) bertemakan
……………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………… Mindanya sering dipenuhi dengan
halusinasi tentang tokoh-tokoh hebat dalam bidang Sains. Aiman Aqil yang merupakan watak utama
sering berhalusinasi sebagai seorang angkasawan. Aiman Aqil sentiasa berangan-angan tidak kira tempat
sama ada ketika di rumah ataupun ketika sedang mengikuti pembelajaran di dalam kelas. Dia pernah
membayangkan bahawa dirinya sudah lulus pengajian tinggi dalam bidang aeroangkasa. Walaupun dia
sering berhalusinasi, namun dia sekali-kali tidak akan membiarkan angan-angannya menjadi seperti
angan-angan Mat Jenin dan Si Luncai yang tidak sampai ke mana-mana. Angan-angan tentang
kehebatannya dalam bidang aeroangkasa semakin mekar sehinggakan dia bukan sahaja
membayangkan bahawa dia pernah mengikuti latihan intensif di bawah program aeroangkasa bersama
dengan Rusia, malahan dia pernah mendarat di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Persoalan
1. Persoalan adab menuntut ilmu
Contoh: Sikap Aiman yang tidak fokus terhadap pengajaran Cikgu Faridah di dalam kelas telah
menyebabkan Cikgu Faridah hilang sabar. (m/s: 43)

2. Persoalan kebanggaan terhadap identiti diri


Contoh: Aiman Aqil bengga akan nama yang diberikan kerana nama tersebut mempunyai makna
yang baik. (m/s:44)

3. Persoalan kepekaan akan situasi sekeliling


Contoh: Aiman cepat-cepat membetulkan jawapannya apabila dia menyedari wajah Cikgu Faridah
berubah dengan jawapan awal yang diberikannya. (m/s: 45)

4. Persoalan sikap memandang rendah terhadap keupayaan orang lain


Contoh: Aiman menyindir adik-adiknya dan rakannya Chee Keong kerana lambat menyelesaikan
tugasan Matematik. (m/s : 45 & 46)

5. Persoalan peranan ibu bapa dalam keluarga


Contoh: Ayah dan ibu Aiman ingin mengetahui punca Aiman ponteng sekolah. (m/s: 46)

6. Persoalan ketagasan guru dalam mendidik pelajar


Contoh: Guru kelas Aiman memberi amaran keras kepadanya kerana mengganggu rakan-rakan.
(m/s: 46)

7. Persoalan kepentingan prinsip hidup


Contoh: Aiman bertekad tidak akan menjadi seperti Si Luncai dan Mat Jenin yang hanya
memasang angan-angan tanpa merealisasikan angan-angan tersebut. (m/s: 48)

8. Persoalan kasih sayang seorang ibu


Contoh:Ibu Aiman begitu tersentuh hati apabila melihat Aiman dirotan oleh ayahnya. (m/s: 48)
PERISTIWA PERWATAKAN LATAR MASYARAKAT NILAI PENGAJARAN
Aiman insaf atas kelekaannya berhalusinasi Masyarakat yang insaf Keinsafan
untuk menjadi angkasawan hingga tidak atas tabiat buruknya
berpijak di bumi nyata. Dia bertekad untuk
berubah dan mendekatkan diri dengan Allah.
Aiman bijak menyelesaikan latihan matematik Seorang yang bijak dalam Kebijaksanaan
murid Tingkatan 5 walaupun baru berusia 8 pelajaran
tahun
Aiman bijak semasa berdebat dengan Cikgu
Faridah tentang teori graviti
Bapa Aiman bertanggung jawab merawat Seorang bapa yang Sebagai ibu bapa,
masalah kegagapan Aiman dengan bertanggung jawab kita perlulah
membawa Aiman menjalani latihan terapi. menyelesaikan masalah bertangung jawab
anak terhadap masalah
anak-anak
Bapa Aiman mengambil tindakan tegas Masyarakat yang tegas Kita mestilah tegas
dengan merotan Aiman atas kesalahannya dalam mendidik anak- dalam mendidik
yang membuat onar di dalam kelas anak anak-anak.

PERISTIWA LATAR TEMPAT LATAR MASA


Aiman menyindir adik-adik perempuannya yang lambat menyelesaikan masalah matematik Malam
Aiman berhalusinasi dengan menjadikan pohon kelapa dara sebagai tempat berlepas ke Siang
angkasa dengan sebuah kapal angkasa Soyus
Aiman mengganggu rakan-rakan sekelasnya yang sedang membuat latihan ketika sesi Zaman sekolah
pembelajaran rendah
GAYA BAHASA
1. …………………………………….. – Tidak ada udara. Tidak ada air.
2. …………………………………….
– Kemungkinannya ada. Kebarangkaliannya tidak berlaku juga ada.
3. …………………………………….– kalendar waktu, dedaun kemaafan, tasik hati.
4. ……………………………………. –tak.
5. …………………………………….– lereng bukit yang sudah tempang, sang suria terus setia
memancarkan cahayanya.
6. …………………………………… – hatinya seteguh karang, terlompat-lompat macam beruk,
terhampar persis Sahara.
7. Bahasa pinjaman – graviti, planet, orbit, genius, formula, halusinasi, futuristik.
8. Bahasa Arab – Ilahi.

LATIHAN
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Tapi dia degil. Hatinya seteguh karang di lautan, sekeras sinar berkedudukan 90 darjah tepat.
Babah dan ibu marah. Dendam yang bertakung sekian lama di dalam tasik hati mencair dalam detik
memenuhi yang singkat. Aiman dirotan. Ibu mengemukakan bantahan dan protes dalam hati.
Sepanjang minggu, murid bernama Aiman Aqil ponteng kelas, protes kepada lebam-lebam di pinggul.
Kenangan sudah tercantas, tapi masih belum terurai dan terungkai.
Spontan, dia mengambil kesempatan itu untuk mewujudkan suasana halusinasi futuristik yang penuh
cabaran, disaluti persaingan kompetitif yang menyengat hebat.
Betapa tidak, dia membayangkan dirinya sudah lulus pengajian tinggi, dapat ijazah pertama dalam
bidang aeroangkasa. Takah usia dianjakkan lebih sedekad ke hadapan. Sebatang pohon nyiur dara di
penjuru banglonya, sudah sekian lama menjadi idamannya.
Pijakan kakinya di bumi sudah utuh dan kukuh. Cengkaman pada batang pokok kelapa itu turut
tersentuh. Dia tidak menoleh ke bawah lagi. Tapak demi tapak tercengkam dengan penuh yakin. Sedar-
sedar sahaja, dia sudah sampai di puncak.

Dipetik daripada cerpen ‘Hipertensi’ oleh Illias Zaidi dalam


Antologi Sejadah Rindu.
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
(i) Perasaan dendam dalam diri boleh mendatangkan banyak keburukan kepada diri seseorang.
Sekiranya anda mempunyai rakan yang mengalami perasaan dendam, bagaimanakah anda
membantu rakan anda itu?
[3 markah]
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………

(ii) Berdasarkan petikan cerpen di atas, huraikan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam
petikan tersebut dan satu nilai kemanusiaan lain daripada keseluruhan cerpen.
[4 markah]

………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………

Anda mungkin juga menyukai